Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 1 September 2009

ISLAM KUASA ALAM



Amri el Wahab




Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun. Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas.

Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain. Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

"Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

No comments: