Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 26 September 2014

SUKAN ASIA 2014 : Chong Wei umum Sukan Asia terakhir


Lee Chong Wei

INCHEON - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan melakukan apa saja untuk cuba mendapatkan kejuaraan pertama pada Sukan Asia selepas mengesahkan dia tidak akan beraksi lagi dalam temasya sukan terbesar di Asia itu.

Sejurus melangkah ke pusingan ketiga dengan menundukkan Umer Zeeshan dari Pakistan 21-14, 21-16 di Gimnasium Gyeyang semalam, Chong Wei mengumumkan selepas tiga kali beraksi di Sukan Asia sudah tiba masanya dia mengucapkan selamat tinggal.

"Saya tidak mungkin mampu bermain lagi empat tahun dari sekarang, umur saya sudah banyak ketika itu.

"Ini adalah Sukan Asia terakhir buat saya. Saya akan memberikan segalanya untuk cuba mencari keputusan terbaik," kata jaguh No. 1 dunia itu yang akan bertemu wakil India, Parupalli Kashyap di pusingan ketiga.

Chong Wei, yang bakal menyambut ulang tahun ke-32 pada 21 Oktober ini, sekadar meraih gangsa dalam penampilan sulung Sukan Asia di Doha 2006, sebelum meraih perak di Guangzhou 2010.

Rakan sepasukannya Chong Wei Feng gagal menyaingi kehebatan juara dunia Chen Long dari China apabila tewas mudah 7-21, 13-21.

Sementara itu, Goh V Shem-Lim Khim Wah terus menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat dalam acara beregu lelaki apabila melangkah ke suku akhir dengan menyingkirkan pasangan Thailand, Wannawat Ampunsuwan-Patiphat Chalardchalaem 21-19, 15-21, 21-15.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu bakal berdepan cabaran getir pilihan ketiga dari Jepun, Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo dalam usaha mencari tiket separuh akhir.

"Lawan kami esok lebih sukar. Pasangan Jepun sangat kuat dan berpengalaman, jadi kami kena beri yang lebih baik daripada hari ini jika mahu menang.

"Menggalas tugas sebagai beregu lelaki tunggal melayakkan diri ke suku akhir tidak memberi tekanan atau banyak perbezaan, kami hanya cuba memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan," kata V Shem. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140926/su_04/Chong-Wei-umum-Sukan-Asia-terakhir#ixzz3EP7QO06M  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Kesal tak dapat bantu Azizul


BERKONGSI KEMANISAN... Josiah Ng berkongsi kegembiraan bersama isterinya Kim Ong Suan selepas meraih pingat gangsa Sukan Asia menerusi acara keirin lelaki di Velodrom Antarabangsa Incheon semalam. - BERNAMA

INCHEON - Pelumba berbasikal trek negara, Josiah Ng menganggap pingat gangsa yang dimenangi dalam acara akhir keirin individu di Sukan Asia semalam diraih penuh emosi dan kontroversi.

Josiah yang meraih pingat itu selepas kemenangan tempat kedua rakan senegara Mohd. Azizulhasni Awang dibatalkan berkata, nasib tidak menyebelahinya untuk mendapatkan keputusan lebih baik dalam saingan akhir tersebut.

Katanya, dia telah cuba sedaya upaya untuk membantu Azizulhani berada di kedudukan terbaik namun cabaran diberikan oleh dua pelumba Jepun menyebabkan mereka terpaksa berpecah hingga ke garisan penamat.

"Pada perlumbaan tersebut cabaran berlaku antara kami (Malaysia) dengan pelumba dari Jepun namun apabila tiba di garisan penamat pelumba Iran memintas kedudukan kami.

"Inilah yang berlaku dalam perlumbaan apabila anda sedang bersaing akan ada pelumba lain yang mengambil kesempatan memintas kerana tidak diawasi dengan baik," katanya.

Dia seterusnya mengumumkan ini adalah penyertaan terakhirnya dalam Sukan Asia kerana memikirkan faktor usianya.

"Saya kini tidak lagi berada pada prestasi terbaik iaitu sebelum saya mengalami kemalangan dan apa yang saya pamerkan ketika ini tidak mencapai tahap tertinggi saya.

"Selepas ini saya mahu berehat dan bercuti bersama keluarga sebelum kembali menyertai latihan bersama skuad kebangsaan di Melbourne," katanya. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140926/su_03/Kesal-tak-dapat-bantu-Azizul#ixzz3EP5rBT3x  © Utusan Melayu (M) Bhd


SUKAN ASIA 2014 : Pingat Azizul kena tarik


Mohd. Azizulhasni Awang (dua dari kanan) memimpin perlumbaan diikuti oleh Kazunari Watanabe (kanan), Mohammad Daneshvarkhourram dan Josiah Ng (belakang) dalam acara keirin akhir di Velodrom Antarabangsa Incheon. - UTUSAN

INCHEON - Semalam adalah hari paling malang buat jaguh berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang apabila tempat kedua yang sepatutnya diraih dalam acara akhir keirin lelaki individu dibatalkan selepas tamat perlumbaan di Velodrom Antarabangsa Incheon.

Tempat kedua yang dimenangi Azizulhasni dibatalkan atas alasan dia telah menghalang laluan pelumba lain ketika menuju ke garisan penamat.

Pembatalan keputusan itu menyebabkan berlaku perubahan untuk kedudukan pelumba kedua dan ketiga yang menyaksikan seorang lagi pelumba negara Josiah Ng meraih pingat gangsa manakala pingat perak milik pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Pingat emas acara tersebut dimenangi pelumba Iran, Mohammad Daneshvarkhourram.

Pembatalan keputusan Azizulhasni itu menyebabkan pelumba tersebut terlepas sasaran untuk mengekalkan pingat emas dalam acara keirin yang diraih pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Katanya, dia akur dengan hukuman tersebut walaupun berpendapat keputusan itu tidak adil buatnya.

"Dalam perlumbaan tersebut berlaku persaingan antara saya dengan Watanabe dan pihak komisar telah melihat rakaman video dan mendapati saya serta pelumba Jepun tersebut bersalah dan perlu dibatalkan penyertaan.

"Bagaimanapun, selepas perkara tersebut dirujuk kepada ketua komisar lain pula jadinya dan keputusan lain dikeluarkan iaitu hanya saya sahaja disingkirkan.

"Bagi saya memang tidak adil tetapi jurulatih telah menasihatkan saya agar menerima keputusan tersebut kerana telah diputuskan oleh ketua komisar," katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan semalam.

Katanya lagi, dia mahu berehat dan tidak mahu terlalu memikirkan keputusan pada Sukan Asia kali ini.

"Saya akan berehat bersama keluarga selepas menjalani persiapan yang amat panjang untuk Sukan Asia.

"Selepas ini juga saya akan cuba untuk mendapatkan jumlah mata yang lebih baik pada kejohanan Piala Dunia bulan November ini bagi mendapatkan tempat ke Sukan Olimpik 2016," katanya.

Sementara itu, dalam saingan akhir pecut individu wanita menyaksikan pelumba negara, Fatehah Mustapa hanya mampu menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas 0-2 kepada Lin Junhong dari China. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140926/su_02/Pingat-Azizul-kena-tarik#ixzz3EP4GOI3D
© Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Vivian, Khe Wei pahat sejarah


Woon Khee Wei (kiri) dan Vivian Khoo melompat untuk membalas pukulan beregu Macau dalam perlawanan suku akhir di Gimnasium Gyeyang, Incheon semalam. - UTUSAN

INCHEON - "Apa... sudah 44 tahun Malaysia tidak pernah menang pingat beregu wanita? Wow... sangat lama, saya tidak tahu hendak kata apa."

Itu reaksi spontan Vivian Hoo-Woon Khe Wei sejurus diberitahu mereka melakar sejarah muncul pasangan badminton wanita pertama Malaysia meraih pingat pada Sukan Asia selepas 44 tahun dengan melangkah ke separuh akhir semalam.

Kejayaan menempatkan diri di peringkat empat terbaik mengesahkan sekurang-kurangnya gangsa dalam genggaman, namun juara Sukan Komanwel Glasgow itu mampu menghadiahkan pingat lebih baik sekiranya berjaya memenangi saingan separuh akhir hari ini.

Semalam, Vivian-Khe Wei beraksi dalam keadaan cukup tegang sebelum menumpaskan pasangan Macau, Wang Rong-Zhang Zhibo 21-15, 19-21, 21-19 dalam pertarungan suku akhir yang berlangsung selama 55 minit di Gimnasium Gyeyang.

Kemenangan tersebut membolehkan juara Sukan SEA 2013 itu menjadi penyumbang pingat pertama negara dalam beregu wanita sejak kali terakhir Rosalind Ang-Teoh Siew Yong melakukannya di Bangkok pada 1970 apabila meraih gangsa.

"Saya tidak tahu bahawa kita sudah terlalu lama tidak memenangi pingat dalam acara beregu wanita pada Sukan Asia, malah tidak memikirkan tentangnya ketika datang ke sini.

"Saya sangat gembira berjaya mencipta satu lagi sejarah buat Malaysia, namun cabaran kami belum berakhir kerana masih ada perlawanan yang perlu diharungi esok," kata Khe Wei pula.

Vivian, 24, mengakui, selepas mengejutkan pasangan handalan China, Yu Yang-Wang Xiaoli 17-21, 21-11, 22-20 kelmarin, mereka memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri apabila berdepan beregu Macau kerana terlalu ingin mencari tiket ke separuh akhir.

Kata Vivian, biarpun keyakinannya dan Khe Wei semakin meningkat selepas mengalahkan bekas juara dunia, Yu Yang-Xiaoli di pusingan kedua, namun pertemuan dengan pilihan utama dari Jepun, Ayaka Takahashi-Misaki Matsumoto hari ini adalah situasi yang sama sekali berbeza.Sementara itu, cabaran Malaysia dalam perseorangan wanita berakhir selepas pemain remaja berusia 19 tahun, Yang Li Lian tewas 16-21, 13-21 kepada pemain tuan rumah, Sung Ji-Hyun.

Dua beregu campuran negara, Chang Peng Soon-Ng Hui Lin dan Lim Khim Wah-Lim Yin Loo juga tersingkir awal.

Peng Soon-Hui Lin tumpas 15-21, 21-6, 15-21 kepada beregu Singapura, Danny Bawa Chrisnata-Vanessa Neo, manakala Khim Wah-Yin Loo ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Cheng Wen Hsing setelah tumpas 19-21, 19-21. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140926/su_01/Vivian-Khe-Wei-pahat-sejarah#ixzz3EO2Z4Vq8  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Exco: Sultan tidak perkenan?

Oleh ZABRY MOHAMAD dan ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM 25 Sept. - Senarai calon barisan Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, dipercayai belum mendapat perkenan daripada baginda.

Ini kerana sehingga malam ini, perbincangan di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan masih berjalan berhubung pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu itu.

Malah Mohamed Azmin dalam akaun Twitter miliknya turut mengakui laporan media berhubung pembahagian komposisi barisan Exco kerajaan negeri iaitu 4-3-3 adalah tidak tepat.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya dalam akaun Twitter lewat petang ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi mengesahkan pihak istana belum memuktamadkan senarai calon Exco kerajaan negeri yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin.

Menurutnya, perkara itu mungkin hanya dapat diselesaikan pagi esok sebelum majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri dijadual pada sebelah petang.

Mohamed Azmin hari ini menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 3 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon Exco kerajaan negeri yang baharu di Istana Mestika di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu telah mempersembahkan 10 nama untuk dipertimbangkan dan diperkenankan oleh baginda sebagai Exco kerajaan negeri.

Sebaik sahaja keluar dari pekarangan istana tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak media bahawa komposisi 4-3-3 barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini iaitu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, tiga ADUN PKR dan tiga lagi daripada DAP akan dikekalkan.

Bagaimanapun, kira-kira empat jam kemudian, beliau menyatakan dalam Twitter bahawa laporan media berhubung pengagihan kuota Exco terbabit adalah tidak tepat.

Mohamed Azmin dikatakan berdepan dilema untuk melantik barisan Exco kerajaan negeri ekoran wujud suara-suara daripada pemimpin PKR sendiri supaya kerusi Exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kepada tindakan bekas empat Exco parti Islam itu sebelum ini yang menyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DAP sendiri menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terang-terangan turut melabelkan empat Exco Pas iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi yang menyokong Abdul Khalid sebelum ini sebagai pengkhianat kerana mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam pakatan pembangkang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140926/po_04/Exco-Sultan-tidak-perkenan#ixzz3ENtd8ekV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PRK PENGKALAN KUBOR : Barisan Nasional menang besar


Muhyiddin Yassin menjulang tangan Mat Razi Mat Ail (tiga dari kiri) sebagai meraikan kemenangan di Pusat Pengiraan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan, semalam. Turut kelihatan Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan).

TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut selepas mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Kemenangan itu juga adalah hadiah paling bermakna kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyambut hari lahirnya yang ke-64 hari ini.

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.

Jumlah undi rosak mencatatkan penurunan iaitu 230 undi berbanding 344 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13.

Malah, BN berjaya mencatatkan kemenangan di sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berjaya menembusi dua kubu kuat Pas di PDM Ketil serta Tujoh.

Jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini menurun iaitu hanya 73 peratus atau 17,555 pengundi berbanding 78.94 peratus pada PRU lalu.

Peratusan keluar mengundi menurun kerana dikatakan kebanyakan pengundi luar tidak pulang hari ini kerana mahu menunggu cuti umum Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Pengumuman keputusan PRK itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini pukul 9 malam ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di China pada 20 Ogos lalu.

