Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 20 August 2013

JANGAN BAGI MUKA... DEMI KESELAMTAN RAKYAT AKAN SOKONG...

5 penjenayah mati ditembak

ANGGOTA forensik memeriksa salah satu mayat penjenayah yang ditembak mati di lokasi kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong, semalam.

PULAU PINANG 19 Ogos - Lima ahli kumpulan kongsi gelap yang amat berbahaya kerana terlibat dalam 10 kes bunuh di tiga buah negeri mati selepas berbalas tembakan dengan polis yang menyerbu sebuah unit pangsapuri di Pantai Jerejak, Sungai Nibong awal pagi ini.

Kejayaan menumpaskan kumpulan penjenayah itu merupakan sebahagian daripada Ops Cantas Khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak Sabtu lalu.

Siasatan mendapati kesemua penjenayah itu berusia antara 23 hingga 27 tahun dengan empat daripadanya memiliki rekod jenayah lampau iaitu terlibat dalam kegiatan samseng dan kongsi gelap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang, Kedah dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hasil maklumat awam dan risikan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Beliau berkata, kumpulan terbabit enggan menyerah diri sebaik sahaja polis memperkenalkan diri menyebabkan pasukan itu terpaksa memecahkan pintu.

"Kumpulan itu kemudian melepaskan beberapa das tembakan sehingga berlaku insiden berbalas tembakan selama kira-kira lima minit sebelum kesemua mereka dapat ditumpaskan.

"Hasil pemeriksaan polis merampas tiga pucuk pistol jenis Norinco berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam yang digunakan penjenayah.

"Kejayaan menumpaskan kumpulan berkenaan yang bergiat aktif dalam jenayah bunuh adalah sebahagian daripada Ops Cantas Khas yang bermula Sabtu lalu di seluruh negara.

"Siasatan mendapati kumpulan ini terlibat dalam tujuh kes bunuh dan dua cubaan bunuh di negeri ini, dua kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Kata Khalid, pihaknya masih meneruskan usaha memburu saki baki anggota kumpulan itu yang masih bebas serta kumpulan-kumpulan penjenayah lain.
 

Monday, 19 August 2013

Proton Suprima S dilancar



DR. Mahathir Mohamad bersama Mohd. Khamil Jamil (dua, kanan), Luqman Ibrahim (tiga, kanan) dan Hisham Othman (kiri) bergambar dengan model terbaharu Proton pada majlis pelancaran Suprima S di dewan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Proton Suprima S, model kereta terbaharu yang dilancarkan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) dilihat sebagai kereta keluaran negara terbaik yang bertaraf dunia pada harga mampu milik.

Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, model 'hatchback' terbaharu itu yang dilengkapi pelbagai teknologi termasuk dari segi keselamatan terkini dilihat mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk memiliki Proton Suprima S.

Malah beliau memberitahu, model kereta itu yang akan dieksport dalam tempoh terdekat dilihat mampu menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya dapat melonjakkan syarikat automotif negara itu ke satu tahap baharu.

"Model terbaharu ini memenuhi cita rasa pelanggan tempatan dan global yang seterusnya akan menjadikan Proton sebagai pengeluar kereta berkualiti antarabangsa pada harga berpatutan.

"Saya juga berharap orang ramai akan terus menyokong kereta keluaran Proton dengan membeli model Suprima S ini yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini pada harga mampu milik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta terbaharu keluaran Proton, Suprima S 'hatchback' di dewan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Hisham Othman.
Harga jualan atas jalan bagi varian Suprima S Eksekutif diumumkan RM76,338 seunit manakala varian Premium pula pada harga RM79,638 seunit.

Dalam masa sama, Dr. Mahathir melahirkan melahirkan rasa bangga dengan kelengkapan canggih serta kejuruteraan Suprima S yang semakin menunjukkan peningkatan ketara.

Kata beliau, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pakar-pakar dalam kalangan anak tempatan itu menjadikan model Suprima S itu sebagai kereta terbaik keluaran Proton yang dapat memenuhi kehendak pasaran termasuk antarabangsa.

"Saya harap persepsi Proton merupakan pengeluar kereta murah dengan berkualiti rendah dapat ditamatkan kerana syarikat ini telah berjaya mengeluarkan kereta setanding dengan pengeluar kereta berjenama terkenal lain," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Khamil pula memberitahu, model Suprima S itu akan mula dieksport dalam tempoh terdekat bermula di ASEAN dan seterusnya ke negara lain seperti Australia.

Menurutnya, Proton telah memberi perhatian dalam meningkatkan semua aspek Suprima S khususnya ciri-ciri keselamatan.

"Proton Suprima S ini merupakan model yang didatangkan dengan standard keselamatan terbaik termasuk Australian New Car Assesment Program (ANCAP).

"Ini adalah masa depan kita membayangkan untuk semua produk dan perkhidmatan kami serta tanda aras kepada standard kualiti yang ingin diberikan kepada pelanggan," katanya.


Proton Suprima S 'hatchback' serba lengkap, penuhi kehendak pengguna

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model 'hatchback' terbaharunya, Proton Suprima S berenjin 1.6 liter berharga antara RM76,338 seunit hingga RM79,638 seunit.

Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.

Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.

Proton Suprima S merupakan sebuah model lima pintu yang dinamik serta memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul.

Kereta model tersebut menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Malah, Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, model itu terhasil daripada pelbagai kajian dari dalam dan luar negara bagi memastikan Suprima S dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Sekali lagi, Proton telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia kami komited untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menghasilkan pelbagai produk yang seronok di pandu lagi selamat," katanya.


MASIHKAH ADA YANG MENDENGAR..?

Pesanan Dr. Mahathir untuk UMNO






Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO yang bertanding bukan seperti UMNO yang ditubuhkan pada 1946. Sebenarnya UMNO 2013 amat berbeza daripada UMNO dahulu.

UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda.

Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, berjuang untuk diri sendiri, untuk memperkayakan diri, untuk jawatan dan gelaran, untuk kuasa yang boleh disalah guna oleh mereka; menjadi Yang Berhormat (YB) dan Yang Amat Berhormat (YAB).

Ahli berguna hanya untuk sokong supaya individu tertentu ini mengisi ketamakan mereka. Untuk ini ahli disogok dengan wang dan bermacam-macam lagi sogokan seperti lawatan ke luar negara dan mengerjakan umrah. Dengan ini seluruh ahli UMNO terlibat dengan rasuah, iaitu menjual undi mereka dengan duit.

Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah beralih daripada parti kepada individu tertentu. Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan sokongan kepadanya oleh orang ramai dan akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih diutamakan daripada parti. Biarlah parti kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. Kalau tak dapat, rosakkan sahaja parti dan masa depan bangsa dan negara. Dan siapa juga yang dicalon, ada sahaja yang tidak dicalon akan cantas. Oleh itu calon UMNO semua akan kalah termasuk yang winnable, kononnya boleh menang pun akan kalah juga.

Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. Kalau menang boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di peringkat apa pun dalam UMNO amat menguntungkan.

Justeru tentukan tiada siapa boleh cabar ketua yang sedia ada. Ini dibuat dengan tidak membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar atau lebih berkaliber masuk UMNO. Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang lebih layak daripada ketua cawangan atau bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang dapat hanyalah mereka yang tidak mampu mencabar ketua cawangan atau bahagian.

Dengan tindakan ini berkuranglah ahli yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan terpaksa menyertai parti-parti lawan yang sedia menerima mereka dan mencalonkan mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat kurang layak daripada calon parti lawan dan besar kemungkinan dikalahkan.

Sementara itu apabila ketua cawangan atau bahagian sakit atau meninggal dunia, penggantinya tentulah kurang kelayakan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan UMNO merosot sehingga sukar untuk mencalonkan sesiapa yang berkaliber, yang boleh jadi Menteri, atau Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Ahli dan pemimpin UMNO di mana-mana sering mengeluh bahawa sudah begitu lama mereka berada dalam UMNO, berpuluh-puluh tahun tetapi tidak dapat apa-apa pun, tidak dapat jadi calon, tidak jadi YB atau YAB, tidak dapat kontrak dan bermacam-macam lagi yang mereka idamkan bagi diri sendiri.

Apakah UMNO ditubuh untuk memberi sesuatu secara langsung kepada setiap seorang daripada ahlinya? Jika Perlembagaan UMNO disemak pemberian kepada setiap seorang ahli tidak dijanjikan. UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air; untuk menebus maruah orang Melayu, maruah bangsa, kesucian Islam dan kehormatan terhadap negara oleh dunia.

Dan dunia akui bahawa semua ini telah dilaksanakan oleh UMNO apabila dipilih untuk mengetuai kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lebih setengah abad dahulu. UMNO telah menunaikan lebih daripada janjinya kepada bangsa, agama dan negara.

Dalam proses pemerintahan terpaksalah diadakan jawatan-jawatan bagi sebilangan daripada ahli. Tak mungkin UMNO bergerak untuk menjayakan janji-janjinya jika ia tidak memiliki pemimpin dan pegawai yang bekerja sepenuh masa atau separuh masa.

Untuk ini diadakan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan seterusnya sehingga ke ketua bahagian dan cawangan. Tugas mereka ialah bagi menguruskan UMNO sebagai parti politik, supaya menjayakan matlamat UMNO ditubuh.

Dan di antara mereka pula ada yang menjadi calon dalam pilihan raya. Yang menang di antara calon ini mungkin dilantik menjadi ahli Exco DUN, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Semua mereka ini tentulah dibayar gaji iaitu mendapat habuan daripada penyertaan mereka dalam UMNO.

Mereka lebih bernasib baik daripada ahli-ahli biasa UMNO. Tetapi ini tidak bermakna ahli biasa tidak dapat apa-apa langsung. Kejayaan pemerintahan yang diterajui UMNO tetap memberi nikmat kepada semua ahli. Nikmat ini termasuk khidmat kerajaan yang cekap, khidmat kesihatan, pelajaran, biasiswa untuk belajar di dalam dan di luar negara, pembinaan jalan kampung, pelbagai jenis latihan, Mara, saham PNB, tabung-tabung pinjaman, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, kontrak dan berpuluh lagi nikmat yang diterima oleh setiap ahli UMNO.

Tidak ada siapa yang boleh berkata dia tidak dapat apa pun bagi diri sendiri. Sedikit sebanyak setiap ahli UMNO, setiap penyokong UMNO yang bukan ahli mendapat sesuatu. Benar yang tidak sokong UMNO pun dapat, tetapi mereka Melayu dan janji UMNO ialah untuk bangsa Melayu, tidak untuk ahli UMNO sahaja.

Katakanlah UMNO tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli UMNO, bolehkan kita rasai nikmat-nikmat ini? Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah maka nasib orang Melayu sama baik atau lebih baik. Kita lihat di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh UMNO, keadaan orang Melayu lebih daif. Sedikit nikmat yang mereka kecapi datang dari Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO.

Jika Kerajaan Pusat tidak diterajui oleh UMNO walaupun Melayu, mereka tidak gemar menolong Melayu kerana mereka terhutang budi kepada orang lain yang bukan Melayu kerana sokongan mereka dalam pilihan raya. Pengalaman orang Perak semasa diperintah oleh parti lawan boleh jadi contoh. Juga di Pulau Pinang, bahkan di Kelantan.

Jelas sekali bahawa setiap orang Melayu dan sudah tentu setiap orang UMNO mendapat sesuatu bagi diri mereka. Mereka mendapat bekalan api elektrik, bekalan air, jalan kampung dan jalan raya, rawatan apabila sakit, sekolah bagi anak, biasiswa ke universiti dalam dan luar negara, pekerjaan, peluang perniagaan, bantuan wang dan aneka jenis subsidi dan bermacam lagi nikmat. Jangan fikir ini memang begitu.

Benarkah mana-mana kerajaan pun akan mengadakan semua ini? Saya fikir tidak. Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dahulu, yang sama dijajah dan sekarang merdeka, untuk melihat keadaan. Rakyat negara-negara ini masih miskin, masih tidak bersekolah, tidak berkemudahan, bahkan terpaksa berhijrah ke negara lain, termasuk ke Malaysia untuk mencari makan kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara mereka dan membantu rakyat setelah merdeka.

Terimalah kenyataan yang sebenar dan bersyukurlah. Janganlah mengeluh kerana kononnya tak dapat apa-apa pun setelah menyokong UMNO begitu lama. Sesungguhnya mereka yang tahu bersyukur, Allah berjanji akan memberi lebih banyak nikmat. Insya-Allah, masa depan akan memperlihatkan giliran orang lain pula, mungkin giliran anak cucu kita jika pemerintahan oleh UMNO dapat diteruskan.


Friday, 16 August 2013

LEMBARAN AIDIL FITRI 2013 (2)

BERSAMA KAKAK DAN ADIK-ADIK DENGAN IBU TERSAYANG

NENEK BERSAMA CUCU-CUCU NYA

FAMILY KU BERSAMA IBU

AKU BERSAMA SEMUA AHLI KELUARGA

ISTERIKU BERSAMA AHLI KELUARGA KU
KOMEN : HARI RAYA KE 4 - DIRUMAH KAKAK KEDUA DI FELDA PEMANIS SEGAMAT JOHOR - TAK SEMUA FAMILY KAMI YANG HADIR

LEMBARAN AIDIL FITRI 2013

BERSAMA AHLI KELUARGA BAPA DAN EMAK MENTUA
KELUARGAKU BERSAMA BAPA DAN EMAK MENTUA
ANAK-ANAK BERSAMA MAMI MEREKA
ANAK-ANAK BERSAMA AYAH MEREKA

INI KELUARGA TERSAYANG KU
KOMEN : RAYA PERTAMA PADA 8. OGOS 2013 DI RUMAH MENTUA KU DI MUAR JOHOR.

Friday, 2 August 2013

Yusuf al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam






Yusuf al-Qardawi

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.

Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.

Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.

Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.


Thursday, 1 August 2013

Kenapa biar masjid jadi medan perpecahan?

Oleh NURUL ANUAR KARI



MAJORITI umat Islam tidak selesa dengan perbuatan menghina, memfitnah, maki hamun dan memupuk kebencian di rumah Allah apatah lagi di bulan Ramadan, waktu Tarawih, khutbah Jumaat mahupun ketika waktu solat harian. Sama ada menyokong, menentang ataupun neutral terhadap fahaman politik penceramah terbabit, ramai merasakan kempen politik tidak sepatutnya dibawa ke tempat ibadat yang perlu suci daripada kotoran lisan, rohani dan jasmani.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama di peringkat negeri telah berkali-kali diminta menghalang dan mengekang perbuatan yang semakin melampau ini tetapi umpama harimau tidak bertaring, alasan bidang kuasa kerap kali dijadikan alasan.

Tatkala umat Islam negara ini berterusan menghadapi cabaran dan penghinaan daripada pihak luar, terdetik pula persoalan; sampai bilakah rumah Allah akan terus dibiarkan menjadi pusat memecah belah ummah oleh orang Islam sendiri?

Bagi tokoh agama, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, situasi tersebut sukar dirungkai memandangkan pemantauan sudah dibuat tetapi masih juga berterusan.

"Ini masalah ketegasan dalam melaksanakan peraturan yang ada. Jika pemantauan acuh tak acuh, tidak tegas, maka tidak akan berjaya. Masyarakat kita ini perlu didisiplinkan, ini khususnya kalangan orang Melayu yang rendah disiplin bukannya kerana tidak mahu hidup berdisiplin tetapi akibat pemantauan dan hukuman (terhadap kesalahan) yang tidak begitu teratur," katanya.

Beliau juga sedih apabila jabatan agama selaku pihak berwajib dalam kes sebegini masih menggunakan alasan 'bidang kuasa' kerana kuasa ada di tangan mereka dan bukannya pada orang lain.

Tambahnya, anggota dan pegawai jabatan agama perlu lebih berhemah dan yakin kepada diri sendiri kerana mereka mampu bertindak tanpa perlu memberi apa-apa alasan.

"Jabatan agama yang ada kuasa untuk bertindak, orang lain tidak boleh lakukan apa-apa kecuali menasihat pihak yang melakukan perbuatan itu.

"Umpama masalah Syiah kini, bila mereka sudah kuat baru nak bising. Masa mula berkembang dahulu tiada pula tindakan konkrit, sekadar serbu sahaja (tiada tindakan susulan)," tegasnya.

Beliau berpendapat banyak cara boleh digunakan pihak berkuasa bagi mengekang agenda politik atau peribadi dibawa ke surau dan masjid sama ada dengan budi bicara mahupun melalui peruntukan bidang kuasa yang ada.

Jelasnya lagi, bukannya tidak bersetuju dengan tazkirah seperti ketika tarawih tetapi masalahnya apabila ia diseleweng dengan diselitkan agenda politik ataupun peribadi individu, mahupun agenda kumpulan tertentu.

"Tidak apa buat tazkirah, tapi kena telus tanpa kepentingan lain. Pihak berwajib perlu perancangan jangka panjang dalam melaksanakan larangan ini secara teratur.

"Jadikan surau dan masjid betul-betul bebas daripada politik mahupun sebarang kepentingan lain selain beribadat. Jangan jadi firefighter, datang apabila dipanggil untuk 'memadam kebakaran' sahaja," ujarnya.

Mahmood Zuhdi turut mengingatkan warga jabatan agama agar tidak bergantung kepada orang awam sahaja kerana jemaah hanya sebagai pengikut dan tidak boleh berbuat apa-apa jika pihak berwajib sendiri tidak tegas.

Tambahnya, orang awam juga tidak boleh dan tidak patut meletak undang-undang di tangan sendiri bertindak sesuka hati, sekadar menyampaikan maklumat dan berharap pihak yang 'berkuasa' bertindak tegas.

"Kita boleh lihat kesan negatif membawa politik ke rumah Allah. Bila bercampur ramai, mungkin ada yang tidak setuju tidak lagi ke masjid itu, sama ada sembahyang di tempat lain atau di rumah, paling buruk jika tidak sembahyang terus.

"Jabatan agama kini juga sudah ada duit, janganlah sekadar pergi bersyarah sahaja. Biar ada perancangan jelas, pergi dengan bermacam cara seperti berdialog atau mesyuarat bersama kariah surau dan masjid," katanya.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr. Yusri Mohamad juga berkongsi pandangan serupa memandangkan larangan sudah ada dan masalah itu tidak sepatutnya berterusan sehingga kini.

"Kita rasa ini sesuatu yang sangat dikesali, larangan sudah ada dan dari segi agama pun tidak boleh langgar arahan ulul amri, perlu hormati pihak berkuasa.

"Janganlah masa tazkirah nak tumpu politik pecah belah sebegini, hormati masa dan tempatnya. Jika mahu buat juga, Islam itu luas ufuk pandangannya, ambil perspektif meluas dan jangan hanya menjurus ke satu arah atau satu pihak sahaja," jelasnya.

Beliau menasihatkan mereka tidak bermain-main dengan hukum agama kerana khuatir perbuatan golongan itu akan mengundang dosa dalam usaha mencari pahala kerana ada tazkirah yang sunat, ada yang wajib dan ada juga yang haram.

Beliau berharap pihak berkuasa melihat kembali peruntukan sedia ada kerana sampai satu tahap, perlu ada tindakan untuk dijadikan contoh kepada yang lain khususnya terhadap individu sama yang berulang kali dan berterusan melakukannya.

"Dalam apa isu sekalipun kita kena lihat kuasa diperuntukkan undang-undang. Masalah ini menunjukkan masih ada ruang untuk kita perbaiki, jika yang ada tauliah itu mungkin boleh ditarik balik tauliahnya.

"Pihak berkuasa jika tidak mahu menangkap sekalipun, beri teguran keras kepada mereka ini. Lama kelamaan tentu termakan juga tetapi jika tegur pun tidak, maka apa pun tak jadi," tegasnya.


Pendirian ulama Islam tentang Syiah (BAH. 2)

Ismail Mina Ahmad




BAHAGIAN AKHIR
 
SEPANJANG sejarah Islam, bermula dari zaman Saidina Ali RA lagi, firqah atau golongan Syiah yang menolak Mushaf Uthman dan mengkafirkan Sahabat dan Ummahatul Mukminin, telah dihukum kafir. Imam Abi Muzaffar al-Isfarayni dalam Tabsir fi ‘d- Din-nya telah memberi fatwa, bahawa orang yang solat di belakang penganut Syiah yang iktikad mereka seperti ini, wajib mengulangi solatnya. Khomeini ialah antara orang yang mengkafirkan Sahabat!

Untuk makluman, semua ulama dunia Islam dari Maghribi, Turki, hingga Indonesia, menolak Syiah. Mereka termasuklah Said Hawwa, Syed Abu Hasan Ali an-Nadvi, Syed Muhammad al-Maliki, Yusuf Qaradhawi, Habib ‘Umar dan seluruh ulama Hadramawt, ulama Lucknow dan seluruh ulama benua kecil India, ulama al-Azhar dan banyak lagi.

SYIAH DI MALAYSIA

Perkembangan Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Ini adalah kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh, rangkaian antarabangsa serta mendapat sokongan dan pembelaan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tempatan.

Dari segi kewangan, mereka berjaya membina pelbagai jenis perniagaan dengan rangkaian yang banyak dan besar. Mereka mempunyai perniagaan strategik dengan memiliki restoran dan menjadi pengeluar serta pengedar barangan makanan dan minuman serta produk kesihatan. Jenis perniagaan ini berkaitan dengan orang ramai secara langsung. Ini adalah mekanisme yang baik untuk menyebarluaskan dakyah mereka.

Dalam suatu perhimpunan Bersih, mereka pernah mengagihkan air mineral keluaran mereka secara percuma kepada para demonstran. Mereka juga mempunyai rangkaian pendidikan dan tadika yang banyak serta pusat-pusat penyebaran ajaran mereka dengan pelbagai nama di pelbagai tempat.

Mengenai rangkaian antarabangsa pula, mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Syiah di Iran. Syiah Iran membantu mereka membina rangkaian perniagaan dan membekalkan literatur serta pendakyah di sini. Dari segi politik pula mereka mempunyai hubungan erat dengan sebuah parti politik Syiah terbesar di Lebanon yang radikal.

Sementara itu dalam negara ini pula, mereka mendapat sokongan, pembelaan dan perlindungan daripada beberapa NGO Islam serta parti politik.

Ini ditambah pula dengan kedatangan mulah-mulah Syiah bertali arus dijemput menghadiri wacana-wacana dan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan kumpulan mereka, selain daripada kebanjiran pelajar-pelajar Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi.

Perlu kita fahami, Syiah seperti juga gerakan Zionis-Kristian, berusaha menguasai parti politik dan NGO Islam yang berpengaruh. Mereka pandai menyusun strategi dengan menjadikan aktivis ini sebagai anak catur mereka dalam rangka menguasai organisasi tersebut.

Strategi ini agak menjadi, walaupun belum berjaya sepenuhnya. Pada suatu ketika, mereka berjaya menguasai sebuah persatuan ulama di Malaysia. Dan kini mereka berjaya meletakkan orang mereka dalam sebuah parti politik sehingga memegang jawatan penting.

Kepada pengagum dan pengusung Syiah dan Khomeini di Malaysia, mereka perlu tahu sikap sebenar beliau kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Khomeini telah mengkhianati Mufti Ahmad Zadeh, rakan seperjuangannya semasa menjatuhkan Shah Iran dahulu. Selepas berjaya menjatuhkannya, Shah telah dipenjara oleh Khomeini. Beliau jatuh sakit di dalam penjara tanpa rawatan secukupnya.

Apabila kesihatan beliau semakin teruk, beliau dipindah dari penjara besi ke penjara rumah pula dan tidak dibenarkan berubat ke luar negara. Kenapa? Kerana Mufti Zadeh seorang Sunni! Banyak juga imam masjid dan pendakwah Islam Sunni terpaksa lari ke Pakistan semasa pemerintahan Khomeini.

PENUTUP

Ajaran Syiah benar-benar meruntuhkan ajaran Islam kerana mereka menghalalkan yang haram seperti nikah mutaah, solat jamak sepanjang masa dan paling parah ialah menolak Quran Mushaf ‘Uthman dan Hadis Nabi yang menjadi sumber dalam hukum-hakam Islam. Apa akan terjadi? Islam jenis ini bukan agama Islam lagi!

Kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru untuk membendung penularan virus Syiah dalam kalangan masyarakat Ahli Sunnah wal Jamaah di negara kita, umat Islam perlu mendalami dan memperkemaskan serta memperkasakan akidah dan syariat mereka. Mereka perlu mempelajari kitab-kitab muktabar dalam subjek Usuluddin-‘Aqidah-Tauhid dan juga Hukum hakam Fiqah. Ilmu-ilmu ini akan dapat menjadi neraca dan kayu pengukur dalam menyuluh kebatilan ajaran Syiah itu.

Selain daripada menekuni dan memantapkan ilmu-ilmu dalam wacana Ahli Sunnah wal Jamaah, usaha-usaha pencegahan melalui undang-undang dan peraturan serta tindakan bersepadu perlu disegerakan.

Pihak berkuasa agama negeri dengan kerjasama pasukan polis perlu melipatgandakan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri perlu mengawasi kedutaan Iran supaya mereka tidak menyebarkan buku-buku Syiah kepada masyarakat Islam. Sementara pihak Imigresen pula perlu menghalang pendakyah-pendakyah Syiah daripada memasuki negara ini. Kementerian Pendidikan pula patut mengurangkan pengambilan pelajar dari negara Syiah atau dari kalangan penganut Syiah.

Perkara ini bukan luar biasa, kerana kita pernah melakukan polisi ini ketika Perang Dingin dahulu yang mana pelajar dari negara-negara Komunis dikenakan tapisan dan sekatan. Selain itu, kerajaan juga perlu menghalang pelajar kita daripada belajar di pusat-pusat pengajian Syiah. Ini juga pernah dilakukan oleh kerajaan semasa ancaman Komunis satu ketika dahulu. Bahkan kerajaan perlu mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau yang setara dengannya. Ini semua adalah mekanisme yang bertujuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam.

Selain itu, untuk membantu mencegah penularan virus Syiah di Malaysia, organisasi-organisasi Islam, baik NGO atau pun politik, patut mengisytiharkan secara terbuka, yang organisasi mereka menolak ajaran Syiah daripada berkembang di Malaysia sama seperti mereka menolak fahaman Komunisme.

Mereka juga perlu memastikan yang fahaman Syiah ini tidak ada dalam organisasi mereka. Jika didapati ahli-ahlinya beramal atau cenderung kepada fahaman Syiah, perlu dicegah segera dengan mengajar mereka fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar berdasarkan teks-teks muktabar. Sekiranya mereka masih berdegil tidak mahu kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, tindakan memecat adalah pilihan paling baik. Pas patut mendahuluinya dalam perkara ini.

Kita perlu bertegas dan tidak perlu melayan dengan desakan dan asakan puak yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan. Dari satu perspektif, dalam Islam tidak ada kebebasan mutlak. Diri kita pun bukan milik kita. Perjalanan hidup kita pun ditentukan oleh Allah SWT seperti cara-cara beramal dan bermuamalah. Kita tidak boleh bersolat atau berpuasa dan lain-lain ibadat dengan cara dan kaedah ciptaan kita sendiri.

Dari satu perspektif lain, pada paras individu, kita memang ada kebebasan, tetapi kebebasan mesti dalam lingkungan dan batas-batas syariat. Seseorang bebas berzikir bersendirian semahu-mahunya, berinfaq sebanyak-banyaknya dan membaca al-Quran berkali-kali khatam, tetapi mereka perlu ingat, bahawa mereka tidak boleh menjerit membaca al-Quran dengan kuat di tengah malam buta semasa orang lain sedang tidur, kerana kebebasan individu tidak boleh mengatasi kebebasan masyarakat.

Maka dalam konteks perkembangan ajaran Syiah di Malaysia ini, soal hak kebebasan beragama tidak timbul, kerana mereka menggunakan jenama Islam untuk merosakkan Islam sama seperti ajaran Qadiyani, Khawarij, Muktazilah, Mujassimah, Karramiyah, Nabi Melayu, Ayah Pin, pluralis agama dan lain-lain.

Agama Islam ini adalah hak Allah SWT dan manusia hanya menjadi pemegang amanah-Nya sahaja. Justeru, pemerintah dan setiap individu Muslim wajib melaksanakan amanah ini dengan memelihara kesucian ajaran Allah SWT dan menyekat aktiviti yang boleh merosakkannya seperti kita menjaga al-Quran daripada diubah atau dihina oleh seseorang.

Justeru, Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) sebuah organisasi dakwah Islam, mengambil inisiatif menganjurkan satu program khusus membincangkan mengenai kesesatan ajaran Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah. Seminar sehari ini, akan berlangsung pada 6 Oktober akan datang, bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Insya-Allah.

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)


Percanggahan Syiah - ajaran Islam (BAH. 1)

Oleh Ismail Mina Ahmad




DEWASA ini, isu aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara kita, kembali hangat diperkatakan. Pelbagai pihak daripada kalangan pihak berkuasa agama Islam, kementerian-kementerian yang menjaga urusan keselamatan dan agama serta penganut Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, telah memberi respons. Tidak terkecuali turut memberi respons ialah penganut Syiah sendiri serta para simpatisan mereka, termasuk daripada kalangan golongan Liberalis dan puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia (HAM).

Isu ajaran dan golongan Syiah bukan baharu dalam kalangan umat Islam. Sejak hari pertama wujudnya golongan Syiah ini, seluruh umat Islam yang dipimpin oleh ulama dan pemerintah, telah bangun menentang mereka.

Para ulama Islam telah mengarang ribuan kitab menjawab dan menolak fahaman sesat dan salah ini, sementara pemerintah pula membuat peraturan dan memberi hukuman kepada mereka selaras dengan tuntutan Maqasid Syara’ iaitu memelihara agama Islam daripada dicemari dan diubah serta dirosakkan daripada ajarannya yang sebenar dan asal, seperti yang di bawa oleh Nabi SAW.

Kemasukan fahaman Syiah ke Malaysia adalah melalui perancangan rapi. Selepas Revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran, dia menubuhkan kerajaan Syiah. Bukan kerajaan Islam. Ini adalah kerana Perlembagaan negara Iran, meletakkan mazhab Ja‘fari sebagai mazhab rasmi negara itu. Tidak seperti yang dilaungkan mereka iaitu: Tidak Barat, tidak Timur tetapi Islam dan Wehdah Islamiyyah. Islam mereka ialah Syiah bukan selainnya.

Berikutan dari itu, Kerajaan Iran menjemput pemimpin-pemimpin politik dan badan-badan dakwah Islam seluruh dunia ke Iran, termasuk Malaysia. Ada organisasi Islam yang terpengaruh dan membawa balik fahaman Syiah ke dalam organisasi mereka seperti dari Malaysia. Ada yang tidak. Setelah terpengaruh dengan dakyah Syiah, organisasi ini menghantar pula anak-anak yang amat muda ke Iran untuk mempelajari ‘Islam’- Islam versi Syiah. Di samping itu, pelbagai buku ‘akidah dan agama Syiah, membanjiri masuk melalui badan-badan politik dan NGO-NGO ini.

Berikutnya, berduyun-duyun ulama Syiah datang atas jemputan organisasi-organisasi ini, memberi ceramah dan membentang kertas kerja dalam wacana-wacana anjuran mereka. Untuk mengukuhkan lagi penyebaran fahaman Syiah, Syiah Iran telah melabur wang yang banyak, menubuhkan institut-institut untuk menerbitkan tulisan-tulisan dan buku-buku serta membiayai kegiatan terjemahan buku-buku agama Syiah.

Antara buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah al-Hukumah al-Islamiyyah, karangan Khumayni yang bercanggah dengan akidah Islam itu. Ia diterjemah oleh seorang pemimpin NGO dakwah Islam!

Seorang Muslim yang serius, sekiranya meneliti literatur berkaitan dengan doktrin dan konsep Usuluddin dan Tauhid serta Syariat Islam, pasti dia akan bertemu ajaran Syiah amat bercanggah bahkan bertentangan sama sekali daripada ajaran agama Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW, baik dalam perkara yang bersifat Usul mahu pun yang bersifat Furu’.

