Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Thursday, 31 March 2016
Putra Merdeka: HOT ~ Lagi Najib Di Mata Dunia..!
Putra Merdeka: HOT ~ Lagi Najib Di Mata Dunia..!: Layan... The Rise and Fall of Tim Leissner, Goldman's Big Man in Malaysia The prime minister of Malaysia had a message for th...
Wednesday, 30 March 2016
Akhbar Cina persoal integriti Guan Eng
RODELIO JUNJUN TAUCAN | 30 Mac 2016 12:31 AM
KUALA LUMPUR 29 Mac - Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.
Lim Guan Eng
Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.
“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.
“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.
Sementara itu, artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.
Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.
“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.
Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.
Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.
“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.
“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/akhbar-cina-persoal-integriti-guan-eng-1.206494#sthash.79vIoQ5H.dpuf
Tuesday, 29 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Apapun Agenda DiSebalik Deklarasi, Rakyat Tetap Ta...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Apapun Agenda DiSebalik Deklarasi, Rakyat Tetap Ta...: Sejak diumumkan Deklarasi Rakyat, kita dapat lihat betapa menggelabahnya cai2 Najib. Masing2 berusaha hendak mengalihkan tumpuan rakyat d...
Monday, 28 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu 1MDB - Arul Dan Nazir BerKOMPLOT Nak Jatuhkan ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu 1MDB - Arul Dan Nazir BerKOMPLOT Nak Jatuhkan ...: Mkini Biar betul apa yang saya baca ni ..... Arul jadikan isu 1MDB sebagai contoh yang boleh diambil iktibar supaya jangan diulangi ! ?...
Friday, 25 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Mukhriz - MT Umno Kini Semuanya YES MAN !
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Mukhriz - MT Umno Kini Semuanya YES MAN !: Antara persoalan yang sering bermain di fikiran bila timbul isu2 Umno dan Najib adalah, apakah kesemua mereka dalam Majlis Tertinggi maka...
.: SIAPA DARI PANG5 NAJIB PALING KENTAL DAN NAMPAK BI...
.: SIAPA DARI PANG5 NAJIB PALING KENTAL DAN NAMPAK BI...: Cara Betul Lupus al-Quran Buruk, DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat ...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: (APA HABUAN BAKAL DITERIMA) Ku Li meterai Deklaras...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: (APA HABUAN BAKAL DITERIMA) Ku Li meterai Deklaras...: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bah...
Thursday, 24 March 2016
Putra Merdeka: HOT ~ Nak Bubar Mahkamah Ke..!
Putra Merdeka: HOT ~ Nak Bubar Mahkamah Ke..!: Cer citer...cer citer..! Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari in...
Wednesday, 23 March 2016
Putra Merdeka: HOT ~ Najib Terkebil Kebil..!
Putra Merdeka: HOT ~ Najib Terkebil Kebil..!: Sebelum ni dilaporkan menolak tawaran-dedak-raja.baca sini. Berani kerana benar..! Baca dan fahamkan... WAWANCARA Pengkriti...
Putra Merdeka: Bila Nak Minta Interpol Cari Jho Low..!
Putra Merdeka: Bila Nak Minta Interpol Cari Jho Low..!: Terlalu banyak kaitan budak cina ni dengan skandal 1MDB..! Seharusnya Najib dan pihak kerajaan mengheret budak cina ni ke Mahkamah bagi ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu SRC Yang Paling Mudah - Siapa Yang Tipu Rakyat...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu SRC Yang Paling Mudah - Siapa Yang Tipu Rakyat...: Sengaja saya nak ulang semula isu SRC sementelah disebut semula oleh Muhyiddin di Majlis semalam. Ramai yang masih tidak faham akan is...
Putra Merdeka: Bila 1MDB Nak Serah..!
Putra Merdeka: Bila 1MDB Nak Serah..!: Akal waras akan melakukan segala usaha untuk menafikan segala tuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya..! Lebih lagi kalau fitnah terse...
Tuesday, 22 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Luahan Akar Umbi Umno Johor - Timb Ketua Bahagian ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Luahan Akar Umbi Umno Johor - Timb Ketua Bahagian ...: Semalam Mukhriz mengadakan lawatan ke beberapa bahagian di Johor dalam program Santai Bersama Mukhriz anjuran GKCM Johor. Suka saya ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: HOT ! Ucapan Muhyiddin di Kota Tinggi ( Full Video...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: HOT ! Ucapan Muhyiddin di Kota Tinggi ( Full Video...: Malam tadi di Kota Tinggi, rakyat Johor berpeluang menyaksikan satu lagi ucapan panas dan penuh bersemangat dari Muhyiddin. Mungkin ber...
Monday, 21 March 2016
FA CUP 2016 : JDT, Perak menang tipis, PKNS berpesta gol
20 Mac 2016 12:15 AM
Penyerang JDT, Juan Martin Lucero meraikan jaringannya selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. – Mingguan/MOHD. AZIM ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila menumpaskan Polis Diraja Malaysia ketika PKNS menang besar di tempat lawan manakala Perak hanya menang tipis di Ipoh dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA semalam.
JDT bagaimanapun memerlukan sepakan penalti Juan Martin Lucero pada minit ke-19 untuk menjaringkan gol namun sudah cukup untuk mereka menumpaskan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai bekalan apabila bertemu dalam perlawanan kedua pada 2 April nanti.
Di Stadium Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Juan Cobelli menjaringkan dua gol ketika PKNS bertambah garang pada babak kedua dengan menghasilkan tiga gol untuk menang 4-0 ke atas Sime Darby.
Red Ants mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi pemain jaringan pemain dari Palestin, Matias Hadwa pada minit ke-19 tetapi menggunakan sepenuhnya nasib malang Sime Darby, yang bermain dengan 10 orang selepas Mateo Roskam dilayangkan kad merah pada minit ke-53 untuk terus menambah gol.
Penyerang dari Argentina, Cobelli menambah derita Sime Darby hanya dua minit kemudian dan menjaringkan gol kedua peribadinya semalam pada minit ke-78 sebelum Mohd. Nazrin Syamsul Bahri meledak jaringan keempat lima minit sebelum permainan tamat.
Sementara itu ketumpulan jentera serangan terus menghantui Perak, namun bernasib baik apabila meraih gol kemenangan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan lawan pada minit ketujuh di Stadium Perak.
Jaringan itu diperoleh apabila sepakan sudut Nazirul Naim Che Hashim ditanduk pertahanan Perak, Thiago Junior yang gagal ditepis penjaga gol Kuala Lumpur, Badrul Zaman Abd. Halim sebelum bola terkena Helmi Remeli dan melantun ke dalam gawang sendiri.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-perak-menang-tipis-pkns-berpesta-gol-1.202414#sthash.wGsqfDAd.dpuf
F1 2016 : Rosberg takluk Grand Prix Australia
Lakar kemenangan dalam perlumbaan dramatik
21 Mac 2016 12:16 AM
PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg (tengah) meraikan kejayaan muncul juara Grand Prix Australia selepas menewaskan rakan sepasukan, Lewis Hamilton (dua dari kiri) dan Sebastian Vettel dari Ferrari (empat dari kanan) di Litar Melbourne, semalam. AFP
MELBOURNE - Nico Rosberg memenangi perlumbaan sulung Formula Satu (F1) 2016 yang berlangsung penuh dramatik semalam, di mana kesilapan strategi tayar merosakkan peluang Sebastian Vettel untuk muncul juara Grand Prix Australia, manakala Fernando Alonso terselamat daripada kemalangan.
Rosberg melakar kemenangan ke-15 dalam kariernya dan yang keempat berturut-turut selepas turut memenangi tiga perlumbaan terakhir musim lalu.
Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas itu mengambil kesempatan atas permulaan buruk rakan sepasukan dan juara dunia, Lewis Hamilton, yang terpaksa menamatkan saingan di tangga kedua biarpun bermula dari petak pertama.
Juara dunia empat kali, Vettel terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga walaupun mendahului sebahagian besar perlumbaan selepas strategi penggunaan tayar agresif bertukar menjadi mendatar sebaik saja saingan dihentikan akibat kemalangan yang menimpa Alonso.
“Strategi memainkan peranan penting hari ini, jadi saya amat berterima kasih kepada pasukan kerana melakukan tugas dengan amat baik.
“Kami tidak menyerlahkan keupayaan sebenar jentera hari ini...Kami perlu memberi tumpuan kepada pasukan merah (Ferrari), mereka sudah semakin hampir dan anda boleh lihat,” kata Rosberg.
Ferrari memulakan perlumbaan dengan baik, di mana Vettel berjaya memintas dua pemandu Mercedes yang berada di baris depan pada selekoh pertama, malah rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen turut bermula lancar apabila memotong Rosberg untuk berada di kedudukan kedua selepas tayar kiri Rosberg terkena sayap depan Hamilton.
Vettel bagaimanapun tidak bernasib baik apabila perlumbaan dihentikan selepas pemandu McLaren, Alonso melanggar jentera pelumba Haas, Esteban Gutierrez dalam kelajuan tinggi memasuki selekoh ketiga pada pusingan ke-18.
Ketika perlumbaan berhenti, Mercedes memilih untuk menggunakan tayar sebatian sederhana untuk kedua-dua jentera, sementara Ferrari cuba bertindak agresif kekal menggunakan tayar paling lembut yang ternyata lebih pantas tetapi memerlukan mereka melakukan satu hentian pit menuju penghujung saingan.
“Jelas sekali, bendera merah tidak membantu kami.
“Kami cuba melakukan pemanduan agresif tetapi mungkin berdasarkan pengalaman lalu, kami patut mencuba sesuatu yang lain,” kata Vettel.
Pendatang baharu, Haas, pasukan Amerika Syarikat pertama beraksi dalam F1 sejak 30 tahun, meraikan mata pertama selepas pemandu Perancis, Romain Grosjean menamatkan saingan di tangga keenam, di belakang Daniel Ricciardo dan Felipe Massa.
Pemandu Red Bull, Daniil Kvyat antara enam pelumba yang gagal menamatkan saingan bersama pendatang baharu dari Indonesia, Rio Haryanto yang memandu buat pasukan Manor Racing. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/rosberg-takluk-grand-prix-australia-1.202737#sthash.m9VlJzyI.dpuf
Friday, 18 March 2016
APANAMA: SURAT KEPADA AHLI-AHLI CAWANGAN UMNO
APANAMA: SURAT KEPADA AHLI-AHLI CAWANGAN UMNO: Saudara-saudari sekalian, Assalamualaikum, Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbandin...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Peguam Negara Malaysia POWER GILER ! ? ?
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Peguam Negara Malaysia POWER GILER ! ? ?: Themalaymailonline Agak mengejutkan bila baca kenyataan peguam kanan TS Shafee Abdullah yang menempelak Majlis Peguam sebagai busybody ...
PAUiTM bakal berperanan jadi persekutuan
18 Mac 2016 1:12 AM
NAIB Canselor baharu UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said (duduk kiri) bersama barisan kepemimpinan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) yang diketuai presidennya, Datuk Zaini Hassan di Bangunan Canseleri UiTM, Shah Alam, Selangor, semalam.
SHAH ALAM 17 Mac – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju dengan usaha Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) untuk menjadi sebuah persekutuan bagi memayungi semua persatuan bekas mahasiswa institusi itu yang berjumlah lebih 600,000 orang.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh PAUiTM hari ini memberitahu, usaha bagi meminda perlembagaan persatuan itu sedang dijalankan dan dijangka pelancarannya akan dilakukan sempena ulang tahun ke-60 UiTM pada Julai ini.
“Dalam kunjungan hormat PAUiTM ke atas Naib Canselor baharu UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said di pejabatnya hari ini beliau berkata, langkah pembentukan persekutuan itu dapat memperkukuhkan lagi gerakan alumni di universiti itu.
“Prof. Hassan menyatakan semasa memberi ucapan sulungnya kepada kakitangan UiTM baru-baru ini beliau menekankan mengenai pentingnya peranan alumni sebagai aset bernilai kepada UiTM.
“Sebagai sebuah universiti yang besar, kekuatan gerakan alumni ini yang banyak antaranya terdiri daripada peneraju dan kapten industri akan membantu meningkatkan imej dan taraf UiTM,” jelas kenyataan itu yang dikeluarkan selepas kunjungan hormat tersebut di sini hari ini.
Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan mengetuai rombongan 12 anggota Exconya dalam kunjungan itu. Turut hadir Timbalan Presiden, Datin Seri Azlina Ahmad dan Setiausaha, Nasir Harun.
Di bawah sebuah persekutuan kesemua persatuan alumni di seluruh negara, di bawah fakulti dan pergerakan bekas-bekas pelajar akan disatukan di bawah satu persekutuan tersebut.
“Dengan tertubuhnya persekutuan itu, kesemua presiden persatuan itu akan berada di dalam sebuah majlis tertinggi bagi membincangkan aktiviti dan perjalanannya,” jelas kenyataan itu.
Kunjungan lebih sejam itu turut membincangkan pelbagai kerjasama yang akan dilakukan terutamanya dalam meningkatkan jenama universiti itu di samping membina jaringan industri dan masyarakat serta kebolehpasaran graduan.
Dalam kunjungan itu, Zaini turut menyerahkan Resolusi Retreat PAUiTM 2016 di Port Dickson baru-baru ini yang merangkumi hala tuju dan aktiviti memperkasakan UiTM dan PAUiTM.
Zaini turut menerangkan kepada Dr. Hassan mengenai Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas untuk membantu pendidikan anak bangsa, para pelajar UiTM serta anak-anak alumni universiti itu.
Kenyataan itu turut meminta semua persatuan alumni UiTM negeri-negeri dan cawangan yang berada di seluruh negara supaya menghubungi Urus Setia PAUiTM, Afiza Aziz (0192171910) untuk mengemas kini pangkalan data alumni UiTM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pauitm-bakal-berperanan-jadi-persekutuan-1.201699#sthash.hX0ymx98.dpuf
PARLIMEN : Siasat Ketua Menteri P. Pinang
Dakwaan beli rumah pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran
MOHD. ASRON MUSTAPHA | 18 Mac 2016 1:45 AM
INILAH rumah Lim Guan Eng yang terletak di Jalan Pinhorn, Jelutong, yang didakwa dibeli pada harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran di Pulau Pinang. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
KUALA LUMPUR 17 Mac - Seorang penyokong kerajaan hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh membeli sebuah rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown, dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.
Datuk Shabuddin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa, rumah dengan keluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.99 meter persegi) tersebut dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran semasa rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Dakwanya, rumah beralamat Nombor 25, Jalan Pinhorn itu pada mulanya dimiliki seorang wanita, Phang Li Koon yang membelinya pada Oktober 2008 dengan harga RM2.5 juta sebelum diubah suai membabitkan kos ratusan ribu ringgit, kemudiannya disewa Guan Eng dengar kadar RM5,000 sebulan sejak Julai 2009 dan akhirnya dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.
“Jadi persoalannya, saya nak tanya Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) di bawah Kementerian Kewangan, apakah logik sebuah rumah yang dibeli dengan harga RM2.5 juta dan setelah diubah suai melibatkan kos ratusan ribu ringgit hanya disewa dengan kadar RM5,000 sahaja sebulan?
“Sedangkan dalam masa yang sama, sebuah rumah lagi dalam jarak empat buah rumah dari rumah nombor 25 ini, telah dinilai dengan harga yang jauh lebih tinggi, sedangkan keluasan tanahnya cuma separuh daripada keluasan rumah nombor 25 ini tadi.
“Satu lagi persoalan ialah bagaimana rumah ini setelah disewa selama tujuh tahun, dijual kepada Bagan (Guan Eng) dengan harga yang begitu murah iaitu cuma RM2.8 juta,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Selain isu pemilikan rumah tersebut, Shabuddin juga meminta SPRM menyiasat bagaimana Guan Eng boleh memberi kelulusan kepada penjualan lot tanah di Taman Manggis Fasa 2, George Town, bagi tujuan pembinaan hospital swasta dan hotel suite, sedangkan tanah itu sudah diperuntukkan ketika zaman Barisan Nasional (BN) untuk dibina perumahan rakyat termiskin.
Menurutnya, mengikut perancangan asal kerajaan BN sebelum tampuk pimpinan negeri terlepas kepada DAP, projek perumahan rakyat termiskin tersebut selepas dibangunkan akan disewakan dengan kadar hanya RM100 sebulan kepada rakyat termiskin di Pulau Pinang.
“Oleh kerana isu ini isu integriti dan juga isu perumahan rakyat termiskin di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari segi dasarnya, maka saya bangkitkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapat penjelasan daripada menteri berkenaan dan SPRM,” katanya.
Dakwa Shabuddin lagi, Li Koon iaitu pemilik asal rumah Nombor 25, Jalan Pinhorn itu merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Windbond Management & Consultant Sdn. Bhd. dan syarikat tersebut mempunyai kaitan dengan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) yang diberi kelulusan untuk membeli tanah di Taman Manggis Fasa 2.
