Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 22 September 2011

APA MASALAH GLC KAT MALAYSIA NI?


GAPS minta penjelasan Nor Mohamed
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 21 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop digesa membuat penjelasan berhubung kewajaran pembelian saham membabitkan syarikat milik kerajaan (GLC).

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, sebagai bekas Menteri Kewangan II, Nor Mohamed perlu membuat penjelasan berhubung pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby).

Katanya, isu berkenaan semakin mendapat perhatian rakyat khususnya golongan peniaga kerana transaksi itu melibatkan sejumlah wang yang besar pada saat ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

“Justeru, beliau diminta supaya membuat penjelasan itu bagi memastikan transaksi berkenaan membawa keuntungan kepada kerajaan sebagai pemegang saham utama GLC berkenaan.

“Apatah lagi jikalau keputusan itu dibuat berdasarkan kepada hubungan perniagaan mereka yang berkenaan dan bukan kerana kepentingan sebenar GLC,” katanya kepada Buletin Utama TV3 malam ini.

Hamidzun dalam pada itu berkata, GAPS juga menggesa GLC supaya tidak boros dalam tindakan membeli atau menjual saham ketika ekonomi sedang merudum ketika ini kerana ia memberikan implikasi kepada rakyat.

Pada masa sama katanya, GAPS menggesa Nor Mohamed supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai hubungan


KOMEN : MENTERI NI SELALU JUGA TIDAK MEMBERIKAN RESPON DENGAN BAIK BILA SESUATU MASALAH BERKAITAN GLC DITIMBULKAN. RASANYA DIA TIDAK AKAN MENJAWAB PERSOALAN INI...

No comments: