Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 9 April 2013

Masanya sudah tiba - Najib



NAJIB Tun Razak memakai topi keledar IM4U bersama Noh Omar (kanan), Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri), Mohd. Zin Mohamed (dua dari kiri) dan Ungku Salleh Ungku Jamal (belakang kanan) ketika majlis perhimpunan Patriotik Anak Muda Selangor dan mengagihkan topi keledar IM4U kepada anak muda Selangor di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

SHAH ALAM 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak 2.1 juta pengundi di Selangor termasuk 45 peratus daripadanya orang muda melakukan perubahan dengan menukar kerajaan negeri sedia ada kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum terdekat ini.

Menjadikan Selangor negeri pertama dijelajahinya selepas melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) semalam, Perdana Menteri mengingatkan selepas banyak janji gagal ditunaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), masa untuk peralihan kepemimpinan negeri itu sudah tiba.

"Pilihan raya kali ini untuk semua, lebih-lebih lagi orang muda sebab orang muda penentu kejayaan.

"Parti ini (pakatan pembangkang) gagal tepati janji, tadbir Selangor serta selesaikan masalah rakyat.

"Masanya telah tiba untuk melakukan perubahan dan tukar kerajaan negeri ini. Tukar...tukar...tukar. Gelombang Biru...gelombang biru...gelombang biru," tegas beliau sambil disambut yang sama daripada lebih 5,000 orang yang menghadiri Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator BN Selangor yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal serta para pemimpin parti komponen BN Selangor.

Najib berkata, golongan muda memberikan mesej jelas bahawa mereka sudah bersiap sedia untuk bertindak menukar kerajaan negeri Selangor dengan memberikan sokongan padu kepada BN.

"Ibu tunggal merana sehingga mereka saman kerajaan negeri, begitu juga warga emas dan golongan muda, kita tidak boleh kekalkan kepimpinan yang tidak menepati janji.

"Manifesto pembangkang adalah fantasi dan khayalan sebab Menteri Besar kata manifesto bukan satu perjanjian," katanya.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa manifesto BN adalah aku janji kerajaan BN antaranya mahu mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaaan, satu juta rumah mampu milik dan menambah jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk orang muda.

"Kita akan memberikan tumpuan kepada orang muda," katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan akan memastikan pentadbiran negeri yang lebih baik sekiranya BN kembali memerintah Selangor.

"Kita akan menyelesaikan masalah air, kerana kita sudah melabur banyak dan terowong air sudah hampir siap. Bagi kerajaan negeri cukuplah jangan hendak kuasai syarikat (konsesi air), selesaikan masalah rakyat, sampah sarap tidak dibersih, judi haram bertambah dan banjir kilat."

''Sudah cukup tipu helah dan pembohongan mereka, BN akan melakukan perubahan besar kepada Selangor," katanya.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyerahkan pemberian 22,000 topi keledar berwarna biru untuk diedarkan kepada 22 kawasan Parlimen di negeri ini.

"Ini bukan sebarang topi keledar, KP1M misinya sudah berubah daripada misi kemanusiaan, sekarang misi mesti menang, kita warnakan semuanya warna biru.

"Selangor akan kita birukan, pemuda-pemuda akan menjadi panglima di barisan hadapan, tidak akan takut dan kita akan serang untuk pastikan BN menang pada kali ini," katanya.


GP Qatar: Zulfahmi raih tempat keenam


ZULFAHMI KHAIRUDDIN... Pelumba Moto3 Malaysia.

QATAR 8 April - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin berjaya memulakan saingan pada tahun 2013 dengan baik apabila berjaya meraih tempat keenam pada perlumbaan GP Qatar.

Walaupun bermula dari petak ke-11, Zulfahmi yang menunggang Red Bull KTM Ajo berjaya menunjukkan ketenangan ketika menunggang untuk mengejar kelompok pelumba hadapan bagi meraih 10 mata dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan dunia.

Perlumbaan itu berjaya dimenangi rakan sepasukannya, Luis Salom sementara naib juara Moto3, Mark Vinales di tempat kedua dan Alex Rins berada di kedudukan ketiga. - UTUSAN ONLINE

KOMEN : TAHNIAH

MASIHKAH KAU INGAT....

Ingat ikrar taat setia di Dewan Merdeka, sokong calon pilihan pucuk pimpinan



MINGGU ini satu lagi debaran akan terjawab. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan juga hari pembuangan undi yang melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) . Penetapan dua hari penting itu juga akan menjawab segala persoalan mengenai jumlah hari berkempen. Adakah 10 hari atau 14 hari. Adakah kita akan mengundi pada 27 April atau selewat-lewatnya 4 Mei? Semuanya dijangka diketahui esok (10 April) apabila SPR mengadakan mesyuaratnya selepas pembubaran Dewan Rakyat dan DUN minggu lalu. Mungkin minggu ini juga akan diketahui sebahagian besar calon yang akan diturunkan pada PRU nanti terutama yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN).

Dalam kalangan parti pembangkang, sudah banyak nama calon didedahkan. Mereka termasuklah Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Hadi Awang (Pas-Marang), Dr. Haron Din (Pas-Arau) dan ramai lagi. Lim Guan Eng pula menarik balik hasrat untuk `bertarung’ dengan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow. Selepas silap kira dan silap taip, Guan Eng silap buat cabaran. Anwar pula mungkin tidak begitu yakin untuk melakukan lompatan. Bukan mudah mahu mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan baharu. Maka langkah terbaik ialah menetap di Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya di- sana masih ada penyokong tegarnya. Biarlah pengundi-pengundi Permatang Pauh menghakimi beliau. Jika di situ karier politiknya bermula, di situ jugalah sewajarnya kedudukannya ditentukan sama ada dikekalkan di situ atau menyahut seruan ‘ubah’ seperti slogan yang dilaungkan DAP. Bagi pengundi lama terutama yang sama-sama berjuang bersama Anwar pada peringkat awal di Permatang Pauh, mereka sudah lama meninggalkan bekas Presiden ABIM itu. Hanya orang baru yang entah macam mana terlalu taksub sehingga terpengaruh dengan ‘aura’ Anwar dan tidak dapat meninggalkannya. Berdasarkan situasi semasa, adakah Anwar akan terus menguasai Permatang Pauh?

BN terutama UMNO Bahagian Permatang Pauh, tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar. Walaupun calon BN yang bakal diturunkan masih menjadi tanda tanya, tetapi gerak kerja yang diketuai Ketua UMNO Bahagian, Abdul Jalil Abdul Majid menampakkan kesungguhan. Apa yang penting apabila tiba masanya, bergeraklah seperti yang dirancang. Jangan berpatah balik di pertengahan jalan. Jangan menghilangkan diri apabila nama calon dimuktamadkan. Isu calon bukanlah satu isu baru. Ia berlaku setiap kali PRU. Masih ramai terutama pemimpin peringkat bahagian yang tertanya-tanya sama ada dipilih atau tidak. Tidak semua yang merasakan dirinya sebagai winnable candidate layak dipilih kerana masih ada calon yang terbaik. Janganlah membebankan pucuk pimpinan dengan mengatur rombongan atau menghantar memorandum untuk berbincang soal calon.

Siapa juga yang dicalonkan harus diletakkan pada kedudukan nombor dua manakala tempat pertama harus melihat kepada kepentingan dan kemenangan parti. Seperti yang pernah diselak minggu lalu, jika DAP mampu mengemukakan calon sama ada disebut sebagai calon payung terjun, bidan terjun, paracut, pelarian dan sebagainya tetapi dapat diterima dengan mendapat kemenangan, kenapa BN tidak boleh? Lihat sahaja bagaimana Kit Siang dan Guan Eng boleh mencipta kemenangan walaupun berpindah ke merata tempat. Penyokong BN harus bersedia menerima siapa sahaja yang dicalonkan seperti yang berlaku kepada parti pembangkang ini. Apa yang penting misi mesti menang bagi setiap calon yang mewakili parti. Tidak dinafikan, siapa calon juga amat penting tetapi dalam saat-saat genting ini, terima sajalah calon yang dipilih pucuk pimpinan. Masa untuk lobi melobi, merajuk dan protes sudah berakhir.

Bagi pemimpin UMNO, pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, mereka sudah melafazkan: Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya nanti. Janji taat setia yang dipimpin oleh Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin itu juga berikrar Kami orang UMNO berjanji, taat dan setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

Bersedialah sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sekali pun calon itu benar-benar muka baharu. Sama seperti ketika Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan Anwar kepada UMNO Permatang Pauh sebagai calon pada 1982. Terimalah siapa sahaja yang dicalonkan. Harus diingat, seperti yang diselak sebelum ini, tidak mustahil akan ada calon-calon yang bukan anggota parti komponen. Mereka akan bertanding atas tiket BN. Situasi seperti ini juga dijangka berlaku kepada pakatan pembangkang. 

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut memainkan peranan membantu memulihkan sokongan kepada kerajaan. Tidak mustahil, jika mereka diberikan peranan sebagai calon untuk mewakili rakyat. Pemimpin parti politik terutama di peringkat bahagian juga harus bersedia menerima hakikat bahawa jawatan dalam parti bukan tiket untuk menjadi calon. Begitu juga bekas wakil rakyat yang tidak dipilih semula. Usah merajuk. Biarlah Kit Siang atau Nik Aziz Nik Mat terus bertanding. Mungkin masa anda sudah berakhir. Kini giliran anda membantu orang lain.

Mengambil contoh di Permatang Pauh semasa kali pertama Anwar diturunkan, seluruh jentera UMNO/BN bahagian bekerja keras memastikan kemenangan BN. Ibrahim Ali juga turun berkempen untuk sahabatnya itu (kini musuh politik). Begitulah semangat yang ditunjukkan. Maka kenapa tidak pada hari ini, sokongan serupa diberikan jika ditakdirkan calon di kawasan anda bukan dalam kalangan pemimpin yang anda kenali. Jangan kerana tidak dipilih atau calon pilihan di luar jangkaan, anda lari meninggalkan medan perjuangan untuk berehat di Medan atau bertukar menjadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.
 
KOMEN : INGAT TU SLOGAN BN - MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN.

Perjelas hukum orang Pas kahwin ahli UMNO






KOTA BHARU 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan hukum orang Pas berkahwin dengan ahli UMNO, parti yang beliau dakwa menolak Islam.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuan Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, Nik Abdul Aziz perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut kerana mana-mana orang yang menolak Islam bererti kafir.

"Dia (Nik Abdul Aziz) mesti jelaskan hukum ini. Sebab bila tolak Islam sekali gus hukumnya kafir. Jadi orang Pas yang berkahwin dengan UMNO tidak sah, mereka mesti mufarakah. Nik Aziz perlu bertanggungjawab dalam soal ini.

"Nik Aziz juga mesti jelaskan status anak yang lahir hasil perkongsian hidup antara orang Pas dan (ahli) UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam ceramah di Kampung Jambu di sini Khamis lalu, Nik Abdul Aziz mendakwa, sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Malah Nik Abdul Aziz turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Zawawi turut mempersoalkan taraf Mursyidul Am Pas itu yang semakin angkuh menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Katanya, sejak kebelakangan ini Nik Abdul Aziz kian melampau ketika membuat sesuatu kenyataan, dan ini boleh menyebabkan perpecahan antara sesama orang Islam.

"Rakyat perlu berwaspada dengan fenomena yang boleh menyesatkan ini dengan cara mendalami ilmu agama, bukan dengar cakap," ujar beliau lagi.

Mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz UMNO membina masjid bukan kerana Islam tetapi hendak menjadi kontraktor, Mohd. Zawawi berkata, ia satu tuduhan liar yang menunjukkan Pas semakin tersepit serta cuba menutup kelemahan pentadbirannya sejak lebih 22 tahun lalu.

Berikutan itu kata Mohd. Zawawi, Pas terpaksa mengambil pendekatan bagi 'menyelamatkan' parti tersebut dengan meracuni fikiran rakyat melalui pelbagai tuduhan dan dakwaan liar terhadap UMNO, meskipun ia bercanggah dengan tuntutan agama.

"Ini satu tuduhan bagi menutup kelemahannya (Pas) yang tidak pernah membina masjid melainkan sebuah sahaja di Rantau Panjang sepanjang pentadbirannya selama lebih 20 tahun. Sedangkan UMNO bukan sahaja membina masjid baharu tetapi banyak juga yang dibaik pulih," kata Mohd. Zawawi lagi.

Mulut Nik Aziz semakin celupar






KUALA LUMPUR 8 April - Selepas mengeluarkan fatwa politik yang disifatkan banyak pihak sebagai menyesatkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin biadab selepas mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Tuduhan liar itu dibuat selang tiga hari selepas Menteri Besar Kelantan berkenaan mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala dengan alasan parti yang telah banyak mengembangkan syiar Islam di negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tersebut mengamalkan dasar kebangsaan.

Lebih menyedihkan, dakwaan itu dibuat selepas Nik Abdul Aziz dengan bongkak mempertahan kenyataan solat orang UMNO tidak mendapat pahala sebelum disusuli tuduhan masjid yang dibina tidak memberi apa-apa makna kononnya atas alasan parti itu menolak Islam.

"Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya semasa berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dipetik di blog, rbfonline.net hari ini.

Ini kali kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitternya baru-baru ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih hidup, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...Jahanam UMNO,".

Mengulas kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO akan menentang baginda merupakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Nilaikan prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian mereka berhubung penggunaan kalimah Allah sebelum ini?

''Sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang menolak dasar Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menggunakan agama Islam serta mengaitkan Rasulullah SAW untuk mencapai matlamat politik.

Menurut beliau, tindakan Nik Abdul Aziz itu juga bertentangan dengan sikap sesetengah musuh Islam yang turut menghormati Rasulullah SAW.

"Islam tidak menggalakkan kita bercerita hal-hal keburukan seseorang yang sudah meninggal dunia apatah lagi sekiranya perkara itu melibatkan Nabi Muhammad SAW yang maksum," katanya.


HALAL - Tolak undi pakatan pembangkang



Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah (duduk, tiga dari kiri) dan Harun Yahya (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian peserta persidangan mengadakan sidang akhbar selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Gurun, Kedah, semalam.

GURUN 8 April - Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya.
Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain.

Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR dan DAP.
Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal.

“Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah dan bukan lagi Islam agama Allah,’’ ujarnya. Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.

“Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam," katanya.

Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara daripada agenda memurtadkan mereka.

KOMEN : APA SUSAH SANGAT TOTOK PAS NI NAK FAHAMKAN?

Monday, 8 April 2013

Manifesto untuk mandat lebih besar



Najib dan para peminpin Barisan Nasional menunjukkan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas pelancaran manifesto itu malam tadi.

MULAI pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.

Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.

Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.

Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.

Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.

Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat “rakyat Malaysia yang dikasihi".

“Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.
Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, ‘Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya’.

“Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat," kata Najib.

Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.

Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

“Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.

“Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa," kata beliau.

Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.

Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.

Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.

Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.

Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.

Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.

Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.

Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: “Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap."

Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.

Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.

Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.

Dalam manifesto BN, Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.

Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Kenapa mandat besar diperlukan?

Najib menulis dalam manifesto BN: “Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

“Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!"

Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.


PRU-13: Petanda awal pengundi Gelang Patah tolak Kit Siang



AHLI politik veteran DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah. - UTUSAN
SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. - UTUSAN

NUSAJAYA 7 April - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE

KOMEN : RAMAI LAGI TU YANG KITA TAK NAMPAK... SYAITAN2 DAN HANTU2 BELAAN NIK AZIZ BERKELIARAN TU.... SILAP TEMPAT BUAT CERAMAH...

Muhyiddin sindir Nik Aziz



Muhyiddin Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman disambut meriah ketika mengadakan lawatan dan bersarapan bersama penduduk di Kondo Rakyat Desa Pantai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersikap seperti 'Tuhan' ekoran dakwaan Mursyidul Am Pas itu bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya parti itu menolak Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fatwa songsang Nik Abdul Aziz yang menggelarkan dirinya sebagai tokoh agama di dalam Pas itu amat mengecewakan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, kenyataan tersebut telah disanggah oleh ramai tokoh agama termasuk mufti-mufti, malah ramai umat Islam tahu hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan amalan seseorang itu diberi balasan pahala atau dosa.

''Kalau solat yang dianggap sebagai tuntutan agama dikerjakan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik dikatakan oleh Pas tak dapat pahala, ini semacam mengatasi Tuhan.

''Yang nak beri pahala dan dosa itu bukan dia tetapi dia dah hukum macam tu,'' katanya dalam sidang akhbar selepas program turun padang di sekitar Kondo Rakyat Desa Pantai, Lembah Pantai di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Pengerusi BN Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Muhyiddin dan Noorainee yang tiba pada pukul 9 pagi meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan penduduk dan peniaga di sekitar kawasan Kondo Rakyat Desa Pantai sebelum bersarapan pagi bersama orang ramai

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, Kota Bharu, Kelantan pada 3 Mac lalu.

Tambah Muhyiddin, kenyataan terbaharu oleh Nik Abdul Aziz itu membuktikan Pas layak digelar sebagai 'parti ajaran sesat' dan bukannya Parti Islam Se-Malaysia.

