Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 27 August 2014

POLITIK : Keputusan sultan diharap selesaikan kemelut - U TURN LAGI...


Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU 26 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu setiap parti dalam pakatan pembangkang mencadangkan lebih dua nama untuk dipilih sebagai Menteri Besar Selangor baharu, akan dapat menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, beliau yakin Sultan Selangor membuat pertimbangan wajar demi kepentingan rakyat di negeri itu.

"Doa kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan keputusan dibuat istana itu memberi manfaat dunia dan akhirat, insya-Allah," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, namun baginda mengarahkan beliau menangguhkan hasrat tersebut sehingga peralihan kuasa yang baharu dibuat.

Abdul Khalid ketika membacakan kenyataan Istana Selangor berhubung perkara itu memberitahu, baginda menitahkan setiap parti dalam pakatan pembangkang mencadangkan lebih daripada dua nama untuk dipilih sebagai Menteri Besar baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan Pas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada barisan kepemimpinan Pas negeri.

Pilihan Raya Kecil itu akan diadakan ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pukul 5.45 pagi pada 20 Ogos lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Allahyarham menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperolehi 10,174 undi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140827/po_02/Keputusan-sultan-diharap-selesaikan-kemelut#ixzz3BYDNE3an  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Hasrat Wan Azizah jadi MB kabur

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
dan FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my

Abdul Khalid Ibrahim mengadakan sidang akhbar berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, semalam. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi (kanan). - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 26 Ogos - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahukan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar dilihat kabur apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugasnya sehingga peralihan kuasa jawatan itu diselesaikan.

Abdul Khalid dalam sidang akhbarnya di sini berkata, beliau akur dengan titah Sultan Selangor itu meskipun sebelum ini menyembah perkenan untuk meletak jawatan ketika menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, baginda memutuskan untuk menangguhkan peletakan jawatannya selain menitahkan setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP masing-masing mencadangkan tidak lebih daripada empat nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikannya.

"Ini tatacara yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Selangor termasuklah dalam pelantikan Menteri Besar semasa negeri ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)," katanya yang enggan mengulas tempoh masa beliau akan terus kekal jawatan berkenaan.

Pada masa sama, ketika ditanya mengenai kriteria individu untuk dilantik sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid menjelaskan, pihak istana mempunyai pandangan sendiri mengenai perkara itu yang sudah tentunya selari dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta konvensyen yang menjadi amalan di negeri ini.

Terdahulu, Abdul Khalid ketika membacakan kenyataan rasminya menegaskan, keyakinan beliau terhadap kebijaksanaan Sultan Selangor dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu jawatan Menteri Besar sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam negeri ini.

Malah, beliau turut memohon maaf kepada Sultan Selangor ekoran suasana politik yang menyebabkan pihak istana terheret dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri khususnya melibatkan isu jawatan Menteri Besar.

"Saya berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak daripada membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecil-kecilkan peranan mana-mana pihak terlibat terutama institusi beraja dan Raja-Raja Melayu," tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang sehingga baginda memutuskan pelantikan Menteri Besar baharu.

"Saya tidak akan buat apa-apa keputusan (sama ada kekal atau mengosongkan kerusi DUN) sehingga baginda membuat keputusan.

"Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, saya teruskan kedudukan dan tugas saya sebagai ADUN Pelabuhan Klang," ujarnya.

Abdul Khalid sebelum itu tiba di pekarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 2.20 petang bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Pertemuannya dengan Sultan Selangor berakhir pada pukul 4.30 petang apabila kenderaan rasmi Abdul Khalid beredar meninggalkan istana untuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi mengadakan sidang akhbar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140827/po_01/Hasrat-Wan-Azizah-jadi-MB-kabur#ixzz3BYAnZ5YM  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 26 August 2014

JAWA BERNAM: KJ DEDAHKAN PENJAWAT AWAM RAMAI AHLI PARTI PEMBANG...

JAWA BERNAM: KJ DEDAHKAN PENJAWAT AWAM RAMAI AHLI PARTI PEMBANG...: SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Mente...

Sudirman - Warisan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 57

putra merdeka: Lagi Siri Meludah Pimpinan Pemuda ~ Pttuuiihhh..!!...

putra merdeka: Lagi Siri Meludah Pimpinan Pemuda ~ Pttuuiihhh..!!...: Cerita ludah sebelum ni boleh dibaca di  sini   Kalau menjadi pemimpin sekadar mahu menjilat dan mengampu... ANJING pun boleh memimp...

POLITIK : Pas serah kepada istana lantik MB


Mustafa Ali

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pas menyerahkan kepada perke-nan dan kebijaksanaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menentukan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pendirian terbaharu parti itu dilihat tidak sehaluan dengan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang yang mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan tersebut.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang pendirian awal parti itu untuk mengemukakan dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Kita tidak sebut secara spesifik, kenya-taannya macam ini, awak tafsirlah sendiri bagaimana.

"Kita buat kenyata-an terbuka seperti ini, apabila kita sebut serah kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor, baginda boleh pilih," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.

Minggu lalu, Pas memutuskan untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi jawatan Menteri Besar Selangor bersama-sama Wan Azizah.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa memberitahu, sebanyak 13 ADUN Pas di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah bagi menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ia tidak berbangkit lagi. Jika kamu tanya tandatangan atau tidak, tidak berbangkit itu maknanya tidaklah," jelasnya.

Beliau menambah, Pas juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang membelakangkan parti dengan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah pada 14 Ogos lalu.

"Pas Selangor telah memberi laporan awal dan kita sedang me-nunggu laporan terperinci," katanya.

Berhubung Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mustafa berpandangan, calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding nanti tidak semestinya daripada PKR.

"Dalam kaedah biasa, parti yang bertanding pada pilihan raya umum akan bertanding pada pilihan raya kecil, tetapi tidak semestinya terikat begitu," katanya.

Menurut beliau, faktor boleh menang akan diberi keutamaan dalam memilih calon pakatan pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary tewas kepada penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN),

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian Allahyarham Noor Zahidi akibat penyakit kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China Rabu lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140826/po_04/Pas-serah-kepada-istana-lantik-MB#ixzz3BT0apJMx  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PIALA MALAYSIA : Pahang ibarat harimau yang luka

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

MOHD. SHUKOR ADAN

KUALA LUMPUR - Walaupun masih segar dengan kejayaan menewaskan juara bertahan, Pahang, Sabtu lalu, perasaan untuk mendabik dada langsung tidak wujud dalam pemikiran ketua pasukan Felda United, Mohd. Shukor Adan.

Sudah membuang jauh-jauh kegembiraan memalukan Tok Gajah di laman sendiri, dia menyedari pertemuan kedua di Stadium Selayang malam ini jauh lebih sukar memandangkan lawan ibarat harimau yang terluka dan ingin membalas dendam kekalahan tempoh hari.

"Kemenangan di Kuantan memang sesuatu yang manis kerana kita pada mulanya hanya sasar satu mata sahaja untuk dibawa pulang, namun sebaliknya meraih mata penuh, sekali gus menghuni tangga teratas Kumpulan C.

"Namun, saya sudah tidak fikirkan lagi perkara itu menjelang pertemuan esok kerana Pahang pasti ada perancangan tersendiri setelah menilai kembali kelemahan mereka, kami juga tidak boleh terlalu yakin.

"Perlawanan esok pasti sukar kerana Pahang akan cuba memadam memori kekalahan dan kami pula mahu mempertahankan kedudukan tangga teratas bagi merintis laluan ke suku akhir, " kata bekas pemain Selangor, Negeri Sembilan dan ATM itu.

Tambah pemain berusia 34 tahun itu, The Fighters sudah memasang impian lebih tinggi iaitu mahu pergi jauh daripada sekadar melepasi saingan kumpulan semata-mata dan berasakan tidak mustahil mereka mampu mencabar kejuaraan Piala Malaysia.

"Selepas menang dengan Pahang, saya tidak nafikan lonjakan keyakinan dalam kalangan pemain semakin meningkat dan kami mahu habiskan perjuangan pada musim ini dengan satu perkara yang boleh dibanggakan.

"Menduduki tangga kedua Liga Perdana dan menjadi naib juara Piala FA meningkatkan azam kami untuk memburu sekurang-kurangnya satu trofi dengan Piala Malaysia menjadi sasaran realistik," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) bertandang ke Singapura untuk memburu tiga lagi mata selepas menewaskan LionsXII di tempat sendiri, Sabtu lalu.

Sementara itu, aksi Kumpulan C memperlihatkan Pulau Pinang yang berdepan masalah kecederaan pemain tidak meletak harapan tinggi untuk melakar kejutan di Larkin.

Menurut jurulatihnya, K. Devan, perkara yang membuatkan dia pening kepala adalah ketiadaan pemain import di bahagian pertahanan, Lee Kwang-Hyun yang mengalami kekejangan otot selain Zharif Hasna dan penyerang dari Angola, Titi Buengo.

"Setelah kami kalah 1-3 di tempat sendiri, saya sedar tahap keyakinan pemain JDT amat tinggi, tambahan mereka akan bermain di tempat sendiri. Jadi , bukan satu perkara mudah buat kami mencari mata di sana.

"Saya mungkin terpaksa membuat rombakan di bahagian pertahanan ekoran ketiadaan Lee dengan Mat Saiful atau G. Mahathevan berada dalam perancangan untuk digandingkan bersama Yong Kuong Yong, " katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140826/su_04/Pahang-ibarat-harimau-yang-luka#ixzz3BSyTSiCP  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Nizar didakwa fitnah Perdana Menteri

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

Mohammad Nizar Jamaluddin ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Ipoh, semalam. - Utusan/HANAFI KHAMIS

IPOH 25 Ogos - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu ceramah politik, dua tahun lalu.

Mohammad Nizar, 57, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Ketua Pembangkang negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan seperti dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.

Dalam ucapannya itu , Mohammad Nizar didakwa menuduh Najib telah memanggil semua pemimpin angkatan tentera untuk bertanyakan pendirian mereka sekiranya Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya.

Pertuduhan terhadap Mohammad Nizar dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dengan pertuduhan tersebut, ahli politik Pas itu kini berdepan kehilangan kelayakan sebagai ADUN sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 26 September ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri, Masri Mohd. Daud dan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab. Wahab manakala tertuduh diwakili 12 peguam bela yang diketuai oleh Hatim Musa.

Peguam lain terdiri daripada Asmuni Ani, Aminuddin Zulkipli, Mohd. Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohamad Hanipa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching.

Terdahulu, Masri memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Asmuni memohon anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai Ketua Pembangkang negeri, beliau akan memberi kerjasama kepada pihak pendakwaan.

"Jika permohonan ini ditolak saya memohon supaya jaminan dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah," katanya.

Masri sebaliknya menyatakan jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan adalah satu jumlah yang wajar.

Terdahulu, Mohammad Nizar hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Fatimah Taat serta beberapa pemimpin pembangkang lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140826/ma_01/Nizar-didakwa-fitnah-Perdana-Menteri#ixzz3BSwVt26j  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Israel teruskan serangan


PENDUDUK Palestin memerhati sebuah kenderaan yang ranap akibat terkena bedilan tentera Israel di Gaza, kelmarin. -REUTERS

GAZA CITY 25 Ogos - Sekurang-kurangnya 16 lagi penduduk Palestin terbunuh termasuk pegawai kewangan Hamas apabila Israel bertindak melancarkan lebih 30 serangan udara ke atas Gaza sejak tengah malam tadi.

Pasukan perubatan Palestin mengesahkan pegawai kewangan Hamas, Mohammed al-Ghul terbunuh dalam serangan itu ketika beliau sedang memandu di Gaza City.

Selain al-Ghul, enam kanak-kanak antara mangsa yang terkorban apabila tentera rejim Zionis meningkatkan serangan ke atas Gaza sebagai usaha menghapuskan Hamas, dengan serangan udara Israel tertumpu di kawasan utara Gaza.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah korban penduduk Palestin dalam serangan Israel di Gaza meningkat kepada 2,112 orang, ketika ekonomi Gaza memerlukan masa lebih tiga tahun untuk pulih semula, ekoran kemusnahan teruk dalam sektor perindustrian, perladangan dan peningkatan kadar pengangguran.

Tiga penduduk Yahudi turut dilaporkan cedera apabila pejuang Palestin melepaskan tembakan di kawasan sempadan Israel-Gaza di Erez.

Menurut laporan portal BBC, lebih 360 kilang dilaporkan musnah atau rosak teruk dan beribu-ribu ekar tanah pertanian terjejas akibat serangan udara, bedilan meriam dan kereta kebal tentera rejim Zionis Israel sejak operasi ketenteraan dilancarkan ke atas Gaza bermula 8 Julai lalu.

Persekutuan Industri Palestin dalam laporannya menyebut, hampir 10 peratus kilang di Gaza tidak boleh beroperasi dan kebanyakan kilang terpaksa menghentikan operasi sepanjang konflik sehingga menyebabkan kerugian lebih AS$70 juta (RM210 juta).

Pertubuhan Pertanian dan Makan (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan, kira-kira 42,000 ekar tanaman mengalami kerosakan dan setengah daripada ternakan penduduk Gaza juga musnah.

Tambah FAO dalam kenyataannya, lebih sembilan peratus hasil tangkapan ikan terjejas sepanjang tempoh antara 9 Julai dan 10 Ogos lalu.

Penganalisis ekonomi yang beribu pejabat di Gaza, Omar Shaban berkata, anggaran awal kemusnahan ekonomi akibat perang di Gaza menunjukkan peningkatan tiga kali ganda berbanding konflik Hamas-Israel pada 2008-9.

"Malah kadar pengangguran dijangka meningkat sehingga 40 peratus akibat kemusnahan banyak kilang dan tempoh untuk ekonomi Gaza pulih semula bergantung kepada perjanjian gencatan senjata sama ada sekatan ditarik semula atau tidak," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_05/Israel-teruskan-serangan#ixzz3BStnkXt8  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Urus jenazah mangsa MH17 rumit

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Rohani Abdul Karim menerima sejambak bunga ros merah daripada setiausaha akhbarnya, Mohamad Shahren Mohamad Yusri (duduk, tiga dari kanan) sempena sambutan Hari Wanita 2014 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, semalam. - Utusan/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 25 Ogos - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyifatkan tugas menguruskan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 sukar dan tidak semudah yang ditonton dalam televisyen ketika Hari Perkabungan Negara, Jumaat lalu.

Menceritakan semula pengalaman berhubung dengan keluarga mangsa tragedi itu, Rohani berkata, beliau yang mengetuai pasukan bagi menjaga kebajikan waris mangsa MH17 bukan sahaja pernah kehilangan kata-kata ketika berhadapan keluarga mangsa, malah, pernah dimarahi kerana terdapat waris yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengurusan jenazah terbabit.

"Kita tengok dalam televisyen semuanya berjalan lancar tetapi sebenarnya bukan mudah untuk berhubung dengan waris, misalnya bagaimana hendak uruskan jenazah kerana ada yang marah-marah tetapi kita beritahu soalan ini terpaksa dijawab sebab perlu sediakan logistik untuk bawa pulang mayat dan di mana jenazah mahu diuruskan sama ada di Malaysia atau Amsterdam.

"Malah saya sendiri sewaktu menaiki Charlie C-130 kena marah dengan waris mangsa sebab ada perkara yang tidak mengikut susunan jadi yang kena marah adalah kita tetapi terima saja sebab ini sesuatu yang kita buat dan mereka tidak akan marah kalau tiada yang hendak diluahkan," katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Rohani, pihaknya juga terpaksa berdepan cabaran apabila terdapat waris keluarga mangsa yang langsung tidak mahu diganggu dan kerajaan menurutinya sebagai menghormati permintaan keluarga.

Selain itu, Rohani berkata, pihaknya juga terpaksa mengikut budaya waktu kerja yang tegas di Belanda hingga menyebabkan proses mengenal pasti mangsa nahas pesawat MH17 lewat dilakukan.

"Ada orang bertanya mengapa semua jenazah ini tidak dibawa balik sekali sebenarnya di Belanda kita ada proses yang perlu dilalui iaitu pertama mengenal pasti mayat melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kemudian proses dokumentasi memerlukan tempoh seminggu.

"Tetapi yang menyebabkan keadaan menjadi lewat apabila kesatuan sekerja di sana terlalu kuat biarpun kita menghantar ramai pakar forensik kita tetap perlu mengikut waktu kerja mereka iaitu Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang jadi proses yang sepatutnya sekejap menjadi lambat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada petugasnya yang sanggup bertugas selama 24 jam setiap hari bagi menenangkan keluarga mangsa dan membantu memudahkan urusan mengendali jenazah sehingga semuanya berjalan lancar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140826/dn_03/Urus-jenazah-mangsa-MH17-rumit#ixzz3BSp0NdaW  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Amanat buat penjawat awam

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Abdul Khalid Ibrahim (dua dari kiri) bersalam dengan penjawat awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 25 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan beliau akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi apabila menyatakan misinya untuk membawa transformasi dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk penstrukturan semula industri air dengan Kerajaan Pusat sudah terlaksana.

Dalam ucapan di depan kira-kira 3,000 orang kakitangan awam hari ini, Abdul Khalid berkata, sejak menjadi menteri besar pada Mac 2008, beliau berazam untuk meninggalkan legasi dalam pentadbiran negeri sebagai kayu pengukur kepada kejayaannya.

"Saya ingin meninggalkan legasi seperti apa yang saya lakukan ketika mengetuai Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie.

"Saya berfikir ketika itu (2008) jika saya boleh meninggalkan legasi dalam kerajaan negeri maka saya anggap saya telah berjaya," katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.

Esok, Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat baginda tentang kedudukan beliau sebagai menteri besar.

Dalam ucapannya juga, Abdul Khalid memberikan penjelasan mengenai kemelut politik yang sedang melanda negeri ini termasuk membabitkan dasar-dasar pentadbirannya.

Menurut beliau, dakwaan kononnya perjanjian persefahaman penstrukturan semula industri air dengan Kerajaan Pusat tidak menjamin kawalan kerajaan negeri ke atas sumber itu, sebagai satu fitnah.

"Jelas ada yang tidak senang de-ngan usaha kita kerana ada pihak termasuk sebuah parti (politik) telah mendakwa MoU yang ditandatangani tidak menjamin penstrukturan air dapat dijalankan di bawah kawalan kerajaan negeri. Ini adalah satu lagi fitnah," tegasnya.

Mengulas tentang isu pinjaman peribadinya yang turut dimainkan oleh beberapa pihak, Abdul Khalid menjelaskan, tiada apa yang cuba disembunyikan beliau selepas membuat keputusan untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Semua penyelesaian tersebut dibuat dengan telus. Tiada apa-apa manfaat yang diberikan kepada sesiapa pun.

"Saya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dan biar mahkamah yang membersihkan nama saya," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140826/po_01/Amanat-buat-penjawat-awam#ixzz3BShtCs6F  © Utusan Melayu (M) Bhd 



BICARA PERJUANGAN: (VIDEO) : PEMIMPIN PAS DAKWA UMNO BAKAL BERKUBUR ...

BICARA PERJUANGAN: (VIDEO) : PEMIMPIN PAS DAKWA UMNO BAKAL BERKUBUR ...: Timbalan Menteri Besar Kelantan ,Dato' Amar menyamakan kedudukan UMNO dengan MH17 'yang akan terkubur, tiada guna dan tidak me...

SEMUT HITAM: AKIBAT CELUPAR DAN BIADAP KHALID SAMAD!!!

SEMUT HITAM: AKIBAT CELUPAR DAN BIADAP KHALID SAMAD!!!: Inilah bahananya bila mulut tak reti nak jaga. Suka bercakap tak guna akal fikiran. Penyudahnya, dah kena hadap ke mahkamah kerana menabu...

F1 : Langgar Hamilton, Rosberg bakal terima akibat


DUA pemandu Mercedes, Lewis Hamilton (kiri) dan Nico Rosberg berlanggar sesama sendiri pada Grand Prix Belgium di Litar Spa-Francorchamps, Spa kelmarin. - AFP

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium - Hubungan dua pemandu Formula Satu Mercedes, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton menjadi semakin tegang selepas Rosberg mengaku sengaja melanggar rakan sepasukannya itu pada Grand Prix Belgium, kelmarin.

Hamilton, 29, sedang mendahului perlumbaan sewaktu Rosberg cuba memintasnya secara agresif di pusingan kedua, menyebabkan tayar kiri belakang keretanya pancit.

Hamilton kemudian terpaksa menarik diri ketika saingan berbaki empat pusingan akibat masalah teknikal.

