Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 9 February 2012

Cabaran cuaca salji menanti Proton di Rali Sweden


DARI UTUSAN MALAYSIA
9/2/2012


KARLSTAD, Sweden - Pelumba Proton, Per Gunnar Andersson akan kembali ke negara kelahirannya untuk mengetuai cabaran pasukan negara dengan mengemudi jentera Satria Neo S2000 pada pusingan kedua FIA Super WRC (S-WRC) 2012 di Sweden, mulai hari ini.

Pelumba berusia 32 kelahiran Arjang, Sweden itu nyata lebih bersedia dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) kali ini selepas memenangi kategori

Super 2000 KNA di Rali Finnskog, Norway kelmarin sebagai persediaan.

Dengan penyertaan 42 pasukan, beliau bukan sahaja menamatkan perlumbaan mengatasi pasukan Ford dan Skoda di kategori yang sama, malah Andersson memperoleh kedudukan keempat keseluruhan rali itu yang turut disertai pasukan WRC Citroen dan Ford.

Rali Sweden yang akan berlangsung sehingga Ahad ini turut menyaksikan kembalinya pelumba Proton kelahiran Scotland, Alister McRae dalam sirkit WRC selepas mempamerkan kecemerlangan menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) tahun lalu bersama pembantu pemandu, Bill Hayes.

Menurut Ketua Proton Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood, berdasarkan pencapaian kenderaan pada APRC tahun lepas dan hasil ujian sepanjang cuti musim sejuk, pihaknya mengharapkan musim S-WRC 2012 yang mencabar dan kompetitif.

"Ini adalah permulaan yang luar biasa buat Proton dalam S-WRC, dan kami akan terus memastikan momentum pasukan semakin kukuh. Tiada masa untuk kita memikirkan kekecewaan (pada Rali Monte Carlo). Hanya keputusan terbaik yang dicari dan inilah yang akan kita fokuskan dalam Rali Sweden," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Jentera Proton yang dipandu Andersson dalam Rali Monte Carlo pada 20 Januari lalu gagal menamatkan perlumbaan apabila enjinnya terbakar pada peringkat khas ketiga sebelum tamat.

Rali Sweden menarik penyertaan sejumlah 85 pasukan dan akan dijalankan menerusi 24 peringkat khas sejauh 360 kilometer dalam cuaca sejuk serendah enam darjah selsius.

Perlumbaan ini akan dimulakan hari ini di Karlstad dengan peringkat khas super sejauh 1.9 kilometer dan akan disambung esok dengan sembilan peringkat khas yang menyaksikan para pelumba memandu sepanjang kawasan di selatan Nor- way di bandar Kongsvinger.

Hari ketiga rali pula bakal menyaksikan para pelumba terpaksa menempuh lapan peringkat khas yang merentas sempadan Norway ke Dalama.

Mereka kemudian akan menempuhi laluan bersalji di Sagen dan Fedriksberg manakala hari terakhir pula menyaksikan enam peringkat khas terpaksa ditempuhi di kawasan Hagfors.

Proton akan menyertai lima daripada tujuh pusingan S-WRC tahun ini.

S-WRC merupakan siri panduan kepada WRC dan perlumbaan dijalankan pada peringkat khas yang sama dengan kereta yang dihasilkan oleh pengilang mematuhi peraturan S2000 daripada FIA S-WRC yang diperkenalkan pada 2010.

No comments: