Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 3 June 2014

WORLD CUP 2014 - Cuma bawa satu penyerang















BERLIN - Jerman akan berlepas ke Piala Dunia bulan ini dengan hanya membawa satu penyerang selepas jurulatih, Joachim Loew menggugurkan Kevin Volland daripada senarai akhir 23 pemain ke Brazil, semalam.

Penyerang Hoffenheim itu menyertai dua tonggak pertahanan, Shkodran Mustafi dan Marcel Schmelzer yang diketepikan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, biarpun berada dalam senarai awal yang menjalani latihan di Itali.

Pengguguran Volland sesuatu yang mengejutkan kerana dia adalah pemain versatil, malah dilihat sebagai alternatif terbaik kepada penyerang veteran, Klose.

Pada aksi pemanas badan yang menyaksikan Jerman dipaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat Cameroon 2-2 semalam, Loew mencuba pemain tengah, Mario Goetze untuk beraksi di posisi serangan.

Loew turut menyenaraikan pemain Borussia Dortmund, Erik Durm yang mampu beraksi di posisi bek kiri selepas dia meraih cap pertama bersama pasukan.

Penjaga gol, Manuel Neuer dan ketua pasukan, Philipp Lahm yang direhatkan daripada perlawanan itu kerana kecederaan turut melengkapkan skuad ke Brazil.

Pada pertemuan dengan Ca­meroon, Jerman gagal memperagakan aksi kemas sebelum berlepas ke Brazil. Pasukan itu akan menentang Armenia pada aksi pemanas badan terakhir, Jumaat ini.

"Cameroon adalah lawan yang baik dan memberi ujian fizikal kepada pemain kami.

"Mereka telah mendedahkan kekurangan pemain kami dan itu adalah perkara biasa selepas 10 hari menjalani latihan," kata Loew.

Jerman, juara dunia dua kali akan memulakan kempen dengan menentang Portugal dalam aksi pembukaan Kumpulan G di Salvador, 16 Jun ini. Mereka turut diletak dalam satu kumpulan bersama Ghana dan Amerika Syarikat. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140603/sl_02/Cuma-bawa-satu-penyerang#ixzz33YR9FTua  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Sturridge sedia 'sakit hati'



Skuad England sempat memberi pose di Lapangan Terbang Luton sebelum berlepas ke Brazil untuk menghadapi Piala Dunia. - REUTERS

LONDON - Daniel Sturridge bersiap sedia untuk berasa 'sakit hati' diketepikan daripada kese­belasan utama England pada Piala Dunia selepas mengakui kedudukannya sebagai penyerang utama belum terjamin.

Biarpun bintang Liverpool itu dilihat menjadi pilihan pengurus The Three Lions, Rod Hodgson untuk digandingkan dengan Wayne Rooney dalam aksi pembukaan Kumpulan D menentang Itali pada 14 Jun ini, Sturridge bimbang mungkin diketepikan daripada senarai awal.

Dia juga mengakui, kejayaan meledak gol menakjubkan ketika membantu England membenam Peru 3-0 di Wembley, Jumaat lalu bukan jaminan dia adalah pilihan utama Hodgson.

"Ada beberapa pemain yang berada dalam penilaian jurulatih untuk mengisi posisi serangan.

"Sudah tentu saya bekerja keras untuk mendapatkan tempat, namun saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi pilihan automatik untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

"Sebab itu saya akan terus berusaha memikat hati jurulatih dengan membuktikan apa yang mampu saya sumbangkan kepada pasukan.

"Soal pemilihan, saya serahkan semuanya kepada pengurus, tugas saya cuma bermain," kata Sturridge.

Penyerang berusia 24 tahun itu juga menegaskan, biarpun terdapat tekanan hebat kepada dia dan rakan-rakan sepasukan untuk mencari keputusan terbaik di Brazil, namun perkara itu tidak langsung menggusarkannya.

Tegasnya, semua pemain berlepas ke Brazil semalam bersama satu misi, cuba mencari keputusan yang baik, namun mereka terbawa-bawa dengan tekanan tambahan yang diberikan oleh peminat.

"Sejujurnya saya cuba untuk tidak memikirkan tentang perkara itu.

"Ia bukan soal pasukan atau diri saya semata-mata, ia juga tentang semua orang yang berada di belakang kami menyokong cabaran England.

"Saya rasa, ramai yang terdesak untuk melihat England mampu melakar keputusan terbaik kali ini, sudah tentu kami juga mahu perkara yang sama ada akan cuba fokus kepada mendapatkan sasaran itu," katanya lagi. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140603/sl_01/Sturridge-sedia-sakit-hati#ixzz33YLfI9A7  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KEDAH - Enakmen jenayah syariah diwarta

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my



KHAIRIL Akmal Hanafi (kiri) menerangkan hotel berkonsep taman kepada Mohd. Rawi Abdul Hamid (kanan) dan Dennis Cheng sempena praperasmian Tune Hotel Alor Setar di Jalan Putra Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin

ALOR SETAR 2 Jun - Para pengikut ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam termasuk Syiah di negeri ini perlu bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 yang kini telah dikuatkuasakan.

Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, rang undang-undang itu telah diwarta dan dikuatkuasakan sepenuhnya di negeri ini bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014, ada Seksyen 9 dan 11 iaitu sekiranya mana-mana orang berdakwah dan menyebarkan ajaran yang menyalahi fatwa bukan sahaja Syiah bahkan mana-mana ajaran yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jammah boleh dikenakan tindakan.

"Bila-bila masa sahaja apabila dapat aduan bukan sahaja di Pendang tetapi di mana-mana kawasan di Kedah kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan agama Islam," katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Kumpulan HBR dengan Bank Rakyat untuk Tune Hotel Alor Setar dan Praperasmian Tune Hotel Alor Setar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan HBR Khairil Akmal Hanafi dan Pengurus Tune Hotel Wilayah Utara, Dennis Cheng.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai satu perhimpunan pengikut Syiah yang dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Pendang pada Sabtu dan Ahad lalu, Mohd. Rawi berkata, perhimpunan itu tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Melalui risikan yang kita jalankan, rombongan pengikut Syiah dari negeri-negeri lain membatalkan hasrat mereka untuk menyambut perayaan yang ada di dalam kalendar Syiah itu apabila ada laporan polis dibuat mengenainya.

"Yang ada di situ pada hari tersebut cuma orang tempatan yang berjumpa secara biasa dan tiada pembesar suara ataupun majlis keramaian di buat pada hari tersebut," ujarnya.

Khamis lalu, Pemuda UMNO Pendang membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bagi menghalang satu perhimpunan didakwa melibatkan pengikut Syiah yang akan diadakan di Kampung Alor Berala.

Ketuanya, Mohamad Fadzil Zulkipli berkata, perhimpunan tertutup itu akan diadakan di sebuah rumah, yang dipercayai menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140603/ma_02/Enakmen-jenayah-syariah-diwarta#ixzz33Y3S4PMp  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

Monday, 2 June 2014

FA CUP - Penyokong buat kacau lagi

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan SHAHRINNAHAR LATIB
sukan@utusan.com.my



Anggota polis mengawal keadaan di luar perkarangan stadium yang sedikit kecoh setelah penyokong Pahang membaling molotov cocktail sejurus bas yang membawa penyokong JDT meninggalkan Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN - Kejayaan Pahang melangkah ke final Piala FA sedikit tercemar gara-gara tindakan penyokong membaling molotov cocktail ke arah bas Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama selepas Tok Gajah meraikan kemenangan 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Dua lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai membaling molotov cocktail ke arah bas yang membawa penyokong JDT sejurus tamat aksi separuh akhir dua Piala FA.

Dalam perlawanan itu pemain tengah Tok Gajah, Mohd. Faizol Hussain muncul wira Pahang apabila percubaannya pada minit ke-81 dari luar kotak penalti menerjah ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Jaringan tunggal Faizol itu menggegarkan lebih 30,000 penyokong Tok Gajah, sekali gus melayakkan Pahang ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 2-1.

Kali terakhir Pahang muncul juara piala prestij ini pada 2006 dan kali ini skuad Tok Gajah bakal beraksi menentang sama ada Felda United ataupun Kelantan pada pentas final yang dijadualkan berlangsung pada 7 Jun depan di Stadium Bukit Jalil.

Namun, kejadian di luar stadium selepas tamat perlawanan mencemarkan kegembiraan peminat tuan rumah.

Bagaimanapun mujurlah, tiada kecederaan berlaku dan polis bertindak cepat dengan menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun tidak menyebabkan kekecohan dan penyokong JDT berjaya pulang dengan selamat.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.

Bermulanya separuh masa pertama, Pahang terlebih dahulu memulakan asakan ke kubu JDT, namun beberapa peluang yang diperolehi gagal dimanfaatkan oleh anak buah Zainal Abidin Hassan.

Skuad Harimau Selatan mendapat peluang pada minit ke-74 namun sepakan percuma yang diambil Luciano sekadar melencong ke kiri gawang tuan rumah.

Yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu, Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada 5 Mei lalu, kelebihan beraksi di depan ribuan penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh JDT apabila membenarkan Pahang memperoleh kelebihan gol di tempat lawan dalam aksi separuh akhir pertama yang berkesudahan 1-1.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140531/su_01/Penyokong-buat-kacau-lagi#ixzz33T3yk4iC  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Legasi kehakiman Sultan Azlan Shah

Oleh Salleh Buang


SULTAN Azlan Shah diiringi Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bersalaman dengan Ketua Hakim Singapura, Datuk Seri Chan Sek Keong selepas Almarhum baginda berkenan mencemar duli ke Majlis Syarahan Undang-undang ke-23 di Kuala Lumpur, pada 2009.

SEBELUM Almarhum Sultan Azlan Shah naik takhta sebagai Sultan Negeri Perak, Almarhum sudah lama berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman negara dari peringkat paling bawah (Majistret Kelas I) hinggalah peringkat paling tinggi selaku Ketua Hakim Negara.

Saya tidak pernah berkhidmat di bawah baginda, juga tidak berpeluang berinteraksi dengannya sewaktu Almarhum memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan jawatan-jawatannya yang lebih tinggi.

Sewaktu Almarhum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1965 (pada usia 37 tahun), saya belum pun menjejak kaki di Lincoln's Inn London, di mana Almarhum menamatkan pengajian undang-undangnya pada 1954.

Pada 1973, bila Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, saya baru sahaja berkhidmat di Jabatan Peguam Negara selama tiga tahun.

Bila Almarhum dinaikkan pangkat ke jawatan Hakim Besar Malaya pada 1979, saya sudah pun meninggalkan Jabatan Peguam Negara untuk mencuba nasib sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Akhir sekali bila Almarhum sampai ke kemuncak kerjayanya, di lantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982, saya sudah pun bersiap sedia berhijrah ke menara gading.

Walaupun saya tidak berkesempatan mengenali Almarhum Sultan Azlan Shah dari dekat (berbeza dengan nasib saya dapat kenal rapat dengan Allahyarham Tun Suffian Hashim dan Tun Salleh Abas, kedua-duanya mantan Ketua Hakim Negara) namun kata-kata bijaksana yang diucapkan oleh Almarhum selaku hakim terus dekat di hati saya.

Begitu banyak sekali penghakiman Almarhum baginda sebagai hakim yang saya rujuk, sebut, komen dan perjelaskan - dalam buku, monograf, rencana, kuliah, syarahan umum dan bengkel undang-undang yang saya kendalikan dari semasa ke semasa.

Pendek kata, saya berani menyatakan dengan penuh yakin bahawa selagi ada rakyat negara ini yang mempelajari ilmu undang-undang, berkarya sebagai pengamal undang-undang, turun-naik mahkamah mewakili anak guamnya, Almarhum Sultan Azlan Shah akan kekal hidup dan ‘terus bercakap’ menerusi penghakimannya kepada semua - pelajar, warga peguam dan hakim-hakim kita.

Legasinya yang tidak ternilai akan terus bermakna dan dimanfaatkan.

Salah satu kes terpenting dalam perundangan tanah negara yang diputuskan oleh Almarhum sebagai hakim bicara adalah kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, yang melibatkan penerokaan kawasan hutan dekat Teluk Intan oleh sekumpulan rakyat yang tidak bertanah.

Plaintif dalam kes ini merupakan perintis (kumpulan pertama) yang menerokai kawasan hutan itu, diikuti oleh ramai lagi selepasnya. Walaupun pada mulanya plaintif diberi maklum bahawa kumpulannya akan dikurniakan tanah di kawasan yang mereka terokai itu, akhirnya hajat mereka tidak kesampaian.

Dalam kes ini, isu utama yang perlu diputuskan oleh hakim bicara adalah status setinggan dalam undang-undang negara. Di akhir perbicaraan, Almarhum (selaku hakim bicara) memutuskan bahawa; "Setinggan tidak ada apa-apa hak di sisi undang-undang atau pun ekuiti".

Keputusan Almarhum ini terus diikuti dan dipetik oleh begitu ramai sekali hakim lain selepasnya apabila ada sahaja kes setinggan sampai ke mahkamah.

Satu lagi keputusan Almarhum yang tidak boleh saya lupakan adalah kes Roberts lwn. Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163. Ketika Almarhum mendengar kes ini, baginda baru sahaja memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi.

Isu utama dalam kes ini berkisar kepada hak seorang suami terhadap harta (sebidang tanah) yang didaftarkan atas nama isteri, selepas pasangan itu bercerai. Plaintif dalam kes ini ialah seorang bukan Melayu tetapi telah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan defendan.

Penghakiman Almarhum dalam kes ini merupakan permulaan undang-undang harta sepencarian moden, yang selepas itu terus dikembangkan oleh hakim-hakim lain.

Kini kes-kes harta sepencarian tidak lagi dibicarakan di mahkamah sivil kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Namun kes Ummi Kalthom terus menjadi salah satu kes rujukan penting mengenai harta sepencarian.

Peluang tunggal untuk saya bertemu dengan Almarhum timbul apabila saya selesai melaksanakan satu tugas berat untuk Yayasan Tun Suffian.

Sekitar 2005 saya diminta oleh yayasan itu menulis sebuah buku ilmiah mengenai kerjaya Allahyarham Tun Suffian semenjak tokoh tersohor itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sehinggalah selepas dia bersara daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara.

Saya terima tugas berat itu dengan sukarela kerana saya memang kenal beliau semasa hayatnya.

Setelah buku itu siap dicetak pada 2007, saya dimaklumkan bahawa projek penerbitan Yayasan Tun Suffian (karya saya) itu akan dilancarkan dengan rasminya oleh Sultan Azlan Shah.

Peristiwa paling bermakna itu berlangsung di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur, turut dihadiri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (ketika itu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Tun Mohamed Dzaidin (mantan Ketua Hakim Negara, selaku Pengerusi Yayasan Tun Suffian) dan Tunku Datuk Dr. Sofiah Jewa (pengasas Yayasan Tun Suffian).

Itulah kali pertama saya diberi penghormatan duduk di atas pentas bersama Almarhum Sultan Azlan Shah (serta orang kenamaan yang saya sebutkan di atas tadi), sebelum buku mengenai Tun Suffian itu dilancarkan dengan rasminya oleh baginda.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum. Amin.

PENULIS ialah penganalisis undang-undang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140531/re_01/Legasi-kehakiman-Sultan-Azlan-Shah#ixzz33T2XjbA3  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Malaysian Insider didakwa reka cerita

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


REAKSI Sabbaruddin Chik kesal dengan laporan tidak benar oleh portal berita Malaysian Insider berkaitan isu Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Mei - Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.

Menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu, laporan berita yang dikeluarkan portal berita propembangkang, Malaysian Insider tersebut sengaja direka untuk memburukkan nama beliau dan Najib selain mahu menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu beliau akan mengambil segala langkah perlu termasuk tindakan undang-undang jika Malaysian Insider terus mereka cerita tidak benar dengan niat mahu melaga-lagakan pemimpin UMNO dan BN khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

"Cerita ini tiada kena mengena dengan saya. Ini bukan cerita saya. Saya nafikan sepenuhnya. Memang benar ada wartawan Malaysian Insider datang menemubual tetapi bukan berkait soal pilihan raya, pengundi generasi Y (muda) mahu pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Itu bukan percakapan saya. Cerita itu cerita dema (Malaysian Insider). Dema bercerita dan gunakan saya kononnya saya kini tengah marah kepada UMNO, BN dan Najib, tak betul," katanya dalam sidang akhbar khas di rumahnya di Bukit Damansara, di sini hari ini.

Bagaimanapun pada sidang akhbar tersebut, Malaysian Insider langsung tidak menghantar wartawannya walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Sabbaruddin, sedangkan sebelum ini portal propembangkang itu sanggup datang ke rumah beliau untuk menemubual.

Semalam, Malaysian Insider dalam artikel bertajuk GE14 lost if Barisan still fails to impress young voters mendakwa Sabbaruddin antaranya berkata, Najib bernasib baik kerana mengambil-alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut mengenai laporan yang disifatkan sebagai fitnah itu, Sabbaruddin berkata, sekiranya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduk kerajaan sekalipun, bukan cara beliau untuk bercakap mengenai perkara itu di mana-mana media.

"Saya jenis kalau ada benda yang saya patut cakap, saya akan bercakap terus dengan kerajaan dan Perdana Menteri. Najib masih kawan baik saya. Saya hormat beliau sebagai Perdana Menteri dan berdoa agar terus memimpin Malaysia selagi memiliki keupayaan," katanya.

Menyentuh dakwaan kononnya beliau kini dilihat lantang disebabkan rasa tidak puas hati akibat tidak disambung kontraknya sebagai Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), Sabbaruddin berkata, perkara itu langsung tiada sebarang kaitan.

Menurutnya, mungkin benar beliau sedikit terkilan dengan kata-kata dan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, tetapi adalah tidak logik alasan itu digunakan untuk menyerang kerajaan dan Najib.

Katanya, bantahan beliau dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap campur tangan dalam urusan penyelesaian pinjaman peniaga permaidani, Deepak Jaishikin, bukan berlaku selepas kontrak tidak disambung tetapi bermula sejak Februari lalu lagi.

"Isu Bank Rakyat adalah perkara berbeza. Pendirian saya mengenai isu itu kekal kerana keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh ahli lembaga pengarah. Mana mungkin bank boleh meluluskan penyelesaian baki pinjaman berjumlah RM32 juta tanpa faedah?

"Tapi dalam isu ini pun Malaysian Insider menulis dengan tidak tepat. Saya tidak pernah menyebut peminjam itu ada kaitan dengan Putrajaya tetapi mereka memberi gambaran seolah-olah saya berkata begitu. Faktanya mesti tepat jangan ditokok tambah,"ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140531/dn_08/Malaysian-Insider-didakwa-reka-cerita#ixzz33T0UmeSj  © Utusan Melayu (M) Bhd 


PRK TELUK INTAN - Siew Keong janji tunai manifesto



Mah Siew Keong bersalaman dengan peniaga sambil mengucapkan terima kasih selepas kemenangannya semalam dalam PRK Parlimen Teluk Intan di Pasar Besar Teluk Intan, Perak, semalam. - Utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin

UTUSAN: Apa yang akan dilakukan selepas dipilih sebagai wakil rakyat baharu di Parlimen Teluk Intan?

SIEW KEONG: Ini merupakan cabaran yang besar. Saya akan cuba melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam manifesto BN. Ada beberapa program besar telah dirancang dan akan mengambil masa sedikit untuk dilaksana. Selain daripada itu, program-program kecil seperti proses membaik pulih akan dilakukan dengan segera. Saya tidak boleh menunaikan kesemuanya dalam tempoh satu tahun sahaja. Masih ada baki tiga ke empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang, jadi saya yakin mampu menunaikan 70 peratus manifesto saya dalam tempoh ini.

Bagaimana Datuk melihat per­ubahan pola pengundian pada PRK kali ini berbanding pilihan raya umum yang lalu?

Secara umumnya saya mendapat majoriti besar di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkot Jong tetapi tewas pada peti undi DUN Pasir Berdamar dengan majoriti yang lebih kecil berbanding sebelum ini. Kemenangan besar di Changkat Jong itu berjaya menampung kekalahan di peti undi Pasir Berdamar. Meskipun kemenangan saya adalah dengan jumlah majoriti yang tipis iaitu hanya 238 undi tetapi perlu diingat pada pilihan raya umum lalu saya tewas dengan majoriti 7,600 undi. Jadi, pada masa yang singkat iaitu dalam masa lebih kurang setahun kami dapat me­ningkatkan sokongan terhadap BN, ini adalah penca­paian yang membanggakan. Terima kasih kepada pengundi.

Adakah Datuk bersetuju kemenangan yang diperoleh sedikit sebanyak disebabkan oleh tindakan pengundi luar tidak pulang mengundi di Teluk Intan?

Semua orang berpendapat begitu, tetapi sebenarnya BN juga mempunyai peluang 50-50 untuk menang sekiranya semua pengundi luar pulang mengundi. Jentera kami ada menghubungi pengundi luar untuk meminta mereka pulang mengundi dan daripada itu, kami mendapati mereka mahu memberi peluang kepada saya kali ini. Tetapi malangnya mereka tidak dapat pulang. Selain itu, berdasarkan keputusan PRK ini, saya mendapati saluran empat dan lima iaitu pengundi baharu daftar serta orang muda menyumbang jumlah undi yang tinggi kepada saya. Malah, ada peti undi yang lebih tinggi berbanding saluran satu. Ini membuktikan bahawa pengundi muda juga mahu memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka.

Apakah signifikannya kemenangan ini kepada Gerakan?

Sudah tentu kemenangan ini memberi anjakan baharu kepada parti Gerakan. Saya tahu ramai pihak di luar sana ‘mendakwa’ bahawa parti ini diambang kejatuhan, sekiranya saya selaku Presiden parti tewas kali ini, maka parti Gerakan akan menghadapi detik yang lebih sukar. Walau bagaimanapun, pengundi mahu memberi saya peluang. Kemenangan ini menjadi landasan kepada kami untuk bangkit semula dan ini adalah masa paling sesuai dengan momentum yang ada bersama saya.

Apa yang difikirkan sekiranya keputusan tidak memihak kepada Datuk?

Saya akan bersara. Saya telah tewas dua kali sebelum ini dan bertanding buat kali ketiga sebagai Presiden parti Gerakan. Sekiranya saya kalah kali ketiga, maka saya akan mengambil tanggungjawab penuh untuk berundur diri. Pembangkang memainkan isu kononnya saya tetap akan dilantik sebagai senator walaupun kalah tetapi saya ingin jelaskan di sini bahawa saya akan berundur sekiranya tewas dalam PRK kali ini tetapi nampaknya keputusan menunjukkan sebaliknya dan saya amat berterima kasih kepada jentera serta para pengundi. Saya sudah 20 tahun dalam politik dan tidak pasti berapa lama lagi saya mampu bertahan. Jadi, untuk tempoh beberapa tahun ini saya akan berusaha sehabis baik untuk berkhidmat kepada rakyat di Teluk Intan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140602/po_05/Siew-Keong-janji-tunai-manifesto#ixzz33SxWaofL  © Utusan Melayu (M) Bhd 


FA CUP - Felda bukan lawan kerdil

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my



PEMAIN-pemain Pahang meraikan kejayaan menyingkirkan Johor Darul Ta'zim pada separuh akhir minggu lalu untuk menempah pertemuan dengan Felda United dalam perlawanan akhir Piala FA, hujung minggu ini.

KUANTAN - Walaupun lawan mereka cuma sebuah kelab Liga Perdana, namun Pahang mula membuka mata terhadap keupayaan Felda United menjelang final Piala FA, Sabtu ini selepas melihat pasukan itu mengejutkan juara bertahan, Kelantan pada separuh akhir kelmarin.

Tonggak paling senior dalam skuad Tok Gajah, Jalaludin Jaafar mengakui, kehadiran pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Shukor Adan membawa impak besar terhadap Felda.

Malah, faktor bahawa Pahang tidak pernah berdepan pasukan itu musim ini menjadikan pertarungan hujung minggu ini pasti mendebarkan.

"Pahang tidak pernah bertemu Felda United musim ini kerana mereka bermain dalam Liga Perdana, jadi kita memang tidak tahu banyak corak permainan serta taktikal pasukan itu.

"Tetapi selepas melihat bagaimana mereka menewaskan Kelantan semalam (kelmarin), saya dapati Felda adalah sebuah pasukan yang amat bagus biarpun sekadar berstatus kelab.

"Mereka berjaya mengekang asakan Kelantan serta mengatur sera­ngan yang kemas," ujar Jalaludin.

Felda United memahat sejarah apabila menempah pertemuan akhir Piala FA menentang Pahang, Sabtu ini setelah berjaya mengikat The Red Warriors 2-2 pada saingan separuh kedua Piala FA kelmarin.

Terikat menerusi agregat 5-5 setelah seri pada separuh akhir pertama 3-3, skuad The Settlers itu layak menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Jalaludin berkata, selain dibarisi beberapa pemain senior, Felda United turut dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim yang pasti mempunyai pe­rancangan terbaik pada perlawanan akhir itu nanti.

Sementara itu, seorang lagi pemain Pahang, Mohd. Fauzi Roslan atau Kojie berkata, dia berharap rakan-rakannya tidak memandang rendah Felda United biarpun pasukan berkenaan hanya berstatus kelab.

"Kita sendiri dapat lihat dalam saingan Liga Perdana, Felda Uni­ted menunjukkan permainan yang cukup bagus, begitu juga dalam sai­ngan Piala FA kali ini.

"Saya harap rakan-rakan pemain akan terus fokus, bermain seperti diarahkan jurulatih untuk kita menjuarai Piala FA musim ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140602/su_07/Felda-bukan-lawan-kerdil#ixzz33Sv8Y3z6  © Utusan Melayu (M) Bhd 



HOKI - Sekat Belgium bukan mustahil



Mohamed Sukri Mutalib cuba menyekat pemain Australia, Kieran Govers ketika Malaysia berdepan juara bertahan itu pada aksi pembukaan, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR - Walaupun sedar Belgium bukan calang-calang pasukan, namun Malaysia turun bersama misi menyekat pasukan No. 5 dunia itu daripada mencatat kemenangan dalam perlawanan kedua Kumpulan kejohanan hoki Piala Du­nia di The Hague, Belandal, hari ini.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, kekalahan 0-4 kepada juara bertahan, Australia dalam aksi pembukaan telah memberi banyak pengajaran kepada anak-anak buahnya.

Malah, beliau turut ya­kin menyekat Belgium bukan tugas yang mustahil berdasarkan prestasi pasukan itu yang hanya menang tipis 3-2 ke atas India pada perlawanan kumpulan kelmarin.

"Kami kena belajar daripada kesilapan dan jangan ulanginya. Pada tahap sekarang, sedikit kesilapan mampu menghukum pasukan," ujar Muhammad Dharma.

Muhammad Dharma turut membayangkan kemungkinan membariskan skuad yang sama ketika menentang Australia pada perlawanan hari ini.

"Belgium banyak cipta peluang jaringan terutama menerusi pukulan sudut penalti namun hanya menang tipis dan saya lihat kekuatan mereka lebih kurang sama dengan New Zealand.

"Walaupun begitu, saya jangka kita akan hadapi saingan sengit daripada Belgium walaupun mereka tidak sekuat (tiga pasukan terbaik dunia) iaitu Australia, Jerman dan Belanda," katanya.

Muhammad Dharma berkata, beliau tidak bimbang dengan ketiadaan pemain pertahanan kelahiran Jerman, Kevin Lim yang digugurkan akibat kecederaan hamstring .

Ketiadaan Kevin mampu ditampung oleh Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin yang didatangkan dari Kuala Lumpur sebagai pemain simpanan.

Ketua pasukan, Azlan Misron akan terus mengetuai bahagian pertahanan bersama Mohamed Shukri Mutalib, Faiz Helmi dan Mohamed Razie Rahim.

Muhammad Dharma turut menyuarakan kekecewaan terhadap permukaan padang di Stadium Greenfields yang tidak rata.

"Keadaan itu amat menyukarkan. Skuad kebangsaan sukar menyempurnakan pukulan sudut kerana permukaan padang yang tidak rata," ujarnya lagi.

Sementara itu jurulatih Belgium, Marc Lammers tidak mengambil ringan cabaran Malaysia.

"Kami tidak akan berdepan perlawanan yang mudah. Malaysia pasti akan memberi masalah kepada kami.

"Saya lihat aksi mereka ketika menentang Australia dan kebanyakan pemain Malaysia memiliki skil yang bagus," kata Lammers.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140602/su_05/Sekat-Belgium-bukan-mustahil#ixzz33SsxIOy2  © Utusan Melayu (M) Bhd

WORLD CUP 2014 - Tidak gentar Messi, Ronaldo - De Rossi



Daniele De Rossi mengetuai rakan-rakan sepasukannya menjalani sesi latihan di kem latihan Itali di Florence semalam, menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Brazil. - AFP

ROM - Walaupun menyifatkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai 'raksasa', pemain tengah skuad Itali, Daniele De Rossi menegaskan dia tidak berasa gentar untuk berdepan dengan mereka dalam Piala Dunia.

Pemain berusia 30 tahun itu kini sedang melakukan persediaan untuk menghadapi Piala Dunia ketiganya selepas membantu Azzuri menjadi juara pada 2006 di Jerman, tetapi tersingkir di peringkat kumpulan empat tahun lalu di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, De Rossi belum lagi berpeluang untuk berdepan dengan Argentina atau Portugal, sesuatu yang diingininya dalam kejohanan di Brazil kali ini.

"Saya tidak pernah berdepan dengan Messi mahupun Ronaldo dalam Piala Dunia. Mungkin saya berpeluang untuk berlawan dengan dua raksasa ini pada tahun ini!" kata De Rossi.

Bagaimanapun De Rossi kurang gemar dengan prospek berdepan dengan Sepanyol kerana skuad La Roja itu mempunyai dua pemain tengah yang hebat.

"Saya tidak yakin bahawa kami akan berdepan dengan negara selain daripada Brazil, Jerman, Argentina atau Sepanyol di separuh akhir.

"Bintang-bintang pula terdiri daripada enam atau tujuh bintang bola sepak bertaraf dunia. Saya memikirkan pemain-pemain seperti Messi dan Neymar.

"Tetapi pemain seperti (Anfrea) Pirlo, (Mesut) Ozil dan (Andres) Iniesta sering memberikan persembahan yang mantap. Iniesta dan Xavi merupakan pemain terbaik yang pernah saya lawan," katanya.

Itali dijangka sekali lagi akan merangka bahagian serangan untuk menyokong penyerang, Mario Balotelli yang sering mendapat mencetuskan kontroversi.

De Rossi merasakan adalah tidak adil bagi orang ramai untuk menghakimi pemain yang mereka tidak kenal secara peribadi.

"Apabila awak mengenali dia, awak akan tahu dia seorang yang baik - dan saya kenal dia," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140529/sl_01/Tidak-gentar-Messi-Ronaldo---De-Rossi#ixzz33Sr9axF3  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - England kena ikut gaya Liverpool - Scholes



PENYERANG England, Wayne Rooney (kiri) dan Steven Gerrard (tengah) berehat sewaktu sesi latihan skuad England di Almancil, selatan Portugal semalam. - AFP

LONDON - Legenda Manchester United, Paul Scholes berkata, England perlu bermain seperti Liverpool jika mereka ingin memiliki peluang untuk memenangi Piala Dunia.

Scholes, yang mempunyai 66 cap bersama England antara 1997 dan 2004 menggesa Roy Hodgson menyenaraikan lima pemain Liverpool dalam kesebelasan utama, dan memberi saingan menarik bagi mengelak keputusan hambar seri 0-0.

"Pasti menarik jika England menerapkan corak permainan menyerang seperti Liverpool di Brazil. Ini bermakna sekurang-kurangnya empat atau lima pemain Liverpool perlu berada dalam kesebelasan utama England menentang Itali. Gaya permainan di Afrika Selatan pada 2010 amat negatif dan membosankan.

"Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Penyokong England, termasuk saya sendiri lebih rela menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 3-3, berbanding keputusan hambar 0-0. Saya suka jika Roy lebih berani bermain seperti Liverpool (atau Manchester United pada musim sebelumnya).

"Saya dengan yakin mahukan Steven Gerrard, Daniel Sturridge, Jordan Henderson, dan Raheem Sterling dalam kesebelasan utama. Apa yang menjadi persoalan kini ialah kedudukan Glen Johnson di bek kanan.

"Saya berpendapat Phil Jones adalah pemain terbaik untuk mengisi posisi tersebut buat masa ini, walaupun Jones masih boleh diperluaskan peranannya sebagai bek tengah yang bagus. Johnson merupakan pemain yang memiliki sentuhan menyerang, bagaimanapun pemilihan tersebut agak sengit," kata Scholes, 39.

Di sebalik bakat menyerang yang dimiliki England, Scholes percaya, pemain tonggak Three Lions adalah Jordan Henderson yang dianggapnya mampu menjadi pemain penting dalam skuad kebangsaan meskipun hanya memiliki lapan cap.

"Henderson merupakan permata pasukan yang memiliki kemahiran cukup baik. Dia adalah pemain yang perlu dihargai oleh rakan sepasukan ketika berada di atas padang. Dia akan mengorbankan dirinya sebagai penyerang berbakat untuk pasukan seperti Liverpool.

"Saya tidak pasti sama ada dia boleh dianggap sebagai pemain berkelas dunia, tetapi Henderson mampu menjadi pemain tonggak buat England yang mengawal bola, dan memanfaatkannya secara berkesan," tegas Scholes.

Sementara itu, Scholes turut mengkritik keputusan tidak menyenaraikan bekas rakan sepasukannya dalam United, Michael Carrick, dan menyifatkan ketiadaan pemain tersebut bakal menjadikan tanggungjawab kapten, Steven Gerrard lebih berat untuk terus kekal cergas.

Legenda Old Trafford itu percaya, hanya Gerrard mampu berperanan sebagai quarter-back, dan berpendapat England pasti berdepan masalah besar jika kapten itu ditimpa kecederaan.

"Tidak membawa Carrick adalah satu kesilapan. Jika Gerrard tercedera, tiada siapa yang layak mengisi posisinya itu, jika Roy menerapkan gaya permainan Liverpool. Saya tidak fikir Henderson, Frank Lampard atau Jack Wilshere mampu memainkan peranan itu.

- AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140530/sl_01/England-kena-ikut-gaya-Liverpool---Scholes#ixzz33Spz1rkl  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Tiada tiket automatik - Marcelo



MARCELO (kiri) bergurau dengan Neymar pada sesi latihan skuad Brazil di Granja Comary, Teresopolis, semalam menjelang Piala Dunia yang akan membuka tirai, dua minggu dari sekarang. - AFP

TERESOPOLIS - Biarpun dia antara pemain terkemuka Brazil, namun Marcelo tidak menganggap dirinya layak secara automatik untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan pada aksi pembukaan Piala Dunia menentang Croatia, 12 Jun ini.

Bintang pertahanan Real Madrid itu sebaliknya menegaskan, semua pemain perlu bersaing sengit sesama sendiri untuk menyarung jersi pasukan dalam pertarungan yang menjadi tumpuan dunia.

Marcelo, yang memiliki 30 cap sering menjadi pilihan Luiz Felipe Scolari untuk mengisi slot dalam skuad utama sejak pengendali Brazil itu kembali membimbing pasukan buat kali kedua pada November, 2012.

Pemain berusia 25 tahun itu sebaliknya menegaskan, dia gembira kerana Brazil memiliki Maxwell, tonggak pertahanan Paris St Germain (PSG) yang bersedia mengisi kekosongannya di bek kiri pada bila-bila masa seandainya dia tidak dapat beraksi.

"Saya tidak merasakan diri saya sebagai pilihan automatik. Jika saya ucapkan kata-kata itu, itu bermakna saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap Maxwell.

"Kami semua mahukan perkara yang sama iaitu mendapat tempat. Saya mahu beraksi begitu juga dengan dia dan tujuan kami di sini adalah untuk membantu pasukan," katanya.

Kebanyakan pemain dan peminat Brazil sudah mendapat gambar mengenai barisan yang bakal diturunkan oleh Scolari dalam aksi pembukaan menentang Croatia di Stadium Sao Paulo.

Kesebelasan utama itulah yang membawa Brazil menjulang Piala Konfederasi tahun lalu selepas mereka memenangi kesemua lima perlawanan, malah pasukan itu jugalah yang diuji untuk menentang sebelas pemain simpanan pada sesi latihan semalam.

Pemain yang mengisi skuad utama adalah Julio Cesar, Daniel Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Luiz Gustavo, Paulinho, Oscar, Hulk, Neymar dan Fred.

Bagaimanapun, pemain-pemain simpanan mengakui ia merupakan satu tugasan yang sukar dan akan tetap melakukan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan mereka.

"Kami tahu mereka sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dan bermain dengan cukup baik sebagai satu pasukan. Amat susah untuk kami mendapat tempat kerana mereka semua memang hebat.

"Objektif kami sebagai pemain simpanan adalah untuk terus bermain dengan lebih baik dan itu merupakan satu perkara yang positif kerana kesebelasan utama tidak boleh ambil mudah dengan posisi mereka," kata pemain tengah Inter Milan, Hernanes.

Selain perlu berdepan Croatia, Brazil yang menjadi pilihan utama untuk dinobat sebagai juara Piala Dunia tahun ini turut diletak dalam Kumpulan A bersama Mexico dan Cameroon. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140531/sl_02/Tiada-tiket-automatik---Marcelo#ixzz33SooWlsU  © Utusan Melayu (M) Bhd

WORLD CUP 2014 - England tak mungkin jadi juara



LAKARAN gambar grafiti Mario Balotelli (dua kiri) menghiasi dinding bangunan di sepanjang bandar Sao Paulo, Brazil, dua minggu sebelum Piala Dunia dibuka secara rasmi. - AFP

MILAN - Penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli melancarkan perang psikologi terhadap England, dua minggu sebelum kedua-dua pasukan berentap dalam aksi pembukaan Piala Dunia apabila menyifatkan skuad The Three Lions tidak mungkin pulang bersama kejuaraan Piala Dunia tahun ini.

Itali akan menentang England di Arena Amazonia, Manaus pada 14 Jun ini dalam perlawanan pertama Kumpulan D, dan Balotelli mula menyalakan api persengketaan dengan mempersoalkan mentaliti pemain England pada pertandingan berprestij seperti Piala Dunia.

"Saya tidak melihat England sebagai sebuah pasukan yang boleh memenangi Piala Dunia.

"Mereka memiliki beberapa pemain yang bagus, tetapi mereka bukanlah pencabar sebenar Itali.

"Saya tidak kata yang Itali merupakan pasukan pilihan, tetapi kami memiliki mentaliti dan pemain berpengalaman yang mampu menghadirkan kejutan.

"Saya tidak fikir England mempunyai kelebihan tersebut.

"Kami memiliki pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, saya tidak rasa England mempunyai pemain yang tahu bagaimana perasaan apabila beraksi melepasi peringkat suku akhir," katanya.

Malah, bekas bintang penyerang Manchester City itu turut mensasarkan untuk memusnahkan peluang England melepasi halangan peringkat kumpulan.

Selain Itali dan England, turut membentuk Kumpulan D adalah gergasi Amerika Selatan, Uruguay serta Costa Rica.

Balotelli terkenal dengan masalah sikap di luar padang sepanjang tiga tahun di England, selepas menyertai City dari Inter Milan dengan harga 24 juta pound (RM128 juta) pada 2010.

Dia meledak 30 gol dalam 49 perlawanan untuk City, membantu kelab itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dan Piala Perisai Komuniti.

Pemain berusia 23 tahun itu yakin bahawa Itali mampu mencatat kemenangan ke atas England pada perlawanan pembukaan itu nanti.

"Dalam aksi pembukaan kami perlu menghormati England kerana amat penting untuk pasukan memulakan cabaran dengan sebaik mungkin.

"Mereka pula mungkin mempunyai dua atau tiga pemain yang berupaya memberi ancaman kepada kami, tetapi kami telah melakukan persediaan dengan baik sekali.

"Kami menjangkakan untuk melakar kemenangan pada perlawanan pertama," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140531/sl_01/England-tak-mungkin-jadi-juara#ixzz33Snlz6zt  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Kemenangan suntik semangat The Three Lions



kapten England, Steven Gerrard (kiri) melompat tinggi untuk merebut bola dalam aksi persahabatan menentang Peru di Stadium Wembley, London semalam. England menang 3-0. - REUTERS

LONDON - Pengurus England, Roy Hodgson memuji jaringan cantik yang diledak Daniel Sturridge sewaktu England melakar kemena­ngan selesa 3-0 ke atas Peru pada perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia, semalam.

Pada malam England mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong yang kelihatan cukup optimis di Wembley, anak-anak buah Hodgson yang turun menerusi formasi 4-2-3-1, memulakan permainan dengan aksi hambar sehinggalah Sturridge memecah kebuntuan menerusi gol menarik hasil rembatan kaki kiri pada minit ke-32.

Bek kiri Everton, Leighton Baines menjadi perancang kepada dua lagi gol Three Lions yang di­sempurnakan pemain pertahanan, Gary Cahill dan Phil Jagielka pada babak kedua.

“Pada separuh pertama, saya tidak menjangkakan kami mampu melakar kemenangan selesa kerana lawan begitu bagus dalam penguasaan bola, namun pemain kami bertahan dengan baik.

“Sebaik Daniel (Sturridge) meledak gol yang cukup hebat, saya mula berfikir bahawa perlawanan ini tidak seharusnya diragui.

“Memang seronok apabila me­nyaksikan Daniel menjaringkan gol yang hebat malam ini dan jaringan itu amat penting kerana ia berjaya mengubah suasana perlawanan," kata Hodgson.

Meskipun dua gol lagi bergantung kepada sepakan bola mati, Hodgson berkata, beliau gembira dengan pilihan jentera serangan yang ada dan belum memutuskan kesebelasan utama yang bakal menentang Itali dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Manaus, 14 Jun ini.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, kami memiliki skuad yang bagus.

“Saya rasa dalam pasukan kami ramai pemain berbakat. Saya berpuas hati kerana saya memiliki pilihan di bahagian serangan.

“Saya masih mempunyai masa untuk memutuskan kesebelasan utama yang bakal beraksi menentang Itali," katanya lagi.

