Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 3 June 2015

SUKAN SEA 2015 : Katrina, Zylane di landasan emas

03 Jun 2015 12:42 AM


KATRINA ANN ABDUL HADI (kanan) dan Lee Hying Huey mempamer aksi baik dalam saingan renang berirama duet teknikal semalam untuk mendahului peserta lain.

SINGAPURA – Hasrat Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee Ying Huey untuk menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan SEA Singapura berada di landasan terbaik apabila mendahului saingan renang berirama duet teknikal di Pusat Akuatik OCBC, semalam.

Persembahan menarik Katrina dan Zylane bukan saja memukau penonton, malah mencuri perhatian juri yang menghadiahkan 75.3436 mata kepada pasangan negara itu untuk membolehkan mereka me­ngatasi dua pasangan tuan rumah.

Peluang untuk Katrina dan Zylane dikalungkan emas cerah kerana 50 peratus daripada markah yang diraih dalam di­si­p­lin duet teknikal semalam akan dicampur dengan markah yang bakal diperoleh dalam rutin bebas hari ini, sebelum mereka bersaing pada peringkat akhir esok.

“Saya puas hati dengan persembahan hari ini kerana peluang untuk memenangi pi­ngat emas ada, namun kami kena kekal fokus apabila turun dalam rutin bebas esok (hari ini). Tunggu dan lihat apa akan berlaku,” kata Katrina.

Pasangan Singapura, Chen Mei Qi dan Crystal Yap Yu Hui mengekori di tangga kedua de­ngan 73.9705 mata, manakala rakan senegara mereka, Chen Mei Qing dan Soh Li Fei di tempat ketiga menerusi 70.4160 mata.

Hari ini, semua lapan pasa­ngan yang bertanding akan turun sekali lagi untuk memperagakan kehebatan masing-masing dalam rutin bebas dan hanya enam terbaik akan melayakkan diri ke final esok.

Sementara itu, Zylane berkata, mereka akan berusaha untuk mempamerkan aksi konsisten agar tidak tersasar daripada landasan mendapatkan pingat emas.

“Sasaran kami adalah cuba mengekalkan kedudukan teratas dalam rutin bebas esok.

“Kami tidak boleh cepat berpuas hati dengan keputusan hari ini, sebaliknya kami perlu kekal konsisten sehinggalah saingan akhir,” ujar Zylane.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/katrina-zylane-di-landasan-emas-1.98525#sthash.VNdknqTk.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Malaysia ikat Singapura 35-35

03 Jun 2015 12:42 AM


SINGAPURA – Turun sebagai dua pasukan terbaik dalam Sukan SEA 2015, juara Asia, Singapura dan juara bertahan Sukan SEA, Malaysia nyata sama handal apabila terikat 35-35 pada perlawanan ketiga acara bola jaring di OCBC Arena, semalam.

Pemain Malaysia, Nurul Adha Abu Bakar (tengah) dihalang dua pemain Singapura dalam perlawanan pusingan awal bola jaring Sukan SEA di OCBC Arena, Singapura semalam. Kedua-dua pasukan terikat 35-35.

Selepas melakar kemenangan besar dalam dua perlawanan pertama masing-masing, kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi bola jaring di peringkat Asia Tenggara nyata sukar untuk menumpaskan satu sama lain.

Keputusan seri dianggap penamat terbaik buat mereka, malah bagi Malaysia kejayaan mengikat Singapura boleh dianggap satu kejutan.

Acara bola jaring yang disertai enam pasukan berlangsung secara liga, di mana empat pasukan terbaik akan melayakkan diri ke separuh akhir.

Selepas tamat tiga perlawanan, Malaysia kini mengungguli tangga teratas, diikuti Singapura, Thailand dan Brunei.

Dalam dua perlawanan terdahulu, Malaysia melakar kemenangan besar 84-22 ke atas Myanmar, diikuti membelasah Filipina 112-11. Singapura pula menumpaskan Brunei 72-21 dan Thailand 65-24.

Jurulatih negara, Aminah Asaari berkata, keputusan seri amat memuaskan buat Malaysia kerana Singapura merupakan pa­sukan terbaik di Asia Tenggara.

“Saya gembira dengan keputusan yang dicatat hari ini dan pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Kami memang menjangkakan perlawanan ini akan berlangsung sengit, biarpun ia hanya pusingan awal. Walaupun beraksi di depan ribuan penyokong mereka (Singapura), namun kami berjaya menghadapi situasi itu dengan baik,” ujar Aminah.

Dalam perlawanan tumpuan yang turut dihadiri oleh Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria itu, Malaysia bermula dengan baik, selain berjaya menguasai suku kedua.

Begitupun, kelebihan ketinggian yang dimiliki oleh penjaga gol Singapura, Chen Li Li telah menyukarkan anak-anak buah Aminah untuk menambah jaringan.

Aksi penuh dramatik dapat di­lihat pada suku keempat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling kejar mengejar bagi mendapatkan jaringan, sebelum keputusan muktamad 35-35.

Hari ini, skuad bola jaring negara dijadual bertemu Brunei sebelum menentang Thailand esok.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/malaysia-ikat-singapura-35-35-1.98527#sthash.uAUnUSWn.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Pingat pertama negara

03 Jun 2015 12:43 AM


HO YING (empat dari kiri) dan Lee Rou You bergambar bersama pasangan Thailand yang berkongi pingat gangsa dan dua pasangan Singapura yang memenangi pingat emas dan perak semalam. REUTERS

SINGAPURA – Pasangan Ho Ying dan Lee Rou You menepati jang­kaan apabila meng­hadiahkan pingat pertama untuk kontinjen negara setelah berkongsi tempat ketiga apabila tewas dalam separuh akhir beregu wanita individu acara pingpong Sukan SEA 2015 semalam.

Ho Ying-Rou You ternyata bukan lawan kepada beregu tuan rumah Feng Tianwei-Yu Mengyu apabila tumpas 9-11, 7-11, 8-11, 4-11 kepada pilihan pertama itu.

Pasangan yang kalah dalam dua perlawanan separuh akhir berkongsi pingat gangsa.

Singapura sudah pasti meraih emas dan perak setelah satu lagi pasangannya Lin Ye-Zhou Yihan turut ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Nanthana Komwong-Suthasini Sawettabut dari Thailand dalam satu lagi separuh akhir.

Rou You berkata, walaupun gem­bira kerana menghadiahkan pingat pertama untuk kontinjen negara, namun dia kesal kerana sering me­lakukan kesilapan sehinggakan ga­gal memberikan saingan sengit kepada pemenang gangsa Olimpik London tiga tahun lalu itu.

“Antara kesilapan yang dilakukan adalah ketika melakukan ser­vis. Saya sedikit kecewa kerana jika kami bermain dengan baik sudah tentu kami mampu untuk memberikan tentangan sengit kepada mereka.

“Bagi saya semua ini akan menjadi pengalaman paling bermakna buat kami berdua. Dalam masa sama kami gembira kerana dapat menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara,” katanya selepas tamat perlawanan.

Ho Ying-Rou You hanya mempa­merkan aksi meyakinkan dalam set awal sahaja sebelum pasangan Singapura berasal dari China itu menguasai sepenuhnya pertembungan semalam.

Dalam Sukan SEA kali ini skuad pingpong negara meletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga gangsa, menyamai pencapaian dua tahun lalu di Myanmar. – utusan

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/pingat-pertama-negara-1.98534#sthash.7zOZeCdH.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Malaysia lunyai dikerjakan Vietnam

03 Jun 2015 12:43 AM


Pemain-pemain Malaysia kelihatan berjalan keluar padang dengan wajah kecewa selepas kalah 1-5 kepada Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - BERITA Mohd. Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan seakan-akan memberi petanda buruk kepada skuad bola sepak Bawah 23 negara apabila dibelasah 5-1 oleh Vietnam yang mendapat dua penalti kontroversi dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Sukan SEA di Stadium Bi­shan semalam.

Walaupun kekalahan besar itu menyaksikan Malaysia kekal di anak tangga ketiga carta kumpulan, namun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee itu tiada pilihan lain kecuali menewaskan Thailand dalam perlawanan esok jika mahu mengetuk pintu separuh akhir.

Keputusan semalam juga me­nyaksikan Vietnam memintas kedudukan Thailand untuk berada di anak tangga teratas berdasarkan kelebihan jaringan setelah kedua-duanya mengutip enam mata.

Malam malang skuad negara bermula dengan jaringan penalti Mac Hong Quan pada minit ke-14 dan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-45 untuk Vietnam mendahului 2-0 ketika rehat.

Vietnam memberikan igauan ngeri buat pasukan negara dengan menambah dua lagi gol pada minit ke-47, sekali lagi melalui sepakan penalti yang disempurnakan Vo Huy Tuan dan jaringan kedua peribadi oleh Cong Phuong pada minit ke-53.

Jaringan saguhati skuad Bawah 23 tahun disumbangkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-78 namun pantas dibalas oleh Nguyen Van Toan, seminit kemudian.

Kehadiran Saiful Ridzuwan Selamat untuk menampung ketia­daan Nazmi ternyata tidak dapat membantu apabila dia gagal menjalankan peranan dengan berkesan selaku perancang di bahagian tengah dan terpaksa digantikan de­ngan Syahrul Azwari Ibrahim sebaik sahaja babak kedua bermula.

Segala-galanya serba tidak menjadi buat skuad negara di setiap bahagian dengan Vietnam membuktikan mereka cukup ampuh melalui serangan balas dan hantaran yang pantas dan tepat.

Kim Swee mengakui kekalahan 1-5 itu antara yang terburuk dalam kariernya selaku jurulatih.

“Ini adalah keputusan paling mengecewakan dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

“Kami tidak bermain dengan baik dan melakukan dua kesilapan yang menjadi punca kekalahan kami serta dua penalti yang diberikan terlalu melampau.

“Walaupun saya kurang pasti sama ada itu penalti atau tidak (tetapi) sememangnya kami bermain dengan buruk.

“Sekarang ini kami tiada pilihan lain kecuali melakukan segala-galanya apabila bertemu Thailand walaupun kepenatan. Seri atau kalah kami bakal terkeluar,” kata­nya selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Vietnam, Toshiya Miura mengakui kesilapan individu membuka ruang kepada pasukannya merakamkan kemenangan besar ke atas Malaysia.

“Secara taktikalnya, tiada apa yang salah terhadap taktikal pasukan Malaysia cuma kesalahan individu beberapa pemain menjadi punca kemenangan kami,” kata­nya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-lunyai-dikerjakan-vietnam-1.98536#sthash.turU0I3t.dpuf


Tuesday, 2 June 2015

The Sense, Credibility and Accountability: 3 CARA bagaimana PM KETURUNAN Bugis ini ambil penD...

The Sense, Credibility and Accountability: 3 CARA bagaimana PM KETURUNAN Bugis ini ambil penD...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. TAHUkah anda 3 CARA kerajaan KUTIP DUIT daripada RAKYAT macam kita ini? KUTIP DUIT MENERUSI ...

SUKAN SEA 2015 : Skuad Kim Swee menang dalam gundah

MUHAMMAD DAYNE AZMIN DAN ZAZALI JAMIAN | 31 Mei 2015 12:16 AM


Pemain Malaysia, Mohd. Syafiq Ahmad (tengah) cuba merebut bola dari kawalan pemain Timor Leste, Rosa Ribeiro Paulo Helber dalam perlawanan Kumpulan B, Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. MINGGUAN/Abdul Razak Latif

SINGAPURA - Perlawanan yang sepatutnya mudah dihadapi skuad Bawah 23 negara hampir menjadi mimpi ngeri apabila bermain dengan sepuluh orang hampir 60 minit ketika menang 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan sulung Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan semalam.

Garang sepanjang setengah jam permainan, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dikejutkan dengan pemberian kad merah kepada tonggak tengah Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-32 yang didakwa menumbuk dan cuba meludah Fi­lipe Oliveira.

Walaupun pada awalnya pengadil Foo Chuan Hui dari Si­ngapura tidak memberikan sebarang hukuman kepada Nazmi, namun mengubah tindakannya setelah dimaklumkan oleh pegawai keempat perlawanan Yousef Al-Marzouq yang mengesan insiden itu.

Ketiadaan Nazmi jelas mengganggu mental rakan-rakannya yang sebelum itu memecah kebuntuan pada pada minit ke-11 menerusi percubaan jarak dekat D. Saarvindran.

Nazmi akan digantung dua perlawanan dan tidak akan beraksi dalam perlawanan penting, berdepan Vietnam dan Thailand selepas ini.

Jaringan tunggal negara tercipta hasil kerja keras Muhd. Nurridzuan Abu Hassan yang membawa bola dari sebelah kiri dan Mohd. Syafiq Ahmad berjaya mengumpan kepada Saarvindran yang melakukan sepakan leret menewaskan penjaga gol Ramos Maxanches.

Pada minit ke-15, Syafiq sepatutnya boleh menggandakan kelebihan skuad negara ekoran kecuaian pertahanan Timor Leste namun percubaan penye­rang Kedah itu ditepis biarpun hanya berdepan penjaga gol.

Ketandusan jaringan memaksa Kim Swee melakukan rombakan, memasukkan S. Kumaahran dan Nazirul Naim Che Hashim 10 minit selepas babak ke­dua bermula.

Bagaimanapun, situasi itu tidak merubah corak permainan skuad negara yang kelihatan hilang punca pada penghujung permainan.

Malah, skuad negara bernasib baik apabila penjaga gol Mohd. Farhan Abu Bakar menyelamatkan dua percubaan berbahaya melalui sepakan jarak jauh.

“Saya percaya kita boleh bermain dengan baik jika beraksi de­ngan 11 pemain.

“Jika insiden melibatkan Nazmi Faiz berlaku seperti didakwa, sudah tentu saya amat kecewa. Buat masa ini saya masih belum melihat rakaman insiden tersebut.

“Jika dia boleh dikenakan penggantungan tambahan, saya akan arahkan dia balik kerana tiada sesiapa pemain bintang di dalam pa­sukan ini.

“(Namun) bagi saya kemenangan ini amat penting kepada pasukan biarpun menang tipis,” kata Kim Swee.

Sementara itu, jurulatih Timor Leste, Fabio Da Silva tetap berpuas hati dengan komitmen barisan pemainnya meskipun tewas kepada Malaysia.

“Walaupun kalah tetapi saya puas hati dengan komitmen pemain saya.

“Saya juga amat kecewa dengan insiden meludah dalam perlawanan ini kerana dalam bola sepak pemain tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian,” katanya. – MINGGUAN- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-kim-swee-menang-dalam-gundah-1.97416#sthash.zXOi14xf.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Bola jaring berpesta, benam Myanmar

ZAZALI JAMIAN | 01 Jun 2015 1:15 AM

SINGAPURA – Bagaikan merindui pentas Sukan SEA selepas 14 tahun acara bola jaring tidak dipertandingkan, pasukan negara memulakan kempen mempertahankan kejua­raan dengan langkah agresif apabila membelasah Myanmar 84-22 dalam aksi pembukaan di OCBC Arena, semalam.

Pemain Malaysia, Yap Suo Kuen (kiri) mencabar pemain Myanmar

Malaysia yang merupakan juara bola jaring Sukan SEA ketika kali terakhir acara tersebut dipertan­dingkan dalam temasya Kuala Lumpur 2001 nyata bukan tandingan Myanmar apabila menguasai sebahagian besar permainan.

Kemenangan besar itu nyata melonjakkan semangat pemain negara untuk memburu pingat emas di Singapura, malah mereka sekali lagi dilihat sebagai pilihan untuk mencatat kemenangan kedua apabila berdepan Filipina hari ini.

Kapten skuad kebangsaan, Yap Suo Kuen berkata, pasukannya telah memanfaatkan kelebihan ketinggian pemain untuk mendapatkan jaringan dengan sebaiknya.

“Menggunakan pemain yang tinggi dalam perlawanan ini adalah antara taktikal utama kita ketika menentang Myanmar. Kita akan kekalkan corak permainan sebegini apabila menentang pasukan lain, namun kami tetap mempunyai taktikal lain yang boleh dipelbagaikan.

“Kemenangan ini membuatkan kami lebih bersemangat dan tidak sabar untuk meneruskan aksi seterusnya selepas ini,” kata Suo Kuen.

Sementara itu, Suo Kuen turut menjangkakan pasukan negara berupaya untuk meraih kemenangan besar dalam aksi kedua menentang Filipina hari ini.

“Kami belum pernah menentang Filipina dan saya yakin pemain sudah pasti mahu mengekalkan kemenangan pada aksi kedua nanti.

“Dalam masa sama kami juga tidak mahu terlalu yakin kerana kebanyakan pemain lawan (Filipina) ramai yang tinggi-tinggi,” kata Suo Kuen.

Tuan rumah, Singapura yang dianggap pilihan utama untuk merampas pingat emas daripada Malaysia turut memulakan kempen dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei 72-21.

Filipina pula nyata belum mampu menjadi pesaing utama acara bola jaring peringkat Asia Tenggara apabila dibelasah Thailand 22-62.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-jaring-berpesta-benam-myanmar-1.97848#sthash.BN4RHzOu.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Kuda sendiri cerahkan peluang raih emas

01 Jun 2015 1:15 AM


KAJANG – Berpeluang membawa kuda sendiri, Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berharap skuad equestrian negara dapat memanfaatkan kelebihan itu, sekali gus menjelmakan pingat emas di Sukan SEA Singapura kali ini.

Jelasnya, ini kerana pada temasya di Myanmar dua tahun lalu, skuad negara berdepan masalah kerana terpaksa meminjam kuda yang disediakan tuan rumah bagi acara berpasukan.

“Saya harap mereka mampu manfaatkan peluang ini kerana kuda merupakan faktor penting dalam acara ekuestrian. Kuda-kuda ini telah diperiksa oleh doktor dan melalui proses kuarantin. Saya harap kuda-kuda ini tidak mengalami sebarang masalah dalam perjalanan ke sana (Singapura).

“Bila kuda dalam keadaan baik, penunggang juga dapat beraksi dengan baik. Semuanya tentang kombinasi dan keserasian antara kuda dan penunggang. InsyaAllah mereka mampu melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan ekuestrian ke Sukan SEA 2015 Singapura di Kelab Ekuestrian Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, semalam.

Skuad ekuestrian negara pernah meraih tiga pingat emas dalam acara endurance individu, berpasukan dan dressage pada Sukan SEA 2013 Myanmar.

Bagaimanapun pada temasya kali ini, mereka hanya mensasarkan dua emas memandangkan acara endurance tidak dipertandingkan.

Sementara itu, peserta acara dressage, Muhammad Shaiful Azwan Mohamad Din berkata, pasukannya tampak lebih yakin untuk menggalas cabaran negara ke temasya kali ini memandangkan segala persiapan telah berjalan dengan lancar.

“Dari segi kuda kita terapkan pemakanan dan latihan, saya harap keadaan fizikal dan mental kuda berada dalam keadaan baik.

“Kuda kita juga antara yang terbaik kali ini berikutan kita telah menerapkan latihan secara konsisten, malah jurulatih turut memberi maklum balas yang baik. Saya harap perkara ini akan kekal di sana nanti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/kuda-sendiri-cerahkan-peluang-raih-emas-1.97851#sthash.sAr2face.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Katrina idam emas sulung Malaysia

01 Jun 2015 1:16 AM


KATRINA ANN ABDUL HADI (kanan) dan Lee Hying Huey menjalani latihan di Pusat Akuatik OCBC Singapura semalam sebelum memulakan kempen renang berirama Sukan SEA, esok.

SINGAPURA – Ratu renang negara, Katrina Ann Abdul Hadi optimis mampu menyumbangkan pingat emas pertama buat kontinjen negara pada Sukan SEA 2015 menerusi acara renang berirama berpasangan yang bakal bermula di Pusat Akuatik OCBC, esok.

Kata Katrina, dia dan pasangan Lee Hying Huey diletak sebagai sandaran utama untuk mendapatkan pingat emas kerana berada pada prestasi yang baik pada musim ini.

“Cabaran utama pastinya akan hadir daripada atlet Singapura, namun kami tahu bagaimana mahu mengatasinya.

“Dalam masa sama kami juga telah meningkatkan tahap kesukaran dalam rutin ini untuk membolehkan kami meraih mata yang tinggi.

“Bagaimanapun, kami perlu memastikan setiap pergerakkan sentiasa seirama dan kemas,” katanya selepas tamat sesi latihan di Pusat Akuatik OCBC, sini, semalam.

Skuad renang berirama mele­takkan sasaran satu emas daripada tiga acara yang dipertandingkan.

Namun begitu, mereka sekadar meletakkan harapan pingat tanpa sebarang warna khusus dalam acara berpasukan.

Sementara itu, jurulatih skuad renang berirama negara, Long Yan berkata, skuad yang diturunkan untuk aksi Sukan SEA kali ini kebanyakan terdiri daripada pe­renang muda yang semakin me­ningkat naik.

Tambah Long Yan, kesemua perenang tersebut bakal menjadi sandaran utama untuk aksi Sukan SEA 2017 di Malaysia.

“Mereka memerlukan pendedahan dan ini adalah peluang terbaik untuk atlet muda ini meningkatkan tahap keyakinan mereka.

“Saya amat yakin dengan semua perenang muda ini dan tidak mustahil mereka mampu untuk melakukan kejutan,” kata Long Yan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/katrina-idam-emas-sulung-malaysia-1.97864#sthash.HFPDqHcA.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Bola keranjang sasar emas

MOHAMMAD 
ROZAIDI ZULKIFLI | 02 Jun 2015 12:44 AM


SETIAUSAHA Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi (belakang, tujuh dari kiri) bergambar bersama skuad bola keranjang wanita negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA Singapura dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang di Wisma MABA, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Utusan/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Turun dengan reputasi besar selaku juara 12 kali, skuad bola ke­ranjang wanita negara tidak boleh menetapkan sasaran kurang daripada emas apabila beraksi pada Sukan SEA di Singapura.

Walaupun terlepas emas dalam dua edisi terakhir di Myanmar 2013 dan Indonesia 2011, namun pasukan negara tetap memasang impian besar.

Kapten negara, Nur Izzati Yaakob menegaskan, misi pasukanhya adalah mengembalikan zaman kegemilangan bola keranjang Malaysia, biarpun sedar laluan tidak mudah, terutama dari Thailand dan Filipina.

“Ini adalah penyertaan ketiga saya dalam Sukan SEA, harap tuah akan menyebelahi pasukan kali ini.

“Selepas sekadar meraih gangsa dalam dua penyertaan terakhir di Indonesia dan Myanmar, saya ya­kin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan kali ini.

“Mungkin skuad kali ini menampilkan ramai muka baharu, tetapi saya percaya harapan me­raih pingat emas boleh dilakukan selepas melakukan persiapan terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Malaysia sebelum ini merupakan kuasa bola keranjang wanita Sukan SEA dengan meraih empat kejuaraan berturut-turut pada 1997 (Jakarta), 2001 (Kuala Lumpur), 2003 (Vietnam) dan 2007 (Korat). Bola keranjang tidak dipertandingkan di Brunei 1999 dan Manila 2005.

Pasukan negara juga meraih emas pada 1993, 1989, 1987, 1985, 1983, 1981, 1979 dan 1977.

Malaysia akan membuka kempen dengan menentang Indonesia pada 9 Jun, diikuti Thailand (10 Jun), Filipina (11 Jun), Singapura (13 Jun) dan Vietnam (15 Jun).

Saingan berlangsung secara liga, bermakna pingat emas akan menjadi milik pasukan yang mengutip mata tertinggi.

Izzati yang menggalas tugas kap­ten buat kali pertama berkata, dia dan rakan-rakan sudah bersedia untuk mencurahkan segala ilmu yang dipelajari di China.

“Pada saya, tiada masalah dari segi kemahiran..kami sudah me­nguasainya, cuma apa yang perlu dipertingkatkan ialah kekuatan mental,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-keranjang-sasar-emas-1.98134#sthash.ln8Y4yji.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Ariff atau Saiful jadi pilihan?

02 Jun 2015 12:44 AM


SINGAPURA – Mohd. Ariff Farhan Mohd. Isa dan Saiful Ridzuwan Selamat bersedia menggalas kekosongan yang ditinggalkan Mohd. Nazmi Faiz Mansor seandainya menjadi pilihan jurulatih bola sepak, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi Vietnam dalam aksi kedua Sukan SEA, hari ini.

Walaupun sedar peminat pasti akan membandingkan mereka de­ngan Nazmi yang dianggap pemain paling kreatif dalam pasukan, Ariff atau Saiful tiada rasa sangsi terhadap keupayaan diri sendiri bagi menggalas tanggungjawab penting untuk mencari kemenangan.

Bagi Ariff, 19, yang berasal Pokok Sena, Kedah, walaupun dia merupakan pemain paling muda dalam pa­sukan, namun perkara itu tidak menggentarkannya untuk diturunkan.

Malah, semangatnya nyata membuak-buak untuk membalas dendam terhadap kekalahan kepada Vietnam pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 23, Mac lalu.

“Walaupun ini merupakan Sukan SEA pertama saya, namun saya bersedia jika jurulatih memilih saya. Tidak kisahlah sama ada beraksi di posisi tengah atau bahagian lain, saya bersedia membalas kepercayaan jurulatih.

“Kekalahan kepada Vietnam pada kelayakan Piala AFC Bawah 23 lalu masih menghantui saya. Ia menyebabkan kami tidak layak ke pusingan akhir, malah sebelum itu kami turut tewas kepada mereka pada Piala Newspaper, tahun lalu.

“Jadi, berdepan Vietnam buat kali ketiga, takkan kami hendak kalah lagi kepada mereka dan ini medan terbaik memadamkan kekecewaan.

“Saya memang tertunggu-tunggu saat ini, kalau saya diturunkan esok (hari ini),” kata Ariff yang ditemui selepas sesi latihan skuad negara, semalam.

Sementara itu, Saiful yang tiba ke Singapura selaku pemain terakhir kerana baru menduduki pe­periksaan akhir semester di Universiti Putra Malaysia (UPM), ia bukan menjadi satu masalah besar sekiranya dia dimasukkan dalam ke­sebelasan utama.

Faktor kecergasan pelajar jurusan Sains Sukan UPM itu sebelum ini menjadi persoalan kerana dia jarang diturunkan bersama Sela­ngor.

Menurut pemain yang lebih mesra dengan panggilan Wak, pengalaman pernah beraksi dengan Gary Steven Robbat dan Amirul Hisyam Awang Kechikmenjadi ke­lebihan buat dirinya untuk cepat menyesuaikan diri.

Malah, dia juga sudah biasa de­ngan permainan serta sistem yang diterapkan oleh Kim Swee, namun dia tetap dia tidak mahu diban­dingkan dengan Nazmi.

“Jika orang ada hendak membandingkan saya dengan Nazmi, itu terpulang kepada mereka namun saya ada cara tersendiri, apa yang penting ialah saya mampu melaksanakan tugasan diberikan oleh jurulatih.

“Tiada tekanan kerana telah melakukan persediaan rapi sebelum datang ke sini dan sekiranya jurulatih menurunkan saya, itu bukan satu masalah besar kerana semasa di Liga Australia, saya kerap bermain bersama Gary dan Amirul.

“Menentang Vietnam yang me­rupakan lawan cukup pantas di sebelah kiri dan kanan, selain memiliki kawalan bola yang baik di bahagian tengah, saya rasa jurulatih pasti ada perancangan istimewa,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ariff-atau-saiful-jadi-pilihan-1.98145#sthash.A83Chgbb.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Pingat pertama dalam genggaman

02 Jun 2015 12:44 AM


LEE ROU YOU (kiri) dan Ho Ying membalas pukulan pasangan Indonesia, Dwijayanti Gustin-Hawwa Kharisma Nur pada suku akhir ping pong beregu wanita di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

SINGAPURA – Pingat pertama Malaysia pada Sukan SEA 2015 kini sudah dalam genggaman apabila gandingan Ho Ying-Lee Rou You melangkah ke separuh akhir acara ping pong beregu wanita di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Ho Ying-Rou You melepasi sai­ngan suku akhir menerusi kemenangan selesa 11-6, 11-8, 11-6 ke atas pasangan Indonesia, Dwijayanti Gustin-Hawwa Kharisma Nur.

Kejayaan melangkah ke separuh akhir bermakna, pasangan negara itu sudah mengesahkan sekurang-kurangnya gangsa, sekali pun ter­singkir dalam saingan hari ini.

Ho Ying-Rou You kini bakal berdepan beregu pilihan tuan rumah yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia, Feng Tianwei-Yu Mengyu.

Feng Tianwei-Yu Mengyu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan Thailand, Paranang Orawan-Khetkhuan Tamolwan 11-8, 13-11, 11-6.

Menurut Ying Ho, dia tidak menyangka mampu menewaskan gan­dingan Indonesia untuk melangkah ke separuh akhir kerana sandaran utama Malaysia sebelum ini dile­takkan kepada beregu utamanya, Ng Sock Khim-Angeline Tang An Qi

“Kami beruntung kerana tidak bertemu lawan yang sukar pada aksi awal dan dalam masa sama kami juga tidak menjangka akan memperoleh pingat pertama buat beregu wanita.

“Untuk perlawanan selepas ini kami akan cuba melakukan yang terbaik biarpun sedar peluang untuk menang dalam saingan separuh akhir nampak tipis,” katanya selepas tamat aksi suku akhir di Stadium Tertutup Singapura, sini, semalam.

Ho Ying-Rou You bukan saja mendapat undian mudah pada awal saingan beregu wanita, malah menerima bye di pusingan pertama, sekali gus membolehkan mereka memulakan aksi dari saingan suku akhir.

Sementara itu, hajat Sock ­Khim-Angeline untuk menghadiahkan pingat buat negara tidak kesampaian selepas tewas mudah 7-11, 5-11, 4-11 kepada pasangan Singapura, Lin Ye-Zhou Yihan.

Sasaran pingat yang diletakkan kepada beregu lelaki, Muhd. Shakirin Ibrahim-Muhammad Ashraf Haiqal Muhammad Rizal juga tidak kesampaian apabila pasangan itu tersingkir awal.

Tiada keserasian dalam permainan menyebabkan Shakirin- Ashraf tewas mengejut kepada pasangan ­Vietnam, Nguyen Anh Tu-Tran Tuan Quynh 10-12, 8-11, 6-11, 4-11.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/pingat-pertama-dalam-genggaman-1.98153#sthash.GgXbIFQS.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Malaysia bedil Filipina

Ujian terbesar adalah menentang Singapura, hari ini

02 Jun 2015 12:45 AM


PEMAIN Malaysia, Noramirah Dayana Noor Azhar (kiri) cuba menghalang percubaan pemain Filipina, Ana Thea Cenarosa dalam perlawanan pusingan awal bola jaring Sukan SEA Singapura di OCBC Arena , semalam. Malaysia menang besar 112 - 11.

SINGAPURA - Berdepan lawan yang pertama kali beraksi di pentas antarabangsa, skuad bola jaring negara memberi pengajaran berguna kepada Fi­lipina apabila membelasah mereka 112-11 pada aksi kedua Sukan SEA di OCBC Arena, semalam.

Kemenangan itu nyata menjadi tonik terbaik buat Malaysia sebelum berdepan ujian sebenar iaitu pasukan pilihan, Singapura hari ini.

Malaysia menjadi pasukan pertama yang berjaya meraih kemenangan melebihi 100 jaringan.

Sejak dari awal permainan lagi, pasukan negara yang diketuai Norashikin Kamalzaman menunjukkan belangnya apabila rakus membaham Filipina pada suku masa pertama dengan mendahului kedudukan 32-1.

Gandingan Norashikin dan Iz­yan Syazana Mohd. Wazir nyata tidak mampu dibendung oleh Filipina, apabila mereka berdua jarang melepaskan peluang yang terhidang dengan terus mengukuhkan cengkaman melalui keputusan 61-3 pada suku masa kedua.

Sebaik permainan memasuki suku masa ketiga, jurulatih, Aminah Asaari, merehatkan Norashikin dan Izyan untuk memberi peluang kepada Pow Mei Foong dan Noramirah Dayana Noor Azhar.

Perubahan itu langsung tidak menghalang Malaysia memungut jaringan demi jaringan untuk me­lebarkan jarak kepada 88-5.

Momentum skuad bola jaring negara kelihatan menurun sedikit pada suku masa keempat walaupun Norashikin dimasukkan dan situasi diambil kesempatan oleh Filipina yang berjaya menambah enam ja­ringan untuk menamatkan perlawanan dengan angka 112-11.

Berdepan Singapura hari ini, Aminah berkata, dia tetap mahu meletakkan sasaran menumpaskan tuan rumah walaupun saingan baru memasuki pusingan awal.

“Tiada istilah kami mengambil perlawanan itu sambil lewa kerana jika kami menang, ia sudah tentu menurunkan sedikit moral mereka jika mereka bertemu kami di perlawanan akhir nanti.

“Berdepan ratusan penyokong tuan rumah, itu tidak menggentarkan semangat kami untuk bermain di tahap sebenar dan dua kemenangan besar yang kami raih sebelum ini akan memberi keyakinan bagi menghadapi Singapura.

“Walaupun dua rekod tahun lalu kami kalah pada Kejohanan Asia dan Piala Nations, itu tidak bermakna kami tidak boleh kalahkan mereka kerana berdasarkan sejarah, kami selalu menewaskan Si­ngapura sebelum ini, “ katanya.

Pada Piala Nations Disember tahun lalu, Malaysia tewas 34-41 kepada Singapura, manakala pada Kejohanan Asia, September lalu, anak-anak buah Aminah kalah 39-46.

Sementara itu, Norashikin yang mencatat 63 jaringan dalam perlawanan dengan Filipina sangat berpuas hati dengan rekod jaringannya setakat ini dan berharap mampu meneruskan rentak tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/malaysia-bedil-filipina-1.98158#sthash.qJuFel5X.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Muslifah mahu tamatkan penantian pingat emas

02 Jun 2015 12:45 AM


MUSLIFAH ZULKIFLI

SINGAPURA – Selepas gagal membawa pulang pingat emas dalam lima percubaan, Muslifah Zulkifli tekad untuk menamatkan kemarau tersebut pada penampilan keenamnya di Sukan SEA Singapura, yang bakal membuka tirai secara rasmi, Jumaat ini.

Kata Muslifah, dia optimis mampu meraih emas kerana buat kali pertama semua tiga acara menembak iaitu 50 meter prone, 50m tiga posisi dan 10m air rifle bakal dipertandingkan pada Sukan SEA.

“Sebelum ini, paling banyak acara dipertandingkan adalah dua, manakala pada Sukan SEA 2013 di Myanmar satu sahaja acara dipertandingkan iaitu prone.

“Saya positif dan percaya mempunyai peluang yang baik bagi mendapatkan pingat emas dalam acara prone dan acara tiga posisi.

“Sebagai rakan sepasukan saya juga percaya Nur Suryani Mohd. Taibi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan saya dapat meraih pi­ngat emas buat negara,” kata Muslifah

Dalam penyertaan pertama Sukan SEA di Manila pada 2005, Muslifah tidak memenangi sebarang pingat.

Bagaimanapun dia meraih pingat perak di Korat, dua tahun kemudian, sebelum memenangi dua perak serta dua gangsa di Vientiane 2009, selain satu gangsa pada 2011 di Palembang dan 2013 di Myanmar.

Acara menembak akan bermula pada 6 hingga 12 Jun ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/muslifah-mahu-tamatkan-penantian-pingat-emas-1.98161#sthash.Wv4cPavK.dpuf


Taruhan Lenovo A7000

Telefon pintar pertama dilengkapi teknologi audio Dolby Atmos

01 Jun 2015 1:56 PM


MODEL menunjukkan telefon pintar baharu jenama Lenovo A7000.

Pastinya tidak menyangka di samping merehatkan badan ketika masa terluang anda boleh menikmati pengalaman sama seperti menonton di panggung wayang walaupun sambil berbaring di rumah.

Tanpa memerlukan anda menonton video atau filem melalui komputer, kini dengan model telefon bimbit terbaharu Lenovo A7000, telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan teknologi audio Dolby Atmos.

Pengurus Jualan Lenovo Malaysia Foo Mun Yee berkata, syarikat pengeluar telefon bimbit itu mendengar keperluan pengguna yang inginkan gajet dilengkapi sistem audio terbaik untuk mendengar muzik dan menonton video.

Ekoran itu, gajet terbaharu itu dilengkapi dengan teknologi audio memenuhi keperluan mereka yang bergantung kepada telefon untuk menikmati muzik, video atau permainan.

“A7000 direka khas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang gemar hiburan. “Malah kolaborasi dengan Dolby menjanjikan pengalaman memuaskan kepada penggunanya.

“Ia beroperasi atas platform Android 5.0 diperkasa oleh pemproses MediaTek True8Core yang menyokong rangkaian 4G LTE untuk memastikan pengendalian suara dan data secara pantas,” katanya pada majlis pelancarannya di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Lenovo Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Lazada Group untuk menjual telefon terbabit secara dalam talian.

Spesifikasi

Prosesor: MediaTek MT6752m 1.5GHz True8Core

Paparan: 5.5 inci

Memori: 2 GB

Audio: Pembesar suara Dolby Atmos

Size: 152.6 X 76.2 X 7.9mm

Berat: 140 gram

Bateri: 2900mAh

Harga: RM699

Warna: Hitam dan putih

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/taruhan-lenovo-a7000-1.98053#sthash.oKlWhW0i.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Fikirkan emas buat saya tertekan – Natasha

02 Jun 2015 12:45 AM


NATASHA EZZRA ABU BAKAR mahu meletakkan sasaran sederhana iaitu cuba melayakkan diri ke perlawanan akhir acara lawan pedang foil individu wanita untuk mengelak daripada memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri.

SINGAPURA – Atlet lawan pedang negara, Natasha Ezzra Abu Bakar mengakui, terlalu memikirkan pingat emas Sukan SEA boleh membuatkannya tertekan dan kerana itu dia lebih selesa sekadar meletakkan sasaran mara ke final acara foil individu.

Kata atlet berusia 23 tahun itu, biarpun sekadar meletakkan sasaran peribadi sedemikian, namun dirinya tetap akan berusaha untuk mendapatkan kemenangan dalam masa sama mahu memperbaiki pencapaian pingat gangsa yang diraih pada Sukan SEA 2011 di Palembang.

“Saya ada sasaran peribadi pada temasya kali ini iaitu untuk perbaiki pencapaian lalu dan mahu masuk ke perlawanan ­akhir sebab dulu saya sekadar memenangi pingat gangsa (Sukan SEA 2011).

“Kalau boleh saya memang nak pingat emas dan saya akan cuba yang terbaik cuma saya tak mahu fikir lagi tentangnya,” kata Natasha Ezzra, yang merupakan prospek pingat lawan pedang negara.

Pada temasya di Palembang, empat tahun lalu, atlet kelahiran Johor itu terpaksa berpuas hati berkongsi pingat gangsa dengan Nunta Chantasuvannasin dari Thailand.

Acara lawan pedang Sukan SEA 2015 akan membuka gelanggangnya di OCBC Arena, esok.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/fikirkan-emas-buat-saya-tertekan-8211-natasha-1.98164#sthash.vWnG9A4i.dpuf

Jangan persoal agenda Melayu dalam RMK-11

02 Jun 2015 1:35 AM


KUALA LUMPUR 1 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kesal dengan kenyataan Pengerusi Institut Hal Ehwal Ekonomi Demokrasi (Ideas), Tengku Zain Al-Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang mempersoalkan agenda Melayu dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

HASSAN BASRI

Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri Muhammad berkata, kenyataan dua individu itu dalam satu forum anjuran Harmony Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini berhubung isu tersebut disifatkan telah menyakiti hati orang Melayu.

Menurutnya, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tegas mempertahankan Perlembagaan, hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan institusi raja, Perkasa menyanggah kenyataan Tengku Zain dan Saifuddin dalam forum tersebut.

“Mereka tidak memahami dan menyelami Perlembagaan yang menjelaskan hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di bawah Perkara 153 ataupun bersikap prejudis kepada orang Melayu dan agama Islam.

“Oleh itu, Perkasa mencadangkan supaya mereka atau mana-mana pihak yang mempertikaikan agenda Melayu dan bumiputera dalam pembangunan negara perlulah ‘disekolahkan’ semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hassan Basri dalam kenyataan itu berkata, Tengku Zainal Abidin yang antara lain memberi contoh kononnya tidak dinyatakan dalam Perlembagaan pengurangan 10 peratus harga pembelian rumah kepada Melayu dan bumiputera jelas memperlihatkan kedangkalan beliau.

Justeru, beliau bimbang kenyataan seperti itu akan menjadi lidah penyambung kepada perjuangan DAP dan cauvinis Cina yang antaranya mahu menghapuskan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sekiranya mereka memerintah negara.

“Kenyataan kerabat diraja ini dibimbangi boleh menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada institusi raja untuk mempertahankan agama Islam dan orang Melayu. Perkasa tidak mahu isu ini digunakan oleh pihak media untuk menangguk di air keruh.

“Perkasa yang mempunyai 500,000 ahli bertegas menentang sesiapa juga yang cuba mempertikaikan perkara berkaitan hak orang Melayu dan agama Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-persoal-agenda-melayu-dalam-rmk-11-1.98351#sthash.bnL1aNtd.dpuf

Masa untuk bersatu pulihkan 1MDB

ABD. AZIZ ITAR | 02 Jun 2015 1:36 AM


KUALA LUMPUR 1 Jun - Anggota Kabinet diminta berdiri teguh menyokong kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu Perdana Menteri dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hasan Malek

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, pendirian itu penting kerana pemulihan 1MDB seharusnya mendapat sokongan daripada kesemua anggota Kabinet.

Katanya, sikap itu bukan sahaja akan mencerminkan kesetiaan anggota Kabinet terhadap pemimpin tetapi juga menguji rasa tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara berpasukan.

“Anggota Kabinet dilantik oleh Perdana Menteri. Pelantikan itu dibuat atas kepercayaannya terhadap anggota Kabinet terbabit. Dalam isu ini, anggota Kabinet juga kenalah percaya dengan kredibiliti Perdana Menteri.

“Memang sudah semestinyalah semua anggota Kabinet menyokong kerana sokongan itu akan membantu Perdana Menteri menyelesaikan isu tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Hasan mengulas kenyataan Najib yang meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.

Kata dua itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Ujar Hasan, sikap positif anggota Kabinet, bantuan dan sokongan moral yang diberi kepada Perdana Menteri berhubung isu itu akan memudahkan serta mempercepatkan lagi penyelesaian dalam isu tersebut.

“Ini adalah saat yang perit buat Perdana Menteri dan adalah menjadi tanggungjawab semua anggota Kabinet bersatu serta memberi sokongan padu kepada beliau bagi menyelesaikan masalah yang timbul itu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/masa-untuk-bersatu-pulihkan-1mdb-1.98354#sthash.DEzp0m9d.dpuf


Jangan buat keputusan melulu

Nasihat kepada 6,000 kakitangan MAS tidak terima surat tamat perkhidmatan

HAKIMI ISMAIL | 02 Jun 2015 1:36 AM


ANAK kapal MAS di KLIA bertugas seperti biasa walaupun syarikat penerbangan itu menghantar surat penamatan perkhidmatan pekerjanya mulai semalam. - Bernama

SEPANG 1 Jun - Sebanyak 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang menerima surat penamatan perkhidmatan hari ini dinasihatkan tidak membuat sebarang tindakan melulu termasuk mengadakan bantahan beramai-ramai.

Seorang pegawai kanan MAS yang mahu dikenali sebagai Man berkata, tindakan melulu hanya akan merumitkan keadaan termasuk berdepan tindakan dinafikan wang pampasan yang akan diterima selepas penamatan perkhidmatan pada 31 Ogos depan.

Beliau yang telah bekerja selama 35 tahun dengan MAS berkata, kesemua 6,000 pekerja yang diberhentikan akan menerima pampasan masing-masing, namun jumlah dan kaedah pengiraannya berbeza mengikut gaji pokok semasa dan tempoh perkhidmatan.

“Sekarang kita ada jaminan untuk mendapat wang pampasan selepas diberhentikan, jadi saya nasihatkan rakan-rakan agar tidak membuat tindakan melulu yang boleh merugikan diri sendiri.

“Saya sendiri menerima surat penamatan perkhidmatan, saya terima dengan reda dan menganggapnya sebagai ketentuan ilahi,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) yang mengambil alih MAS mengumumkan pelan 12 perkara bagi memulihkan MAS termasuk memberhentikan 6,000 daripada 20,000 pekerja pelbagai peringkat pada Julai 2015.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib mengumumkan kerajaan memberi jaminan tidak akan mengabaikan kakitangan MAS yang diberhentikan berikutan penyusunan semula syarikat penerbangan nasional itu dan akan berusaha untuk mendapatkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Menurut Man, terdapat juga kakitangan kanan yang sudah berkhidmat lebih 28 tahun ditawarkan untuk bekerja bersama syarikat penerbangan tersebut, namun dalam masa sama diturunkan jawatan ke pangkat yang sangat rendah, selain gaji dipotong.

Selain itu, seorang lagi kakitangan MAS yang mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada syarikat penerbangan tersebut.

Hafiz yang sudah tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan berkenaan berkata, surat yang dipos ke rumah dibuka oleh isteri sebelum memaklumkan berita itu kepadanya yang sedang bekerja KLIA.

“Saya terpaksa mencari kerja lain sebelum 31 Ogos untuk menyara keluarga, bukan senang untuk cari kerja lain buat masa ini. Sekarang saya buntu, namun saya reda dan percaya akan ada rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, pekerja di bahagian kaunter MAS yang mahu dikenali sebagai Anjali, 30, berkata, keluarganya memaklumkan surat daripada MAS sudah dihantar ke rumah namun tidak berani untuk membukanya kerana inginkan beliau melihat sendiri butiran yang dilampirkan.

“Semua kakitangan menerima surat penamatan perkhidmatan yang diposkan di rumah dan di dalam surat yang sama juga terdapat satu lagi surat sama ada tawaran bekerja daripada MAS atau diberhentikan terus,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-buat-keputusan-melulu-1.98359#sthash.oadGd8sP.dpuf

Sokong saranan letak jawatan jika tidak bersama pulih 1MDB

02 Jun 2015 1:36 AM

Hishammuddin

KUALA LUMPUR 1 Jun – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama beliau dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletak jawatan.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun meletakkan tiga syarat dalam isu pemulihan 1MDB iaitu rasionalisasi 1MDB, akauntabiliti serta perlu ada ketelusan.

“Setuju dengan sya­rat rasionalisasi 1MDB, akauntabiliti sekiranya ada salah serta ketelusan,” katanya ringkas menerusi akaun Twitter milik beliau hari ini.

Semalam, Perdana Men­teri dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Sementara itu, Men­teri Kesejahteraan Ban­dar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, semua anggota Kabinet perlu bersatu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri dalam membentuk satu pasukan mantap bagi berhadapan dengan apa juga isu yang berbangkit.

“Saya tak nak komen banyak tetapi yang penting perlu ada team (pasukan) yang mantap melibatkan PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan Menteri Kabinet untuk berdepan dengan semua isu.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan lebih kuat apabila semua pemimpin dapat terus bersatu di dalam satu pasukan.

‘‘Jadi, semua Menteri Kabinet perlu bersatu dengan PM untuk berhadapan dengan segala isu yang mendatang termasuk melibatkan isu pemulihan 1MDB,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sokong-saranan-letak-jawatan-jika-tidak-bersama-pulih-1mdb-1.98362#sthash.92YnBg4j.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Miura tetap 
hormat Malaysia

02 Jun 2015 1:50 AM


LE THANH BINH (kiri) bakal mengetuai jentera serangan Vietnam apabila menentang Malaysia dalam perlawanan kedua Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura malam ini.

SINGAPURA – Kejayaan menum­paskan Malaysia pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun, Mac lalu tidak membuatkan pe­ngendali Vietnam, Toshiya Miura terlalu yakin bahawa sejarah mungkin berulang sekali lagi di Stadium Bishan, malam ini.

Menyedari skuad negara yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee kali ini sebuah pasukan yang berbeza berbanding Razip Ismail, dia menghormati kekuatan Malaysia sambil menegaskan kualiti yang ada kepada Gary Steven Robbat dan Matthew Davies mampu membuatkan Vietnam berputih mata.

“Pada perlawanan lalu, kami berjaya mengalahkan mereka yang seterusnya menjamin tempat ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 23, namun kemenangan lalu tidak boleh dijadikan jaminan bahawa perlawanan pada esok (hari ini) akan dimenangi kami sekali lagi.

“Skuad Malaysia yang hadir ke Sukan SEA kali ini tidak sama seperti sebelum ini kerana banyak perubahan berlaku dalam pasukan mereka dan ramai pemain berpengalaman yang dibawa masuk.

“Apa yang saya dapat tahu, Kim Swee memanggil beberapa muka lama seperti Gary Steven Robbat, Mohd. Nurridzuan Abu Hassan, Mohd. Fandi Othman dan Matthew Davies bagi memperkuat cabaran mereka, jadi saya nasihatkan kepada pemain jangan ambil mudah,” katanya.

Vietnam yang meraih kemenangan besar 6-0 berdepan Brunei pada Jumaat lepas bakal kehilangan tonggak pertahanan, Huynh Tan Tai yang mengalami kecederaan tetapi skuad ini cukup seimbang di semua bahagian.

Diketuai Le Thanh Binh yang baharu berusia 19 tahun di posisi serangan, kekuatan Vietnam pasti hadir melalui corak permainan pantas dan mereka boleh memerangkap pasukan negara melalui aksi serang balas.

Rata-rata media Vietnam yakin pasukan kendalian Miura itu sepatutnya tidak berdepan banyak masalah untuk mengalahkan Malaysia sekiranya tidak memandang rendah kemampuan lawan.

Namun, berdasarkan rekod-rekod sebelum ini apabila Vietnam menjadi pasukan pilihan, mereka sering tewas mengejut dengan menjadikan dua kejohanan lalu sebagai panduan, bermula pada Sukan SEA 2009 Vientianne.

Dalam saingan di Sukan SEA Laos, Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam namun apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu di final, skuad yang ketika itu di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal mengejutkan mereka dengan kemenangan 1-0.

Yang paling diingati sehingga hari ini oleh kebanyakan penyokong Vietnam ialah kekalahan 2-4 di tempat sendiri kepada Malaysia dalam separuh akhir kedua Piala AFF walaupun menang 2-1 di Stadium Shah Alam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/miura-tetap-8232-hormat-malaysia-1.98369#sthash.ZgfZwExk.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Tukar taktik permainan

Malaysia tampilkan strategi baharu dalam misi kalahkan Vietnam

02 Jun 2015 1:50 AM


MUHD. NAZMI FAIZ MANSOR (kiri) masih menjalani latihan bersama Mohd. Ariff Farhan Mohd. Isa di Stadium Bukit Gombak semalam, menjelang pertemuan menentang Vietnam, hari ini.

SINGAPURA - Ketua Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee bakal menggunakan strategi yang sama sekali berbeza apabila berdepan Vietnam dalam misi ‘wajib menang’ pada perlawanan kedua Sukan SEA di Stadium Bi­shan, malam ini.

Ketiadaan pemain yang dianggap ‘jeneral di atas padang’, Muhd. Nazmi Faiz Mansor akibat penggantungan memaksa Kim Swee menukar sepenuhnya sistem permainan, namun beliau percaya, pemainnya tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.

Seri atau kalah bakal menyaksikan laluan penuh ranjau menanti skuad negara untuk menamatkan cabaran selaku dua pasukan teratas Kumpulan B kerana mereka dijadual bertemu Thailand, lawan yang pasti lebih sukar dalam aksi ketiga, Khamis ini.

Kualiti Vietnam yang masih mendapat sentuhan jurulatih dari Jepun, Toshiya Miura tidak dapat dinafikan oleh Kim Swee, yang menganggap lawannya dibekalkan ramai pemain berkualiti daripada segi skil dan kepantasan.

Berdasarkan pengamatannya ketika Vietnam menang besar 6-0 ke atas Brunei dalam aksi sulung 29 Mei lalu, dia telah menyenaraikan beberapa pemain yang perlu dihalang selain kelebihan mereka di posisi sayap kiri.

“Pemain yang menjadi tonggak penting Vietnam ialah kap­ten (Pham Manh Dung) yang memakai jersi No. 3 dan beraksi di posisi bek kiri, selain dua pemain tengah yang memakai jersi No. 11 (Do Duy Manh) dan No. 14 (Nguyen Huy Hung).

“Mereka bertiga beraksi de­ngan cukup baik di bahagian kiri dan Vietnam juga mempunyai beberapa penyerang yang dianggap berbahaya seperti pemain No. 16 (Le Thanh Binh) dan No. 20 (Tran Phi Son). Pemain No. 10 (Nguyen Cong Phuong) pula biasanya akan dimasukkan pada babak kedua.

“Jadi, saya kena merencanakan sesuatu bagi menyekat aliran serangan Vietnam dari bahagian sebelah kiri yang saya nampak menjadi aset kekuatan mereka bagi mendapatkan jaringan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan Bawah 23 tahun di Stadium Bukit Gombak, semalam.

Walaupun sedar kemenangan cukup mustahak ekoran perbezaan jaringan yang pasti akan memihak kepada Vietnam jika kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri, Kim Swee tetap tenang sambil sekadar mahu pintu gol pasukan negara tidak dibolosi sepanjang 90 minit permainan.

“Sudah tentu tiga mata perlu dicari agar laluan kami lebih selesa selepas ini, namun saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain kerana kami masih ada tiga lagi perlawanan selepas ini.

“Sekiranya kami dapat kekalkan pintu gol kami tidak bolos pada perlawanan itu dan mendapat sekurang-kurangnya keputusan seri, saya anggap itu sudah baik buat pasukan kami sebelum berdepan Thailand pada 4 hari bulan nanti,” katanya.

Dalam perlawanan pertama di Bishan, 29 Mei lalu, skuad negara terpaksa berhempas pulas meraih kemenangan 1-0 ke atas Timor Leste hasil jaringan tunggal D. Saarvindran, minit ke-11.

Mereka dipaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain sejak minit ke-32 ekoran selepas Nazmi dilayangkan kad merah.

Ketiadaan Nazmi kemungkinan membuka peluang kepada dua pemain, Mohd. Ariff Farhan Mohd. Isa dan Saiful Ridzuwan mengintai slot di bahagian tengah untuk bergandingan dengan Gary Steven Robbat serta Mohd. Ami­rul Hisyam Awang Kechik.

Begitupun, Kim Swee mengakui beliau terpaksa menukar corak permainan bagi bertemu ­Vietnam.

“Tanpa Nazmi, saya terpaksa menukar sistem permainan kami namun bagi pemain, mereka tiada masalah untuk mengikuti apa yang mahu rancangkan dan saya masih ada beberapa pemain lain yang boleh diturunkan.

“Ariff Farhan dan Saiful Ridzuwan saya fikir bersedia jika hendak diturunkan cuma saya tidak boleh gunakan cara permainan yang sama ketika berdepan Timor Leste kerana seorang pemain yang berbeza,” katanya.

Mampukah tanpa Nazmi?

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tukar-taktik-permainan-1.98373#sthash.PYdIqZCZ.dpuf


Monday, 1 June 2015