Ini berdasarkan kepada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Madjah, yang menerangkan mengenai golongan yang berjaya atau firqah al-najiyah. Baginda ditanya oleh Sahabat mengenai golongan yang berjaya. Baginda menjawab: Ahli al-Sunnah wal Jamaah. Tanya Sahabat: dan apakah al-Sunnah wal Jamaah? Baginda menjawab: apa yang saya dan Sahabat-sahabat saya berada ( berpegang dan beramal padanya) pada hari ini. Jelas dari Hadis ini, golongan yang berjaya hanyalah golongan yang Iktikad dan Syariat mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah bukan selainnya.

AKIDAH DAN SYARIAT SYIAH

Tulisan ini akan menerangkan beberapa pokok ajaran Syiah yang menyalahi ajaran kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya ialah:

1. Al-Quran

Agama Syiah menolak al-Quran Mushaf Uthman sebagai Mushaf al-Quran yang lengkap lagi autentik. Mereka mempunyai mushaf sendiri yang bernama Mushaf Fatimah. Bagi orang Islam, al-Quran yang ada di tangan kita hari ini, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi bagi Syiah seperti yang terdapat di dalam Usul al-Kafi iaitu sebuah koleksi Hadis menurut epistemologi mereka, al-Quran mereka itu, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Sayidah Fatimah binti Rasul SAW, sebab itulah dinamakan Mushaf Fatimah.

Mushaf inilah yang diterima sebagai paling benar lagi autentik. Menurut mereka, Mushaf Uthman hanya mengandungi sekitar satu pertiga sahaja dari mushaf yang lengkap. Dua pertiga lagi berada di dalam Mushaf Fatimah. Khumayni dalam Wasiyat-nya menyebut dengan terang mengenai Mushaf Fatimah ini dan berkata mereka mendapat penghormatan dengannya.

Beliau menyeru supaya Imam Mahdi mereka, iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari segera keluar dari lubang penyembunyiannya di Iraq dan membawa keluar bersamanya Quran Mashaf Fatimah ini. Tetapi untuk menjaga maslahah di depan orang Islam, mereka beramal dengan doktrin taqiyyah yakni berpura-pura menerima al-Quran yang ada di tangan kita.

Cuba kita bayangkan, jika ada penganut agama Buddha atau Hindu membuat dakwaan yang al-Quran Mushaf Uthman tidak autentik, apa akan terjadi?

Sementara itu, dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran pula, tafsiran mereka berlainan dengan kita, terutama ayat yang di dalamnya ada perkataan imam. Mereka memaknakannya sebagai Sayyidina 'Ali r.a, seperti dalam Surah al-Sajdah: 24; waja‘aln’ minhum aimmatan yahd’na biamrin’ lamm’ obar’. Dan perkataan n’r dalam Surah al-Taghabun:8, fa’min’ bill’ hi wa ras’lihi wa‘n-n’rillaz’ anzaln’, diertikan oleh mereka sebagai imam-imam mereka.

2. Al-Hadis

Dalam epistemologi Ahli Sunnah wal Jamaah, Hadis ialah merangkumi perkataan, perbuatan dan ehwal Rasulullah SAW. Kemudiannya, Hadis-hadis ini disampaikan oleh generasi Sahabat kepada generasi berikutnya secara mantap dan tidak putus sanadnya sehinggalah disusun menjadi koleksi dalam sebuah buku oleh para perawi kemudian seperti perawi yang Enam, Ahmad, Imam Malik, Ibn Sunniy, as-Syafi‘i dan lain-lain.

Akan tetapi bagi Syiah, Hadis dalam epistemologi mereka ialah sesuatu yang diucapkan oleh para Imam mereka sahaja dan sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah SAW. Ini adalah kerana dalam ajaran mereka, para imam mereka itu menerima ilmu terus daripada Nabi SAW, walau pun semasa ketiadaan Baginda SAW, dan lagi pun, dalam ajaran mereka, Imam-imam mereka adalah maksum yakni bebas daripada kesalahan.

Dalam epistemologi Sunni, konsep seperti ini tidak boleh dinamakan sebagai Hadis atau kalau mahu juga hendak dikatakan Hadis, ia tergolong sebagai Hadis munkar atau pun Hadis palsu.

Syiah menolak dan tidak menerima Hadis Nabi yang disampaikan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a, kerana menurut akidah mereka, semua Sahabat Nabi SAW telah murtad setelah wafatnya Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja.

3. Mengkafirkan Sahabat Radiyallahu 'Anhum

Dalam agama Syiah, terdapat satu konsep dan doktrin bernama al-bara‘ah atau tabarra. Doktrin ini bermaksud, mengutuk, mencaci bahkan memutus hubungan kasih sayang dengan semua Sahabat. Mereka ini buta sejarah. Bukankah Saidina Ali sendiri mengahwinkan anaknya dengan Saidina Umar r.a?

Menurut mereka semua Sahabat menjadi murtad dan kafir selepas wafat Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja seperti Ali, Miqdad, Abu Dzar, Salman dan beberapa yang lain. Mereka juga beriman dan percaya yang para Sahabat bersepakat menyembunyikan wahyu dan mengkhianati wasiat Rasulullah SAW dalam hal imamah dan pelantikan Saidina Ali r.a sebagai khalifah.

Dan mereka menuduh Sahabat tidak amanah kerana mengurangkan ayat al-Quran sebanyak dua pertiga daripada wahyu asal, yang demikian hilanglah ayat-ayat yang berkaitan dengan imamah 'Ali r‘a. Justeru, semua Sahabat itu dalam Iktiqad Syiah telah menjadi kafir. La hawla wala quwata illa billah.

Dalam kaitan dengan doktrin tabarra ini, mereka senantiasa berdoa mengutuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiyallahu 'Anhuma yang disifatkan mereka sebagai ‘dua berhala Quraisy’.
Khumayni telah mengkafirkan Saidina Umar al-Khattab r.a dan mengatakan Saidina Abu Bakar r.a pula, seorang manusia yang jahil agama.

Berdasarkan kepada Hadis di awal tulisan ini, bahawa golongan yang berjaya daripada neraka ialah orang yang mengikuti ajaran Rasul dan Sahabat Baginda. Bagaimana seseorang atau sesuatu golongan boleh berjaya dan selamat daripada api neraka, sedangkan mereka enggan mengikut perjalanan Sahabat tersebut bahkan mengkafirkan mereka.

4. Ummahatul Mukminin

Seperti para Sahabat, Syiah juga langsung tidak menghormati Ummahatul Mukminin pada hal mereka itu semua adalah isteri-isteri Baginda yang tercinta. Syiah melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan palsu, jijik dan jahat kepada Ummahatul Mukminin Saidatuna Aishah r.ah, bahkan dalam iktiqad raj’ah mereka, beliau r.ah akan dihukum oleh para Imam Syiah menjelang kiamat kerana berkhianat dan menganiayai puak Syiah seperti dalam kes Peperangan Jamal. Atas dasar ini juga Syiah bukan daripada golongan Islam.

5. Raj‘ah

Syiah beriktikad bahawa para Imam mereka akan hidup semula di akhir zaman untuk menghukum para Sahabat dan Isteri Nabi SAW yang mereka tuduh bersekongkol merampas hak Saidina Ali sebagai khalifah. Termasuk yang akan dihukum dalam akidah mereka ialah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, Aishah r.a dan lain-lain. Demikian khurafat mereka.

6.Konsep Imamah

Dalam ‘akidah Syiah, Imamah atau Walayah atau kepimpinan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Khumayni berkata dalam buku beliau, al-Hukumah al-Islamiyyah, muka surat 18, bahawa Nabi perlu menentukan seorang pengganti Baginda dan Baginda telah pun berbuat demikian, yakni melantik Ali r.a. Jika Baginda tidak berbuat demikian, bermakna Baginda tidak menyampaikan Risalahnya ( ms 19 ). Oleh sebab itu, Imamah ini termasuk ke dalam Rukun Iman Syi‘ah. Sesiapa yang tidak percaya kepada doktrin dan konsep Imamah ini, menurut Syiah, ia bukanlah seorang Islam dan layak dihumban ke dalam neraka.

Dalam buku al-Hukumah al-Islamiyyah itu lagi, pada muka surat 52, beliau menyifatkan Imam-Imam mereka mempunyai kedudukan yang amat tinggi di sisi Allah SWT, sehingga tidak tercapai oleh para Malaikat muqarrabin dan juga Nabi-Nabi yang diutus. Dalam membincangkan hal kepimpinan selepas Rasulullah SAW pula, dia langsung tidak menyentuh kepimpinan tiga khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman radiyallahu ‘anhum dan terus melompat kepada Sayyidina Ali r.a. Ini adalah kerana dalam ‘akidah Syiah, mereka tidak mengiktiraf kepimpinan tiga khalifah sebelum Ali r‘a bahkan disifatkan tiga khalifah yang mulia itu, adalah perampas hak khalifah Ali r.a.
Mereka juga beriktikad bahawa semua Imam mereka adalah maksum. Khumayni berkata, bahawa Imam-Imam mereka tidak bersifat lupa dan lalai (ms 91) bahkan ajaran mereka itu, sama seperti ajaran al-Quran yakni wajib dipatuhi hingga Hari Qiamat (ms 113).

7. ‘Ismah

Konsep imamah berkaitan rapat dengan doktrin ‘ismah. 'Ismah bermaksud semua imam mereka adalah manusia maksum yakni tidak melakukan dosa, baik dosa besar mahu pun dosa kecil, bahkan dalam segala perlakuan mereka, imam-imam mereka itu tidak tersalah dan tersilap sedikit pun. Sebab itu imam-imam mereka boleh membuat hukum, yakni boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu hukum Syara’. Ini bercanggah daengan 'Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa yang maksum hanya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sahaja.

8.Ghaybah dan Menunggu Imam Mahdi

Syiah percaya bahawa Imam mereka yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hasan al-'Askari telah ghaib. Dalam akidah Syiah, ia dianggap sebagai ghaybat al-sughra atau kehilangan kecil. Dia ini membawa bersamanya Mushaf Fatimah. Semasa ghaybat al-sughra ini - dalam khurafat mereka - pemimpin semasa Syiah masih boleh berhubung dengannya, bertanya pelbagai masalah dan jawapannya itu akan disebarkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Beliau yang dikatakan ghaib kira-kira seribu tahun dahulu itu, masih hidup hingga sekarang dan akan datang semula ke dunia ini di akhir zaman, membawa bersamanya Mushaf Fatimah itu, untuk menyelamatkan dunia ini. Masa antara ghaybat al-sughra dengan kemunculan semula Imam Mahdi mereka itu, disebut sebagai ghaybat al-Kubra atau kehilangan besar. Sebab itu dalam wasiatnya, Khumayni berkata adalah suatu penghormatan kepada mereka kerana mereka mempunyai Mahdi jenis ini dan dia berdoa supaya Mahdi itu segera keluar dari lubang persembunyiannya. Semasa ketiadaan imam, maka yang ada ialah naib imam. Khumayni adalah salah seorang naib imam.

9. Taqiyyah dan Kitman

Taqiyyah dan Kitman dalam akidah Syiah bermakna menyembunyikan kepercayaan dan amalan sebenar mereka sekiranya mereka bersama-sama dengan masyarakat Islam. Ini bermakna mereka juga sedar bahawa ajaran dan amalan mereka itu adalah salah. Menurut ulama mereka, amalan taqiyyah dan kitman merupakan amalan nenek moyang mereka yang terdahulu dan pelakunya mendapat pahala. Atas dasar ini mereka dapat hidup hingga sekarang. Dalam menyebarkan dakyah mereka di Malaysia, mereka bertaqiyyah, menggunakan slogan cintakan Ahli Bayt, pada hal Ahli Bayt dalam konsepsi mereka, hanya beberapa orang sahaja, berbeza dengan konsep kita Ahli Sunnah wal Jamaah.

Perlu difahami, amalan taqiyyah ini dibuat jika mereka berada dalam keadaan tersepit dan dalam jumlah sedikit atau untuk mencapai sesuatu tujuan keagamaan mereka seperti keadaan awal mereka di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Tetapi amalan ini akan ditinggalkan apabila mereka merasa keadaan mereka sudah selesa seperti sekarang ini. Sebab itu kita dengar puak Syiah Malaysia sudah berani mengisytiharkan mereka sebagai penganut Syiah. Ini semua sebagai dakyah dan untuk menakut-nakutkan masyarakat Sunni dan supaya kerajaan menunaikan tuntutan mereka. Tetapi dalam dakyah mereka dalam kalangan orang Sunni, amalan taqiyyah ini masih berlaku. Tujuannya ialah untuk mengumpan orang Sunni.

10. Ahl Bayt

Dalam kitab-kitab Tauhid kita, memang kita diwajibkan mencintai Ahli Bayt. Ahli Bayt yang sebenar ialah ahli kelurga Nabi SAW yang memiliki dan hidup di dalam Akidah dan Syariat yang benar seperti yang diajarkan oleh Baginda. Namun terdapat juga keturunan Ahl Bayt yang telah terkeluar dari ajaran Baginda SAW seperti menganut fahaman Marxisme, sekularisme, Liberalisme, Pluralisme agama dan Syiah. Mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai Ahli Bayt lagi.