Selain Itali, England dturut diletak dalam satu kumpulan bersama gergasi Amerika Selatan, Uruguay, selain Costa Rica. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140601/sl_03/Kemenangan-suntik-semangat-iThe-Three-Lionsi#ixzz33SmkYakV  © Utusan Melayu (M) Bhd

WORLD CUP 2014 - Uruguay rasai ketiadaan Suarez













MONTEVIDEO, Uruguay - Uruguay gagal melakukan penyudah yang tajam tanpa bintang penyerang, Luis Suarez meskipun mencatat kemenangan 1-0 ke atas Ireland Utara dalam aksi pemanas badan menje­lang Piala Dunia, semalam.

Kecekapan penjaga gol Ireland, Roy Carroll, selain sentuhan akhir yang tidak menjadi daripada pemain-pemain tuan rumah di Stadium Centenario menyebabkan Uruguay gagal mencatat kemenangan meyakinkan sebelum memulakan kempen memburu Piala Dunia pertama sejak 1930.

Pemain gantian, Christian Stuani yang dibawa masuk pada babak kedua menggantikan Diego Forlan meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-61 selepas menerima hantaran Edinson Cavani.

Suarez, yang dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga England selepas mengharungi musim cemerlang bersama Liverpool, masih menjalani rawatan selepas melakukan pembedahan lutut, lapan hari lalu, sekali gus meletakkan kedudukannya dalam skuad ke Brazil tidak menentu.

“Masalah utama kami selama ini adalah kesukaran membuka ruang dan itulah yang terjadi hari ini. Biarpun mencipta peluang, namun kami tiada penyudah yang tajam.

“Kami cuba menyerang dari luar kotak penalti, tetapi serangan kami tidak cukup agresif," kata kapten Uruguay, Diego Lugano.

Dalam satu lagi aksi persahabatan, dua jaringan penyerang Manchester City, Edin Dzeko membantu Bosnia menundukkan gergasi Afrika, Ivory Coast 2-1 di Missouri.

Dzeko meledak gol pada setiap babak, manakala Didier Drogba menjaringkan gol saguhati Ivory Coast pada lewat permainan.

Sementara itu, Jerman akan menentang Cameroon hari ini tanpa tujuh tonggak, situasi yang memeningkan jurulatih mereka, Joachim Loew.

Ketua pasukan, Phlipp Lahm antara yang bakal terlepas perlawanan kerana kecederaan buku lali, selain penjaga gol, Manuel Neuer.

- REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140601/sl_02/Uruguay-rasai-ketiadaan-Suarez#ixzz33SlQlj2I  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Torres tempah slot Piala Dunia



Fernando Torres (dua, kiri) diraikan oleh rakan-rakan sepasukan selepas meledak gol pembukaan Sepanyol ketika menewaskan Bolovia 2-0 di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville semalam. - REUTERS

SEVILLE - Fernando Torres mengesahkan tempat dalam skuad La Roja ke Piala Dunia bulan ini selepas mempamer aksi cemerlang ketika membantu Sepanyol menundukkan Bolivia 2-0 pada perlawanan pemanas badan, semalam.

Turut disenarai dalam skuad 23 pemain ke Brazil yang diumumkan semalam adalah penyerang Atletico Madrid, David Villa.

Malah pengendali pasukan, Vicente del Bosque tetap menyenaraikan rakan sepasukan Villa, Diego Costa biarpun pemain itu masih bergelut dengan kecederaan hamstring.

Dua bintang Manchester City, Alvaro Negredo dan Jesus Navas diketepikan daripada skuad.

Turut kempunan untuk menyarung jersi pasukan adalah bintang penyerang Juventus, Fernando Llorente dan pemain tengah Athletic Bilbao, Ander Iturraspe.

Dua tonggak pertahanan, Alberto Moreno serta Dani Carvajal juga gagal memikat hati jurulatih veteran itu.

Torres yang mengharungi aksi tidak menentu bersama Chelsea dalam kancah Liga Perdana Inggeris menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-51 selepas pemain tengah Sepanyol, Javi Martinez dijatuhkan dalam kotak penalti.

Ia adalah jaringan ke-37 buat penyerang berusia 30 tahun itu dalam penampilan ke-107 bersama La Roja.

Satu lagi jaringan Sepanyol disempurnakan oleh bintang tengah Barcelona, Andres Iniesta yang menolak hantaran Sergi Busquests untuk menewaskan penjaga gol lawan, Romel Quinonez pada minit ke-84.

“Kami menaruh keyakinan tinggi terhadapnya dan sebab itulah dia berada di sini hari ini.

“Kami gembira melihat bagaimana dia berkerja keras sepanjang perlawanan ini," kata Del Bosque.

Selain menyempurnakan sepakan penalti, Torres turut melakukan beberapa percubaan serta gerakan menarik, terutama hantaran cantik kepada Cesc Fabregas pada minit ke-60.

Pengalaman Torres, yang muncul penjaring terbanyak Kejohanan Eropah 2012 masih ditagih Sepanyol dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia.

Sepanyol, yang akan mengharungi perlawanan pemanas badan terakhir menentang El Salvador di Washington pada 7 Jun ini, diletak dalam Kumpulan B bersama Belanda, Chile dan Australia.

Perlawanan sulung juara dunia dan Eropah itu adalah menentang Belanda pada 13 Jun, pertemuan ulangan kedua-dua pasukan pada final Piala Dunia 2010 yang menyaksikan skuad La Roja menang 1-0 selepas masa tambahan.

- REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140601/sl_01/Torres-tempah-slot-Piala-Dunia#ixzz33Siuc0D1  © Utusan Melayu (M) Bhd 




WORLD CUP 2014 - Gol van Persie selamatkan Oranje



Robin van Persie cuba melepasi asakan pemain Ghana, Kwadwo Asamoah dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di Rotterdam, Belanda semalam. - REUTERS

ROTTERDAM - Jaringan awal Robin van Persie membantu Belanda mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Ghana dalam aksi pemanas badan di Rotterdam, yang menyaksikan skuad Oranje melepaskan banyak peluang keemasan, semalam.

Kedua-dua pasukan yang menjadikan perlawanan ini sebagai ujian sebelum berlepas ke Piala Dunia Brazil, mengatur beberapa sera­ngan, namun hanya satu gol terhasil sepanjang 90 minit permainan menerusi tendangan jarak dekat Van Persie di minit kelima.

Turun dengan reputasi sebagai naib juara Piala Dunia 2010, skuad Oranje gagal mempamer aksi me­yakinkan di depan penyokong sendiri.

Jaringan Van Persie berpunca daripada gerakan yang melibatkan Wesley Sneijder dan Arjen Robben. Van Persie kini meledak 43 gol daripada 84 perlawanan bersama Oranje, sekali gus memberi keyakinan tambahan kepadanya untuk mencari gol pada perlawanan di Brazil.

"Saya rasa kedua-dua pasukan menunjukkan penguasaan bola yang bagus.

"Dalam tempoh seminggu ini saya lihat banyak kemajuan dalam pasukan dan tertarik melihat apa yang kami lakukan dalam pertemuan dengan Ghana," ujar jurulatih Belanda, Louis van Gaal.

Belanda berdepan laluan getir dalam aksi sulung Piala Dunia pada 13 Jun ini apabila terpaksa berdepan juara dunia dan Eropah, Sepanyol. - AGENSI



WORLD CUP 2014 - Portugal 'lemau' tanpa Ronaldo



Helder Postiga (depan) bersaing dengan pemain Greece, Alexandros Tziolis dalam perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia di Stadium Nacional, Lisbon semalam. - REUTERS

LISBON - Beraksi tanpa ketua pa­sukan dan Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo menyebabkan Portugal mempamer aksi hambar apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Greece dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di tempat sendiri, semalam.

Anak-anak buah Paulo Bento turun tanpa pemain bintang mereka itu yang mengalami kecederaan paha kiri selepas mengharungi musim panjang dan meletihkan bersama Real Madrid.

Ketumpulan bahagian hadapan Portugal terserlah apabila mereka gagal menyudahkan beberapa peluang yang terhidang di depan gol, selain sukar menembusi permainan Greece yang tampak lebih tersusun.

Portugal turut merehatkan tonggak pertahanan, Pepe dan pemain tengah, Raul Meireles dalam perlawanan di Stadium Nacional.

Bagaimanapun Greece pulang dari Lisbon bersama kebimbangan bahawa tonggak pertahanan te­ngah mereka, Sokratis Papastathopoulos mungkin terlepas Piala Dunia ekoran kecederaan otot yang dialami dalam perlawanan itu.

"Pada babak pertama kami berhak berada di depan, kecuali pada beberapa minit menuju ­penghujung permainan kami sentiasa mengawal perlawanan.

"Kami kena melakukan persiapan lebih baik untuk Piala Dunia. Kami kena belajar bagaimana hendak bermain jika pemain utama tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan," ujar Bento.

Portugal akan menentang Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana dalam kempen peringkat kumpulan di Brazil, manakala Greece diletak dalam satu kumpulan bersama Colombia, Ivory Coast dan Jepun. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140602/sl_02/Portugal-lemau-tanpa-Ronaldo#ixzz33SgzGRjY  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Montolivo rencat persiapan Azzurri



Riccardo Montolivo terbaring menahan kesakitan sambil diperhatikan oleh rakan sepasukan, Marco Verratti selepas patah kaki ketika menentang Ireland dalam aksi pemanas badan Piala Dunia di Craven Cottage, London semalam. - AFP

LONDON - Persiapan Piala Dunia Itali menerima tamparan hebat semalam apabila tonggak tengah dan kapten berpengaruh, Riccardo Montolivo patah kaki ketika beraksi dalam aksi pemanas badan menentang Ireland yang berkesudahan 0-0 di Craven Cottage.

Bintang tengah AC Milan itu di­terjah pertahanan Ireland, Alex Pearce menyebabkan rakan-rakan sepasukannya tergamam seketika, sebelum dia disahkan tidak boleh beraksi pada seluruh Piala Dunia.

"Ia sangat menakutkan, kami bimbang kakinya patah.

"Kecederaan seperti itu akan mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh dan Riccardo terpaksa melupakan seluruh Piala Dunia.

"Keadaan tidak patut begini, ia tidak adil buatnya," kata doktor pasukan, Enrico Castellacci kepada stesen televisyen Rai TV.

Jurulatih Itali, Cesare Prandelli berkata, insiden yang menimpa ketua pasukan mereka itu mengejutkan seluruh pasukan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemainnya, kira-kira dua minggu sebelum skuad Azzurri membuka kempen Piala Dunia menentang England.

"Seluruh pasukan memikirkan mengenai nasib Riccardo dan kami akan tunggu sehingga esok untuk mengetahui apa perkembangan sebenarnya.

"Dia diterbangkan pulang ke Florence esok, tetapi akan ke Milan untuk menjalani pembedahan.

"Kami kena duduk berbincang selepas ini dan merombak semula perancangan. Ketiadaannya memang memberi impak kepada semua pemain dalam pasukan kerana dia adalah tonggak utama.

"Dia tidak patut ditimpa malang begini dan apa yang berlaku benar-benar mengecewakan," akui Prandelli.

Insiden tersebut berlaku seawal minit ke-10 apabila Montolivo yang cuba berdiri selepas diterjah Pearce bagaimanapun kembali rebah ddalam keadaan menahan sakit.

Dia diberi rawatan selama lima minit sebelum diusung keluar dan digegaskan ke hospital.

Pengganti Montolivo, Alberto Aquilani juga ditimpa kecederaan hanya selepas 23 minit beraksi apabila dihentak di kepala, namun Prandelli berkata, keadaan pemain itu tidak membimbangkan.

Prandelli enggan mendedahkan apakah perubahan yang bakal dilakukan ekoran kece­deraan Montolivo, sebaliknya menegaskan ketika ini beliau hanya mahu memikirkan tentang nasib pemain itu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140602/sl_01/Montolivo-rencat-persiapan-Azzurri#ixzz33Sfft1qF  © Utusan Melayu (M) Bhd

Sasar penjimatan RM9.8 bilion

Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my



Hasan Malek (tengah) mengedarkan Mingguan Malaysia dan Kosmo! Ahad kepada orang ramai pada Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat-peringkat, mulai 1 September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan menyasarkan penjimatan subsidi sebanyak RM9.8 bilion berikutan pelaksanaan sistem pembelian minyak tersebut.

Menurut beliau, pada masa ini, semua rakyat Malaysia layak menggunakan diesel dan petrol bersubsidi kerana kerajaan secara dasarnya tidak menetapkan sebarang syarat berhubung penjualannya, kecuali untuk warga asing atau kegiatan penyeludupan.

"Pelaksanaan sistem ini dijadualkan bermula pada 1 September ini untuk kenderaan perdagangan dan 1 Oktober atau 1 November bagi kenderaan persendirian, bergantung kepada persiapan teknikal di stesen-stesen minyak.

"Secara keseluruhan, kira-kita 3,500 stesen minyak di seluruh negara akan terlibat dan butiran lanjut tentang sistem baharu ini akan diumumkan kemudian," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Pengguna Malaysia (MCE) 2014 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad dan Timbalannya, Datuk Azmi Lateh.

Sementara itu, Alias memberitahu, penguatkuasaan had penjualan diesel dan petrol akan diperluaskan meliputi semua stesen minyak yang berhampiran sempadan negara jiran termasuk di Kedah, Perlis dan Johor.

Beliau memberitahu, tindakan itu dimulakan di Kelantan berikutan kegiatan penyeludupan diesel yang ketara di negeri tersebut.

"Kita yakin langkah menetapkan siling bagi penjualan diesel dan petrol itu dapat mengekang kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan," ujarnya.

Semalam, Alias mengumumkan had penjualan diesel dan petrol kepada 600,000 liter sebulan di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan menjelaskan, pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap kegiatan penyelewengan subsidi diesel.

"Maknanya, pegawai-pegawai kementerian adalah bersih kecuali setelah dibuktikan bersalah, kita akan mengambil tindakan," katanya.

Sejak 10 Mei lalu, akhbar ini telah mendedahkan bagaimana penyelewengan diesel bersubsidi berada di tahap serius sehingga mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140602/dn_10/Sasar-penjimatan-RM98-bilion#ixzz33SdXIlxL  © Utusan Melayu (M) Bhd