Kawasan tersebut mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

Pada PRU-13, Noor Zahidi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Terdahulu, Mat Razi yang berjubah gumbang dengan tenang ditemani isteri menunaikan tanggujawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan Simpangan di sini pada pukul 8 pagi.

Calon Pas, Wan Rosdi mengundi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Kemenangan BN itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej Pas negeri ini kerana mereka beria-ia mahu mengambil semula kerusi DUN tersebut daripada PKR.

Pas menganggap kawasan Parlimen Tumpat yang turut mengandungi Pengkalan Kubor adalah kubu kuat mereka disebabkan prestasi cemerlang di tiga lagi kawasan iaitu Kelaboran, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan pada pilihan raya umum sebelum ini.

Biarpun kemenangan BN tidak memberikan impak kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana tidak menjejaskan jumlah kerusi dalam sidang DUN namun ia membawa manfaat yang besar untuk rakyat.

Agenda yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi akan dapat diteruskan oleh Mat Razi untuk membangunkan kawasan yang bersempadan dengan pekan Tak Bai, Thailand itu.

Keputusan itu juga membuktikan isu royalti minyak yang dibawa secara agresif oleh Pas kali ini tidak memberikan sebarang kesan malah rakyat memberikan isyarat bahawa mereka sudah muak dengan retorik tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140926/po_01/Barisan-Nasional-menang-besar#ixzz3ENjTFr00   © Utusan Melayu (M) Bhd 



The Sense, Credibility and Accountability: KUNCI keMENANGan UMNO/BN dalam PILIHANRAYA yang cu...

The Sense, Credibility and Accountability: KUNCI keMENANGan UMNO/BN dalam PILIHANRAYA yang cu...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Inilah KUNCI keMENANGan kepada UMNO pada PRK DUN Pengkalan Kubor HARI ini.. 1) PENAMPILAN ...

Thursday, 25 September 2014

SUKAN ASIA 2014 : Zulmazran kempunan pingat boling


Zulmazran Zulkifli

INCHEON - Harapan untuk melihat kilauan pingat Sukan Asia negara diraih di gelanggang bo-ling tidak kesampaian biarpun Zulmazran Zulkifli menggungguli saingan blok pertama acara perseorangan lelaki di Gimnasium Anyang Hogye semalam.

Zulmazran pada awalnya dilihat mampu menambah koleksi pingat kontinjen negara selepas menamatkan blok pertama di kedudukan teratas dengan 1,298 jatuhan pin.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Zulmazran apabila dia dipintas oleh dua atlet dari Thailand dan seorang pemain China yang beraksi pada blok kedua di sebelah petang, menyebabkan dia merosot ke tempat keempat keseluruhan.

"Keputusan itu sangat menya-kitkan bagi saya terutama apabila anda tidak dapat untuk berbuat apa-apa ketika pemain di blok kedua meraih jumlah jatuhan pin yang tinggi.

"Saya juga tidak menjangka Thailand akan memenanginya dan ini satu kejutan namun bagi saya siapa pun yang meraih pingat dia adalah seorang yang hebat," katanya kepada pemberita selepas tamat persaingan semalam.

Pingat emas dimenangi oleh Yannaphon Larp Apharat dari Thailand yang meraih 1,319 jatuhan pin dan pingat perak milik Du Jianchao dari China yang membuat 1,300 jatuhan pin.

Rakan senegara Yannaphon, Sithiphol Kunaksorn pulang dengan pingat gangsa selepas mengumpul 1,299 jatuhan pin, satu mata mengatasi Zulmazran.

Sementara itu, Zulmazran memberitahu ini adalah keputusan terbaik pernah diraihnya dalam acara perseorangan lelaki dan berharap mampu meneruskan kecemerlangan dalam acara berpasukan.

"Setakat ini saya masih lagi berpuas hati dengan prestasi semasa kerana jika dilihat aksi saya dalam Sukan Asia sebelum ini agak kurang memberansangkan terutama dalam acara perseorangan namun kali ini nampak peningkatan positif.

"Selepas ini saya harap berpasukan lelaki dapat mempertahankan pingat emas berpasukan kerana seperti yang semua tahu Malaysia amat hebat dalam acara itu," kata Zulmazran. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140924/su_08/Zulmazran-kempunan-pingat-boling#ixzz3EI8t66Fp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Tuah 'senapang rosak'


MUSLIFAH Zulkifli terhutang budi kepada persatuan menembak di Incheon yang membantu memperbaiki senapangnya. - AGENSI

INCHEON - "Saya hampir saja tak dapat beraksi hari ini (semalam) kerana senapang rosak.

"Saya ingat cabaran saya di Sukan Asia sudah berakhir apabila usaha untuk memperbaikinya pada awalnya tidak berjaya.

"Memang panik sekejap, tetapi pegawai daripada persatuan menembak Incheon sangat membantu. Mereka mencari alat ganti untuk senapang saya dan alhamdulillah semalam (kelmarin) berjaya diperbaiki dan saya boleh bertanding.

"Mungkin senapang rosak bawa tuah hari ini. Saya membantu pasukan memenangi gangsa dan ini kejayaan yang cukup manis," kata Muslifah Zulkifli ketika menceritakan mengenai detik cemas yang dilalui sebelum menghadiahkan gangsa dalam acara 50 meter rifle prone wanita.

Penembak berusia 27 tahun itu juga memberitahu, dia terlepas sesi latihan sebaik saja tiba di Incheon dan hanya berpeluang berlatih pada sehari sebelum pertandingan, itu pun bersama penembak lelaki.

Muslifah bernasib baik kerana salah seorang juri di temasya berkenaan iaitu Tan Hock Huat yang berasal dari Malaysia mempunyai hubungan baik dengan persatuan menembak tempatan, yang telah memberi pelbagai bantuan, termasuk membekalkan peluru.

"Saya rasa semua orang di lapangan ini kenal saya... oh ini dia penembak yang senapangnya rosak.

"Keadaan memang cemas sekejap sebab mula-mula mereka tengok senapang saya, mereka tidak tahu apa punca kerosakan dan tidak dapat membantu.

"Encik Tan minta tolong rakannya daripada persatuan menembak di Incheon, mereka sangat-sangat membantu dan saya terhutang budi kepada mereka," katanya lagi.

Mujurlah gangguan yang tidak diduga itu tidak menganggu fokus Muslifah untuk melakukan bidikan yang baik di Lapang Sasar Ongnyeon. Dia mencatat 618.3 mata untuk menduduki tangga ke-10 individu, catatan yang cukup untuk membantu pasukan negara meraih gangsa.

Selain Muslifah, trio gangsa Malaysia dianggotai oleh pemenang pingat perak individu, Nur Suryani Mohamed Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_10/Tuah-senapang-rosak#ixzz3EI74gopQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Anak buah Nasihin raih kemenangan sulung


Pemain-pemain negara meraikan kejayaan selepas menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Seonhak, Incheon dalam saingan Kumpulan A acara hoki wanita semalam. - UTUSAN

INCHEON - Selepas tewas tipis kepada China kelmarin skuad hoki wanita kebangsaan bangkit untuk meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Seonhak semalam.

Kemenangan dalam saingan kedua peringkat Kumpulan A itu membolehkan skuad bimbingan Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim berada di landasan untuk merealisasikan sasaran mara ke separuh akhir.

Ketua pasukan Nadia Abdul Rahman berkata, rakan sepasukannya telah melaksanakan tugas dengan baik dan perlu meraih kemenangan ke atas India Jumaat ini andai mahu mencapai sasaran ditetapkan.

"Kami telah melakukan yang terbaik buat pasukan cuma tidak dapat membuat jaringan besar ke atas Thailand.

"Selepas ini kami perlu meningkatkan keupayaan pasukan terutama pada jentera serangan apabila menentang India," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia memulakan saingan dengan gerakan tersusun terutama ketika melancarkan serangan di kawasan D lawan.

Gol pertama negara diraih menerusi Fazilla Sylvester Silin pada minit ke-24 hasil jaringan pukulan sudut penalti.

Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila menambah jaringan pada minit ke-27 menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengna baik oleh Siti Noor Amarina Ruhani.

Gol tunggal Thailand hadir pada minit ke-53 hasil gol padang Tikhamporn Sakunpithak. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_07/Anak-buah-Nasihin-raih-kemenangan-sulung#ixzz3EI5TFzjj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Boon Heong tarik diri




INCHEON - Misi Malaysia untuk memenuhi sasaran pingat perak yang diletakkan ke atas bahu beregu lelaki menerima tamparan selepas pasangan Tan Boon Heong-Hoon Thien How terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia XVII akibat kecederaan.

Begitupun harapan negara masih diteruskan oleh juara Sukan Komanwel, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang melangkah ke pusingan kedua dengan mengejutkan pasangan No. 6 dunia, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin.

Kecederaan paha yang dialami Boon Heong beberapa hari sebelum tiba di Incheon menjadi bertambah teruk ketika dia berdepan Liu Xiaolong-Qiu Zihan dari China, menyebabkan juara 2006 itu terpaksa menarik diri hanya selepas enam minit berada di gelanggang.

Menurut jurulatih beregu negara, Pang Cheh Chang, doktor dan fisioterapi kontinjen negara menasihatkan Boon Heong supaya tidak meneruskan permainan kerana enggan keadaan menjadi bertambah buruk.

"Ini sesuatu yang malang buatnya kerana mengalami kecederaan pada waktu yang tidak kena, tetapi apa boleh buat...perkara ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh elakkan," kata Cheh Chang.

Begitupun V Shem-Wee Kiong menyalakan harapan Malaysia untuk mencari pingat dalam saingan beregu selepas dipaksa berhempas pulas untuk menang 15-21, 21-12, 22-20.

Gandingan muda negara itu akan berdepan pasangan Thailand, Wannawat Ampunsuwan-Patiphat Chalardchalaem pada pusingan kedua hari ini.

"Saya tidak mahu mereka (V Shem-Wee Kiong) terlalu memikirkan tentang tanggungjawab berat yang harus digalas. Tumpukan saja kepada permainan dan ambil setiap perlawanan satu demi satu," ujar Cheh Chang lagi. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_04/Boon-Heong-tarik-diri#ixzz3EI3di2ca
© Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Akibat silap pilih gear


Mohd. Azizulhasni Awang dipintas oleh Bao Saifei dalam perlumbaan merebut pingat gangsa acara sprint lelaki di Velodrom Antarabangsa Incheon semalam. - UTUSAN

INCHEON - Kesilapan membuat pilihan gear menjadi punca pelumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang terlepas peluang menghadiahkan pingat dalam acara pecut individu lelaki Sukan Asia 2014 di Velodrome Antarabangsa Incheon semalam.

Azizulhasni mula membuat kesilapan yang menjerat dirinya itu di separuh akhir yang menyaksikan dia tewas 0-2 kepada Kawabata Tomoyuki dari Jepun, dan mengulanginya ketika kalah 1-2 kepada pelumba dari China, Bao Saifei dalam perebutan pingat gangsa kemudian.

Azizulhasni berkata, jurulatihnya John Beasley juga sukar untuk membuat percaturan tepat berhubung penggunaan gear kerana keadaan angin yang tidak menentu.

"Saya amat kecewa dengan keputusan ini kerana memang sasaran awal adalah untuk mendapatkan pingat dalam acara ini dan mahu menghadiahkannya kepada anak saya.

"Analisis mendapati kekalahan mungkin disebabkan penggunaan gear yang tidak tepat kerana dalam perlumbaan tadi saya menggunakan gear 49-13, sepatutnya saya gunakan gear 50-13.

"Bagaimanapun, kami perlu menerima ini semua kerana berlumba di trek terbuka sebegini dengan angin yang kuat menyukarkan jurulatih untuk menentukan gear yang tepat," katanya selepas tewas kepada Saifei.

Pingat emas pecut individu lelaki diraih oleh pelumba dari Jepun, Nakagawa Seiichiro yang menewaskan Tomoyuki dalam perlumbaan akhir.

Sementara itu, pelumba basikal wanita negara, Fatehah Mustapa yang berjaya melepasi saingan suku akhir pecut individu berharap dapat melakukan kejutan ke atas pelumba dari China, Zhong Tianshi yang akan ditemuinya di separuh akhir hari ini.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan di trek sebegini, tambahan pula angin di sini kadang-kala kuat.

"Saya belum pernah berlumba dengan dia (Tianshi) dalam acara individu. Kami pernah bertemu dalam saingan keirin sahaja," kata Fatehah. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_03/Akibat-silap-pilih-gear#ixzz3EI2Gv5oB
© Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Vivian, Khe Wei nak pecah badi 44 tahun


Woon Khee Wei (kiri) membalas pukulan sambil diperhatikan oleh Vivian Khoo ketika menentang pasangan Taiwan pada sebelah pagi semalam sebelum mengejutkan Yu Yang-Wang Xioli dalam perlawanan sebelah petang untuk mara ke suku akhir. - AFP

INCHEON - Tidak sampai sebulan selepas membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel, Vivian Khoo-Woon Khe Wei mengintai untuk melakar sejarah muncul beregu wanita pertama negara meraih pingat Sukan Asia dalam tempoh 44 tahun selepas mengejutkan bekas juara dunia, Yu Yang-Wang Xiaoli untuk mara ke suku akhir semalam.

Vivian-Khe Wei tidak diberi harapan ketika turun ke gelanggang di Gimnasium Gyeyang kerana lawan yang ditentang adalah juara dunia 2013 dan naib juara tahun ini, namun pasangan No. 19 dunia itu mengetepikan rasa gemuruh untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-11, 22-20 dalam masa 55 minit.

Juara Sukan SEA 2013 itu memiliki peluang yang baik untuk mencari tiket ke separuh akhir kerana lawan yang bakal ditentang hari ini adalah gandingan Macau, Wang Rong-Zhang Zhibo yang mengejutkan pilihan keempat, Chang Yena-Kim Soyeong dari Korea Selatan 21-17, 21-18.

Jika Vivian-Khe Wei melangkah ke separuh akhir, bermakna gangsa sudah dalam genggaman dan itu tetap menjadi satu sejarah buat badminton wanita negara.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam beregu wanita pada Sukan Asia adalah menerusi Rosalind Ang-Teoh Siew Yong di Bangkok 1970. Gangsa pertama acara berkenaan pula diraih Tan Gaik Bee-Ng Mei Ling di Jakarta 1962.

"Ini adalah kali pertama saya menewaskan pasangan utama dunia dalam mana-mana kejohanan. Ini memang mengujakan tetapi kami tidak mahu terlalu terbawa-bawa kerana persaingan masih di peringkat awal.

"Hari ini, saya rasa pasangan China bermain di bawah tekanan dan melakukan banyak kesilapan, sedangkan kami lebih sabar dan melakukan serangan," kata Vivian, yang tewas 12-21, 17-21 kepada Yu Yang-Wang Xiaoli pada Terbuka Hong Kong 2012.

Vivian-Khe Wei pernah mengalahkan beregu No. 97 dunia, Rong-Zhibo 21-17, 21-18 dalam satu-satunya pertemuan mereka di Terbuka Macau pada 2011.

"Berjumpa pasangan Macau sudah tentu lebih bagus daripada menentang beregu Korea, tetapi kita tidak boleh cakap ia adalah perlawanan yang mudah. Mereka telah menewaskan pasangan Korea, itu bermakna mereka bermain dengan bagus," ujar Vivian lagi.

Satu lagi beregu negara, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho bagaimanapun gagal meneruskan cabaran selepas kalah 27-29, 16-21 kepada pasangan Thailand, Sapsiree Taerattanachai-Puttita Supajirakul.

Cabaran perseorangan wanita, Tee Jing Yi juga berakhir selepas kalah 14-21, 16-21 kepada Akane Yamaguchi, manakala Yang Li Lian melangkah ke pusingan kedua selepas Maisa Fathuhulla Ismail dari Maldives menarik diri. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_02/Vivian-Khe-Wei-nak-pecah-badi-44-tahun#ixzz3EI113W8o  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Nur Suryani tembak dua pingat


Nur Suryani Mohamed Taibi (kanan) bersama Muslifah Zulkifli (kiri) dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim tersenyum di pentas penerimaan pingat selepas mereka merangkul gangsa acara 50m rifle prone di Incheon semalam. - AGENSI

INCHEON - Nur Suryani Mohamed Taibi mempunyai banyak sebab untuk berasa sangat gembira dengan kejayaan menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara menembak 50 meter rifle prone Sukan Asia XVII semalam.

Pertama, kejayaan tersebut dilakar pada sambutan hari jadi ke-32. Kedua, itu adalah pingat perak pertama Malaysia dalam acara menembak selepas 28 tahun dan ketiga, catatan Nur Suryani menyamai rekod peribadi terbaiknya 620.6 mata dan keempat, dia turut melakar sejarah membantu Malaysia memenangi gangsa acara berpasukan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Sukan Asia skuad menembak membawa pulang dua pingat daripada satu temasya, dan yang lebih menariknya, Nur Suryani dan rakan-rakannya masih berpeluang memperbaiki catatan kerana akan beraksi dalam acara rifle 3 posisi esok.

Tidak diberi sebarang harapan ketika turun di Lapang Sasar Antarabangsa Ongnyeon, Nur Suryani bagaimanapun melakar kejutan besar apabila membidik perak dengan 620 mata, empat mata di belakang penembak Mongolia, Narantuya Chuluunbadrakh yang turut melakar sejarah meraih emas buat negaranya.

Gangsa menjadi milik penembak tuan rumah, Eum Bitna, manakala dua lagi penembak negara Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim masing-masing menamatkan cabaran di tangga ke-10 dan 21 menerusi 618.3 serta 614.7 mata.

Kombinasi 1,853 mata yang dikumpul oleh Nur Suryani, Muslifah dan Nur Ayuni Farhana kemudian menyumbang gangsa. Emas dimenangi pasukan Korea Selatan dengan 1,855.5, manakala perak milik China dengan 1,854.1 mata.

"Saya ada banyak sebab untuk berasa sangat gembira hari ini. Hari ini adalah hari jadi saya dan kejayaan ini sangat istimewa.

"Saya juga diberitahu, ini adalah pingat perak pertama Malaysia selepas 28 tahun. Gembira dapat menyumbangkan pingat buat negara pada Sukan Asia dan lebih menggembirakan lagi kami turut meraih gangsa dalam acara berpasukan.

"Sebelum turun ke lapangan, saya tidak memikirkan langsung tentang mencipta rekod atau mencari pencapaian terbaik, malah saya tidak letak sasaran, apatah lagi prone bukan acara kegemaran saya dan ada ramai penembak bertaraf dunia berentap bersama saya hari ini.

"Tetapi jika sudah rezeki, tidak ke mana.

"Saya telah menebus kekecewaan dalam acara 10m air rifle dan sekarang saya mahu balik berehat sebelum kembali berlatih kerana cabaran saya belum berakhir. Masih ada acara yang perlu ditandingi," ujar Nur Suryani, yang popular di Sukan Olimpik London 2012 kerana beraksi dalam keadaan mengandung.

Pada temasya di Guangzhou empat tahun lalu, Nur Suryani mencipta rekod bergelar penembak wanita pertama Malaysia meraih pingat Sukan Asia selepas meraih gangsa dalam 10m air rifle. Malangnya, dia gagal ke saingan akhir Isnin lalu apabila sekadar menduduki tangga ke-11.

Penembak kelahiran Perak itu mengakui, kegagalan dalam acara kegemarannya amat mengecewakan, namun dia tidak berputus asa dan bertekad untuk bangkit, tetapi sasarannya lebih kepada saingan rifle tiga posisi dan bukan rifle prone.

"Dalam rifle tiga posisi, kami lebih mensasarkan kepada acara berpasukan," kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu.

Kombinasi Ally Ong, Edmond Uong, Stanley Lim dan Yap Pow Thong menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia pada Sukan Asia dengan menghadiahkan gangsa dalam acara skeet di Tehran 1994, sebelum Peter Lim meraih perak trap di Seoul 1986. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_01/Nur-Suryani-tembak-dua-pingat#ixzz3EHzqiqzn  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Faekah pertahan tindakan Khalid pecat Anwar



Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 24 Sept. - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan Perbadanan Menteri Besar (MBI) menutup pejabat dan menamatkan khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin berkata, hal demikian kerana, arahan tersebut diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya menerima arahan penutupan tersebut setelah MMKN memutuskan perkara itu Isnin lalu memandangkan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor terletak di bawah kelolaan MBI sejak diwujudkan pada 2009.

"Saya dapat arahan daripada MMKN mengenai penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Keputusan penutupan itu dibuat oleh MMKN dan MBI hanya melaksanakan arahan termasuk membuat pengumuman sebelum ini.

"Tidak timbul soal tutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada saat akhir (pentadbiran Menteri Besar dahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Faekah diminta mengulas kenyataan Azmin selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu semalam yang mengkritik tindakan Abdul Khalid memecat Anwar daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Kelmarin, Faekah mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Faekah menambah, berdasarkan arahan MMKN, pihaknya dimaklumkan bahawa keputusan itu dibuat atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri melibatkan perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah kos yang telah ditanggung kerajaan negeri bagi menampung operasi pejabat tersebut selain menolak sebarang andaian pihak tertentu kononnya mempunyai kaitan dengan tarikh akhir pentadbiran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebelum ini.

"Selain mengurangkan kos tidak mustahak, saya dimaklumkan bahawa keputusan MMKN itu turut mengambil kira pertindihan tugas antara Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dengan agensi pelaburan kerajaan negeri, iaitu Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) sebelum ini," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_04/Faekah-pertahan-tindakan-Khalid-pecat-Anwar#ixzz3EHxm0s9u  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Barisan Exco: Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini


MOHAMED Azmin Ali bersalaman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi pada hari pertama beliau memulakan tugas rasmi sebagai menteri besar di tingkat 21 Bangunan SUK di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 24 Sept. - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mendapatkan perkenan bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu.

Azmin berkata, buat masa ini barisan Exco belum diputuskan dan perbincangan sedang berjalan antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP.

Menurutnya, beliau berharap proses pemilihan itu dapat diselesaikan hari ini sebelum menghadap Sultan Selangor esok.

"Sekarang kita sedang meneliti barisan Exco baharu dan saya telah pun memulakan perbincangan semalam dan akan disusuli pertemuan kedua dengan pimpinan pakatan pembangkang petang ini.

"Saya akan bincang dengan mereka untuk membentuk pasukan Exco baharu yang terdiri daripada 10 orang kerana empat telah pun meletak jawatan semalam," katanya ketika ditemui sebelum menghadiri taklimat pertama bersama ketua-ketua jabatan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Azmin yang memulakan tugas rasmi Menteri Besar hari ini tiba di bangunan berkenaan pada kira-kira pukul 7.45 pagi dengan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Beliau kemudiannya mengadakan perbincangan awal dengan Mohamed Khusrin tentang tugas-tugas Menteri Besar sebelum menghadiri majlis taklimat bersama ketua-ketua jabatan.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR secara rasminya menjadi Menteri Besar ke-15 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, semalam.

Azmin dalam pada itu turut mengesahkan majlis angkat sumpah barisan Exco baharu akan diadakan Jumaat ini.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga enggan mengulas lanjut mengenai pemilihan Exco baharu dan berkata segala keputusan terletak pada Azmin selaku menteri besar.

"Itu bidang kuasa menteri besar, jadi kita kena beri keyakinan, kepercayaan kepada dia untuk berunding dengan ketua parti-parti dan kemudian terbuka untuk perkenan Tuanku Sultan," katanya.

Mengenai desas-desus permintaan PKR untuk mendapatkan lebih dari tiga kuota di dalam barisan Exco, Anwar berkata: "dia ada sepuluh...(kuota)".

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_03/Barisan-Exco-Azmin-menghadap-Sultan-Selangor-hari-ini#ixzz3EHvCvLe8  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PRK PENGKALAN KUBOR : SPR umum keputusan 9 malam _ SELAMAT MENGUNDI


Petugas SPR membuat persiapan terakhir di Pusat Semakan Isi Peti Undi di MRSM Tumpat, semalam.

TUMPAT 24 Sept. - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diketahui seawal pukul 7 petang esok.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pengumuman rasmi keputusan itu pada pukul 9 malam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pengumuman itu dilewatkan bagi menghormati waktu solat Maghrib dan Isyak kerana kebanyakan penduduk di negeri ini berada di masjid pada waktu tersebut.

"Kita yakin keputusan itu diperoleh lebih awal memandangkan jarak antara pusat mengundi dengan pusat penjumlahan undi adalah dekat antara satu sama lain.

"Pengiraan undi akan dibuat sebaik sahaja pusat mengundi ditutup. Jika tiada sebarang masalah, kita jangka keputusan tidak rasmi boleh diketahui seawal pukul 7 petang kerana di sini hanya ada 45 saluran mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau persiapan akhir hari pengundian PRK DUN Pengkalan Kubor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, hari ini.

DUN Pengkalan Kubor terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan pusat penjumlahan undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini.

Esok sebanyak 23,929 pemilih berdaftar di DUN Pengkalan Kubor akan mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu selepas penyandang terdahulu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika mendapat rawatan kanser di China, 20 Ogos lalu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Ditanya mengenai peratusan keluar mengundi, Abdul Aziz berkata, SPR menyasarkan 70 peratus pengundi berdasarkan trend dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya tentang larangan berkempen selepas pukul 12 tengah malam ini.

"Parti-parti politik juga diingatkan tidak mendirikan barong atau pondok panas berhampiran pusat mengundi pada hari pengundian esok, kerana pihak SPR telah menyediakan barong bagi tujuan penyemakan status mengundi di semua pusat mengundi.

"Selain itu, aktiviti merayu dan meraih undi pada hari pengundian esok juga dilarang sama sekali dan mereka yang melanggar peruntukan itu boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya," kata beliau.

Beliau mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan dan memastikan saluran mengundi masing-masing terlebih dahulu selain tidak memakai pakaian mempunyai parti politik semasa hari mengundi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_02/SPR-umum-keputusan-9-malam#ixzz3EHtV0pen  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Azmin terus dikawal - Dr. Mahathir

Oleh FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang@utusan.com.my

DR. MAHATHIR Mohamad bersama Pengerusi Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan (tengah) dan Rakan Pengurusan Negara merangkap Ketua Kewangan Islam Ernst & Young Malaysia, Datuk Abdul Rauf Rashid pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan mengubah banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri itu apabila beliau dijangka terus dikawal oleh pemimpin tertentu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Azmin akan masih dikawal walaupun tidak sama seperti yang berlaku kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"'Remote control' berubah sedikit sebanyak, mungkin tidak sama seperti yang berlaku kepada Wan Azizah, tetapi beliau (Azmin) akan masih dikawal.

"Jadi, saya harap Azmin akan menjadi diri beliau sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dalam Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, adalah lebih baik jika ada pemimpin lain dalam PKR yang mampu menggantikan tempat Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hal demikian kerana Anwar telah membawa banyak masalah kepada pelbagai pihak sejak beliau menyertai UMNO lagi.

