Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 17 September 2009

Alumni UiTM sasar 36,000 ahli setiap tahun






SHAH ALAM 13 Sept. - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) berhasrat untuk menarik kira-kira 36,000 bekas pelajar universiti itu setiap tahun bagi mengukuhkan semula peranannya pada masa depan.

Presidennya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah itu diambil selaras dengan sasarannya untuk mengembangkan keahlian alumni daripada pelbagai kepakaran.

Menurutnya, UiTM mempunyai bilangan bekas pelajar paling ramai iaitu 365,000 orang dan ia merupakan aset amat berharga dan boleh digembleng bukan hanya untuk perkembangan alumni semata-mata.

Katanya, bekas pelajar terlibat bukan sahaja dapat menyumbang tenaga dan pengetahuan masing-masing terhadap pembangunan UiTM tetapi juga kepada pelajar serta negara.

"Kita sasarkan kira-kira 10 peratus keahlian setiap tahun dan kita yakin usaha itu dapat memantapkan lagi PAUiTM dan UiTM sebagai institusi pengajian tinggi terkemuka di negara ini.

"Melalui penyertaan bekas pelajar ini juga, mereka bukan hanya dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain tetapi juga berkongsi idea serta kerjasama ke arah pembangunan secara keseluruhan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan serta ahli PAUiTM di Seksyen 7 di sini malam tadi.

Tambah Mohd. Zin, dalam masa yang sama, PAUiTM turut merangka beberapa aktiviti serta program yang memperhebatkan lagi peranan mereka dari semasa ke semasa.

Katanya, PAUiTM akan mengadakan program Wacana Membasmi Kemiskinan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dijadual turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Oktober ini.

Selain itu, program tersebut akan turut disusuli dengan pelancaran laman web rasmi PAUiTM yang akan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat terkini serta perkembangan semasa persatuan kepada orang ramai khususnya pelajar dan bekas pelajar.

Tazkirah Ramadan hentam sesama Islam






SEPANJANG bulan puasa ini banyak ceramah, tazkirah dan kuliah subuh di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Apa yang menyedihkan ialah kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Pas bagi ceramah-ceramah politik mereka.

Sekadar beberapa contoh, di salah satu masjid penceramah memulakan dengan kata-kata menyeru kebaikan, dapat pahala dan akhirnya masuk syurga. Bukan hendak membuat penafian, sebab itu memang ajaran agama Islam begitu.

Tapi kemudian kata beliau, Pas akan buat benda baik, sokong Pas, akan dapat pahala dan akan masuk syurga.

Jemaah di sebelah saya mula terkedu dan menggeleng kepala.

Pada satu lagi tazkirah, seorang bekas calon Pas, memberitahu pendengar, katanya Islam menang di Permatang Pasir. Habis yang menang di Penanti itu Islam ke tidak sebab yang menang ialah itu ialah calon PKR?

Sebenarnya inilah pegangan taksub ahli-ahli parti berkenaan, iaitu apa yang mereka buat semuanya kerana Islam, orang lain tidak Islamik dalam semua perkara.

Semua orang Melayu beragama Islam, apa bezanya dengan orang Melayu dalam Pas?

Siapa yang berhak menentukan bahawa Melayu yang mengikuti parti lain tidak Islam.

Kita melihat betapa Pas telah menggunakan isu agama untuk perpecahan sebenarnya. Dalam BN, UMNO bekerjasama dengan Cina dan India juga.

Walaupun atas nama bangsa, tetapi UMNO tidak pernah bersikap tidak adil dengan bangsa-bangsa lain. BN melaksanakan juga beberapa dasar Islam dan dipersetujui oleh orang Cina dan India dari MCA atau MIC. Setakat ini, tidak timbul masalah pun.

Pas bekerjasama dengan PKR, DAP dan memang jelas DAP akan menentang habis-habisan apa juga pelaksanaan berkaitan agama Islam. Lihatlah perbezaannya. Belum pernah, MCA atau MIC berkata langkah mayat mereka dahulu sebelum melaksanakan dasar-dasar pemerintahan Islam.

Tetapi dalam PR, sudah pun disebut perkara itu. Di mana rasionalnya Pas bekerjasama dengan DAP dan menolak perpaduan atau kerjasama dengan UMNO, sebangsa dan seagama. Apa bezanya Islam Melayu dalam UMNO dengan Islam Melayu dalam Pas?

Tok guru pun tidak boleh dan tidak berhak menentukan Islam Melayu dalam UMNO tidak betul atau tidak boleh pakai? Siapa Tok Guru?