Bagaimanapun, pendedahan serta desakan yang dibangkitkan Shabuddin itu mengundang kemarahan pemimpin pembangkang terutamanya wakil DAP yang secara berterusan cuba mengganggu perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut.
Paling awal menuntut Shabuddin menarik balik ucapannya ialah Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang mendakwa kenyataan itu sebagai tidak berasas sehingga mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat tetapi segera ditenangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.
“Tarik balik, apa sumber yang digunakan oleh Tasek Gelugor, dakwaan tidak berasas, kenyataan itu tidak berasas,” jerit Siew Fook sambil beberapa wakil pembangkang lain turut membuat bising termasuk mempersoal mengapa isu berkenaan dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Gangguan itu kemudiannya segera dibalas Shabuddin dengan berkata: “Apa salahnya? Hak saya sebagai Ahli Parlimen dan juga rakyat negeri Pulau Pinang ingin mendapatkan penjelasan, kalau tidak betul biarlah orang yang berkenaan menjawabnya.”
Namun penjelasan itu tetap tidak memuaskan Siew Fook, yang berterusan mempersoal mengapa isu tersebut dibawa ke Dewan Rakyat dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN) selain membangkitkan persoalan ketika pendedahan berkenaan dibuat Guan Eng tiada di dalam dewan untuk membela diri.
“Tadi saya dengar Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh berucap sebelum Shabuddin) pun macam-macam, saya biarkan. Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga tiada dalam dewan (ketika dilemparkan dengan pelbagai tuduhan),” jelas Ismail bagi menenangkan Siew Fook dan beberapa wakil pembangkang.
Penjelasan Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat itu tetap tidak dipedulikan pemimpin pembangkang antaranya Teresa Kok (DAP-Seputeh), Julian Tan (DAP-Stampin), Steven Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam), P. Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan), Gobind Singh (DAP-Puchong), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAN-Parit Buntar) yang berterusan membuat kecoh.
Kecewa dengan tindakan pembangkang yang berterusan mengganggu ucapan serta pendedahan yang dibuat Shabuddin, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) mempersoal mengapa DAP dan rakan pakatannya mesti bersikap hipokrit dengan menjadikan isu remeh-temeh sebagai modal dalam usaha mempertahankan Guan Eng.
“Saya nak beritahu, apa yang dibangkitkan Tasek Gelugor ini pernah berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor (Dr. Mohamad Khir Toyo). Isunya mula-mula ditimbulkan dalam dewan selepas itu baru disiasat SPRM, sebab itu kalau betul isu ini berlaku, jika bekas Menteri Besar Selangor boleh diambil tindakan, kita minta SPRM siasat (Guan Eng).
“Mengapa semasa di DUN Selangor boleh bangkit isu terhadap bekas Menteri Besar Selangor? Inilah perangai pembangkang, bila kena batang hidung sendiri mula sebut soal Peraturan Mesyuarat. Ini semua bukti hipokrit,” katanya.
Dalam pada itu, usaha pemberita termasuk Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Guan Eng berhubung pendedahan Shabuddin gagal kerana sehingga Dewan Rakyat habis bersidang, Setiausaha Agung DAP itu tidak kelihatan.
Bagaimanapun, Guan Eng menerusi laman Twitter miliknya berkata, beliau akan menjawab perkara yang ditimbulkan Shabuddin dalam sidang akhbar esok.
Dalam reaksi ringkas kepada dakwaan itu juga, Guan Eng menambah, rumah berusia 40 tahun berkenaan adalah hartanah terpakai, bukannya dibeli menerusi pemaju.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/siasat-ketua-menteri-p-pinang-1.201832#sthash.wVO0BJkb.dpuf
Gomez puji Safiq
MOHAMAD
FAIZAL HASHIM | 18 Mac 2016 12:31 AM
KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim meraikan jaringan gol keduanya yang dihasilkan menerusi sepakan penalti ketika menentang Lao Toyota FC di Johor Bahru kelmarin
JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bukan sahaja memuji permainan Safiq Rahim, malah menyifatkan ketua pasukan itu berpengaruh besar di atas padang semasa membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Lao Toyota dari Laos dalam perlawanan Piala AFC kelmarin.
Safiq yang dibawa masuk pada babak kedua bukan sahaja mengubah rentak permainan Harimau Selatan, malah bijak mengatur gerak serangan dan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sehingga berjaya memperoleh gol setelah babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Setakat ini, pemain tengah berkenaan sudah menjaringkan enam gol daripada tiga perlawanan dalam kempen Kumpulan H, Piala AFC tahun ini.
“Tidak dinafikan Safiq memainkan peranan yang penting di atas padang. Dia bukan sahaja cemerlang mengemudi jentera serangan, malah bijak menghasilkan peluang gol.
“Pada babak pertama perlawanan, rentak permainan kami agak perlahan kerana pihak lawan bertahan dengan baik dan tidak memberi ruang untuk mencipta peluang gol.
“Perubahan taktikal membawa masuk Safiq dan (Jorge Pereyra) Diaz pada separuh masa kedua nyata membuahkan hasil kepada kami. Walaupun terpaksa menunggu lebih 60 minit untuk mendapat gol pertama, itu tidak menjadi masalah asalkan berjaya mengutip tiga mata,” kata Gomez.
Dalam pada itu, pengendali berusia 59 tahun dari Argentina itu turut memuji prestasi S. Chanturu, Amirul Hadi Zainal, Safee Sali, Amri Yahyah dan Jasazrin Jamaludin yang beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut.
Katanya, mereka adalah pemain yang boleh diharapkan untuk membantu pasukan meraih kemenangan ketika ramai pemain utama tidak direhatkan untuk persediaan menghadapi perlawanan penting dalam masa terdekat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-puji-safiq-1.201599#sthash.iwse9AAJ.dpuf
Jawatan Tun Mahathir sebagai Penaung Mubarak lucut serta-merta
NORMAIRAH JAMALUDDIN | 17 Mac 2016 2:21 PM
KUALA LUMPUR 17 Mac – Jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terlucut serta-merta setelah beliau keluar daripada UMNO pada 1 Mac lalu.
Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, secara logiknya jawatan Dr. Mahathir sebagai penaung akan terlucut kerana beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO dan pihaknya berharap beliau maklum mengenai perkara itu.
“Beliau secara jelas telah lari daripada matlamat dan objektif penubuhan Mubarak iaitu bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong kerajaan bukan menentang.
“Apabila Dr. Mahathir keluar kali kedua daripada UMNO, bertemu pula dengan parti lawan yang menentang Barisan Nasional (BN), jadi kita buat keputusan untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada beliau,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani kenyataan bersama dengan 43 NGO Malaysia yang menentang gerakan menggulingkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE
Thursday, 17 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bil - Shahrir Kata Ia Satu Isu Etika ..... ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bil - Shahrir Kata Ia Satu Isu Etika ..... ...: TheStar Mengikut laporan TheStar, Shahrir Samad kata bila Najib terima derma RM2.6 bilion itu, Najib telah menghasilkan satu ISU ETIKA. ...
AFC CUP : Hampiri pusingan ke-2
MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 17 Mac 2016 12:27 AM
PENYERANG JDT. Mohd Amri Yahyah (kiri) meraikan jaringannya dengan gaya tersendiri sambil diraikan oleh rakan sepasukan Safiq Rahim (kanan) dan Jorge Pereyra Diaz dalam perlawanan Piala AFC peringkat kumpulan menentang Lao Toyota di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. JDT menang 3-0. UTUSAN/Raja Jaafar Ali
JOHOR BAHRU - Dua sepakan penalti Safiq Rahim membantu penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu Kumpulan H, Piala AFC selepas menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain.
Dua jaringan kapten Safiq menerusi sepakan penalti dan satu oleh Amri Yahyah cukup untuk memastikan Harimau Selatan memperoleh kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan untuk mengumpul sembilan mata, sekali gus hampir pasti akan mara ke pusingan kedua.
JDT, yang dibarisi ramai pemain barisan kedua, dilihat kurang menyengat dan tidak banyak melancarkan serangan ke kubu lawan pada babak pertama yang berkesudahan tanpa jaringan.
Safee Sali dan Amirul Hadi masing-masing mempunyai peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan namun percubaan mereka sedikit tersasar dari gawang gol.
Perubahan taktikal yang dilakukan ketua jurulatih Mario Gomez pada babak kedua merubah corak permainan JDT yang dilihat lebih garang mengasak kubu lawan.
Pada minit ke-61, JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Syria, Hanna Hattab selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Takahiro Saito ketika dia cuba menghalang asakan tuan rumah.
Saito dilayangkan kad merah dan Safiq berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Pada minit ke-69, giliran Harimau Selatan pula bermain dengan 10 pemain selepas S. Kunanlan mengutip kad kuning kedua.
JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan pada minit ke-74 apabila S. Chanturu dikasari dalam kotak penalti dan disudahkan dengan bersahaja oleh Safiq.
Pada babak akhir perlawanan, Amri Yahyah menambah derita buat pasukan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan hasil gerakan satu dua dengan Safiq.
Sementara itu wakil India, Bengaluru meraih kemenangan pertamanya apabila menang 1-0 ke atas Ayeyawady United di Pathein, Myanmar hasil jaringan S. Chhetri pada minit ke-34.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hampiri-pusingan-ke-2-1.201258#sthash.Rx4tdHJs.dpuf
Wednesday, 16 March 2016
Putra Merdeka: Pertanyaan adalah Satu Kesalahan..!
Putra Merdeka: Pertanyaan adalah Satu Kesalahan..!: Patut ler kena..! lain kali jangan nganga mulut tu..! tutup..! Sebuah video yang memaparkan wartawan Australia Linton Bresser mengaj...
.: MH370 - Terdapat ‘Permainan Teknologi’?
.: MH370 - Terdapat ‘Permainan Teknologi’?: PUTRAJAYA: Bekas Perdana ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Jawapan diParlimen 1MDB Akan DiTeruskan - Kementer...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Jawapan diParlimen 1MDB Akan DiTeruskan - Kementer...: Mkini Jawapan bertulis Parlimen Kementerian Kewangan kepada soalan samada 1MDB akan ditutup agak menarik untuk dikomen. Kata Kementer...
Tuesday, 15 March 2016
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [SAYA BERHENTI DESAK JIKA RAKYAT SOKONG NAJIB] Ada...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [SAYA BERHENTI DESAK JIKA RAKYAT SOKONG NAJIB] Ada...: Sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak perlu ditentukan menerusi pungutan suara nasional bagi menyelesaikan permasalahan "secara...
Monday, 14 March 2016
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [ORANG ISLAM TIDAK BERCAKAP MACAM DIA NI] Video: K...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [ORANG ISLAM TIDAK BERCAKAP MACAM DIA NI] Video: K...: KUALA LUMPUR – Aktivis reformasi, Jamil Ismail, 46 membidas pemimpin pembangkang yang bersekongkol dengan mantan perdana menteri, Tun Dr...
Putra Merdeka: Baik Haramkan Internet..!
Putra Merdeka: Baik Haramkan Internet..!: Layan... Perang Saraf Umno Lawan Deklarasi Rakyat A Kadir Jasin PERANG diayah oleh Umno dan kerajaan terhadap “Deklaras...
LIGA SUPER : JDT rampas semula takhta
14 Mac 2016 12:16 AM
Pemain Perak, Muhd Fikri Sudin (kiri) cuba mengasak penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan seri 0-0 semalam.Gambar: Kamal Basir Wahab / Wartawan Sayed Hesham / Kosmo Ayman Ghaffa
KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kempennya mempertahankan gelaran juara Liga Super dengan menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 untuk merebut semula kedudukan teratas semalam.
Kemenangan itu membolehkan JDT mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan, satu mata di hadapan Felda yang mendahului seketika persaingan selepas mereka menang 2-0 ke atas Pahang 24 jam sebelumnya.
Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan JDT terpaksa menanti hingga babak kedua perlawanan untuk memperoleh gol apabila ketua pasukan Mohd. Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 sebelum penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz mengesahkan penguasaan Harimau Selatan pada minit ke-77.
Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah terus buntu dalam usaha mencari kemenangan pertama liga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) semalam.
Ini merupakan keputusan seri keempat dialami Perak, yang turut tewas sekali selepas lima perlawanan.
Lebih menghampakan sepanjang lima perlawanan liga, Perak hanya mampu meledak satu gol iaitu ketika seri 1-1 dengan Pulau Pinang.
Barisan depan skuad Bos Gaurus perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan deretan peluang gol dalam aksi semalam, bermula dengan rembatan deras Vokhid Sodhiev dari dalam kotak penalti pada minit ke-16 namun tersasar.
TFC juga hampir mencipta jaringan pada minit ke-20 hasil percubaan Konate Makan dari luar kotak penalti namun rembatannya terkena palang.
Mohd. Hafiz Ramdan hampir memecahkan kebuntuan gol seminit kemudian apabila tandukannya menewaskan penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie namun bola tersasar.
Perak terus menguasai babak kedua dengan menggandakan percubaan ke gawang lawan namun dihampakan oleh ketangkasan Wan Muhammad Azraie untuk perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-semula-takhta-1.200387#sthash.MZSkK6yi.dpuf
Friday, 11 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati O...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati O...: Semalam saya berkesempatan berbual dengan Tan Sri Sanusi Junid dan banyaklah isu2 semasa yang dibincangkan. Dengan izinnya, saya rakamkan...
Thursday, 10 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: SRC Tidak Ada Maklumat Isu RM42juta - Kenyataan Na...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: SRC Tidak Ada Maklumat Isu RM42juta - Kenyataan Na...: Kenyataan bertulis parlimen Menteri Kewangan yang menyatakan SRC tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dipindah masuk ke akau...
Putra Merdeka: Selamatkan Diri Atau Tekanan..!
Putra Merdeka: Selamatkan Diri Atau Tekanan..!: Dah buntu beb..! sekurang kurang berani buat keputusan..! Ketua Bank Switzerland BSI SA bahagian Asia Hanspeter Brunner membuat keput...
AFC CUP 2016 : Sepakan Safiq pastikan JDT raih kemenangan
SHARIL SHARIFF | 10 Mac 2016 2:41 AM
PEMAIN-PEMAIN JDT meraikan Safiq Rahim (dua dari kiri) selepas ketua pasukan mereka itu menjaringkan gol ketika menentang Bengaluru dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Bengaluru, India semalam. – GAMBAR IHSAN JOHORSOUTHERNTIGERS
KUALA LUMPUR – Kepakaran ketua pasukan Safiq Rahim melaksanakan sepakan bebas sekali lagi membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka menumpaskan Bengaluru FC 1-0 di Bengaluru, India semalam sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju Kumpulan H, Piala AFC.
Jaringan pada babak kedua perlawanan itu menyaksikan penyandang juara JDT kini mengumpul enam mata hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan, tiga mata di hadapan kelab Myanmar, Ayeyawady United yang terikat mata dengan wakil Laos, Lao Toyota FC.
Perlawanan di Stadium Sree Kanteerava semalam menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang ketika separuh masa pertama dengan masing-masing mempunyai peluang menjaringkan gol namun tidak berupaya memanfaatkannya dengan baik.
Bagaimanapun aksi menjadi lebih menarik ketika babak kedua perlawanan yang menyaksikan JDT menguasai persaingan dengan baik.
Bagaimanapun, Harimau Selatan memerlukan kepakaran Safiq pada minit ke-55 untuk memperoleh gol apabila dia membuat sepakan deras dari hujung kawasan penalti yang menyaksikan bola menerjah penjuru kanan gawang Bengaluru.
Sepakan bebas itu dihadiahkan oleh pengadil selepas penyerang Harimau Selatan, Juan Martin Lucero dari Argentina dijatuhkan pemain tuan rumah.
Penguasaan JDT bertambah baik selepas jaringan tersebut malah hampir menambah jaringan menerusi percubaan tepat rakan senegara Lucero, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-66 namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bengaluru.
Pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol penyamaan pada penghujung perlawanan namun peluang terbaik mereka pada minit ke-84 itu gagal dimanfaatkan dengan sebaiknya walaupun pertahanan JDT sudah ditumpaskan.
Selepas ini JDT dijadual meneruskan aksi Kumpulan H menentang Lao Toyota pada Rabu depan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sepakan-safiq-pastikan-jdt-raih-kemenangan-1.199107#sthash.jdGOl2su.dpuf
Wednesday, 9 March 2016
Ahmad tidak akan keluar parti walau usul tidak percaya ditolak
09 Mac 2016 1:27 AM
AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas sidang hari kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ditangguhkan awal selepas usul undi tidak percaya terhadap beliau oleh Ahmad Said di Wisma Darul Iman, Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 8 Mac – Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang dikemukakan secara mengejut oleh Datuk Seri Ahmad Said (BN-Kijal) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini ditolak.
