Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 8 December 2011

Melayu perlu bersatu - Dr. M


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
8/12/2011



KUALA LUMPUR 7 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan orang Melayu supaya bangkit dan bersatu padu jika tidak mahu mengulangi nasib serupa yang dialami oleh orang Melayu di Pulau Pinang.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka tidak perlu memperingati nasib yang menimpa kaum Melayu Pulau Pinang jika mereka berasakan kejayaan dan sedikit kuasa yang ada akan kekal.

Ini kerana jelas beliau, dalam zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu dan zaman kuasa masih di tangan Melayu, tidak ramai yang menginsafi serta menangisi nasib Melayu Pulau Pinang.

"Apa perlunya kita memperingati kedudukan orang Melayu Pulau Pinang? Sebenarnya tidak perlu. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia.

"Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar dan budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata," katanya dalam blognya, http://chedet.cc.

Dalam pada itu, mengimbau sejarah bagaimana orang Melayu Pulau Pinang mula hilang kuasa, Dr. Mahathir berkata, selepas pendudukan Francis Light, orang Melayu terpaksa 'melarikan diri' daripada pembangunan kerana kemiskinan.

Jelasnya, langkah tersebut terpaksa diambil oleh orang Melayu pada ketika itu kerana harga hartanah begitu tinggi dan mereka pula tidak mampu membeli atau menyewa selepas bertindak menjual tanah yang sebelum ini milik mereka.

"Apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi jual tanah dan berpindah. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah.

"Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka," jelasnya.

KOMEN : MEMANG MELAYU TIDAK AKAN HILANG DIDUNIA... ITU KATA2 HANG TUAH ZAMAN DAHULU.. TAPI UNTUK REALITI ORANG MELAYU MUNGKIN AKAN KEHILANGAN SEGALANYA TERUTAMA MARUAH BANGSA KERANA ADA YANG SANGGUP MEMPERJUDIKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DEMI KEGILAAN KUASA. SAMPAI BILA ORANG MELAYU NAK SEDAR DAN BERSATU SEMULA...?

No comments: