Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 5 March 2015

BMW lancar 520d Sport edisi khas RM354,800

NABIL BASARUDDIN | 05 Mac 2015 12:18 AM


Alan Harris (kiri) bersama dua pemain tenis dunia, Hsieh Su Wei (kanan) dan Misa Eguchi pada majlis pelancaran BMW 520d Sport bersempena Terbuka Malaysia BMW 2015 di Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Kamal Basir Wahab

KUALA LUMPUR 4 Mac – Pengeluar kereta premium terkemuka dunia, BMW Group Malaysia melancarkan model baharunya, BMW 520d Sport yang menampilkan ciri-ciri eksklusif dan istimewa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, model baharu berkenaan merupakan varian edisi terhad yang dikeluarkan yang didatangkan bersama enjin diesel empat silinder dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang berkemampuan menambat hati pengguna dengan prestasi luar biasa dan penjimatan bahan api yang terbaik.

“Kami yakin model ini mampu menerajui segmen premiumnya di samping menawarkan pemanduan yang lebih sporty kepada penggunaannya,” katanya kepada pemberita dalam majlis pelancaran BMW 520d Sport di sini hari ini.

Katanya, syarikat berkenaan juga turut melepasi sasarannya apabila berjaya mencatatkan jualan tertinggi yang merangkumi 7,808 unit BMW, 665 unit MINI dan 583 unit BMW Motorrad.

“Peningkatan sebanyak 13.4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2013 merupakan daripada permintaan yang hebat terhadap varian-varian yang ditawarkan antaranya BMW 5 Series yang menjadi penyumbang utama,” katanya.

Bagi model baharu ini, iaitu BMW 520d Sport akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad dengan 50 unit sahaja bermula April ini pada harga RM354,800.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/permotoran/bmw-lancar-520d-sport-edisi-khas-rm354-800-1.65957#sthash.5FJhzdcM.dpuf

MH370: Kehidupan waris dibelenggu derita

05 Mac 2015 12:31 AM


ORANG ramai menurunkan tandatangan sebagai sokongan dan doa pada kain rentang yang disediakan MAS. – REUTERS

BEIJING 4 Mac - Tanggal Ahad ini, genap setahun tragedi kehilang­an pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kebanyakan ahli keluarga mangsa menyifatkan kejadian itu sebagai ‘lubang hitam’ dalam kehidupan mereka kerana terpaksa berdepan dengan tekanan kuat dari segi emosi dan fizikal.

Seorang ahli keluarga mangsa, Li Hua, 58, yang baru sembuh sepenuhnya dari penyakit angin ahmar berkata, kehidupannya kini dibelenggu dengan rasa ‘perit’.

“Saya dapat rasakan ini satu pembunuhan, tetapi kenapa?. Saya perlu terus hidup untuk isteri saya dan berjuang mencari kebenaran,” jelasnya.

Sebahagian ahli keluarga berkenaan mengadu mengalami masalah kesukaran untuk tidur, hilang selera makan, dan ada yang mendapat serangan penyakit jantung serta darah tinggi semata-mata mahu menunggu jawapan misteri kehilangan tersebut.

“Ada yang tidak pulang ke China sejak 8 Mac lalu. Bagaimana kami mahu pulang ketika pe­rasaan kami begitu terluka,” kata Wang Rongxuan, 60, yang menolak keras dakwaan bahawa anaknya iaitu Hou Bo, 37, terkorban dalam nahas itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mh370-kehidupan-waris-dibelenggu-derita-1.65976#sthash.qkPhkHGY.dpuf


Harimau Muda tidak 'retak'

05 Mac 2015 12:37 AM


Ong KIM SWEE (kanan) bertanggungjawab membawa skuad Harimau Muda yang akan beraksi pada Sukan SEA di Singapura, Jun ini, manakala Razip Ismail memimpin pasukan dalam kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah (gambar) menegaskan tidak timbul sebarang kemungkinan wujudnya pemain berpuak-puak dalam persediaan dua pasukan muda negara ke kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun, 23 Mac ini dan Sukan SEA Singapura, Jun depan.

Katanya, kedua-dua pemain skuad bimbingan Razip Ismail dan Datuk Ong Kim Swee mampu bekerja sebagai sebuah pasukan, malah sentiasa berkongsi satu matlamat mencipta kejayaan buat negara.

“Tiada isu mungkin berpuak-puak sebenarnya. Mereka sentiasa bekerja sebagai sebuah pasukan. Tiada masalah malah kedua-dua kejohanan itu mendapat keutamaan kami memandangkan secara kebetulannya jadual pertandingannya berbeza.

“Tiada persediaan mana-mana pasukan yang akan terjejas walaupun ada pemain tertentu yang mungkin perlu bermain dalam kedua-dua kejohanan itu,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan Sukan SEA Singapura di Wisma Majlis Olimpik Malaysia di sini, semalam.

Kata Afandi, Kim Swee kini giat meninjau prestasi pemain bawah 23 tahun dalam Liga Malaysia untuk dipanggil dalam fasa akhir persediaan, Mei ini ke Sukan SEA.

Kebanyakan pemain Harimau Muda A bimbingan Kim Swee sebelum ini, dianggap lebih senior dan berpengalaman, malah dikhuatiri sukar membentuk ke­serasian dengan anak-anak buah Razip yang lebih muda dan mungkin mewakili majoriti pemain kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun.

Antara pemain Harimau Muda A yang dipanggil Razip menghadapi kelayakan itu ialah Nazmi Faiz Mansor, Syafiq Shaharudin, Razi Haziq, Mohd. Norazam, Syahrol Saad, Farhan Roslan dan Rathi Mariappel.

Malaysia selaku tuan rumah kelayakan anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) itu, bakal berdepan Jepun, Vietnam dan Macau dalam Kumpulan I Zon Timur dari 23 hingga 31 Mac ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-muda-tidak-retak-1.66011#sthash.U0gI3VQl.dpuf

MH 17: Keluarga dibenar lihat bangkai pesawat

05 Mac 2015 12:35 AM


Waris kepada mangsa nahas pesawat MAS MH17 dan wakil media melawat pangkalan tentera udara Gilze-Rijen di selatan Belanda yang menempatkan serpihan pesawat itu yang ditembak jatuh di timur Ukraine, Julai tahun lalu. – AP

AMSTERDAM 4 Mac - Waris kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, buat pertama kali semalam dibenarkan mengunjungi Pangkalan Tentera Udara Gilze-Rijen di selatan negara ini bagi melihat sendiri serpihan bangkai pesawat itu.

Bagi kebanyakan ahli keluarga, lawatan itu diselubungi suasana pilu kerana mereka menyaksikan serpihan pesawat yang menjadi ‘tempat’ mangsa menghabiskan waktu-waktu terakhir mereka.

Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa tidak mahu bercakap kepada media yang sedia menunggu ketika lebih banyak lagi waris dijangka melawat pangkalan itu pada minggu ini dengan jumlah kesemua waris yang datang dianggarkan berjumlah 500 orang.

Serpihan pesawat yang di­letakkan di tiga buah hangar itu mengandungi sayap, roda, badan utama kapal serta ruang bagasi yang antaranya mempunyai kesan jelaga, manakala bahagian logam tebal pesawat dilihat berpintal dan pecah.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan melihat bahagian pesawat yang didakwa terkena hentaman objek bertenaga tinggi, lapor Mail Online.

Namun, tidak semua ahli keluarga mangsa cukup kuat untuk melihat bangkai pesawat MH17 kerana ada antara mereka enggan berbuat demikian ekoran terlalu sedih.

Jurucakap Lembaga Keselamatan Belanda, Sara Vernooij berkata, pasukan pakar akan mencantumkan semula serpihan pesawat itu bagi membantu penyiasat menilai kerosakan dan mewujudkan bukti nahas tersebut.

Katanya, laporan terakhir lembaga itu tentang nahas yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur tersebut akan dikeluarkan tahun ini juga.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mh-17-keluarga-dibenar-lihat-bangkai-pesawat-1.65982#sthash.tZxCzLj8.dpuf


LIWAT : Jabatan Penjara 
tolak hasrat Anwar 
ke Parlimen _ BUDAK TADIKA PUN TAHU...

05 Mac 2015 1:06 AM


KUALA LUMPUR 4 Mac – Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat minggu depan tidak akan menjadi kenyataan kerana permohonannya ditolak Jabatan Penjara.

Ahmad Zahid Hamidi

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika dihu­bungi Utusan Malaysia melalui khid­mat pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada penjelasan lanjut diberi.

Difahamkan Jabatan Penjara sudah pun menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bagi memaklumkan perkara itu dan dipercayai surat berkenaan telah diterima hari ini.

Utusan dimaklumkan tindakan tersebut diambil kerana Anwar kini tertakluk kepada akta, peraturan dan prosedur penjara selepas suami kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu didapati bersalah meliwat.

Selaras dengan penolakan oleh Jabatan Penjara itu, dipercayai Pandikar Amin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan tetapi belum dapat dipastikan tarikh tersebut.

Isnin lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat kepada Pandikar Amin bagi memohon kebenaran untuk Anwar menghadiri sidang Dewan Rakyat atas alasan beliau masih ketua pembangkang.

Namun, Jabatan Penjara dalam kenyataan segeranya menegaskan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Anwar adalah sama, selaras dengan kete­tapan akta, peraturan dan prosedur.

Sebelum itu, pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan bagi memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong selepas ketua pembangkang tersebut dihukum penjara lima tahun.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jabatan-penjara-8232-tolak-hasrat-anwar-8232-ke-parlimen-1.66102#sthash.SJmTArvf.dpuf


RASUAH : 14 penguat kuasa empat 
agensi ditahan SPRM

Anggota kastam dan KPDNKK turut terima suapan

MASZUREEN HADZMAN | 05 Mac 2015 1:08 AM


DUA pegawai KPDNKK ditahan dalam Op Licin 2 berhubung kegiatan menyeludup petrol ke negara jiran di Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR 4 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan mereka bukan menyasarkan satu agensi penguat kuasa sahaja dalam melaksanakan Op Licin 2.

Ini dibuktikan dengan penahanan 14 individu lagi termasuk anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana dipercayai bersubahat dalam kes penyeludupan dan penjualan petrol ke negara jiran.

Mereka yang ditahan terdiri dari­pada lima anggota KPDNKK, tiga pegawai JKDM dan dua Pasukan Gerakan Am (PGA) serta seorang anggota tugas am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut ditahan dua pesara tentera dan seorang bekas pegawai KPDNKK dalam Op Licin 2 di Kedah dan Perak.

Kesemua individu berusia dalam lingkungan 30-an sehingga 50-an itu ditahan di pejabat KPDNKK Anak Bukit dan Kubang Pasu di Jitra, Kedah sebelum dibawa ke pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 9.30 pagi sehingga 7 malam.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua mereka yang masih dan pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam serta Kota Putra, Durian Burung terlibat dengan kegiatan penyeludupan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, mereka juga didapati tidak melakukan prosedur standard operasi (SOP) agensi ma­sing-masing sehingga menyebabkan urusan jual beli petrol ‘dipermudahkan’ oleh sindiket.

Katanya, terdapat pelbagai cara dikesan penguat kuasa tersebut bagi mendapatkan habuan masing-masing.

“Ada daripada mereka mene­rima wang secara tunai dan ada juga yang menerima wang suapan secara bulanan. Op Licin 2 yang dijalankan oleh SPRM ini akan dibuat secara berterusan sehingga kegiatan berkenaan dibanteras habis-habisan,” katanya di sini.

Ujarnya, ketiga-ketiga pesara yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa pula disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, seramai 11 orang ditahan agensi itu, sembilan daripadanya merupakan anggota polis dan dua adalah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Serbuan yang dijalankan sejak Isnin lalu, menjadikan seramai 36 orang telah ditahan termasuk anggota penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/14-penguat-kuasa-empat-8232-agensi-ditahan-sprm-1.66122#sthash.vTpjYdNC.dpuf

1MDB : TUNGGULAH LAPORAN SIASATAN PAC


Sahkan akaun 1MDB - PM arahkan Ketua Audit Negara, -Laporan akan diserah kepada PAC

05 Mac 2015 1:08 AM


NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR 4 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, laporan Ketua Audit Negara akan dise­rahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipar­tisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

Ia menyatakan Perdana Menteri telah memberitahu Kabinet mengenai langkah itu.

“Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib.

Kenyataan itu menerangkan perdana menteri hari ini memang­gil 1MDB dan juruaudit mereka, Deloitte menghadap Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini berkaitan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu.

Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan,” kata kenyataan itu.

Walaupun demikian, ia mengambil perhatian bahawa kerajaan telah meminta Ketua Audit Negara memeriksa akaun 1MDB sebagai langkah lanjutan.

Ia berkata, 1MDB telah memberi taklimat mengenai situa­si semasanya dan menjawab siri pertanyaan dikemukakan oleh menteri-menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Deloitte katanya, memberi keterangan menyeluruh tentang urusan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat berkenaan.

“Kabinet diberitahu bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, adalah berkaitan transaksi pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.

“Pelaburan relevan 1MDB telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan signifikan yang tersedia diaudit,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda berkata, adalah jelas semua serangan yang ditujukan kepada 1MDB hanya bermotif politik dan sengaja dibuat sebagai percubaan untuk melemahkan syarikat dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas dan lebih bersifat spekulasi yang seterus­nya akan memberi kesan kepada ekonomi.

“Sehubungan itu, 1MDB amat mengalu-alukan permintaan Per­dana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Ketua Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB, yang mana sebelum ini telah diaudit oleh Deloitte yang juga satu daripada firma terkemuka dunia.

“Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Audit Negara dan berharap hasil penemuannya dapat menjawab segala spekulasi yang ditimbulkan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sahkan-akaun-1mdb-1.66125#sthash.Z0hv5zzT.dpuf



RABU, 4 MAC 2015 @ 7:58 PM


Oleh Magendran Rajagopal





PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kepada Kabinet sebentar tadi bahawa beliau sudah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk bertindak secara bebas bagi mengesahkan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selanjutnya, kata Perdana Menteri, laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selaku badan mewakili kedua-dua pihak (penyokong kerajaan dan pembangkang) berdasarkan keanggotaan dalam Parlimen.

"Sekiranya sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, berikutan laporan media terkini berhubung 1MDB, Perdana Menteri memanggil syarikat itu dan auditornya, Deloitte, untuk menghadap Kabinet, hari ini.

Pada perjumpaan itu, 1MDB memberi taklimat mengenai kedudukan terkini syarikat berkenaan dan memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan Menteri Kabinet termasuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Deloitte pula memberi gambaran menyeluruh mengenai urusan mereka dengan 1MDB dan mengakui bahawa pihaknya melakukan audit dan mengesahkan akaun syarikat berkenaan.

Kabinet juga dimaklumkan bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB berhubung transaksi dilakukan pihak ketiga seperti Petrosaudi International (Petrosaudi), bukan 1MDB. Semua pelaburan berkaitan oleh 1MDB sudah dipulangkan secara penuh dengan keuntungan diaudit yang besar.

Selepas menerima penjelasan daripada 1MDB dan Deloitte, Kabinet yakin bahawa tiada salah laku dilakukan dalam 1MDB dan menyuarakan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.

Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dilaporkan berkata semua tuduhan disebarkan portal media tertentu di negara ini berhubung usaha sama 1MDB dan Petrosaudi, adalah tidak benar.

Malah, beliau dipetik berkata 1MDB memperoleh AS$488 juta (RM1.8 bilion) apabila menamatkan usaha sama dengan

Petrosaudi pada 2012 dan semua fakta serta perincian mengenai transaksi itu boleh dirujuk pada akaun audit yang dipaparkan di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada masa sama, Petrosaudi, kenyataan sebelum ini, menafikan dakwaan kononnya ada sejumlah dana yang diperoleh sepanjang kerjasama strategik dengan 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi di luar negara.

Berikutan beberapa tuduhan tidak berasas yang dikaitkan dengan Petrosaudi baru-baru ini, syarikat berkenaan dilaporkan sedang meneliti langkah perundangan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab di sebalik penyebaran dakwaan terbabit.




Wednesday, 4 March 2015

PEKA dan SPRM, Finas dan bahasaku; Ketam Melayu dan Cina

Macam mana? Comel tak ketam-ketam itu. Comelkan. Kalau comel ajaklah ...
CUIT
ZAINI HASSAN (ZAINIBINHASSAN@GMAIL.COM) | 04 Mac 2015 12:31 AM

SPRM sebagai rakan strategik

SEMALAM saya dijemput menjadi ahli panel satu forum mengenai alam sekitar. Ia dianjurkan bersama oleh sebuah badan aktivis alam sekitar dikenali sebagai Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (IAM) di Restoran Saloma, Jalan Ampang.

Ramai yang hadir termasuk rakan wartawan. Banyak perkara yang dibincangkan. Turut disentuh isu tragedi terbaharu - kemusnahan alam di Cameron Highlands, banjir kuning di Kelantan serta pendedahan mengenai kerosakan sistem ekologi di Pulau Mabul di Sempurna, Sabah.

Juga dibincangkan mengenai penglibatan politik dalam isu-isu itu. Serta bagaimana kerajaan negeri gagal menangani soal kemusnahan yang berlaku di hadapan mata mereka.

Terlalu banyak ketirisannya. Ini bukan membabitkan soal kesedaran, tetapi lebih kepada penguatkuasaan. Ini juga membabitkan soal wang dan ringgit. Ini juga membabitkan soal makan suap oleh para pegawai penguatkuasaan yang sudah menjadi darah daging mereka.

Isu rasuah sering dibangkitkan oleh rakyat. Bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi, namun yang paling banyak ialah membabitkan peringkat rendah. Akhir­nya bukan pegawai-pegawai yang terbabit dipersalahkan, tetapi kerajaan secara keseluruhannya.

Namun apa yang menarik perhatian saya semasa kami bersembang semasa makan tengah hari ialah bagaimana kreatifnya PEKA cuba menangani masalah ini.

Mereka telah bekerjasama dengan SPRM sebagai rakan strategik. Pegawai-pegawai SPRM akan digunakan untuk berhubung dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

“Jika kami sendiri yang berhubung dengan mereka tidak jalan,” kata Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syek Akil.

“Dengan SPRM mereka takut sikit,” tegas beliau.

Memang benar, sepatutnya apa yang dilakukan oleh PEKA itu perlu dituruti oleh NGO-NGO yang lain, malah oleh agensi-agensi sensitif kerajaan yang lain seperti Jabatan Hutan, jabatan penguatkuasaan di pihak-pihak berkuasa tempatan dan lain-lain.

Tahniah PEKA kerana kepekaan untuk memelihara khazanah alam ciptaan Allah SWT demi generasi anak cucu akan datang.


Bahasa rasmi Finas sudah bertukarkah?

FINAS ditubuhkan sejak 1980 dengan niat baik oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kini Tun. Tetapi sehingga kini setelah ratusan juta diperuntukkan, orang masih tertanya-tanya apakah kejayaan Finas yang boleh dibanggakan?

Pada suatu masa dahulu, Finas merai ulang tahun pembentukannya setiap tahun, tetapi ada orang kata untuk merai kejayaan apa?

Berbanding dengan agensi kerajaan lain yang lebih memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara, Finas dikatakan hanya boleh merasa bangga dengan kewujudannya sahaja.

Jadi tidak hairanlah kalau akhir­nya menteri berkenaan mengarahkan untuk acara perayaan ulang tahun Finas tidak diadakan. Sekali gus menjimatkan ratusan ribu ringgit untuk mengadakan acara jamuan besar di hotel terkenal di bandar raya Kuala Lumpur.

Sejak Finas ditubuhkan terdapat enam orang yang telah dilantik sebagai ketua pengarahnya iaitu - Ismail Zain, Datuk Zain Hamzah, Allahyarham Datuk Sharif Ahmad, Datuk Mahyiddin Mustakim, Naguib Razak, Raja Rozaimi Dalnish Shah dan sekarang ini Datuk Kamil Othman yang dulunya pengarah MDEC.

Sejak dulu bahasa rasmi yang diguna oleh semua kegiatan Finas adalah bahasa Melayu. Tetapi sejak kebelakangan ini bahasanya adalah Inggeris?

Adakah apa yang didengar saya itu benar? Kalau benar apa sebabnya Finas mahu menukar bahasa rasmi agensi kerajaan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris?

Kalau perkara ini benar-benar berlaku, itu sudah tentu satu perkembangan yang amat menyedihkan. Bahasa Jiwa Bangsa? Bahasaku Oh Bahasaku...


Ketam Cina dan Ketam Melayu...

SAYA tertarik dengan satu kisah ketam. Saya menerimanya melalui WhatsApp. Saya tidak tahu siapa penulisnya, namun kisah itu cukup untuk direnungi oleh kita semua.

Kisahnya begini:

Pada pagi itu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek, ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup, ketam Cina. Sana dalam bekas tak ada tutup, ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia seekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tak kacau, dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya.

Cina yang sudah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, apabila seekor ketam berjaya hendak naik, ketam lain tarik kaki dia, akhirnya seorang pun tak dapat naik. Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri.

Benarkah begitu? Adakah kerana sifat itu orang Melayu tidak senang-senang sampai sekarang? Adakah oleh kerana itu, matlamat 30 peratus penguasaan ekonomi masih tidak tercapai?

Saya diberitahu di pasar raya IT di Plaza Low Yat misalnya, peniaga-peniaga Cina tolong-menolong antara satu sama lain bagi memastikan supply chain dikongsi dan dikuasai bersama. Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Jika sudah ada rantai, pastikan rantai itu tidak putus, malah disambung-sambung sehingga lebih utuh dan besar.

Wallahualam...

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/peka-dan-sprm-finas-dan-bahasaku-ketam-melayu-dan-cina-1.65796#sthash.BxNFa0zD.dpuf

Napoleon kecil’ pengacau – TPM

Dalam membentuk pasukan mantap di Kementerian Pendidikan

04 Mac 2015 1:40 AM


Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Awang Sariyan semasa hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di Presint 5, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Idris Jusoh, P. Kamalanathan dan Mary Yap Kain Ching. – BERNAMA


PUTRAJAYA 3 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mem­beri teguran terhadap ke­munculan ‘Napoleon kecil’ yang menjadi halangan kepada pembentukan pasukan lebih mantap dalam Kementerian Pendidikan.

Muhyiddin berkata, warga ke­men­terian tidak harus bekerja da­lam kelompok sendiri kerana setiap matlamat dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelbagai agensi.

“Apabila terbentuk kelompok, maka setiap ketua jabatan mahu menjadi Napoleon kecil, maka tidak akan membantu dalam pembentukan pasukan kerja yang kukuh kerana masing-masing mempunyai aspirasi untuk membentuk pasukan mengikut kehendak sendiri.

“Mereka (Napoleon kecil) mungkin berjaya dalam satu sudut, tetapi tidak dalam soal mencapai objektif Kementerian Pendidikan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan serta Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dan Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menyeru semua warga kementeriannya bekerja keras bagi mencapai matlamat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan PPPM - Pendidikan Tinggi yang bakal dilancar 7 April depan.

“Kedua-dua pelan ini pastinya merupakan agenda besar untuk kementerian dan negara. Adalah men­jadi tanggungjawab warga Ke­­menterian Pendidikan untuk me­mas­tikan matlamat yang di­te­tapkan dapat dilaksanakan dengan sebaik-sebaiknya.

“Kita memerlukan lonjakan ber­ganda untuk mencapai matlamat ditetapkan. Usaha ini takkan berjaya tanpa kreativiti, inovasi, komitmen, kerja keras serta integriti daripada semua,” katanya.

Muhyiddin berkata, untuk meningkatkan mutu pendidikan, kementerian pada masa yang sama perlu mengadunkan kerjasama da­ri­pada pelbagai pihak.

“Kita berada dalam satu ekosistem yang memerlukan kerjasama dan dorongan pelbagai peringkat ma­syarakat, ibu bapa, institusi, pihak swasta dan industri,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/8216-napoleon-kecil-8217-pengacau-8211-tpm-1.65867#sthash.PHrybVNP.dpuf


11 lagi anggota UPP, PGA ditahan SPRM

Terlibat melindungi aktiviti penyeludupan petrol di sempadan

MASZUREEN HADZMAN | 04 Mac 2015 1:40 AM


SEBAHAGIAN daripada 11 anggota penguat kuasa yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mac - Selepas sekumpulan anggota pe­nguat kuasa ditahan sema­lam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memburu mereka yang terbabit dalam kes penyeludupan dan penjualan petrol ke negara jiran.

Terbaharu, 11 lagi penguat kuasa yang terdiri daripada sembilan anggota polis tugas am, dan dua anggo­ta Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan SPRM dalam serbuan Op Licin 2 di Kedah dan Perak hari ini.

Serbuan tersebut menjadikan 26 individu termasuk dua orang awam yang ditahan setakat ini.

Menurut sumber, tujuh daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di Kuala Nerang manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap dan seorang di Bidor, Perak, kira-kira pukul 11.30 pagi dan 2 petang ini.

Katanya, kesemua mereka berusia antara 25 dan 58 tahun.

“Enam daripada sembilan yang ditahan merupakan anggota polis berpangkat Koperal dan masing-masing seorang Konstabel, Sarjan, Sarjan Mejar dan dua lagi merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya di sini.

Semalam, SPRM menahan 13 pe­nguat kuasa terdiri daripada pegawai dan anggota UPP serta PGA kerana disyaki terbabit dalam sindiket melindungi aktiviti penjualan dan penyeludupan petrol ke negara jiran.

Turut ditahan seorang bekas pegawai UPP dan seorang awam yang dipercayai bersubahat dalam kegiatan terbabit.

Kesemua 15 individu terbabit di­tahan dalam operasi yang dikena­li sebagai Op Licin 2 di Perak dan Ke­dah setelah siasatan mendapati sin­diket penyeludupan minyak petrol itu dilakukan secara haram melalui pintu masuk di sempadan Malaysia-Thailand.

Difahamkan, penahanan itu adalah yang terbesar selepas operasi membanteras aktiviti mengelak cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai (FTZ) September lalu.

Dalam pada itu, mereka turut dipercayai menerima suapan sehingga RM4,000 daripada pengusaha stor minyak petrol dan diesel yang tidak berlesen di sekitar Durian Burung, Padang Terap.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut memberitahu, kesemua mereka yang ditahan semalam te­lah dibebaskan hari ini selepas ke­­nya­taan mereka diambil oleh SPRM.

Katanya, di Kedah, tujuh pegawai penguat kuasa dibebaskan de­ngan jaminan mulut manakala pe­sara UPP dibebaskan dengan seorang penjamin dan wang tunai sebanyak RM10,000.

“Di Perak pula, enam anggota PGA turut dibebaskan dengan jami­nan mulut manakala seorang orang awam sudah dibebaskan dengan ja­­minan wang tunai sebanyak RM2,500 berserta seorang penjamin.

“Orang awam yang ditahan di­siasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Ak­ta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa pula disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” ujar sumber itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/11-lagi-anggota-upp-pga-ditahan-sprm-1.65865#sthash.2tlQjiRN.dpuf

CELAH GELEGAR: UMAT ISLAM PERLU SEDAR, Kafir Harbi DAP & MCA seda...

CELAH GELEGAR: UMAT ISLAM PERLU SEDAR, Kafir Harbi DAP & MCA seda...: Tindakan NGO bukan Islam, termasuk persatuan Kristian dan Buddha membantah pengedaran al-Quran  terjemahan dalam beberapa bahasa kepada...

Tuesday, 3 March 2015

Pencarian pesawat MH370 ditamatkan?

03 Mac 2015 1:23 AM


Warren Truss



CANBERRA 2 Mac - Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak akan dilaksanakan buat selama-lamanya dan perbincangan antara Australia, China dan Malaysia telah bermula bagi mencapai keputusan sama ada mahu menamatkan operasi itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss (gambar)ketika diwawancara oleh Reuters berkata, ketiga-tiga negara yang terlibat dalam misi berkenaan akan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pencarian di kawasan seluas 1.1 juta kilometer persegi di sekitar zon pencarian utama atau menamatkan misi pencarian.

Beliau berkata, bagi ahli keluarga penumpang dan krew MH370, mereka pastinya tidak mahu operasi itu diberhentikan selagi pesawat dan mayat ahli keluarga mereka tidak ditemukan.

“Tetapi hakikatnya, kita tidak boleh mencari pesawat tersebut selama-lamanya dan pada masa ini kami akan melakukan segala usaha yang termampu bagi mengesan pesawat itu.

“Perbincangan antara Australia, China dan Malaysia telah bermula, sama ada mahu menghentikan pencarian pesawat MH370 atau tidak, jika usaha setakat ini gagal membuahkan hasil,” katanya.

Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 298 penumpang dan siasatan mendapati pesawat itu berakhir di dasar Lautan Hindi.

Sejak itu, operasi pencarian di kawasan dasar laut itu seluas kira-kira 60,000 kilometer persegi telah dilakukan melibatkan empat buah kapal peninjau daripada syarikat kejuruteraan Belanda, Fugro yang dijangka ditamatkan pada Mei ini.

Truss memberi amaran bahawa operasi di luar kawasan fokus pencarian tidak akan berjaya tanpa bantuan pihak antarabangsa memandangkan kos yang ditanggung setakat ini dibahagi sama-rata antara Malaysia dan Australia sudah mencecah kira-kira AUS$52 juta (RM146 juta).

“Kami mengeluarkan belanja yang besar kerana mahu melaksanakan tugas ini dengan baik melalui peralatan yang terbaik.

“Tetapi kami juga perlu menilai keputusan lain termasuk menetapkan tempoh untuk melanjutkan misi pencarian pesawat MH370,” katanya. – REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pencarian-pesawat-mh370-ditamatkan-1.65520#sthash.8u0nb6cj.dpuf


PIALA FA : Khairul Azhan wira Tok Gajah

Selamatkan dua penalti, Pahang singkir JDT

MOHAMAD SHOFI MAT ISA | 03 Mac 2015 1:18 AM


Pemain Pahang meraikan kejayaan menyingkirkan JDT pada pusingan kedua Piala FA di Kuantan, semalam. – UTUSAN/AHMAD ZAKKIJILAN

KUANTAN - KHAIRUL Azhan Md. Khalid muncul wira Tok Gajah apabila menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu Pahang menyingkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, semalam.

Pahang yang turun selaku juara bertahan menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas masa penuh permainan terikat 1-1.

Khairul Azhan yang tenang menjaga gawang, menyelamatkan ten­dangan Luciano Figueroa dan Junior Eldstal, sekali gus membawa Pahang menempah pertemuan de­ngan MISC-MIFA di pusingan ketiga.

Sebulan selepas tumpas 0-2 kepada JDT dalam perlawanan sumbangsih di Larkin, kemenangan ini melunaskan dendam Tok Gajah.

Sepakan penalti Pahang berjaya disempurnakan Matias Conti, Damion Steward, Zeshan Rehman dan Mohd. Razman Roslan, manakala penalti JDT dijaringkan Safee Sali dan Hariss Harun.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-20 apabila Conti melakukan tandukan deras menewaskan penjaga gol JDT, Mohd. Farizal Marlias.

Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran cantik orang besi Pahang, Dickson Nwakame yang me­lakukan gerakan solo menewaskan pertahanan lawan sebelum membuat hantaran yang disambar Conti yang tidak dikawal di depan gawang lawan.

Bermula separuh masa pertama, Pahang tidak menunggu lama de­ngan asakan berterusan dilakukan ke kubu lawan dan beberapa kali berjaya memperoleh sepakan penjuru.

Minit ke-15, Pahang memiliki peluang cantik untuk membuka jaringan, namun tolakan pemain tengah, R. Gopinathan yang berjaya melepasi pertahanan JDT, Marcos Antonio Elias Santos dapat ditepis oleh Mohd. Farizal.

Selepas itu, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan de­ngan Pahang lebih mendominasi permainan, namun JDT turut memiliki peluang me­nyamakan kedudukan dan pada minit ke-38 tandukan Mohd. Fadli Shas melepasi gawang.

Taktik Bojan Hodak memasukkan Figueroa pada minit ke-78 bagi menggantikan Mahali Jasuli berjaya menambahkan bisa serangan Harimau Selatan.

Pada minit ke-80 JDT akhirnya mendapatkan gol penyamaan yang dijaringkan Hariss melalui rembatan deras menewaskan Khairul Azhan.

Turut menyaksikan perlawanan itu, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/khairul-azhan-wira-tok-gajah-1.65480#sthash.Jx71G9eC.dpuf


LIWAT : Layanan, kemudahan Anwar di penjara saksama

03 Mac 2015 1:58 AM

KUALA LUMPUR 2 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima layanan serta kemudahan yang saksama seperti banduan lain.

Zulkifli Omar

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata, ketika ini kira-kira 50,000 banduan menjalani hukuman di seluruh penjara negara ini dan layanan serta kemudahan yang diberikan terhadap semua banduan termasuk Anwar adalah sama mengikut ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara.