Speaker DUN, Datuk Mohd. Zubir Embong membuat ketetapan itu selepas persidangan disambung semula bagi sesi petang, berdasarkan Perkara 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu atas alasan bekas Menteri Besar itu mengemukakan usul tersebut tanpa mengemukakan notis dalam tempoh yang ditetapkan.
“Setelah diteliti peraturan-peraturan dan buku peraturan yang ditetapkan Dewan Undangan Negeri Terengganu, saya dapati bahawa Perkara 33 mestilah dirujuk bersama Perkara 45 yang menyebut dalam apa jua keadaan, kebenaran Speaker mestilah diperoleh walaupun tanpa notis.
“Saya dapati usul ini tiada elemen keterdesakan dan sangat penting untuk dibahaskan tanpa apa-apa kelengahan. Oleh itu memandangkan undi tidak percaya bukanlah memperkatakan perjalanan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab Menteri Besar.
“Tetapi ia mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri, maka saya dapati usul tidak percaya tidak termasuk dalam ruang lingkup Perkara 33, maka saya menolak usul ini,” jelasnya dalam sidang DUN di sini petang ini.
Beliau kemudiannya memberi laluan kepada Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid memberikan penjelasan lanjut berhubung perintah serta peraturan mengikut Perkara 14(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.
Penolakan usul yang dikemukakan oleh Ahmad semasa perbahasan pada sesi pagi itu mengundang bantahan daripada kalangan pembangkang yang menghangatkan suasana apabila mereka mempertikaikan ketelusan Dewan kerana yakin itu sepatutnya diterima berasaskan perundangan.
Bercakap kepada pemberita di luar Dewan kemudiannya, Ahmad mengakui, tindakan mengemukakan usul itu terhadap Ahmad Razif kerana kecewa dengan beberapa keputusan dan pendirian yang dibuat.
Menurut Ahmad, perkara itu termasuklah berhubung penamatan program e-Book di sekolah rendah, kewujudan bandar baharu Kuala Nerus, isu telaga minyak Bertam 307 yang didakwa hak Terengganu, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) dan isu perumahan di kawasan Ladang.
Namun Ahmad menegaskan, tindakan yang dibuatnya dalam sesi perbahasan sidang DUN hari ini, bukan bermakna beliau berhasrat untuk meninggalkan parti UMNO.
“Saya tak akan keluar UMNO, kecuali dia pecat saya. Saya orang BN (Barisan Nasional), orang UMNO walaupun saya memang kecewa,” katanya.
Ditanya apa perancangan beliau selepas usul tersebut ditolak, beliau hanya menjawab: “Kita tunggu dan lihat.”
Berikutan perkembangan itu, Menteri Besar mengadakan mesyuarat tergempar bersama wakil-wakil rakyat BN di Wisma Darul Iman selama hampir sejam bagi membincangkan persoalan yang dipercayai bakal mengocak semula suasana politik di negeri ini, namun tiada ulasan mengenainya diberikan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahmad-tidak-akan-keluar-parti-walau-usul-tidak-percaya-ditolak-1.198711#sthash.HP5cmUKT.dpuf
BN bentuk pasukan peguam tangani fitnah media sosial
09 Mac 2016 1:30 AM
Abdul Rahman Dahlan
CYBERJAYA 8 Mac – Barisan Nasional (BN) telah menubuhkan sebuah pasukan peguam yang berperanan untuk membantu wakil-wakil rakyat parti itu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana portal berita atau media sosial yang bertindak memfitnah mereka di laman sosial.
Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pasukan seumpama itu telah sedia wujud di dalam UMNO, justeru itu, peranan pasukan tersebut diperluaskan bagi memenuhi keperluan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) BN secara menyeluruh.
Katanya, pasukan tersebut ketika ini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk bertindak sekiranya diminta berbuat demikian oleh wakil-wakil rakyat BN.
“Kepada semua Yang Berhormat dan menteri-menteri, jika mereka merasakan telah difitnah dan portal-portal berita enggan menarik semula atau memperbaiki berita berkenaan, tindakan undang-undang adalah antara pilihan yang perlu diambil,” katanya kepada pemberita selepas menjadi salah seorang daripada speaker dalam Forum Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2016 di Universiti Limkokwing, di sini hari ini.
MSMW 2016 yang dianjurkan oleh Dewan Sosial Media Malaysia (SMC) itu merupakan sebuah program tahunan yang disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Yang turut hadir, Presiden SMC, Shahul Hameed Dawood serta Ketua Informasi dan Teknologi Bharatiya Janata Party (BJP), India, Arvind Gupta.
Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerajaan juga akan mewujudkan satu entiti dipanggil 'Fact Check' yang berperanan untuk menyemak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik.
Jelas beliau, langkah penubuhan entiti itu adalah bagi memupuk persepsi yang lebih baik dalam perdebatan antara pihak politik di negara ini.
“Kita mahu membawa budaya debat berteraskan polisi, yang seterusnya akan memberi impak positif kepada negara pada masa depan, bukannya isu-isu remeh yang memenatkan kita semua,” katanya.
Terdahulu, semasa berucap dalam forum berkenaan, Abdul Rahman meminta supaya pihak universiti menjalankan kajian terhadap sikap rakyat Malaysia yang mempercayai sesuatu berita atau isu dengan hanya membaca tajuknya sahaja.
“Kerajaan United Kingdom telah menjalankan kajian dengan mendalam supaya dapat membawa mereka yang menyebarkan fitnah ke muka pengadilan,” katanya.
“Sehubungan itu, saya meminta pihak universiti supaya mengkaji bagaimana tajuk itu boleh mempengaruhi minda orang ramai tanpa membaca keseluruhan berita. Ini amat penting buat kerajaan bagi memahami apa yang orang ramai faham dan cari hanya berdasarkan tajuk,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bn-bentuk-pasukan-peguam-tangani-fitnah-media-sosial-1.198745#sthash.sH2tXgXM.dpuf
Lucut Pengerusi GLC : KELAB CALON BOLEH MENANG PRU 14...
Turut gesa pecat keahlian Muhyiddin, Sanusi, Mukhriz
FITRI AFFENDI MUSTAFA | 09 Mac 2016 1:30 AM
Muhd. Anuar Mohd. Yunus (tiga dari kiri) menyerahkan memorandum menyokong Perdana Menteri kepada Ketua Setiausaha Bahagian Ibu Pejabat UMNO, Azwan Aziz (kanan) dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Aizzul A. Majid
KUALA LUMPUR 8 Mac - Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia menggesa kerajaan untuk melucutkan jawatan yang dipegang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi di syarikat milik kerajaan (GLC).
Pengerusinya, Datuk Muhd. Anuar Mohd. Yunus berkata, pihaknya kecewa serta tersinggung dengan penglibatan Dr. Mahathir dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri secara tidak berperlembagaan.
Malah beliau berkata, pihaknya turut menyarankan agar Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta sesiapa sahaja yang menandatangani deklarasi bersama-sama pihak pembangkang pada Jumaat lalu.
“Kami mengecam dan menolak sekeras-kerasnya segala bentuk penglibatan bekas pemimpin, pemimpin semasa serta ahli UMNO yang sanggup bersetuju, bersekutu dan menurunkan tandatangan ke atas sebuah dokumen yang berjudul ‘Selamatkan Malaysia’.
“Oleh itu, kami berpendirian persekongkolan Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz yang sanggup berada sepentas bersama-sama pemimpin pembangkang khususnya DAP yang dahulunya pernah mencaci dan mencela mereka dahulu terutamanya dalam setiap elemen serta institusi berciri Melayu dan Islam,” katanya dalam sidang akhbar yang dihadiri 80 Naib Ketua UMNO Bahagian, di sini hari ini.
Memorandum kelab tersebut telah diserahkan Muhd. Anuar kepada Ketua Setiausaha Pejabat UMNO, Azwan Aziz yang mewakili Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mengulas lanjut, Muhd. Anuar yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh menegaskan, pihaknya mengatakan taat setia serta sokongan tanpa berbelah-bahagi terhadap Najib untuk terus memimpin negara selaku Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO.
Beliau berkata, pihaknya akan mengusulkan agar MT UMNO mempertimbangkan usaha pemutihan yang lebih luas untuk membersihkan parti daripada mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti.
“Malah, sesiapa jua dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang bersetuju, bersekutu dan bekerjasama dengan Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ adalah seumpama berfungsi sebagai satu komponen kecil kepada suatu jentera besar yang digerakkan untuk menumbangkan UMNO dan BN sebagai satu kepimpinan Melayu Islam di Malaysia,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lucut-pengerusi-glc-1.198750#sthash.5CNhFJQZ.dpuf
Tuesday, 8 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: PANAZZZZ ! Rekod RM2.6 Bilion Najib DiPecahkan ......