Pemandu Britain itu mendakwa, Rosberg membuat pengakuan bahawa dia sengaja melanggar keretanya kerana mahu membuktikan sesuatu.

"Pada saya ia sangat jelas tetapi kami baru mengadakan mesyuarat mengenai insiden itu dan secara dasarnya dia mengaku, melakukan perbuatan tersebut secara sengaja.

"Dia kata, dia memang melakukannya walaupun boleh mengelak.

"Dia beritahu kami 'Saya buat begitu untuk membuktikan sesuatu dan kamu jangan hanya mencari jawapan daripada saya, pergi tanya Toto (Wolff, bos Mercedes) atau Paddy (Lowe)'. Tetapi jelas sekali, Toto dan Paddy juga tidak gembira dengan apa yang berlaku," kata Hamilton.

Menurut juara dunia dua kali itu lagi, dia amat pelik dengan reaksi Rosberg sewaktu perbincangan pasukan diadakan bagi menjernihkan keadaan dan memperbaiki hubungan mereka berdua.

"Bukan menjadi tugas anda untuk menghimpit jentera lain, malah di selekoh tersebut tidak ada dinding penghadang.

"Saya benar-benar hairan sewaktu saya mendengar alasannya dalam mesyuarat pasukan. Anda perlu tanya kepadanya apa niat sebenar dia," tambah Hamilton.

Hamilton berkata, Rosberg cuba untuk menyalahkan dirinya sehingga menyebabkan insiden tersebut berlaku.

"Sebaik dia masuk ke dalam bilik mesyuarat dan berkata, semua yang berlaku adalah berpunca daripada kesalahan saya.

"Saya tidak dapat membayangkan bagaimana pasukan akan bertindak," jelasnya.

Sementara itu Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, mereka mengikuti rapat perkembangan yang berlaku dalam pasukan Mercedes.

Walaupun tidak bercadang membuka siasatan, namun badan dunia itu mengakui, jika dakwaan Hamilton benar, maka tindakan Rosberg mengundang padah. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140826/sl_04/Langgar-Hamilton-Rosberg-bakal-terima-akibat#ixzz3BSCW8OAF  © Utusan Melayu (M) Bhd 




F1 : Ricciardo juara GP Belgium


DANIEL Ricciardo meraikan kejayaan muncul juara Grand Prix Belgium di Spa, Belgium semalam. - AFP

SPA-FRANCORCHAMPS - Pelumba Australia, Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull melakar kemenangan kedua berturut-turut musim ini setelah menjuarai Grand Prix Formula Satu Belgium, semalam.

Pemandu Mercedes, Nico Rosberg menamatkan saingan di kedudukan kedua, setelah pendahulu kejuaraan dunia dari Jerman itu terselamat daripada terlibat dalam pelanggaran dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang mengalami masalah tayar pancit di sebelah kiri pada pusingan kedua setelah kedua-duanya saling bersaing untuk memintas antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Hamilton akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlumbaan ketika saingan berbaki lima pusingan selepas krew pasukan menyedari jentera yang dipandunya mengalami masalah teknikal.

Untuk Ricciardo, kejayaan tersebut adalah kemenangan kedua berturut-turut selepas menjuarai Grand Prix Hungary, bulan lalu dan yang ketiga dilakar secara keseluruhan musim ini.

Pelumba muda itu terus mempamerkan prestasi yang baik mengatasi rakan sepasukannya, Sebastian Vettel yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Sementara itu, turut berada di kedudukan podium ialah pelumba Finland, Valtteri Bottas dari Williams yang mencatat keputusan ketiga terbaik. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140825/sl_05/Ricciardo-juara-GP-Belgium#ixzz3BSBAQr46   © Utusan Melayu (M) Bhd


Monday, 25 August 2014

Perkabungan, Jalur Gemilang, Melayu


Oleh Hassan Mohd. Noor

JANGAN MENGGURIS PERASAAN

HARI Perkabungan Negara berjalan lancar dan berlangsung dengan baik. Inilah kali pertama hari perkabungan melibatkan orang awam. Sudah tentu banyak cabaran yang dihadapi dalam memastikan hari bersejarah itu akan diingati bukan sahaja oleh keluarga mangsa MH17 tetapi juga rakyat seluruhnya. Hari perkabungan ini memanglah sesuatu yang luar biasa kerana ia melibatkan orang awam. Usahlah dipertikaikan apa yang sudah berlaku. Macam-macam isu dibangkitkan sama ada soal warna pakaian dan acara yang disusun sebagai tanda penghormatan. Acara yang berlangsung mungkin tidak diminta oleh keluarga mangsa tetapi hakikatnya, kerajaan mahu memastikan semua mangsa diberi penghormatan. Mereka bukannya anggota pasukan keselamatan yang gugur di medan perang. Mereka hanyalah penumpang dan petugas di dalam pesawat komersial, bukannya pesawat tentera.

Mereka menjadi mangsa akibat konflik yang berlaku di negara orang. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka mangsa pembunuhan beramai-ramai. Malangnya ada pihak yang cuba mengadu-domba masyarakat dengan menuduh kerajaan mempunyai agenda tertentu dan mengaitkannya pula dengan penghormatan terhadap perwira Lahad Datu. Tidak perlulah kita bercakap perkara yang bukan-bukan sehingga menjurus kepada penyebaran fitnah walaupun ia bertujuan meraih simpati orang ramai dan pihak tertentu.

Hotrmatilah keluarga mangsa serangan terhadap MH17. Inilah salah satu sikap orang kita yang suka mencari kekurangan dan kelebihan dalam satu-satu perkara, seolah-olah 'tidak ada kerja'. Lebih mendukacitakan apabila ada yang menyifatkan anggota tentera terlibat dalam istiadat penghormatan Jumaat lepas seperti hamba abdi. Dalam hal ini Selak tertarik dengan kenyataan Lans Koperal Mohd Sadiq Zakariah semalam yang mengawal diri menahan sebak ketika mengusung jenazah bapa saudara pupunya, penyelia penerbangan kabin, Mohd Ghafar Abu Bakar kerana tidak mahu 'mencacatkan' perjalanan istiadat penghormatan jenazah.

Beliau begitu cekal mengingatkan diri bahawa kegagalan menahan diri akan menghilangkan kepercayaan kepadanya, memandangkan beliau sendiri membuat permohonan supaya dibenarkan untuk mengusung arwah. Anggota tentera daripada Unit Istiadat 1 Regimen Askar Melayu Diraja itu berkata ia juga merupakan jasa terakhir yang boleh disumbangkan kepada keluarga arwah.

Sehari sebelum itu, beliau mengakui begitu sedih ketika mengusung jenazah orang yang tidak dikenalinya, iaitu keranda Foo Ming Lee. Begitulah perasaan sedih seorang anggota tentera yang terlibat dalam urusan pada Hari Perkabungan Negara. Hentikanlah berkata sesuka hati kononnya untuk menegakkan kebenaran sedangkan hakikatnya, ia lebih banyak mengguris perasaan banyak pihak. Ingatlah jika anda berada dalam kedudukan keluarga mangsa. Apakah perasaan anda jika mangsa tragedi itu adalah suami, isteri, ibu, bapa, anak, cucu, adik, abang, kakak, nenek, saudara mara, sahabat atau sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian rapat dengan anda.

SEKAKI PAYUNG PERCUMA

KETIKA ini, kita memasuki minggu terakhir menjelang 31 Ogos 2014, menandakan genap 57 tahun negara mencapai kemerdekaan. Sudahkah anda sekurang-kurangnya mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah atau di mana sahaja? Mungkin kibaran bendera itu tidak semeriah hebatnya bendera parti politik menjelang pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK). Jika pada PRU atau PRK, kita dapat melihat bendera parti politik berkibar megah sehingga di puncak bukit atau di pucuk pokok tetapi kibaran Jalur Gemilang mungkin tidak sehebat itu.

Walaupun tidak sehebat semasa pilihan raya, sekurang-kurangnya masih ada yang bersedia mengibarkan Jalur Gemilang. Ada juga yang memperkecilkan Jalur Gemilang ini dengan nama yang memalukan. Ada juga Jalur Gemilang yang dimamah usia, koyak rabak dan lusuh. Adakah tidak mampu untuk membeli?

Berapa banyak syarikat yang menyumbang bendera secara percuma? Dalam hal ini, saya tertarik dengan kempen pembelian petrol anjuran Petronas. Setiap petrol yang disi bernilai RM20 akan mendapat cop di dalam satu kad penyertaan. Kad yang lengkap dengan 10 cop (bermakna RM200) akan mendapat sekaki payung yang boleh ditukar di mana-mana Kedai Mesra.

Malangnya banyak rungutan yang didengar. Sejak awal lagi, saya sudah menduga perkara ini akan berlaku. Tempoh pengumpulan cop bermula pada 20 Julai hingga 15 September manakala penebusan sehingga 30 September 2014 atau stok masih ada. Apabila 'diikat' sehingga stok masih ada, maka pihak berkenaan boleh menghentikan tawaran itu pada bila-bila masa. Rungutan yang diterima, setiap kali mahu ditukar, petugas akan berkata, stok sudah habis, esok pagi ada; pagi tadi sampai tapi sekarang sudah habis; boleh tukar di mana-mana stesen dan macam-macam lagi. Ada juga yang memberitahu, seorang petugas melekatkan ayat ini di bajunya: Jangan tanya saya pasal payung, stress.Ada rakan memberitahu, beliau sudah lengkap 10 kad tetapi sekaki payung pun tidak dapat. Mungkinkah jumlah payung terhad disebabkan kos tinggi. Ada juga yang berkata, tawaran itu hanyalah gimik. Sepatutnya stok sentiasa ada, mengikut jumlah kad. Jika satu juta kad dikeluarkan, biarlah satu juta kaki payung tersedia. Biarlah setiap pemilik kad yang lengkap memperolehnya.

Sebenarnya, bukanlah pengguna kemaruk dengan payung tetapi apabila barang percuma di depan mata, ambil sajalah. Jika tidak ada tawaran itu pun, pengguna tetap mengisi petrol. Eloklah sebagai menghargai setiap pelanggan yang setia, Petronas menyediakan `hadiah' yang benar-benar mencukupi. Mungkin sediakan Jalur Gemilang yang kosnya lebih murah supaya setiap pelanggan memperolehnya. Seperkara lagi, cuba selak balik apakah ganjaran yang diberikan oleh syarikat yang menjual petrol jenama lain. Amat malang, khidmat mesra bertukar tidak mesra hanya kerana sekaki payung, lebih-lebih lagi pada hari hujan.

BANGSA YANG MENUMPANG

SEMALAM, berlangsung lagi beberapa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara. Salah satu ucapan yang menarik perhatian ialah yang disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Hasan. Dalam ucapannya di Paroi, Menteri Besar itu berkata, perjuangan UMNO yang dibanggakan selama ini akan menemui noktah menyedihkan sekiranya kuasa politik Melayu lenyap dalam PRU akan datang. Beliau menjelaskan, krisis perpecahan Melayu yang hanya disebabkan perbezaan ideologi politik bukan sahaja merugikan bangsa sendiri bahkan dijadikan sebagai 'peluru' besar yang menguntungkan musuh politik. Kebimbangan itu kata beliau, mempunyai asas kerana pelbagai usaha sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang menerusi fitnah, tohmahan dan paling dibimbanginya usaha memasukkan Singapura ke dalam negara ini.

Berhubung perkara yang sama, Selak tertarik dengan petikan kata-kata oleh Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohammad. Tidak pasti sama ada itu kata-kata itu benar atau sebaliknya. Begini bunyinya: Kalau bangsa Melayu tidak menyedari hakikat perjuangan, dalam masa yang tidak lama lagi, bangsa Melayu akan tenggelam dalam gelombang bangsa yang menumpang. Terserah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian. Bukanlah tujuan untuk membangkitkan sesuatu yang dianggap rasis tetapi sekadar untuk mengingatkan tentang sesuatu yang harus diperjuangkan oleh orang Melayu demi agama, bangsa dan tanah air.

Selak juga ingin berkongsi lagu Tanah Melayu Tanah Airku, lagu lama yang muncul dalam facebook. Walaupun Tanah Melayu sudah hilang, tetapi mengambil semangat merdeka ini, elok diturunkan antara bait-bait lagu itu iaitu Aduhai bangsa Melayu, bangunlah kawan-kawanku, marilah bersama-sama, kita bela Tanah Melayu, aduhai bangsa Melayu, bangunlah kawan-kawan ku. marilah bersama-sama kita bela Tanah Melayu, lautnya biru terhampar, pasirnya putih memanjang, Semenajnung Tanah Melayu, memang indah dipandang, siapa yang tak kasih sayang, siapa yang tak rindu dendam, Semenanjung Tanah Melayu, tanah tumpah darahku, itulah kawan-kawanku, marilah kita bersatu. berkerja, sama berdoa, agar Tanah Melayu jaya.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140825/re_03/Perkabungan-Jalur-Gemilang-Melayu#ixzz3BNnMCqE0  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Israel bedil pusat kawalan Hamas


PENDUDUK Palestin memerhati runtuhan bangunan pangsapuri 13 tingkat selepas terkena bedilan meriam tentera Israel di Gaza City, semalam. - AFP

GAZA 24 Ogos - Israel meneruskan serangan ke atas Gaza, hari ini dengan menjadikan sebuah bangunan kediaman setinggi 13 tingkat sebagai sasaran, mengakibatkan 17 penduduk Palestin cedera.

Israel mendakwa bangunan itu merupakan pusat kawalan pergerakan Hamas.

Dalam serangan itu Menara Al Zafer di Gaza City dilaporkan ranap.

Ia merupakan serangan Israel pertama yang memusnahkan satu struktur besar dan paling tinggi di Gaza sejak Israel melancarkan serangan ke atas wilayah Palestin itu pada 8 Julai lalu.

Israel melancarkan 60 serangan udara hari ini, manakala Hamas melancarkan 64 roket dan mortar ke arah wilayah Israel.

Israel memberikan tembakan amaran 10 minit sebelum melancarkan serangan roket ke arah menara tersebut.

Penduduk tempatan berkata, bangunan tersebut merupakan kediaman bagi 44 keluarga.

Semalam, Israel melancarkan 55 serangan ke atas Gaza mengorbankan 10 orang penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, ketika Mesir menggesa pergerakan Hamas dan rejim Zionis itu kembali ke meja rundingan damai.

Dalam pada itu, dua buah peluru berpandu dilancarkan dari Lebanon mengenai Galilee di Israel.

Sumber Israel dan Lebanon menyatakan mereka tidak dapat mengenal pasti siapa dalang serangan itu. Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, Mesir menggesa Israel dan Palestin melaksanakan semula gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan.

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda rundingan itu akan diadakan semula dengan gencatan senjata sebelum ini berakhir awal minggu ini tanpa sebarang penyelesaian.

Pegawai kesihatan Palestin berkata, kira-kira 2,085 orang penduduk Palestin terkorban, kebanyakan mereka orang awam termasuk lebih 400 orang kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 8 Julai lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140825/lu_03/Israel-bedil-pusat-kawalan-Hamas#ixzz3BNlBx6W6  © Utusan Melayu (M) Bhd 



JELAPANG: DUIT LEBIH BERKUASA DARIPADA TUN MAHATHIR DI DALAM...

JELAPANG: DUIT LEBIH BERKUASA DARIPADA TUN MAHATHIR DI DALAM...: Pandangan Malaysian Insider untuk tatapan semua Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Dr Mahathir Satu hari nanti, Tun Dr Mahath...

PRK : Barisan Nasional mungkin letak calon muda di Pengkalan Kubor - TPM


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan pelajar tahfiz Al-Fath yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat Pagoh, Muar, Johor, semalam.

PAGOH 24 Ogos - Timbalan Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk meletak calon muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan nanti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pihaknya sudah mengenal pasti ramai calon muda yang berwibawa untuk bertanding di kawasan berkenaan.

"Mengenai bakal calon... Kita sudah kenal pasti ramai tokoh muda berwibawa yang boleh kita ketengahkan. Saya harap ini dapat diputuskan dalam tempoh tarikh pengumuman calon diumumkan.

"Kita tahu DUN ini kawasan bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang diwakili calon kita," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini semalam.

Yang turut hadir isterinya, Puan Seri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan lebih 10,000 mengunjungi sambutan itu.

Beliau mengulas bakal calon BN yang akan bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor untuk menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pukul 5.45 pagi, Rabu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Allahyarham menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperolehi 10,174 undi.

Allahyarham yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan sejak tiga penggal juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yakin UMNO dapat mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor atas rekod perkhidmatan cemerlang Noor Zahidi dan kejayaan majoriti lebih 1,000 undi sebelum ini menjadi tanda kawasan itu milik BN selain pembangunan sosial di kawasan tersebut

Katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO, tentangan hebat akan diberikan Pas namun rakyat Kelantan dan pengundi sudah biasa dengan perkhidmatan Noor Zahidi serta isu pembangkang kebelakangan ini termasuk krisis di Selangor akan memberi kelebihan kepada BN.

"Ini semua akan menjadi pertimbangan pengundi seperti krisis politik di Selangor, pertembungan dan perbezaan pendapat yang agak ketara antara komponen pakatan Pas, DAP, PKR, rebutan kuasa, nepotisme serta kronisme.

"Saya tak kata akan jadi kelebihan tetapi pengundi akan menjadi peka, kita juga tidak akan mengambil mudah. BN akan memberikan penjelasan kepada pengundi tentang apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana BN dalam perjuangan untuk rakyat serta menguruskan hal negara," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140825/po_02/Barisan-Nasional-mungkin-letak-calon-muda-di-Pengkalan-Kubor---TPM#ixzz3BNO9IyqV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Kerajaan terbuka terima teguran Dr. Mahathir


MUHYIDDIN Yassin menyerahkan peruntukan khas RM200,000 untuk membina dewan terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Pasir kepada guru besar sekolah berkenaan, Hanifah Bee Sharif pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh 2014 di Bukit Mertajam Pulau Pinang, semalam.

PERMATANG PAUH 24 Ogos - Kerajaan menerima dengan terbuka sebarang kritikan terhadap kepimpinan negara termasuk yang disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Sambil melahirkan rasa hormat terhadap teguran yang dibuat Dr. Mahathir itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga mengakui terdapat dasar-dasar yang berjaya serta sebaliknya yang pernah diambil sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, itu bukanlah alasan untuk mana-mana pihak terutama dalam kerajaan sendiri untuk berpaling daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Apatah lagi setiap dasar atau keputusan besar yang perlu diambil Perdana Menteri itu tidak dibuat secara bersendirian tetapi dicapai menerusi keputusan bersama Jemaah Menteri. Beliau turut mengambil kira serta tidak menolak pandangan pihak lain dalam pentadbirannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh dekat sini hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai teguran Dr. Mahathir terhadap kepimpinan Najib yang dilihat beliau mempunyai beberapa kelemahan seperti disiarkan menerusi blognya baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, beliau memahami kebimbangan yang dilahirkan Dr. Mahathir antaranya berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140825/dn_05/Kerajaan-terbuka-terima-teguran-Dr-Mahathir#ixzz3BNMwcWc3  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tiga lagi jenazah mangsa MH17 tiba


MUHYIDDIN Yassin (kiri) bersama Liow Tiong Lai bertafakur selama seminit semasa Istiadat Penghormatan Jenazah Warga Malaysia MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang, Selangor, semalam. - BERNAMA

SEPANG 24 Ogos - Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sekali lagi diselubungi suasana hiba, sayu dan sedih apabila dua lagi jenazah mangsa tragedi MH17 tiba dan diturunkan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH19 untuk istiadat penghormatan hari ini.

Pesawat tersebut selamat mendarat di lapangan terbang ber­kenaan kira-kira pukul 6.53 pagi dan bergerak ke pekarangan kompleks itu pada pukul 8.25 pagi ini.

Istiadat Penghormatan Jenazah Warga Malaysia MH17 di kompleks berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; menteri-menteri Kabinet dan para tetamu yang lain.

Dua jenazah tersebut ialah Allahyarham Mohd. Ghafar Abu Bakar (Ketua Pramugara) dan mendiang Ng Shi Ing (penumpang).

Pesawat berkenaan turut membawa satu lagi jenazah bagaimanapun identitinya tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Dalam pada itu, tempat duduk khusus untuk ahli keluarga mangsa di kompleks tersebut dipenuhi sejak awal pagi dan jelas riak-riak kesedihan di wajah mereka berikutan kejadian yang menimpa MH17 pada 17 Julai lalu hingga mengorbankan insan tersayang.

Selain dirasai oleh ahli keluarga, tidak dinafikan perasaan sedih itu turut dikongsi bersama pemimpin-pemimpin negara, kenamaan dan para tetamu jemputan yang hadir pada majlis istiadat pagi ini diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kesayuan semakin terasa apabila jenazah Allahyarham Mohd. Ghafar diturunkan daripada pesawat tepat pukul 8.35 pagi dan kemudian keranda diusung oleh lapan anggota tentera untuk dibawa ke kenderaan jenazah.

Pada waktu yang sama, bekas mengandungi abu mendiang Shi Ing juga diturunkan dan dibawa ke kenderaan jenazah dengan penuh istiadat ketenteraan.

Keranda dan bekas abu itu dilitupi dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda penghormatan kerajaan terhadap jenazah-jenazah MH17.

Sebaik sahaja selesai kedua-dua jenazah itu masuk ke dalam kenderaan jenazah, Muhyiddin dan para hadirin serta waris berdiri serta bertafakur selama seminit tepat pukul 8.41 pagi.

Buat Allahyarham Mohd. Ghafar, dihadiahkan surah al-Fatihah manakala jenazah Shi Ing, mendiang diberikan penghormatan mengikut kepercayaan masing-masing.

Para hadirin kemudian terus berdiri ketika berlangsungnya upacara lintas lalu kenderaan jenazah keluar dari pekarangan kompleks dengan diiringi oleh lapan anggota bermotosikal daripada unit Polis Tentera selepas tamat tempoh bertafakur.

Sementara itu, 190 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri terlibat dalam istiadat berkenaan hari ini.

Kelmarin, 20 jenazah mangsa MH17 yang tiba di tanah air dan telah diberikan penghormatan yang sama membabitkan 450 anggota tentera dan mereka ditugaskan untuk menurun, menanda serta mengusung jenazah ke kenderaan disediakan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140825/dn_08/Tiga-lagi-jenazah-mangsa-MH17-tiba#ixzz3BNLbFTAh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PIALA MALAYSIA : Tok Gajah tumbang, PDRM cemerlang


KETUa pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi (kiri) berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Syed Adney Syed Hussein untuk menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi. Kelantan menang 3-0. - mingguan/Mohd Shaharani Saibi

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang gagal mengekalkan rekod tanpa kalah apabila dibolosi dua gol pada penghujung perlawanan untuk tewas kepada Felda United 3-2 sementara juara Liga Perdana PDRM membuktikan cabaran mereka tidak boleh dipandang ringan apabila membelasah T-Team 4-1 dalam kempen Piala Malaysia malam tadi.

Skuad Tok Gajah kelihatan mampu meraih kemenangan mudah di hadapan penyokong sendiri di Stadium Darul Makmur, Kuantan apabila berada di hadapan seawal minit ke-17 menerusi jaringan R. Gopinathan. Namun Alex menyamakan kedudukan enam minit kemudian tetapi Matias Conti kembali meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-49.

Keputusan mengejut mula terbayang apabila Felda United kembali menyamakan kedudukan menerusi Edward Junior Wilson pada minit ke-63 sebelum pemain tengah Shukor Adan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban, Bobby Gonzalez menjaringkan gol pada minit ke-12 dan 67 ketika membantu PDRM menang selesa ke atas T-Team.

Penyerang dari Maldives, Ashfaq Ali turut menemui sasaran pada minit ke-24 dan gol keempat dijaringkan gol Charles Chad Souza pada minit ke-84 sebelum PDRM membenarkan pasukan pelawat menjaringkan gol sagu hati menerusi sepakan penalti Jimmy Mulisa dua minit sebelum perlawanan tamat.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Pulau Pinang dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Georgetown.

Amri Yahyah yang pertama kali beraksi selepas menamatkan hukuman gantung perlawanan meledak gol pertama pada pada minit ke-13 sebelum Safiq Rahim menggandakan jaringan seminit kemudian namun Pulau Pinang berjaya merapatkan kedudukan menerusi Lee Gil Hoon pada minit ke-65.

Pemain dari Argentina, Pereyra Diaz memastikan pasukan Harimau Selatan membawa pulang tiga mata berharga dengan menjaringkan gol ketiga lima minit kemudian.

Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor pula bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dengan menewaskan Sime Darby 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium MPS, Selayang.

Gol pertama Selangor dijaringkan penyerang dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-18 sebelum Hazwan Bakri meletakkan mereka pada kedudukan selesa pada minit ke-34.

Kelantan turut meraih tiga mata penuh selepas mengetepikan cabaran ATM 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi menjaringkan dua gol pada minit ke-60 dan 88 setelah Francis Forkey Doe menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-51.

Terengganu pula meranapkan impian Perak untuk merakam kemenangan ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Bos Gaurus 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Abdul Manaf Mamat membuka tirai jaringan pada minit ke-30 selepas menerima hantaran cantik daripada Vincent Bikana sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Nasir Basharuddin dua minit kemudian.

Norfarhan Mohamad menjadi wira skuad Penyu apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-50 selepas benteng pertahanan pelawat gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kemenangan pertama selepas menundukkan Lions XII di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

JDT II meraih gol pertama pada pada minit ke-21 menerusi rembatan rendah Syafiq Shahrudin sebelum Lions menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi Hafiz Sujad.

Skuad kendalian Azmi Mohamed memastikan kemenangan menerusi jaringan pemain gantian Fandi Ahmad ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Aksi di Stadium Negeri, Kuching menyaksikan Kedah membawa pulang tiga mata selepas menundukkan tuan rumah 2-1 dengan pasukan pelawat membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi Mohd. Farhan Roslan sebelum Ryan Griffith menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan keputusan seri, Billy Osman Mehmet muncul wira Lang Merah apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140824/su_01/Tok-Gajah-tumbang-PDRM-cemerlang#ixzz3BNJHAv7L  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17: fasa pertama meyakinkan

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

NORIAH Daud (tiga, kiri) ibu kepada pembantu juruterbang pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi tidak dapat menahan kesedihan semasa memegang keranda jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kelmarin. - BERNAMA

Tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu belum selesai walaupun sebahagian daripada mangsa rakyat negara ini dibawa pulang Jumaat lalu. Tragedi itu mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal dan menjadi tumpuan dunia apabila pesawat itu terhempas di kawasan yang dikuasai oleh pemisah pro-Rusia di Ukraine. Ini membuatkan pasukan penyelamat antarabangsa tidak mendapat akses memasuki kawasan konflik.

Ini bukan tragedi pesawat terhempas yang disebabkan oleh masalah teknikal. Sebaliknya pesawat ini menjadi mangsa apabila melalui ruang udara kawasan konflik yang melibatkan Rusia, Ukraine dan tidak terkecuali Amerika Syarikat (AS) yang menyokong Ukraine yang berkonflik dengan Rusia. Fasa pertama yang sangat mencabar untuk mengeluarkan semua mangsa yang terkorban dari kawasan konflik dan kotak hitam yang disimpan oleh puak pemisah berjaya dilakukan tanpa insiden yang tidak diingini. Tanpa diduga tragedi ini membawa Malaysia terseret dalam konflik antarabangsa bukan sahaja kerana MH 17 milik negara ini tetapi 43 mangsa yang terkorban juga rakyat Malaysia.

