Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 10 November 2014

AFF : FAS kini beri Malaysia 1,500 tiket

OLEH MUHAMMAD DAYNE AZMIN (DAYNE.GHAZALI@UTUSAN.COM.MY) | 10 November 2014 1:39 AM

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kini mengubah pendirian apabila hanya memperuntukkan 1,500 keping tiket sahaja kepada penyokong Harimau Malaya untuk Kejohanan AFF di Stadium Jalan Besar.

Datuk Hamidin Mohd Amin

Jumlah itu kurang separuh daripada 3,000 tiket yang diperuntukkan untuk peminat pasukan Malaysia sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, semua tiket itu akan dijual di perkarangan Stadium Shah Alam, pukul 3 petang menjelang aksi persahabatan Harimau Malaya dan Syria Rabu ini.

Harga ‘khas’ ke atas tiket untuk penyokong Malaysia bagaimanapun kekal S$26 dolar (RM67.40) kerana peminat Harimau Malaya dikhaskan untuk menonton dari grand stand.

Malaysia akan berdepan Myanmar pada 23 November dan Thailand pada 26 November dalam Kumpuolan B kejohanan itu, tetapi penyokong kedua-dua pasukan itu dibenarkan mendapatkan tiket berharga S$18 dolar (RM46.70).

Perlawanan terakhir pasukan dibimbing Dollah Salleh di peringkat kumpulan itu, iaitu menentang tuan rumah akan dilangsungkan di Stadium Nasional, dengan sebanyak 2,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong negara.

“Pada Jumaat lalu, saya telah mengadakan pertemuan dengan FAS dan mereka masih kekal dengan keputusan meletakkan penyokong kita di tempat duduk berbumbung (grand stand), walaupun kita dua kali membuat rayuan.

“Pihak FA Singapura hanya mahu memberikan 1,500 tiket sahaja kepada kita dengan alasan tiket selebihnya akan diberikan kepada pihak penaja dan pegawai-pegawai selain dijual kepada penonton-penonton mereka di sana.

“Saya harap para penyokong kita faham kekangan yang dihadapi. FAM telah mencuba yang terbaik dalam hal ini dan semua tiket itu akan dihantar oleh FAS kepada FAM pada hari esok (hari ini),” katanya ketika ditemui semalam.

Hamidin turut menjelaskan, pengubahsuaian Stadium Jalan Besar turut menjadi faktor apabila venue itu kini hanya mampu menampung sekitar 6,000 penonton.

“Sepatutnya Stadium Jalan Besar boleh memuatkan kira-kira 8,000 penonton tetapi kerana kerja pembaikan di bahagian kanan stadium, maka 6,000 penonton sahaja boleh masuk.

“Perkara ini telah diajukan kepada FAS agar mereka menyiapkan pembaikan itu sebelum perlawanan pertama berlangsung pada 23 November namun tidak sempat setelah pelbagai usaha dilakukan,” katanya.

Walaupun begitu, beliau mengakui masih berusaha mendapatkan harga potongan untuk penyokong Malaysia dan FAM menjangka mendapat jawapan daripada FAS hari ini.

“Terus-terang saya sendiri tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku namun kita telah cuba sedaya yang mampu bagi memastikan lebih ramai penyokong kita bertandang ke Singapura untuk memberikan sokongan.

“Saya juga berharap jika ada mana-mana kumpulan penyokong yang mahu ke Stadium Jalan Besar, bolehlah berhubung dengan saya terus bagi urusan penempahan tiket,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fas-kini-beri-malaysia-1-500-tiket-1.22878#sthash.X5so8WhW.dpuf


LIWAT : Keputusan rayuan Anwar ditangguh tarikh lain

OLEH NORLIZAH ABAS, SUWARNI MOKHTAR, NAZMIL NASIRUDDIN DAN JUANI MUNIR ABU BAKAR (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014 2:37 AM


SAIFUL Bukhari


PUTRAJAYA 7 Nov. - Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlanjutan selama lapan hari bernoktah hari ini apabila Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh lain bagi keputusan sama ada membebaskan atau memenjarakan beliau atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak bagi membolehkan panel bersidang meneliti penghujahan panjang lebar yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dan pendakwaan.

Beliau menyatakan, mahkamah memerlukan masa bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan yang terkandung dalam sejumlah 14 dokumen penghujahan bertulis serta ikatan nas undang-undang sebelum membuat keputusan muktamad terhadap rayuan Ketua Pembangkang tersebut.

Sehubungan itu, jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang dikenakan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikekalkan sementara menunggu keputusan rayuan tersebut.

Hakim Arifin bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang selama kira-kira 40 minit, kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan dilihat berjabat tangan sesama sendiri sementara Anwar bergegas memeluk para peguamnya sambil meluahkan penghargaan kepada mereka.

Mahkamah penuh sesak dengan ahli keluarga, para penyokongnya, petugas media serta orang awam sejak hari pertama panel itu bersidang sehingga ditangguhkan.

Penghujahan yang bermula pada 28 Oktober lalu dan berlarutan sehingga lapan hari disifatkan sebagai rayuan terpanjang bagi kes jenayah yang didengar oleh mahkamah tertinggi negara.

Rayuan itu yang sepatutnya berlangsung selama dua hari dilanjutkan hingga hari ini disebabkan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh peguam bela Anwar diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Selain beliau, peguam-peguam yang turut mengemukakan hujah ialah Ramkarpal Singh, N. Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo manakala pihak pendakwaan diketuai oleh Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Pada prosiding hari ini, Sri Ram menggulung hujah dengan menyatakan, mahkamah wajar membebaskan Anwar dan memaafkannya dengan mengambil kira isu konspirasi politik terancang yang dibangkitkannya dalam pembelaan.

Beliau menghujahkan, panel itu harus memberi pertimbangan bahawa Anwar pernah didakwa, disabitkan atas kesalahan serupa sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan lain dengan keputusan majoriti 2-1 pada 2 September 2004.

Hujah Sri Ram, anak guamnya kemudian ditahan, didakwa atas tuduhan serupa dan disabitkan oleh Mahkamah Rayuan yang berpuas hati bahawa Mohd. Saiful Bukhari merupakan saksi yang boleh dipercayai sedangkan dakwanya, keterangan saksi itu sangat goyah dan mempunyai banyak pertikaian.

Beliau menghujahkan, Mah­kamah Rayuan terkhilaf kerana menolak keterangan saksi-saksi yang lebih berwibawa termasuk Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid yang mula-mula memeriksa mangsa dan tidak menemukan sebarang kemasukan zakar dalam duburnya.

Hujah beliau, Mahkamah Rayuan juga tersalah arah dari segi undang-undang kerana gagal mempertimbangkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari merupakan saksi yang mempunyai motif dan berkepentingan berikutan dakwaan liwat terhadap Anwar.

Sebaik sahaja Sri Ram selesai berhujah, Muhammad Shafee bangun memohon kebenaran mahkamah untuk berhujah lanjut berhubung isu `kerelaan’ yang mengaitkan Mohd. Saiful Bukhari dengan pertuduhan terhadap Anwar.

Bagaimanapun, panel bersidang memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berhujah lanjut kerana mereka boleh membaca dokumen bertulis dan nas undang-undang yang dikemukakan.

Hakim Arifin menyatakan, permohonan itu hanya dibenarkan jika penghujahan melibatkan isu baharu kerana jika tidak, prosiding rayuan itu tidak akan ada penyudahnya.

Mahkamah sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya pada 2008 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Penghakiman itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/keputusan-rayuan-anwar-ditangguh-tarikh-lain-1.22174#sthash.hUbiQXnD.dpuf


Melayu perlu bersedia hadapi enam ancaman

Antaranya desakan terhadap hukum, ajaran Islam

OLEH FARHANA JONI (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 10 November 2014 2:19 AM


IbrahIM ALI bersama Zaleha Ismail (dua dari kanan) beramah mesra dengan ahli Wiranita Perkasa di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Orang Melayu perlu bersedia menghadapi enam ancaman yang semakin menggugat kedudukan bangsa di negara ini antaranya desakan terhadap hukum dan ajaran Islam, gangguan keselamatan negara menerusi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat serta pe­ngurangan biasiswa pelajar Melayu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ancaman tersebut turut melibatkan penjualan dan pindahan hak milik tanah rizab Melayu, pemerkasaan bahasa Melayu serta kedudukan ekonomi bumiputera di kawasan bandar.

Katanya, enam ancaman tersebut merupakan realiti yang sedang berlaku secara berleluasa di negara ini dan lebih menyedihkan apabila banyak pihak tidak mempedulikan perkara tersebut.

“Ramai orang Melayu hari ini tidak menyedari kesemua ancaman tersebut sedang berlaku di sekeli­ling mereka misalnya jumlah tanah rizab Melayu yang kini berbaki sebanyak 11.8 peratus sahaja.

“Kedudukan ekonomi pula majoritinya dikuasai kaum-kaum lain manakala orang Melayu seolah-olah melukut di tepi gantang di negara sendiri,” katanya ketika berucap dalam Program Bicara Maal Hijrah: Wanita Benteng Perjuangan Bangsa anjuran Wiranita Perkasa di Wisma Sejarah, di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Presiden Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail.

Sementara itu, Ketua Wiranita Perkasa, Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin berkata, golongan wani­ta khususnya kaum ibu perlu mendidik anak masing-masing dengan pendidikan agama yang betul bagi mengelak daripada pengaruh fahaman pluralisme dan liberalisme.

Katanya, selain dua fahaman itu, pengaruh politik juga membimbangkan apabila generasi muda tidak boleh membezakan antara perlakuan baik dan buruk dalam menjalani kehidupan seharian.

“Secara peribadi saya kesal apabila membaca akhbar-akhbar tempatan yang melaporkan penglibatan beberapa pelajar universiti yang merusuh hingga sanggup meninggalkan pelajaran masing-masing akibat terpengaruh.

“Justeru, kaum ibu perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik anak bangsa supaya kembali fokus terhadap tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak membazirkan usia muda dengan aktiviti tidak berfaedah,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/melayu-perlu-bersedia-hadapi-enam-ancaman-1.22971#sthash.mh5ynsPL.dpuf



Jangan undang laknat Allah – Md. Daud

10 November 2014 2:39 AM

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Golongan agamawan khususnya mufti dan timbalan mufti di seluruh negara perlu bersuara dengan lebih lantang bagi menyekat undang-undang yang membenarkan lelaki berpakai­an seperti wanita atau sebaliknya kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Md. Daud CHE NGAH

Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, mufti adalah tokoh penting dalam hierarki masyarakat Islam dalam memimpin mereka menjalani hidup selaras dengan tuntutan dan kehendak syariat agama berkenaan.

“Mereka perlu bersuara dan tidak perlu berasa takut untuk menyatakan pendapat dalam isu ini. Terdapat kira-kira 30 mufti dan timbalan mereka di seluruh negara, sekiranya bersatu padu sudah pasti dapat memberi isyarat yang jelas bahawa ajaran Islam perlu dipertahankan dalam apa juga cara.

“Tindakan ini juga semestinya dalam mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat dan membantu menyekat penambahan lelaki berpakaian seperti wanita di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan kelmarin mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Menurut Md. Daud, tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan negara boleh mengundang laknat Allah.

Ini kerana kata beliau, perkara berkenaan adalah secara terang-terangan bertentangan dengan kehendak dan hukum agama Islam pada saat Islam merupakan agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan muda supaya menilai isu berkenaan dengan merujuk kembali kepada ajaran Islam bagi mengelakkan kekeliruan apabila perkara tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

“Mereka perlu melihat daripada sudut mengeluarkan hukuman itu atas dasar apa dan perlu menolaknya jika tidak berlandaskan ajaran Islam,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-undang-laknat-allah-8211-md-daud-1.22993#sthash.NyCrH86z.dpuf


LIWAT : Kes Anwar: Majlis Peguam, Suhakam amal dwi standard

OLEH KAMIL MASLIH (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 06 November 2014 2:20 AM


RUSLAN KASSIM

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak sewajarnya bersikap ‘memilih bulu’ dengan membiarkan sahaja para penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar sistem undang-undang dan menggunakan demonstrasi jalan raya untuk mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kedua-dua institusi tersebut perlu sedar bahawa bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan daripada sistem undang-undang di Malaysia tanpa dipengaruhi ugutan demonstrasi para penyokong Ketua Pembangkang itu serta provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan mahkamah.

Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam sewajarnya ke hadapan bagi mempertahankan institusi undang-undang di negara ini dan mengecam tidak kira pihak mana pun yang membuat kenyataan menghina dan mengugut mahkamah.

“Sikap dwi standard dan berdiam diri terhadap tindakan pakatan pembangkang ini sangat jelas, saya melihat Majlis Peguam gagal memberi mesej yang betul kepada rakyat mengenai proses keadilan di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat Anwar dicemari dengan pelbagai provokasi penyokongnya yang cuba merempuh ke Istana Kehakiman, Putrajaya dan terbaru, beberapa pemimpin pembangkang didapati menghina mahkamah selain mengugut menga-dakan perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat itu.

Menurut Khairul Azam, sikap dwi standard Majlis Peguam juga amat ketara apabila sanggup mengetepikan resolusinya mela-rang bekas hakim dilantik mewaki-li mana-mana pihak di mahkamah dan memilih berdiam diri sahaja mengenai pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mewakili Anwar.

“Kita juga masih ingat betapa pantasnya Majlis Peguam mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menya-man portal Malaysiakini atas kononnya menyekat kebebasan media tetapi mereka membiarkan sahaja pemimpin-pemimpin pembangkang menyaman media arus perdana yang lain,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kasim berkata, kedua-dua pihak Majlis Peguam dan Suhakam perlu bertindak proaktif bagi mengutuk tindakan penyokong Anwar mencetuskan provokasi di Istana Kehakiman kerana dikhuatiri menjejaskan proses keadilan dilaksanakan.

“Kalau keadilan hanya untuk Anwar bagaimana pula keadilan untuk Mohd. Saiful, keadilan perlu diletakkan di tempatnya. Majlis Peguam dan Suhakam tidak boleh berdiam diri sahaja apabila pelbagai provokasi dilakukan penyokong Anwar sehingga mencabar pihak polis di Istana Kehakiman,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong, sikap berdiam diri Suhakam terhadap kes Mohd. Saiful terlalu ketara seolah-olah kes tersebut tidak berprofil tinggi dan tidak melibatkan isu-isu hak asasi manusia.

“Siapa yang benar, siapa yang salah, itu terpulang kepada mahkamah tetapi Suhakam juga perlu tonjol ke hadapan supaya kes ini tidak dilihat berat sebelah dan mereka juga perlu mengeluarkan pendirian mengutuk mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi serta cuba mengganggu proses mahkamah,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya kes mendiang Teoh Beng Hock boleh diberikan perhatian oleh Suhakam, kes antara Anwar dengan Mohd. Saiful itu juga perlu diberikan tumpuan sewajarnya agar keadilan dapat ditegakkan dan tidak dicemari penyokong pembangkang yang hanya mahu melakukan demonstrasi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kes-anwar-majlis-peguam-suhakam-amal-dwi-standard-1.21317#sthash.iCvoekBb.dpuf


Zam puji keberanian Khairul Anwar

Ajak pemimpin, ahli UMNO lantang perjuang Islam

OLEH SOFIAN BAHAROM (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014 2:00 AM

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Keberanian Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat mengajak pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya lebih lantang bersuara dalam memperjuangkan agama Islam dan menegakkan undang-undang syariah di negara ini, mendapat pujian bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin Maidin

Zainuddin menerusi tulisan dalam zamkata.blogspot.com hari ini mengucapkan syabas kepada Khairul Anwar atas ketegasannya menyatakan bahawa ada ketikanya konsep kesederhanaan tidak sesuai digunakan terutama melibatkan perjuangan dalam hal berkaitan agama.

Ini kerana, menurut beliau, kebelakangan ini suara lantang dan berani dalam mempertahankan soal akidah dan maruah bangsa tidak lagi datang daripada UMNO apatah lagi oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, kata beliau, suara lantang dan berani itu telah diambil tanggungjawabnya oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memandangkan UMNO berada dalam keadaan takut jika dianggap sebagai ekstrem atau tidak relevan dengan pentas globalisasi.

“Rupa-rupanya masih ada warisan perjuangan dalam Pemuda UMNO. Kenyataan ini mungkin tidak begitu menarik perhatian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja, tetapi sebenarnya inilah suara hati rakyat di peringkat akar umbi terutama ahli-ahli UMNO,” katanya.

Khairul Anwar dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pemimpin dan ahli UMNO perlu berubah dan lebih lantang bersuara bagi meyakinkan orang Melayu bahawa UMNO adalah wadah terbaik untuk mempertahankan agama Islam dan generasi masa depan.

Tegas Khairul Anwar, UMNO perlu berjuang habis-habisan dan terus lantang bersuara ter­utama apa­bila membabitk­an soal akidah dan maruah, malah kon­sep wasatiy-
yah perlu diungkap dengan makna keseimbangan dan bukan lagi bermaksud sederhana dalam melakukan sesuatu perkara.

Menurut Zainuddin, keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kerana mengancam untuk ‘membakar’ Bible dalam bahasa Melayu, telah dicabar dengan lantang oleh pihak tertentu bagi menunjukkan tiada keadilan dan kese­derhanaan dalam Islam di Malaysia.

“Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai telah tampil ke hadapan menjadi juara dalam hal ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/zam-puji-keberanian-khairul-anwar-1.22087#sthash.JoLxq0RD.dpuf


BN Selangor ikrar rampas semula Selangor

10 November 2014 2:18 AM


Noh Omar bersalaman dengan ahli PPP sebelum merasmikan Konvensyen PPP Selangor di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Barisan Nasional (BN) Selangor berikrar akan belajar daripada kesilapan dan bekerja keras mendekati pengundi dalam usaha merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kunci utama kepada ikrar berkenaan adalah perpaduan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin parti komponen untuk memastikan ahli masing-masing tidak berpaling tadah dan memberi undi kepada calon parti.

Sehubungan itu katanya, BN Selangor membuat ketetapan meletakkan indeks petunjuk prestasi (KPI) kepada setiap parti komponen dalam memastikan sekurang-kurang 70 peratus daripada ahli masing-masing dapat didekati dan didaftarkan sebagai pengundi.

“Ini adalah KPI yang ditetapkan iaitu setiap parti mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus nombor telefon serta alamat ahli agar kita dapat menghubungi serta mengetahui latar belakang mereka selain mendaftarkan mereka yang sudah layak mengundi.

“Melalui program yang dianjurkan, kita mesti mendapatkan nama serta nombor telefon dan periksa adakah orang yang datang itu pengundi kita maka dari situ mudah untuk mereka didekati,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas; Naib Presiden Kanan PPP, Datuk Maglin Dennis D’cruz dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Menurut Noh, pemimpin-pemimpin BN Selangor mengakui teguran daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kecewa dengan kegagalan BN merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum lalu tepat dan perlu diambil berat bukan sahaja oleh UMNO tetapi semua parti komponen BN.

Ketika berucap dalam Konvensyen UMNO Selangor 2014 pada 1 November lalu, Najib memberi teguran keras kepada kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor agar bersikap jujur dan bukannya mementingkan kem tertentu dalam usaha menawan kembali negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Perdana Menteri itu tanpa berselindung mengakui bahawa beliau malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik UMNO Selangor sebelum ini dan berharap, perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama.

Mengulas lanjut, Noh berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang kedua-duanya merupakan pengerusi parti masing-masing di Selangor turut menerima teguran berkenaan dan berjanji akan memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

“Kami telah berjanji akan mempertingkatkan gerak kerja parti terutama soal menarik sokongan pengundi kerana ini adalah salah satu teguran daripada Datuk Seri Najib.

“Saya sedar kadang-kadang kita terlalu seronok mengadakan program yang dihadiri ribuan rakyat tetapi semuanya tidak berkesan jika mereka bukan pengundi Selangor kerana akhirnya yang menentukan kemenangan adalah pengundi juga,” tambahnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bn-selangor-ikrar-rampas-semula-selangor-1.22958#sthash.yB01LmTq.dpuf


Thursday, 6 November 2014

Tuesday, 4 November 2014

POLITIK : Hentikan retorik, juarai isu rakyat - Syed Ali

ISNIN, 3 NOVEMBER 2014 @ 9:08 PM


KUALA LUMPUR: UMNO perlu berubah dan menjuarai isu-isu rakyat untuk kekal relevan dalam arena politik tanah air berbanding terus bernostalgia dengan cerita-cerita kejayaan parti, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi di kawasan bandar memandangkan UMNO hampir 'tidak relevan' di situ berbanding luar bandar yang menyaksikan peningkatan sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei tahun lepas.

Syed Ali berkata, UMNO perlu berterusan menyentuh kepentingan rakyat jika mahu mendapat sokongan khususnya daripada pengundi Melayu.

"Sokongan orang Melayu terutama di kawasan bandar semakin terhakis yang berpunca daripada ketidakupayaan UMNO meyakinkan rakyat berhubung dengan pelbagai isu semasa. Barangkali di bandar, sikap pengundi dipengaruhi oleh sogokkan isu politik semasa yang sering dilakukan parti pembangkang, dan gagal pula ditangani oleh UMNO secara berkesan.

"Ini bermakna kita perlu lebih agresif... dan lebih bersifat terbuka untuk menerima keahlian daripada mereka yang mempunyai latar belakang profesional. Dengan cara itu, barulah UMNO boleh diremajakan dan bersemangat, untuk kembali diterima rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lepas yang menggesa UMNO Selangor supaya berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu.

Perdana Menteri turut menggariskan tiga realiti yang perlu UMNO Selangor terima, iaitu kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta pinggir bandar.

Syed Ali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata, tidak salah untuk memetik kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di masa lampau jika ia mampu menyuntik semangat pemimpin untuk bekerja keras demi kejayaan parti.

"Jika awak bercerita kepada rakyat tentang jasa pemimpin terdahulu contohnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi sekarang apa pula jasa kita kepada rakyat? Tanyalah diri. "Saya bukan nak hina UMNO, tetapi saya mahu UMNO terus menjadi denyut nadi orang Melayu. Dalam politik ada dua kategori pemimpin, satu yang benar-benar yang mahu berkhidmat demi rakyat dan satu lagi yang cari makan. Nilai di mana diri kita," tegasnya.

Justeru, Syed Ali berkata Perhimpunan Agung UMNO pada 25 hingga 29 November ini perlu dijadikan medium untuk melonjakkan semula harapan rakyat dan anggota parti, sekali gus memperkukuhkan iltizam bagi memastikan parti terus mendapat sokongan. -- BERNAMA

RAYUAN LIWAT: PENYOKONG ANWAR CUBA REMPUH PAGAR BESI HALANGAN


SELASA, 4 NOVEMBER 2014 @ 2:39 PM

LIWAT : Shafee sambung hujah pendakwaan, dijangka tamat petang ini

SELASA, 4 NOVEMBER 2014 @ 9:05 AM


KETUA Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah) tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, dijadual menamatkan hujah balas bagi pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. - Foto Effendy Rashid

PUTRAJAYA: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijadual menamatkan hujah balas bagi pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Beliau yang mengetuai pasukan pendakwaan dijangka mengambil masa lebih dua jam untuk menyempurnakan hujahnya bagi menjawab semua keraguan dibangkitkan pasukan peguam bela sebelum ini berhubung kes terbabit.

Beliau seperti dilapor media semalam akan memberi keterangan terperinci beberapa perkara baharu dalam hujahnya termasuk berkaitan dakwaan perlakuan liwat itu diadakan secara "suka sama suka" atau wujud paksaan.

Shafee akan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pasukan pendakwa raya mengambil masa tiga hari bagi menyempurnakan hujah balasnya sejak Jumaat lalu.


DATUK Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada hari keenam rayuan kes liwatnya di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - Foto Ghazali Kori

Empat peguam bela juga sebelum ini sudah membahaskan hujah mereka bermula Selasa dan tamat pada Khamis lalu.

Pasukan pembelaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Beliau tiba di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, jam 8.20 pagi tadi diiringi beberapa peguam.

Rumusan rayuan kes liwat Ketua Umum PKR itu sama ada ia diputuskan hari ini atau pada satu tarikh lain dijangka dimaklumkan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan petang ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar, 67, disabitkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, iaitu bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar tiba di bilik bicara 1 mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi tadi dengan beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan antaranya, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

ANGGOTA polis berkawal di luar Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini, pada hari keenam rayuan terakhir kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Farizul Hafiz Awang


Kapal selam negara buktikan keupayaan – Abdul Aziz

04 November 2014 2:36 AM


Abdul Aziz Jaafar (dua dari kanan) bersama Jean Yves Le Drian (tiga dari kiri) menunjukkan isyarat bagus di atas kapal selam KD Tun Razak dekat Sepanggar, Sabah, semalam. – UTUSAN/ Azrul Edham Mohd. Aminuddin

SEPANGGAR 3 Nov. – Keupayaan kapal selam negara, Kapal Diraja (KD) Tun Razak melancarkan torpedo Black Shark tepat ke sasaran dengan kelajuan yang ditetapkan pada 31 Oktober lalu memberi gambaran jelas terhadap kemampuan aset negara itu dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, kejayaan melakukan pelancaran torpedo berkeupayaan tinggi tersebut diharap dapat menutup segala tohmahan jahat pihak tidak bertanggungjawab terhadap ‘kekuatan' kapal selam negara.

Menurutnya, sesi latihan tersebut bukan sahaja membuktikan keupayaan memusnah dengan sempurna, malah penggunaan torpedo berkeupayaan tinggi iaitu Black Shark telah terbukti memberi satu kelebihan kepada kapal selam negara.

“Black Shark merupakan satu senjata baharu kapal selam yang merupakan hasil perkongsian kerjasama dua buah negara iaitu Itali dan Perancis. Malah tembakan yang dilakukan pada 31 Oktober lalu adalah yang pertama kalinya bagi torpedo Black Shark sejak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar.

“Dalam latihan yang dilakukan di perairan Laut China Selatan itu, KD Tun Razak berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna apabila memusnahkan struktur feri yang diubah suai untuk tujuan penembakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan rasmi Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian ke Markas Angkatan Kapal Selam TLDM di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di sini hari ini. Yang turut hadir, Duta Perancis di Malaysia, Christophe Penot; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar dan Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Abdul Rahman Ayob.

Dalam pada itu, Abdul Rahman ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, Malaysia merupakan negara kedua membeli torpedo Black Shark selepas Chile.

“Selepas itu baharu negara lain beli torpedo berkenaan. Berdasarkan rekod, negara itu banyak menggunakan torpedo Black Shark jenis latihan tetapi belum pernah menggunakan torpedo Black Shark untuk peperangan. Secara tidak rasminya, Malaysia atau TLDM boleh ditakrifkan sebagai negara pertama membuat penembakan torpedo Black Shark konfigurasi perang setakat ini,” jelasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kapal-selam-negara-buktikan-keupayaan-8211-abdul-aziz-1.20548#sthash.HFRJ9W7g.dpuf



TLDM lancar penembakan torpedo Black Shark kapal selam Scorpene
01 November 2014 2:10 AM


Sebuah feri penumpang yang telah diubah suai kelihatan musnah selepas menerima sasaran tembakan torpedo Black Shark kapal selam KD TRZ di perairan Laut China Selatan pada pukul 11.20 pagi, semalam.

KOTA KINABALU 31 Okt. – Kapal selam KD Tun Razak hari ini melakar sejarah apabila melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan.

Penembakan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mengenai sasaran permukaan yang disasar pada jarak dan kelajuan ditetapkan pada 11.20 pagi.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Awam Markas TLDM hari ini, KD Tun Razak melancarkan torpedo Black Shark ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang yang mengenai dan memusnahkan struktur feri yang diubah suai untuk tujuan penembakan.

“Penembakan kali ini melakarkan sejarah, apabila buat pertama kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.

“Selain itu, penembakan itu adalah yang pertama kalinya bagi torpedo Black Shark sejak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali,” kata kenyataan itu.

Operasi penembakan itu melibatkan aset bantuan daripada perkhidmatan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis selain penglibatan KD Jebat, KD Terengganu, KD Kasturi, KD Laksamana Tan Pusmah, helikopter Fennec, kapal penyelamat kapal selam Mega Bakti dan bot tempur CB 90 serta tim penyelam sementara aset TUDM yang turut terlibat ialah pesawat B 200T dan EC 725.

Menurut kenyataan itu, kejayaan penembakan itu membuktikan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia khususnya TLDM sentiasa di tahap tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara, sekali gus meletakkan TLDM antara pasukan tentera laut yang wajar digeruni di rantau ini. – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tldm-lancar-penembakan-torpedo-black-shark-kapal-selam-scorpene-1.19329#sthash.7rsQyTg9.dpuf


LIWAT : Ambil kira hubungan intim Anwar-Saiful

04 November 2014 2:43 AM


Muhammad Shafee Abdullah (kanan) keluar dari Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA 3 Nov. - Mahkamah Persekutuan hari ini digesa mengambil kira keterangan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan mengenai ‘hubungan intim’ yang berlaku beberapa kali sebelum kejadian liwat yang dilaporkan.

Menurut Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan akhir Ketua Pembangkang itu terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, beberapa keterangan yang diberikan oleh mangsa jelas menunjukkan keadaan pemikiran Mohd. Saiful Bukhari sebelum, semasa dan selepas kejadian liwat sekali gus menunjukkan kredibilitinya.

Selain itu, keterangan berhubung ‘hubungan intim’ itu mampu menjawab persoalan kenapa tiada kesan luka pada dubur bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu dan persoalan lain yang sering ditimbulkan oleh pembelaan.

Antara keterangan Mohd. Saiful Bukhari yang juga saksi pertama pendakwaan yang merujuk kepada ‘hubungan intim’ tersebut ialah “saya telah datang ke kondo terbabit beberapa kali” dan “saya ulang jawapan yang sama kepada beliau (Anwar), saya tidak sanggup melakukannya lagi.”

Pihak pembelaan sebelum ini menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila mengambil kira keterangan Mohd. Saiful Bukhari berhubung ‘hubungan intim’ yang berlaku sebelum liwat itu dalam membuat keputusan.

Muhammad Shafee memberitahu, keterangan yang menyatakan bahawa mangsa enggan ‘melakukannya lagi’ menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari pada hari kejadian tidak rela diperlakukan sedemikian oleh Anwar.

Tindakan Mohd. Saiful Bukhari berada di kediaman Anwar pada keesokan hari kejadian pada satu program anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan bahawa mangsa telah mengalami sindrom Stockholm yang boleh berlaku bukan sahaja dalam situasi penculikan namun juga terjadi dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan hubungan romantik.

(Sindrom Stockholm adalah satu sindrom apabila mangsa merasakan bahawa mereka terhutang budi dengan penjenayah atau timbul rasa simpati terhadap penjenayah.)

Mengenai tiada kesan luka pada dubur Mohd. Saiful Bukhari walaupun berlakunya kejadian liwat yang didakwa sebagai rakus dan laju, Muhammad Shafee menggunakan analogi seperti seseorang yang mengalami serangan jantung di samping penggunaan KY Jelly sebagai bahan pelincir.

“Serangan jantung yang pertama terasa seperti hendak mati. (Serangan) kedua dan ketiga, anda dah biasa,” katanya yang disambut oleh ketawa kecil dari galeri awam.

Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, tindakan pihak pendakwaan yang sebelum ini diketuai oleh bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden untuk tidak memanggil bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr . Mohamad Osman Abd. Hamid yang berasal dari Myanmar adalah tepat.

Ketua pasukan pendakwaan itu menjelaskan, ini memandangkan Mohamad Osman tidak boleh dipercayai dan beliau yang dipanggil sebagai saksi pembelaan mengakui perkataan ‘kemasukan objek plastik’ itu ditambah kemudian iaitu hanya selepas pemeriksaan dibuat dan bukannya pada peringkat awal.

Selain itu, peguam terbabit menyatakan, Anwar sendiri tidak pernah memanggil mana-mana alibi untuk mengesahkan dakwaannya walaupun menyenaraikan kira-kira 10 orang saksi termasuk isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Penghujahan di hadapan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersambung esok.

Beliau bersidang bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ambil-kira-hubungan-intim-anwar-saiful-1.20563#sthash.SzRT3mHu.dpuf



Monday, 3 November 2014

F1 : Hamilton takluk GP Rusia

13 Oktober 2014 2:22 AM


VLADIMIR Putin menunjukkan tanda bagus kepada Lewis Hamilton selepas menyerahkan trofi kejuaraan sambil diperhatikan oleh Nico Rosberg pada majlis penyampaian hadiah GP Rusia di Sochi semalam. - REUTERS

SOCHI, Rusia - Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut selepas muncul juara Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Rusia, yang berlangsung buat julung kalinya semalam.

Hamilton mencatatkan masa satu jam 31:50.744 saat iaitu 13.657s lebih pantas daripada rakan sepasukannya Nico Rosberg yang menduduki tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik Valterri Bottas dari pasukan Williams dan kejayaan itu turut disaksikan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Mereka diikuti oleh dua pemandu McLaren, Jenson Button dan Kevin Magnussen; Fernando Alonso dari Ferrari; pasangan Red Bull, Daniel Ricciardo dan Sebastian Vettel; pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sergio Perez dari pasukan Force India.

Ini merupakan kemenangan kesembilan Hamilton musim ini yang menyaksikan pelumba Britain itu terus meninggalkan Rosberg di anak tangga tangga kedua kejuaraan dengan perbezaan 17 mata ketika persaingan musim ini berbaki tiga perlumbaan.

Kejayaan kali ke-10 Mercedes menguasai kedudukan 1-2 musim ini menyaksikan mereka merampas gelaran pengeluar terbaik sekali gus mengakhiri kejuaraaan empat musim yang diraih Red Bull.

Hamilton turut menerima pujian kerana 'pemanduan hebat' daripada pasukannya menerusi alat komunikasi dan pelumba itu membalas: "Tahniah atas kejayaan merangkul gelaran pengeluar terbaik, kita sedang mencipta sejarah".

Sebelum perlumbaan di litar Sochi Autodrom itu bermula, kesemua 21 pemandu bertafakur selama seminit sebagai memperingati pemandu Marussia, Jules Bianchi yang berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan dalam GP Jepun minggu lalu.

Terdahulu, pasukan Ferrari turut menghantar mesej memberi semangat kepada Bianchi yang merupakan pemandu muda di akademi Ferrari. - DPA

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-takluk-gp-rusia-1.13015#sthash.NINRLpjW.dpuf



Dr MiM: TERKINI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM : PENEMUAN HARI - ...

Dr MiM: TERKINI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM : PENEMUAN HARI - ...: Lidah rasmi PKR seperti cuba membohongi pembaca-pembacanya hari ini dengan mendakwa kononnya Anwar 'terus dapat sokongan' Mahkama...

CELAH GELEGAR: ADA MENTERI HOMOSEK DALAM KABINET NAJIB?

CELAH GELEGAR: ADA MENTERI HOMOSEK DALAM KABINET NAJIB?: Anwar Homosek Super Tegar Sekarang rakyat sudah maklum Anwar Ibrahim homosek super tegar.  Dia sanggup menghadiahkan suit Brioni berha...

POLITIK : Mengapa PKR belum laporkan salah laku Abdul Khalid?

03 November 2014 1:56 AM

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipersoalkan kerana masih belum membuat laporan berhubung dakwaan salah laku Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pihak berkuasa selepas dua bulan bekas Menteri Besar Selangor itu dipecat daripada parti.

Faekah Husin

Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin berkata, ‘dalil’ puluhan muka surat yang kononnya mengandungi butiran tentang salah laku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu kini terus dilupakan.

Menurut beliau, rakyat masih ingat antara tuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Khalid adalah isu perjanjian penstrukturan semula bekalan air Selangor dan projek lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex).

