Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 27 March 2014

Lotus perkenalkan Exige S Roadster


Oleh NUR NAZLINA NADZARI
ekonomi@utusan.com.my




Model Chermaine Poo bersama kereta Lotus terbaru, Exige S Roadster di majlis pelancaran di bilik pameran Lotus Car Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/MOHD AZIM ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR 26 Mac - Lotus Cars Malaysia, milik Proton Holdings Bhd. menyasarkan jualan global sebanyak 1,200 unit bagi model Exige S Roadster bagi 2014 yang baharu dilancarkan di pasaran Malaysia hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Aslam Farikullah berkata, pengenalan model Exige baharu bagi rangkaian produk Lotus tersebut akan memberi peluang kepada jenama terbabit untuk mengembangkan dan mengukuhkan sumber pengeluaran mereka.

Katanya, perkara tersebut akan membantu menjana pekerjaan baharu dan peluang untuk kepakaran individu yang mahu menjadi sebahagian daripada Lotus.

“Sejak pengambilalihan pada 2012, Lotus telah mencapai banyak kemajuan untuk mendapatkan semula tempatnya dalam kalangan peserta permotoran terbaik di dunia.

“Tahun 2013 menandakan titik perubahan sebenar bagi syarikat dengan peningkatan pengeluaran sebanyak 31 peratus. Selain itu, Lotus Engineering juga bekerjasama dengan lebih banyak pembekal komponen tulen (OEM) dari tahun sebelumnya dan kini mempunyai 120 projek kejuruteraan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran model kereta tersebut di sini hari ini.
Yang turut hadir adalah Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Exige S Roadster dengan 3.5 liter V6 memiliki kuasa maksimum 345 kuasa kuda pada 7,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 400 Newton meter pada 4,500 rpm ditawarkan pada harga RM452,030 sebuah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140327/ko_01/Lotus-perkenalkan-Exige-S-Roadster#ixzz2x7eBVFaZ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: