Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 22 December 2014

Buka semula pusat pemindahan

Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang bertambah

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB, ROSALINDA MD. SAID 
DAN SHAHRINNAHAR A. LATIB | 22 Disember 2014 1:51 AM


DUNGUN 21 DIS. - Mangsa banjir, Mat Ali Ibrahim bersama anaknya mengharungi banjir mengunakan sampan di Kampung Pinang Baru, Dungun disini hari ini . Gambar UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus bertambah berbanding semalam biarpun cuaca mendung tanpa hujan dan air di kebanyakan kawasan semakin surut.

Namun keadaan di Terengganu semakin pulih manakala Pahang pula menyaksikan hujan yang berterusan hari ini menyebabkan sebuah pusat pemindahan terpaksa dibuka semula.

Di KELANTAN, portal rasmi e-banjir negeri itu memaklumkan, sehingga pukul 6 petang ini, sebanyak 19,685 mangsa daripada 6,531 keluarga telah dipindahkan ke 68 pusat pemindahan di tujuh buah daerah.

Daerah Pasir Mas khususnya Rantau Panjang terus mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 11,408 orang melibatkan 3,985 keluarga di 39 pusat pemindahan.

Di Tumpat pula, jumlah mangsa juga bertambah kepada 5,328 orang daripada 1,678 keluarga di lapan pusat pemindahan berbanding 3,807 mangsa pada petang semalam.

Pertambahan jumlah mangsa banjir di dua daerah itu berikutan limpahan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini mencatat bacaan 10.36 meter melepasi paras bahaya sembilan meter.

Banjir kini semakin pulih di Kota Bharu apabila hanya tinggal 40 mangsa berbanding 500 orang semalam sementara Kuala Krai (1,898), Pasir Puteh (619), Tanah Merah (286) dan Machang (75).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun kepada 4,287 orang dan mereka masih ditempatkan di 44 pusat pemindahan di seluruh negeri ini sehingga awal malam ini.

Menurut portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Dungun mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu kira-kira 2,000 orang daripada lebih 500 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan.

Ini diikuti Kemaman, seramai 904 orang daripada 223 keluarga manakala jumlah mangsa di Besut turun mendadak kepada 502 orang daripada 120 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan berbanding 2,964 orang petang semalam.

Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 511 orang melibatkan 125 keluarga, diikuti Hulu Terengganu 221 orang daripada 64 keluarga manakala Marang sebanyak 36 orang daripada 12 keluarga di samping tujuh keluarga di Setiu.

Ketika ramai mangsa beransur pulang, Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliranawal malam ini mengeluarkan amaran mengenai paras Sungai Kemaman dan Dungun yang kembali naik secara berterusan.

Beberapa kawasan berisiko dijangka kembali dilanda banjir semula apabila berlaku pertembungan air laut pasang mulai esok hingga 27 Disember ini jika hujan berterusan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu pula memberitahu, sebanyak 15 batang jalan negeri di sekitar Kemaman, Dungun, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu masih ditutup.

Di PAHANG pula, meskipun bilik gerakan banjir telah ditutup tengah malam tadi namun hujan berterusan hari ini menyebabkan 14 orang daripada empat keluarga di Kampung Chendor, Cherating dekat Kuantan terpaksa berpindah akibat banjir.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan berkata, mereka kini ditempatkan di balai raya Kampung Chendor.

Menurutnya, setakat ini, penduduk di sekitar Kuantan dan daerah lain di Pahang tidak terjejas.

Kata beliau, hujan lebat yang membawa taburan hujan lebih 60 milimeter dicatatkan di kebanyakan stesen pemantau manakala paras air sungai-sungai utama di Kuantan adalah normal.

“Hujan peringkat kuning juga ditingkatkan kepada amaran hujan lebat peringkat jingga untuk Kuantan yang dijangka berlaku sehingga 23 Disember ini,” kata jurucakap itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buka-semula-pusat-pemindahan-1.39567#sthash.LvrSBlt7.dpuf

POLITIK : Hudud nyawa Pas - SELAGI JADI KELDAIAN DAP TAK ADA MAKNANYA?

DAP boleh cari keselesaan dengan jalan lain

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 22 Disember 2014 1:50 AM

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pergeseran antara Pas dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.
Haron Din

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari ‘ke­selesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.

Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri ‘serangan’ oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan Pas telah ‘mengoyak’ syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.

Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam Pas itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan ‘kertas’ tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.

“Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

“Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah ber­kenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.


Sementara itu, Haron mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ berkait soal asas perjuangan.

“Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur Pas kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. Pas tidak akan meninggalkan perjuangan ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/hudud-nyawa-pas-1.39548#sthash.zGE8ktG8.dpuf

Putra Merdeka: HOT ~ KJ Merentap Najib Supaya Turun..!

Putra Merdeka: HOT ~ KJ Merentap Najib Supaya Turun..!: Bukan main seronok ketawa berdekah dekah..! ketawa kan apa dan ketawakan siapa? Apakah KJ sebenarnya sedang mentertawakan Najib yang sek...

! BUJANG SENANG ! : Tazkirah Untuk Orang PENCEN !!!

! BUJANG SENANG ! : Tazkirah Untuk Orang PENCEN !!!: (SH22.12.14) Khusus ditujukan kepada pesara kerajaan, sama ada bergelar atau tidak, ketika berada di atas puncak kuasa dahulu, apa yang...

Friday, 19 December 2014

AFF 2014 : Safee yakin 
Harimau 
masih boleh!

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 19 Disember 2014 1:17 AM


SEMANGAT pemain Harimau Malaya belum padam, sebaliknya mereka bertekad untuk mencari kemenangan dalam final kedua Pial a AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

BANGKOK - “Jika Thailand boleh melakukannya di tempat sendiri, mengapa tidak kami apabila di Bukit Jalil nanti.”

Itu kata-kata penuh bersemangat Safee Sali yang masih yakin keajaiban bakal berlaku dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF esok.

Penyerang Harimau Malaya itu, yang dimasukkan pada pertengahan babak kedua untuk menggantikan Mohd.Amri Yahyah, menegaskan kekuatan Thailand dan skuad negara tidak banyak beza.

Justeru itu, katanya, jika Harimau Malaya dapat menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil Piala AFF akan dijulang di depan puluhan ribu penyokong negara.

“Sebenarnya kita bermain dengan baik menentang Thailand, terutama pada separuh masa pertama apabila kita mencipta banyak peluang.

