Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Friday, 28 August 2015
CELAH GELEGAR: UMNO FAIL SAMAN USD650 juta terhadap Najib Razak
CELAH GELEGAR: UMNO FAIL SAMAN USD650 juta terhadap Najib Razak: KUALA LUMPUR: Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti...
Putra Merdeka: Apa Kata Muhyiddin..!
Putra Merdeka: Apa Kata Muhyiddin..!: Orang berbudi kita berbahasa..! Berbahasa kebenaran tetap akan terpelihara dan mulia..! Berani berkata benar..! Berani kerana benar..! ...
APANAMA: DAULAT TUANKU! Sultan Johor titah Solat Hajat seti...
APANAMA: DAULAT TUANKU! Sultan Johor titah Solat Hajat seti...: DYMM Sultan Ibrahim, yang baru-baru ini menegur kerajaan serta wakil rakyat agar peka akan rintihan rakyat serta lebih bertanggungjawab da...
UiTM bantu 32,485 belia miskin
80 peratus daripada mereka berjaya peroleh pekerjaan
ZABRY MOHAMAD | 27 Ogos 2015 1:36 AM
SHAH ALAM 26 Ogos - Sebanyak 32,485 pelajar daripada keluarga miskin berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian tinggi menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 2010.
Sahol Hamid Abu Bakar
Naib Canselor UiTM, Profesor Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, daripada jumlah tersebut, kira-kira 80 peratus sudah mendapat pekerjaan dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Menurutnya, kejayaan itu mungkin tidak mampu dicapai sekiranya tiada campur tangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sejak lima tahun kebelakangan ini, Perdana Menteri banyak membantu sehingga membawa perkembangan pesat kepada UiTM.
“Sebagai penjawat awam, menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu banyak perkembangan positif yang berlaku dalam UiTM. Contohnya MDAB banyak dibantu oleh Perdana Menteri sejak dimulakan pada 2010,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Antara program yang disediakan dalam MDAB ialah kursus pradiploma bagi pelajar miskin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mempunyai cukup kelayakan kredit untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma.
Menerusi program tersebut, UiTM menubuhkan pelbagai bentuk tabung bagi membantu golongan berkenaan seperti tabung pelajar miskin, tabung pembangunan pelajar dan tabung zakat.
> Diperkenalkan pada 2010
> 32,485 pelajar daripada keluarga miskin dibantu
> Lepasan SPM yang tidak mempunyai cukup kelayakan kredit
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uitm-bantu-32-485-belia-miskin-1.128879#sthash.XO2szSTf.dpuf
PIALA MALAYSIA : JDT jumpa Perak, laluan Pahang nampak mudah
FADHILUL IZMEL ISHAK | 28 Ogos 2015 12:42 AM
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menunjukkan tanda nama pasukan JDT yang dicabut sewaktu majlis undian untuk peringkat awal pertandingan Piala Malaysia di Petaling Jaya semalam. BERNAMA
KUALA LUMPUR - Tiga pasukan yang mempunyai ‘sejarah hitam’ antara mereka dipertemukan dalam peringkat awal pertandingan Piala Malaysia apabila juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim diundi bersama Perak dan Sarawak dalam Kumpulan B semalam.
Penyandang juara Pahang pula kelihatan mendapat laluan mudah setelah diundi dengan dua pasukan dari Liga Perdana, Pulau Pinang dan PKNS FC, selain pencabar mereka dalam Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D.
Kumpulan B, yang turut diisi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dilihat sebagai ‘periuk panas’ jika melihat kepada rekod pertemuan di antara JDT, Perak dan Sarawak yang menyaksikan penyokong ketiga-tiga pasukan tersebut pernah bergaduh antara satu sama lain.
Dalam edisi Piala Malaysia tahun lalu perlawanan antara Sarawak menentang Perak di Stadium Negeri Kuching dicemari dengan insiden kekecohan yang turut menyebabkan sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan.
Terbaru, perlawanan Liga Super antara Perak menentang JDT yang berlangsung pada 19 Ogos di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dicemari dengan kekecohan sehingga memaksa polis bertindak dan menahan 14 penyokong pasukan tuan rumah.
Sebanyak 16 pasukan bertanding, dibahagikan kepada empat kumpulan dalam majlis undian yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.
Kumpulan A dihuni oleh Terengganu, juara Piala FA Lions XII, juara Liga Perdana Kedah dan JDT II.
Kumpulan C dianggap sebagai kumpulan paling sukar apabila Selangor bertembung dengan dua pencabarnya dalam Liga Super iaitu Felda United, Kelantan dan pasukan Liga Perdana T-Team.
Menyentuh mengenai kemungkinan berlaku kekecohan antara penyokong semasa perlawanan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap perkara itu tidak berlaku.
“Saya berharap peminat tidak bergaduh sesama sendiri ketika menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan masing-masing, sebaliknya mereka perlu menikmati sukan bola sepak itu sendiri.
“Saya sudah menyatakan perkara ini berulang kali (isu pergaduhan) dan saya berharap peminat boleh menerima setiap keputusan perlawanan dengan hati terbuka, malah selepas 90 minit perlawanan kita (penonton) boleh pulang dengan selamat, itu harapan saya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis undian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-jumpa-perak-laluan-pahang-nampak-mudah-1.129187#sthash.gFTWKpaE.dpuf
Perhimpunan anti-Bersih ditunda
28 Ogos 2015 1:30 AM
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kumpulan anti-Bersih yang digerakkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili golongan peniaga bersetuju menunda perhimpunan 30,000 aktivis yang dirancang bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara Sabtu ini.
Jamal Md. Yunos
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, pihaknya bersetuju menunda perhimpunan berkenaan kepada satu tarikh lain pada bulan kemerdekaan di lokasi yang lebih sesuai seperti dinasihatkan pihak polis.
Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan pihaknya dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berhubung persiapan pasukan berkenaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan buruk semasa perhimpunan haram berkenaan berlangsung.
“Walaupun baju sebanyak 30,000 helai telah pun siap dan deposit untuk 200 buah bas juga sudah dibayar, kami komited menunda perhimpunan kami yang cintakan keamanan di lokasi yang lebih sesuai dengan pelbagai acara berfaedah.
“Sebagai NGO yang prokerajaan serta menghormati undang-undang, kami patuh dengan arahan polis supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram yang dianjurkan NGO propembangkang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, Jamal telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi dirakam percakapan berhubung siasatan polis ke atas kumpulan anti-Bersih tersebut.
Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya telah pun memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung kes berkenaan agar siasatan lengkap dapat dilakukan.
“Kami tidak takut atau gentar untuk tampil dan bekerjasama dengan pihak polis dalam menjalankan siasatan,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perhimpunan-anti-bersih-ditunda-1.129348#sthash.vDdNerOt.dpuf
Polis KL nafi benarkan Bersih 4.0
28 Ogos 2015 1:37 AM
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan penganjur Bersih 4.0 yang pihaknya memberi kebenaran kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di ibu negara dan kawasan sekitarnya pada 29 dan 30 Ogos ini.
Tajudin Md. Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, kenyataan penganjur, Maria Chin Abdullah dalam sebuah portal berita adalah tidak benar.
“Dalam perjumpaan yang diadakan Ketua Polis Dang Wangi bersama pihak penganjur Bersih 4.0, polis telah menasihatkan mereka tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya kerana pada tarikh 29 dan 30 Ogos ini akan berlangsungnya persiapan majlis sambutan Hari Kebangsaan 2015,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tajudin mengingatkan penganjur Bersih 4.0 supaya tidak memutar-belit sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh polis.
“Polis Kuala Lumpur juga ingin menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan yang menyalahi undang-undang kerana pihak penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012,” jelasnya,
Tambah Tajudin, tugas pihak polis adalah melaksanakan tanggungjawab memastikan keselamatan orang dan ketenteraman awam di ibu negara terjamin.
“Orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang sepanjang tempoh itu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/polis-kl-nafi-benarkan-bersih-4-0-1.129352#sthash.aTtm1XBb.dpuf
BERSIH 4 : Polis awasi kumpulan anarki
NORLIZA ABD. RAHMAN | 28 Ogos 2015 1:37 AM
PUTRAJAYA 27 Ogos - Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan anarki yang mahu mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 pada Jumaat dan Sabtu ini.
Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan berkenaan mahu mencetuskan provokasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.
“Tindakan provokasi itu untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram, sekali gus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata, polis akan menggerakkan kira-kira 4,000 anggotanya bagi memastikan ketenteraman awam serta keselamatan rakyat ketika perhimpunan haram berkenaan dan tidak akan bertolak ansur bagi mengelakkan berlaku sebarang tindakan yang mengancam nyawa masyarakat.
Selain Kuala Lumpur katanya, perhimpunan haram berkenaan turut dirancang diadakan di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Katanya, tindakan itu pasti membabitkan kos tinggi ke atas kerajaan kerana perlu menggerakkan sejumlah besar anggota polis serta kelengkapan semata-mata untuk mengawasi peserta perhimpunan berkenaan.
Beliau berkata, lebih menyedihkan apabila peserta perhimpunan haram itu sebenarnya diperalatkan pembangkang yang menjadikan mereka sebagai alat politik untuk menumbangkan kerajaan.
“Sebenarnya, apa yang diperkatakan penganjur perhimpunan haram berkenaan sebagai hak untuk berhimpun serta mempunyai usaha murni adalah pembohongan semata-mata kerana terbukti ia didalangi ahli politik pembangkang,” katanya.
Nur Jazlan berkata, jika rakyat benar-benar sudah tidak mempercayai kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka hanya perlu menunggu dua tahun lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan.
Katanya, motif berhimpun secara haram itu dengan cuba mengambil semangat menyambut Hari Kebangsaan 2015 demi kepentingan segelintir pihak, jelas mengetepikan hak majoriti rakyat Malaysia yang hidup aman dan tenteram selama ini.
“Saya benar-benar berharap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan menyertai perhimpunan haram itu kerana kemungkinan kekacauan berlaku amat tinggi disebabkan kita tidak mengetahui latar belakang peserta demonstrasi berkenaan yang mungkin terdiri daripada kumpulan yang mahu mengambil kesempatan menimbulkan huru hara.
“Polis tidak bersetuju dengan kaedah demonstrasi kali ini kerana tiada siapa yang jelas boleh dipertanggungjawabkan apabila berlaku sesuatu seperti kecederaan dan kerosakan harta benda,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-awasi-kumpulan-anarki-1.129354#sthash.9Pm5NMVi.dpuf
BERSIH 4 : Berani buat berani tanggung – KPN
Amaran polis kepada penganjur Bersih 4.0
SHAHRINNAHAR LATIB | 28 Ogos 2015 1:42 AM
KUANTAN 27 Ogos - Negara kita ada undang-undang, berani buat beranilah tanggung akibatnya,”.
Khalid Abu Bakar
Demikian kata dua yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih 4.0 yang tetap berdegil mahu mengadakan perhimpunan di ibu negara pada hujung minggu ini walaupun diisytiharkan sebagai haram.
Beliau menegaskan, polis sudah memberi nasihat, berunding dan menawarkan pelbagai pilihan kepada penganjur namun mereka tetap berdegil mahu meneruskan perhimpunan tersebut.
“Jadi mereka kena terima akibatnya. Secara ringkasnya jangan marahkan polis nanti kalau kita ambil tindakan.
“Kalau mereka masih ingin langgar undang-undang, apa yang kami boleh buat. Kami adalah penguat kuasa undang-undang, tanggungjawab kami adalah mengambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan pingat tersebut kepada seramai 100 bekas petugas polis bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan keamanan tanah air.
Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Menurut Khalid, penganjur Bersih 4.0 masih diberi pilihan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di stadium.
“Itulah sebab awal-awal lagi saya cadangkan supaya mereka menggunakan stadium kerana mudah dikawal dan tidak mengganggu orang lain serta peniaga yang berada di sekitar kawasan terlibat.
“Pilihan untuk buat perhimpunan di stadium masih lagi dibuka, mereka boleh buat di Stadium Bukit Jalil kerana stadium itu boleh memuatkan ramai peserta,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau membidas tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mahu memantau kelakuan pihak berkuasa dalam perhimpunan tersebut.
“Mengapa Suhakam tidak memantau orang yang melanggar undang-undang. Kenapa mesti sebut pantau penguat kuasa. Apakah orang yang langgar undang-undang tidak perlu dipantau?.
“Apakah Suhakam hanya mementingkan hak orang yang melanggar undang-undang, jadi mana kedudukan undang-undang di negara kita?,” soalnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/berani-buat-berani-tanggung-8211-kpn-1.129366#sthash.ntJwQ83n.dpuf
Zaidee Laidin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM
28 Ogos 2015 1:38 AM
SHAH ALAM 27 Ogos – Bekas Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM yang baharu, berkuat kuasa 7 Jun lalu.
Ahmad Zaidee Laidin
Ketua Timbalan Pendaftar Bahagian Canselori dan Komunikasi Korporat UiTM, Alfina Bakar berkata, Ahmad Zaidee menggantikan Tan Sri Dr. Wan Zahid Mohd. Noordin yang tamat tempoh perkhidmatan pada 6 Jun lalu.
“Ahmad Zaidee ialah seorang tokoh yang tidak asing bagi warga UiTM kerana pernah menerajui Institut Teknologi Mara (ITM) ketika ITM dalam proses peralihan untuk dinaik taraf ke status sebuah universiti.
“Pelantikan beliau sebagai Pengarah ITM berkuat kuasa pada 1994 sebelum jawatan tersebut dinaik taraf kepada Rektor ITM pada 1996. Apabila status ITM bertukar menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999, perkhidmatannya diteruskan dan beliau dilantik sebagai Naib Canselor pertama UiTM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Alfina berkata, Ahmad Zaidee ialah seorang jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia yang melanjutkan pengajian di Brighton College of Technology (University of Brighton) dalam bidang kejuruteraan elektrik di bawah tajaan biasiswa Lembaga Letrik Negara (LLN) pada 1966.
Jelasnya lagi, Ahmad Zaidee seterusnya memperoleh ijazah sarjana sains dalam bidang ekonomi teknologikal pengkhususan dalam pengurusan dan sains industri atau MSc. in Technological Economies dari University of Stirling, Scotland.
Ahmad Zaidee ialah Felo Kehormat Institusi Jurutera Malaysia dan di Akademi Sains Malaysia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zaidee-laidin-dilantik-sebagai-pengerusi-lembaga-pengarah-uitm-1.129364#sthash.Xtnd7txn.dpuf
Wednesday, 26 August 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: TS Sanusi - Pemimpin Yang Menyebabkan Umno Kalah I...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: TS Sanusi - Pemimpin Yang Menyebabkan Umno Kalah I...: Orang Melayu akan TERBANGSAT kalau Umno hilang kuasa ! Itulah ayat Najib semalam yang buat ramai orang Melayu rasa nak muntah. Seriu...
Al-kisah Melayu Tanjung, DAP dan lupa daratan
CUIT
ZAINI HASSAN (ZAINIBINHASSAN@GMAIL.COM) | 26 Ogos 2015 1:40 AM
ADAKAH nasib penduduk Kampung Mutiara ini benar-benar akan terbela? Atau akan senasib seperti kampung-kampung Melayu yang lain selang bulan akan senyap! - GAMBAR HIASAN BERNAMA
ORANG MELAYU Pulau Pinang bukan simpati pun dengan apa yang berlaku di Kampung Mutiara. Benarkah? Itu yang saya diberitahu oleh Melayu Tanjung yang lain.
Sebaliknya orang Melayu masih mengagumi kepemimpinan Lim Guan Eng.
Mereka kata LGE baik. Setiap tahun LGE menaja orang-orang Melayu mengerjakan haji.
Malah derma LGE dihebah-hebahkan kepada jemaah lain di Mekah. Maka orang Melayu lain yang mendengarnya ternganga mulut.
Kumpulan yang naik haji di bawah tajaan kerajaan Pulau Pinang ini tidaklah sebesar yang dihantar oleh 1MDB, tetapi mereka merata dan tinggal dengan muassasah yang lain.
Menurut mereka apa yang berlaku di Kampung Mutiara itu kecil sahaja. Demi pembangunan apa salahnya?
Namun percayalah, apa yang berlaku kepada penduduk Kampung Mutiara itu akan senyap dalam beberapa minggu lagi. Macam Kampung Buah Pala, siapa yang bercakap lagi?
Macam penduduk kampung di Balik Pulau, siapa peduli lagi?
Alah, orang Melayu Penang ini hingaq depa sat saja.
Kerajaan Pulau Pinang sungguh halus dan kasar cara mereka menangani soal tanah dan perumahan. Kerajaan BN Pulau Pinang dulu bersopan dan tertib, tapi itu pun jatuh juga, ditolak oleh orang Melayu Pulau Pinang.
Selangor dan Pulau Pinang sama sahaja senarionya. Kedua-dua negeri itu kaya. UMNO dahulu juga masing-masing kaya.
Oleh itu jangan main-main dengan politik. Rakyat kini bukan rakyat dahulu lagi. Rakyat dahulu tidak ada media sosial. Rakyat sekarang walau pun perkara bohong yang dipaparkan kepada mereka, mereka percaya.
Apatah lagi jika perkara yang didedahkan itu benar-benar berlaku.
Nampaknya kerajaan DAP begitu menitikberatkan soal geopolitik atau kawasan geografi politik mereka.
Di Selangor, geopolitik atau kawasan politik orang Melayu juga kini semakin terhakis.
Pemimpin UMNO dahulu juga amat menitikberatkan geopolitik. Ia penting untuk survival politik mereka. Maka itu rumah-rumah murah diwujudkan di merata tempat di Lembah Klang dari Datuk Keramat sehingga ke Shah Alam.
Kini Kampung Kerinchi sudah hapus, Kampung Abdullah Hukum sudah hilang, Datuk Keramat apa sudah jadi, Sentul, Bukit Lanjan semua sudah jadi terlalu mewah.
Di Shah Alam kemungkinan kekuasaan Melayu akan semakin mengecil. Dahulu orang lain tidak suka dengan Shah Alam. Kini mereka sudah berpusu-pusu masuk.
Kononnya ada satu projek kondo di Seksyen 14, Shah Alam (di tengah-tengah bandar raya) kuota bukan bumi terpaksa ditambah kerana permintaan yang tinggi.
Kononnya lagi, permohonan pemaju swasta kondo itu yang di JV dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri, sudahpun diluluskan. Kuota bukan bumi dinaikkan dan logiknya sudah pastilah kuota bumi pula terpaksa dikurangkan? Hairan ya, orang Melayu yang mahu membeli di situ diberitahu “sudah habis”.
Itulah hakikatnya.
Sebaliknya DAP yang mendapat mandat memerintah, sedang melakukan apa yang dilakukan UMNO pada tahun-tahun 70-an dan awal 80-an dahulu.
Itulah yang berlaku di Pulau Pinang. Mereka sedang melakukan aktiviti pecah dan perintah terhadap orang Melayu di kawasan pulau.
Apa yang pasti tapak Kampung Mutiara itu akan menjadi kondo dan pangsapuri yang melepasi kemampuan orang Melayu untuk membelinya.
Berbeza dengan rancangan rumah murah di Lembah Klang sekitar 70-an dulu, di Pulau Pinang mereka akan membina rumah-rumah mewah.
Ikut perangkaan yang disiarkan semalam oleh Institut Penyelidikan Khazanah purata harga rumah di Pulau Pinang mencecah RM300,000.
Bagi saya apa yang dilakukan kerajaan DAP LGE itu betul. Seperti dalam perlawanan sukan, siapa yang cepat, bijak dan bermain dengan penuh strategi dia akan menang.
Sebaliknya, siapa yang lupa daratan dan tak sedar diri akan tersungkur.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/al-kisah-melayu-tanjung-dap-dan-lupa-daratan-1.128596#sthash.Ug0XK2ik.dpuf
Pasaran saham dunia merudum
FADZIL ZAINOL | 26 Ogos 2015 1:17 AM
SEORANG pelabur (kanan) melalui papan utama elektronik Bursa Saham Filipina di Manila semalam. Pasaran saham Asia ditutup bercampur-campur selepas sesi dagangan yang turun-naik di mana saham Tokyo menyaksikan penurunan dan pasaran Shanghai merudum pada paras terburuk dalam tempoh 20 tahun. – AFP
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kemerosotan pasaran saham China yang digelar China’s Black Monday semalam, kesan tindakan drastik pelabur-pelabur menjual pegangan saham mereka di negara itu, telah membawa kesan domino yang membuatkan penanda aras pasaran-pasaran saham dunia mengalami kejatuhan teruk.
Saham utama Amerika Syarikat (AS), Dow Jones turut terkena tempias dan ditutup rendah semalam ke paras 15,871.35 mata iaitu susut 588.40 mata atau 3.57 peratus. Bursa-bursa AS yang lain seperti Indeks Komposit NASDAQ turut mengalami penyusutan 179.79 mata kepada 4,526.25 mata dan Bursa Saham New York pula jatuh 405.75 mata atau 3.98 peratus.
FTSE 100 di United Kingdom (UK) pula susut 4.7 peratus kepada 5,898.87 mata iaitu terendah sejak akhir 2012.
Beberapa indeks lain seperti di Frankfurt, Jerman dan Paris, Perancis turut mengalami penyusutan lebih lima peratus sementara bursa saham Athens, Greece mengalami penurunan sekitar 10 peratus. Bursa saham Pan-Eropah, FTSEurofirst 300 susut 6.4 mata sekali gus mengakibatkan pengeluaran dana sehingga 500 bilion euro (RM2.4 trilion) daripada bursa tersebut.
Menurut Reuters, keadaan itu juga memberi kesan kepada saham-saham utama Asia dengan Indeks Nikkei di Jepun menyusut 895.15 mata atau lebih empat peratus iaitu kejatuhan terbesar dalam tempoh dua tahun, Indeks Kospi Korea Selatan susut 2.5 peratus, Hang Seng Hong Kong lebih lima peratus, sementara indeks utama Bursa Saham Singapura merosot 127.62 mata.
Ketua Strategi Bank SEB yang berpangkalan di Singapura, Sean Yokota berkata, tindakan drastik jualan saham oleh pelabur-pelabur dijangka berterusan sebagai reaksi terhadap perkembangan ekonomi semasa khususnya langkah-langkah yang diambil oleh kuasa ekonomi dunia seperti China dan AS.
Kegawatan di China semalam, turut mengakibatkan mata wang negara-negara Asia menyusut ke paras paling rendah dalam tempoh beberapa tahun termasuk ringgit, rupiah Indonesia, dolar Taiwan, bath Thailand, dolar Singapura dan peso Filipina berbanding dolar AS.
Indeks Shanghai terus merosot lagi hari ini sebanyak tujuh peratus sekali gus membuatkan paras indeks itu kini berada di bawah paras 3,000 mata. Indeks itu sebelum ini telah merosot 15 peratus dalam tempoh tiga hari dengan semalam mencatatkan kemerosotan terbesar iaitu 8.5 peratus.
Sementara itu, Penyelidik Kanan Daiwa Securities, Yukino Yamada berkata, hampir kesemua saham dunia terjejas termasuk saham-saham syarikat walaupun interaksi perdagangan dengan China adalah kecil.
Kerajaan China bagaimanapun hari ini mengumumkan pengurangan kadar faedah di negara tersebut sebanyak 0.25 mata kepada 4.6 peratus selepas dua hari berturut-turut saham negara itu bergolak. Pengurangan itu adalah kali kelima yang dibuat oleh negara itu sejak November 2014.
Langkah tersebut berjaya menaikkan semula pasaran-pasaran Eropah setakat sesi dagangan pagi di rantau itu. FTSE 100 di London melonjak kembali 3.3 peratus, Index Dax Jerman meningkat 4.4 peratus sementara Cac Perancis naik 4.6 peratus.
Indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI kembali pulih apabila meningkat 31.8 mata sepanjang sesi dagangan hari ini dan ditutup pada 1,563.94 setelah mengalami kemerosotan semasa sesi dagangan semalam yang turut dialami semua bursa-bursa serantau.- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pasaran-saham-dunia-merudum-1.128544#sthash.8iOzIU6X.dpuf
ATM, JDT II lengkapkan slot 16 pasukan Piala Malaysia
26 Ogos 2015 12:57 AM
PENYERANG ATM, Abdulfees Abd Salam (tengah) berjaya menewaskan penjaga gol NS Matrix, Mohd. Helmi Eliza untuk menjaringkan gol pertama pasukannya dalam playoff Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengisi dua slot terakhir untuk melengkapkan 16 pasukan yang bakal berentap dalam kempen Piala Malaysia, bulan depan.
ATM menebus kekecewaan tersingkir ke Liga Perdana musim depan dengan menewaskan Negeri Sembilan (NS) Matrix 3-0 pada perlawanan playoff di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Selepas menghuni kedudukan dua tercorot Liga Super, peluang beraksi dalam Piala Malaysia mampu menjadi platform untuk mengembalikan keyakinan The Gladiators.
Dalam perlawanan itu, skuad kendalian Azhar Abdullah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang import Nigeria, Abdulfees Abd Salam pada minit ke-12.
Abdulfees menyudahkan sepakan penalti selepas Venice Elphi dijatuhkan Kim Jim Ryong pada minit ke-12.
Ketika NS Matrix cuba bangkit memburu gol penyamaan dengan asakan bertali arus, anak didik Azhar menghukum mereka dengan menambah gol kedua menerusi Abdul Shukor Jusoh yang melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Abdulfees terus menambah derita NS Matrix dengan gol ketiga ATM apabila mudah menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Ramli pada minit ke-52.
Tiga jaringan tersebut sudah cukup untuk menamatkan impian skuad bimbingan K. Devan mahu beraksi dalam saingan Piala Malaysia.
Bagaimanapun, NS Matrix tetap berusaha memecah kebuntuan jaringan menerusi beberapa percubaan berbahaya, terutama menerusi percubaan N. Thanabalan pada minit ke-71, tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Syed Adney Syed Hussain.
Abdulfees hampir melengkapkan hatrik pada minit ke-81 apabila menerima lorongan menarik daripada Mario Karlovic di dalam kotak penalti, namun rembatannya berjaya ditampan Helmi Eliza.
Sementara itu, gol tunggal Shafiq Shahrudin pada minit ke-45 sudah cukup membawa JDT II melayakkan diri ke Piala Malaysia selepas menumpaskan Sime Darby 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/atm-jdt-ii-lengkapkan-slot-16-pasukan-piala-malaysia-1.128484#sthash.JPpO6qfP.dpuf
PIALA AFC : JDT pilih laluan berliku
MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 26 Ogos 2015 12:57 AM
PEMAIN JDT, Leandro Velazquez (tengah) cuba melepasi pemain South China , Mensah Moses (26) dalam aksi suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam. UTUSAN/MOHD. HAZROL ZAINAL
JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) memilih jalan berliku untuk melangkah jauh dalam kejohanan Piala AFC apabila gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 dengan kelab Hong Kong, South China, semalam.
Dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, persembahan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang dengan masing-masing rancak mengatur serangan.
South China hampir mengejutkan tuan rumah menerusi percubaan Bojan Malisic yang melakukan sepakan gunting dari jarak dekat pada minit ketiga, namun dinafikan penjaga gawang JDT, Mohd. Izham Tarmizi.
Harimau Selatan cuba sedaya upaya mendapatkan gol pendahuluan, namun aksi longlai yang dipamerkan gagal menembusi pertahanan lawan.
Percubaan menerusi sepakan percuma yang diambil berganti-ganti Safiq Rahim, Leandro Velazquez dan Luciano Figueroa juga gagal membuahkan hasil.
Sebelum tamat babak pertama, Mohd. Fadhli Shas hampir menghadiahkan gol pertama JDT, namun tandukannya pada minit ke-45 sedikit tersasar.
Bersambung babak kedua, skuad bimbingan Mario Gomez mendapat tonik dengan kemasukan penyerang Safee Sali dan S. Chanturu.
Hasilnya, tuan rumah dihadiahkan penalti selepas hantaran lintang Kunanlan terkena tangan pertahanan lawan, Mensah Moses yang kemudian disempurnakan Figueroa pada minit ke-48.
South China bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi Mahama Awal pada minit ke-63 hasil menerusi gerakan satu dua dengan Chan Siu Ki.
Nasib JDT kini bergantung kepada perlawanan suku akhir kedua yang akan berlangsung pada 15 September depan di Stadium Mong Kok, Hong Kong.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-pilih-laluan-berliku-1.128490#sthash.LnfYDKWH.dpuf
Pilihan raya umum Singapura 11 September
Parlimen dibubar bagi dapatkan mandat baharu
26 Ogos 2015 1:23 AM
Lee Hsien Loong
SINGAPURA 25 Ogos - Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam hari ini membubarkan Parlimen, membolehkan pilihan raya umum diadakan ketika Perdana Menteri, Lee Hsien Loong cuba mendapatkan mandat baharu daripada pengundi yang bimbang berhubung isu imigrasi dan kos sara hidup dalam ekonomi yang lembap.
Susulan pembubaran itu, Presiden mengeluarkan Writ Pilihan Raya yang menetapkan hari pencalonan pada 1 September dan tarikh pilihan raya ditetapkan pada 11 September ini.
Pilihan raya ini merupakan yang pertama buat Hsien Loong tanpa bapanya, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia pada Mac lalu.
“Saya mahu pilihan raya ini diadakan bagi mendapatkan mandat baharu untuk membawa Singapura ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.
“Anda akan menentukan siapa yang bakal memerintah Singapura bagi tempoh lima tahun lagi. Selain itu, anda juga perlu memilih ‘pasukan’ yang akan bekerja dengan anda untuk tempoh 15-20 tahun seterusnya, seterusnya menentukan hala tuju Singapura,” katanya di laman Facebook beliau sejurus writ berkenaan dikeluarkan.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang mentadbir Singapura lebih 50 tahun dengan pelbagai kawalan ketat politik dan pembangunan ekonomi, dijangka mempertahankan majoriti 89 kerusi Parlimen berikutan perpecahan dalam parti pembangkang.
Bagaimanapun, PAP akan menghadapi tekanan untuk memperbaiki keputusan Pilihan Raya Umum 2011 yang teruk apabila memperoleh hanya 60 peratus undi walaupun mempertahankan 89 kerusi berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pilihan-raya-umum-singapura-11-september-1.128573#sthash.yWmvxmKX.dpuf
BERSIH 4 : Polis jamin tidak guna taser gun
26 Ogos 2015 1:47 AM
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tidak akan menggunakan senjata renjat (Taser gun) terhadap peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada hujung minggu ini.
Noor Rashid Ibrahim
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, walau bagaimanapun, senjata berkenaan akan digunakan pihaknya dalam kes jenayah lain pada masa depan bagi melumpuhkan sementara penjenayah yang terlibat.
Menurut beliau, senjata tersebut sememangnya dimiliki PDRM dan sedang diagih-agihkan ke pelbagai peringkat dalam pasukan keselamatan itu.
“Taser gun ini dapat melumpuhkan sementara atau melemahkan pesalah atau penjenayah tapi belum lagi digunakan untuk perhimpunan Bersih.
“Di masa hadapan kita (PDRM) akan lebih banyak guna taser gun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran laman web iSelamat.my di sini hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa polis akan menggunakan senjata itu terhadap peserta perhimpunan tersebut jika berlaku insiden rusuhan atau keganasan.
Dalam pada itu, Noor Rashid meminta kerjasama masyarakat yang menyertai perhimpunan supaya lebih bertanggungjawab walaupun mereka mempunyai hak kebebasan bersuara.
Tegas beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana peserta yang melanggar peraturan pada perhimpunan itu nanti.
“Kita benarkan apa juga hak rakyat untuk berhimpun. Tetapi masyarakat juga mempunyai tanggungjawab untuk pastikan perhimpunan itu tidak ganggu orang lain,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-jamin-tidak-guna-taser-gun-1.128628#sthash.7NwzWYzQ.dpuf
Bersih 4.0 pertubuhan haram – KDN
SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
DAN MASZUREEN HADZMAN | 26 Ogos 2015 1:47 AM
Alwi Ibrahim
PUTRAJAYA 25 Ogos - Kementerian Dalam Negeri menasihatkan orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan yang akan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan tidak berdaftar di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati Bersih 4.0 bukan sebuah pertubuhan berdaftar dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.
"Kita juga mendapati Bersih 4.0 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
"Selain itu, pertubuhan tidak berdaftar ini turut menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Alwi, pihaknya turut mendapati pelbagai kegiatan yang dianjurkannya bukan sahaja telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.
Pada masa sama katanya, kegiatan pertubuhan yang tidak berdaftar itu juga boleh menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, perhimpunan Bersih 4.0 diisytiharkan sebagai perhimpunan haram selepas penganjurnya gagal mematuhi peruntukan yang diperlukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menurut beliau, perkara itu diputuskan termasuk mengambil kira penganjur gagal mendapatkan kelulusan daripada pemilik lokasi berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau memberitahu, polis tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mengikut sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium yang dicadangkan DBKL.
“Bersih 4.0 adalah haram dan sekiranya ia diteruskan tindakan tegas akan diambil berdasarkan akta sedia ada
.
“Amaran telah diberikan kepada umum agar tidak menyertai perhimpunan itu. Perhimpunan sememangnya dibenarkan, tetapi ia perlu dibuat mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tajudin memberitahu, polis akan memantau setiap ucapan yang dibuat pada perhimpunan itu terutamanya kenyataan yang memberi kesan kepada demokrasi berparlimen serta menggugat ketenteraman awam.
“Kami akan bekerjasama dengan DBKL dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bersih-4-0-8232-pertubuhan-haram-8211-kdn-1.128630#sthash.aIrAreZB.dpuf
EKONOMI : Penubuhan jawatankuasa khas
Bermatlamat kekalkan momentum pertumbuhan ekonomi
KAMIL MASLIH | 26 Ogos 2015 1:53 AM
NAJIB TUN RAZAK diiringi Mohd. Shukor Mahfar ketika tiba pada Majlis Perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2015 di KLCC, Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas ekonomi dengan matlamat mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi situasi ekonomi global tidak menentu.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, kerajaan komited untuk memastikan rekod baik yang dicatatkan negara dalam pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan.
“Objektif jawatankuasa ini adalah untuk memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang kita telah bina, menjana kemakmuran serta kualiti hidup lebih baik bagi seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan yang mencabar dan tidak menentu ini.
“Butiran lebih lanjut (mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan) akan diumumkan dalam waktu terdekat ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar dan Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Aruljothi Kanagaretnam.
Menurut Najib, beliau memberi perhatian terhadap keadaan ekonomi negara di samping perkembangan ekonomi dan kewangan global selain sentimen mengenainya.
“Gabenor Bank Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti telah memberi laporan kepada saya baru-baru ini. Saya juga dimaklumkan mengenai perkembangan semasa daripada wakil-wakil pelbagai sektor ekonomi.
“Minggu lalu, saya telah menemui ketua ekonomi dan penganalisis daripada institusi-institusi kewangan dalam serta luar negara dan semalam, saya berjumpa pemimpin-pemimpin korporat dan perniagaan. Pertemuan-pertemuan ini akan diteruskan dalam minggu mendatang,” katanya.
Beliau memberitahu, negara berdepan pelbagai cabaran terhadap pendapatan negara termasuk situasi tidak menentu dalam ekonomi dan kewangan global serta kejatuhan harga minyak dan komoditi lain.
“Bagaimanapun, saya mahu menekankan di sini bahawa asas ekonomi kita masih kuat. Kita mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015. Kita juga mempelbagaikan ekonomi kita untuk menjadikannya lebih berdaya tahan,” katanya.
Sementara itu, Najib meletakkan sasaran kepada LHDN untuk mencatatkan pungutan hasil sebanyak RM871 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020).
“LHDN telah mencatatkan rekod baharu dalam pungutan cukai bagi tempoh empat tahun ini, daripada RM110 bilion pada 2011, kepada RM125 bilion pada 2012, RM129 bilion pada 2013 dan RM134 bilion pada 2014. Ini sememangnya pencapaian yang luar biasa,” katanya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan bahawa negara masih berdepan pelbagai masalah ketidak patuhan termasuk pengubahan wang haram, penipuan cukai serta pemindahan haram merentasi negara.( INI BANGSAT PALING BESAR YANG LEPAS BEBAS)
“Untuk mengatasi perkara ini, interaksi dan kerjasama antara pentadbiran cukai, pengamal cukai dan pembayar cukai perlu ditingkatkan. Daripada segi kutipan hasil, ini bermakna mendekati pihak-pihak berkepentingan sebagai rakan kerjasama dan bukannya sebagai pelanggan yang keberatan atau sukar,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penubuhan-jawatankuasa-khas-1.128648#sthash.Jujqer2q.dpuf
Tuesday, 25 August 2015
AFC CUP : JDT bawa ‘aura’ juara
Gomez arif kekuatan, kelemahan South China
MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 25 Ogos 2015 12:25 AM
ISMAIL IBRAHIM (dua, kiri) bersalaman dengan jurulatih South China, Casemiro Mior dalam sidang akhbar Piala AFC di Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak (kiri) dan Bojan Malisic. UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU - Masih segar dengan kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu meneruskan momentum baik untuk memburu kemenangan apabila menentang kelab Hong Kong, South China dalam suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Selain memiliki kelebihan memegang rekod tanpa kalah di laman sendiri musim ini, Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Mario Gomez juga mempunyai strategi tersendiri apabila bertemu dengan bekas kelabnya sebelum berpindah untuk membimbing JDT, April lalu.
Menurut Pengurus JDT, Ismail Ibrahim, Gomez amat mengetahui mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan lawan serta pemain utama mereka yang harus diberikan perhatian oleh Harimau Selatan.
Atas faktor itu, Ismail berkata, JDT perlu menang perlawanan tersebut lebih-lebih lagi selepas mendapat suntikan semangat menjuarai Liga Super musim 2015, Sabtu lalu.
“Ini merupakan pertama kali JDT bermain dalam Piala AFC dan kami amat berharap untuk memberikan aksi terbaik dan seterusnya melangkah lebih jauh.
“Pastinya jurulatih (Gomez) cukup kenal tentang South China dan akan merangka strategi yang tepat untuk berdepan pasukan lawan esok (malam ini),” katanya dalam sidang akhbar Piala AFC di sini, semalam.
Ismail berkata, pemain yang dipinjamkan daripada JDT II, Leandro Velazquez akan digandingkan dengan penjaring terbanyak JDT, Luciano Figueroa di jentera serangan bagi memburu gol penting untuk memberikan bekalan buat Harimau Selatan.
Sementara itu, pemain pertahanan South China, Bojan Malisic berkata, pasukannya tidak akan memandang rendah keupayaan skuad kendalian Gomez, sebaliknya bakal memberi tentangan hebat kepada JDT.
“JDT bukanlah lawan yang mudah kerana dibintangi ramai pemain kebangsaan dan mempunyai penyerang import yang berbisa, Figueroa di bahagian serangan. Dia (Figueroa) adalah bintang ternama dan mempunyai penyudah yang menakjubkan.
“Tetapi dia bukanlah (Lionel) Messi dan tidak boleh memenangi perlawanan secara bersendirian,” katanya yang akan cuba mencari gol di tempat lawan untuk dijadikan bekalan bagi perlawanan timbal balik di Stadium Mong Kok, pada 15 September depan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-bawa-8216-aura-8217-juara-1.128126#sthash.CKYzEM8E.dpuf
Semua wakil rakyat Pas perlu letak jawatan – Mat Sabu
25 Ogos 2015 1:12 AM
BUKIT MERTAJAM 24 Ogos – Semua wakil rakyat Pas sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu melepaskan jawatan masing-masing.
MOHAMAD SABU
Desakan itu dibuat Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mendakwa kemenangan wakil rakyat Pas berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah atas tiket pakatan pembangkang.
“Mereka (ahli Pas) yang sepatutnya meletak jawatan kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang yang turut disertai DAP dan PKR,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di sini malam tadi.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli Pas yang menyertai parti baharu termasuk GHB perlu meletakkan jawatan mereka kerana telah berbai’ah sewaktu menerima tawaran untuk bertanding menjadi wakil rakyat.
Dalam pada itu, Mat Sabu mendakwa, lebih ramai ahli Pas di seluruh negara akan meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB.
“Mereka secara berperingkat akan umum keluar Pas dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri,” katanya.
Terdahulu, dalam ceramahnya, Mat Sabu mendakwa, GHB merupakan parti sebenar yang memperjuangkan Islam dan bertindak sebagai reformis Islam. ( KITA SENYUM PAHIT AJELAH...)
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan Pas yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding dengan DAP dan PKR.
“Di negeri ini kita bagi bertanding di lima kerusi DUN tetapi menang satu sahaja berbanding PKR yang menang 10 kerusi manakala DAP paling cemerlang kerana menang di kesemua 19 kerusi.
“Jadi, baki empat kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya akan digunakan GHB untuk bertanding,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/semua-wakil-rakyat-pas-perlu-letak-jawatan-8211-mat-sabu-1.128272#sthash.Kk06Xu1B.dpuf
Pemuda UMNO rancang pertemuan dengan Presiden
25 Ogos 2015 1:12 AM
KHAIRY JAMALUDDIN menunjukkan usul daripada Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian seluruh negara di Menara Datuk Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Pemuda UMNO bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyampaikan pandangan orang muda di peringkat akar umbi mengenai pelbagai isu semasa.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pertemuan itu dijangka diadakan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebaik sahaja semua UMNO bahagian di seluruh negara selesai mengadakan persidangan perwakilan.
Katanya, selain Presiden parti, Pemuda UMNO merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan yang sama.
“Perkara yang ingin disampaikan kepada kedua-dua pemimpin utama kerajaan ini adalah berkenaan isu-isu semasa dan pandangan akar umbi supaya tindakan dapat diambil terhadap kerisauan dan keresahan orang muda. Contohnya, seperti isu derma dan dana politik, persepsi rakyat dan siasatan terhadap 1MBD (1Malaysia Development Berhad).
“Semua isu ini bukan sahaja dibincang oleh pemuda tetapi rakyat terutamanya pengundi muda di luar parti. Kita sebagai pergerakan yang mewakili suara orang muda dan jambatan kepada pengundi muda menjalankan tugas untuk menyampaikan perspektif dan persepsi orang muda kepada pucuk pimpinan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Menurut Khairy, daripada segi pendirian Pemuda UMNO, pihaknya bersetuju bahawa lebih masa perlu diberikan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan yang melibatkan siasatan daripada pelbagai agensi dan jabatan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 182 Pemuda UMNO bahagian telah selesai mengadakan persidangan perwakilan dan baki sembilan lagi Pemuda UMNO bahagian akan mengadakan persidangan pada hujung minggu ini.
Berhubung usul UMNO Bahagian Keningau yang mencadangkan agar Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO, Khairy berkata, jawatan itu dipilih, bukan dilantik dan Pemuda UMNO masih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pemuda-umno-rancang-pertemuan-dengan-presiden-1.128276#sthash.culpqD95.dpuf
DEIG : Rafizi, Tony jangan berdiam diri, nyatakan pendirian - Budiman
25 Ogos 2015 1:12 AM
SHAH ALAM 24 Ogos – Sikap berdiam diri Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung kontroversi penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menimbulkan tanda tanya.
BUDIMANMOHD. ZOHDI
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, ini kerana kedua-dua mereka sering lantang mempersoalkan amalan integriti, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
“Kita mengajak Rafizi, Tony untuk sama-sama merungkai kebimbangan ini. Sehingga saat ini, tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.
“Mereka selalu bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebuah portal berita mendedahkan rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM2 dalam DEIG dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI, Soffan Afffendi Aminuddin.
Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menjelaskan, pelantikan kedua-dua individu terbabit juga dipersoalkan kerana tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka.
“Adakah CEO dan COO ini mempunyai rekod perkhidmatan terbaik seperti diuar-uarkan oleh Menteri Besar?” soalnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/rafizi-tony-jangan-berdiam-diri-nyatakan-pendirian-budiman-1.128278#sthash.Z0exnRFK.dpuf
MERDEKA : Tidak sehati sejiwa dalam sebuah negara
HASSAN MOHD. NOOR | 24 Ogos 2015 1:18 AM
BERBAKI satu minggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Kebangsaan. Bagaimana agaknya rakyat Malaysia turut serta untuk menyemarakkan lagi sambutan tahun ini? Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen kibar Jalur Gemilang mengisi salah satu program. Setakat ini sejauh mana sambutan yang diberikan? Pelbagai pendapat dilontarkan mengenai kibaran Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan ini. Ada yang berpendapat semangat patriotik boleh ditunjukkan melalui kibaran Jalur Gemilang di premis masing-masing sama ada di kediaman atau pejabat. Begitu juga di kenderaan. Biar apa pun pandangan - patriotik atau tidak - bukan satu kesalahan bagi seseorang itu mengambil inisiatif meraikan sambutan ini dengan sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Tidak perlu menunggu Jalur Gemilang percuma. Bagi yang sudah saban tahun mengibarkan Jalur Gemilang, tidak perlu membeli yang baharu walaupun harga bendera itu tidak semahal sekotak rokok. Asalkan tidak koyak rabak atau terlalu lusuh, kibarlah Jalur Gemilang.
Selagi kibaran itu tidak mengganggu sambutan yang bertemakan Sehati Sejiwa (#sehatisejiwa), rakyat Malaysia digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang. Malangnya dalam kesibukan kerajaan Persekutuan mengadakan persiapan untuk sambutan kali ini, ada pihak yang seolah-olah melakukan provokasi yang mungkin boleh menjejaskan semangat perpaduan dan bersatu padu yang perlu ditunjukkan pada Hari Kebangsaan. Pertamanya melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dan kedua, hasrat mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini. DAP yang begitu bijak merangka slogan setiap kali pilihan raya umum (PRU) kali ini `meminjam’ slogan kempen/manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU 1982 iaitu Bersih Cekap Amanah (BCA). Pelik juga DAP yang pernah ‘menentang’ gagasan BCA melalui PRU kini meminjam slogan berkenaan. Tidakkah BN harus berbangga dengan pendirian DAP memilih slogan BN itu? Cuma dalam konteks menyambut Hari Kebangsaan ini, adalah lebih elok semua negeri memilih tema yang sama sebagai sebuah negara Malaysia bukannya meletakkan negeri sebagai sebuah negara. Jika mahu diadakan juga tema sendiri kenapa DAP tidak ambil sahaja prinsip urus tadbir kerajaan negeri itu iaitu Cekap Akauntabili, Telus (CAT) sebagai slogan? Burukkah slogan CAT? Pada masa yang sama, apa salah atau cacatnya Sehati Sejiwa? Tidak dinafikan bukanlah perkara baharu, DAP tidak ‘sehati sejiwa’ dengan beberapa sambutan yang diadakan di peringkat kebangsaan. Cuba selak kembali apa yang berlaku semasa sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2010. Ketika itu timbul isu perarakan sempena sambutan itu. Sekejap batal, sekejap ada. Baru-baru ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyatakan, sejak menguasai Pulau Pinang, tema sambutan kemerdekaan tidak sama dengan kerajaan Pusat.
