Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 9 January 2015

Elak menjadi mangsa propaganda

NIZAM YATIM | 09 Januari 2015 1:41 AM

“Saya menulis buku ini kerana geram, kurangnya bahan bacaan berkaitan propaganda.”

Buku Kuasa Propaganda

Itulah prakata ringkas yang ditulis Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang di Selangor bagi menjelaskan sebab utama beliau menulis buku yang menyentuh secara khusus mengenai topik ber­kenaan.

Dipercayai ini adalah buku pertama seumpamanya dalam bahasa Melayu. Ilmu propaganda sebelum ini hanya disentuh dalam buku terbitan luar negara.

Propaganda adalah suatu teknik komunikasi yang bertujuan mempengaruhi kecenderungan menyukai atau tidak menyukai seseorang individu atau kumpulan terhadap sesuatu perkara.

Ia muncul dalam pelbagai rupa; daripada kandungan buku yang dibaca atau siaran berita yang diikuti sehinggalah kepada ucapan yang didengar, lakonan yang ditonton atau lagu yang dinikmati dan seribu bentuk lagi.

Menurut penulis, propaganda telah digunakan sejak zaman Parsi kuno, empayar Rom, kerajaan Yunani, zaman kegemilangan Napoleon Bonaparte hinggalah kepada pemerintah Nazi Jerman ketika perang dunia pertama dan kedua.

Kaedah sama digunakan rejim Zionis yang menghasilkan lebih seratus filem bertujuan memaparkan kekejaman Nazi untuk mempengaruhi minda di bawah sedar masyarakat kononnya Yahudi me­rupakan bangsa yang telah ditindas secara kejam dan bagi menghalal­kan pembentukan negara Israel pada 1948.

Bagaimanapun, setelah membaca kata pengantar buku berkenaan yang ditulis oleh Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Tan Sri Nordin Kardi pembaca perlu bertanya diri sendiri apakah tujuan mereka membaca buku berkenaan?

Kalau matlamatnya untuk menguasai teknik bagi menjadi seorang ahli propaganda terbaik, maka mereka harus sedar akan hakikat bahawa wujud kemusykilan sama ada kerja pro­paganda itu halal dan beretika?

Ini kerana mereka yang terlibat melakukan propaganda menyebarkan maklumat secara terpilih untuk menolak atau mempertahankan sesuatu agenda.

Maklumat yang disebarkan melalui kaedah propaganda tidak bertujuan mencari atau mempertahankan kebenaran se­­baliknya cuba mempengaruhi emosi individu atau kumpulan tertentu.

Oleh itu, faedah terbesar yang boleh diperoleh apabila membaca buku ini adalah memudahkan kita mengetahui adakah maklumat yang disebarkan kepada kita benar-benar berdasarkan kebenaran atau hanya bersifat pro­paganda semata-mata yang perlu diselidiki kesahihannya terlebih dahulu.

Menurut penulis, antara teknik propaganda yang sering digunakan adalah memberikan gelaran atau panggilan keji kepada individu atau kumpulan tertentu.

Menerusi teknik ini, gelaran, jolokan atau panggilan yang buruk dan negatif ditujukan kepada individu, organisasi, kerajaan dan gagasan supaya pihak yang menjadi sasaran mereka tidak menyukai atau menolaknya.

Di Malaysia, pihak pembangkang dilihat paling banyak menggunakan teknik ini apabila sering menggunakan bahasa yang menghina atau kata-kata yang memberikan konotasi negatif apabila membicarakan tentang musuh mereka iaitu Barisan Nasional (BN).

Teknik ini mengandungi unsur menyerang lawan dengan menggunakan sindiran dan cemuhan supaya dapat menjatuhkan dan me­nurunkan darjat lawan berkenaan, sama ada individu, pasukan atau gagasan tertentu.

Tujuan propaganda bentuk ini adalah agar orang menolak dan berasa sangsi terhadap idea tertentu tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Teknik ini cuba untuk membangkitkan prasangka di kalangan orang ramai dengan melabelkan sasaran dengan sesuatu yang tidak disukai. Ia merupakan strategi untuk menjatuhkan reputasi seseorang atau sesuatu subjek agar sasaran tidak menyenangi subjek berkenaan.

Satu lagi teknik yang sering digunakan oleh pembangkang adalah menonjolkan keburukan lebih besar di pihak BN.

Kaedah ini mula digunakan setelah pihak media massa arus perdana dan blog pro-BN mendedahkan kelemahan dalam pakatan pembangkang yang saling bertelagah sesama sendiri sehingga rakyat mula hilang kepercayaan terhadap mereka.

Menerusi teknik ini, ahli-ahli politik pembangkang tidak lagi membuang masa untuk mempertahankan parti mereka sebaliknya telah menonjolkan kekurangan, kelemahan dan keburukan BN bagi menunjukkan pihak lawan mereka itu adalah lebih teruk.

Rakyat ditekankan bahawa mereka kini berada dalam situasi perlu memilih antara dua syaitan. Mereka perlu memilih syaitan kurang jahat berbanding yang satu lagi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/elak-menjadi-mangsa-propaganda-1.45958#sthash.vbjsehE5.dpuf

Jangan timbulkan provokasi agama

Umat Islam marah seperti kes berlaku di Perancis – Dr. M

FAIZAH IZZANI | 09 Januari 2015 1:40 AM

Dr. Mahathir Mohamad bersama dari kiri Syed Ali Al-Habshee, Abdul Mailk, Sabariah Abdullah, Famiza Zulkfli dan wakil UMNO Cheras Datuk Mahadi Abdul Shukor selepas menyampaikan sumbangan dalam Majlis Pelancaran Program One Soul One Qu’ran di Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, akhbar Perancis Charlie Hebdo tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila sengaja mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan ada umat Islam yang begitu marah dan bertindak di luar dugaan.

Katanya, serangan terhadap pejabat akhbar itu semalam sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh tidak sepatutnya berlaku sekiranya tiada provokasi dilakukan oleh akhbar itu sebelum ini.

“Mereka ini tidak hormatkan agama Islam, suka membuat provokasi. Walaupun orang Islam tidak sepatutnya membunuh tetapi sudah tentu ada yang akan marah dengan tindakan provokasi yang dilakukan sebelum ini.

“Jangan sengaja menimbulkan provokasi, menghina nabi dan sebagainya. Mungkin pegangan agama mereka (yang menghina Islam) sudah tidak kuat tetapi sebagai manusia bertamadun, kita seharusnya menghormati kepercayaan dan agama orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program One Soul One Quran anjuran Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Turut sama Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, Ketua Pegawai Eksekutif D’Tandoor, Datuk Abdul Mailk, Pengerusi Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS), Sabariah Abdullah dan Pengarah Urusan Muslimah Manufacturing Sdn.Bhd., Famiza Zulkifli.

Dalam kejadian semalam, 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat Charlie Hebdo.

Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charia Hebdo.

Dr. Mahathir berkata, tindakan mencetuskan kemarahan sehingga menyentuh sensitiviti umat Islam malah penganut agama lain juga tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

“Saya tidak halalkan perbuatan membunuh ini. Bukan saya menyokong perbuatan membunuh. Tetapi kita harus ingat kalau kita sengaja provoke orang dan reaksi mereka kita tidak boleh tentu. Sepatutnya tidaklah, tetapi ada orang yang begitu marah. Inilah yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti IIS menerbitkan al-Quran ke dalam empat bahasa untuk diedarkan kepada umat Islam di negara ini melalui projek One Soul One Quran merupakan satu yang dialu-alukan dan amat baik.

Katanya, umat Islam seharusnya memahami tafsir dan setiap makna ayat di dalam al-Quran agar dapat menerapkan nilai sebenar ajaran Islam ke dalam diri masing-masing.

“Umat Islam berpecah-belah kerana tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar iaitu berlandaskan al-Quran. Maka wujud pelbagai tafsiran sendiri mengenai ajaran Islam dan itu yang menyebabkan umat Islam semakin keliru.

“Orang bukan Islam pula semakin memandang serong terhadap Islam apabila umat Islam itu sendiri telah lari dari ajaran al-Quran yang sebenar,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-timbulkan-provokasi-agama-1.46012#sthash.EqrRx889.dpuf


Sekolah jadi pusat pemindahan 
dibenar lewatkan mula sesi

09 Januari 2015 2:00 AM


MUHYIDDIN YASSIN menyampaikan replika cek Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia kepada Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail (dua dari kanan) di Jerantut, semalam. Turut kelihatan Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri), Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris (kiri) dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar, Suraiyaton Pakih (kanan). – UTUSAN/ AHMAD ZAKKI JILAN

JERANTUT 8 Jan. – Sekolah-sekolah terjejas teruk akibat musibah banjir dan masih dijadikan pusat pemin­dahan sementara diberi kelonggaran untuk melewatkan permulaan sesi baharu persekolahan yang dijadual pada Ahad dan Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun sekolah-sekolah terlibat perlu menggantikannya semula pada masa bersesuaian.

Beliau berkata, sehingga kini, 56 buah sekolah masih dijadikan pusat pemindahan sementara untuk menempatkan mangsa banjir di beberapa negeri terlibat.

“Secara logiknya pun, tidak mungkin mereka boleh memulakan sesi persekolahan jika masih menjadi pusat pemindahan selain perlu dibersihkan,’’ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir bagi negeri ini di Pejabat Daerah di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti sekolah dan tahap kerosakan ditanggung mereka bagi membolehkan penggantian dilakukan segera.

“Untuk permulaan sesi baharu persekolahan ini, kelengkapan se­perti buku teks, kerusi dan meja kita dahulukan,’’ ujar beliau.

Sementara itu, ketika mengadakan lawatan pasca banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar di sini, beliau menyerahkan peruntukan kerajaan Pusat RM25.7 juta untuk bantuan awal persekolahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang diwakili Pengarahnya, Mohd. Rosdi Ismail.

Dalam ucapannya, beliau berharap pemberian tersebut dapat mengurangkan beban terpaksa ditanggung mangsa-mangsa banjir yang berdepan dengan kesempitan kewangan ekoran kehilangan harta benda termasuk kediaman ketika musibah itu melanda.

“Saya berharap semua yang terlibat tabah dan bersabar dengan ujian daripada Allah ini. Kerajaan akan bertindak segera memberi bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

“Kita juga perlu ambil iktibar daripada kejadian ini dengan perlu lebih peka menjaga alam sekitar dan jangan menebang hutan serta memotong balak secara melampau” katanya.

Turut serta dalam lawatan ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Muhyiddin berharap sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir termasuk dijadikan pusat pemindahan sementara agar dapat memulakan sesi persekolahan mengikut jadual disusun.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih sedang dijalankan namun masih bany­ak kerosakan yang perlu diteliti serta diambil tindakan penyelesaian segera.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta yang turun padang untuk sama-sama membersihkan sekolah termasuk menghulur bantuan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/sekolah-jadi-pusat-pemindahan-8232-dibenar-lewatkan-mula-sesi-1.46048#sthash.g7reO22H.dpuf

Tegas soal alam sekitar

Peringatan Perdana Menteri kepada semua pihak berkuasa

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 09 Januari 2015 2:00 AM


WAHID OMAR menyerahkan ilustrasi Menara Razak UTM kepada Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Idris Jusoh. – UTUSAN/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak berkuasa lebih agresif dan tegas dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab merosakkan kelestarian alam sekitar sehingga akhirnya negara dilanda bencana.

Tegas Perdana Menteri, pihak yang berkaitan mesti melakukan perubahan dalam pendekatan membangunkan negara jika tidak mahu bencana seperti banjir paling buruk di Pantai Timur baru-baru ini berulang pada masa depan akibat kelalaian pihak berkuasa untuk bertegas.

“Kita mesti melakukan perubahan dalam menguruskan pembangunan negara. Kalau ada tempat yang kita bagi lesen menduduki sementara (Tol) seekar tetapi dia buka tanah haram sebanyak lima ekar, mesti diambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini.

“Kerana kalau kita gagal melakukan penguatkuasaan secara tegas, akhirnya kita semua akan ditimpa bencana amat dahsyat,” katanya ketika berucap merasmikan Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta Naib Canselor UTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Wahid Omar.

Pada majlis berkenaan, Najib turut melancarkan buku bertajuk Projek Pembangunan UTM di Bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Mengulas lanjut mengenai bencana banjir terburuk melanda negara, Perdana Menteri mahu pakar-pakar dari universiti tempatan membuat kajian terperinci apakah punca sebenar yang membawa kepada tragedi berkenaan dan kemudian membawa hasilnya kepada kerajaan.

Pada masa sama, beliau juga mengharapkan pihak universiti dapat memberi panduan tentang bagaimana dasar pembangunan mapan perlu dibuat oleh sesebuah kerajaan kerana tumpuan kepada kemajuan fizikal semata-mata tidak menjamin kelestarian alam sekitar.

“Semasa mesyuarat Kabinet kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu tahu apa faktor penyebab banjir yang sebenarnya. Kita tidak mahu kepakaran luar, kita mahu semua universiti buat kajian dan maklumkan kepada kerajaan apa punca sebenarnya banjir,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tegas-soal-alam-sekitar-1.46049#sthash.ZHuSxYQo.dpuf


Samsung lancarkan Galaxy A5

NUR HANANI AZMAN | 09 Januari 2015 12:42 AM


Izzue Islam dan Liyana Fizi memperagakan telefon pintar Samsung Galaxy A5 dan A3 pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Mohd Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Samsung Malaysia Electronics sedang berusaha untuk mengukuhkan penguasaan pasaran bagi segmen telefon pintar dengan memperkenal barisan produk baharu.

Pengurus Produk Bahagian Mudah Alihnya, Luke Au berkata, beliau walau bagaimanapun tidak dapat memberitahu jumlah penguasaan pasaran bagi Samsung di peringkat global mahupun Malaysia.

Katanya, produk yang bakal dibawa masuk ke pasaran tempatan itu nanti terdiri daripada pelbagai konsep termasuk telefon pintar premium dan peranti pada harga berpatutan.

“Samsung sebelum ini sememangnya sentiasa berusaha untuk menawarkan rangkaian produk bersesuaian dengan cita rasa dan kemampuan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Samsung Galaxy A3 dan A5 di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden IT, Mudah alih dan Imej Digital Samsung, Lee Jui Siang dan Pengurus Perniagaan Bahagian Mudah Alih Samsung Malaysia, Julian Thean.

Mengulas pengumuman Samsung Electronics Co. Ltd. mengenai sasaran bagi kesemua peranti untuk dilengkapi kemudahan sistem Internet-of-Things (IoT) menjelang 2017, Au berkata, Samsung Malaysia turut menyokong usaha itu.

Ujarnya, Samsung Electronics bakal melabur lebih AS$100 juta (RM356.80 juta) bagi komuniti pemaju sistem seumpamanya tahun ini.

“Kami mengalu-alukan pengumuman berkenaan dan yakin Malaysia akan mendapat banyak bahagian daripada peruntukan pelaburan itu berikutan potensi pasaran Malaysia terhadap segmen tersebut,” katanya.

Samsung A3 dan A5 disasarkan kepada segmen generasi muda menawarkan ciri menarik termasuk mod kamera ‘wide-selfie’ dilengkapi cip pemprosesan berkelajuan 1.2GHz.

Samsung A3 berharga RM899 sementara Samsung A5 (RM1,999) masing-masing dengan pilihan warna putih, hitam, perak dan emas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/samsung-lancarkan-galaxy-a5-1.45897#sthash.QGMMxLcd.dpuf


Thursday, 8 January 2015

POLITIK : 2 minggu tempoh pulangkan 
wang pampasan – Azmin

ZULKIFLI SAINUDDIN | 08 Januari 2015 1:57 AM

SHAH ALAM 7 Jan. - Tempoh dua minggu diberikan kepada kesemua lapan bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk memulangkan pampasan RM2.6 juta yang diterima mereka seperti mana diarahkan menerusi surat kelmarin.
MOHAMED AZMIN ALI

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada mereka selepas tempoh tersebut maka tindakan lanjut akan diambil oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, MBI juga hanya akan membuat sebarang kenyataan baharu berhubung isu berkenaan selepas tamat tempoh itu yang bermula dari tarikh surat itu dihantar, iaitu kelmarin.

“Saya kira MBI hanya akan buat ulasan setelah tempoh berkenaan tamat kerana kita berlaku adil.

“Kita beri tempoh berkenaan untuk mereka respons dan sekiranya gagal, ada tindakan-tindakan yang telah pun diputuskan oleh pengurusan MBI,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi Misi Bantuan Banjir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin men­yifatkan kerajaan negeri telah melam­paui batas yang luar biasa dalam isu pembayaran pampasan kepada lapan bekas kakitangan MBI termasuk dirinya.

Faekah mendakwa, laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan balik pampasan tersebut adalah cacat dan tidak dilakukan secara profesional mengikut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.

Mohamed Azmin menjelaskan, laporan audit berhubung pemberian pampasan itu tidak bermasalah kerana dilakukan oleh badan bebas iaitu Jabatan Audit negeri.

“Saya juga yakin pasukan audit yang menjalankan siasatan telah mengambil semua langkah untuk memastikan ada ketelusan dalam menyiasat kes ini,” ujarnya.

Mohamed Azmin dalam pada itu turut mempertahankan tindakan tersebut dan menyatakan pengurusan baharu MBI telah meneliti semua dokumen yang ada sebelum membuat keputusan.

“MBI telah pun meneliti semua dokumentasi yang ada sebelum mengambil tindakan seperti yang dibuat dan kami tidak boleh berkompromi serta mahu mereka memulangkannya kerana ini adalah cara yang cukup diplomatik,” jelasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/2-minggu-tempoh-pulangkan-8232-wang-pampasan-8211-azmin-1.45669#sthash.9Tqo5XfY.dpuf

4 kem penempatan mangsa banjir

Melibatkan tiga PLKN, satu kem Askar Wataniah

SUFFIAN ABU BAKAR | 08 Januari 2015 2:18 AM


HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN dan Idris Haron (atas trak, tiga dari kanan) menurunkan barang-barang bantuan banjir di Kem Terendak, Melaka, semalam. – BERNAMA

MELAKA 7 Jan. - Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebuah kem Askar Wataniah di Kelantan akan dijadikan pusat penempatan sementara kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiga kem PLKN tersebut adalah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang manakala Kem Askar Wataniah yang terlibat pula adalah Kem Rejimen 506 Sungai Durian di Kuala Krai.

Menurut beliau, kesemua kem itu akan dikosongkan serta-merta dalam tempoh sehari dua ini dan para pelatih di tiga kem PLKN tersebut akan ditempatkan di kem-kem lain.

“Banjir yang melanda Pantai Timur dan beberapa buah negeri baru-baru ini bukanlah banjir biasa, sebaliknya kejadian itu sesuatu yang luar biasa. Untuk itu kerajaan perlu memikirkan pendekatan yang di luar kotak untuk kesemua mangsa banjir berkenaan.

“Bagi tujuan itu, Jemaah Menteri bersetuju mengosongkan tiga buah kem PLKN dan sebuah kem Askar Wataniah tersebut bagi tujuan penempatan keluarga mangsa banjir,“ katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di Kem Terendak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Pada majlis itu, Hishammuddin sempat beramah mesra dengan hampir 1,000 sukarelawan terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pelatih PLKN, ahli PBTM serta syarikat-syarikat swasta yang membantu mengumpul bantuan banjir di kem tersebut.

Pusat pengumpulan di Kem Terendak yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu kini mengumpul sebanyak 23 tan bekalan banjir meliputi pakaian, beras, air mineral dan makanan dalam tin.

Menurut Hishammuddin, kemudahan sedia ada di empat lokasi itu seperti dewan makan, tandas, padang dan dorm dilihat mampu membantu melancarkan pengurusan mangsa-mangsa banjir.

Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha untuk menambah jumlah khemah atau kabin kekal bagi menampung sebanyak yang boleh mangsa-mangsa banjir kerana memahami kebanyakan mereka memerlukan tempat penginapan yang lebih selesa.

Tambahnya, masih terlalu awal untuk menganggarkan jumlah mangsa banjir yang akan ditempatkan di kesemua empat kem itu namun pada masa sama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa pelatih yang akan dipindahkan ke kem lain.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/4-kem-penempatan-mangsa-banjir-1.45711#sthash.26BYTTSY.dpuf

GERAKAN ANTI PKR: SEBARKAN KEPADA SEMUA.

GERAKAN ANTI PKR: SEBARKAN KEPADA SEMUA.

Wednesday, 7 January 2015

Lenovo Vibe X2

Telefon pintar berlapis pertama di dunia

ASHRIQ FAHMY AHMAD | 05 Januari 2015 2:28 PM


Lenovo VIBE X2 Launch

Merupakan model baharu barisan Vibe, Lenovo membawakan telefon pintar baharu mereka buat peminat jenama tersebut.

Vibe X 2, rekaan terbaharu yang merupakan telefon pintar premium bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini.

Menggunakan pemproses media 4G LTE terbaharu MediaTek serta menjanjikan kuasa pemproses True Octa-core, inovasi terbaharu Vibe XtensionTM dan pembesar suara dengan kelebihan hi-fi JBL ia merupakan telefon pintar idaman semua.

Menurut Pengurus Besar Negara, Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan, ini merupakan telefon pintar yang unik dengan tiga lapisan warna yang berbeza merupakan gaya yang terbaharu.

“Digabungkan bersama Vibe Xtensions iaitu satu kelebihan yang memberikan Vibe 2X lapisan yang ke empat sekali gus menjadikannya peneraju di dalam real PC Plus,” katanya.

Malah, katanya, kerjasama dengan MediaTek menjadikan telefon tersebut lebih bergaya, berprestasi tinggi dan berbaloi untuk dimiliki.

Lenovo mendakwa, Vibe X2 merupakan telefon pintar berlapis pertama di dunia dengan rekaannya nipis dan seolah-olah peranti yang dicipta secara personal untuk peminatnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web Lenovo di www.lenovo.com.

Spesifikasi Lenovo VIBE X2

Pemproses: 2.0 GHz Octa-core 4G LTE True8Core™.

Sistem Operasi: Android™ 4.4 Kit Kat.

Paparan: 5.0” Full HD IPS (1920 x 1080).

Memori: RAM 2GB + ROM 32GB.

Kamera: Belakang 13 megapiksel bersama lampu denyar LED, depan 5 megapiksel.

Dimensi: 140.2mm (H) x 68.6mm (W).

Berat: 120gram (g).

Bateri: 2300 mAh Li-polimer.

Kad SIM: Dual SIM.

Harga: RM1,199.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/lenovo-vibe-x2-1.44751#sthash.b3tngUaS.dpuf


Inisiatif perpaduan UMNO-Pas Hussamuddin, satu harapan

ZAINI HASSAN | 07 Januari 2015 1:37 AM



Hussamuddin Yaacub

INISIATIF perpaduan UMNO-Pas tauke suratkhabar Sinar Harian, Hussamuddin Yaacub tiba tepat pada masanya.

Ia datang daripada hati nurani seorang anak Kelantan yang totok. Hussamuddin bukan calang-calang dalam dunia korporat. Beliau telah menceburi dalam perniagaan sejak berpuluh-puluh tahun lalu, malah sejak kecil melalui kedai buku bapanya “Toko Buku Yaacub Idris” di Kota Bharu.

Bermula dari kerdil dalam dunia penerbitan kini beliau antara usahawan media yang berjaya.

Jika sudah berjaya, maka apa sahaja katanya boleh diangkat. Dia bercakap sebagai anak negeri itu, negeri yang musnah akibat bencana alam. Tiada siapa yang terfikir Kelantan menghadapi bencana sebegitu buruk ala tsunami di Aceh.

Aceh mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan semula. Disember lalu tepat sedekad tsunami melanda muka bumi ini. Ratusan ribu makhluk ditelan gelombang. Aceh juga musnah akibat permusuhan dan kebencian yang amat sangat antara manusia. Namun Serambi Mekah itu bersatu semula sebagai satu bangsa Indonesia setelah kemusnahan itu.

“Jika tiada tsunami mungkin kami akan terus berperang,” kata seorang warga Aceh semasa kunjungan saya ke situ baru-baru ini.

Sebuah kapal pencawang tenaga elektrik Apung 1, terpaksa diletakkan di luar pantai Aceh kerana pihak pemberontak ketika itu tidak membenarkan Jakarta membina di atas darat. Namun tsunami memperlihatkan janakuasa itu dibawa arus sehingga lima kilometer ke daratan kampung Punge Blang Cut, Kota Banda Aceh. Ia kini menjadi monumen simbol perpaduan negeri itu.

Akhirnya, ketua pemberontak yang berada di Sweden, Zaini Abdullah dan panglima perangnya dalam hutan, Muzakir Manaf meletak senjata. Kedua-duanya kemudian dilantik sebagai gabenor dan timbalan gabenor di tanah Aceh itu.

Hussamuddin ikhlas ketika mem­­bawa gagasan itu. Saya percaya beliau bukan berpolitik.

Sudah-sudahlah. Gagasan itu datang secara tiba-tiba. Orang Kelantan diaspora terkejut melihat magnitud banjir merah yang begitu hebat melanda negeri mereka. Apakah ini ujian yang diturunkan Allah SWT akibat ketaksuban selama ini?

Orang Kelantan terkenal sebagai satu suku etnik Melayu yang lain daripada yang lain di negara ini. Mereka mengaku mereka hebat. Mereka mahu lain daripada yang lain.

Mereka berbangga sebagai orang Kelantan, yang juga diberi jolokan negeri Serambi Mekah.

Apakah ini ujian yang diturunkan? Sebagaimana orang Indonesia mengatakan bahawa orang Aceh lain daripada suku kaum lain di republik itu. Aceh mendakwa merekalah bangsa yang paling dekat dengan Allah, paling hebat dan paling alim berbanding suku kaum lain.

Namun ujian Allah SWT telah mengubah segala-galanya. Jika sebelum tsunami mereka hanya bercakap mengenai Islam dan hudud. Kini akhirnya syariah itu sudah dilaksanakan.

Kita berharap inisiatif dan gagasan yang dibawa Hussamuddin itu dapat dicetuskan segera.

Pedulikan apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Beliau bukan ada apa-apa lagi dalam politik dan kerajaan Kelantan.

Sungguh takbur apabila Husam berkata ‘‘kalau saya mati, nak bergabung-bergabunglah, bukan tidak boleh bergabung, tapi nak bergabung ini biarlah ahli selesa, Pas, UMNO selesa...’’

Nadanya hampir sama dengan Nik Aziz semasa menjadi MB dahulu. Semua orang tahu Husamlah penasihat rapat kepada Nik Aziz pada masa itu. Jika Husam juga menuduh Hussamuddin cuba me­lariskan akhbarnya dengan membangkitkan isu kerajaan perpaduan itu, saya rasa itu tidak betul.

Akhbar kendaliannya merupakan akhbar paling laris di Kelantan. Husam hanya beri alasan.

Yang pasti Husam takut dengan idea gagasan itu. Beliau bimbang peluangnya dalam politik Kelantan akan terkubur dengan gagasan itu. Husam, sebagaimana politikus berjiwa halus, hanya pentingkan diri sendiri.

Kelantan dan rakyatnya cukup unik. Bukan semua seperti Husam. Ramai lagi yang seperti Hussamuddin.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob sekarang pun bukan seperti Nik Aziz. Bekas guru sekolah kerajaan itu faham dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan seperti Nik Aziz. Saya tidak cakap politik...” katanya semasa saya berkunjung ke atasnya beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai MB tidak lama dulu.

Saya dapat membaca bahasa badannya. Beliau lain. Beliau ikhlas dalam melaksanakan tugasnya. Beliau tidak banyak bercakap. Beliau tidak juga membuat fatwa itu dan ini.

Kepemimpinan Pusat selesa de­ngan beliau. Hanya Husam sahaja yang kata ahli-ahli Pas dan UMNO tidak selesa dengan gagasan itu.

Saya yang cukup dekat dengan Kelantan. Kelantan menjadi negeri yang banyak melatih saya mengenai kewartawanan politik dan perkembangan ini amat gembirakan saya.

Di Kelantanlah saya yang dihantar bertugas sebaik sahaja Nik Aziz menduduki kerusi MB. Saya melihat orang Kelantan tidak habis-habis cakap politik. Siang malam politik.

Sudah hampir 30 tahun berpolitik. Sudah-sudahlah tu. Kelantan amat berpotensi menjadi antara negeri termaju di negara ini sekiranya inisiatif Hussamuddin ini direalisasikan.