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: PANAZZZZ ! Rekod RM2.6 Bilion Najib DiPecahkan ......: MENGEJUTKAN! pendedahan terbaru dari Mukhriz ketika bercakap dalam satu majlis bersama Ketua2 Cawangan dan ahli2 Umno sekitar Kota Bhar...
Monday, 7 March 2016
Putra Merdeka: Laporan Polis Terhadap AG..!
Putra Merdeka: Laporan Polis Terhadap AG..!: Kesian Pandi..! ada ajer yang menyebabkan Pandi tak senang duduk..! Ingat ganti Gani boleh menyandar tapi setakat ni duduk kerusi tu pun...
APANAMA: Barisan Nasional and the cowards in quandary
APANAMA: Barisan Nasional and the cowards in quandary: Barisan Nasional has 13 components. Umno is the biggest and seemingly the most powerful. The other 12 parties just makeup the numbers. The...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Deklarasi Rakyat: Penjelasan PERKASA Malaysia
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Deklarasi Rakyat: Penjelasan PERKASA Malaysia: POLEMIK SELAMATKAN MALAYSIA 1. Malaysia muttaakhir ini dikejutkan berikutan Negarawan Tun Mahatir bersama 'musuh' politik ...
FA CUP : Selangor, Kelantan tersingkir, JDT menang mudah
05 Mac 2016 1:55 AM
SLUG : JDT N.SEMBILANJOHOR BAHRU 4 MAC 2016 - PEMAIN pasukan Johor DT , Safee Sali (10) cuba merampas bola dari pemain pasukan Negeri Sembilan , Aroon Kumar A/K Ramaloo (2) , dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Superbest Power antara Johor DT menentang Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.Gambar : MOHD HAZROL ZAINALPemberita : FAIZAL HASHIM (Utusan/Sukan) WAN NUR ZURAIHAH WAN ALI (Kosmo/Sukan)
KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Selangor menerima kejutan apabila tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 2-1 kepada PDRM dalam pusingan ketiga semalam yang merupakan kekalahan pertama mereka dalam semua pertandingan musim ini.
Perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan skuad kendalian Ahmad Fauzi Pilus menampilkan aksi cemerlang untuk mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ahmad Nizam Rodzi pada minit ke-39.
Selang 13 minit babak kedua bermula, The Cops terus menggandakan kedudukan, kali ini menerusi pemain dari Singapura, Safuwan Baharuddin dan walaupun The Red Giants cuba bangkit namun jaringan penyerang kebangsaan Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh ketika perlawanan berbaki empat minit sudah terlalu lewat untuk menghalang mereka daripada menerima kekalahan pertama dalam semua pertandingan musim ini selepas kalah dalam perlawanan sumbangsih.
Sementara itu, aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru menyaksikan skuad Harimau Selatan tidak berdepan masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan 4-1.
Skuad kendalian Mario Gomez membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Aznie Taib sebelum Amri Yahyah menggandakan kedudukan lima minit kemudian menerusi sepakan penalti.
Pada separuh masa kedua, JDT terus menambah jaringan menerusi pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-64 dan minit ke-90 manakala Negeri Sembilan meraih gol saguhati menerusi jaringan pemain dari Australia, Andrew Nabbout pada minit ke-67.
Sementara itu naib juara musim lalu Kelantan tersingkir daripada Piala FA selepas Mohd. Khairul Izuan Rosli, yang terakhir mengambil sepakan, menyaksikan percubaannya terkena tiang kiri gawang Kedah untuk mereka tewas 5-4 menerusi penalti penentuan selepas perlawanan terikat 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Terdahulu Kelantan mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan jarak dekat pemain pertahanan Jonathan McKain selepas sepakan bebas Muslim Ahmad ditanduk ke depan gawang oleh Dramane Traore.
Bagaimanapun, Kedah menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua berlangsung menerusi jaringan Khairul Helmi Johari yang menanduk masuk sepakan sudut Baddrol Bakhtiar, dan walaupun tuan rumah mengasak hingga tamat perlawanan masa tambahan namun akhirnya memerlukan penalti penentuan untuk mara ke pusingan keempat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-kelantan-tersingkir-jdt-menang-mudah-1.197224#sthash.yIXcxxHz.dpuf
Friday, 4 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib Yang Banyak Kesalahan Tidak Pula DiAmbil Tin...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib Yang Banyak Kesalahan Tidak Pula DiAmbil Tin...: Ramai yang dah baca komen2 mengenai sidang media Muhyiddin semalam. Selain dari menyatakan pendirian akan terus kekal berjuang dari dalam...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [PECAH TEMBELANG KU NAN] Ku Nan Jumpa Saya Gesa Is...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [PECAH TEMBELANG KU NAN] Ku Nan Jumpa Saya Gesa Is...: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada bertemu dengannya mendesak su...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila Kerajaan Terengganu Nak Iktiraf Jasa MatSaid ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila Kerajaan Terengganu Nak Iktiraf Jasa MatSaid ...: Ingat nak tulis mengenai sidang akhbar Muhyiddin tadi tapi rakaman video yang dibuat tadi ada masalah sound jadi saya tunggu rakan keluarkan...
Putra Merdeka: 1MDB = 1 Malaysia Dunia Berkata..!
Putra Merdeka: 1MDB = 1 Malaysia Dunia Berkata..!: Apa yang dunia tak kata tentang Malaysia??? Power, Najib’s Money and Malaysia’s Corrupt System He didn’t invent the system but Naj...
MAHAGURU58: Malaysian Political Conundrum ~ Najib, Mahathir, M...
MAHAGURU58: Malaysian Political Conundrum ~ Najib, Mahathir, M...: Lately, Tun Dr.Mahathir Mohamad's leaving UMNO was the news of the week but no major impact came about from the country's most remem...
Muhyiddin, Shafie, Mukhriz kekal dalam UMNO
04 Mac 2016 1:18 AM
Muhyiddin Yassin menjawab soalan media dalam sidang akhbar sambil ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (dua kanan), Mukhriz Mahathir (kanan), dan Shafie Apdal (kiri) di Bukit Damansara, semalam. – UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL
KUALA LUMPUR 3 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan tidak mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar daripada UMNO sejak Isnin lalu, sebaliknya memilih untuk kekal bersama parti itu.
Turut mengambil keputusan yang sama ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Muhyiddin yang digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO berkata, UMNO merupakan parti yang menjadi darah dagingnya sejak tahun 1970, malah turut menghormati keputusan Dr. Mahathir yang mahu keluar parti.
“Saya akan terus kekal dalam UMNO. Isu saya kekal atau tidak kekal, tidak berbangkit. Saya tidak pernah menceritakan saya hendak keluar atau pun hendak masuk parti, pasal saya sudah jadi ahli UMNO sejak 1970.
“Waktu saya jadi ahli UMNO, saya tidak fikir saya jadi ahli UMNO kerana siapa. Saya menjadi ahli UMNO kerana saya percaya parti saya ini adalah parti yang baik, boleh memperjuangkan nasib masa depan negara, bangsa dan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Bukit Damansara, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau tidak menyesal melibatkan diri dalam UMNO selain tidak pernah menganggap menyertai parti itu sebagai satu kesilapan besar dalam sejarah politiknya.
Beliau memberitahu, banyak perkara yang boleh dilakukan yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara melalui UMNO.
“Pastinya UMNO tidak bersalah dalam soal ini. Apabila saya diuar-uarkan mengenai kedudukan dalam UMNO, saya meminta pandangan rakan-rakan, sahabat-sahabat dalam politik, pimpinan parti di peringkat Pagoh dan rakyat, apa lagi keluarga saya. Mereka berpendapat, saya sewajarnya kekal dalam UMNO,” ujarnya.
Jelas Muhyiddin, beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meninggalkan UMNO sebaliknya nekad untuk membetulkan parti dan meneruskan perjuangan sebagai ahli.
Bercakap mengenai penggantungan jawatannya sebagai Timbalan Presiden, Muhyiddin berkata, beliau akan menghantar surat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengikut Seksyen 16 Akta Pertubuhan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kedudukannya dalam parti.
Beliau memberitahu, ROS boleh menjelaskan sama ada proses penggantungan tugas dan jawatannya adalah sah di sisi perlembagaan dan mengikut peraturan atau sebaliknya.
“Selepas saya digugurkan dari Kabinet, saya tidak diberikan peluang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden UMNO,” jelas Muhyiddin.
Muhyiddin turut menyifatkan penggantungannya itu tidak mengikut prosedur yang betul kerana tidak diminta sebarang surat tunjuk sebab dan juga tidak dihadapkan ke lembaga disiplin parti, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 20, Perlembagaan UMNO.
Sementara itu, Mukhriz berkata, pendekatan beliau berbeza dengan bapanya yang meninggalkan UMNO tetapi mempunyai prinsip yang sama sementara Mohd. Shafie pula menyifatkan tidak timbul persoalan untuk dirinya meninggalkan parti pada waktu ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/muhyiddin-shafie-mukhriz-kekal-dalam-umno-1.196847#sthash.cuNKBq8h.dpuf
Wednesday, 2 March 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: DULU Umno... Bersama Rakan Seperjuangan, KINI Umno...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: DULU Umno... Bersama Rakan Seperjuangan, KINI Umno...: Berikut adalah reaksi GKCM kepada tindakan Tun Mahathir keluar parti Najib. Apa yang menariknya kenyataan GKCM ini adalah dakwaan bahawa...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: BOM Baru Dari WSJ ? Sebenarnya 1MDB Mampu Kantoika...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: BOM Baru Dari WSJ ? Sebenarnya 1MDB Mampu Kantoika...: Hari ini pendedahan oleh WSJ sekali lagi menggegar masyarakat dunia bila mendakwa Najib sebenarnya menerima lebih dari US$1 bilion, bukan US...
Putra Merdeka: Tuah BR1M..!
Putra Merdeka: Tuah BR1M..!: Dengar..! Roti canai, sarapan ruji bagi sebahagian besar rakyat negara ini dijangkakan menjadi lebih mahal selepas kerajaan hari ini m...
MENJUNJUNG URUSNIAGA BERETIKA
02 Mac 2016 2:16 AM
Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Anugerah Bisnes Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam
KUMPULAN Utusan bermula dengan penubuhan Utusan Melayu Press Limited yang
diperbadankan di Singapura pada 1938. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, diterbitkan dalam tulisan Jawi dilancarkan pada 29 Mei 1939. Akhbar Utusan Melayu diterbitkan, tidak sekadar untuk memenuhi keperluan masyarakat Melayu yang ketika itu, majoritinya lebih celik tulisan Jawi, tetapi Utusan Melayu telah memainkan peranan yang jauh lebih besar lagi signifikan, berperanan sebagai pencanai minda serta jurubicara yang menyuarakan pendirian dan tuntutan bangsa.
Akhbar Utusan Melayu, berperanan penting sebagai medium yang telah mencetuskan kesedaran bangsa, meniupkan semangat kebangkitan bangsa dan menggemakan suara bangsa hingga sampai ke cuping telinga pihak berkuasa Inggeris. Utusan Melayu turut berperanan sebagai tapak semaian yang telah menunaskan daya pemikiran kritis di kalangan anak bangsa hingga berjaya menghasilkan angkatan pemikir, cendekiawan dan inteligensia Melayu. Utusan Melayu juga adalah tempat yang turut menyalakan puntung-puntung perjuangan, lalu membara keberanian bangsa untuk bangkit menuntut kemerdekaan watan.
Amatlah pilu di hati, amatlah terhiris jantung bangsa, apabila akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi, terpaksa dihentikan penerbitannya atas timbangan yang diletakkan di dacing perniagaan. Huruf dan tulisan Jawi, bersumberkan huruf yang terkandung di dalam kitab al-Quran, huruf dan tulisan Jawi telah lama berakar di bumi ini dan adalah sebahagian daripada budaya dan identiti bahasa Melayu, huruf dan tulisan Jawi mendapat tempat utama dalam persuratan Melayu, berperanan sebagai huruf yang digunakan dalam urusan surat-menyurat utama dan watikah penting Raja-raja Melayu dan kekal digunakan di istana sehingga hari ini.
Amat menghibakan apabila huruf dan tulisan Jawi menghadapi nasib malang, terkubur tanpa nisan dengan pemberhentian penerbitan akhbar Utusan Melayu. Lebih menghibakan, apabila hayatnya ditamatkan, bukan ketika negara diperintah oleh kuasa penjajah, tetapi akhbar Utusan Melayu dikuburkan tanpa talkin dalam sebuah negara merdeka, pada waktu bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, ketika orang Melayu masih memiliki kuasa politik dan pada waktu anak-anak Melayu yang terpelajar masih diberikan amanah menerajui pelbagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berjaya menunjukkan keuntungan besar kewangan.
Nasib malang akhbar Utusan Melayu yang berakhir di liang lahad, adalah manifestasi yang membuktikan betapa lemahnya semangat jati diri Melayu untuk mempertahankan satu warisan bangsa dan manifestasi yang menunjukkan betapa tipisnya semangat nasionalisme yang mengalir dalam darah bangsa. Utusan Melayu tidak hanya sebuah akhbar; akhbar Utusan Melayu ialah sebuah institusi bersejarah milik bangsa yang amat berjasa dalam memperjuangkan martabat bangsa.
Begitu mudah bangsa melupakan jasa dan perjuangan sebuah institusi bersejarah, betapa mudahnya sikap kacang lupakan kulit berlaku hanya selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, dalam kalangan mereka yang sudah mendapat nikmat hasil daripada perjuangan akhbar Utusan Melayu. Bangsa begitu cepat lupa, bahawa kejayaan sebahagian besar daripada mereka pada hari ini, menjadi kapten pelbagai konglomerat, industri dan syarikat perniagaan, telah dijaguhkan oleh suara perjuangan yang digemakan oleh akhbar bertulisan Jawi itu.
Ketika menghadapi hari-hari terakhir hayatnya, beta disembah maklumkan Utusan Melayu ketika memohon dan merayu untuk mendapatkan sokongan, telah dilayani bagaikan pengemis jalanan oleh cerdik pandai Melayu yang menjadi kapten pelbagai konglomerat, industri dan syarikat perniagaan, yang tidak langsung menunjukkan semangat mahu membantu, memberikan talian hayat untuk penerusan satu warisan bangsa yang amat berharga.
Malah akhbar bertulisan Jawi itu, diperlekeh kerana dianggap tidak ada nilai komersial. Terkuburnya satu warisan bangsa, tanpa diberikan pembelaan, tanpa ditangisi, tanpa disedari malah tanpa dihiraukan dan dipedulikan, adalah satu tamparan yang sepatutnya menyedar dan menginsafkan bangsa, betapa rapuhnya semangat daya tahan dan betapa tipisnya jati diri bangsa hingga tergamak membenarkan anak di riba mati tak makan.
Sejak ditubuhkan 78 tahun lalu, Kumpulan Utusan telah mengharungi perjalanan yang panjang dan telah mencipta pelbagai sejarah. Pada pagi ini, Kumpulan Utusan merintis inisiatif baru dalam hasrat dan usaha mahu melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Anugerah Bisnes Utusan. Anugerah ini adalah satu lagi usaha berterusan Kumpulan Utusan untuk sama-sama mendukung wawasan negara ke arah membentuk sebuah komuniti idaman yang makmur lagi sejahtera.
Anugerah mengiktiraf pencapaian syarikat-syarikat perniagaan telah banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dengan pelbagai tujuan. Penganjuran Anugerah Bisnes Utusan ini sekali gus menandakan ‘gergasi’ yang senantiasa wujud dalam Kumpulan Utusan Melayu kini kembali bangkit. Anugerah ini juga menandakan Kumpulan Utusan Melayu kini turut melangkah untuk melebarkan penglibatan Kumpulan dalam segmen perniagaan berprestasi tinggi, di samping tetap berusaha mengekalkan peranan sebagai penerbit akhbar berbahasa Melayu yang berwibawa dan berwawasan, yang akan terus memastikan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kekal terjamin dan tidak tergugat.
Berasaskan konsep, keanggotaan panel penilai, kriteria pemilihan dan senarai penerima ulung Anugerah ini, Kumpulan Utusan telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah organisasi yang menghayati semangat satu Malaysia dan bukannya sebuah organisasi yang mengamalkan fahaman rasis. Kelantangan Utusan menyuarakan isu-isu berkaitan Melayu selama hari ini bukan perkara baru; kelantangan tersebut adalah satu penerusan dasar yang menjadi asas pegangan sejak penubuhannya. Peranan tersebut tidak bermakna dan sama sekali tidak boleh disimpulkan bahawa Utusan bersikap memusuhi dan membenci kaum-kaum lain.
