Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 16 April 2012

F1 - Menakjubkan: Rosberg


DARI BERITA HARIAN
2012/04/16





ROSBERG berpelukan dengan Pengarah Motorsport Mercedes,  Norbert Haug selepas muncul juara GP China di Litar Antarabangsa Shanghai, semalam.
ROSBERG berpelukan dengan Pengarah Motorsport Mercedes, Norbert Haug selepas muncul juara GP China di Litar Antarabangsa Shanghai, semalam.

Takluk GP China sekali gus catat rekod baru peribadi


SHANGHAI: Pemandu Mercedes, Nico Rosberg menggambarkan kemenangan sulung kerjayanya pada perlumbaan Formula Satu (F1) sebagai ‘menakjubkan‘ dalam 111 percubaan ketika pemandu kelahiran Jerman itu memimpin saingan dari petak pertama hingga garisan penamat mendominasi Grand Prix China, semalam.

Corak pemanduan sempurna Rosberg di Litar Shanghai menyaksikan pemandu berusia 26 tahun itu merekod jurang besar 20 saat di hadapan pemandu McLaren, Jenson Button dan Lewis Hamilton bagi mengesahkan kemenangan pertama Mercedes sejak Grand Prix Itali pada 1955.

Pemandu Red Bull, Mark Webber menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala penyandang juara dunia dua kali, Sebastian Vettel kelima yang dilihat bersungguh-sungguh meraih kedudukan di podium.


“Luar biasa. Ia masa yang panjang untuk pasukan juga,” kata Rosberg yang hanya mendapat tempat ke-12 dan 13 dalam dua GP sebelum ini di Australia dan Malaysia.

“Akhirnya ia di sini . Ia menakjubkan. Saya tidak menjangkakan untuk laju seperti ini hari ini. Saya amat gembira dengan keseluruhan perlumbaan.”

Juara dunia 2009, Button yang berdepan masalah di belakang jentera berkata: “Saya juga gembira meraih kedudukan kedua selepas posisi panas itu kerap berubah sehingga penghujung perlumbaan.

Rakan sepasukan Rosberg, Michael Schumacher tampak menunjukkan prospek untuk naik podium tetapi berdepan masalah selepas hentian pit pertama sebelum berundur dari perlumbaan. – AFP


KEPUTUSAN

1 Nico Rosberg, Jerman, Mercedes, 1 jam, 36 minit, 26.929 saat, 56 pusingan
2 Jenson Button, Britain, McLaren, +20.626
3 Lewis Hamilton, Britain, McLaren, +26.012
4 Mark Webber, Australia, Red Bull, +27.924
5 Sebastian Vettel, Jerman, Red Bull, +30.483
6 Romain Grosjean, Perancis, Lotus, +31.491
7 Bruno Senna, Brazil, Williams, +34.597
8 Pastor Maldonado, Venezuela, Williams, +35.643
9 Fernando Alonso, Sepanyol, Ferrari, +37.256
10 Kamui Kobayashi, Jepun, Sauber, +38.720

KEDUDUKAN

Pemandu

1 Lewis Hamilton, McLaren, 45 mata
2 Jenson Button, McLaren, 43
3 Fernando Alonso, Ferrari, 37
4 Mark Webber, Red Bull, 36
5 Sebastian Vettel, Red Bull, 28

Pasukan

1 McLaren - Mercedes 55; 2 RedBull - Renault 42; 3 Ferrari 35; 4 Sauber - Ferrari 30; 5 Lotus - Renault 16

No comments: