Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 18 March 2016

PAUiTM bakal berperanan jadi persekutuan

18 Mac 2016 1:12 AM



NAIB Canselor baharu UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said (duduk kiri) bersama barisan kepemimpinan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) yang diketuai presidennya, Datuk Zaini Hassan di Bangunan Canseleri UiTM, Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 17 Mac – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju dengan usaha Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) untuk menjadi sebuah persekutuan bagi memayungi semua persatuan bekas mahasiswa institusi itu yang berjumlah lebih 600,000 orang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh PAUiTM hari ini memberitahu, usaha bagi meminda perlembagaan persatuan itu sedang dijalankan dan dijangka pelancarannya akan dilakukan sempena ulang tahun ke-60 UiTM pada Julai ini.

“Dalam kunjungan hormat PAUiTM ke atas Naib Canselor baharu UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said di pejabatnya hari ini beliau berkata, langkah pembentukan persekutuan itu dapat memperkukuhkan lagi gerakan alumni di universiti itu.

“Prof. Hassan menyatakan semasa memberi ucapan sulungnya kepada kakitangan UiTM baru-baru ini beliau menekankan mengenai pentingnya peranan alumni sebagai aset bernilai kepada UiTM.

“Sebagai sebuah universiti yang besar, kekuatan gerakan alumni ini yang banyak antaranya terdiri daripada peneraju dan kapten industri akan membantu meningkatkan imej dan taraf UiTM,” jelas kenyataan itu yang dikeluarkan selepas kunjungan hormat tersebut di sini hari ini.

Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan mengetuai rombongan 12 anggota Exconya dalam kunjungan itu. Turut hadir Timbalan Presiden, Datin Seri Azlina Ahmad dan Setiausaha, Nasir Harun.

Di bawah sebuah persekutuan kesemua persatuan alumni di seluruh negara, di bawah fakulti dan pergerakan bekas-bekas pelajar akan disatukan di bawah satu persekutuan tersebut.

“Dengan tertubuhnya persekutuan itu, kesemua presiden persatuan itu akan berada di dalam sebuah majlis tertinggi bagi membincangkan aktiviti dan perjalanannya,” jelas kenyataan itu.

Kunjungan lebih sejam itu turut membincangkan pelbagai kerjasama yang akan dilakukan terutamanya dalam meningkatkan jenama universiti itu di samping membina jaringan industri dan masyarakat serta kebolehpasaran graduan.

Dalam kunjungan itu, Zaini turut menyerahkan Resolusi Retreat PAUiTM 2016 di Port Dickson baru-baru ini yang merangkumi hala tuju dan aktiviti memperkasakan UiTM dan PAUiTM.

Zaini turut menerangkan kepada Dr. Hassan mengenai Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas untuk membantu pendidikan anak bangsa, para pelajar UiTM serta anak-anak alumni universiti itu.

Kenyataan itu turut meminta semua persatuan alumni UiTM negeri-negeri dan cawangan yang berada di seluruh negara supaya menghubungi Urus Setia PAUiTM, Afiza Aziz (0192171910) untuk mengemas kini pangkalan data alumni UiTM.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pauitm-bakal-berperanan-jadi-persekutuan-1.201699#sthash.hX0ymx98.dpuf


No comments: