Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 18 October 2013

Tolak tuntutan batil hak asasi manusia

Oleh AZRIL MOHD. AMIN
PENULIS ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia merangkap ketua delegasi MuslimUPRo (Pertubuhan-pertubuhan Islam dalam Proses UPR) ke Geneva, Switzerland.



KITA perlu berwaspada dan menyaring dengan teliti prinsip-prinsip yang terkandung di dalam ideologi Hak Asasi Manusia (HAM). Ideologi dan gerakan HAM semasa yang secara relatifnya agak baru dalam sejarah manusia dilatari oleh pengalaman sekular tamadun Barat yang bersandarkan pemisahan agama dan pemerintahan.

Negara-negara Barat juga mengalami trauma yang dahsyat selepas Perang Dunia Kedua yang berakhir pada 1945. Akibat daripada kegagalan mengawal nafsu mereka membunuh nyawa orang awam dalam perang tersebut, serta akibat sifat bongkak dan takbur mereka mengadakan perlumbaan merebut kuasa dan mendominasi dunia, maka mereka berselindung di sebalik perisytiharan-perisytiharan HAM tertentu bagi memaksakan manifestasi nilai buruk tamadun mereka ke atas masyarakat dunia.

Individu yang bertanggungjawab menulis deraf Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Charles Habib Malik, seorang pemikir Kristian berbangsa Lebanon, kemudiannya adalah orang yang sama di sebalik gerakan Phalangist yang membunuh sejumlah besar masyarakat awam Sabra dan Shatila di Palestin pada 1982.

Adakah dengan sikap dan tindakan hipokrasi ini, kita masih boleh reda dengan nilai-nilai dan tindakan di dalam ideologi HAM yang cuba digembar-gemburkan para aktivis ideologi ini, sama ada di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahupun di dalam negara kita?

Begitu juga umum mengetahui sikap hipokrit Amerika Syarikat (AS) yang telah memujuk Israel untuk menyertai semula proses Semakan Berkala Sejagat, (Universal Periodic Review - UPR) Majlis Hak Asasi Manusia PBB setelah memboikot dan berundur daripada proses tersebut seketika pada Januari 2013 lalu akibat tidak tahan dengan tekanan-tekanan daripada Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta beberapa organisasi HAM utama, termasuk Amnesty International berhubung kekejaman mereka terhadap masyarakat awam Palestin.

Sikap Israel ini bukan sahaja mendedahkan sifat bongkak mereka terhadap Majlis Hak Asasi Manusia PBB, tetapi menjadi bukti kukuh betapa ideologi dan tindakan HAM sebenarnya bukanlah suatu ideologi yang sempurna sehingga semua negara anggota perlu mengikut nilai-nilai yang diisytiharkan agar dapat dikategorikan sebagai 'memenuhi piawaian' HAM sejagat.

Di peringkat ASEAN pula, wujud sikap negara-negara yang menjunjung secara membuta tuli nilai-nilai HAM beracuankan ideologi liberal sekular Barat melalui tuntutan-tuntutan kebebasan bersuara (freedom of expression) tanpa batas dan hak-hak Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender (LGBT).

Hal ini jelas terjadi melalui kempen dan lobi secara agresif untuk memasukkan klausa bagi mengiktiraf budaya seks songsang tersebut ke dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD) pada November 2012 semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh.

Semasa sesi rundingan masyarakat sivil mengenai deraf perisytiharan tersebut di Manila, Filipina pada September 2012, ternyata yang mendominasi percaturan gerakan tersebut adalah golongan NGO HAM minoriti yang mahukan hak mutlak membudayakan amalan songsang kaum Nabi Luth itu diizinkan dengan meluas di kalangan masyarakat ASEAN.

Pada mereka, oleh kerana sekurang-kurangnya 10 negara di seluruh dunia yang mengiktiraf perkahwinan sejenis sebagai satu lagi kategori institusi perkahwinan yang sah, maka negara di ASEAN perlu mengikut budaya dan hak tersebut demi mencapai penanda aras negara maju dan progresif dalam aspek-aspek HAM.

Apakah yang dapat kita pelajari daripada ketiga-tiga fakta di atas? Setiap kali pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) menyatakan kekhuatiran serta bantahan mereka tentang perkara-perkara yang melanggar batas Islam dan budaya tempatan akibat keghairahan NGO-NGO HAM membuat tuntutan-tuntutan mereka, maka NGI akan dilabel sebagai bermentaliti tertawan (siege mentality), bersikap ekstrem, ketinggalan, tidak progresif dan pelbagai lagi momokan negatif lagi menyakitkan hati.

Para NGI dan umat Islam yang menegaskan bahawa Islam terancam akan dikatakan ketakutan tidak berasas dan diperolok dengan dikatakan bahawa Islam itu tidak memerlukan perlindungan daripada sesiapa.

Namun begitu, melihat pada kebiadapan para aktivis HAM membuat tuntutan-tuntutan mereka di pelbagai pentas khususnya yang berkaitan dengan PBB, maka pada hakikatnya merekalah yang sebenarnya mempunyai minda tertawan, ketinggalan serta tidak progresif oleh kerana pada hakikatnya mereka ingin bebas daripada panduan hidup beragama serta budaya luhur semata-mata.

Malah, sikap mereka tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan minoriti yang mendesak HAM tanpa batas tanpa memikirkan realiti agama, budaya serta latar belakang sejarah sesuatu negara, oleh kerana terselindung di sebalik kegiatan mereka, agenda sekular liberal yang mencengkam ideologi HAM tersebut.

Di Malaysia, aktivis-aktivis HAM ini menjadi bertambah kuat dan berani oleh kerana wujud sokongan dalam kalangan segelintir para pemimpin Muslim, khususnya pemimpin politik yang keliru dengan kefahaman agama mereka akibat kerangka sekular yang dianuti.

Mereka juga terlalu ghairah menyanjung ideologi HAM untuk mengangkat diri mereka sebagai juara isu dan permasalahan rakyat. Khususnya bermula semenjak 1999, ramai pemimpin politik ini merupakan aktivis jalanan serta semakin berjinak-jinak dengan gula-gula pendanaan asing yang diberikan melalui pelbagai bentuk wacana, latihan kepimpinan serta zamalah kesarjanaan berkaitan HAM, demokrasi dan kebebasan.

Yayasan-yayasan serta NGO-NGO Barat dengan begitu deras memasuki landskap aktivisme negara pada ketika itu bagi melatih anak-anak muda yang terpengaruh bahawa Malaysia perlu 'lebih demokratik' dan 'bebas' kerana kerajaan pada ketika itu zalim, terkebelakang serta tidak mengangkat HAM mengikut acuan Perisytiharan HAM Sejagat (UDHR).