"Bagus jika ada sesiapa yang dapat mengganti Anwar. Anwar sertai UMNO, berlaku masalah. Masuk pakatan pembangkang turut berlaku masalah. Ke mana-mana beliau pergi akan berlaku masalah.

"Jadi, jika ada orang yang boleh ganti tempat Anwar, itu merupakan perkara yang baik," jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, pemimpin masa kini perlu menguasai pelbagai bidang jika mahu mentadbir negara dengan baik.

"Pemimpin dahulu hanya perlu menguasai bidang politik sahaja, tetapi sekarang mereka perlu juga menguasai bidang ekonomi dan kewangan," jelasnya.

Tambah beliau, setiap pemimpin juga perlu mengenal pasti dan memahami sesuatu isu terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan pelbagai masalah.

"Perkara pertama, mereka perlu mengenal pasti dan memahami sesuatu isu yang menjadi punca kepada berlakunya masalah. Ini kerana masalah tidak berlaku tanpa sebab," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_01/Azmin-terus-dikawal---Dr-Mahathir#ixzz3EHrQ3icJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 




POLITIK : Misteri MB Azmin: Langkah 2A, kisah 2 Tan Sri dan RM3.2b


Oleh Zaini Hassan

RAMAI yang terkejut Langkah Kajang berakhir dengan Azmin dan bukannya Azizah sebagai MB Selangor.

Bagi sesiapa yang mengetahui 'keakraban' Anwar-Azmin memang daripada awal menjangkakan sebenarnya Langkah-2A adalah untuk Azmin.

Begitu kelicikan politik Anwar-Azmin yang langsung tidak dihidu oleh sesiapa kecuali mereka yang kenal benar dengan 2A ini.

Anwar sanggup 'mengatur' perang dengan Pas dan Istana, sementara membisukan Azizah dengan strategi licik.

Anwar tahu jika dia terus mengumumkan Azmin pengganti Khalid, Azizah akan membantah keras.

Kelicikan Anwar ialah dia tahu mana isu itu akan 'landing'.

Dia tahu Azizah tidak akan diterima sebagai MB sama ada oleh Istana mahupun Pas.

Jadi dia menunjukkan kesungguhan mengumumkan Azizah sebagai calon MB dengan pengetahuan bahawa ia akhirnya akan ditolak, sambil memberitahu Azmin supaya 'play cool'.

Sebab itu usaha dibuat supaya Pas yang menamakan Azmin bukan PKR. Dan Pas terperangkap dengan mainan itu apabila Hadi Awang sendiri yang mengusulkan nama Azmin.

Sebab itu kaum Anwarinas bertakbir sakan apabila Hadi yang usulkan nama Azmin dalam mesyuarat Pas Pusat.

Sekarang Azizah tak boleh merajuk sebab Anwar nampak sudah berusaha keras untuk menamakan dia sebagai MB.

DAP pula menarik nafas lega! Daripada bagi ustaz Pas jadi MB lebih baik Azmin.

Kelicikan Langkah Kajang ialah apabila mereka berjaya meyakinkan UMNO bahwa kalau bubar DUN pun UMNO tidak akan menang, malahan mungkin hilang banyak kerusi lagi.

Ini menyebabkan UMNO memberi isyarat bahawa ia tidak bersedia menghadapi PRN!

Dan piala terbesar Langkah 2A ini ialah apabila pimpinan tertinggi UMNO berjaya diyakinkan bahawa Azmin adalah calon terbaik untuk penyelesaian kemelut Selangor.

Penglibatan dua orang bergelar Tan Sri yang dikatakan mempunyai talian dengan Istana melobi keras untuk Azmin menjadi MB dikatakan pengunci Langkah 2A.

Kononnya, perjumpaan mereka dengan pimpinan tertinggi UMNO Khamis lepas membawa mesej bahawa Putrajaya tidak ada bantahan jika Azmin yang dilantik sebagai MB.

Jadi pihak Istana sudah tiada pilihan. Sebenarnya Istana sudah melakukan yang terbaik.

Maklumat sahih memberitahu Tuanku telah memberi tawaran kepada ADUN Pas untuk menerima lantikan sebagai MB.

Seorang kononnya berkata semasa diinterview: "Patik ada penyakit dan tak boleh menghadapi tekanan" dan seorang lagi memberi alasan "tak sanggup terima cabaran".

Bagi Tuanku sifirnya mudah. Perkara 53 memberi kuasa kepada Tuanku melantik MB daripada mereka yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pas mempunyai 15 ADUN. Dan dengan sokongan ADUN UMNO (12 orang) dicampur Bebas (Tan Sri Khalid) menjadikan 28 orang. PKR pula ada 13 dicampur DAP 15 juga menjadi 28.

Tetapi jika undi dibuat, gabungan PKR-DAP akan tinggal 27 kerana Hannah Yeoh sebagai Speaker tidak boleh mengundi.

Atas dasar itu, tawaran dikemukakan kepada ADUN Pas. Malangnya, mereka mahu mendapat mandat jelas daripada muktamar agung. Sebab itu tarikh pengumuman dibuat hanya selepas muktamar.

Malangnya Muktamar Agung Pas tidak memberi mandat yang jelas dan tegas untuk ADUN mereka menerima jawatan MB.

Walaupun ada cubaan daripada Dewan Ulama untuk usul itu dibahas dan diluluskan, namun perwakilan gagal memberikan mandat yang diperlukan.

Sebaliknya menyerahkan kepada Tuanku untuk memutuskannya, ditambah dengan kenyataan jawatan MB Selangor adalah hak PKR.

Sebab itu Tuanku tiada pilihan. Azizah tidak boleh diterima. Pas sendiri tidak tegas dan jelas. UMNO pula tidak bersedia.

Dan Putrajaya pula, kononnya atas usaha gigih dua Tan Sri itu, memberi mesej boleh menerima Azmin.

Maka Tuanku berakhir dengan kedudukan tiada pilihan melainkan terpaksa melantik juga Azmin sebagai MB.

Sebab itu saya tidak terkejut setelah berhempas pulas berbulan lamanya menamakan Azizah, setelah berperang dengan Istana dan Pas, setelah memecat Tan Sri Khalid kerana tidak akur arahan parti memberi laluan kepada Azizah, akhirnya dalam tempoh tak sampai 12 jam pengumuman oleh Istana menamakan Azmin, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat dipengerusikan Anwar membuat U-Turn menerima pelantikan Azmin.

Dan yang paling klasik, Azizah membuat kenyataan menarik balik pencalonan dirinya sebagai MB.

Begitu liciknya Langkah 2A!

Dan sekarang, sudah pasti Azmin akan melantik semula Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Dan sudah pasti mereka akan memerah fikiran bagaimana wang simpanan tunai RM3.2 bilion yang dikumpul oleh Tan Sri Khalid mahu dibelanjakan.