Tazkirah di bulan mulia digunakan untuk mengata saudara-saudara yang seagama tetapi berbeza ideologi politik.

Sebab itulah sepanjang masa kita akan lihat betapa Pas sibuk dengan ceramah sahaja, tetapi apa yang dibuat untuk rakyat yang memilih mereka?

Hendak selesaikan masalah babi, masalah arak, masalah kuil pun tidak mampu. Apa sahaja yang BN buat semua tidak betul dan tidak Islamik.

Apakah perkara betul yang Pas buat?

Kes kepala lembu dalam siasatan, tetapi Harakah telah memberi tajuk depan UMNO dalang di sebalik kepala lembu. Kalau belum ada bukti, ini fitnah namanya. Tidakkah ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Lihat sahaja dalam beberapa perkara terlalu banyak tuduhan dan fitnah Pas dan PR melalui Harakah ke atas pemimpin-pemimpin BN. Siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka akan 'diaibkan' seperti kes ADUN Lunas, betapa didedahkan segalanya oleh PKR.

Mana Islamik dan mana keadilannya? Lihat sahaja dalam beberapa PRK, bagaimana pengisian ceramah-ceramah Pas, begitu banyak serangan peribadi kepada calon yang menentang calon mereka.

Inikah yang dibenarkan dalam Pas yang kononnya mendokong perjuangan Islam.

Kepada semua pemimpin PAS, sedarlah dan cukuplah apa yang telah anda lakukan. Perpaduan Islam sebenarnya semakin lemah.

Generasi Islam kini makin jauh dari agama. Nilai-nilai murni makin berkurangan dan kian pupus. Generasi muda yang hadir ceramah Pas, seronok kerana ceramah penuh cacian dan maki hamun, kemudian diikuti dengan jeritan takbir.

Inikah yang diajar oleh Islam untuk disebarkan kepada anak-anak kita, seperti berguling-guling di atas jalan raya bagi membantah titah sultan?

Lihatlah tuduhan Mahafiraun dan Mahazalim tempoh hari. Apakah Mahathir lebih jahat dari firaun atau lebih zalim dari firaun. Di mana akal yang waras semasa membuat tuduhan berkenaan.

Akhirnya yang Mahazalim itu juga berjaya membangunkan negara. Tidak ada pula tuduhan dari Mahathir kepada mana-mana pemimpin Pas.

MELAYU INSAF-NAL-PERAK

Tanjong Karang
Pada mereka semuanya HALAL apa yang mereka buat, dah dijanjikan syurga oleh pemimpin mereka. Kalau dah bebal memang tak boleh nak ditegur dan di ajar.....Biarlah mereka terjun dengan cerita fitnah mereka.

Pemuda BN dekati pengundi India di Bagan Pinang



KOTA BHARU 16 Sept. – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan terus mendekati pengundi India pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang walaupun MIC tidak sempat untuk mempersiapkan jentera mereka menjelang hari penamaan calon nanti.

Naib Ketua Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya parti itu tidak dapat membantu, pihaknya akan menggunakan jentera Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama UMNO serta parti-parti lain untuk berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan terus mencari rakan kongsi yang sanggup menghadapi cabaran bersama dan bukannya rakan yang hanya pandai menuduh untuk mendapat kepentingan peribadi.

‘‘Selepas saya berjumpa dengan jentera Bagan Pinang, untuk pendekatan empat peti undi yang majoritinya kaum India, Pemuda UMNO dan saya sendiri akan terus masuk ke peti undi berkenaan. Kalau MIC tak bersama-sama, kita akan guna IPF kerana kita tahu IPF mempunyai sokongan yang kuat.

‘‘Dalam hal ini kalau komponen masih bercakap soal politik sedangkan sepatutnya mereka mencari jalan hendak menarik sokongan kaum India kepada MIC dan bukan menuduh pihak lain, maka mereka belum sedia untuk bekerjasama dengan kita,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Janganlah kita harap sangat dengan parti MIC ini yang makin hari makin berserabut dengan putar belit. Sendiri salah orang lain juga salah. Mereka tak salah sebab orang Melayu yang tak mahu tolong orang India. Jadi pemimpin parti MIC tu apa cuma nak jadi pencacai dan bercakap ikut sedap mulut. Orang India patut salahkan Sammy tu sebab dia yang tak membantu orang India, Dia hanya pentingkan kroni-kroni dia aje sebab tu orang India tak mahu menyokong calon MIC dalam PRU12 tu. Sendiri pun kalah bertanding. Jangan dilayan sangat MIC ni nanti naik kepala....