Pada hakikatnya, NGO-NGO HAM tersebut menjadikan gerakan menyebarkan ideologi dan tindakan mereka sebagai suatu sumber pendapatan melalui akses dana dari dalam dan luar negara.

Kewujudan dan survival mereka sebagai NGO (walaupun banyak yang tidak berdaftar ataupun hanya berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad) sebenarnya bergantung pada kemampuan mereka merekayasa tuduhan-tuduhan pelanggaran HAM di pihak kerajaan.

Kejayaan mereka mewujudkan situasi-situasi pelanggaran HAM ini menjadi justifikasi untuk mereka terus hidup atas bantuan dana yang kononnya memperjuangkan HAM, demokrasi dan kebebasan di negara-negara bukan Barat.

Yang terkini, kita boleh melihat betapa Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam Proses UPR (COMANGO) (yang hanya mempunyai 12 NGO berdaftar daripada kira-kira 54 ahli gabungan) juga berkeupayaan bergerak secara aktif menyebarkan ideologi batil ini di merata pelosok dunia, memburukkan kedudukan Islam di Malaysia melalui pelbagai tuntutan tidak munasabah serta memberikan persepsi yang kurang tepat mengenai realiti sebenar HAM di Malaysia.

Hal ini mewujudkan persoalan yang besar tentang dokongan dana yang diperolehi golongan ini untuk melaksanakan strategi-strategi melobi di dalam dan di luar negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131017/re_05/Tolak-tuntutan-batil-hak-asasi-manusia#ixzz2i2BForX2
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Ibadah korban tanda syukur dan takwa

Oleh DR. AMINUDIN MANSORl PENULIS bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM
Ibadah korban turut menyatukan umat Islam disesebuah kawasan dalam semangat gotong-royong.- Gambar hiasan

SETIAP amalan yang baik yang dilakukan oleh seseorang Muslim di dunia ini akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Dengan berpandukan al-Quran segala amalan dan kewajipan telah dijelaskan kepada manusia supaya beriman dan beramal kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, segala kemewahan, kenikmatan, kemegahan yang ada di dunia ini tidak boleh membantu kita untuk ke jalan Allah, melainkan amal ibadah sahaja yang dapat membantu kita untuk memperoleh segala nikmat di alam akhirat nanti. Amal ibadat seperti ibadah korban yang dilakukan akan menjadikan seseorang itu beriman dan bertakwa.

Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwa kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya. (Ali Imran: 102). Manakala dalam surah yang lain Allah SWT berfirman: Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga ialah salam. (Ibrahim: 23).

Untuk menjadikan hati dan diri takwa memerlukan didikan dan bimbingan yang berterusan sejak dari kecil. Amalan-amalan yang baik sudah tentu akan menjadikan hati dan diri seseorang itu beriman dan baik dalam pertuturan dan perlakuan.

Amalan-amalan tersebut adalah solat lima waktu, solat-solat sunat yang lain, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan berpuasa sunat, menunaikan haji dan umrah, melaksanakan korban pada hari raya Aidiladha dan hari Tasyrik 11, 12, dan 13 Zulhijjah serta amalan-amalan yang lain seperti bersedekah dan melakukan amal jariah.

Niat melaksanakan ibadah korban adalah keutamaan takwa kepada Allah SWT. Justeru, Rasulullah SAW ditanya tentang sebab-sebab paling banyak yang memasukkan manusia ke syurga. Baginda menjawab, "Ketakwaan kepada Allah dan akhlak yang baik." Baginda ditanya lagi, "Apakah penyebab manusia masuk neraka?" Rasulullah SAW menjawab, "Mulut dan kemaluan." (riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Surah at-Taubah ayat 105 pula jelas membuktikan bahawa amalan yang baik yang dilakukan dengan penuh keimanan akan mendapat balasan pahala di akhirat nanti. Beriman kepada Allah SWT, tauhid dan penghambaan diri dengan tidak menyekutukan-Nya akan mengukuhkan keimanan dalam jiwa setiap Muslim.

Berkaitan dengan syurga, daripada Jabir r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Kunci syurga adalah solat dan kunci solat itu adalah wuduk." (riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

Sesungguhnya, solat itu amalan yang utama kepada umat Islam selain daripada amalan-amalan yang lain. Tiada siapa yang boleh menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka.

Sementara itu dalam satu hadis yang lain, daripada Abdullah bin 'Amar r.a, beliau bertanya Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Apakah keuntungan majlis zikir itu? Baginda menjawab: Keuntungan majlis zikir itu adalah syurga, syurga." (riwayat Ahmad)

Dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan daripada Tasuban r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Barang siapa yang mati dalam keadaan bebas daripada tiga perkara, yakni kesombongan, dendam dan hutang, nescaya dia akan masuk ke syurga." (tiwayat at-Tirmidzi dan Syaibani)

Amalan yang baik yang dilakukan secara berterusan sangat digalakkan dalam Islam. Oleh itu, lakukan segala amalan yang baik dalam kehidupan ini bagi mendapat keredaan Allah SWT.

Kekayaan dan darjat yang dimiliki di dunia oleh seseorang itu hanyalah sementara sahaja. Akhirat juga kekal buat selama-lamanya. Justeru, Allah SWT menjanjikan syurga dengan keindahan dan kenikmatan yang ada di dalamnya untuk hamba-hamba-Nya yang beramal soleh dan bertakwa. Keindahan di syurga belum pernah dilihat mata, didengar telinga mahupun terlintas di hati. Segala-galanya yang terdetik di hati, semua akan diperoleh.

Beberapa pandangan mengatakan, sesungguhnya penghuni syurga itu sentiasa sibuk dalam kenikmatan dan kesenangan bersama pasangan mereka. Digambarkan juga di dalam syurga itu terdapat sungai-sungai yang mengalir dengan istana yang indah.

Walau bagaimana hebat sekalipun fikiran manusia, seseorang itu tidak mampu untuk menggambarkan segala kenikmatan dan keindahan syurga yang dijanjikan Allah SWT untuk hamba yang mentaati perintah-Nya.

Kesimpulannya, sifat yang baik dan amalan yang mulia yang dilakukan oleh seseorang Islam itu yang diterima oleh Allah SWT akan membawa ke syurga. Jadikan keimanan dan ketakwaan dalam setiap amalan kepada Allah SWT untuk menuju ke syurga-Nya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131017/ba_04/Ibadah-korban-tanda-syukur-dan-takwa#ixzz2i22jP3XH 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


SELALUNYA JERUNG DI LEPASKAN... IKAN BILIS DI KERJAKAN...

Kenakan tindakan - SPRM





KUALA LUMPUR 17 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi mengenakan tindakan terhadap penjawat awam yang membelakangkan kepentingan awam sehingga merugikan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu dilihat perlu kerana skop Seksyen 23 Akta SPRM yang diguna pakai sekarang agak kecil.

"Seksyen ini hanya mengkhususkan kepada proses pembuatan keputusan kepada mana-mana pihak yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan individu tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Khas Sempena Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM ke-46, di sini hari ini.

Menurutnya, undang-undang baharu itu dilihat perlu memandangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara terdapat beberapa keputusan yang diambil oleh pegawai kerajaan mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.

Dengan adanya undang-undang baharu itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada rakyat, katanya.

Beliau berkata, SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara serta pihak yang berkaitan mengenai cadangan itu.

Sementara itu, Abu Kasim berkata, SPRM telah mengemukakan cadangan pindaan undang-undang kepada Peguam Negara untuk mengenakan tindakan ke atas anggota lembaga pengarah syarikat yang membenarkan perlakuan rasuah dalam syarikatnya.

"Kita cadangkan perkara ini jadi satu kesalahan kerana kita nak mengubah budaya dalam masyarakat kita bahawa selain daripada yang menerima dan yang memberi, pihak yang membenarkan pemberian itu juga bertanggungjawab atas kesalahan tersebut," katanya.

Sambutan ulang tahun dengan tema 'Transformasi Menjana Kenggulan' itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Shukri Abdul.
Pada majlis itu, Abu Kassim turut berucap dan berhubung melalui telesidang dengan warga SPRM di seluruh negara. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_07/Kenakan-tindakan-SPRM#ixzz2i1wbd8s7 
© Utusan Melayu (M) Bhd

  KOMEN : SETUJU SANGAT, SEPATUTNYA LAMA DAH UNDANG-UNDANG INI DI GUNAKAN PAKAI... DAH BERAPA BANYAK KERAJAAN RUGI (BACA RAKYAT) CONTOH PALING SENANG... PERJANJIAN AIR DENGAN SINGAPORE...????? 

Friday, 11 October 2013

KATA MEREKA PENJENAYAH ADA HAK ASASI UNTUK LAKUKAN JENAYAH... BENGONGNYA...


Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013




KUALA LUMPUR 10 Okt. - Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan oleh seramai 31 Ahli Dewan Negara selama dua hari bermula semalam, walaupun dibantah anggota dewan propembangkang yang menggunakan alasan hak asasi manusia.

Namun, tindakan itu dibidas 'pasukan' prokerajaan yang mengingatkan mereka supaya tidak lupa kepada hak asasi mangsa-mangsa jenayah serta majoriti rakyat yang mahukan negara ini kekal aman daripada kegiatan jenayah terutama melibatkan kongsi gelap dan gangster.

Malah penegasan turut dibuat bahawa rang undang-undang bagi meminda dan 'memperkasa' Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 itu merupakan satu keperluan dalam memastikan pengukuhan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran pemansuhan beberapa akta lain.

Antara lain, Senator Datuk Yahaya Mat Ghani memberitahu, rang undang-undang itu dengan jelas menyediakan mekanisme membanteras jenayah dan memerlukan sokongan kuat segenap lapisan masyarakat.

"Tentangan pihak tertentu untuk menggagalkan niat baik ini harus ditentang habis-habisan. Jangan terpengaruh dengan ideologi-ideologi tertentu untuk kebebasan yang akhirnya membawa kehancuran kepada negara," katanya ketika membahaskan rang undang-undang tersebut dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Mengulas perkara sama, Senator Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam mengajak semua pihak supaya menyokong pindaan dalam akta tersebut dan bersama bertanggungjawab terhadap isu keselamatan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan berkata, rang undang-undang itu bukannya mutlak mempunyai elemen tahanan tanpa bicara sebaliknya diseimbangkan melalui pembentukan sebuah lembaga.

Beliau turut meminta semua pihak agar tidak menyamakan pindaan PCA itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang telah pun dimansuhkan.

Malah beliau memberi jaminan bahawa pindaan akta ini menjurus kepada menangani permasalahan jenayah dan bukannya digunakan terhadap 'musuh' politik atau bermotifkan politik.

"Penggubalan pindaan ini jauh lebih baik dan berperikemanusiaan berbanding akta asal (PCA). Tak perlulah hendak dibandingkan dengan ISA atau EO. Undang-undang ini (pindaan PCA) adalah selaras dengan hak asasi dan Islam," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131011/pa_02/Dewan-Negara-lulus-Rang-Undang-Undang-Pencegahan-Jenayah-2013#ixzz2hNhWvkmj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : CERITA PASAL HAK ASASI BUKAN MAIN LAGI... KAT NEGARA BARAT HAK ASASI NAK PAKAI TUDUNG BAGI WANITA ISLAM PUN DIHARAMKAN... TAPI KAHWIN SEJENIS MEREKA SOKONG... TEMBAK AJE KALAU MEREKA BERSENJATA.....

KERAJAAN ROYALTI DAN TEBANG BALAK

Tuntutan royalti satu pembohongan oleh Pas - Ibrahim





KOTA BHARU 10 Okt. - Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pembentangan Bajet 2014 oleh kerajaan Pas Kelantan semalam yang mengalami defisit sebanyak RM10.39 juta.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan terus memasukkan hasil tuntutan royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri tahun depan, merupakan satu pembohongan kepada rakyat negeri itu.

Ibrahim secara sinis turut berpendapat, tema bajet itu wajar ditukar kepada 'kesejahteraan pemimpin Pas dan penderitaan rakyat Kelantan' mengambil kira kegagalan kerajaan Pas membangunkan ekonomi negeri, meskipun telah diberi mandat untuk tempoh 23 tahun.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, Kelantan yang kaya dengan hasil, tanah luas dan rakyat yang rajin, berkemampuan menjadi sebuah negeri hebat sekiranya dipimpin dengan baik oleh parti dan pemimpin yang hebat.

"Malangnya, rakyat Kelantan mudah diperbodohkan oleh imej kepemimpinan Pas, tetapi apa hasilnya? Peruntukan pembangunan begitu kecil macam mana rakyat Kelantan nak maju?

"Yang anehnya, balak ditebang dan syarikat kaut untung berjuta-juta tetapi hasil premium kepada kerajaan negeri tak seberapa. Kalau saya jadi pemimpin negeri dengan hasil macam ini malu nak keluar rumah kerana retorik berdegar-degar macam guruh tetapi hasilnya macam mana?," soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Antara lain, kerajaan negeri sekali lagi memasukkan hasil royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran perolehan kerajaan pada 2014, biarpun isu tuntutan tersebut masih dalam proses perundangan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, berdasarkan pembentangan bajet itu, jelas kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal mendapat sumber pendapatan baharu disebabkan ketiadaan pembangunan di daerah-daerah apabila terus bergantung kepada sumber lama seperti cukai tanah dan pintu.

"Kelantan jika tidak dibantu Kerajaan Pusat akan jadi padang tekukur, kilang-kilang tidak ada, usaha tarik pelabur tak ada, insentif (pelaburan) tak ada, harap daripada Pusat sahaja," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131011/po_01/Tuntutan-royalti-satu pembohongan-oleh-Pas---Ibrahim#ixzz2hNeHdrmp
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Dr. M pertahan kenyataan Ahmad Zahid

DR. Mahathir Mohamad (dua, kiri) ketika melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Datuk Seri Che Khalid Mohd Noh (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.

''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.

''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat yang dibuat secara tertutup Sabtu lalu.

Walaupun majlis taklimat itu dibuat secara tertutup, portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Mengulas tentang Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Dr. Mahathir percaya agenda tersebut perlu bagi memantapkan perbezaan antara kaum.

Beliau berkata, usaha kerajaan itu bukan mahu memihak kepada bumiputera, sebaliknya memberi 'bahagian mereka'.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Utusan (M) Malaysia di sini, menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat.

"Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP. Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis?

"Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131011/dn_03/Dr-M-pertahan kenyataan-Ahmad-Zahid#ixzz2hNaViGzF 
© Utusan Melayu (M) Bhd

 KOMEN : PENJENAYAH NI KALAU BERSENJATA MEREKALAH RAJA...TAPI KALAU SETAKAT 2 TANGAN MEREKA TAK ADA BERANINYA NAK BUAT HAL... JANGAN IKUT PANDAI SI HADI.. POLIS HANYA PERLU BERSILAT BILA BERHADAPAN DENGAN PENJENAYAH.... DIA INGAT DIA MATRIXXX.... KHAYAL GANJA KE APA SI HADI NI...?????

Wednesday, 9 October 2013

Kepimpinan adalah suatu amanah



DARI JENDELA TOK KI



UMNO dan Pas bakal menghadapi pilihan pucuk pimpinan tidak lama lagi. UMNO sebagai sebuah parti kaum Melayu terbesar perlu melakukan transformasi kerana pendekatan utama dalam dasar-dasar negara seperti pendidikan dan ekonomi sedang mengalami proses transformasi. Transformasi hanya boleh berlaku sekiranya transformasi dalam kepimpinan terjadi.

Pas harus jelas dengan tahalluf siyasinya. Pas ingin perjuangkan Islam tetapi DAP menolaknya. Pas ingin mengembalikan perjuangan akidah yang tulen, malangnya Anwar Ibrahim sedang mendukung fahaman pluralisme agama dan menyebabkan Abdul Hadi Awang terjebak dengan isu kalimah Allah kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sendiri.

Kepimpinan adalah suatu taklif atau amanah. Maqasid syariyyah melandaskan lima perkara untuk dijadikan sumber amanah dan yang terpenting sekali adalah memelihara agama (Deen).

Perjuangan UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Agama dalam fahaman setulennya adalah suatu sistem kepercayaan dan cara hidup. Konsep orang Melayu di Malaysia amat penting diperkukuhkan oleh UMNO kerana konsep bangsa dalam al-Quran (Alhujurat: 13) meletakkan maksud bangsa dalam konteks litaarafu atau kekenalan. Bangsa adalah fitrah kejadian.

Konsep umat amat penting dijana seperti terungkap dalam Surah al Imran (110) iaitu maksud umat terbaik dimana dukungan terhadap yang makruf terjadi, pencegahan terhadap kemungkaran berlaku dan beriman kepada Allah SWT menjadi tunjangan.

UMNO yang menjadi teras kerajaan banyak memberi sumbangan kepada negara mengenai transformasi terhadap sistem. Perubahan ke arah Islam dalam ilmu dan pendidikan, ekonomi dan institusi kewangan, undang-undang syariah dan keluarga, menyantuni golongan miskin, membiaya pelajar-pelajar terpilih dengan bantuan kewangan dalam dan luar negara adalah sesuatu yang makruf.

Ia adalah suatu taklif untuk disempurnakan dengan lebih kukuh lagi kerana perjuangan memartabatkan umat adalah suatu proses dan ia belum selesai.

Pas juga memilih untuk memartabatkan Islam, malangnya berkembang dalam bahasa retorik dan melabel yang melampau. Apa yang terjadi di Mesir harus menjadi bahan renungan pendukung Pas bahawa menjatuhkan sesebuah rejim boleh berlaku tetapi mengurus sebuah kemenangan tidaklah mudah.

UMNO jangan berkecil hati bila Pas melabel UMNO menolak Islam. Itu hanya kenyataan politik bayangan jiwa kerdil yang tidak mahu menerima kebenaran. Kelulusan kerajaan baru-baru ini untuk menubuhkan sebuah Kolej Universiti al-Quran adalah suatu testimoni komitmen kerajaan terhadap pendidikan Islam.

Kefahaman mengenai kepimpinan Islam UMNO tidak hanya terlihat kepada penglibatan para ustaz semata-mata tetapi yang amat penting adalah fikrah kepimpinan UMNO dalam latar kepimpinan politik, professional, teknokrat dan usahawan yang melihat faktor Islam perlu diperkukuhkan dalam gerak kerja politik dan negara.

Amanah ini amat penting didukung kerana mendepani pengaruh Barat dan Timur di alaf 21 memerlukan ilmu, upaya berfikir, strategi bijaksana dan peribadi teladan supaya kemakrufan berkembang dan kemungkaran dapat diatasi.

Sekiranya ini dapat diperkukuhkan dalam kepimpinan UMNO, UMNO akan tetap relevan dan mampu menyumbang kepada umat Melayu yang menjadi teras kepada kepimpinan Malaysia.

Kepimpinan UMNO tidak harus gusar dengan cabaran Pas kerana pendekatan UMNO yang transformatif dengan melakukan tajdid kepimpinan dan pembangunan negara akan menyebabkan dukungan rakyat semakin bertambah.

Ahli UMNO harus membuat pilihan yang bijak dan berani supaya transformasi kepimpinan yang bakal terjadi dan transformasi negara yang bakal berlaku adalah suatu taklif atau amanah yang wajib disempurnakan.

Politik wang untuk membeli pengaruh adalah barah yang boleh melumpuhkan UMNO. Fikirkan nasib generasi hari depan dan kelangsungan orang Melayu untuk menjadi umat contoh dan mampu menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang dihormati dunia.

Justeru, pilihan yang ada bagi UMNO adalah kepimpinan yang berkualiti dengan peluang memilih yang semakin meluas, membolehkan demokrasi berjalan untuk menyaring yang terbaik dan mampu memartabatkan kedudukan umat Melayu dan Islam itu sendiri sebagai asas ketamadunan hari depan Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131008/re_02/Kepimpinan-adalah-suatu-amanah#ixzz2hBp1BWzD 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Bertindak sekarang sebelum terlambat

Oleh SHAHBUDIN EMBUN
PENULIS ialah Ahli Majlis Perundingan Melayu Malaysia.


RAKYAT PERLUKAN PERLINDUNGAN... TAPI POLI...TIKUS-TIKUS DI PARLIMEN DAN NGOkkkk-NGOkkkk PEMBANGKANG AJE YANG KALUT.... KENAPA?


BEGITU panas isu ini dibincangkan dan akhirnya Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan juga. Kita tidak perlu lagi melihat bagaimana perbahasan ini dijalankan dalam suasana yang cukup tegang. Apa yang pasti, kita perlu memberi perhatian bagaimana akta ini boleh memberi kelebihan dalam usaha kita membanteras pelbagai kes jenayah berat dan juga jenayah yang terancang.

Sebelum kita berbicara dengan lebih panjang, kita lihat dahulu beberapa fakta yang cukup membimbangkan. Daripada beberapa artikel yang saya baca terdapat laporan yang menyatakan terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Angka itu diperoleh berdasarkan jumlah suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor tidak berapa lama dahulu.

Dan tentunya ramai di antara kita yang masih ingat, beberapa bulan lalu, bagaimana hampir setiap hari ada sahaja berlaku kejadian tembak dan bunuh yang menyebabkan beberapa kematian berprofil tinggi.

Antara perkara yang paling banyak dibahaskan adalah tentang isu penahanan tanpa bicara. Secara umum, tindakan seperti ini boleh diibaratkan seperti undang-undang yang tidak berperikemanusiaan, namun ia terpaksa dilakukan apabila kita memikirkan soal kepentingan dan keselamatan rakyat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah membuat kenyataan dan memberikan pelbagai penjelasan akan isu ini. Menurut beliau:

"Ia (pindaan) bertujuan pencegahan dan tidak ada penahanan tanpa bicara kerana jika keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah (yang akan ditubuhkan) tidak memuaskan hati peguam penjenayah yang ditahan, ia boleh terus dibawa ke mahkamah tinggi, bukan atas nama rayuan 'habeas corpus'.

"Tetapi semakan semula dilakukan, ertinya kuasa terakhir adalah Mahkamah Tinggi dan bukan Lembaga Pencegahan Jenayah... ini harus difahami.''

Akta Pencegahan Jenayah memastikan arahan tahanan tidak boleh dikeluarkan oleh cabang eksekutif dalam kerajaan. Ini bermakna arahan penahanan tidak lagi diputuskan oleh menteri atau bahagian eksekutif dalam kerajaan. Arahan ini juga akan diteliti oleh Dewan Rakyat setiap tahun dan ia akan disemak semula setiap lima tahun. Faktor-faktor yang disebut ini merupakan antara sebab mengapa PCA perlu disokong kerana matlamat utamanya adalah untuk membanteras jenayah.

Dunia hari ini semakin pantas dengan kemajuan teknologi yang begitu canggih. Dan sudah pastinya juga , usaha meluluskan PCA diambil kira untuk mengukuh dan memperkasakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang boleh dianggap lapuk dan mungkin tidak relevan lagi apabila kita melihat arus teknologi yang semakin cepat perkembangannya.

Dan sudah pastinya juga pindaan ini memberi peluang kepada pihak polis mengambil tindakan dengan lebih berkesan terhadap penjenayah dan sekali gus membendung aktiviti jenayah daripada terus meningkat. Hanya beberapa bulan lalu, pihak polis seolah-olah dipersalahkan apabila kadar jenayah semakin meningkat. Itulah sebabnya PCA diperlukan untuk membolehkan pihak polis menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Kita sememangnya tidak boleh menafikan yang kadar peratusan jenayah berat dan jenayah terancang daripada keseluruhan peratusan indeks jenayah telah meningkat, dan rakyat semakin bimbang dengan tahap keselamatan mereka.

Kita perlukan Malaysia untuk terus menjadi sebuah negara yang aman. Negara yang mana rakyatnya tidak berasa takut kerana mereka tahu undang-undang ada menyebelahi mereka. Bayangkan jika jenayah berat dan jenayah yang dirancang terus bermaharajalela, imej negara juga akan tercemar.

Pastinya ia akan menjadi tajuk perbualan bukan sahaja di warung-warung kopi tetapi juga di peringkat antarabangsa. Dan apabila ini berlaku, maka nama baik negara dan reputasi Malaysia sebagai negara yang aman dan selamat, pastinya akan terjejas dan kemungkinan besar kita tidak dapat lagi menarik minat pelabur-pelabur asing untuk mencuba nasib mereka di sini.

Bukan itu sahaja, kadar jenayah berat yang tinggi juga akan menyebabkan para pelancong berasa tidak selamat dan kemungkinan besar akan memilih destinasi lain. Tahun 2014 adalah tahun Melawat Malaysia dan pastinya pembangunan ekonomi akan terjejas jika jenayah berat ini tidak dibendung.

Penulis juga amat tertarik dengan kenyataan Ahmad Zahid yang melihat kepentingan akta ini dari sudut politik. Menurut beliau, terdapat kemungkinan kumpulan jenayah terancang mempengaruhi ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kanan kerajaan supaya melindungi kegiatan mereka.

Jika ini berlaku maka, akan menyebabkan institusi kerajaan hilang kewibawaannya dan tentunya perkara seperti ini mesti dielakkan daripada terjadi.

Suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa PCA seolah-olah hanya topeng kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga tidak benar. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ISA berbeza kerana ISA memberi kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," begitulah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri. Najib juga memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku penganiayaan terhadap sesiapa.

Menurut beliau lagi, seseorang itu tidak ditangkap hanya kerana mempunyai pendirian dan ideologi politik yang berbeza daripada kerajaan.

Apa yang jelas, akta ini hanya terpakai sepenuhnya terhadap penjenayah dan sememangnya tidak akan disalahgunakan atau dimanipulasi untuk menahan atau memenjarakan pihak yang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Ini adalah satu jaminan dan penulis yakin akan perkara ini.

Sebenarnya isu ini telah banyak kali diperjelaskan dan apa yang pasti akta ini semata-mata diperkasakan untuk memerangi jenayah terancang kerana pada hari ini, penjenayah sudah semakin terbuka dan berani dengan tindakan mereka.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa akta ini amat diperlukan bagi membantu dan memastikan pihak berkuasa diberi ruang yang secukupnya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini kepentingan negara perlulah diberikan keutamaan dari sebarang agenda politik.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya memandang serius untuk membendung dan menangani isu jenayah khasnya yang berkaitan dengan jenayah berat dan jenayah yang dirancang.

Oleh itu, tidak ada salahnya PCA diluluskan, kerana sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan politik, tentunya kita tidak mahu, satu hari nanti melihat nama Malaysia berada di tangga teratas negara yang mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi di rantau ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131008/re_01/Bertindak-sekarang-sebelum-terlambat#ixzz2hBQojnT2
© Utusan Melayu (M) Bhd 


 

PCA tidak aniaya sesiapa

PENJENAYAH AJE YANG TAKUT PADA PCA

AWAL pagi Khamis lalu, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasaan) 2013 diluluskan oleh Dewan Rakyat. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), undang-undang baharu tersebut dilihat akan memberi lebih ‘tenaga’ kepada mereka dalam menangani jenayah khususnya jenayah terancang.

Namun sebelum itu terdapat bantahan daripada pelbagai pihak yang mendakwa kononnya akan berlaku penganiayaan terhadap mana-mana individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Bagi peguam jenayah kanan, RANJIT SINGH DHILLON, beliau menganggap mereka yang membantah itu sebagai golongan yang tidak ‘faham’ undang-undang.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar, SAZALI CHE DIN di Pulau Pinang, Ranjit yang juga Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri menerangkan serba sedikit mengenai PCA bagi membolehkan masyarakat umum memahaminya.





UTUSAN: Kenapa terdapat tentangan yang begitu kuat terhadap pindaan PCA ini?

RANJIT: Keadaan demikian berlaku berikutan salah faham di antara pihak-pihak tertentu seperti ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Peguam yang menyamakan pindaan baharu itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan khasnya dari segi skop serta penguatkuasaan.

Apakah salah faham yang dimaksudkan itu?

ISA merangkumi skop kesalahan yang lebih meluas terhadap badan atau individu yang melakukan kesalahan memudaratkan ketenteraman awam, misalnya membangkitkan ketegangan antara kaum, mengkritik secara tidak berasas sehingga menaikkan perasaan marah di kalangan masyarakat. Keadaan sebegini boleh disifatkan sebagai berbau politik jika diberi penterjemahan yang liberal.

PCA sebaliknya mempunyai tujuan spesifik serta mensasarkan kumpulan tertentu iaitu memerangi sindiket jenayah terancang, berbahaya dan mengancam ketenteraman awam serta negara. Kumpulan sebegini mempunyai reputasi sehingga tidak menggalakkan orang awam menjadi saksi kerana takut diri individu terbabit akan terancam.

Mengapa ada pihak mendakwa PCA melanggar hak asasi dan menggalakkan penahanan suspek tanpa perbicaraan?

Ini juga merupakan salah tafsir malahan kedaifan pihak-pihak tertentu khususnya ahli politik yang mempunyai agenda tersendiri. PCA memperuntukkan penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah yang terdiri daripada tiga orang panel yang mengadili kes. Pengerusi lembaga itu juga wajib dijawat oleh bekas atau orang berkelayakan setaraf dengan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi.

Penahanan untuk tempoh dua tahun haruslah diluluskan terlebih dahulu oleh lembaga ini. Pada peringkat ini, adalah dihujahkan bahawa representasi kesahihan tahanan sedemikian dapat dipertikaikan sama ada oleh tahanan sendiri atau melalui khidmat peguam berserta pemanggilan saksi-saksi tahanan jika diperlukan. Peringkat ini boleh didefinisikan sebagai peringkat cabaran substantif atau peringkat perbicaraan intipati kebolehpercayaan tuduhan-tuduhan terhadap tahanan.

Di bawah PCA, adakah penahanan dua tahun ini secara automatik?

Tidak automatik. Seperti dinyatakan di atas, tapisan dibuat daripada kes ke kes oleh lembaga selepas melalui proses pengadilan seperti perbicaraan di mahkamah dengan laporan siasatan yang lengkap. Tambahan pula, prasyarat penahanan dua tahun ini adalah tahanan telah melanggar perintah pengawasan yang telah dikenakan terdahulu ataupun tahanan penjenayah berdaftar telah pun melakukan dua atau lebih jenayah berat berserta laporan siasatan yang mempunyai keterangan kukuh untuk menyokong intipati kesalahan.

Adakah penahanan suspek berakhir di situ? Tidakkah suspek boleh mencabar perintah penahanan dua tahun di mahkamah?

Tahanan boleh mencabar di Mahkamah Tinggi melalui permohonan habeas corpus iaitu penahanannya melanggar hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Peringkat ini adalah cabaran terhadap ketidakpatuhan tatacara atau prosedur proses tahanan yang tidak mengikut lunas undang-undang. Peringkat ini melibatkan penyeliaan ketat oleh pihak mahkamah untuk mentafsirkan hak asasi tahanan.

Permohonan membebaskan tahanan boleh berjaya hanya di atas kesilapan-kesilapan teknikal perintah misalnya tiada nama atau cop pegawai penahanan, kesilapan menaip dalam afidavit pihak tahanan, tiada dokumen sokongan dalam afidavit, kegagalan pegawai yang sepatutnya mengikrar afidavit malahan merangkumi kesilapan ejaan nama atau tarikh tertentu.

Ini menunjukkan begitu ketatnya badan kehakiman menjaga dan memelihara hak-hak asasi tahanan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, jika pada peringkat itu iaitu di Mahkamah Tinggi, tahanan gagal mencabar penahanannya, dia masih lagi berhak membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada lima orang panel.

Jelaslah, hak representasi serta cabaran tahanan terus terpelihara dalam sistem pengadilan proses perbicaraan negara kita. Harus diingatkan bahawa PCA tidak memberi hak representasi tersebut, jadi tahanan mestilah mangambil langkah-langkah proaktif dan rasmi bahawa dia memerlukan khidmat peguam dan bercadang memanggil saksi-saksi semasa proses penyiasatan.

Untuk menjamin tidak berlaku berat sebelah serta bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan maka permintaan tahanan seharusnya dibenarkan kecuali permintaan demikian bertujuan tidak munasabah.

Apakah perbezaan antara PCA dengan Ordinan Darurat (EO)?

Di bawah EO, Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan Perintah Tahanan dua tahun iaitu fungsi pengadilan diambil alih oleh Menteri. Berbeza dengan PCA, Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan Perintah Tahanan menurut sistem siasatan yang lebih berteras perbicaraan substantif intipati-intipati kesalahan berdaftar. Menteri tiada peranan langsung dalam pengeluaran Perintah Tahanan dua tahun, justeru PCA bukanlah pengeluaran perintah tahanan eksekutif Menteri tanpa perbicaraan seperti dalam EO dan ISA.

Selain PCA, adakah terdapat rang undang-undang lain yang memperuntukkan tahanan di bawah kegiatan-kegiatan jenayah lain?

Memang terdapat Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang digubal untuk membendung aktiviti-aktiviti pengedaran dadah berbahaya secara bersindiket. Rang undang-undang ini masih kekal sehingga ke hari ini dan memberi kuasa tahanan selama dua tahun daripada Menteri Dalam Negeri. Kuasa tahanan ini adalah mutlak di bawah tangan Menteri Dalam Negeri, dalam erti kata lain beliau mempunyai kata putus sama ada suspek harus ditahan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak kerana aktiviti-aktiviti yang melibatkan dadah berbahaya.

Kenapa pula rang undang-undang berbahaya ini tidak pernah dikritik atau didesak pemansuhannya oleh badan-badan tertentu khususnya Majlis Peguam dan NGO berkaitan hak asasi?

Jawapannya senang, iaitu ADB memang begitu berkesan membendung aktiviti sindiket dadah berbahaya di negara ini. Keberkesanan rang undang-undang ini memang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pengkritik hak asasi manusia selama ini. Tambahan pula, mustahil kesemua 'taukeh' sindiket ditangkap semasa ‘berurusan' untuk dikenakan pertuduhan di mahkamah. Mereka yang menjadi nadi penggerak sindiket sedemikian lebih merupakan perancang dan selalunya keldai-keldai dadah yang dihadapkan di mahkamah.

Tidakkah ini merupakan tindakan hipokrit, iaitu berdiam diri tentang ADB tetapi membuat ‘bising' terhadap undang-undang pencegahan jenayah bersindiket seperti PCA?

Itulah yang saya tidak faham tindakan golongan sebegini. Mereka mengiktiraf ancaman dadah berbahaya tetapi memandang sebelah mata ancaman sindiket jenayah yang melibatkan senjata api serta kekerasan. Dalam melindungi kargo dadah mereka, sindiket-sindiket ini melengkapkan ahli-ahlinya dengan senjata api untuk menjaga dadah bernilai jutaan ringgit bahkan sanggup bertelingkah dengan kumpulan-kumpulan lain sehingga sanggup berbunuhan demi mempertahankan 'perniagaan' masing-masing.

Dadah dan senjata api, sebenarnya saling bertindih dan saling berganding bahu, jadi PCA diperlukan. Pejuang hak asasi ini memilih menutup mata kepada satu kegiatan tapi nampak berjuang habis-habisan terhadap satu lagi kegiatan yang berhaluan sama. Mungkinkah agenda politik peribadi atau agenda berkumpulan tertentu menjadi faktor penentangan terhadap apa sahaja yang dicadangkan oleh kerajaan? Harus diingat bahawa kritikan jika mahu dibuat haruslah bersifat membina, bukannya 'tin kosong' tanpa sebarang cadangan bagi memperbaiki keadaan.

Akhir sekali, apa rumusan anda terhadap pindaan PCA?

PCA diperlukan. Penjenayah sekarang amat terancang termasuk mahir menggunakan teknologi maklumat (IT). Semakan dari semasa ke semasa mungkin diperlukan untuk mengemas kini PCA. Percayalah kerajaan menggubal PCA untuk keamanan dan kesejahteraan negara, bukan mengguna mengikut kehendak hati sendiri tetapi untuk rakyat. Akhir kata, dengan ‘taring’ PCA ini, keadaan di jalanan akan lebih selamat untuk kita.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131007/re_01/PCA-tidak-aniaya-sesiapa#ixzz2hBI4AiTp 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tanah Haram pada tanahnya, bukan orangnya...







Oleh Zaini Hassan




DALAM jutaan jemaah haji ke Tanah Haram Mekah ini bukan semuanya ikhlas yang datang untuk beribadah. Seorang Arab di sini berkata kepada saya: "Tanahnya ialah Haram, orangnya tidak haram. Di sini semua boleh jadi."

Namun bagi kita orang Asia Tenggara - saya sebut Asia Tenggara - insya-Allah kita masih terdiri daripada golongan jemaah yang paling lemah-lembut, pemurah, pembeli-belah tegar dan ikhlas dalam tujuan datang ke sini untuk beribadat.

Bagi hamba Allah yang lain pula, saya melihat mereka beribadat mengikut cara masing-masing. Ada yang terlalu ekstrem, kasar dan tidak pedulikan orang lain. Ia boleh dilihat semasa bertawaf.

Apa yang saya ingin tekankan di sini minggu ini ialah tentang kejadian kecurian. Rupa-rupanya banyak juga yang panjang tangan di sini. Pencuri ini tidak kisah sama ada ia dilakukan di Tanah Haram, Tanah Suci atau Tanah Halal. Itu adalah pekerjaan mereka sebagai pencuri.

Mereka datang ada sebab, iaitu mencuri dan taktik mereka cukup licik. Seorang pegawai Tabung Haji berkata kepada saya "mereka ini adalah sindiket".

Jika saya katakan mereka ini tidak kisah ia berlaku di Tanah Haram Mekah, mereka juga tidak kisah jika perbuatan itu dilakukan di dalam masjid paling suci di dunia orang Islam iaitu di Masjidil Haram.

Akhbar Saudi Gazette Jumaat lalu melaporkan para pegawai keselamatan Masjidil Haram menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri dompet duit seorang wanita semasa waktu solat. Pegawai juga menemui pada badannya wang tunai 26,000 riyal (kira-kira RM22,000) dan sejumlah telefon bimbit. Pencuri itu mengaku mencuri daripada pelbagai jemaah haji yang sedang sibuk beribadah.

Sebagaimana saya nyatakan, itu adalah pekerjaan mereka. Mereka datang bermusim dan tindak-tanduk mereka cukup hebat. Rata-rata jemaah Malaysia yang saya temui mempunyai pengalaman tersendiri, kena curi.

"Kalau saya jumpa lagi perempuan hitam itu mahu saya tempeleng dia. Wajah dia masih terbayang-bayang," kata seorang jemaah kepada saya semalam.

Dia hilang wang tunai 500 riyal apabila perempuan itu dalam beberapa orang menghimpitnya dan menyeluk ke poket jubahnya. Yang hairan, perempuan itu tahu pula di dalam poketnya ada wang tunai.

Seorang lagi jemaah lelaki kita baru menukar wangnya di premis tukaran mata wang. Semasa berjalan, taktik yang sama dilakukan oleh sekumpulan wanita dan poketnya ditetas. Wang tunainya sebanyak 3,000 riyal lesap.

Kejadian yang sama berlaku kepada isteri saya malam semalam, selepas solat Isyak di Dataran Masjidil Haram. Telefonnya diambil orang daripada 'beg terkenal' jemaah haji muasasah Malaysia musim ini - beg sandang berwarna kuning - tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selepas solat selesai, beribu-ribu jemaah berebut-rebut beredar dan ketika isteri saya menuju ke arah saya, saya sedar seorang wanita Afrika berjubah hitam masih mengikutinya dan hanya beredar setelah kami bersama.

Ketika itu terlintas di hati saya sesuatu dan saya berkata kepada isteri saya secara spontan "jaga baik-baik beg galas itu" bimbang nanti ada yang seluk.

Kebimbangan saya terjawab apabila dia mencari telefonnya, telefon itu sudah lesap. Isteri saya tidak sedar langsung yang begnya diusik.

Mungkin kerana naluri seorang suami, saya ada memberitahunya semasa kami hendak keluar dari hotel ke masjid semasa Asar, supaya jangan bawa beg kuning itu. Tetapi alasannya, "macam-macam ada di dalam beg itu."

Semasa saya singgah makan di sebuah kedai makan Malaysia selepas kejadian itu dan kebetulan berjanji dengan rakan sepasang suami isteri yang baru tiba, saya bertanya kepada mereka "apa ada di dalam beg itu?"
Rakan saya itu berkata, "Semua ada. Dompet, dokumen, telefon semua ada."

Bagi saya itulah yang juga ada dalam fikiran pencuri-pencuri itu. Mereka tahu dalam "beg kuning" jemaah haji Malaysia itu "semua ada" dan itulah sasaran mereka.

Seloroh seorang jemaah, beg itu beg BSN. "Nama beg pun bank, mestilah banyak duit..."

Semasa berjalan ke masjid waktu Subuh semalam, saya membuat sedikit ujian. Saya melihat orang Malaysia begitu bersahaja membawa beg kuningnya silang ke belakang. Saya menarik beg salah seorang jemaah. Dia terkejut. Saya mohon maaf dan menerangkan tujuan saya. Saya tanya apa ada dalam beg itu. Dia juga kata "macam-macam ada".

Pada subuh itu juga semasa keluar dari lif hotel, seorang lelaki mengadu beg kuningnya sudah lesap di masjid. Semalam dia membuat laporan kepada pihak Tabung Haji.

Mulai sekarang pihak Tabung Haji harus memberitahu jemaah supaya berhati-hati kerana "beg kuning" itu sudah menjadi "sasaran" pencuri.

Seorang sahabat saya yang juga warganegara Arab Saudi ketika kami berkunjung makan malam di rumahnya beberapa malam lalu, serius berkata:

"Kejadian mencuri menjadi-jadi semasa musim haji. Ia lebih teruk sekarang apabila kerajaan Arab Saudi sudah melonggarkan peraturan potong tangan kepada pesalah mencuri."

Pihak Tabung Haji juga menerima banyak laporan kehilangan wang tunai oleh jemaah haji kita.

Notis peringatan dilekatkan di dalam lif-lif hotel masing-masing. "Banyak kejadian kehilangan wang tunai dilaporkan ketika berada di masjid. Elakkan membawa wang dalam jumlah yang besar."

Benar, Tanah Haram adalah bagi kita orang Islam di Asia Tenggara.

Kita acap kali dipesan oleh mutawif, jika jumpa barang yang tercicir, jangan ambil. Biarkan sahaja. Ini adalah Tanah Haram.

Jika hilang selipar itu bukan cerita lagi. Saya sempat perhati semasa selesai umrah baru-baru ini, ramai jemaah tercari-cari selipar mereka yang lesap "diambil orang" dalam kumpulan yang besar dari rak kasut. Selipar saya pun hilang.

Bagi warga negara lain, kelakuan mereka sukar dijangka. Ada yang tidak tahu menjaga kebersihan. Berebut-rebut. Meludah di dataran masjid, dan solat ikut suka di mana-mana sekali pun.

Pihak keselamatan masjid yang saya perhatikan amat pening dengan perangai itu, sehingga tersembur di mulut mereka "astagfirullahhh..."

Sejuta satu macam kelakuan dan perlakuan dapat dilihat di Tanah Haram ini.

Sebagai seorang wartawan yang dilatih menggunakan ketajaman pancaindera, saya dapat menzahirkannya 
melalui tulisan ini.

Orang lain hanya boleh sekadar merungut dan berkata-kata sahaja.

Memang benar, cabaran di Tanah Haram ini sungguh hebat sekali. Tempat ini amat sukar dijangka. Ia seperti kisah Seribu Satu Malam. Sesuatu boleh berlaku hanya dengan berkata-kata di hati sahaja.

Memang benar di sini ialah Tanah Haram. Di sini juga ada orang yang baik dan jahat. Yang putih dan hitam. Yang ikhlas dan munafik.

Memang benar tanahnya yang Haram, orangnya tidak.

Bukan sahaja pencuri, yang mengambil kesempatan pun ramai. Pemandu teksinya pun bukan semuanya amanah. Peniaga pun ada yang cuba mengaut untung yang besar.

Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau Maha Besar, Kaulah juga Yang Maha Mengetahui dari sekecil-kecil zarah, sehinggalah sebesar-besar perkara. Allahualam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131009/re_05/Tanah-Haram-pada-tanahnya-bukan-orangnya#ixzz2hBCjFNPk
© Utusan Melayu (M) Bhd