Jika komunitinya maju jaya di luar Kelantan, tidak mustahil negeri Melayu itu akan lebih maju. Kelantan dan Pusat perlu disepadukan.

Pas dan UMNO; UMNO dan Pas perlu disatukan. Jika berjaya maka ia akan menjadi satu kesatuan dan kekuatan yang tiada sesiapa boleh nafikan.

Itulah yang paling ditakuti ba­nyak pihak, sebenarnya...

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/inisiatif-perpaduan-umno-pas-hussamuddin-satu-harapan-1.45346#sthash.xgYdEEyP.dpuf

AFTERDARK WRITES!: ALLAH IS ALLAH

AFTERDARK WRITES!: ALLAH IS ALLAH: So I met a guy few days ago. He came to my office to get my advise on legal matters but in the course of normal client-solicitor conversat...

Isu MBI: Faekah sifatkan Azmin melampau

Minta pulangkan wang pampasan RM2.6 juta

ZULKIFLI SAINUDDIN | 07 Januari 2015 2:00 AM

SHAH ALAM 6 Jan. - Arahan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya lapan bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang diterima mereka selepas berhenti daripada perbadanan itu, disifatkan sebagai tindakan melampaui batas yang luar biasa.
FAEKAH HUSIN

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin berkata, pembayaran tersebut dilakukan selepas persetujuan antara pegawai-pegawai terlibat dengan pentadbiran terdahulu yang dicapai atas dasar kepercayaan dan sikap profesional semua pihak.

Menurutnya, pendekatan Skim Pelepasan Sepakat (MSS) diambil bagi memberi ruang secukupnya kepada pentadbiran baharu untuk meneruskan agenda dan corak pentadbiran tanpa terpaksa berhadapan dengan kumpulan warga kerja pasukan terdahulu.

“Meskipun ramai pegawai yang masih mempunyai baki tempoh perkhidmatan seperti dalam kontrak, pendekatan pertengahan telah diambil dan sejumlah potongan besar dipersetujui.

“Saya kesal persetujuan bersama ini telah dicemar dan dilanggar pentadbiran baharu dan kami dengan ini mencabar persetujuan tersebut,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lapan bekas kakitangan MBI yang juga pembantu kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini diarah memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang diterima mereka selepas berhenti daripada perbadanan itu.

Mohamed Azmin berkata, pemulangan itu perlu kerana beberapa perkara didapati telah melanggar tatacara dan peraturan kewangan.

Faekah yang menerima surat arahan pemulangan pampasan itu hari ini menjelaskan, secara peribadi, beliau menafikan pembayaran wang melalui MSS dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat tersebut.

Tegasnya, surat tuntutan berkenaan juga gagal menyatakan dengan jelas sebarang pelanggaran undang-undang dan tatacara kewangan serta salah laku yang telah dilakukan ketika pembayaran dibuat.

“Saya telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang diberikan oleh pengurusan MBI kepada saya sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri.

“Memandangkan isu ini berkaitan undang-undang, maka kesemua penerima wang akan mengambil khidmat peguam bagi meneliti surat tuntutan tersebut dan mengambil langkah-langkah seterusnya,” ujarnya.

Selain itu, jelas Faekah, laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan didakwanya satu laporan cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.

Beliau memberitahu, audit tersebut juga cacat apabila dijadikan dokumen awam tanpa mendapat penjelasan daripada pihak terlibat termasuk Abdul Khalid sendiri.

“Tindakan tidak profesional dengan memanipulasikan audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka yang dahsyat terhadap semua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan termasuk para penerima pampasan.

“Justeru, saya telah mengarahkan peguam saya untuk melihat dari semua sudut undang-undang dan melakukan tuntutan balas yang tidak terbatas hanya kepada untuk mendapatkan keseluruhan jumlah sehingga tamat kontrak, gantirugi bagi pecah janji MMS dan kerosakan penghinaan yang kami alami,” tegasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/isu-mbi-faekah-sifatkan-azmin-melampau-1.45365#sthash.Z2xIlsTr.dpuf


Happy Birthday To Mommy.. Semoga ALLAH swt pelihara kesihatan dan murahkan rezeki mommy..Daddy and our Angels Love Mommy till Jannah...Ameen..

Tuesday, 6 January 2015

POLITIK : DAP didesak 
perjelas dasar parti

MOHD. KHUZAIRI ISMAIL | 06 Januari 2015 1:00 AM


Laman web rasmi DAP dengan jelas menunjukkan dasar parti berkenaan yang mahu menghapuskan pembahagian antara bumiputera dan bukan bumiputera serta melaksanakan kesaksamaan etnik.

PULAU PINANG 5 Jan. - Parti DAP didesak memperjelas maksud dan hasrat sebenar mereka berhubung salah satu dasar parti itu yang menyentuh tentang ‘penghapusan pembahagian antara bumiputera dengan bukan bumiputera dan pelaksa­naan kesaksamaan etnik’.

Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPMPP), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, dasar itu sesuatu yang cukup sensitif dan secara terang-terangan menunjukkan parti berkenaan tidak menghormati Perlembagaan negara serta kontrak sosial yang menjadi panduan dalam pentadbiran negara selama ini.

Sambil menyifatkan dasar itu sebagai melampau, beliau turut mengingatkan DAP dasar itu boleh mengundang kepada rasa tidak puas hati orang Melayu, sekali gus merosakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia terjalin ketika ini.

“Dasar itu tidak matang kerana DAP seolah-olah tidak sedar pengorbanan dan keikhlasan orang Melayu di negara ini dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

“Saya mahu mengingatkan Dinasti Lim yang bumi Malaysia ini amat unik dan DAP jangan sesekali memperlekehkan kaum pribumi untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya DAP menjelaskan dasar parti itu seperti tertera di laman web rasmi mereka.

Dasar DAP itu termaktub di bawah perkara ‘Berkenaan Perlembagaan Persekutuan’ yang turut menyebut mengenai ‘penggantian sistem kuota etnik dengan dasar merit dan keperluan’.

Dalam pada itu, Mohd. Rizuad turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin DAP yang semakin ghairah menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama yang bertujuan meraih sokongan politik.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memantau lebih rapi dan mengambil tindakan tegas terhadap parti tersebut kerana tindakan mereka jelas bertentangan dengan undang-undang dan boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari ketika dihubungi mengesahkan kewujudan dasar tersebut, namun menjelaskan ayat yang digunakan bagi menyatakan dasar berkenaan sebagai ‘mengelirukan’.

“Maksudnya bukan menghapuskan kedudukan Melayu tetapi mewujudkan kesaksamaan dan keadilan untuk semua rakyat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-didesak-8232-perjelas-dasar-parti-1.45005#sthash.7jgf6l4y.dpuf


JOMO MALAYA: JAHANAM! Tanah Rezab Melayu Cina Punya...? cc @kha...

JOMO MALAYA: JAHANAM! Tanah Rezab Melayu Cina Punya...? cc @kha...: Aku sendiri pun pelik bila dengar news ini, tapi, bila dikaji, perkara yang kita fikir sebelum ini tidak akan berlaku sudah berlaku... K...

Pas sedia kerjasama dengan UMNO

Isu banjir di Kelantan menjadi keutamaan

HUSSAINI AMRAN | 06 Januari 2015 1:47 AM

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas dan UMNO telah membuktikan kesediaan untuk mengetepikan agenda politik masing-masing demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri tersebut baru-baru ini.
Nik Mohamad Abduh

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama dua parti politik itu telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat UMNO dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.

“Saya melihat politik itu isu ke­cil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik.

“Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mencadangkan UMNO dan Pas mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Pas Kelantan bagi merancang pemba­ngunan semula negeri itu selepas banjir.

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dilantik sebagai timbalannya.

Nik Mohamad Abduh berpandangan, kerjasama yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pas Kelantan menerusi jawatankuasa tersebut adalah memuaskan.

“Cuma, kita berharap pelaksa­naan di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan agar isu-isu kecil yang pernah berbangkit sebelum ini tidak berulang,” ujarnya.

Beliau turut meminta semua pihak agar tidak saling menu­ding jari termasuk menggunakan media sosial untuk menyalahkan antara satu sama lain tentang punca banjir besar yang melanda Kelantan.

“Kita tidak mahu membangkitkan tentang perkara itu kerana tumpuan utama kita pada masa ini adalah untuk membantu mangsa banjir,” jelasnya.

PAKAI MUGSHOT NIK ABDUH SAHAJA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-kerjasama-dengan-umno-1.45086#sthash.EwzzRtye.dpuf

Kerugian berbilion ringgit – TPM

Jawatankuasa khas analisis jumlah sebenar untuk tentukan bantuan

HAKIMI ISMAIL | 06 Januari 2015 1:54 AM




Muhyiddin Yassin, Jamil Khir Baharom, Ali Hamsa, Mohamad Zabidi Zainal dan Shahlan Ismail (berdiri, tengah) bergambar bersama sebahagian sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum berlepas ke Kelantan untuk membantu mangsa banjir di negeri tersebut di Dataran Putra, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 5 Jan. - Nilai kerugian akibat bencana banjir yang melanda negara ini terutamanya di Pantai Timur dianggar mencecah berbilion ringgit ekoran kemusnahan harta benda yang luar biasa.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa untuk menilai kerugian telah ditubuhkan di seluruh negeri yang dilanda banjir dalam usaha mengenal pasti jumlah kerugian sebenar.

Beliau berkata, semua rekod kerugian yang dicatatkan di peringkat negeri akan dianalisis oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan di peringkat Pusat, khusus bagi bantuan pasca banjir.

‘‘Banjir yang melanda negara ini khususnya di Kelantan amat luar biasa, air naik dengan cepat,sekali gus merosakkan harta benda penduduk serta premis kerajaan seperti sekolah dan hospital,’’ katanya.

Beliau berucap dalam majlis pelepasan konvoi bantuan banjir sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri berkata, fasa pasca banjir adalah cabaran utama kepada mang­sa yang terlibat ekoran kehilangan harta benda, selain berdepan dengan masalah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kediaman masing-masing.

‘‘Sekarang kita memasuki fasa pasca banjir dan situasi ini lebih rumit serta mencabar. Namun dengan adanya pasukan-pasukan sukarelawan yang turun membantu, sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

‘‘Saya juga menyeru agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan dan juga badan-badan sukarela bersama-sama membantu mangsa banjir dengan menyumbang peralatan pembersihan dan juga keperluan-keperluan lain,’’ katanya.

Mengulas tentang konvoi bantuan banjir sukarelawan JPM, Muh­yiddin berkata, usaha murni itu amat dihargai kerana dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Misi Bantuan Sukarelawan JPM, Datuk Shahlan Ismail berkata, konvoi bantuan banjir sukarelawan JPM ke Kelantan hari ini melibatkan 1,500 peserta.

Menurutnya, kesemua sukarelawan itu terdiri daripada ahli Kelab Pejabat Perdana Menteri, Kelab Bukit Perdana JPM, Persekutuan Pengakap Malaysia dan beberapa NGO terpilih.

‘‘Kita mempunyai lebih 5,000 sukarelawan dan misi ini akan digerakkan secara berperingkat-peringkat mulai hari ini sehingga 11 Januari. Buat masa ini, misi akan tertumpu di Kelantan memandang­kan keadaan negeri tersebut yang terjejas teruk akibat banjir.

‘‘Pasukan sukarelawan ini akan memberi bantuan kepada mangsa banjir melibatkan khidmat komuniti pasca banjir di masjid, sekolah, hospital dan premis-premis awam. Kita akui sukar juga untuk melaksanakan misi bantuan ini kerana perlu berdepan pelbagai situasi, misalnya lumpur yang dalam. Jadi untuk menanganinya, kita turut membawa ‘water jet’ berkapasiti tinggi,’’ katanya.

Ujar Shahlan, fasa seterusnya akan membabitkan penghantaran sukarelawan JPM ke negeri-negeri lain yang turut dilanda banjir dan dijangka jumlah kumpulan itu akan terus bertambah kerana pendaftarannya masih lagi dibuka.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerugian-berbilion-ringgit-8211-tpm-1.45093#sthash.3NzKjeVB.dpuf

GERAKAN ANTI PKR: JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI..

GERAKAN ANTI PKR: JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI..: roh isle menda nya yop. satu puak hang nak hudud. satu puak hang tolak hudud. satu puak hang gadai kalimah ALLAH. satu puak hang kat...

Kutukan Dewata: ADA? TAK ADA! ADA? TAK ADA! ADA? TAK ADA!!!!

Kutukan Dewata: ADA? TAK ADA! ADA? TAK ADA! ADA? TAK ADA!!!!: Rakyat dah nampak...rakyat dah nampak..... rakyat dah nampak... Kes besar dalam negara  ‪#‎ Lahad‬  Datu   ‪#‎ MH370‬   ‪#‎ MH17‬  &am...

THE DEVOUTED SAVIOUR OF TFK: BILA CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN.. KATA TAK ADA PEMBA...

THE DEVOUTED SAVIOUR OF TFK: BILA CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN.. KATA TAK ADA PEMBA...: Katanya .... Tapi hakikatnya...  BACA SETERUSNYA DI SINI

Friday, 2 January 2015

PENGAJARAN TSUNAMI DAN BANJIR

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD (TUNABDULHAMID@GMAIL.COM) | 02 Januari 2015 

12:31 AM


SERAMAI 200 orang yang terdiri daripada ahli UMNO dan Pas bersatu hati mengadakan bantahan terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Balai Polis Chini, Pekan, Pahang pada 2012. – GAMBAR HIASAN

ACEH di Indonesia mem­punyai banyak persama­an dengan Kelantan di Malaysia. Kedua-duanya adalah pusat perkembangan Islam di negara masing-masing. Penduduk di kedua-dua negeri atau provinsi itu menganggap negeri atau provinsi mereka, malah diri mereka, ‘lebih Islam’ daripada negeri, provinsi atau penduduk di bahagian lain di negara masing-masing.

Kedua-duanya hendak melaksanakan hudud. Semenjak Indonesia merdeka, Aceh berjuang untuk keluar dari Indonesia untuk ‘menubuhkan sebuah negara Islam’.

Semasa Semenanjung Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, ada kumpulan di Kelantan yang mahu Kelantan keluar dari Semenanjung Tanah Melayu ‘untuk menjaga kedudukan Kelantan sebagai sebuah negeri Melayu dan Islam’. Lebih dua pertiga daripada tempoh selepas merdeka, Kelantan di perintah oleh parti pembangkang berjenama Islam.

Sepuluh tahun dahulu, Aceh dilanda tsunami yang menyebabkan korban jiwa dan kemusnahan harta benda yang tidak terhingga. Sekarang, Kelantan pula dilanda banjir, walaupun kesannya tidak seteruk tsunami di Aceh, mungkin yang paling teruk dalam sejarahnya.

Akibat tsunami di Aceh, Kerajaan Indonesia dan Pemberontak Aceh bersetuju untuk berdamai.

Bagaimana pula dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Kelantan, khususnya UMNO dan Pas? Tidakkah ada sesuatu pengajaran yang boleh diambil daripada Aceh? Tidakkah malapetaka itu sepatutnya memberi keinsafan untuk memikirkan perkara yang lebih besar dan utama yang melibatkan agama, bangsa dan negara daripada kepentingan diri dan parti?

Dalam ucapan-ucapan dan rencana-rencana saya sebelum ini saya menghujahkan mengapa, dalam keadaan politik di Malaysia sekarang, UMNO dan Pas perlu be­kerjasama.

Ringkasnya, disebabkan oleh perpecahan orang Melayu, orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina, telah memperkuatkan kedudukan politik mereka.

Seterusnya saya menghujahkan, akibat perpecahan orang Melayu yang menyaksikan kedudukan politik mereka tidak sekuat sebelum ini, hak-hak orang Melayu dan Anak Ne­geri Sabah dan Sarawak serta kedudukan agama Islam akan tergugat.

Maka, demi mengelaknya berlaku dan untuk mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang mestilah dipertahankan.

Satu-satunya jalan untuk berbuat demikian ialah dengan orang Melayu bersatu semula, khususnya UMNO dan Pas hendaklah bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan.

Daripada pemerhatian saya, UMNO lebih bersedia untuk bekerjasama dengan Pas. Yang menjadi persoalan hanya caranya.

Pas sebaliknya lebih keras tidak mahu bekerjasama dengan UMNO biarpun antara penghalang utamanya, iaitu fahaman yang “Pas Islam UMNO kafir” sudah tidak ada. Pas sudah tidak berkata ‘UMNO kafir’ lagi malah ia tidak suka diperingatkan bahawa ia pernah berkata demikian. Tanpa ‘sebab akidah’ itu, sebab-sebab lain yang tinggal hanyalah ‘sebab-sebab keduniaan’ yang tidak berbeza daripada apa yang ditakuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokong mereka.

Mari kita lihat antara sebab-sebab mengapa Pas kurang cende­rung (atau tidak bersedia) bekerjasama dengan UMNO.

Pertama, Pas serik dengan apa yang pernah berlaku dahulu.

Biar apa pun yang pernah berlaku (saya tidak berkata siapa benar siapa tidak dalam hal itu) soalannya, adakah kerana ‘serik’, Pas tidak mahu berfikir lagi apa yang akan terjadi kepada kedudukan agama Islam dan orang Melayu yang di peringkat awal perjuangan menjadi dua asas yang paling penting kepada parti itu? Adakah kerana marah kepada UMNO, Pas tidak peduli lagi apa yang akan terjadi kepada kedudukan agama Islam dan orang Melayu di Malaysia?

Kedua, dalam Pas sekarang terdapat kumpulan ‘bukan ulama’. Kumpulan ini mengagung-agungkan pemimpin dan Parti Komunis Malaya; menyokong Gereja Katholik dalam isu kalimah Allah dan nampaknya menyokong apa sahaja yang dicadangkan oleh DAP, semata-mata untuk mendapat undi orang bukan Melayu untuk terus menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.

Golongan ini telah menyimpang jauh dari perjuangan asal Pas. Jadi adalah lebih baik Pas menyingkirkan mereka.

Pas tidak patut takut kehilangan penyokong-penyokong Melayu/Islam. Mereka menyertai Pas kerana ulama yang memimpin Pas, bukan kerana kumpulan itu.

Jika Pas dapat mengatasi dua faktor itu, saya fikir alasan yang tinggal hanyalah sama dengan alasan yang dikhuatiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokong mereka.

Soalan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas ialah apakah yang mereka perjuangkan? Kepen­tingan agama, bangsa dan negara atau kepentingan diri? Fikirkanlah.

PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/pengajaran-tsunami-dan-banjir-1.43463#sthash.zGXtwc9k.dpuf


AIR ASIA : Pesawat lakukan pendaratan cemas?

02 Januari 2015 1:59 AM


ANAK kapal helikopter Super Puma Tentera Udara Indonesia memantau menerusi tingkap dalam operasi mencari mangsa pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa, semalam. – AFP

JAKARTA 1 Jan. - Mungkinkah pesawat Air­Asia Indonesia QZ8501 melakukan pendaratan cemas sebelum terhempas ke laut?

Itulah antara beberapa spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak di negara ini berikutan penemuan bangkai pesawat itu yang disahkan terhempas di Laut Jawa.

Bekas Ketua Staf Angkatan Udara Indonesia Chapy Hakim berkata, buat masa ini perkara yang paling munasabah untuk diperkatakan ialah pesawat malang itu melakukan pendaratan cemas di atas laut.

Katanya, keadaan mayat mangsa yang ditemukan setakat ini memberi petunjuk bahawa pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad lalu tidak terhempas seperti mana dijangkakan oleh banyak pihak.

“Apa sebenarnya berlaku kita belum pasti, tetapi sekurang-kurangnya berdasarkan perkembangan terkini adalah jelas pesawat itu tidak terhempas, sebaliknya juruterbang berusaha melakukan pendaratan cemas,’’ katanya se­perti dilaporkan oleh media Indonesia.

Seorang lagi penganalisis pener­bangan, Samudera Sukardi berpendapat, pesawat AirAsia Indonesia itu mungkin hilang kawalan disebabkan cuaca buruk seperti merempuh awan kumulonimbus sehingga mengalami gegaran.

“Dalam keadaan itu, pesawat sukar terkawal sehingga menyebabkan ia terhempas,’’ katanya.

Beliau berkata, pandangan itu berasaskan kepada permintaan juruterbang yang meminta kebenaran daripada pusat kawalan udara untuk naik dari paras 32,000 kaki kepada 38,000 kaki dan mengubah laluan ke kiri.

Penganalisis penerbangan, Arista Atmadjati pula berpendapat, pesawat itu seperti tersalah arah dari rancangan penerbangan asal mungkin disebabkan radar dan sistem pesawat rosak sehingga kapalterbang itu tidak boleh dikendalikan.

“Juruterbang berusaha mengawal pesawat namun tidak berjaya, disebabkan terkena petir ketika memasuki awan kumulonimbus sehingga sistem kokpit rosak,” ujarnya.

Mengulas keadaan mayat mangsa yang masih sempurna, Arista berkata, kemungkinan besar ketika pesawat menjunam ke dalam laut, semua penumpang telah memakai tali pinggang keselamatan.

“Jadi mereka masih terikat di kerusi masing-masing memandangkan pesawat tidak berkecai. Tetapi selepas tiga hari mayat bertaburan memandangkan pintu pesawat sudah tertanggal,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pesawat-lakukan-pendaratan-cemas-1.43613#sthash.ITtuoV7Q.dpuf


Nilai segera kerosakan

Supaya bantuan baik pulih dapat disegerakan – Muhyiddin

KHAIRUL ABIDIN NUAR | 02 Januari 2015 1:59 AM


MUHYIDDIN Yassin bertanyakan khabar mangsa-mangsa banjir ketika melawat beberapa buah kampung di Mukim Lambor Kiri di Pusat Penempatan Banjir SMK Lambor Kiri, Parit, semalam. – UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin.

PARIT 1 Jan. - Semua agensi dan jabatan terlibat diminta mengambil langkah segera memulakan proses merekod segala kerosakan dan kehilangan harta benda secara tepat untuk menilai anggaran kos baik pulih termasuk mendaftarkan semua mangsa banjir supaya proses penyampaian bantuan dapat disegerakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan awal pasca banjir itu penting bagi menangani masalah trauma selepas sekembalinya mangsa banjir ke kediaman masing-masing ekoran paras air secara umumnya telah surut di beberapa bahagian di seluruh negara.

Paling penting, katanya, penyelarasan antara pelbagai agensi di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin tempatan perlu diselaraskan dengan mengetepikan perbezaan politik termasuk di negeri yang dikuasai oleh pembangkang biarpun bencana banjir terletak di bawah kendalian Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pastinya perkara ini akan melibatkan kos yang besar, jadi kita perlu mulakan dari sekarang. Jadi, jabatan serta agensi Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama. Jangan ada ‘senarai’ Barisan Nasional (BN) dan Pas sebagai contoh, kerana perkara ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat.

“Ketepikan soal politik, tumpukan pada pembelaan rakyat, jadi mesti ada muafakat untuk menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Perkara ini pasti mengambil masa, tetapi saya juga sedar, rakyat tidak boleh menunggu lama. Namun apa pun, kita akan beri penerangan supaya pimpinan tempatan akan turut terlibat dalam proses menyelesaikan masalah mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri di sini hari ini.

Yang turut dihadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, penilaian taksiran banjir di Kelantan misalnya boleh dibuat mulai sekarang tanpa perlu menunggu kesemua mangsa banjir pulang ke kediaman masing-masing, sekali gus dapat menjimatkan masa,

Menurut beliau, jawatankuasa di peringkat negeri boleh mula menetapkan panduan serta prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang boleh diperhalusi berserta dengan kos.

“Saya mungkin fikir hendak mencadangkan supaya tidak perlu dilantik kontraktor-kontraktor menerusi tawaran terbuka yang mengambil masa. Namun, perkara itu akan diputuskan oleh jawatankuasa di peringkat negeri atau Pusat supaya kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

“Soal sekolah yang menjadi pusat pemindahan juga ada yang berada dalam keadaan teruk dan rosak. Saya sudah buat anggaran, untuk sekolah sahaja, sebanyak RM350 juta perlu disediakan untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan tersebut dan itu hanyalah sebahagian sahaja,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kos baik pulih selepas banjir akan menjejaskan peruntukan di dalam Bajet 2015, Muhyiddin berkata, soal pokoknya ialah kepentingan rakyat, justeru beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memahami bentuk belanjawan yang sesuai bagi menangani keadaan ‘luar biasa’ tersebut.

Selain itu, beliau turut berharap 2015 akan menjadi tahun yang lebih baik buat negara dan rakyat dapat hidup dengan aman, selamat dan bahagia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nilai-segera-kerosakan-1.43615#sthash.MQDwuOiN.dpuf

Keprihatinan PM resahkan lawan

02 Januari 2015 2:05 AM

NAJIB Tun Razak bersalam dengan sebahagian mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Menengah Tengku Indra Petra 1, Gua Musang, baru-baru ini. Beliau juga melakukan tinjauan udara untuk melihat kesan kerosakan akibat banjir di kawasan itu. – BERNAMA

KESEDIAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak selama enam hari tanpa henti sejak pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu sudah pasti meresahkan para pemimpin pembangkang.

Walaupun ada dalam kalangan puak-puak pembangkang masih mahu mencetuskan isu tetapi ia sama sekali tidak akan mampu menutupi keprihatinan Perdana Menteri yang berkunjung dari satu negeri ke satu negeri untuk meninjau situasi banjir dan menemui mangsa-mangsa.

Malah Najib bukan sekadar membuat kunjungan kosong, sebaliknya beliau berkongsi kesedihan dengan mereka dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan segala termampu bagi meringankan beban mereka.

Najib melawat Kelantan sebanyak tiga kali, Pahang dua kali (termasuk ketika gelombang pertama), masing-masing sekali di Perak dan Pahang. Semua daerah yang menerima kesan bencana itu dilawati. Keprihatinan yang sama ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga melawat negeri-negeri yang terlibat.

Seperti biasa tiada pujian yang akan dihamburkan oleh para pemimpin pembangkang. Mereka yang mengaku kononnya juara membela nasib rakyat hanya tahu mengkritik dan bercakap kosong termasuk mengeluarkan kenyataan yang sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa biarpun ‘batang hidungpun tak nampak’ meninjau mangsa.

Pada mulanya, pembangkang yang terkenal dengan sikap suka membuat tuduhan membuta tuli mengkritik Najib apabila The Washington Post menyiarkan gambar beliau bermain golf dengan Barack Obama atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS). Tanpa tahu hujung pangkal, bagaikan orang meraba dalam kegelapan, tohmahan dilemparkan.

Tetapi ternyata apabila Najib tanpa mengenal penat lelah bersama Muhyiddin meredah banjir untuk menemui rakyat, pembangkang kelu tidak terkata, melontarkan pujian jauh sekali. Apa yang mereka tahu ialah mengkaji apa kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang boleh dipolitikkan.

Itulah sikap politik kelas rendah (low class) yang diamalkan oleh pemimpin pembangkang. Mereka tidak melihat apa yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sebagai tanda keprihatinan kedua-dua pemimpin tersebut.

Pelbagai hujah dikeluarkan kerana mereka seolah-olah melihat tindakan Najib bukan meninjau satu malapetaka yang menimpa rakyat sebaliknya boleh mendatangkan malapetaka politik kepada mereka.

Namun lawatan Najib sama sekali tidak menilai sama ada ia kawasan pembangkang atau tidak, pengundi Barisan Nasional (BN) atau bukan tetapi ini soal musibah dan malapetaka yang menjadi kewajipan kepada semua pihak untuk berganding bahu membantu mangsa-mangsa.

Oleh itu kepada para pemimpin pembangkang, cukup-cukuplah berpolitik. Sampai bila mahu memperkecilkan segala usaha kerajaan hinggakan banjir pun mahu menjadi modal politik. Bagaimanapun kita percaya, apa yang dilakukan oleh Najib tidak akan dilihat dari sudut politik kepada mereka yang mahu berfikir, sebaliknya ia membuktikan itulah keprihatinan Najib yang memimpin sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Untuk pemimpin atau penyokong pembangkang, percayalah usaha mereka memperkecilkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri tidak akan ke mana memandangkan suku juta rakyat yang menjadi mangsa banjir tahu menilai, siapa yang menggunakan politik untuk membela rakyat dan siapa pula memperalat rakyat untuk berpolitik.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keprihatinan-pm-resahkan-lawan-1.43617#sthash.uBiecrgX.dpuf