“Anwar telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh bermula 10 Februari lalu dan sejak itu, pelbagai tuduhan dan spekulasi dilakukan oleh pihak tertentu.

“Maka berasaskan itu, pihak kami mengambil langkah untuk menjelaskan tuduhan berkenaan seperti perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini telah membuat permohonan dan dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan Penjara 2000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, lawatan yang dinamakan Perjumpaan Khas itu dibenarkan atas urusan penting seperti mana diberikan kepada banduan lain.

“Perjumpaan itu dibenarkan atas urusan berkaitan keluarga, pembahagian harta, wasiat serta khidmat mendapatkan peguam,” jelasnya.

Katanya, selain itu, Anwar dibenarkan untuk mendapatkan penempatan dengan kemudahan bersesuaian termasuk makanan tambahan dan berbeza menerusi cadangan pegawai perubatan demi kepentingan kesihatan banduan.

“Kemudahan itu diberikan mengikut Peraturan 231 (j), Peraturan-peraturan Penjara 2000 yang perlu dipatuhi oleh pihak penjara dalam mengubahsuai kerja, diet dan hukuman yang difikirkan perlu.

“Laporan mesti dilakukan secara bertulis kepada pegawai yang menjaga banduan berkenaan, malah hasil pemeriksaan dan syor pakar perubatan Anwar adalah untuk menempatkannya di Hospital Penjara Sungai Buloh. Penempatan itu telah dilaksanakan sebelum pertemuannya dengan Mohamed Azmin pada 25 Februari lalu,” ujarnya.

Tambahnya, tentang pertukaran Pegawai Penjara yang bertanggungjawab melaksanakan kawalan keselamatan Anwar pula, ia dilakukan setiap bulan.

“Pertukaran pegawai berlaku setiap bulan yang dilakukan atas kepentingan perkhidmatan dan kebajikan pegawai terlibat, malah Pengarah Penjara tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap pertukaran tersebut,” katanya.

“Bagi kawalan semasa perhimpunan solidariti yang berlangsung setiap malam di hadapan penjara, ia bertujuan menjaga keselamatan, sekali gus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mampu menjejaskan keselamatan penjara,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/layanan-kemudahan-anwar-di-penjara-saksama-1.65607#sthash.iC1f1b4S.dpuf

JENAYAH : SPRM tahan 13 
anggota UPP, PGA

Terima suapan sehingga RM4,000 daripada penyeludup

ILAH HAFIZ AZIZ | 03 Mac 2015 1:57 AM


SEORANG pegawai SPRM mengiringi seorang suspek yang ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam, kerana dipercayai terlibat dalam sindiket melindungi aktiviti penjualan dan penyeludupan petrol ke negara jiran.

KUALA LUMPUR 2 Mac - Segelintir penguat kuasa yang bertugas di sempadan negara ter­nyata tidak pernah gentar dengan tindakan demi tindakan ke atas mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan minyak ke negara jiran.

Buktinya, 13 penguat kuasa terdiri daripada pegawai dan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam sindiket melindungi aktiviti penjualan dan penyeludupan petrol ke negara jiran.

Turut ditahan, seorang bekas pegawai UPP dan seorang awam yang dipercayai bersubahat dalam kegiatan terbabit.

Kesemua 15 individu terbabit ditahan dalam operasi yang dikenali sebagai Op Licin 2 di Perak dan Kedah, setelah siasatan mendapati sindiket penyeludupan minyak petrol itu dilakukan secara haram melalui pintu masuk di sempadan Malaysia-Thailand.

Difahamkan, penahanan itu adalah yang terbesar selepas operasi membanteras aktiviti mengelak cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai September lalu.

Menurut sumber, dalam penahanan terbaharu ini, kesemua yang terlibat merupakan pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Ke­selamatan (ICQS).

Katanya, mereka dipercayai menerima suapan sehingga RM4,000 daripada pengusaha stor minyak petrol dan diesel yang tidak berlesen di sekitar Durian Burung, Padang Terap, Kedah.

“Daripada 13 penguat kuasa yang ditahan itu, lima daripadanya anggota UPP manakala selebihnya Pasukan Ge­rakan Am (PGA) dengan masing-masing enam dari Perak dan dua dari Kedah.

“Bekas pegawai UPP berpangkat Asisten Superintenden yang ditahan itu pula berusia 60 tahun,” katanya di sini.

Utusan Malaysia pada Sabtu lalu mendedahkan, penyelewengan diesel dan petrol di sempadan negara masih lagi berterusan khususnya di pintu sempadan negara meskipun usaha oleh kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sering dilakukan.

Laporan itu mendedahkan, tindakan segelintir pegawai penguat kuasa yang tidak membuat pemeriksaan ketat terhadap kenderaan-kenderaan yang disyaki membawa bahan bakar menyebabkan beberapa kawasan di pintu sempadan negara mudah dibolosi.

Mengulas lanjut, sumber memberi­tahu, penguat kuasa yang ditahan itu terdiri daripada pegawai berpangkat Asisten Superintenden (seorang), In­spektor (dua), Koperal (lapan) dan Konstabel (dua).

“Seorang orang awam yang ditahan pula berasal dari Ipoh, Perak. Kesemua 15 inidvidu yang ditahan tersebut berusia antara 20-an hingga 60-an.

“Dalam operasi itu, sebahagian anggota UPP ditahan di Kompleks UPP Bukit Kayu Hitam manakala anggota PGA pula ditahan di sekitar pekan Bukit Kayu Hitam.

“Bekas anggota UPP yang merupakan pesara itu ditahan di rumahnya di Alor Setar,” katanya.

Kesemua yang ditahan disisasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 membabitkan kesalahan me­minta suapan oleh penjawat awam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-tahan-13-8232-anggota-upp-pga-1.65602#sthash.rFbqEOMV.dpuf


Dana RM1.6b bagi MAS NewCo

NABILA YASMIN RAZIB | 03 Mac 2015 1:22 AM


KUALA LUMPUR 2 Mac - Khazanah Nasional Bhd., akan mengagihkan dana sehingga RM1.6 bilion kepada Malaysia Airlines (MAS) sebagai sebahagian daripada fasa kedua pembiayaan pelaburan bersyarat dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Syarat-syarat pengagihan itu ialah pelaksanaan beberapa perkara utama, antaranya, pelan perniagaan syarikat baharu (NewCo) telah diluluskan oleh Khazanah dan Lembaga Pengarah MAS, menurut Khazanah dalam kenyataannya tentang Perkembangan Kemajuan Suku Tahun Pelan Pemulihan MAS (MRP) yang kedua di sini hari ini.

MAS NewCo merupakan syarikat yang mengambil alih MAS sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, dan Khazanah memiliki 100 peratus kepentingan.

Syarat lain yang diperlukan untuk pembiayaan ialah kajian tadbir urus korporat, pelaksanaan proses pemilihan tenaga kerja serta program pembangunan dan pengurusan tenaga kerja, dan sasaran kewangan dan operasi untuk dipersetujui.

Seperti disebut di bawah MRP, selesainya pengurangan modal terpilih dan proses pembayaran balik semula (SCR) serta penyahsenaraian MAS merupakan syarat perlu untuk komitmen Khazanah mengagihkan pembiayaan pelaburan sehingga RM6 bilion secara berperingkat dan di bawah syarat yang ketat.

Daripada fasa pertama pembiayaan pelaburan bersyarat berjumlah RM2 bilion yang disasarkan pada akhir Disember 2014, RM1.38 bilion diagihkan untuk pembayaran kepada pemegang saham susulan kejayaan pelaksanaan SCR.

Baki fasa pertama pembiayaan itu akan diagihkan berdasarkan keperluan aliran tunai MAS dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Khazanah.

Sebagai sebahagian daripada matlamat jangka panjang MAS untuk mengurangkan tahap kadar hutangnya, perbincangan mengenai syarat cadangan pertukaran hutang-bagi ekuiti dengan beberapa pihak sedang dijalankan, dengan perjanjian mengenai syarat-syarat utama yang disasarkan pada akhir suku pertama 2015 dan pelaksanaan perjanjian definitif pada suku kedua 2015.

Menurut Khazanah lagi, syarikat penerbangan negara itu menjangkakan rasionalisasi agregat kapasiti pada 2015 melebihi 10 peratus dengan menumpukan operasi ke laluan domestik dan serantau yang lebih menguntungkan.

“Pengukuhan jangka masa pendek itu dilihat mampu menguatkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan berkenaan, sekaligus meletakkannya pada landasan yang betul untuk mengembangkan kapasitinya pada kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) melebihi lima peratus setahun bagi tempoh 2015 hingga 2020.

Secara khususnya, NewCo bercadang untuk mengembangkan kapasiti laluan domestik dan ASEAN sehingga enam hingga lapan peratus setahun dan Asia Pasifik sebanyak lima peratus untuk membina hab sambungan di Kuala Lumpur di samping mengkaji semula laluan Eropah dan Asia Barat untuk memberi tumpuan kepada laluan yang membawa lebih banyak sumbangan dan keuntungan.

“Laluan sedia ada akan dikaji semula secara terperinci dan mana-mana laluan yang tidak selari dengan objektif akan dibatalkan jika perlu,” katanya.

Pelan perniagaan bagi NewCo yang dijangka beroperasi 1 Julai ini turut direka bagi menyelaraskan semula keperluan pesawat dengan rangkaian jaringannya.

“Pemilihan pesawat bagi laluan-laluan ini juga merupakan kunci kepada prestasi syarikat penerbangan negara, kerana ia akan memastikan keuntungan optimum dan dalam masa yang sama meminimumkan kos,” jelas Khazanah.

Sementara itu Khazanah turut memaklumkan MRP terus menarik minat pelbagai entiti yang mahu terlibat sama atau melengkapkan pelan berkenaan.

“Sehingga kini pihaknya sudah menerima sejumlah 36 cadangan perniagaan. Khazanah sudah bertemu dan akan terus berjumpa pihak-pihak yang mengemukakan cadangan untuk berbincang dengan lebih terperinci.

“Semua cadangan tidak seharusnya melibatkan pemecahan aset MAS, bagi mengekalkan fungsinya sebagai syarikat penerbangan negara,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/dana-rm1-6b-bagi-mas-newco-1.65505#sthash.E1tKQRfx.dpuf


The Sense, Credibility and Accountability: 2 ARTIKEL oleh KAUM 'AH-Beng' BUKTI mereka TAHU pe...

The Sense, Credibility and Accountability: 2 ARTIKEL oleh KAUM 'AH-Beng' BUKTI mereka TAHU pe...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. DiSEBABkan FAKTOR agak KURANG SIHAT, kita berHENTIla KEJAP nak ' UPDATE ' BLOG ini.. HARI...

amukan melayu: ISLAMELAYU DALAM BAHAYA DAN AMAT MENGGERUNKAN, Pas...

amukan melayu: ISLAMELAYU DALAM BAHAYA DAN AMAT MENGGERUNKAN, Pas...: JIKA ANDA PENGANALISIS POLITIK PRO ISLAMELAYU, JELAS SEKARANG MELAYU SEDANG BERADA DI TEBING YANG TINGGI DAN MEMINTA CINA MENOLAKNYA. JIKA I...

JELAPANG: TIADA GUNA PERTEMUAN SOLIDARITI TANPA PEMIMPIN TER...

JELAPANG: TIADA GUNA PERTEMUAN SOLIDARITI TANPA PEMIMPIN TER...: TAHNIAH kepada Ketua Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee kerana menyokong kuat rancangan untuk mengadakan mesyuarat S-O-L-I-D-A-R-I-T-I Ah...

Monday, 2 March 2015

Lenovo P90 kapasiti lebih besar


Lenovo P90 kapasiti lebih besar

28 Februari 2015 8:42 PM




Lenovo P90, siri peranti Lenovo merupakan antara telefon pintar terkenal di Malaysia dan kini Lenovo setapak ke hadapan dengan memperkenalkan beberapa model baharu antaranya Lenovo P90.

Sebuah telefon pintar dengan bateri berkapasiti besar bagi memastikan anda mempunyai kuasa bateri yang lebih dari mencukupi untuk penggunaan sepanjang hari. Lenovo P90 turut dilengkapi dengan beberapa spesifikasi lain.

Jika dilihat dari segi spesifikasi, ia mempunyai segala perkara yang anda mahukan, kamera utama 13 megapiksel, pemproses yang mantap, saiz skrin yang ideal, ram yang mencukupi termasuk sambungan LTE. Namun apa yang sedikit mengecewakan, Lenovo masih mengekalkan sistem operasi Android 4.4 Kit Kat di saat pengeluar lain mula mengggunakan Android 5.0 Lollipop sebagai sistem operasi utama mereka.

Menyentuh mengenai harga serta tarikh jualan rasmi, masih tiada maklumat yang dikongsikan oleh pihak Lenovo buat masa ini.

Spesifikasi:

- 5.5-inch IPS 1920×1080 resolution (400ppi)

- 1.8GHz quad-core 64-bit Intel Atom Z3560 processor

- Intel 5-mode XMM 7262 modem

- 2GB of RAM

- 32GB memori dalaman

- 4000mAh battery

- Kamera utama 13MP + OIS, 5MP
 di hadapan.

- Sambungan 4G LTE

- 156g, 8.5mm

- Pilihan warna: Pearl White,
 Onyx Black, Lava Red

- Android 4.4 KitKat

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/lenovo-p90-i-kapasiti-lebih-besar-i-1.64735#sthash.nCiql07V.dpuf


PIALA FA : Tolong jangan buat kacau

700 anggota polis, rela kawal aksi Pahang – JDT


MOHAMAD SHOFI MAT ISA | 02 Mac 2015 12:42 AM


PENYOKONG Pahang dan JDT diharap mampu mengawal diri apabila menonton aksi ‘panas’ kedua-dua pasukan dalam perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

KUANTAN - Sejarah ‘panas’ antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) memaksa penganjur meletakkan 700 anggota keselamatan untuk mengawal perlawanan dua gergasi bola sepak tempatan itu dalam sai­ngan Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berjanji akan menugaskan pengadil terbaik untuk mengendalikan perlawanan tersebut, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) pula memberi jaminan akan menyediakan keselamatan terbaik.

Hubungan tegang dua jaguh bola sepak tempatan ini sudah berlaku sejak musim lalu, namun ia bertambah panas sejak insiden penyokong JDT memaparkan kain rentang gergasi manusia berkepala anjing dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Larkin, Januari lalu.

Malah, baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak berpuas hati dengan alasan penundaan perlawanan Piala FA yang yang pada mulanya dijadualkan semalam dengan mendakwa PBNP ‘menipu’ berhubung kepulangan mereka di tanah air.

“Kita mengambil kira segala isu yang timbul antara kedua-dua pasukan, termasuk apa sahaja yang dinyatakan dalam laman sosial yang menjangkakan perlawanan bakal panas dan sengit.

“Kita sentiasa berjaga-jaga dan melakukan kawalan sehingga penyokong kedua-dua pasukan me­ninggalkan stadium. Harap tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

“Apapun kawalan pasti rapi pada malam itu kerana apa yang kita mahu perlawanan berlangsung dengan aman serta lancar tanpa timbul provokasi melampau antara penyokong Pahang dan JDT,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Raja Mustafa, lebih 700 anggota yang terdiri daripada polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mula berkawal di Stadium Darul Makmur seawal jam 2 petang sehingga perlawanan tamat.

Kawalan itu bagi memastikan perlawanan berlangsung aman tanpa insiden tidak diingini, terutama membabitkan penyokong di dalam dan luar stadium.

Raja Mustafa Shah dalam pada itu berkata, PBNP menyeru penyokong mengekalkan disiplin baik dan mengelakkan insiden tidak diingini bagi memastikan perlawanan antara Pahang dan JDT berlangsung dengan lancar.

Sebelum ini, persatuan tersebut kesal dengan tindakan segelintir penyokong membakar suar selepas tamat perlawanan berdepan Selangor di stadium itu pada 14 Februari lalu.

Beliau berkata, persatuan itu berharap penyokong mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan tidak membawa bahan-bahan terlarang seperti suar dan bom asap ke dalam stadium.

“Kita telah pun mengadakan perjumpaan dengan wakil kelab penyokong bola sepak Pahang, termasuk Elephant Army (EA). Pihak polis telah meminta mereka supaya tidak membawa suar sertabos asap ke stadium dan mereka telah berjanji tidak akan berbuat demikian.

“Kita telah menyatakan perkara ini kepada mereka dan harap mereka tidak akan melakukannya. Jika ia masih berlaku dan pihak polis membuat tangkapan, kita harap mereka tidak menyalahkan persatuan,” katanya lagi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tolong-jangan-buat-kacau-1.65200#sthash.LJVbxaz0.dpuf


Pasar raya tawar diskaun lebih 82,000 produk

OLEH SHAHRINNAHAR LATIB (NAHAR.LATIB@UTUSAN.COM.MY) | 02 Mac 2015 2:01 AM


HASAN MALEK (kanan) memotong tanda harga yang lama sambil diperhatikan oleh Shahiruddin Ab. Moin (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek (kiri) pada majlis pelancaran Kempen Penurunan Harga 2015 Peringkat Kebangsaan di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang, semalam.

LEBIH 1,000 buah cawangan pasar raya di seluruh negara mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga 2015 dengan menawarkan diskaun antara 10 hingga 70 peratus kepada lebih 82,000 produk yang ditawarkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, antara pasaraya yang terlibat adalah The Store, Tesco, Aeon Big, Giant, Mydin, Milimewa Supermarket & Department Store, TF Value Mart, UO Superstore, Econsave Cash & Carry dan Pasaraya Pasific.

“Antara barangan yang ditawarkan pada harga berpatutan pula adalah termasuk ayam, beras, susu, sardin, milo dan makanan sejuk beku. Barangan lain termasuk peralatan elektrik, lampin bayi, susu bayi, pakaian sukan serta barangan penjagaan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Penurunan Harga Peringkat Kebangsaan di pusat belibelah Kuantan Parade di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin.

Menurut beliau, kempen yang diadakan serentak di seluruh negara membabitkan sebanyak 16 buah pasar raya yang memiliki lebih 1,000 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang rendah.

“Kerajaan beri jaminan kempen ini akan diadakan secara berterusan untuk membantu meringankan beban rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kita juga mahu ubah persepsi rakyat bahawa perubahan harga petrol bukan penyumbang utama kepada kenaikan harga barangan dan kempen seperti ini masih dapat diteruskan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sentiasa peka dengan kesusahan yang dihadapi rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada beberapa faktor seperti bencana alam, peningkatan kos sewa beli, sial tarif dan kadar upah minimum.

Menurut Hasan, kejayaan kempen yang dilancarkan ini merupakan inisiatif yang diadakan melalui persetujuan yang dicapai dengan rundingan bersama pengilang, pemborong, pembekal, peniaga dan persatuanpersatuan peniaga.

“Saya suka mengambil pendekatan secara berunding, bermula daripada pemborong hingga ke peringkat akar umbi. Cara ini akan membolehkan kita mendengar pandangan semua pihak.

“Kita juga akan pastikan setiap barangan yang dijual menepati piawaian kualiti yang tinggi,” jelasnya.

Kempen ini katanya, dianggap sebagai permulaan untuk menarik syarikat pengeluar yang lain termasuk peniaga kecil untuk bersamasama menurunkan harga barangan yang dijual.

Dalam pada itu mengulas perkembangan harga minyak, kerajaan akan terus mengikuti perkembangan harga minyak global bagi analisis harga baharu setiap bulan.

“Analisis ini dibuat secara berpasukan, setiap bulan kita akan buat perkiraan, untuk harga bulan Mac ini, kita sudah buat pemantauan sepanjang bulan Februari lalu,” tambahnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pasar-raya-tawar-diskaun-lebih-82-000-produk-1.65320#sthash.MeUxJYgC.dpuf