“Namun, di penghujung babak kedua Thailand tampak semakin agresif dan sepakan penalti me­ngubah rentak perlawanan.

“Kita masih ada 90 minit dan saya tidak nampak mengapa kami tidak boleh bangkit,” katanya semalam.

Selepas jaringan penalti yang disempurnakan oleh Charyl Chappuis pada minit ke-72, Dollah Salleh mengambil risiko memasukkan Safee dan Baddrol Bakhtiar bagi memantapkan jentera serangan.

Langkah itu sebaliknya membuka ruang kepada Thailand yang berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-86 menerusi serangan balas menarik yang diatur Chanathip Songkrasin sebelum disudahkan Kroekrit Thawikan.

Bagi Safee, kekuatan Thailand banyak bergantung kepada Cha­nathip yang mengawal bahagian tengah dengan baik.

“Kita boleh nampak pemain nombor 18 (Chanathip) yang ba­nyak menjadi perancang kepada segala gerakan Thailand.

“Mungkin jurulatih boleh merencana sesuatu supaya dia tidak dapat terlalu banyak ruang pada perlawanan kedua nanti,” katanya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safee-yakin-8232-harimau-8232-masih-boleh-1.38199#sthash.uoXtJSSO.dpuf

Banjir terburuk dalam tempoh 62 tahun - Penduduk

18 Disember 2014 9:05 PM


SETIU 18 DIS. 2014 - Anggota bomba dan penyelamat membantu seorang warga emas, Abdullah Awang Besar,101, keluar ke penempatan banjir ketika operasi memindahkan mangsa banjir di Kg. Telaga Nibong, Jertih. - UTUSAN/Ihsan Bomba Dan Penyelamat

HULU TERENGGANU 18 Dis. - Banjir yang melanda di sekitar Kampung Kemat di sini disifatkan penduduknya sebagai bencana banjir yang paling buruk dalam tempoh 62 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd. Sahari Musa berkata, 137 mangsa daripada 49 keluarga terjejas akibat limpahan air Sungai Kemat di kampung itu.

“Banjir tahun ini memang paling buruk dalam tempoh 62 tahun sebab biasanya paling ramai pun hanya 12 keluarga dan 38 mangsa yang terjejas tapi kali ini bilangan mangsa meningkat mendadak dan terpaksa dipindahkan.

“Hujan lebat sejak Selasa dan petang semalam menyebabkan sungai mula melimpah dan kita mula memindahkan orang kampung yang terlibat dan pusat pemindahan terpaksa dibuka sejak 5 petang semalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena tinjauan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari petang ini.

Mangsa Ramlah Ahmad, 53, berkata, dia bersama dua anaknya terpaksa mengharungi air paras dada untuk berpindah apabila air mula memasuki rumahnya.

“Air masuk dalam rumah hingga paras paha, bila kakak keluar dari rumah ianya lebih dalam dan redah hingga paras dada.

“Selama 35 tahun kakak tinggal di sini, ini kali pertama kakak menghadapi banjir macam ini sebab rumah kakak terletak atas bukit dan memang tinggi dari kawasan rumah lain,” katanya.


Seorang lagi mangsa Rohaizawati Isa, 35, berkata, dia dan suami tidak sempat mengalihkan beberapa barangan dapur akibat air naik terlalu cepat.

“Kakak dan suami hanya memikirkan keselamatan anak-anak, kami bawa tiga anak ke pusat pemindahan dahulu... memang tak fikir pun pasal barang-barang sebab keselamatan anak-anak diutamakan dahulu,” katanya.

Rohaizawati berkata, beliau turut berterima kasih kepada Jailani yang datang melawat dan menghulurkan bantuan berupa tilam, selimut serta barangan makanan.

Pada tinjauan itu Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut melawat beberapa kampung lain yang terjejas banjir iaitu Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Menerong, Kampung Cheting serta Kampung Kua dengan menaiki bot serta bantuan lori Majlis Daerah Hulu Terengganu. - Bernama

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-terburuk-dalam-tempoh-62-tahun-penduduk-1.37970#sthash.j2lhzNzh.dpuf


Banjir di Pantai Timur semakin buruk

17,149 mangsa membabitkan 4,790 keluarga dipindahkan

MOHD. HAFIZ ABD. 
MUTALIB, RADHUAN HUSSAIN DAN MOHAMAD SHOFI MAT ISA | 19 Disember 2014 2:09 AM



SEORANG penduduk membantu Sharipah Ismail, 43, mendukung cucunya yang berusia tiga bulan, Mohd. Iqman Mohd Fazli dari bot untuk ke pusat pusat pemindahan mangsa banjir di Bukit Besi, Terengganu, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Keadaan banjir di pantai timur semakin buruk dengan Terengganu menyaksikan seramai 8,422 mangsa membabitkan 2,409 keluarga terpaksa dipindahkan ke 112 pusat pemindahan banjir.


Kawasan paling terjejas akibat musim tengkujuh itu ialah Hulu Terengganu apabila seramai 3,066 penduduk dipindahkan, Besut pula mencatatkan 2,155 mangsa, Setiu (1747 mangsa) dan Dungun (699 mangsa).

Selain itu, penduduk di beberapa kawasan pedalaman termasuk di Hulu Besut terputus hubungan dengan kawasan luar apabila laluan Jerteh-Keruak ditenggelami manakala bekalan elektrik dan te­lefon terjejas.

Tambah memburukkan keada­an apabila beberapa batang sungai utama seperti Sungai Besut, Sungai Setiu, Sungai Dungun dan Sungai Berang sudah melepasi paras bahaya ketika paras air semakin meningkat.

Senario serupa berlaku di Kelantan apabila jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 7,689 penduduk daripada 2,126 keluarga di 84 pusat pemindahan dengan Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah paling terjejas.

Disifatkan sebagai banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun, jumlah mangsa dipindahkan itu meningkat hampir lima kali ganda berbanding hanya 1,620 mangsa daripada 447 keluarga semalam.

Menurut laporan laman web banjir negeri, Kuala Krai menjadi kawasan paling teruk dilanda banjir apabila seramai 1,873 mang­sa daripada 504 keluarga telah dipindahkan ke-11 pusat pemindahan.


Dalam pada itu, aras air di hampir semua sungai di negeri Kelantan berada dalam paras bahaya dengan Sungai Golok berada pada kedalaman 10.72 meter dan situasi sama berlaku ke atas Sungai Lebir dengan kedalaman 36.52 meter.