Dan yang pastinya, 2A ini mempunyai matlamat yang jelas - Anwar tidak boleh masuk penjara, dan Anwar mesti jadi PM ke-7.

Yang akan termenung dan ternganga nanti ialah UMNO, Pas dan Azizah!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140924/re_06/Misteri-MB-Azmin-Langkah-2A-kisah-2-Tan-Sri-dan-RM32b#ixzz3EHkIjw15  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wednesday, 24 September 2014

POLITIK : Pelantikan bukti Azmin 'anak emas' Anwar?


Nallakaruppan

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah perkara mengejutkan, sebaliknya mengukuhkan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan 'anak emas' nombor satu Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, mengenali Anwar sebagai 'pelakon nombor satu', adalah tidak mustahil pencalonan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini hanyalah untuk mengalihkan perhatian ahli parti dan rakyat.

Katanya, hal demikian kerana Anwar menyedari jika nama Azmin dicalonkan terlebih awal dan dipertahankan, akan terdapat bantahan daripada PKR sendiri kerana dia mempunyai banyak musuh dalam parti.

"PKR dan pakatan pembangkang bergelora selepas Wan Azizah dicalonkan namun Pas telah memberikan restu apabila mengemukakan nama Azmin kepada Istana Selangor sebagai alternatif.

"Restu Pas amat penting bagi Anwar untuk meredakan keadaan, apabila umpan sudah mengena, barulah Azmin dapat 'memotong di selekoh'. DAP macam biasa akan ikut asalkan mendapat manfaat dan tidak terjejas," katanya.

Beliau mengulas pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun Anwar sebelum ini bermati-matian mempertahankan pencalonan tunggal Wan Azizah.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, wajah berseri-seri Azmin sewaktu keluar daripada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi membuktikan dia begitu seronok dilantik sebagai Menteri Besar.

Beliau mempersoalkan, sebagai pengikut setia sejak dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987, adakah Azmin berani menunjukkan muka gembira sehingga melayan soalan daripada pemberita.

"Saya tahu, yang keluar dahulu malam tadi adalah Anwar dan Wan Azizah diiringi Azmin. Anwar dan Wan Azizah mukanya masam dan menegaskan tiada sidang akhbar sebaliknya PKR hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Melihatkan wartawan ramai, Azmin naik semula ke pejabat dan kira-kira sejam selepas itu turun dengan muka gembira dan menjawab soalan wartawan.

"Bagi saya, selepas pelbagai pengorbanan Azmin kepada Anwar termasuk perkara di luar pemikiran masyarakat, Azmin sememangnya layak mendapat habuan, Dia juga sudah lama tunggu dan sebab itu saya kata Azmin dan Anwar ini ibarat 2x5=10," katanya.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, kenyataan beliau bukannya mempertikaikan pemilihan Azmin oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana baginda sendiri membuat pelantikan berdasarkan nama-nama yang diserahkan parti dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Nallakaruppan berkata, Azmin kini mempunyai peluang untuk menafikan beliau merupakan 'anak emas' Anwar dengan tidak melantik semula Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor itu selepas dipecat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.

"Saya cabar Azmin ketepikan Anwar, buatlah kalau benar-benar anak jantan. Ini peluang terbaik untuk tolak dakwaan semua pihak baik dari dalam atau luar parti sendiri," tegasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140924/po_04/Pelantikan-bukti-Azmin-anak-emas-Anwar#ixzz3ECt5rZMh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN ASIA 2014 : Farah puas atasi pencapaian di Sukan Komanwel


Farah Ann Abdul Hadi melakukan aksi menarik dalam disiplin palang titian dalam acara gimnastik artistik all-around individu wanita di Gimnasium Namdong, Incheon semalam. - UTUSAN

INCHEON - Dengan mengambil kira standard yang tinggi, malah kali pertama menyertai Sukan Asia, Farah Ann Abdul Hadi berasa puas walaupun sekadar menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam gimnastik artistik all-around individu wanita di Gimnasium Namdong semalam.

Gimnas berusia 20 tahun itu melengkapkan empat rutin iaitu senaman lantai, palang bertingkat, batang titian serta lombol dengan mengumpul 51.750 mata.

Catatan tersebut adalah lebih baik daripada apa yang dilakukan Farah dalam Sukan Komanwel di Glasgow bulan lalu, di mana dia menutup kempen pada kedudukan ke-11 dengan 51.065 mata.

Malah, kutipan mata Farah juga jauh mengatasi dua pesaing dari Singapura, Janessa Dai dan Lim Heem Wei, yang masing-masing mengutip 48.465 mata serta 48.299 mata, sekali gus memberi isyarat positif menjelang Sukan SEA tahun depan.

Farah yang menjadi wakil tunggal Malaysia dalam acara gimnastik artistik di Incheon, mempamer persembahan terbaik dalam rutin lombol di mana dia mengutip 13.650 mata.

Dia turut beraksi baik dalam senaman lantai dengan meraih 3.050 mata, selain mengutip 12.800 mata dalam palang bertingkat, diikuti 12.50 dalam acara batang titian.

"Saya gembira dengan prestasi hari ini, sangat-sangat bagus. Sasaran awal saya cuma cuba menempatkan diri dalam kelompok 11 terbaik, tetapi saya menutup cabaran di tangga ketujuh.

"Apa yang paling penting, mata yang saya kutip kali ini lebih baik berbanding Sukan Komanwel bulan lalu sedangkan persaingan Sukan Asia sangat kompetitif dengan kehadiran gimnas handalan dunia dari China, Korea Selatan, Jepun dan Uzbekistan.

"Saya tak sangka dapat memberi persembahan yang baik dan tidak sabar untuk turun ke gelanggang sekali lagi dalam acara kegemaran saya, senaman lantai Khamis ini (esok). Itu satu-satunya final yang akan saya sertai selepas ini, harap dapat menamatkan cabaran sekurang-sekurangnya dalam kedudukan tujuh terbaik," kata Farah.

Melihat kepada prestasi yang dipamer Farah dalam senaman lantai semalam, dia sebenarnya berada pada kedudukan baik untuk bersaing dalam perebutan pingat kerana mencatat mata keempat tertinggi di belakang pemenang emas, Yao Jinnan dari China, Yun Nare (Korea Selatan) dan Yamamoto Yuriko (Jepun).

Farah berkongsi mata bersama Shang Chunsong dari China.

Sementara itu, pingat emas all-around individu wanita menjadi milik Jinnan selepas mengumpul 57.900 mata, meninggalkan Chunsong dengan perak menerusi 56.950 mata.
Nare pula menghadiahkan gangsa buat tuan rumah menerusi 55.000 mata. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140924/su_05/Farah-puas-atasi-pencapaian-di-Sukan-Komanwel#ixzz3ECqoLpXa  © Utusan Melayu (M) Bhd