Tahun lalu, ketika kerajaan Pusat memperkenalkan tema Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta, DAP memilih Bersatu dan Maju. Tahun 2013 di Pulau Pinang memilih Negaraku: Selamat, Bersih, Hijau, Sihat sedangkankan di peringkat kebangsaan bertemakan Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Pada tahun 2012, negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, pada mulanya mempunyai tema yang berbeza tetapi akhirnya setuju dengan Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Hanya Kedah kekal dengan 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti dengan alasan pelbagai persiapan berkaitan tema sudah dibuat lebih awal. Mungkin ketika itu, pakatan pembangkang bimbang dengan tema kerajaan Pusat iaitu 55 tahun Merdeka: Janji Ditepati. DAP pada asalnya memilih Budaya Bersih Merdekakan Rakyat sebelum dipersetujui Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Pada 2011 tema di Pulau Pinang, Kerajaan Berjiwa Rakyat Memartabatkan Rakyat berbanding di peringkat pusat 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera; dan pada 2010 tema pilihan DAP ialah Merdeka berbanding 1Malaysia: Menjana Transformasi. Pada tahun 2008 dan 2009, kerajaan DAP bersama kerajaan Pusat memilih tema Perpaduan Teras Kejayaan dan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Amat malang jika Bersih yang menjadi tema Hari Kebangsaan DAP kali ini mempunyai maksud tersendiri ibarat sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Seperti ada udang di sebalik batu. Benarkah pada peringkat awal temanya sekadar Bersih? Adakah ia tidak ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan serentak menjelang Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu? Amat malang apabila Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengarahkan pelajar-pelajar di negeri itu tidak mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kebangsaan disebabkan tema itu. Khabarnya pelajar-pelajar dari 17 buah sekolah terlibat dalam perarakan kali ini yang terpaksa akur dengan keputusan jabatan itu. Kasihan para pelajar yang sudah bersiap sedia mahu menyertai perarakan itu. Bagaimana jika ada sekolah yang enggan mematuhi arahan Jabatan Pendidikan Negeri itu? Apakah tindakan yang boleh diambil?
Kenapa dalam isu ini - tema Hari Kebangsaan - rakyat Malaysia perlu bertelagah? Pelik sangatkah Sehati Sejiwa yang menggambarkan keadaan hubungan yang sangat bulat dan sepakat? Tema ini mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat negara ini. Bagaimana kita mahu menunjukkan kepada rakyat erti perpaduan sebenar dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini sedangkan tema sambutan yang tidak sama itu menjadi isu? Satu perkara lagi kenapa tiba-tiba muncul idea mengadakan Bersih 4.0 selepas Bersih 1.0 (10 November 2007) Bersih 2.0 (9 Julai 2011) dan Bersih 3.0 (28 April 2012). Inilah yang menyebabkan keikhlasan kerajaan DAP memilih BCA menimbulkan keraguan.
Berbalik kepada Bersih 4,0, ia kononnya kesinambungan manifestasi kesungguhan rakyat selamatkan Malaysia. Adakah kerajaan yang dibentuk hasil demokrasi sekarang tidak selamat? Selamatkah Malaysia jika puak-puak yang menganjurkan siri Bersih ini mendapat kuasa? Tindakan menganjurkan Bersih selama dua hari ini jelas boleh ‘mengganggu’ persiapan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Kenapa tidak dipilih sahaja tarikh lain atau pada hari yang sama tetapi di lokasi lain? Sambutan Hari Kebangsaan sudah pun bermula dengan kempen Kibar Jalur Gemilang. Pada tahun ini, di Dataran Merdeka, perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan akan menampilkan beberapa kelainan dan pembaharuan.
Salah satu pembaharuan ialah menyediakan 10,000 tempat duduk khas di Dataran Merdeka bagi keselesaan orang ramai. Sebelum ini, tempat duduk khas itu hanya untuk tetamu jemputan. Sudah tentu persiapan ke arah itu telah bermula begitu lama. Ibarat orang mahu mengadakan kerja kahwin di luar dewan. Sehari dua sebelum majlis berlangsung, perlulah memasang khemah dengan hiasannya serta menyusun kerusi meja untuk keselesaan jemputan. Bagaimana jika pada waktu malam menjelang hari bersejarah itu, tiba-tiba khemah yang dipasang dipukul ribut, habis kerusi meja melayang? Apakah perasaan tuan rumah yang mengendalikan majlis itu? Begitu juga dengan persiapan di Dataran Merdeka yang pasti akan terjejas. Menyelak kembali beberapa siri perhimpunan atau demonstrasi haram sebelum ini, banyak kerosakan harta benda awam berlaku. Perniagaan juga terjejas pada hari berkenaan apabila pemilik kedai di kawasan terlibat menutup premis perniagaan mereka lebih awal.
Apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan dalam tempoh dua hari itu? Terjaminkah segala ‘harta awam’ dan persiapan yang dilakukan di Dataran Merdeka tidak terusik walau sedikit pun sekiranya berlaku perhimpunan Bersih 4.0? Sekali lagi selaklah apa yang berlaku sebelum ini. Hormat dan hargailah penat lelah orang lain yang mahu menjayakan sambutan Hari Kebangsaan ini. Memang benar, perhimpunan itu tidak akan diadakan pada 31 Ogos tetapi seperti yang dinyatakan, lokasinya adalah di tempat yang sama sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung. Pengalaman lalu jelas menunjukkan perhimpunan seumpama itu tidak terkawal. Jika ini berlaku, sambutan yang boleh dijadikan salah satu produk pelancongan ini akan mendapat imej yang buruk di mata para pelancong. Hasilnya, adakah baik untuk negara? Ingatlah memang sukar untuk mendapat kemerdekaan tetapi amat mudah untuk meruntuhkan kemerdekaan. Rakyat Malaysia perlu sehati sejiwa menjaga kemerdekaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tidak-sehati-sejiwa-dalam-sebuah-negara-1.127835#sthash.hmHrm65x.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)