Ahl Bayt Rasulullah SAW, tiada kena mengena langsung dengan ajaran dan kumpulan Syiah lebih-lebih lagi Syiah Khumayni. Maulana Abu Hasan Ali an-Nadvi seorang ahli Bayt daripada keturunan Saidina al-Hasan r.a, ada menulis sebuah buku cukup baik yang menyorot kesesatan Syiah. Seorang Quraisy dari keturunan Saidina al-Hasan juga, Sayyid Muhammad al-Maliki dari Hijaz, amat kuat menentang Syiah. Demikian Ahl Bayt di Hadramawt.

11. Rukun Iman

Rukun Iman mereka antara lain ialah beriman kepada semua imam mereka yang dua belas dan beriman kepada imamah dan walayah Ali serta menolak imamah tiga khalifah sebelum 'Ali r’a. Khumayni termasuk dalam kelompok ini. Sesiapa yang engkar dalam perkara ini, dikategorikan sebagai kafir.

12. Konsep 'Ibadah

Oleh kerana mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin, maka terdapat perbezaan besar dan dasar antara kita orang Islam dengan mereka yang Syiah, dalam semua urusan ibadah. Cara azan, solat, puasa, zakat, nikah kahwin, mengurus jenazah dsb, amat bertentangan dengan kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka boleh solat jamak sepanjang waktu, kita tidak boleh, kecuali uzur syarak. Ahli Sunnah mengharamkan nikah mut'ah, mereka mengharuskannya bahkan mendapat pahala yang besar. Ringkasnya, semua ibadat mereka bercanggah dengan Islam dan Sunnah.


Pantomin pencerobohan Lahad Datu usik perasaan penonton


DUA anggota tentera sebak ketika menyaksikan persembahan pantomin pengkisahan 'Lahat Datu Berdarah' pada Istiadat Hari Pahlawan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 31 Julai - Sebuah persembahan pantomin oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengusik perasaan para hadirin dalam Istiadat Hari Pahlawan 2013 di Dataran Merdeka hari ini.

Terdapat juga dalam kalangan hadirin yang tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menitiskan air mata mengenangkan pengorbanan perajurit negara mempertahankan tanah air sehingga menggadaikan nyawa sendiri.

Bertemakan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, persembahan yang sarat dengan pelbagai aksi ketenteraan tersebut berjaya membawa penonton menjiwai peristiwa yang meragut nyawa sembilan perwira negara.

Mereka ialah Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29; Sarjan Sabaruddin Daud, 46; Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; ASP Michael Padel, 36; Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48; Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49; Koperal Salam Tugiran, 42 dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Suasana persembahan menjadi lebih memilukan apabila skrin besar memaparkan kesemua profil perajurit yang gugur tersebut sambil membaca sebuah sajak yang dipercayai daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir seorang perwira gugur.

Antara bait sajak tersebut berbunyi; "Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menghadiri istiadat tersebut serta melakukan pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; pembesar negara serta duta asing.

Dalam sambutan itu juga, tiupan sayu trompet serta begol yang mengalunkan Paluan Akhir atau istilah Inggerisnya, Last Post menimbulkan rasa sayu dalam kalangan hadirin.

Ketika dimainkan, Jalur Gemilang secara simboliknya diturunkan dan anggota tentera, polis serta pertahanan luar yang beruniform memberi tabik hormat sementara hadirin lain turut berdiri bagi memperingati pahlawan negara yang terkorban demi mempertahankan tanah air.

Di medan perang pada zaman dahulu, Paluan Akhir dimainkan pada pukul 6.30 petang iaitu ketika anggota tentera mencari dan mengumpulkan mayat rakan terkorban serta di peringkat sejagat pula, diperdengarkan ketika pengebumian anggota pasukan keselamatan terkorban ketika bertugas.
 
KOMEN : KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN, JANGAN PULA KITA LUPA UNTUK INGATKAN KERAJAAN BAHAWA SEMUA DALANG DISEBALIK PENCEROBOHAN INI NAK LAH DI DAKWA... TIDAK KIRA SIAPA MEREKA... PENGGANAS KIRAM DAH DIDAKWA... DALANGNYA BILA PULA?????

PPPM akan tetap dilancar - TPM

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
MUHYIDDIN Yassin menerima akad zakat perniagaan RM150,000 daripada UDA Holding Berhad yang disampaikan oleh Pengarah Urusan UDA Holding, Ahmad Abu Bakar (kiri) pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Surau Saadiah, Muar, Johor, semalam. - BERNAMA

MUAR 31 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan tetap dilancar 6 September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menegaskan, kerajaan tidak akan tunduk atau berasa takut dengan desakan Dong Zong kononnya PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah-sekolah vernakular.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab membela perjuangan kaum Melayu dan negara, kita akan teruskan dasar ini tanpa rasa terganggu, tergugat atau takut berhadapan dengan mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Surau Saadiah, di sini hari ini.

Dalam majlis yang turut dihadiri isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada 68 anak-anak yatim.

Selain itu, UDA Holding Berhad turut menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada surau berkenaan. Sebelum ini, Dong Zhong mendakwa PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah vernakular menerusi persidangan yang diadakan persatuan tersebut sekali gus menunjukkan mereka seolah-olah dihantui dengan pelaksanaan pelan berkenaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin mencabar Dong Zong membaca dan meneliti isi kandungan pelan berkenaan yang tidak menyebut langsung usaha memansuhkan bahasa Mandarin atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Menurutnya, PPPM yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntuk sebanyak RM125 juta yang bukan sahaja bertujuan memperkasa bidang pendidikan tetapi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.

"Kita mahu jadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan kepada semua kaum. Jangan jadikan usaha ini sebagai isu politik yang boleh menggugat keharmonian dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, bidang pendidikan akan mundur jika langkah tersebut tidak diambil kerana PPPM adalah menyeluruh serta merangkumi semua aspek.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, kerajaan turut memberi tumpuan dalam soal pendidikan Islam untuk meneruskan kemajuan sekolah agama di negara ini sesuai dengan kedudukan umat Islam sebagai masyarakat majoriti.

"Untuk itu kita akan bina sekolah menengah agama sempena nama arwah bapa saya di atas tanah seluas 6.8 hektar di daerah ini," katanya.

KOMEN : SATU AJE KEBIMBANGAN KAWAN... TAKUT NAJIB TARIK HAND BREAK... BILA KENA SERGAH DENGAN HANTU CINA RASIS... TPM BERTEGAS... ESOK-ESOK YANG JADI MANGSA ANAK-ANAK AKU... MULALAH ANGIN SATU BADAN...