Semasa menzahirkan titah, bertemakan ‘Permuafakatan dan Perpaduan Nasional’ di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 8 Julai 2013, Beta telah memetik contoh rencana tulisan Zaini Hassan membela Melissa Gooi yang dilaporkan, ditahan oleh pihak keselamatan untuk membantu siasatan kerana dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Facebook. Episod Melissa Gooi dan pembelaan Utusan Malaysia, meningkatkan keyakinan beta bahawa majoriti rakyat di negara ini tidak bersifat rasis; di sebaliknya mereka adalah insan-insan berjiwa rasional - berfikiran waras.
Susulan penahanan Melissa Gooi, Zaini Hassan telah menulis rencana yang diterbitkan di muka surat 11, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Jun 2013, bertajuk “Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah.” Zaini Hassan antara lain telah menyentuh perkara-perkara berikut;
Petikan:
“Saya tidak salahkan Melissa Gooi yang mencetuskan kisah menghina Yang di-Pertuan Agong dalam Facebooknya. Sebenarnya Melissa dan rakan-rakan Facebooknya, Shuh Chien Loo, Hun Kiet Wong, Carol Tay yang berbicara mengenai titah Yang di-Pertuan Agong itu mungkin tidak kenal pun siapa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak tahu pun fungsi-fungsi Baginda...
...Kisah Melissa Gooi seharusnya menjadi satu teladan oleh kita semua, juga oleh Kerajaan BN yang diberikan mandat baru ...
...Bukan masa lagi mahu menongkat dagu memandang ke langit. Sesuatu harus dilakukan terhadap orang seperti Melissa yang semakin hari, semakin tahun, semakin dekad, semakin generasi, semakin bertambah...
...Ia memperlihatkan berlakunya fenomena kejahilan atau ignorant mengenai sistem kebudayaan kita, sistem kenegaraan kita yang menjalar kepada sistem Perlembagaan Negara kita...
Zaini Hassan selanjutnya menyarankan:
Petikan:
Oleh itu, saya syorkan Kementerian Pendidikan mula memikirkan soal ini. Ia bukan soal hari ini sahaja, atau untuk penggal ini sahaja, tetapi untuk generasi rakyat Malaysia. Jika subjek Asas Perlembagaan, tidak diperkenalkan...maka selama itulah orang kita akan terus menerus mempertikai Perlembagaan Negara.
Saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memikirkan perkara ini supaya tidak lagi melahirkan Melissa Gooi dan rakan-rakannya. Ajar subjek Asas Perlembagaan di semua aliran sekolah...”
Melissa Gooi ialah rakyat Malaysia berketurunan Cina; sementara Zaini Hassan, wartawan kanan, bukan sahaja berketurunan Melayu, berwajah Melayu, berdarah Melayu malah bertugas dengan akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai akhbar yang meniup api perkauman. Zaini Hassan telah mencerminkan jiwa besar dan contoh semangat seorang Malaysian, secara tegas melahirkan pandangan kritis atas prinsip kebenaran, meskipun beta percaya, Zaini juga tidak kenal Melissa Gooi. Apa jua jenama negatif yang dilabelkan terhadap Utusan Malaysia, akhbar tersebut tidak melakukan diskriminasi untuk tidak menyiarkan rencana yang bernada membela situasi seorang anak gadis keturunan Cina.
Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya Utusan Malaysia kini semakin dijenamakan sebagai rasis; sengaja digembar-gemburkan oleh kalangan yang tidak senang dan oleh kalangan yang mempunyai agenda terancang, mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh pendukung-pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka.
Mereka semakin vokal mempersoalkan status pribumi negara ini dan turut melakukan pelbagai aktiviti subversif mahu menghapuskan kedudukan istimewa pribumi yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Mereka sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan; mereka sedang menghasut warga untuk bermain api.
Anugerah Bisnes Utusan, diperkenalkan dalam persekitaran dunia perniagaan dan keusahawanan yang kini bukan sahaja semakin kompleks dan mencabar tetapi tidak kurang juga semakin dicemarkan oleh pelbagai skandal salah laku urus niaga, menyentuh penipuan, pecah amanah, rasuah, penyeludupan, percukaian, ketirisan dan pelbagai lagi.
Oleh itu, Anugerah Bisnes Utusan hendaklah memiliki falsafah, mempunyai identiti dan mengandungi makna tersendiri; meletakkan statusnya sebagai anugerah yang dilandaskan kepada nilai-nilai murni, menghayati roh yang terkandung dalam ayat 85 Surah Al-Araaf yang antaranya bermaksud;
“Sesungguhnya telah datang kepada mu bukti yang nyata daripada Tuhan mu. Kerana itu sempurnakanlah takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya...”
Kriteria penilaian anugerah ini hendaklah memberikan penekanan kepada aspek-aspek amalan yang menghormati prinsip dan etika urus niaga yang murni, pada setiap masa menghormati undang-undang dan tidak meraih keuntungan besar secara menipu. Walaupun dinamakan Anugerah Bisnes, penganjur jangan kabur penglihatan, tenggelam dalam arus perniagaan hingga anugerah ini boleh dihanyutkan oleh matlamat komersial semata-mata.
Di sebaliknya, anugerah ini hendaklah berperanan sebagai penanda aras, mendorong dan menggalakkan syarikat-syarikat menjunjung prinsip perniagaan yang beretika dan bermoral tinggi dengan mengamalkan budaya niaga secara tulus, telus, jujur dan benar serta mengamalkan budaya yang memberi perhatian (caring) kepada alam sekitar, kebajikan pekerja, kemajuan kerjaya dan latihan, serta program-program tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Adalah penting untuk dipastikan, anugerah ini secara langsung atau secara tidak langsung, pada akhirnya akan berperanan sebagai penggerak membentuk nilai, moral, budaya dan etika yang berjaya mengimbangi kepentingan perniagaan untuk meraih keuntungan dengan kepentingan memenuhi tanggungjawab sosial untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat dan persekitaran secara lestari.
Negara ini adalah antara negara di rantau ini yang berjaya mencipta nama yang harum kerana kejayaannya merangka dan melaksanakan dasar secara bijak di samping menggubal dan menguatkuasakan undang-undang secara adil lagi telus. Dasar yang bijak dan udang-undang yang adil lagi telus telah membina keyakinan pelabur dan peniaga baik dari luar dan dalam negara untuk menjalankan urus niaga di bumi ini.
Malaysia lalu diiktiraf di peringkat antarabangsa, dihormati sebagai sebuah negara contoh, menjadi negara pilihan di rantau ini untuk pelabur kerana sifat mesra pelaburnya. Berdasarkan laporan Bank Dunia 2016, daripada 189 buah negara yang dinilai, Malaysia berada di tangga ke-18 dari segi ranking kemudahan menjalankan perniagaan. Laporan yang sama turut mengiktiraf Malaysia kekal berada dalam kelompok 20 buah negara yang mesra menjalankan perniagaan.
Namun panas sehari boleh terhapus bila turunnya hujan pada sebelah petang. Pada lazimnya, usaha membina nama baik dan usaha membina keyakinan, memakan masa yang panjang; sementara perbuatan yang merosakkan nama baik dan meruntuh keyakinan boleh berlaku dalam tempoh sekelip mata, hanya disebabkan tersilap perhitungan atau tersalah perkiraan. Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International, meletakkan negara hanya mencapai skor 50 daripada 100 markah dan negara berada pada ranking ke-54 daripada 168 buah negara yang dinilai.
Rasuah adalah isu penting yang wajib ditangani dengan segala kesungguhan melalui langkah-langkah tegas oleh pelbagai agensi yang bertanggungjawab, tanpa gentar – tanpa pilih kasih. Kebenaran yang berpaksikan undang-undang wajib ditegakkan, tanggungjawab kepada Allah SWT dan tanggungjawab kepada negara hendaklah berada di atas tanggungjawab terhadap mana-mana kumpulan atau individu.
Rasuah adalah barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara. Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya. Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.
Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah. Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya. Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik. Ruangan yang meningkatkan kesedaran tentang rasuah hendaklah disediakan.
Contoh tokoh-tokoh yang bersih rasuah boleh dijadikan teladan sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan. Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad. Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan.
Beta menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang telah diperakukan layak menerima anugerah pada pagi ini. Beta menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur yang telah merintis inisiatif ini, begitu juga apresiasi beta kepada panel penilai yang telah memenuhi tugas masing-masing.
Dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, beta mengisytiharkan pelancaran Anugerah Bisnes Utusan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/menjunjung-urusniaga-beretika-1.196117#sthash.37xLrSDT.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)