“Akhirnya hari ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses.

“Beliau turut mengumumkan projek Kidex akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faekah menambah, rakyat kini dalam keadaan terpinga-pinga kerana isu-isu besar yang dikaitkan dengan Abdul Khalid kini berkubur dan segala keputusan yang dibuatnya semasa menjadi menteri besar diperakui secara senyap serta tanpa rasa malu oleh PKR.

Beliau turut mengecam tindakan ahli-ahli PKR yang memberi tekanan kepada Abdul Khalid untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mengapa-pkr-belum-laporkan-salah-laku-abdul-khalid-1.20060#sthash.YxYWFmdr.dpuf

PIALA MALAYSIA : Mat Yo dipersalahkan?

03 November 2014 1:05 AM


PENYERANG JDT, Norshahrul Idlan Talaha terlalu sedih sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Lumrah menjadi pemain terkenal, tatkala hebat disanjung menggunung, kalau kalah akan dikeji tanpa belas kasihan dan itulah yang berlaku ke atas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Mat Yo dikatakan menjadi punca kekalahan JDT setelah pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti keempat dalam aksi final Piala Malaysia, Sabtu lalu apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada 120 minit perlawanan.

Tindakan meletakkan 100 peratus kesalahan ke atas bahu pemain kelahiran Terengganu itu dilihat kurang wajar kerana bola sepak dimainkan dalam satu pasukan.

Rata-rata penyokong pasukan Harimau Selatan itu sukar untuk menerima kekalahan lebih-lebih lagi Pahang hanya beraksi dengan 10 pemain. Malah, penyokong yang gagal membendung perasaan kecewa mereka telah menjadikan laman sosial, Facebook sebagai platform mereka untuk melepaskan kemarahan terhadap Mat Yo.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan Mat Yo, semalam bagaimanapun pemain itu gagal dihubungi.

Sementara itu, Kapten JDT, Safiq Rahim ketika ditemui pemberita, kelmarin enggan menyalahkan mana-mana pemain ekoran kekalahan yang menimpa pasukannya.

“Bola ini jahat sebenarnya, semua pemain kena terima kenyataan mungkin bukan rezeki kami malam ini. Insya-Allah kami akan perbaiki untuk musim depan. Kami akan pastikan Piala Malaysia akan berada di negeri Johor musim depan,” katanya.

Ekoran daripada kekalahan tersebut, aksi perlawanan dicemari insiden sekumpulan penyokong Harimau Selatan menyalakan suar sebagai tanda protes sehingga menyebabkan asap memenuhi ruang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum majlis penyampaian hadiah bermula.

Malah, beberapa letupan bunyi mercun dari tempat duduk penyokong Tok Gajah turut kedengaran sewaktu pemain pertahanan mereka, Mohd. Saiful Nizam Miswan dibuang padang dan situasi sama sekali lagi berulang sewaktu Pahang meraikan kemenangan mereka setelah berjaya mengatasi JDT menerusi penentuan sepakan penalti.

Walaupun suar dan mercun diharamkan, namun para penyokong tanpa rasa takut menyalakan bahan api tersebut sewaktu perlawanan berlangsung, sehingga mengakibatkan suasana di dalam stadium dipenuhi dengan asap.

Insiden tersebut turut mencetuskan tanda tanya bagaimana mercun dan suar berjaya diseludup masuk penyokong ke dalam stadium sedangkan kawalan keselamatan telah ditingkatkan.

Ia sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan apakah tiada mekanisma lain bagi membendung masalah itu daripada terus berlarutan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-yo-dipersalahkan-1.19967#sthash.RP7jqV2m.dpuf



PIALA MALAYSIA : Kekalahan paling perit – Bojan

OLEH SUFIAN HADI MOHD. SOJAK (SUKAN@UTUSAN.COM.MY) | 03 November 2014 1:05 AM


JURULATIH JDT, Bojan Hodak (kiri) menepuk dahi selepas pasukannya tewas kepada Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak menganggap kekalahan ke atas Pahang di pentas final Piala Malaysia, kelmarin adalah yang paling perit sepanjang kariernya.

Pengendali kelahiran Crotia itu melahirkan rasa kecewa terhadap anak-anak buahnya yang gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah berkelebihan dengan seorang pemain apabila skuad Tok Gajah tempang dengan ketiadaan Mohd. Saiful Nizam yang dilayangkan kad merah.

JDT tumpas menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 ditangan Pahang selepas masing-masing terikat 2-2 sehingga mengheret perlawanan kepada masa tambahan.

“Saya sangat kecewa dengan kekalahan tadi (kelmarin) kerana mereka tidak menggunakan peluang sepenuhnya yang dimiliki.

“Kita menguasai permainan dan bermain lebih baik dari mereka. Kita berhak menang kerana mempunyai dua peluang di mana percubaan tepat terkena tiang sepanjang perlawanan.

“Selain itu, Pahang juga boleh dikatakan bernasib baik kerana mereka hanya menang menerusi penentuan sepakan penalti,” kata Hodak.

Sementara itu, Hodak turut mengkritik kualiti permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang pada pandangannya hanya cantik di pandangan mata.

“Saya kecewa dengan keadaan padang hari ini (kelmarin) yang bagi saya hanya kelihatan cantik pada pandangan mata,” tegasnya.

Stadium Nasional yang ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaran dilakukan, nampaknya masih tidak berada pada tahap terbaik setelah keadaan rumput begitu mudah tercabut setiap kali pemain melakukan sepakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kekalahan-paling-perit-8211-bojan-1.19957#sthash.SSI6jnrN.dpuf



POLITIK : UMNO wajib berubah, lantang bersuara _ KETUA PEMUDA FACTOR MACAMANA ?

Konsep wasatiyyah juga perlu bawa maksud keseimbangan dalam semua perkara

OLEH SITI AIRUNNISA ALAUI (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 03 November 2014 1:51 AM

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pemimpin dan ahli UMNO perlu berubah dan lebih lantang bersuara bagi meyakinkan orang Melayu bahawa UMNO adalah wadah terbaik untuk mempertahankan agama Islam dan generasi masa depan.
KHAIRUL ANWAR RAHMAT Naib Ketua Pemuda UMNO Johor

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, UMNO perlu berjuang habis-habisan dan terus lantang bersuara terutama apabila membabitkan soal akidah dan maruah malah konsep wasatiyyah perlu diungkap dengan makna keseimbangan dan bukan lagi bermaksud sederhana dalam melakukan sesuatu perkara.

“Bagi kita, perjuangan habis-habisan dan kelantangan itu juga adalah satu bentuk perimbangan dan keseimbangan apabila kena pada masa dan topiknya kerana wasatiyyah usah ditafsir sebagai sederhana semata-mata kerana nanti kita terpalit dengan sindrom sederhana yang akhirnya melahirkan umat serba sederhana.

“Sederhana dalam pencapaian ilmu, ekonomi, pendidikan dan hampir semua ruang lingkup kehidupan,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan pihak lain lebih terkehadapan dalam mempertahankan asakan yang semakin kuat mencabar kedudukan agama, raja-raja, hak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa.

Dalam pada itu, Khairul Anwar menambah, konsep kesederhanaan perlu diletakkan pada tempat yang betul misalnya tidak makan terlalu banyak kerana akan memudaratkan akal dan jiwa serta dalam berbelanja, berhias serta soal dunia.

Jelas beliau lagi, kesederhanaan juga perlu apabila berdepan dengan perbezaan pandangan dan bantahan terutama isu-isu cabang yang kecil serta jauh daripada persoalan pokok agama

Ada ketika katanya, konsep kesederhanaan tidak sesuai digunakan terutama melibatkan perjuangan berteraskan agama dan menegakkan undang-undang syariah.

Katanya, perjuangan dalam soal itu ada waktunya digalakkan dibuat secara berlebih-lebihan serta lebih lantang malah wajar mencapai tahap ekstrem demi mencapai keseimbangan.

“Soal iman, akidah dan ibadah misalnya, tidak boleh dikompromi dan tidak akan mencapai tahap keseimbangan jika kita sederhana sahaja dalam usaha mencapainya.

“Begitu juga dalam ruang kehidupan yang lain, bagaimana kita hendak mencapai taraf umat hebat jika sentiasa sederhana dalam latihan sukan, ulang kaji pelajaran, perancangan ekonomi dan sebagainya? Bolehkah kita menang peperangan jika tentera kita bersederhana dalam menggempur kubu musuh?. Bukankah saat-saat sedemikian kita perlu bersifat ekstrem, berjuang hingga ke titisan darah terakhir, membujur lalu melintang patah?,” soalnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-wajib-berubah-lantang-bersuara-1.20054#sthash.QzF37r0P.dpuf


POLITIK : UMNO Selangor perlu berubah - NAJIB FACTOR MACAMANA?

Ubah pendekatan, pemikiran, hala tuju untuk keberhasilan lebih baik – Najib

OLEH MOHD. ASRON MUSTAPHA (MOHDASRON.MUSTAPHA@UTUSAN.COM.MY) | 02 November 2014 4:16 AM


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen Umno Selangor 2014 di PWTC , Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Badan Perhubungan UMNO Selangor perlu meneliti tiga semakan realiti politik semasa dengan jiwa yang besar dan minda terbuka, sebelum menyusun langkah serta strategi tepat untuk menawan kembali negeri terkaya itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertamanya, UMNO Selangor perlu sedar bahawa parti itu kini cuma tinggal 12 kerusi daripada keseluruhan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun asalnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi 54 kerusi pada pilihan raya umum 2004.

Keduanya jelas beliau, badan perhubungan negeri perlu ingat bahawa Selangor sebuah negeri yang amat strategik, bukan sahaja kepada UMNO dan BN tetapi kerajaan Pusat, kerana di situlah terletak segala-gala yang berkait dengan nilai ekonomi sama ada pelaburan mahu pun peluang perniagaan.

Menurut Perdana Menteri, realiti politik ketiga yang perlu difahami oleh UMNO Selangor ialah badan perhubungan negeri itu berdepan dengan cabaran demografi politik, khususnya dalam kalangan pengundi di kawasan semi bandar dan bandar, yang mana isu politik pembangunan bukan lagi menjadi tarikan.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor agar mengubah strategi, hala tuju, pendekatan serta corak pemikiran mereka untuk mendapatkan keberhasilan lebih baik kerana terbukti strategi sebelum ini bukan sahaja gagal tetapi lebih buruk.

“Kalau kita kumpulkan sebahagian besar daripada 56 kerusi adalah di kawasan semi bandar dan bandar. Politik pembangunan tidak mungkin terlalu ampuh keberkesanannya berbanding kawasan luar bandar. Tak (strategi itu) mungkin memberi kesan kepada peningkatan sokong-an kepada UMNO dan BN.

“Saya lontarkan perkara ini untuk kita sama-sama fikir, apakah kita memerlukan pemikiran luar biasa? Apakah kita perlu strategi luar kelaziman? Apakah kita perlu pemikiran luar kotak untuk capai kejayaan diidamkan,” katanya semasa merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan seluruh barisan kepimpinan UMNO negeri.

Mengulas lanjut Najib berkata, ketiga-tiga semakan realiti politik itu penting kerana jika UMNO Se-langor masih melakukan pendekatan serupa tanpa pembaharuan dan transformasi serta tidak berani untuk berhijrah ke arah lebih baik, beliau khuatir hasrat merampas Selangor tak tercapai.

Ujarnya, jika badan perhubungan negeri masih lagi mengamalkan sikap lama, tidak mungkin ha-sil diharapkan menjadi lebih baik, walaupun rakyat Selangor ketika ini sudah bosan dan muak dengan perkembangan politik yang dicetuskan pakatan pembangkang khususnya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ramai rakyat Selangor bosan tetapi kalau mereka tak yakin lagi kepada pembangkang, boleh atau tidak mereka memberi sokongan kepada kita? Ini persoalannya. Benar kita nampak rakyat bosan dan tak suka, tapi inilah masa dan ketikanya bagi kita memindahkan sokongan kepada UMNO dan BN,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-selangor-perlu-berubah-1.19629#sthash.PbDu1Rwa.dpuf