Telefon pintar premium Sony
07 Disember 2015 4:00 PM
Andrew Cheong bersama-sama beberapa model memperagakan model baharu Sony Xperia Z5 pada majlis pelancarannya baru-baru ini.
Sony Mobile Communications (Sony Mobile) baru-baru ini telah melancarkan generasi Xperia Z5 Compact terbaharunya, bersama-sama Xperia Z5 Dual dan juga telefon pintar 4K pertama di dunia, Xperia Z5 Premium Dual.
Kesemua peranti ini adalah inovasi terkini meliputi kamera, rekaan dan paparan dalam memastikan rangkaian telefon pintar ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan juga hiburan dalam kehidupan seharian penggunanya.
Zperia Z5 Dual boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga RM2,699 dan untuk Sony Xperia Z5 Compact pula dijual pada harga RM2,299, manakala harga bagi Xperia Z5 Premium Dual akan diumumkan dalam masa terdekat.
Apa yang menarik mengenai ketiga-tiga peranti tersebut ialah ia ditawarkan dalam versi dwi sim. Menarik lagi, telefon pintar dalam keluarga Xperia Z5 ini adalah peranti terbaik untuk sistem kameranya mengatasi jenama telefon pintar yang lain.
Ciri-ciri menarik yang membuatkan telefon pintar ini wajar dimiliki peminat jenama Sony adalah kerana prestasi dan sistem kamera diintergrasikan bersama cipset Qualcomm MSM8990 Snapdragon 810 berserta 32GB memori dalamn dan 3GB RAM.
Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan kelebihan ciri-ciri kalis air serta debu, mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pengecas pantas dan juga menggunakan platform Android Lollipop 5.1.1.
Sony Xperia Z5 Premium telah dijual pada bulan November dengan pilihan warna Chrome, hitam dan emas, manakala Xperia Z5 Dual dijual dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan hijau.
Warna hitam, putih, kuning dan biru laut pula adalah pilihan yang ada pada Xperia Z5 Compact, selain Sony menawarkan tiga filem percuma yang boleh dimuat turun menerusi Privilege Movie.
Sementara itu menurut Pengarah Negara Sony (Malaysia) Andrew Cheong berkata, telefon pintar kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
“Pengguna menghasilkan, berkongsi dan merasai keseronokan kandungannya. Oleh itu Sony menampilkan inovasi terbaharu pada kamera, reka bentuk dan paparannya,” kata beliau.
Spesifikasi:
Sony Xperia Z5 Compact, Dual, Premium
Sistem operasi : Android 5.1 Lollipop
Cip : Qualcomm Snapdragon 810 Chipset (2GHz quad-core Cortex-A57 + 1.5 GHz quad-core Cortex-A53 processor)
Kamera utama : 23MP/ lampu LED / autofokus
Kamera tambahan : 5.1 MP
Memori : 32 GB
Pengecas pantas : 2.0 (60 peratus dalam masa 30 minit)
Sim : dual / nano
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/xperia-z5-1.166525#sthash.J9qYYBMU.dpuf
No comments:
Post a Comment