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN






ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."

Bila Anjing Mengeluh



khalifah9



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)


"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"



Wednesday, 16 September 2009

MOTIVASI DIRI


Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati .

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..



1. Rancanglah dahulu apa yang perlu di buat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu. Senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkan hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan...takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok...bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari..jangan malas mandi tau!

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting sentiasalah berdoa kepada ALLAH swt.

RINDUNYA NAK BERPOSTING DI BLOG







Lama juga saya tak dapat nak buat posting kat blog sejak balik dari Tokyo Japan pada 2. Ogos 2009 setelah berada di sana selama 2 tahun 9 bulan. Pada 3. Ogos 2009 saya terus mendaftarkan diri semula ke tempat kerja setelah selesai cuti tanpa gaji yang saya ambil. Bila dah balik semula ke Malaysia ni macam-macam lah yang mula berserabut dalam kepala otak. Terutama pasal persekolahan anak-anak, pasal kerja pula tak lah menjadi masalah kerana apa-apa pertukaran dasar pentadbiran pun hanyalah dari segi penambahbaikan.


Minggu pertama dan kedua berada di Malaysia sibuk sangat kerana terpaksa mengemas rumah yang lama di tinggalkan. Penat tak terkata sampai tak sedar jam dah pukul 4 pagi. Nasib baik jiran-jiran sebelah rumah faham. Sampaikan komputer pun tak sempat nak di onlinekan. Biasalah bila badan penat tak boleh pula nak membaca. Mata jadi kelabu...hahahaha....Belum habis lagi penat barang-barang yang dibawa balik dari Tokyo sampai, cuti lagi sebab nak menyusun barang-barang tu. Makan masa seminggu juga memunggah barang-barang tu. Sekarang dah lega.


Kedatangan Ramadhan Al Mubarak tahun ini disambut dengan gembira oleh anak-anak sebab tahun ni mereka boleh berhari raya di kampung. Anak anak mula menyesuaikan diri di sekolah. Apa-apa pun kehidupan perlu di teruskan....


SAYA DAN KELUARGA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN AIDIL FITRI TAHUN INI MAAF ZAHIR DAN BATIN. KEPADA YANG MEMANDU PULANG KE KAMPUNG TU PANDULAH DENGAN BERHEMAH. INGATLAH DI KAMPUNG SANA ADA YANG MENANTI.

Tuesday, 8 September 2009

Menjaga Keseimbangan Puasa






AMALAN berpuasa bukan hanya berkisar kepada sudut rohaniah, malahan didapati mempunyai kesan positif terhadap fizikal badan. Bukan setakat memberi peluang sistem penghadaman berehat, malahan membolehkan metabolisma badan menurun dan kembali seimbang dengan keperluan badan.

Namun, menahan diri daripada lapar dan dahaga lebih 13 jam sehari memerlukan kita menjaga keseimbangan tenaga badan dan aktiviti harian. Kerana itu juga, amalan bersahur dan tidak melengahkan waktu berbuka digalakkan, supaya keperluan nutrien dan tenaga badan tidak terjejas sepanjang berpuasa.

Air

Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.

Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit) . Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca. Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.

Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.

Kekejangan

Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya. Kebiasaannya, kekejangan otot bukan sahaja akibat kekurangan air, tetapi juga melibatkan kekurangan oksigen, pengumpulan asid laktik serta kandungan sodium dan potasium darah yang rendah.

Kekejangan otot dapat dielakkan dengan pengambilan air serta garam galian yang cukup, terutamanya makanan yang tinggi dengan potasium. Bernafas dengan laju pula dikatakan dapat meredakan kekejangan akibat kurang oksigen dan pengumpulan asid laktik pada otot.

Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang. Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.

Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.

Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka.. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan.

Puasa Penyelamat Dari Api Neraka






Hadith :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”



(al-Bukhari dan muslim)


Huraian


Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang di-tegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari-pada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguh-nya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di- akhirat kelak.

Malaikat Berdoa Untuk Orang Yang Bersedekah Di Bulan Ramadhan






Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.

Tuesday, 1 September 2009

Orang Berpuasa Dijanjikan Kemenangan Dunia & Akhirat



Oleh Abd Al-Razzaq A Muthalib Ahmad


"DAN berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui" (al-Baqarah: 184). Ayat ini begitu ringkas, namun tidak sama ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata makhluk-Nya. Sesungguhnya puasa bukan membebankan, tetapi peluang untuk mengumpul pahala.

Puasa sebagai perisai.

Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan kahwin, maka berkahwinlah. Ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain pula dinyatakan puasa menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda maksudnya: "Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Puasa dapat masukkan seseorang ke syurga.

Daripada Abu Umamah ra berkata: "Aku pernah bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi SAW menjawab, hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya" . (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Kelebihan Berpuasa.

Pahala tiada had.

Dua kegembiraan.

Bau mulut lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .

Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis bermaksud Daripada Abu Hurairah berkata: "Bersabda Rasulullah, Allah berfirman maksudnya: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (pahala yang ada had), kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya dan puasa itu perisai dan apabila seseorang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Jika ada orang lain mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang berpuasa menikmati dua kegembiraan iaitu dunia (menikmati juadah) dan akhirat (bertemu Allah di akhirat).

Disediakan al-Rayyan iaitu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang berpuasa.

Kelebihan Berdiam






Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara kata yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam(berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

ZAMAN FITNAH DAN ZAMAN PERPECAHAN UMAT




http://abghalim. blogspot. com/


Hadis riwayat Abu Dawud yang bersumber dari Abi Hurairah yang menyatakan,

Telah bersabda Rasulullah SAW

“Telah terpecah umat ke dalam tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan telah terpecah pada umat Nasrani ke dalam tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan,serta juga akan terpecah umatku kedalam tujuh puluh tiga golongan” (HR Abi Dawud)

Berkata Asy Syaik Khalil Ahmad Rahimahullah Ta’ala “Bahawa yang dimaksud dengan perpecahan dalam hal ini ialah perpecahan yang tercela mengenai dasar-dasar agama.

Adapun perbezaan terjadi pada furu’(cabang)nya tidak termasuk dicela, bahkan merupakan salah satu bentuk rahmat dari Allah SWT. Sebab mereka yang berbeza pendapat tentang dasar-dasar agama telah bertindak saling kafir mengkafirkan dan menyesatkan sesama mereka. Sedangkan pada cabangnya justeru memperluaskan minda dan cakerawala berfikir.

Perkara ini adalah antara perkara 27 dari 75 peristiwa Akhir Zaman.

Wahai umat Melayu yang dianugerahkan Allah memikul Islam di Malaysia. Tok- Tok Guru,Alim Ulama,bapa menteri dan YB. Tidakkah anda mengetahui Hadis ini? Tidakkah kalian semua telah lupa diri dari mengingati Allah? Tidakkah releven lagi kitab Allah pada politik Melayu. Koman sangatkah Hadis Nabi?

Apakah amanat Tok Guru sahaja yang boleh diguna pakai? Adakah ucapan pak menteri itu semua terlalu jujur dan benar? Kenapa ditolak salam persaudaraan sesama Melayu yang sama memikul amanah Allah.

Apakah kita mahu ucapan dari kafir laknatullah yang membaca petikan Al-Quran baru kita akan insaf. Atau kita perlu menyalakan lilin menghormati mayat si kafir baru dikata berpegang teguh pada tali Allah?

Apakah kita akan menghalalkan Homoseksual baru dikatakan Islam sejati. Atau sumpah Al-Quran kita persendakan?

MELAYU !

Pergi Jahanam lah Melayu…kata ulama
Kerana aku penting Islam dari Melayu
Kerana aku perlu bersaudara dengan kafir
Kerana aku AHLI POLITIK

Kerana aku bertopengkan agama
Kerana orang ramai anugerah aku tok guru
Kerana aku sukakan perpecahan Melayu
Kerana aku bukan Melayu lagi
Kerana dalam Al-Quran Allah tidak menyebut bangsa, kaum atau suku…..
Rujuk kembali ayat suci Al Quran

Tetapi nama ku masih ada lagi NIK, WAN atau Ku
Kenapa tidak ditukar kepada LIM, BALA atau SINGH
Anak-anak di taruhkan gelaran
Kalau benci sangat pada MELAYU

MELAYU !

Bersyukurlah kerana Allah telah memilih kita
Memikul tanggungjawab besar
Memelihara agama Islam di Malaysia

Malaysia!

Dimana Islam nak diletakkan kalau bukan pada Melayu.
MELAYU PERLU BERSATU
ISLAM PASTI HEBAT

Lesson From Imam Ghazali






Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman Dalam Islam




email dari kawan


01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan ;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah sebaiknya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi ;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang ;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61.. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang berkenaan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan k emamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

ISLAM KUASA ALAM



Amri el Wahab




Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun. Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas.

Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain. Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

"Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.