Paras bahaya itu turut direkodkan di Sungai Kelantan melalui bacaan di Tangga Krai iaitu 26.68 meter, Jambatan Guillemard (17.88 meter) serta Tambatan Diraja de­ngan kedalaman (5.46 meter).

Sementara itu, di Pahang pula, sehingga pukul 9 malam ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan bertambah menjadi 1,038 orang daripada 255 keluarga dan sebanyak lima pusat pemindahan telah dibuka.


Setakat ini, hanya Kuantan terjejas banjir dengan laluan kilometer(KM) 34 Jalan Kuantan-Maran berhadapan Bukit Gambang Resort City dan KM32 Jalan Pan­ching Utara ditutup kepada semua kenderaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-di-pantai-timur-semakin-buruk-1.38331#sthash.fB7cghcY.dpuf



Thursday, 18 December 2014

AFF 2014 : Perjuangan belum tamat - Dollah

17 Disember 2014 10:15 PM


BANGKOK 17 DIS. 2014 - Pemain Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin bersaing dengan pemain Thailand, Chanathip Songkrasin untuk mendapatkan bola pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Thailand, di Stadium Nasional Rajamangala, di sini, hari ini. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

BANGKOK 17 Dis. - Perjuangan belum berakhir. Harimau Malaya masih mempunyai 90 minit untuk merubah nasib mereka apabila menerima kunjungan Thailand dalam final kedua Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, tegas jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas melihat pasukannya tewas 2-0 di Stadium Rajamangala di sini, sebentar tadi.

“Kita tidak bermain sebaik ketika menentang Vietnam (separuh akhir kedua) di Hanoi, sedangkan Thailand menunjukkan permainan yang memang sudah kita jangkakan.

“Bahagian pertahanan juga agak goyah malam ini, terutama menerusi kesilapan yang dilakukan pada minit ke-72 (Thailand dihadiahkan sepakan penalti kerana Mohd. Fadhli Shas mengkasari lawan).

“Namun dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Kita tewas 2-0 hari ini tetapi kita masih boleh bangkit dan merubah kedudukan apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

“Saya percaya, pemain kami akan tampil dengan aksi lebih baik apabila menerima kunjungan Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil,” ujar Dollah.

Malaysia beraksi bersama misi mencari kejuaraan Piala AFF buat kali kedua selepas muncul juara pada 2010, manakala Thailand pula bakal hadir dengan reputasi selaku juara tiga kali. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/perjuangan-belum-tamat-dollah-1.37517#sthash.89BvB4Zy.dpuf

AFF 2014 : Cakar Harimau 
belum cukup tajam

18 Disember 2014 12:47 AM


Pemain Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin bersaing dengan pemain Thailand, Chanathip Songkrasin untuk mendapatkan bola pada Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Thailand, di Stadium Nasional Rajamangala, di sini, hari ini.

BANGKOK - Skuad Harimau Malaya menghadapi laluan cukup sukar untuk meraih gelaran kedua dalam Piala AFF apabila melangkah ke perlawanan akhir kedua Piala AFF Sabtu ini selepas tumpas 2-0 di tangan juara tiga kali Thailand di Stadium Rajamangala di sini semalam.

Kekalahan itu mengulangi keputusan sama ketika skuad negara kali terakhir bertandang ke Thailand pada separuh akhir kedua 2012 di Stadium Supachalasai.

Bagaimanapun, masih ada yang positif dipertontonkan oleh Harimau Malaya apabila mereka me­ngasak sebaik permainan bermula dalam misi mendapatkan jaringan di tempat lawan apabila melancarkan dua percubaan dalam tempoh lima minit pertama.

Percubaan sulung skuad Dollah Salleh membuatkan kira-kira 50,000 penyokong tuan rumah tergamam apabila hantaran tinggi Safiq Rahim ke dalam kotak penalti ditanduk oleh Amri Yahyah namun dapat ditangkap kemas oleh Kawin Thamsatchanan pada minit ketiga.

Belum sempat Thailand mendapatkan rentak, dua minit kemudian Norshahrul Idlan Talaha pula me­nguji kewibawaan penjaga gol berpengalaman itu yang menampan kemas rembatannya.

Selepas membenarkan pelawat mengasak, skuad Gajah Perang me­nguji kekentalan benteng Harimau Malaya menerusi pemain sayap kiri Kroekrit Thawikan yang hampir menewaskan Farizal pada minit ketujuh tetapi percubaannya tersasar sedikit ke sebelah kanan.

Percubaan itu menambah semangat tuan rumah, yang perlahan-lahan membina rentak dan menguasai sepenuhnya permainan namun Harimau Malaya sekali-sekala mengatur serangan balas yang mencemaskan kubu Thailand.

Namun, tiga minit sebelum rehat, Mohd. Farizal Marlias bertindak cemerlang untuk menyelamatkan percubaan penyerang Adisak Kraisorn yang mengambil kesempatan atas kesilapan Mohd. Fadhli Shas yang tertanduk bola ke belakang.

Walaupun pada awalnya me­ngasak dan berjaya menyerap segala asakan Thailand, gawang Harimau Malaya akhirnya bocor ketika permainan semakin hampir ke penghujung.

Gol pertama tuan rumah diperoleh pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Charyl Chappuis selepas kekasaran dilakukan oleh Mohd. Fadhli.

Thailand kemudian memperoleh gol kedua apabila serangan balas yang digerakkan oleh ‘Iniesta Thailand’, Chanathip Songkrasin disem­purnakan penuh bergaya oleh Kroekrit pada minit ke-86.

Indra Putra Mahayuddin hampir menghadiahkan gol buat Harimau Malaya pada penghujung perlawanan namun tandukannya diselamatkan oleh Kawin.

Dollah berkata, skuadnya bermain dalam keadaan tertekan dan kesilapan bahagian pertahanan membolehkan Thailand menjaringkan kedua-dua gol.

“Kita main dalam keadaan tertekan. Thailand telah bermain seperti dijangka, mereka bermain di tempat sendiri.

“Bahagian pertahanan kita ketara goyang yang menyebabkan Thailand dapat menjaringkan kedua-dua gol,” katanya.

Bagaimanapun, dia yakin mereka mampu bangkit dalam perlawanan akhir kedua di Bukit Jalil Sabtu ini.

“Dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku. Di Kuala Lumpur nanti saya percaya pemain-pemain akan menunjukkan lebih daripada apa yang mereka lakukan malam ini,” tegasnya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/cakar-harimau-8232-belum-cukup-tajam-1.37694#sthash.8VD8dHSC.dpuf

Kalimah Allah: Polis terima 9 
laporan terhadap Guan Eng

18 Disember 2014 2:28 AM

NIBONG TEBAL 17 Dis. – Polis negeri menerima sembilan laporan yang dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.
Abdul Rahim Hanafi

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya masih menyiasat semua laporan yang dibuat itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan itu berdasarkan arahan daripada Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri.

“Pihak polis masih melengkapkan kertas siasatan dengan merekodkan kenyataan daripada NGO dan individu yang membuat laporan polis terhadap Guan Eng.

“Pada masa ini kita belum panggil Ketua Menteri untuk bagi kenyataan sebab tunggu siasatan lengkap terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di Sungai Acheh di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Sehari Bersama Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Guan Eng baru-baru ini mengeluarkan kenyataan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004 tidak boleh dikuatkuasakan kepada orang bukan Islam dan mendakwa tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah Allah.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk UMNO Bahagian Kepala Batas dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang membuat laporan polis terhadap Guan Eng.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kalimah-allah-polis-terima-9-8232-laporan-terhadap-guan-eng-1.37883#sthash.jYpkA1km.dpuf


Sultan Nazrin sebak kenang amanat ayahanda

RODELIO JUNJUN TAUCAN | 18 Disember 2014 2:31 AM


SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH sebak ketika menerima persalinan jubah bekas Canselor Universiti Malaya, Almarhum Sultan Azlan Shah daripada Prof. Dr. Mohd. Amin Jalaludin (kanan) pada Majlis Memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebak ketika mengenang kembali amanat ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah 35 tahun lalu mengenai pentingnya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia terus dipelihara.

Baginda yang kelihatan mengalirkan air mata mengenangkan pesanan itu bertitah, suasana negara sekarang menyaksikan ramai rakyat semakin cenderung mencetuskan isu-isu sensasi sehingga menjejaskan hubungan harmoni antara kaum selain berpotensi mencetuskan konflik agama dan perkauman.

Sehubungan itu baginda menyeru semua pihak memahami atau membaca kembali pesanan tersebut yang dizahirkan Almarhum dalam pidato pada 30 Jun 1979 menyentuh mengenai prinsip-prinsip asas penubuhan negara ini.

Jelas baginda, pidato dizahirkan semasa majlis Pidato Penghargaan Graduan Kehormat sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) tersebut merupakan satu antisipasi dan peringatan yang mendahului waktu khususnya untuk rakyat Malaysia.

“Mesej utama yang terkandung dalam pidato tersebut menyentuh aspek-aspek keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, prinsip pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

“Pentingnya negara memiliki badan kehakiman yang bebas berkecuali dan mahkamah mestilah mengenali keadilan, berkawan mesra dengan kedaulatan undang-undang, bersahabat rapat dengan kebenaran dan berjinak-jinak dengan kejujuran,” titah baginda dalam nada yang sesekali tersekat-sekat.

Baginda bertitah demikian dalam majlis Memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah yang juga bekas Canselor UM selama 28 tahun di universiti itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin.

Titah baginda itu menyebabkan para hadirin yang memenuhi Dewan Tunku Canselor senyap, malah sebahagian daripadanya kelihatan turut mengalirkan air mata.

Sementara itu, Sultan Nazrin yang kini dilantik Canselor UM menggantikan ayahandanya berkata, Almarhum turut pernah mengingatkan agar pemimpin politik tidak menjadikan universiti sebagai salah satu pentas untuk berpolitik.

Titah baginda, peringatan itu dizahirkan pada tahun 1987 berikutan telah terbukti mana-mana universiti yang mendapat campur tangan luar akan menyebabkan kemerosotan dalam mutu akademiknya.

“Sultan Azlan Shah secara konsisten menegaskan pentingnya universiti merangka kandungan pendidikan yang holistik, merangkumi aspek agama, intelek, nilai-nilai murni dan integriti.

“Titah tersebut dizahirkan 27 tahun lalu. Namun, kata-kata pe­ringatan tersebut adalah mutiara kata yang wajib dijadikan pedoman demi menjamin mutu akademik universiti tidak dikorbankan oleh faktor-faktor bukan akademik,” titah baginda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-nazrin-sebak-kenang-amanat-ayahanda-1.37898#sthash.eFHt1Ms0.dpuf


BENCANA : Banjir gelombang kedua landa Kelantan

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB | 18 Disember 2014 2:07 AM


Pengguna jalan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kilometer 20, Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, terpaksa menolak kenderaan mereka yang terkandas selepas mengharungi banjir di kawasan itu, semalam. – Utusan/Torek Sulong

KOTA BHARU 17 Dis. - Gelombang kedua banjir melanda Kelantan ekoran hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan 1,620 mang­sa dari 447 keluarga di lima buah daerah di negeri ini terpaksa dipindahkan ke 26 pusat pemindahan.

Antara kawasan yang terjejas adalah Jeli, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Di Jeli, sebanyak 931 mangsa daripada 263 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan iaitu masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1, SK Legeh, SMK Batu Melintang, SK Kalai, SK Kuala Balah dan Masjid Gemang.

Di Tanah Merah pula, sebanyak 121 keluarga melibatkan 534 mangsa masing-masing dipindahkan ke 13 pusat pemindahan yang mula dibuka sejak pagi tadi.

Di Pasir Puteh pula, seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke dua pusat pemulihan iaitu masing-masing di SK Wakaf Raja dan Dewan SMK Kamil.

Sementara di Pasir Mas, sebanyak 84 mangsa daripada 21 keluarga serta Kuala Krai yang melibatkan 29 mangsa masing-masing dipindahkan ke satu pusat pemindahan.

Dalam pada itu, aras air di semua sungai di negeri ini yang berada dalam keadaan normal beberapa hari lalu kini semakin meningkat dan berada antara paras amaran serta bahaya.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini pada kedalaman 9.49 meter melebihi paras bahaya pada kedalaman 9 meter dan situasi sama turut berlaku di Sungai Jenob yang berada pada kedalaman 24.79 juga melebihi paras bahaya iaitu 23.50 meter.

Sungai Galas dan Lebir di Dabong serta Tualang pula berada pada paras amaran iaitu masing-masing 35.61 dan 33.33 meter.

Paras amaran itu turut dicatatkan di Sungai Kelantan melalui bacaan di Tangga Krai iaitu 24.19 meter dan Jambatan Guillemard iaitu pada kedalaman 15.15 meter.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa daerah di negeri ini mendapati kawasan-kawasan rendah mula dinaiki air dan penduduk mula berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan.