Kita tidak ada pilihan kecuali menjadi pemain utama untuk menembusi fasa pertama mengeluarkan mangsa dari kawasan konflik walaupun Belanda tidak lepas tangan kerana banyak rakyatnya turut terkorban. Tragedi yang tercatat dalam sejarah industri penerbangan antarabangsa ini, dunia tentunya tidak dapat menafikan sumbangan besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berjaya mengadakan rundingan langsung menerusi telefon dengan ketua pemisah Alexander Borodai, dan bersetuju membenarkan pasukan penyelamat dan forensik memasuki kawasan konflik.

Tentunya tanpa diplomasi Najib dan pendirian Malaysia yang berkecuali dalam isu antarabangsa yang melibatkan Rusia, Ukraine dan AS, sudah pasti harapan untuk membawa pulang jenazah mangsa terlalu tipis. Najib telah merintis fasa pertama yang cukup sukar serta penuh risiko. Ini adalah permulaan fasa-fasa seterusnya yang tidak kurang cabaran serta banyak halangan terutama untuk mengheret penjenayah ke muka pengadilan.

MH 17 adalah maruah negara ini. Memperjuangkan keadilan kepada mangsa adalah tanggungjawab Malaysia. Walaupun fasa seterusnya belum bermula tetapi kerajaan tidak boleh berlengah-lengah untuk meneliti ruang yang ada dalam undang-undang bagi mendakwa penjenayah yang membunuh semua penumpang MH 17. Memang ini suatu yang sangat rumit dan sukarnya berganda. Tetapi kita tidak ada pilihan untuk memulihkan pandangan dunia kepada Malaysia. Fasa pertama yang kita saksikan Jumaat lalu sedikit sebanyak memulihkan pandangan dunia selepas pesawat MH 370 hilang dan tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu.

Tragedi kehilangan misteri MH 370 telah menjejaskan nama negara di mata dunia. Sekalipun kerajaan dan agensi yang terlibat bertungkus-lumus merungkai misteri ini serta melibatkan banyak negara lain, sehingga kini masih seperti hari pertama: tidak ada satu pun petanda yang boleh dikaitkan dengan MH 370. Bagaimanapun negara dan rakyat wajar berbangga dengan pendekatan Najib berunding dengan ketua puak pemisah yang Rusia dan Ukraine sendiri tidak dapat melakukannya.

Malang yang bertimpa-timpa; kehilangan MH 370, kerugian paling besar yang dialami oleh MAS ketika ini dan tragedi MH 17 ditembak jatuh sedikit sebanyak mengganggu dan menjejaskan semangat rakyat yang prihatin kepada negaranya. Kehilangan MH 370 membuka ruang untuk dunia mempersoalkan sistem pertahanan dan keselamatan negara ini apabila sebuah pesawat sebesar itu boleh hilang tanpa sebarang petanda. Kerugian yang berterusan dan hampir melumpuhkan MAS juga memberikan kesan yang bukan kecil kerana dunia akan mempersoalkan ketidakcekapan kita menguruskan syarikat penerbangan milik negara.

Maka dalam konteks ini MH 17 menjadi suatu yang sangat penting bagi Malaysia memperlihatkan kemampuan untuk menguruskan satu jenayah bertaraf antarabangsa, didalangi pula oleh kuasa besar serta kelicikan mereka menghapuskan bukti. Pada masa sama kita tidak boleh menafikan banyak teori yang dianggap konspirasi melibatkan kuasa besar tertentu sebagai tangan ghaib yang mengatur insiden ini.

Melanggar prinsip

Sebenarnya tindakan menembak jatuh pesawat MH 17 merupakan satu perbuatan bertentangan serta melanggar prinsip yang dipersetujui dalam Konvensyen Chicago yang diiktiraf Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Resolusi 1067 (1996). Bagaimanapun kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai bidang kuasa menjalankan pendakwaan terhadap penjenayah kerana Malaysia dan Belanda menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Tambahan pula bidang kuasa ICC hanya melibatkan insiden jenayah perang serta tiada negara yang terlibat ingin melakukan pendakwaan.

Begitu juga bidang kuasa Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) yang hanya melibatkan pertelingkahan antara dua negara dan bukannya insiden seperti MH 17. Bagaimanapun penjenayah tetap boleh dihadapkan ke muka pengadilan melalui undang-undang negara ini iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Dalam soal ini pendirian Malaysia adalah jelas iaitu mahu mendakwa penjenayah di negara ini dengan menggunakan akta tersebut.Kes ini menjadi tanggungjawab Malaysia kerana melibatkan harta milik negara.

Dari sisi lain MH 17 telah menjadi kajian kes kepada industri penerbangan antarabangsa tentang perlunya pesawat komersial dilengkapi peralatan penangkis peluru berpandu. Malaysia mesti memainkan peranan penting dan menonjol dalam pelan anjakan kepada badan penerbangan antarabangsa tentang perlunya penangkis peluru berpandu ini. Malaysia mesti dilihat sebagai pejuang yang memastikan nyawa penumpang pesawat komersial di seluruh dunia dilindungi dengan melobi penggunaan penangkis peluru berpandu.

Tragedi MH 17 sebenarnya telah membuka mata pemain-pemain utama industri penerbangan dunia tentang undang-undang PBB yang melarang pesawat komersial dilengkapkan dengan penangkis peluru berpandu. Hal ini dikemukakan oleh dua badan utama dalam industri penerbangan iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam mesyuarat di Montreal, Kanada berikutan tragedi MH 17.

Setiausaha Agung ICAO, Raymond Benjamin dan Pengarah IATA, Tony Tyler membuat desakan bersama supaya pesawat komersial dibenar untuk dilengkapkan dengan senjata anti peluru berpandu dengan mengambil tragedi MH 17 sebagai satu kajian kes yang melibatkan orang awam. Tony Tyler misalnya menekankan bahawa MH 17 telah membuktikan tentang peri pentingnya pesawat komersial dilengkapkan dengan senjata anti peluru berpandu, bukan untuk berperang tetapi menjaga keselamatan penumpang yang terdiri daripada orang awam.

Walau apa sekalipun tragedi ini ada hikmahnya, setidak-tidaknya kepada industri penerbangan yang melibatkan berjuta-juta nyawa penumpang. Sekiranya MH 17 dilihat sebagai titik tolak untuk menilai semula undang-undang antarabangsa yang melarang penangkis peluru berpandu, ini juga satu hikmah. Ia memberi keyakinan kepada kita bahawa fasa-fasa seterusnya mampu ditangani dengan tenang tanpa hilang matlamat asal membawa semua penjenayah ke muka pengadilan. Jalannya tetap ada walaupun jauh dan berliku.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140824/re_01/MH17-fasa-pertama-meyakinkan#ixzz3BNHTbX4k  © Utusan Melayu (M) Bhd