Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 7 July 2014

WORLD CUP 2014 - Benzema sandaran Perancis


KARIM Benzema telah menjaringkan tiga gol setakat ini dan akan menjadi ayam tambatan Perancis untuk pertemuan dengan Nigeria esok.

BRASILIA - Apabila penyerang Perancis, Karim Benzema dibawa keluar pada minit ke-83 yang menyaksikan Les Bleus tumpas 1-0 kepada Sepanyol di laman sendiri semasa kelayakan Piala Dunia Mac tahun lalu, pemain itu diejek oleh para peminat.

Reaksi kemarahan penyokong Perancis di Stade de France itu selepas melihat satu lagi aksi hambar daripada penyerang Real Madrid itu semakin dapat dirasakan lapan minit kemudian apabila mereka memberikan sorakan gemuruh kepada perancang tengah La Roja, Andres Iniesta yang digantikan pada penghujung perlawanan.

Namun Benzema kini menjadi tumpuan negara itu dalam temasya kali ini selepas menyumbang tiga gol dalam perlawanan peringkat kumpulan dan menjadi pemain terbaik perlawanan sewaktu Perancis menundukkan Honduras dan Switzerland.

Malah, penyerang itu turut meraih pujian daripada jurulatih, Didier Deschamps dan rakan sepasukannya hasil sumbangannya itu, dan atas faktor itu Perancis sekali lagi menagih khidmat pemain berusia 26 tahun tersebut untuk mengekalkan prestasinya sekiranya mereka mahu menewaskan Nigeria dalam pertembungan 16 pasukan terakhir di sini, bagi bertemu sama ada Jerman atau Algeria di suku akhir.

Benzema hadir ke Piala Dunia selepas aksi hebat bersama Real apabila dia menjaringkan 24 gol dalam 52 perlawanan di semua pertandingan dan membantu kelab terkaya dunia itu memenangi kejuaraan Liga Juara-juara buat kali ke-10 dan Piala Raja Sepanyol.

Dia telah meninggalkan musim kemarau jaringannya bersama Les Bleus di belakangnya, dan kelihatan cergas dan laparkan kejayaan. Sebelum ini dia gagal menemui sasaran selama 1,200 minit sehingga menyebabkan dia kehilangan tempat dalam pasukan kebangsaan.

Kini lebih matang setelah mengalami beberapa masalah di luar padang dan bergelut untuk menurunkan berat badannya, dia telah menjadi pemimpin dalam skuad Perancis, bukan sahaja di bahagian depan tetapi juga secara kesuluruhan.

“Karim merupakan salah seorang pemain handalan bertaraf antarabangsa. Dia beraksi pada tahap terbaik dan yang menggerakkan pasukan,’’ kata rakan sepasukannya, penyerang Real Sociedad, Antoine Griezmann.

Deschamps yang merupakan ketua pasukan Perancis yang memenangi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersetuju dengan pandangan itu.

Jurulatih berusia 45 tahun kelahiran Basque itu, yang membimbing Perancis sejak Julai 2012, cuba membawa Perancis untuk memenangi Piala Dunia kedua mereka selepas 1998.

Sebelum ini aksi menyedihkan Les Bleus pada kejohanan besar diburukkan dengan masalah pergaduhan dan disiplin.

“Benzema mempunyai gerakan luar biasa yang menyokong corak permainan pasukan.

“Kami sentiasa memberi tumpuan kepada sumbangannya selain daripada jaringannya yang merupakan sesuatu yang tidak berlaku di mana-mana tempat,’’ kata Deschamps.

Sementara itu, persediaan Nigeria menjelang pertemuan dengan Perancis terjejas selepas mereka menjadi pasukan terbaharu Afrika dihimpit masalah kewangan dengan pemain mengancam untuk tidak berlatih.

Pegawai pasukan berkata, janji pembayaran segera oleh presiden negara itu telah meredakan keadaan namun itu bukanlah cara terbaik bagi juara Afrika itu untuk membuat persediaan menjelang pertemuan dengan Perancis.

Nigeria pernah ke pusingan ke­dua dalam dua Piala Dunia pertama mereka pada 1994 dan 1998 tetapi disingkir di peringkat kumpulan pada 2002 dan 2010.

Kemaraan mereka ke pusingan kedua kali ini juga dibayangi oleh kejadian yang disyaki disebabkan oleh serangan bom di ibu negara, Abuja pada waktu puncak Rabu lalu dan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh. Le

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140630/sl_01/Benzema-sandaran-Perancis#ixzz36kajljGQ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Belanda ke suku akhir dengan penuh dramatik


Pemain Belanda, Arjen Robben (kiri) mengucapkan tahniah kepada penjaga gawang, Jasper Cillessen selepas pasukan mereka berjaya mengalahkan Mexico di Stadium Castelao, Fortaleza pada kejohanan Piala Dunia 2014 hari ini. - AFP PHOTO/EMMANUEL DUNAND

FORTALEZA, Brazil 30 Jun - Naib juara 2010, Belanda melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan penuh dramatik apabila memerlukan dua jaringan lewat permainan untuk menyingkirkan Mexico 2-1 pada pusingan kedua, sebentar tadi.

Pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar menyempurnakan sepakan penalti, empat minit memasuki masa kecederaan untuk memastikan kemaraan skuad Oranje.

Terdahulu, Giovanni Dos Santos meletakkan Mexico di depan pada minit ke-48 dan membantu pasukannya menguasai sebahagian besar permainan untuk menghampiri suku akhir pertama sejak 1986.

Namun begitu, ketika permainan tinggal dua minit untuk ditamatkan, Wesley Sneijder menyamakan kedudukan 1-1, sebelum Huntelaar memusnahkan sama sekali impian Mexico dengan menyempurnakan penalti waktu kecederaan.

Belanda kini akan menentang pemenang di antara Costa Rica dan Greece yang beraksi pada jam 4 pagi ini. - AGENSI




JDT II, T-Team lengkapi slot ke Piala Malaysia


Pemain JDT ll, Mohd Zaquan Adha, (kiri), dihalang pemain Selangor PKNS, Helmi Remeli, ketika beraksi pada perlawanan playoff bagi melayakkan diri ke Piala Malaysia di Stadium Perbandaran Selayang, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

SELAYANG - Pasukan Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kejutan apabila menyingkirkan PKNS yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada saingan playoff Piala Malaysia di Stadium Selayang, semalam.

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, dan Mohd. Akmal Ishak menjadi watak penting kepada kemenangan JDT II dengan dua jaringan masing-masing pada setiap separuh masa, sementara gol tunggal PKNS disumbangkan Karlo Primorac

PKNS terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-43 selepas Shahurain A. Samah menerima kad kuning kedua apabila mengasari pemain import JDT II, Jose Manuel Carrasco.

Menerusi kelebihan seorang pemain yang ada pada JDT II, Mohd. Zaquan Adha akhirnya meletakkan JDT II di hadapan pada penghujung separuh masa pertama selepas bijak memanfaatkan kedudukan kelam kabut di hadapan kotak penalti PKNS.

Babak kedua menyaksikan pemain gantian, Mohd. Akmal Ishak meledakkan gol kedua buat JDT II menerusi serangan balas pada minit ke-63.

Tersentak dengan dua jaringan JDT II, PKNS cuba bangkit mengejar dengan jaringan daripada pemain import, Karlo Primorac pada minit ke-74 yang bijak memperdayakan penjaga gol, Mohd Anis Faron.

Ketika PKNS FC cuba mendapatkan gol penyamaan, mereka sekali lagi kehilangan seorang pemain apabila Muhamad Zulhariz Mohd. Noor dilayangkan kad merah ekoran menerjah keras ke atas pihak lawan, Mohd. Zaquan Adha pada minit ke-79.

Di Stadium Shah Alam, T-Team memenuhi ramalan apabila menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan melalui jaringan tunggal Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-42.

Dalam permainan yang banyak dikuasai oleh T-Team, Leandro Dos Santos terlebih dahulu menguji gawang Negeri Sembilan pada minit ke-35 dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar ke kanan.

Jaringan The Titans terhasil melalui tendangan deras daripada Jimmy Mulisa yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Mohamad Yatim Abdullah sebelum ditolak masuk oleh Ramzul.

Dua minit kemudian, Negeri Sembilan berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma cantik oleh Ivan Basic ditolak keluar penjaga gol T-Team, Wan Azrai Wan Teh.




WORLD CUP 2014 - Costa Rica waspada corak bertahan Greece


(KIRI ke kanan) Pemain Costa Rica, Michael Umana, Waylon Francis, Johnny Acosta, dan Michael Barrantes menyertai sesi latihan sebagai persiapan menentang Greece di Stadium Vila Belmiro, Santos, Brazil, semalam. - AFP

RECIFE - Costa Rica yakin mereka mampu meledakkan gol terlebih dahulu pada perlawanan menentang Greece di pusingan 16 pasukan akhir di Racife, esok.

Greece telah membina reputasi mereka sejak sekian lama dengan menjadi pasukan yang sukar ditembusi, terutama ketika mereka sedang mendahului perlawanan tersebut.

Mereka memiliki corak permainan hampir sempurna dengan menerapkan gaya permainan klasik Itali yang mana pasukan menggunakan taktik sedemikian akan beraksi secara bertahan, dan meletakkan harapan menjaringkan gol menerusi serangan balas.

Pembantu teknikal Los Ticos, Luis Marin berkata, pasukannya perlu menjaringkan gol awal bagi mengelak Greece mendahului perlawanan, dan selepas itu mereka akan bermati-matian menutup benteng pertahanan daripada ditembusi lawan.

"Amat penting untuk kami menjaringkan gol awal dalam perlawanan itu, terutama Greece amat dikenali sebagai sebuah pasukan yang akan bermain dengan corak bertahan apabila mereka telah menjaringkan gol.

"Kami sedar pertemuan itu bakal menjadi satu pertarungan yang sukar. Walaupun mereka tumpas kepada Colombia (3-0), gol yang mereka lepaskan adalah disebabkan satu kesilapan mudah. Greece juga cukup handal sewaktu melakukan serangan balas.

"Penalti mungkin mampu memainkan sebahagian peranan dalam perlawanan itu nanti. Walaupun anda berharap ia tidak akan berlaku, kami perlu bersedia untuk apa sahaja senario yang bakal berlaku. Kami juga membuat latihan sepakan penalti," kata Marin.

Costa Rica muncul sebagai salah sebuah pasukan yang mempamerkan prestasi baik dalam saingan peringkat kumpulan, setelah mereka mengejutkan Uruguay, dan selepas itu Itali sebelum terikat keputusan seri dengan England untuk berada di kedudukan teratas Kumpulan D.

Sementara itu, Greece melangkah ke peringkat kalah mati pada saat-saat akhir apabila Giorgios Samaras menyempurnakan sepakan penalti pada hujung permainan yang sekali gus menghadiahkan kemenangan penting 2-1 kepada skuad bimbingan Fernando Santos ke atas Ivori Coast untuk menempah laluan ke pusingan 16 pasukan akhir buat kali pertama.

Malah, jaringan tersebut merupakan gol kedua Greece dalam tiga perlawanan Kumpulan C. Santos yang mengemudi Greece buat kali pertama ke peringkat kalah mati berkata, skuad bimbingannya perlu berhati-hati menentang pasukan sehebat Costa Rica.

"Kami perlu memberi perhatian khusus kepada perlawanan, mereka muncul sebagai juara dalam `kumpulan maut’. Jadi, kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka," kata warga Portugal itu. - AFP




WORLD CUP 2014 - RVP sempurnakan Belanda


(KIRI ke kanan) Pemain Belanda, Dirk Kuyt , Leroy Fer, Stefan de Vrij, dan Robin van Persie menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Mexico peringkat kalah mati pada Piala Dunia di Corinthians Arena, Sao Paulo, Brazil, semalam. - AFP

FORTALEZA - Robin van Persie kembali mengisi posisi serangan skuad Belanda bagi menghadapi Mexico pada pusingan kedua Piala Dunia, esok sementara pertahanan Mexico, Hector Moreno bersedia menghitung pertemuan dengan bekas mentornya, Louis van Gaal.

Van Persie digantung perlawanan sewaktu Belanda mengalahkan Chile 2-0 pada perlawanan terakhir kumpulan, tetapi akan kembali bergandingan dengan Arjen Robben dalam pertandingan itu.

Dua gandingan berbisa itu meledakkan tiga gol setiap seorang dalam saingan peringkat kumpulan apabila Belanda melangkah ke peringkat 16 pasukan akhir dengan tiga kemenangan, dan 10 gol yang merupakan satu catatan rekod mengatasi pasukan lain pada Piala Dunia kali ini.

Belanda muncul sebagai pasukan pilihan untuk menundukkan Mexico, tetapi rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan menunjukkan skuad bimbingan Miguel Herrera itu tidak boleh dipandang sebelah mata.

Dalam enam pertemuan, The Oranje telah melakar tiga kemenangan, manakala Mexico berjaya mengalahkan Belanda sebanyak dua kali. Mengumpul 22 gol daripada kesemua pertemuan itu, kedua-dua pasukan telah pun menjaringkan 11 gol, dan satu-satunya perlawanan yang menyaksikan pertembungan mereka dalam Piala Dunia ialah pada 1998 yang berkesudahan keputusan seri 2-2.

Kepulangan Van Persie ke pangkuan pasukan bermakna Dirk Kuyt akan kembali semula ke bangku simpanan selepas berada dalam kesebelasan utama menentang Chile, tetapi jika dia diturunkan juga, bekas bintang Liverpool itu bakal berperanan sebagai pemain gantian. Kuyt yang berusia 33 tahun telah pun memenangi 100 cap bersama skuad Belanda.

Penyerang, Memphis Depay yang berusia 20 tahun dijangka memulakan aksi di bangku simpanan meskipun dia meledakkan dua gol dalam dua penampilannya setakat ini.

"Saya perlu realistik. Berada dalam satu pasukan dengan pemain hebat seperti Robben, dan Van Persie, adalah logik saya duduk di bangku simpanan. Jika anda lihat apa yang boleh Robben lakukan ketika menggelecek bola, ia memang sesuatu yang cukup luar biasa," katanya kepada pemberita di kem latihan skuad Belanda.

Sementara itu, pasukan Mexico tidak berdepan dengan sebarang masalah kecederaan, dan mereka mempamerkan aksi mengagumkan pada perlawanan peringkat kumpulan setelah menumpaskan Croatia, serta Cameroon, selain mengikat Brazil dengan keputusan seri tanpa jaringan di Fortaleza Castelao Arena.

Pemain pertahanan, Moreno yang pernah bermain di bawah kendalian Van Gaal sewaktu bersama kelab Belanda, AZ Alkmaar, mengetahui serba sedikit mengenai beberapa pemain berbakat dalam skuad Oranje.

"Mereka merupakan pemain muda seperti saya, dan baru sahaja memulakan karier sewaktu saya bermain di sana. Pemain-pemain ini menunjukkan kematangan di bawah bimbingan Van Gaal. Perlawanan ini bakal menjadi satu pertarungan yang sukar kerana mereka memiliki pemain yang berkualiti," kata Moreno yang kini mewakili kelab Espanyol.

Moreno berkata, dia berharap dapat memeluk jurulatih Belanda itu sebanyak dua kali iaitu sebelum sepak mula untuk tujuan persahabatan, dan selepas perlawanan berakhir sebagai tanda simpati kerana kalah. - REUTERS




WORLD CUP 2014 - Uruguay perlu hidup tanpa Suarez


Penyerang Uruguay, Diego Forlan (kanan) berlatih bersama pemain pertahanan, Martin Caceres, dan pemain tengah, Alvaro Pereira (kiri) pada sesi latihan skuad Uruguay di Dunas Arena, Natal, Rio Grande do Norte, Brazil, semalam. - AFP

RIO DE JANEIRO - Uruguay perlu segera pulih daripada kejutan kehilangan pemain bintang mereka, Luiz Suarez yang disingkir daripada temasya Piala Dunia di Brazil, semalam selepas didapati bersalah menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini sekiranya mereka mahu menyingkirkan Colombia dalam aksi pusingan kalah mati, pagi Ahad ini.

Uruguay dilihat terlalu bergantung kepada Suarez dalam corak serangan mereka, dan penyerang kontroversi itu telah menjaringkan separuh daripada empat gol yang dicatatkan Uruguay sepanjang kempen mereka di Brazil setakat ini.

Ketiadaan Suarez pasti memberi tamparan hebat kepada Uruguay yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Afrika Selatan pada 2010 selepas menewaskan Ghana.

Colombia dalam pada itu melangkah ke Stadium Maracana di sini dalam suasana riang selepas menang kesemua tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan, satu pencapaian yang hanya dapat dilakukan Belanda, dan Belgium pada temasya kali ini.

Walaupun timbul keraguan kehilangan penyerang Radamel Falcao sebelum kejohanan itu berlangsung bakal menjejaskan persiapan Colombia, namun aksi kehadiran penyerang Porto, Jackson Martinez yang banyak dibantu pemain perancang, James Rodriguez berjaya mengatasi kegelisahan pasukan yang mendapat jolokan sebagai Los Cafeteros itu yang tampil buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun.

Dengan kedua-dua pemain itu berada dalam prestasi terbaik mereka, jurulatih Colombia, Jose Pekerman berikrar kepada penonton di Brazil bahawa dengan corak permainan pantas, mereka akan dihiburkan dengan persembahan tarian salsa semasa meraikan gol.

Jika layak ke suku akhir, mereka akan bertemu pemenang perlawanan Brazil, dan Chile yang turut beraksi pada hari yang sama, dan Uruguay dilihat perlu menunjukkan semangat sewaktu mereka menundukkan Brazil pada 1950 di Rio, dan memenangi Piala Dunia pada ketika itu.

Oleh itu, Uruguay terpaksa bergantung kepada penyerang veteran, Diego Forlan yang akan menggantikan tempat Suarez dalam kesebelasan utama di Maracana.

Forlan gagal memberikan sebarang impak kepada pasukannya sewaktu berdepan Costa Rica dalam perlawanan pembukaan kumpulan ketika Suarez bergelut dengan kecederaan.

Uruguay beraksi dengan agak buruk dalam perlawanan itu selepas tewas 1-3, namun mereka dengan pantas mengubah kedudukan itu selepas menundukkan England 2-1 hasil jaringan Suarez.

Selepas mengatasi Itali 1-0 dalam perlawanan yang menyaksikan Suarez hilang pertimbangan. mereka kini perlu berjuang sekali lagi tanpa penyerang itu, dan ketua pasukan, Diego Lugano berikrar bahawa pasukan itu tidak akan terjejas dengan kehilangan penyerang Liverpool tersebut.

"Tiada apa yang akan menghalang kami, kami akan menekankan permainan penuh rendah diri, perpaduan, keazaman, menyedari akan kesilapan dan berjuang dengan keazaman yang tinggi.'' kata Lugano dalam laman Facebooknya. - REUTERS




WORLD CUP 2014 - Media Britain sokong hukuman ke atas Suarez


BINTANG Uruguay, Luis Suarez dikritik hebat media Britain selepas penyerang itu didapati bersalah menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. - REUTERS

LONDON - Media Britain menyifatkan hukuman penggantungan selama empat bulan yang belum pernah dijatuhkan sebelum ini ke atas Luis Suarez daripada terbabit dalam aktiviti bola sepak merupakan satu keputusan yang keras, tetapi wajar.

Suarez, yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool tidak lagi menjadi bintang Uruguay pada Piala Dunia 2014 selepas badan induk bola sepak dunia, FIFA menggantung penyerang itu daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini sewaktu perlawanan Kumpulan D, Rabu lalu.

Hukuman tersebut turut menyekat Suarez daripada bermain atau berlatih dengan Liverpool selama empat bulan, dan media Britain meramalkan reputasi buruk penyerang itu mampu memusnahkan kariernya.

The Guardian menyifatkan penggantungan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin FIFA merupakan satu tindakan yang belum pernah dibuat oleh badan induk tersebut, dan hukuman berat itu bakal menyekat Suarez daripada bermain, serta memasuki stadium bola sepak.

"Dia sudah pasti akan menyalahkan orang lain. Dia selalunya bersikap demikian. Media Inggeris, media Itali, pemain Itali, dunia, dan juga isterinya," tulis ketua pengarang sukan Mirror, Oliver Holt yang turut berpendapat, hanya Suarez yang harus dipersalahkan.

Namun, Holt berkata, hukuman tersebut diangggap keras ke atas Liverpool, dan ia memberi tamparan hebat kepada kelab yang telah mengharungi musim cemerlang, serta berhasrat untuk memperbaiki pencapaian itu.

The Sun pula meramalkan insiden tersebut mampu menjatuhkan nilai Suarez di pasaran sebanyak 20 juta pounds (RM109 juta) jika Liverpool memutuskan untuk menjual pemain itu, sementara The Daily Telegraph berkata, Suarez terpaksa membayar satu harga yang cukup mahal ekoran perbuatannya yang menggigit pemain lawan.

Muka depan akhbar The Guardian pula menyiarkan wajah pemain itu dengan mulutnya terbuka luas, beserta tajuk muka depan akhbar Menggigit: Suarez digantung empat bulan.

Sementara itu, muka depan Daily Star menggunakan tajuk Suarez tersingkir pada Piala Dunia...dan Liverpool, dengan gambar Suarez yang kelihatan murung sambil menunjukkan isyarat bagus.

Wartawan The Daily Mail, Martin Samuel pula berpendapat hukuman tersebut amat keras untuk Liverpool, tetapi menyokong penggantungan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan Suarez. - AFP




 


WORLD CUP 2014 - Brazil jadikan ketinggian sebagai senjata


Fred (tengah) dan David Luiz (kanan) berpeluang menggunakan faktor ketinggian sebagai senjata untuk menjaringkan gol pada perlawanan menentang Chile dalam pusingan kalah mati, esok di Brazil. - AFP

TERESOPOLIS - Brazil bakal menggunakan faktor ketinggian sebagai satu kelebihan untuk menentang Chile apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam pusingan kalah mati pada Piala Dunia, esok, kata penyerang, Fred, semalam.

"Saya telah berbincang dengan bek tengah, dan pemain yang beraksi di bahagian sayap kami kerana para pemain Chile rata-ratanya pendek," kata Fred kepada pemberita di kem latihan Brazil dekat Teresopolis.

Fred yang meledakkan jaringan menerusi tandukan ketika Brazil membelasah Cameroon 4 -1, Selasa lalu memiliki ketinggian 186 sentimeter. Faktor tersebut memberikan pemain itu kelebihan dari segi saiz berbanding tiga pemain pertahanan Chile yang diturunkan pada dua perlawanan terakhir iaitu Francisco Silva (178cm), Gonzalo Jara (177cm), dan Gary Medel(171cm).

Tidak semua pemain Brazil mempunyai saiz badan yang besar contohnya Neymar yang hanya berketinggian 175cm. Namun, Brazil memiliki beberapa pemain yang tinggi termasuk bintang pertahanan mereka, David Luiz yang berketinggian 189cm, sementara Thiago Silva 182cm, yang mana kedua-dua pemain berkenaan mempunyai rekod cemerlang ketika melakukan percubaan menerusi tandukan.

Sementara itu, jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari dijangka menukar barisan tengah pasukannya pada perlawanan pusingan kedua menentang Chile bagi memberi ruang kepada Fernandinho di bawa masuk dalam kesebelasan utama.

Pemain itu kelihatan menjalani sesi latihan bersama skuad utama Brazil sebelum berlepas ke Belo Horizonte menjelang pertembungan kalah mati itu. Dia mengantikan Paulinho selepas pemain tersebut gagal mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Fernandinho merupakan pemain gantian ketika bertemu Cameroon, Isnin lalu, dan muncul sebagai salah seorang penjaring gol sewaktu Brazil melakar kemenangan besar 4-1 yang sekaligus memastikan tempat Selecao ke pusingan kalah mati terjamin.

Pada sesi latihan tersebut, Scolari turut mengantikan Daniel Alves dengan Maicon, manakala Ramires mengisi posisi Hulk, namun Fernandinho masih dikekalkan kedudukannya dalam skuad tersebut.

Paulinho diberi peluang untuk beraksi selepas pemain itu menunjukkan perkembangan yang positif semasa Piala Konfederasi, dan ketika perlawanan pemanas badan sebelum bermulanya Piala Dunia. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140628/sl_06/Brazil-jadikan-ketinggian-sebagai-senjata#ixzz36kN6ah7m  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WPRLD CUP 2014 - Belgium tunjuk Korea Selatan jalan keluar


Kapten Belgium, Jan Vertonghen meraikan jaringannya yang merupakan gol tunggal perlawanan dalam aksi Kumpulan H menentang Korea Selatan di Stadium Itaquerao, Sao Paulo, semalam. - AGENSI

SAO PAULO - Jan Vertonghen mengetuai skuad Belgium yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain melakar kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan, semalam yang sekali gus meletakkan pasukannya berada di kedudukan teratas Kumpulan H.

Kemenangan Belgium itu juga mengakhiri harapan Asia untuk sekurang-kurangnya memiliki sebuah pasukan mewakili benua tersebut, namun malangnya Korea Selatan gagal memikul misi berkenaan.

Vertonghen yang merupakan kapten Belgium memastikan pasukannya mencatat kemenangan 12 minit sebelum permainan tamat, dan melengkapkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan kumpulan H. Mereka kini bakal berdepan Amerika Syarikat dalam pusingan 16 pasukan akhir.

Penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-Gyu hanya mampu menepis bola yang dirembat kencang pemain gantian, Divock Origi, namun muntahan bola tersebut terpantul ke kaki Vertonghen yang kemudian memanfaatkan peluang berkenaan untuk meletakkan Belgium di depan.

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots menepis kritikan ke atas gaya permainan yang diterapkan pasukannya, dan berkata, skuad bimbingannya itu berjaya mencipta sejarah dengan melakar kesemua tiga kemenangan dalam perlawanan peringkat kumpulan.

"Kami berjaya memenuhi misi dengan mengumpul sembilan mata. Pencapaian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan apa yang paling penting bagi saya adalah kami mampu mara ke suku akhir. Saya tidak peduli tentang perkara selain itu," katanya.

Korea Selatan memerlukan kemenangan besar untuk layak ke pusingan seterusnya, dan mereka diberikan peluang itu apabila Steven Defour dibuang padang kerana memijak kaki pemain lawan sebelum babak pertama berakhir.

Namun, mereka gagal memanfaatkan peluang tersebut, dan meninggalkan kejohanan itu tanpa mengukir sebarang kemenangan yang mana nasib sama turut menimpa musuh tradisi Korea Selatan dari benua yang sama iaitu Jepun, Iran, dan Australia.

"Matlamat saya adalah untuk tidak memberi ruang terhadap sebarang penyesalan. Saya fikir kami tidak bermain cukup bagus, tetapi telah cuba memberikan yang terbaik. Apa yang lebih penting adalah peluang kami beraksi dalam pertandingan yang besar, dan menimba pengalaman sebanyak mungkin," kata jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-Bo.

Wilmots telah melakukan tujuh pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Rusia 1-0, apabila jurulatih itu membuka laluan kepada pemain Manchester United berusia 19 tahun, Adnan Januzaj membuat penampilan pertama pada Piala Dunia, dalam usaha memastikan pemainnya kekal cergas untuk pusingan kalah mati. - AFP




WORLD CUP 2014 - Slimani cipta sejarah buat Algeria


PEMAIN Algeria, Islam Slimani menanduk bola ke gawang Rusia pada perlawanan terakhir Kumpulan H di Baixada Arena, Curitiba, semalam. - REUTERS

CURITIBA - Islam Slimani mencetuskan fenomena di Algeria apabila jaringannya pada minit ke-60 memastikan negara dari benua Afrika Utara itu mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama di Piala Dunia.

Menjadi pasukan terakhir melayakkan diri ke pusingan kedua, jaringan Slimani yang diperoleh menerusi tandukan itu memadamkan kelebihan yang dimiliki Rusia bagi mengikat keputusan perlawanan 1-1.

Rusia sebelum itu mendahului melalui jaringan Alexander Kokorin pada minit ke-6, tetapi gagal menangani asakan fizikal oleh Algeria yang cukup bersemangat tinggi mahu mendapatkan sesuatu dalam perlawanan berkenaan.

Kontroversi turut menyelubungi gol yang dicipta Algeria apabila pengurus Rusia, Fabio Capello mendakwa penjaga gol, Igor Akinfeev diganggu oleh pancaran laser daripada para penyokong semasa situasi sepakan percuma.

Ulang tayang di televisyen menunjukkan terdapat pancaran laser berwarna hijau dihalakan ke badan penjaga gol ketika dia cuba menumbuk keluar bola hantaran lintang pemain Algeria, dan dia telah tersilap melakukan jangkaan apabila sekadar menumbuk angin sebelum Slimani mudah menanduk bola ke dalam gawang yang ternganga.

Algeria mara selaku naib juara Kumpulan H, dan akan berdepan Jerman di Porto Alegre bagi mencari tempat ke suku akhir, dan pertembungan kedua-dua pasukan itu menjadi medan terbaik buat `Desert Foxes' membalas dendam dengan apa yang terjadi pada Piala Dunia 1982.

"Sejarah kembali menghantui mereka selepas 32 tahun dan kami cukup bangga kerana berjaya mencapai sesuatu dalam perlawanan hari ini (semalam).

"Semua pemain layak dijulang seperti wira, dan saya rasa kami memang patut layak daripada kumpulan ini. Sekarang peluang buat pemain menamatkan dendam semenjak tahun 1982, " kata jurulatih Algeria kelahiran Bosnia, Vahid Halilhodzic.

Pada 1982, Algeria menjadi mangsa keadaan apabila Jerman atau lebih dikenali sebagai Jerman Barat pada masa itu melakukan pakatan bersama Austria dalam perlawanan terakhir untuk meraih keputusan seri tanpa jaringan, sekali gus menyingkirkan Agleria menerusi perbezaan jaringan.

"Kami kini menjadi satu-satunya wakil Arab di Piala Dunia, kami memberikan imej baru kepada dunia bola sepak, dan nama Algeria kini menarik perhatian banyak pihak terutama di negara saya, Bosnia, Croatia, dan seluruh dunia.

"Kami akan berdepan Jerman tetapi saya yakin banyak penyokong tuan rumah, Brazil akan memihak kepada kami," kata Halilhodzic.

Sementara itu, Capello yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan mengakui Algeria lebih layak menang kerana bermain lebih baik berbanding pasukannya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140628/sl_04/Slimani-cipta-sejarah-buat-Algeria#ixzz36kL7Iuhs  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Ronaldo gagal julang Portugal


BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila terduduk di atas padang selepas pasukannya gagal ke pusingan kalah mati di Stadium Mane Garrincha National, Brasilia, semalam. - AFP

BRASILIA - Kegagalan Cristiano Ronaldo menyudahkan begitu banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol menyaksikan Portugal tersingkir daripada Piala Dunia di Brazil, meskipun mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Ghana dalam pertemuan Kumpulan G, semalam.

Portugal tahu hanya kemenangan dengan diikuti kekalahan menimpa Jerman, atau Amerika Syarikat (AS) dalam pertemuan lain Kumpulan G ditambah dengan jumlah jaringan yang besar mampu membawa mereka ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, Jerman mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas AS dalam pertemuan itu.

Walaupun, Ronaldo menjaringkan gol pertamanya dalam pertandingan itu, dan merupakan jaringan kemenangan Portugal, namun ketumpulan penyudahnya amat memberi kesan kepada Portugal yang memerlukan kemenangan besar sekurang-kurangnya dengan keputusan 4-0.

"Perlawanan, hari ini (semalam) merupakan satu pertemuan yang sasarkan untuk mencatat kemenangan, dan kami berjaya melakukannya. Kami mencipta banyak peluang, namun gagal melakukan tindakan penyudah bagi kesemua peluang itu," kata Ronaldo yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Ronaldo yang beraksi untuk Real Madrid berkata, pasukannya tahu mereka perlu menjaringkan tiga gol, namun mereka terlalu bergantung kepada keputusan perlawanan Jerman menentang Amerika Syarikat.

"Kami tahu ia agak sukar, namun apa yang kami dapati pada perlawanan itu adalah, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil memandangkan jumlah peluang yang kami cipta pada perlawanan tersebut.

"Kami berpeluang mendapat lebih banyak gol, namun itulah hakikat yang perlu kami terima dalam perlawanan bola sepak. Kami telah mencuba yang terbaik, namun kami gagal," kata pemain berusia 29 tahun itu.

Dalam perlawanan tersebut, Portugal mendahului Ghana menerusi jaringan sendiri John Boye pada minit ke-31, namun Super Eagles berjaya meledakkan gol penyamaan menerusi Asamoah Gyan pada minit ke-37, sebelum Ronaldo berjaya menjaringkan gol kemenangan minit ke-80.

Aksi, semalam turut dicemari kontroversi yang melanda Ghana apabila mereka kehilangan dua pemain tonggak, Sulley Muntari, dan Kevin Prince Boateng yang didakwa menyerang seorang anggota pengurusan pasukan, serta berbalah dengan jurulatih, Kwesi Appiah sebelum perlawanan bermula. - AFP



"Langkah Kajang" gugat teruk perpaduan PKR


MOHD. RAFIZI

TINDAK tanduk Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang dikatakan dalang mencipta ‘Langkah Kajang’ dikritik hebat dari dalam dan luar partinya sendiri.

Ini sehinggakan ada yang mendesak dia meletak jawatan sahaja kerana tindakannya itu merosakkan sehingga membawa kepincangan kepada perpaduan ahli dalam parti itu.

Paling ketara impak dari `Langkah Kajang’ ini membawa kepada kritikan terbuka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai cuba dinaikkan oleh Rafizi di peringkat awal dalam strateginya untuk menggantikan Abdul Khalid.

Selepas masuk tujuh bulan strategi itu digerakkan dengan dikatakan RM1.6 juta wang pembayar cukai dibelanjakan menerusi pilihan raya kecil Kajang, Abdul Khalid nampaknya masih kekal. Malahan teguh pula di kedudukannya.

Ramai melihat ‘Langkah Kajang’ bukan sahaja gagal tetapi membawa perpecahan dalam PKR semata-mata demi memenuhi nafsu politik Rafizi.

Beliau memang sedar Abdul Khalid memiliki rekod cemerlang mentadbir negeri, justeru sukar untuk merealisasikan idea yang sudah nampak tembelangnya di peringkat awal lagi.

Anwar yang dicanangkan untuk merencanakan ‘Langkah Kajang’ berdepan dengan hukuman penjara sementara Presiden PKR sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menunjukkan sebarang minat untuk tampil lebih jauh - cuma terhenti setakat ADUN Kajang sahaja.

Dalam komennya kepada sebuah portal propembangkang baru-baru ini, Rafizi nampaknya tidak mahu mengalah apabila diberitahu `Langkah Kajang’nya sudah gagal.

"Walaupun orang kata Langkah Kajang gagal kerana (Abdul) Khalid masih di sana, ia memenuhi tujuannya, iaitu untuk membentuk pilihan lain (menggantikan beliau).

"Sekarang, saya fikir orang semakin ramai mempertikaikan (Abdul) Khalid berbanding sebelum ini dan melihat Langkah Kajang satu keperluan. Jadi saya fikir (Abdul) Khalid perlu memahami sentimen orang ramai ini."

Namun, ketegasan Abdul Khalid begitu jelas semalam apabila menempelak Anwar.

Tetapi apa yang terang lagi bersuluh, anggota akar umbi PKR semakin kecewa dengan perkembangan yang berlaku hasil `Langkah Kajang’ yang tercetus.

Sepatutnya, kata mereka, parti fokus kepada usaha menawan Putrajaya. Dan bukannya sibuk berebut jawatan.

Rafizi oh! Rafizi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140706/po_02/Langkah-Kajang-gugat-teruk-perpaduan-PKR#ixzz36kFzJyeR  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MB tempelak Anwar kritik Selangor

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

DARI KIRI: Abdul Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim

SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.

"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.

Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.

Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.

"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.



WORLD CUP 2014 - Belalang hinggap di lengan Rodriguez


KELIHATAN seekor belalang hinggap di lengan bintang muda Colombia, James Rodriguez sewaktu pemain itu menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan suku akhir Piala Dunia menentang Brazil di Stadium Castelao, Fortaleza, Brazil, semalam. - REUTERS

BRAZIL - Bintang Colombia, James Rodriguez telah mempamerkan aksi terbaik sepanjang Piala Dunia berlangsung sekali pun pasukannya tersingkir pada suku akhir kepada Brazil di Stadium Castelao, Fortaleza, semalam.

Penyerang Monaco itu meledakkan beberapa gol cantik serta menyambut jaringannya dengan gaya menarik. Malah, pemain tersebut berjaya membantu pasukannya memberikan tentangan sengit ketika tewas 1-2 kepada Brazil.

Walaupun menunjukkan prestasi hebat dalam kejohanan tersebut, cara Rodriguez meraikan jaringannya dalam perlawanan itu akan terus terpahat dalam memori penyokong bola sepak untuk jangka masa panjang.

Sejurus selepas menyempurnakan sepakan penalti, pemain berusia 22 tahun itu telah mengutip semula bola untuk dibawa ke tengah padang, tetapi pada masa sama, Rodriguez dihinggap oleh seekor `mahkluk’ dilengannya.

Daripada pandangan pertama, kelihatan seekor cicak telah hinggap ke lengan pemain tengah Monaco itu, namun kemudiannya didapati ia hanyalah belalang gergasi.

Tidak diketahui sama ada Rodriguez menyedari kehadiran belalang itu atau mengabaikan sahaja serangga tersebut, tetapi cukup malang baginya apabila Brazil yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. - AGENSI



WORLD CUP 2014 - Brazil menang, Neymar hilang




BRAZIL - Kemenangan 2-1 Brazil ke atas Colombia sedikit terjejas apabila bintang mereka, Neymar disahkan tidak dapat beraksi lagi pada Piala Dunia 2014 akibat mengalami kecederaan tulang belakang.

Pertahanan Colombia, Juan Zuniga secara tidak sengaja telah mengasari Neymar dari belakang menggunakan lutut, dan penyerang Barcelona itu terpaksa diusung keluar padang, dua minit sebelum tamat permainan.

Kecederaan Neymar itu telah disahkan oleh pegawai perubatan Brazil, Rodrigo Lasmar yang bersamanya ketika menjalani ujian di hospital berdekatan.

Thiago Silva turut menambah keresahan Brazil apabila pemain pertahanan Selecao itu digantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad kuning kedua dalam kejohanan tersebut, dan insiden itu mengaburi jaringan cantik yang dihasilkan David Luiz menerusi sepakan percuma untuk memberi kemenangan kepada pasukannya.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari berang dengan situasi Neymar sentiasa ‘diburu’ sepanjang kejohanan berlangsung, dan tiada sebarang hukuman diambil terhadap mereka yang berbuat demikian.

"Saya sudah nyatakan dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini yang Neymar menjadi sasaran pihak lawan, tetapi pasukan lain tidak akui perkara tersebut, dan hanya pemain mereka sahaja diburu.

"Selain itu, Silva dilayangkan kad kuning hanya kerana mengganggu David Ospina daripada membuat hantaran bola, tetapi tiada sebarang kad dilayangkan kepada Zuniga yang menyebabkan pemain tercedera," katanya.

Silva meletakkan Brazil di hadapan seawal minit ke-7, dan Luiz menjaringkan satu lagi gol buat pasukannya menerusi sepakan percuma dengan jarak kira-kira 30 meter dari gawang pihak lawan.

Bagaimanapun, James Rodriguez melonjakkan lagi namanya di carta penjaring terbanyak Piala Dunia dengan enam gol daripada lima perlawanan apabila menyempurnakan sepakan penalti setelah Carlos Bacca dijatuhkan Julio Cesar dalam kotak penalti, namun jaringan itu tidak cukup untuk menyekat kemaraan Brazil.

Dalam pada itu, Luiz telah menjelmakan kegembiraan kepada penyokong Brazil apabila menghasilkan antara jaringan tercantik dalam kejohanan tersebut. "Hari ini jaringan yang dilakukan sangat bagus kerana saya membuat rembatan tepat yang menyebabkan bola boleh bergerak di udara, dan mengelirukan penjaga gol," katanya.

Pertahanan Paris St. Germain itu turut yakin dengan pemain gantian seperti Dante, dan Henrique yang bakal mengambil posisi Silva dalam perlawanan peringkat separuh akhir nanti serta menyatakan mereka sudah cukup bersedia untuk diturunkan.

Sementara itu, Colombia mengkritik mutu pengadilan pengadil dari Sepanyol, Carlos Velasco Carballo. "Pengadil tidak membantu," kata pemain tengah Colombia, Rodriguez yang turut menjadi sasaran pemain Brazil, namun dirinya sendiri dilayangkan kad kuning apabila mengasari Hulk.

Kali terakhir Brazil layak ke separuh akhir pada Piala Dunia ialah 12 tahun lalu, tetapi pasukan itu dihantui masalah besar apabila Neymar, dan Silva tidak dapat diturunkan menentang Jerman 9 Julai ini.




WORLD CUP 2014 - Akhirnya Higuain menjadi




BRASILIA - Gonzalo Higuain akhirnya menemukan sentuhan jaringan, malah pada awal permainan untuk membantu Argentina meranapkan impian Piala Dunia Belgium dengan kemenangan 1-0 dalam aksi suku akhir semalam.

Higuain menjaringkan gol pada minit kelapan perlawanan di Stadium Nasional Mane Garrincha itu sekali gus meletakkan Arentina di pusingan separuh akhir buat pertama kali sejaka 1990.

Mereka juga menggagalkan harapan Belgium untuk membalas dendam kekalahan mereka di separuh akhir edisi 1986.

Skuad La Albiceleste di bawah bimbingan Alejandro Sabella seterusnya akan bertemu Belanda pada aksi separuh akhir selepas mereka menewaskan Costa Rica menerusi penalti penentuan dalam satu lagi perlawanan.

"Ini merupakan permainan terbaik kami pada Piala Dunia kali ini, juga satu kegembiraan buat pasukan, rakyat dan setiap orang. Ini merupakan permainan terbaik buat Argentina dari segi keseimbangan dan kesemua aspek perlawanan,'' kata Sabella.

Bagaimanapun, kemenangan Argentina itu dibayangi oleh kecederaan yang dialami pemain tengah berpengaruh, Angel Di Maria yang terpaksa digantikan pada babak pertama perlawanan dan mempunyai peluang kecil untuk bermain di separuh akhir.

"Kecederaan dialami Di Maria merupakan satu tamparan besar,'' kata Sabella yang melakukan tiga pertukaran ke atas kesebelasan utama pasukannya yang mene–waskan Switzerland sebelum ini.

Dia menyenaraikan Jose Maria Basanta, Martin Demichelis dan Lucas Biglia dan lankah itu nyata memberi kesan segera sehinggakan Belgium berdepan masalah.

Beberapa jam selepas Neymar diumumkan tidak lagi dapat beraksi pada temasya itu ekoran kecederaan dan James Rodriguez tersingkir bersama Colombia, Lionel Messi membuktikan bahawa Piala Dunia kali ini mungkin akhirnya akan dimilikinya.

Messi mewarnai corak permainan Argentina dengan gerakan mengelirukan dan hantaran tepat. Walaupun dia gagal membuat jaringan, gol Higuain sudah cukup untuk menyingkirkan generasi emas Belgium yang berjaya melangkah jauh dalam temasya kali ini.

Simbol kerja keras Belgium, pemain bintang mereka Eden Hazard menerima kad kuning kerana kekasaran ke atas Lucas Biglia dan kemudian digantikan dengan Nacer Chadli ketika permainan berbaki 15 minit.

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya selepas pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia namun tetap memuji persembahan anak-anak buahnya.

"Kami amat kecewa, setiap orang sangat sedih namun saya bangga dengan anak-anak buah saya,'' katanya. - AFP



WORLD CUP 2014 - Zuniga mungkin dihukum


NEYMAR (bawah) dikasari oleh Camilo Zuniga sewaktu perlawanan suku akhir Piala Dunia di Fortaleza pada 4 Julai lalu. Insiden itu menyebabkan tulang belakang bintang Brazil itu retak. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkemungkinan besar akan mengambil tindakan terhadap pemain Colombia, Juan Zuniga kerana kekasaran yang dilakukan terhadap bintang Brazil, Neymar sehingga mengalami keretakan tulang belakang.

Pertahanan berusia 28 tahun itu turut mendapat ancaman bunuh dari kalangan pengguna media sosial atas insiden tersebut selepas lututnya mengenai bahagian belakang Neymar dalam perlawanan yang menyaksikan tuan rumah menang 2-1 ke atas Colombia.

Neymar terpaksa melupakan baki kempen pasukannya dalam Piala Dunia, menyebabkan Brazil berada dalam keadaan trauma, manakala legenda bola sepak dunia, Pele mengganggap insiden itu melukakan seluruh negara.

"Jawatankuasa Disiplin FIFA sedang menganalisis segala elemen yang diberikan termasuk video dan laporan perlawanan, kami sedang menimbangkan sebarang keputusan perlu diambil atau sebaliknya," kata jurucakap FIFA, Delia Fischer.

Zuniga, yang bermain bersama kelab Napoli di Itali, menafikan dia sengaja mencederakan pemain Brazil berusia 22 tahun itu.

"Apabila saya beraksi di atas padang, sudah tentu saya mahu mempertahankan maruah negara dan jersi yang saya pakai, tetapi saya tidak pernah sesekali berniat mahu mencederakan sesiapa.

"Perlawanan itu cukup tegang dan Brazil juga melakukan perkara yang sama, itu adalah normal dan pada masa saya melakukan tindakan berkenaan, saya bukannya mahu mencederakan tulang belakangnya.

"Perkara ini cukup menyedihkan, saya harap dengan bantuan tuhan, kecederaan itu tidak serius kerana semua tahu dia adalah bintang paling bersinar di Brazil pada masa kini, " katanya.

Akhbar Brazil mengharapkan skuad kebangsaan mereka akan memenangi Piala Dunia untuk Neymar sambil mengeji pemain Colombia, Zuniga atas tindakannya terhadap penyerang Barcelona itu, dan ada laman web menyamakan Zuniga seperti raksasa dan penjahat terbesar dalam sejarah bola sepak.

Pele pula menyatakan melalui Twitter bahawa seluruh negara masih dalam keadaan bersedih dengan kecederaan dialami Neymar

"Cukup melukakan apabila dia tidak boleh lagi membantu Brazil dalam Piala Dunia.

"Saya pernah mengalami kecederaan pada tahun 1962 di Chile dan saya tidak beraksi hingga tamat kejohanan namun tuhan membantu Brazil memenangi kejohanan itu dan saya harap perkara sama akan terjadi di Piala Dunia kali ini buat Selecao," katanya.

Bekas pemenang Piala Dunia, Ronaldo dan Fabio Cannavaro yang hadir semasa majlis penerangan FIFA bersetuju insiden itu seperti disengajakan oleh Zuniga.

"Kecederaan itu cukup teruk dan saya memang yakin dia (Zuniga) ada niat untuk mencederakan pemain kerana tindakannya nampak ganas," kata Ronaldo yang memenangi Piala Dunia 2002 bersama Brazil.

Bagi Cannavaro, dia percaya situasi berkenaan mampu dielakkan dan menyalahkan Zuniga dengan berkata: "Lututnya nampak bergerak cukup tinggi dan itu membuatkan saya percaya ia adalah kekasaran yang memang disengajakan. - AFP





WORLD CUP 2014 - Costa Rica pulang dengan bangga


PENJAGA gol Costa Rica, Keylor Navas dikasari oleh penyerang Belanda Klaas-Jan Huntelaar yang cuba menanduk bola. Navas mengecewakan barisan penyerang Belanda apabila banyak kali menghalang percubaan mereka. - AFP

SALVADOR - Costa Rica telah mencapai 'perkara-perkara indah' di Piala Dunia dan berbangga mengakhiri perjuangan mereka dengan hanya dibolosi dua gol dan 'tidak kalah satu perlawanan pun', kata jurulatihnya Jorge Luis Pinto semalam.

"Semasa Piala Dunia kami lakukan banyak perkara indah yang mana ramai tidak percaya kami mampu melakukannya," kata Pinto selepas pasukannya kalah kepada Belanda 4-3 menerusi penalti penentuan selepas perlawanan suku akhir antara mereka berakhir dengan buntu tanpa jaringan setelah tamat masa tambahan.

"Kami bermain menentang kuasa-kuasa besar bola sepak. Kami meninggalkan kejohanan tanpa sebarang kekalahan. Ini sungguh menakjubkan. Kami bermain lima perlawanan dan hanya dibolosi satu gol dan satu penalti," ujar beliau.

Costa Rica merupakan salah satu pasukan yang begitu menonjol di Piala Dunia, mengalahkan Uruguay dan Itali dan seri dengan England untuk mara ke pusingan kalah mati buat kali kedua dalam sejarah penyertaan mereka.

Mereka membenam Greece menerusi penalti penentuan pusingan kedua sebelum mengikat Belanda 0-0 selama dua jam di Salvador semalam.

"Belanda merupakan pasukan yang sangat kuat, mereka sangat terkenal di peringkat dunia. Namun kami membuktikan bahawa kami berada pada aras yang sama dengan mereka.

"Mereka memiliki pemain yang bermain dalam Liga Juara-juara dan Piala Dunia serta di kejohanan-kejohanan besar sebelum ini.

"Kami merasakan bahawa kami telah meninggalkan imej positif dan bermaruah terhadap arena bola sepak Costa Rica," kata Pinto.

Dia turut ditanya mengenai keputusan Belanda menukar penjaga gawang pada penghujung masa tambahan dengan memasukkan Tim Krul untuk beraksi.

"Mungkin dia seorang pakar (menghalang sepakan penalti). Saya menghormati tindakan itu. Saya belum pernah melihat perkara seumpama itu sebelum ini...namun kami langsung tidak gentar," katanya.

Penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas dianggap oleh Pinto sebagai "cemerlang" dan "mengkagumkan" kerana berjaya menghalang Belanda daripada membolosi kawalannya, namun gagal menghalang kesemua sepakan penalti mereka.

"Jiwa kami rasa kosong. Banyak perkara bermain di kepala. Saya fikir kami semua telah melaksanakan tugas dengan baik.

"Sukar menerima kekalahan, tiada sesiapa yang suka. Tetapi pasukan ini boleh berasa bangga. Kami tidak kalah satu perlawanan pun. Kami kalah dalam penalti. Memang sukar, tetapi itulah kehidupan," kata Navas. - REUTERS




WORLD CUP 2014 - Krul selamatkan Belanda


PEMAIN-pemain Belanda mengerumuni Tim Krul (lima dari kiri) selepas penjaga gol itu berjaya menghalang sepakan penalti Costa Rica buat kali kedua untuk kemenangan pasukannya pada suku akhir Piala Dunia di Salvador semalam. - AFP

BRASILIA - Penjaga gol gantian, Tim Krul muncul hero Belanda selepas skuad Oranje mengetepikan cabaran Costa Rica dalam aksi suku akhir Piala Dunia menerusi penalti penentuan semalam, sekali gus menempah pertemuan dengan Argentina.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengejutkan penonton di Stadium Fonte Nova di Salvador apabila membawa masuk Krul untuk menggantikan Jasper Cillessen pada penghujung masa tambahan selepas 120 minit perlawanan berkesudahan dengan keputusan 0-0.

Tindakan van Gaal itu nyata membuahkan hasil selepas penjaga gol Newcastle itu menyelamatkan dua penalti Costa Rica yang diambil oleh Bryan Ruiz dan Michael Umana, sekali gus melayakkan Oranje ke separuh akhir menentang Argentina di Sao Paulo Khamis ini.

Belanda hanya pernah memenangi satu perlawanan menerusi penalti penentuan dalam lima percubaan mereka pada kejohanan-kejohanan besar sebelum ini.

Bagaimanapun pengambil sepakan penalti Belanda, Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Dirk Kuyt langsung tidak membuat kesilapan untuk menyempurnakan kesemua sepakan itu, menewaskan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Sejurus tamat perlawanan itu Van Gaal berkata, pertukaran penjaga gol telah dirancang awal dengan menyifatkan Krul mempunyai peluang yang lebih baik dalam penalti penentuan.

"Setiap penjaga gol mempunyai kualiti tertentu dan kami rasakan dia mempunyai peluang yang lebih baik dan rekod cemerlang dalam menyelamatkan penalti. Kami telah membincangkan perkara itu dengan Krul bagaimana Costa Rica akan mengambil penalti mereka dan turutan mereka. Oleh itu dia telah bersiap sedia.

"Nasib baik berkesan kerana sekiranya rancangan itu tidak menjadi sudah pasti saya membuat keputusan yang silap,'' kata van Gaal.

Drama sepakan penalti penentuan bermula selepas perlawanan sengit yang menyaksikan Belanda yang menguasai perlawanan untuk jangka masa panjang gagal menjaringkan gol.

Percubaan-percubaan Sneijder paling hampir menemui gol selepas dua kali sepakannya menggegarkan palang pada permainan masa sebenar dan masa tambahan.

Kemenangan itu menjadikan Oranje mengulangi rekod pertemuan sengit mereka dengan Argentina dalam aksi Piala Dunia selepas pertemuan pada aksi akhir 1978 yang dimenangi pasukan Amerika Selatan itu.

Argentina mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh 24 tahun semalam selepas jaringan tunggal Gonzalo Higuain sudah cukup buat pasukannya menyingkirkan Belgium. - AFP



SEMUT HITAM: BILA SI TIPAH KOYAK BERCAKAP, BAU LONGKANG!!!

SEMUT HITAM: BILA SI TIPAH KOYAK BERCAKAP, BAU LONGKANG!!!: Heh!!! Apa yang nak diherankan sanagt bila Si Tipah Koyak tu kata "Tidak ada istilah Khalwat dalam Islam". Realitinya sebab r...

putra merdeka: Puak Republik Dalam Kerajaan..!

putra merdeka: Puak Republik Dalam Kerajaan..!: Tak cukup ancaman dari luar..! ancaman dari dalam juga sedang giat dilakukan oleh puak pencinta republik yang mahukan bumi bertuah lagi ...

Thursday, 3 July 2014

.: PAS DAN UMNO SAMA-SAMA GAGAL MENGURUSKAN UGAMA, B...

.: PAS DAN UMNO SAMA-SAMA GAGAL MENGURUSKAN UGAMA, B...: PUKULAN MAUT KEPADA MELAYU...  OLAK LEMPIT - Khamis 5 Ramadhan, Semakin hari semakin banyak Cendikiawan Politik dari Kampung Tobiaq...