Seorang penduduk di Pasir Mas, Rozli Ismail, 53, berkata, dia dan keluarga mula berpindah sejak awal pagi selepas rumah mereka ditenggelami air.

Menurutnya, hujan lebat sejak semalam menyebabkan air Sungai Kemahang melimpahi tebing seterusnya menenggelamkan kawasan berhampiran.

“Sebaik sahaja air Sungai Kemahang melimpah, kami mengambil keputusan untuk berpindah. Lagipun, laluan utama ke kampung sudah terputus selepas ditenggelami air sedalam tiga meter,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/banjir-gelombang-kedua-landa-kelantan-1.37766#sthash.UpUNwGI2.dpuf

POLITK : Hudud: Perang dingin pemimpin pembangkang memuncak - BN ADA SALAH JUGA?

18 Disember 2014 2:28 AM


Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Perang dingin antara Pas dan sekutunya dalam pakatan pembangkang semakin memuncak apabila pemimpin utama mereka terus mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menyatakan pendirian dan pandangan masing-masing berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Terbaharu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya kerana mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas yang mahu membuat pindaan enakmen hudud dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpalit dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Nik Mohamad Abduh menerusi catatan bertajuk “Jawapan Buat Seorang Peguam Wanita” dalam akaun Facebook miliknya hari ini secara sinis mempersoalkan, apakah benar Pas bersubahat dengan BN bagi menutup isu 1MDB sedangkan parti itu sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sejak lebih 20 tahun lalu.

“Agenda hudud Pas sudah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?’’ katanya.

Menurut Nik Mohamad Abduh, agenda Pas bukan sahaja melibatkan isu ekonomi malahan merangkumi pembinaan Malaysia secara menyeluruh termasuk pelaksanaan hudud.

“Pas juga memperjuangkan aspek pembinaan semula orang bersalah melalui hukuman mendidik yang ada di dalam hukum hudud. Buktikan bahawa aspek hukuman terhadap pesalah di dalam negara hari ini bukanlah isu besar yang boleh ditangguhkan?’’ ujar beliau.

Beliau seterusnya berkata, isu royalti minyak Kelantan yang tertangguh sejak sekian lama tidak pernah mengganggu pelaksanaan hudud di negeri itu dan mengapakah isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk menyekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah.

Jika isu 1MDB berjaya menyekat Pas daripada memperjuangkan hak agama, dakwa beliau, maka Pas sebenarnya telah masuk perangkap sekularisme sama ada oleh BN, DAP dan PKR serentak.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/hudud-perang-dingin-pemimpin-pembangkang-memuncak-1.37887#sthash.24l13S2P.dpuf

BENCANA : Gelombang kedua banjir di Pantai Timur

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB DAN ZAMZURINA AHMAD | 18 Disember 2014 2:32 AM






KOTA BHARU 17 Dis. - Gelombang kedua banjir melanda Kelantan ekoran hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan 1,620 mangsa dari 447 keluarga di lima buah daerah di negeri ini terpaksa dipindahkan ke 26 pusat pemindahan.

Antara kawasan yang terjejas adalah Jeli, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Di Jeli, sebanyak 931 mangsa daripada 263 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan iaitu masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1, SK Legeh, SMK Batu Melintang, SK Kalai, SK Kuala Balah dan Masjid Gemang.

Di Tanah Merah pula, sebanyak 121 keluarga melibatkan 534 mangsa masing-masing dipindahkan ke 13 pusat pemindahan yang mula dibuka sejak pagi tadi.

Di Pasir Puteh, seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke dua pusat pemulihan iaitu masing-masing di SK Wakaf Raja dan Dewan SMK Kamil manakala di Pasir Mas, sebanyak 84 mangsa daripada 21 keluarga serta Kuala Krai yang melibatkan 29 mangsa masing-masing dipindahkan ke satu pusat pemindahan.

Dalam pada itu, paras air di semua sungai di negeri ini yang berada dalam keadaan normal beberapa hari lalu kini semakin meningkat dan berada pada tahap amaran serta bahaya.

Sementara itu, banjir besar akhir tahun lalu menjadikan 179 mang­sa banjir pertama di Kuantan, Pahang yang terdiri daripada penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kempadang, Kampung Pandan, Kampung Sri Damai dan Jaya Gading lebih bersedia apabila mereka segera menghubungi pihak berkuasa setelah air mula memasuki rumah.

Daripada 179 mangsa tersebut, 32 orang merupakan penduduk dari PAKR Kempadang, 126 orang (Kampung Pandan) dan Kampung Sri Damai dan Jaya Gading (21 orang).

Di Terengganu, Dungun merupakan daerah terbaharu dilanda banjir dengan empat pusat pemindahan dibuka iaitu Surau Belimbing Bukit Darat, Dewan Sivik Pasir Raja, SK Syukur dan Dewan Sivik Kuala Paka.

Sehingga lewat petang ini, jurucakap Majlis Gerakan Bencana Negeri memberitahu, keadaan banjir masih tidak berubah walaupun di beberapa daerah hujan mula reda.

Hampir 800 orang dilaporkan masih berada di 14 buah pusat pemindahan termasuk sebuah di Marang (Dewan Seri Rawai) dan juga Kuala Terengganu (Dewan Serikandi).

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/gelombang-kedua-banjir-di-pantai-timur-1.37905#sthash.IkabxQG0.dpuf


Mesin Taip Buruk: Cabar PM letak jawatan... gua respek sama lu!

Mesin Taip Buruk: Cabar PM letak jawatan... gua respek sama lu!: GUA respek sama lu lah Sdr Syed Rosli Jamalullail sebab aku tengok lu memang berani mati sebab mencabar Najib letak jawatan sebagai Perdan...

Wednesday, 17 December 2014

POLITIK : Lompat parti: Puad tolak pelawaan PKR

AMIRUDDIN HARUN | 17 Disember 2014 1:35 AM

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah memaklumkan kepadanya mengenai beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk ramai dari Sabah yang berpotensi melompat parti pada 2008.
Mohd. Puad Zarkashi

Menurut Mohd. Puad, bekas Setiausaha Agung PKR itu memberitahunya antara ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus ketika itu) dan Datuk Richard Riot Jaem (Serian) serta beliau telah pun menemui mereka.

Kata beliau, perkara tersebut dimaklumkan oleh Saifuddin ketika menghubunginya kira-kira pukul 2 pagi melalui talian telefon di bilik hotel penginapannya di Taiwan sewaktu beliau mengikuti program lawatan sambil belajar bersama kira-kira 30 ahli Parlimen BN beberapa hari sebelum 16 September 2008.

“Saya telah menolak cadangan (lompat parti ) tersebut dan menyatakan bahawa saya akan setia dengan BN dan saya menyatakan kepada Saifuddin juga bahawa beliau tidak akan berjaya mempengaruhi lebih daripada 10 orang ahli Parlimen BN untuk melompat parti,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Mohd. Puad menyatakan demikian dalam kenyataan saksi yang dikemukakan dalam perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku plaintif terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman tersebut terhadap Anifah atas kapasiti peribadinya pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa menteri Kabinet itu memfitnahnya ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton semasa lawatan kerja ke negara tersebut.

Melalui perbualan telefon itu juga, Mohd. Puad yang merupakan Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) ketika itu berkata, Saifuddin menyatakan beliau berada di Taiwan bersama-sama dua lagi pemimpin PKR, Tian Chua dan Fuziah Salleh serta menginap di hotel yang sama dengan rombongan ahli Parlimen BN.

Terdahulu, beliau menyatakan tujuan sebenar program lawatan sambil belajar ke Taiwan itu dianjurkan untuk mengelak daripada percubaan ahli Parlimen pembangkang daripada berhubung dengan ahli-ahli Parlimen BN.

“Pada ketika itu, sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut ke Taiwan, mereka akan menjadi suspek atau disyaki akan melompat parti,” kata beliau sambil menambah kata, mereka pulang ke tanah air pada 18 September 2008 iaitu selepas tarikh 16 September dan tiada pertukaran kerajaan.

Menurutnya, kira-kira pukul 8 malam keesokan harinya, ketika berada di kediamannya di Batu Pahat, beliau telah dihubungi oleh rakan Anwar, Dr. Abdul Rahim Ghouse yang menyatakan rancangan 16 September pasti berlaku dalam beberapa minggu atau pada 25 September dan mengajaknya menyertai pakatan pembangkang.

Ujar Mohd. Puad, beliau kemudian berjumpa dengan Abdul Rahim di gerai makan di Perhentian Bas Batu Pahat kira-kira pukul 2 pagi dan Abdul Rahim mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan hilang suara majoriti di Dewan Rakyat.

Katanya, Abdul Rahim mendakwa 30 ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mereka telah menandatangani surat persetujuan yang difahaminya sebagai Akuan Berkanun, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mohd. Puad berkata, setelah beliau menyatakan belum bersedia menandatangani Akuan Berkanun itu, Abdul Rahim telah menghubungi Anwar melalui telefon bimbit sebelum alat komunikasi itu diserahkan kepadanya untuk bercakap dengan Anwar.

“Plaintif telah memberitahu saya ‘Puad, we have enough numbers and its going to happen, but we still need a Malay MP from Johor like you to be with us’ (Puad, kami mempunyai jumlah yang cukup dan ia akan berlaku, tetapi kami masih memerlukan seorang ahli Parlimen Melayu dari Johor seperti anda untuk bersama kami).

“Plaintif juga menyatakan dengan nada yang meyakinkan bahawa empat sultan telah bersetuju dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan. Antara negeri yang disebut adalah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor,” kata beliau.

Menurutnya, perbualan mereka terhenti setelah beliau memberitahu Anwar bahawa beliau hendak pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah.

Katanya, beliau kemudian telah mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa sekiranya surat tersebut ditandatanganinya, bererti beliau telah menjual negara.

Ujarnya, Abdul Rahim kemudian telah menghubunginya dan beliau memberitahu orang kuat Anwar itu: “You tell Anwar, tumbang-tumbanglah, I am prepared to be the Opposition but I will not sign the letter.” (Kamu beritahu Anwar, tumbang-tumbanglah, saya bersedia untuk menjadi Pembangkang namun saya tidak akan menandatangani surat itu).

Menjawab satu soalan, saksi itu berpendapat bahawa tawaran tersebut diberi kepadanya kerana Anwar mahu menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tetapi juga di Semenanjung.

Berkenaan dengan Datuk Ishak Ismail, kata Mohd. Puad, beliau mengenali ahli perniagaan itu yang merupakan bekas pemilik Idris Hydraulic (M) Bhd. yang rapat dengan Anwar dan dikenali sebagai salah seorang kroni kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung 26 Disember ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lompat-parti-puad-tolak-pelawaan-pkr-1.37356#sthash.GZclJeNG.dpuf


AFF 2014 : Safiq cedera, tapi enggan mengalah

17 Disember 2014 1:00 AM


Safiq Rahim tetap menjalani latihan semalam bagi perlawanan akhir pertama Piala AFF di Bangkok walaupun dia masih terasa sakit akibat kecederaan di bahagian lutut. – UTUSAN

BANGKOK - Setelah Shukor Adan disahkan boleh beraksi, kini Safiq Rahim pula menimbulkan kebimbangan dalam kem Malaysia apabila pemain tengah itu bergelut dengan kecederaan di lutut kanan.

Kecederaan itu dialaminya sejak kempen Piala AFF 2014 di pe­ringkat Kumpulan B, namun gagal memaksa Safiq mengalah dan kini pengorbanannya berbaloi apabila membawa Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir.

Walaupun begitu, kecederaan Safiq tampak semakin serius selepas perlawanan separuh akhir kedua dengan Vietnam namun pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tetap berdegil mahu diturunkan.

“Tidak, saya sama sekali tidak mahu terlepas dua perlawanan akhir ini, aksi yang cukup penting kepada kami dan saya sanggup melakukan apa sahaja untuk diturunkan.

“Kecederaan ini saya alami sejak di Singapura cuma semakin lama semakin terasa kerana tempoh pemulihan yang pendek.

“Saya akan berjuang habis-habisan sbiarpun terpaksa bermain dalam kesakitan.

“Berdasarkan laporan fisioterapi, saya masih belum cergas 100 peratus tetapi itu tidak menghalang niat saya untuk bermain,” katanya yang ditemui sebelum sesi latihan akhir di Stadium Rajamangala semalam.

Safiq kini merupakan penja­ring terbanyak Piala AFF edisi ke-10 dengan empat gol, berkongsi kedudukan bersama penyerang Viet­nam, Le Cong Vinh.

Memainkan peranan penting di bahagian tengah, khidmat Safiq amat ditagih oleh Dollah kerana pemain yang berasal dari Selangor ini mampu membantu barisan pertahanan selain membuka ruang kepada penyerang.

Berdasarkan sesi latihan akhir semalam, Safiq dilihat mampu bermain dengan baik dan dijangka tetap akan disenaraikan oleh Dollah. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-cedera-tapi-enggan-mengalah-1.37287#sthash.P0pOvt44.dpuf

AFF 2014 : Kiatisuk bongkak atau penakut?

17 Disember 2014 1:00 AM


BANGKOK – Tindakan jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang (karikatur) tidak menghadiri sidang akhbar pengurus perlawanan akhir pertama Piala AFF di sini semalam semakin memualkan pihak media.

Ini bukan kali pertama dia bertindak sedemikian sebaliknya sejak di peringkat kumpulan di Singa­pura lagi, termasuk untuk pertemuan dengan Harimau Malaya dan Singapura.

Tanpa sebarang alasan kukuh di­berikan, Thailand yang diwaki­li oleh penolongnya Choketawi Promrat enggan menyatakan sebab mengapa ketuanya tidak mahu tampil dalam sidang akhbar, seolah-olah mahu bermain psikologi dengan Harimau Malaya.

Malah, Thailand turut membatalkan latihan terakhir di Stadium Rajamangala pada saat-saat akhir.

Choketawi, demi menyelamatkan air muka bosnya, hanya memberi jawapan selamat iaitu bekerja dalam sebuah pasukan, dia hanya mengikut arahan serta menghormati arahan yang diberitahu oleh Kiatisuk.

“Bersama-sama dalam satu pasu­kan, kami di dalam staf kejurulatihan perlu hormat pendirian satu sama lain (pendirian Kiatisuk tidak hadir ke sidang akhbar),” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Menemani Choketawi ke sidang akhbar berkenaan adalah penjaga gol Kawin Thamsatchanan yang dijangka bertindak selaku ketua pasukan.

Choketawi menganggap kekalahan mereka dalam tiga edisi final sebelum ini tidak memberikan sebarang tekanan dan mahu menjadikan Harimau Malaya sebagai penamat badi Thailand.

“Bagi mana-mana perlawanan akhir, peluang adalah 50-50 untuk kedua-dua pasukan dan apa sahajaboleh terjadi.

“Rekod lalu tidak membuatkan kami rasa gementar dan kami akan beraksi mengikut cara tersendiri untuk memastikan Thailand kembali menjadi juara.

“Kami menghormati Malaysia, namun bermain di hadapan penyokong sendiri, sudah tentu mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh pasukan Thailand dengan menampilkan aksi terbaik,” kata­nya.

Bagi Kawin, dia mahu menjadikan pentas final kali ini bagi me­nebus kembali kekalahan pada edisi 2012 di tangan Singapura.

“Bukan satu tugas yang mudah berdepan Singapura, juara tiga kali pada perlawanan akhir yang lalu dan inilah kesempatan terbaik bagi kami menamatkan penantian sejak sekian lama (kali terakhir Thailand menang 2002).

“Semangat semua pemain ter­nya­ta begitu berkobar-kobar dan sa­ya nampak kami kali ini amat mahukan trofi AFF,” katanya.

Selepas mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir AFF 2002, Thailand kalah dalam tiga penampilan di final pada 2007, 2008 dan 2012. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kiatisuk-bongkak-atau-penakut-1.37291#sthash.GKVC25AI.dpuf

AFF 2014 : Ulang pencapaian 
di Hanoi – Dollah

17 Disember 2014 1:02 AM


BANGKOK - Harimau Malaya sedia memanjangkan tempoh penderitaan pasukan Thailand yang kecewa dalam tiga perlawanan akhir Piala AFF dengan menghadiahkan kekalahan kepada skuad Gajah Perang di Stadium Raja­mangala malam ini.

Tidak memperlekehkan cabaran Thailand, jurulatih negara Dollah Salleh berkata, dia mengharapkan momentum kejayaan yang dicatatkan tiap kali beraksi di gelanggang luar mampu diteruskan.

Ditambah mendapat perkha­ba­ran ketua pasukan Shukor Adan ham­pir pasti dapat diturunkan se­te­lah laporan kecederaan di bahagi­an belakang tidak serius, Dollah semakin lega.

“Kami berharap dapat melakar sesuatu di sini sebagaimana di Vietnam walaupun tiada siapa menjangkakan kami boleh berbuat demikian.

“Sudah empat tahun kami tidak pernah menang ke atas Vietnam dan kali ini kami menang ke atas mereka di tempat sendiri. Keputusan itu sangat bermakna.

“Jadi bukan sesuatu yang mustahil untuk kami melakukannya di sini walaupun semua orang tahu Thailand cukup kuat,” katanya dalam sidang akhbar pengurus pasu­kan menjelang perlawanan akhir pertama semalam.

Menjelaskan situasi Shukor, Dollah berkata, pemeriksaan doktor pada awal pagi semalam mendapati pemain veteran berusia 35 tahun itu boleh beraksi menentang Thailand.

“Kami telah bawa Shukor ke hospital untuk menjalani pemeriksaan di bahagian belakang dan mendapati tiada sebarang masalah.

“Dia boleh beraksi dalam perlawanan esok (hari ini) dengan Thailand, begitu juga dengan Safee Sali.

“Bagi saya Shukor adalah nadi kepada pasukan kerana dia mampu memimpin pasukan dengan baik, begitu juga Indra Putra Mahayuddin yang bertindak selaku watak utama di jentera serangan,” kata­nya.

Berdasarkan laporan dari kem pasukan Thailand, penyerang Kirati Keowsombut serta pertahanan Adison Promrak mengalami kecede­raan dan tidak boleh diturunkan.

Safee, yang turut menghadiri sidang akhbar berkenaan, berkata dia dan rakan-rakan sepasukannya menghormati kekuatan Thailand yang menang dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan, namun tidak bermakna mereka gentar.

“Thailand memang sebuah pasu­kan yang baik kerana tidak pernah kalah dalam peringkat kumpulan.

“Tetapi kami mampu memberi tentangan sengit kepada mereka dalam aksi di peringkat kumpulan, jadi tidak mustahil kami boleh lakar sesuatu,” katanya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ulang-pencapaian-8232-di-hanoi-8211-dollah-1.37292#sthash.Zeg18sks.dpuf


P0LITIK : Tahaluf siyasi pakatan pembangkang terbatal

Haram jika Pas tinggalkan dasar perjuangan

RODELIO JUNJUN TAUCAN | 17 Disember 2014 1:50 AM


NASRUDDIN HASSAN

KUALA LUMPUR 16 Dis. - a hli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.

Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.

“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.

“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.

Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.

Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.

“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

“Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tahaluf-siyasi-pakatan-pembangkang-terbatal-1.37398#sthash.s90MfYEL.dpuf


The Sense, Credibility and Accountability: 33 orang PEMIKIR ISLAM VS 25 orang yang PERASAN 'T...

The Sense, Credibility and Accountability: 33 orang PEMIKIR ISLAM VS 25 orang yang PERASAN 'T...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Sebelum ini, ada beBERAPA orang 'AH-Beng' KRISTIAN ' EVANGELIST ' berSORAK apab...

Tuesday, 16 December 2014

CELAH GELEGAR: (NAJIB TIPU RAKYAT) Bekas Pengerusi SPR, TS Abdul ...

CELAH GELEGAR: (NAJIB TIPU RAKYAT) Bekas Pengerusi SPR, TS Abdul ...: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam mengge...

Alcatel Onetouch pilihan tepat berselfie

AHAD, 14 DISEMBER 2014 @ 8:36 AM

Oleh Mahanum Abdul Aziz


Alcatel Onetouch berada di pasaran dengan jualan 1,000 unit pertama disertakan pemegang berselfie percuma. - Foto Nurul Shafina Jemenon

TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd (TCT Mobile) melancarkan model terbaharu telefon pintar di bawah jenama Alcatel Onetouch bagi pasaran Malaysia, iaitu Alcatel Onetouch Flash.

Telefon pintar baharu itu dilengkapi kamera berprestasi tinggi iaitu kamera hadapan definisi tinggi (HD) penuh 5 megapixel dan kamera belakang HD penuh 13 megapixel serta mempunyai ciri penambah baik kecantikan pintar.

Ciri penambahbaikan itu menjadikan telefon pintar berkenaan pilihan terbaik kepada penggemar selfie kerana mereka tidak memerlukan aplikasi tambahan bagi mengedit foto kerana telefon itu sudah dipertingkatkan untuk memudahkan penggunaannya.

Pengurus Negara TCT Mobile Malaysia, KL Kong, berkata Alcatel Onetouch Flash akan berada di pasaran Semenanjung kelmarin, manakala di Sabah dan Sarawak esok.

Beliau berkata, model terbaharu itu dijual pada harga RM699 seunit yang dilengkapi penutup flip serta jaminan penjagaan skrin tambah nilai yang merangkumi penggantian skrin secara percuma (sekali saja) dalam tempoh 12 bulan selepas pembelian.

"Kami menawarkan promosi menarik dengan 1,000 unit pertama yang dijual, akan diberikan alat pemegang kamera untuk selfie secara percuma," katanya pada pelancaran model telefon pintar itu di Petaling Jaya baru-baru ini.

Jenama kelapan terkemuka

Kong berkata, TCT Mobile Malaysia berharap pelancaran Alcatel Onetouch Flash itu akan memantapkan lagi pertumbuhan jualan Alcatel di negara ini.

Beliau berkata, meskipun berdepan persekitaran mencabar, pihaknya yakin akan mencatatkan jualan yang baik bagi tahun ini.

"Dari segi prestasi, TCL-Alcatel kini menduduki tangga kelima di dunia dari segi penghantaran telefon pintar serta muncul buat pertama kali sebagai jenama telefon pintar kelapan terkemuka global.

"Kami juga muncul sebagai jenama kedua yang berkembang pantas dari segi penghantaran telefon pintar dan penguasaan pasaran dalam kalangan 10 jenama telefon pintar terkemuka dunia," katanya.

Kong berkata, pertumbuhan kukuh itu disumbangkan jualan telefon pintar di rantau Amerika, Eropah, Asia Barat dan Afrika.


Tablet mudah pegang

Kerangka dan paparan skrin yang lebih nipis

OLEH NOOR DIANA AZIS DIANA.AZIS@UTUSAN.COM.MY | 15 Disember 2014 12:59 PM


Tablet Fonepad 8 terbaharu ini menawarkan rekaan kerangka dan bahagian tepi skrin paparan lebih nipis.

SYARIKAT Asustek Computer Malaysia Sdn. Bhd. (ASUS) baru-baru ini telah memperkenalkan peranti tablet terbaharunya bagi pasaran Malaysia yang menawarkan peranti bersaiz 8 inci beserta yang dikuasakan pemproses Intel 64-bit.

Hadir dengan cip pemproses empat teras 64 bit Intel Atom Z3530 1.33 giga herz (Ghz), tablet Fonepad 8 terbaharu ini menawarkan rekaan kerangka dan bahagian tepi skrin paparan lebih nipis berbanding beberapa peranti sepertinya di pasaran.

Selain itu, bezelnya yang nipis dilihat mengurangkan penggunaan ruang tidak berguna agar saiz kekal kecil.

Ini memudahkannya dipegang sebelah tangan di samping paparan seluas lapan incinya menggunakan teknologi IPS dengan resolusi definisi penuh (HD) 1280×800 WXGA.

Menariknya, tablet ini turut dilengkapi dengan sokongan dua pembesar suara di bahagian hadapan dengan teknologi MaxxAudio.

Selain itu, ia turut dilengkapi kamera belakang 5 megapiksel (MP) dan kamera hadapan 2 MP dengan sokongan PixelMaster untuk menangkap gambar dalam suasana kurang cahaya dan lebih terang.

Dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.4 KitKat, peranti ini dilengkapi antara muka khusus daripada Asus yang dinamakan ZenUI.

Selain itu, ia mempuyai kapasiti storan 8 giga bait (GB).

Dengan ketebalannya hanya 8.9 milimeter dan seberat 310 gram, Fonepad 8 merupakan peranti terpendek bagi kategori tablet 8 inci dengan lebarnya pula hanya 12 sentimeter.

Dijual pada harga RM649, peranti tersebut kini boleh didapati di semua pengedar sah Asus seluruh negara dengan empat pilihan warna iaitu putih, hitam, merah dan emas.

Spesifikasi Fonepad 8

Pemproses: Empat teras 64-bit Intel Atom Z3530

Sistem operasi: Android 4.4 KitKat dengan Zen UI

Paparan: 8 inci

Kamera: 5 MP (belakang), 2 MP (depan)

Berat: 328 gram

Storan: 1 GB RAM

Warna: putih, hitam, merah dan emas

Harga: RM649

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/tablet-mudah-pegang-1.36705#sthash.xd6L4Urg.dpuf