Beliau memberitahu, ramai orang akan sesat sekiranya mengikut Pas yang mempergunakan agama untuk tujuan politik, justeru hakikat itu menjadi peringatan kepada rakyat agar tidak mempercayai parti berkenaan.

''UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama berjuang untuk Islam. Kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, membela umat Islam, membangunkan bidang iktisad dan menyebarkan syiar Islam,'' ujarnya.

Muhyiddin juga meminta Nik Abdul Aziz agar tidak menyalahkan media kononnya tersalah lapor tentang kenyataan tersebut seperti yang pernah dilakukannya dalam banyak isu, melibatkan beliau sebelum ini.

Berhubung hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu malu setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkannya sebagai penakut jika tidak berbuat demikian.

''Dia kata tak takut tetapi saya fikir hati dia gementar sebab dia dengar kita akan meletakkan calon yang hebat, jadi dia berkira-kira, kalau duduk lama tak boleh bertahan.

''Tetapi bila Perdana Menteri cabar, dia malu. Jadi, dia berkira-kira hendak balik semula ke Permatang Pauh,'' jelasnya.

Bagaimanapun, Muhyiddin memberitahu, pengundi di Permatang Pauh boleh menilai dengan bijak siapa sebenarnya Anwar dan pencapaiannya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat mereka.

Anwar sebelum ini dikhabarkan mungkin bertanding di Perak atau Selangor, namun beliau akhirnya memutuskan untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130407/dn_03/Muhyiddin-sindir-Nik-Aziz#ixzz2Pq9Qp1OK
© Utusan Melayu (M) Bhd


Aku janji membela rakyat - PM

PRU - 13

Najib Tun Abdul Razak bersama barisan kepemimpinan Barisan Nasional melaungkan kata-kata semangat pada Perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 6 April - Barisan Nasional (BN) meneruskan tradisi membela rakyat dan memacu pembangunan negara menerusi manifesto sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Tajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan', manifesto yang pertama kali dibentangkan Najib sebagai Perdana Menteri itu mencakupi seluruh elemen yang diperlukan ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera dan berpendapatan tinggi.

Dirangka penuh bertanggungjawab serta dengan janji dan kewibawaan mampu direalisasikan, manifesto BN itu ternyata jauh lebih baik berbanding manifesto pembangkang yang disifatkan beliau manifesto fantasi dan khayalan.

Malah, manifesto BN itu juga dilancarkan dengan semangat perpaduan dan keutuhan menebal antara parti-parti komponen BN yang memayungi rakyat pelbagai kaum di negara ini serta etnik-etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tidak mahu dikaitkan dengan tindakan pembangkang memberi persepsi buruk kepada manifesto kerana sebelum ini menyifatkannya bukan janji, Najib mengikat apa yang dibentangkan itu sebagai aku janji yang pasti ditepati.

Di hadapan kira-kira 50,000 hadirin yang memenuhi stadium serta yang menyaksikan menerusi skrin besar di luar dewan, Najib ketika membentangkan aku janji itu berkata, dokumen yang mengandungi 17 perkara utama itu merupakan serius kerajaan kerana dibentangkan secara langsung kepada rakyat dan bukannya dibuat hanya dalam sidang akhbar.

Kata beliau, dokumen itu juga dirangka secara terperinci, sistematik kreatif dan inovatif atas falsafah Janji Ditepati yang sudah menjadi jenama BN selama ini atas kesedaran rakyat meletakkan harapan penuh kepada sebuah parti yang mampu membela nasib mereka.

"Saya memberi jaminan, jika rakyat memberi mandat baru kepada BN, kita akan laksanakan janji-janji kita kepada rakyat," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan gemuruh hadirin serta mendapat sokongan padu barisan kepimpinan tertinggi parti komponen BN yang berdiri di belakangnya.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam masa sama, Najib turut mengingatkan aku janji itu merupakan manifestasi kesedaran tinggi barisan kepimpinan parti itu bahawa BN merupakan parti yang mahu berkhidmat kepada rakyat dan rakyat merupakan ketua sebenar kepada BN.

Atas kesedaran itu juga, kata beliau, Malaysia dalam tempoh empat tahun lalu berjaya mencapai kemajuan dan kejayaan membanggakan termasuk berjaya mengelak krisis ekonomi yang gagal ditangani negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah.

Malah, beliau turut memberi contoh bagaimana Malaysia dalam tempoh empat tahun lalu berjaya menghapuskan kemiskinan tegar, mengurangkan kadar pengangguran, mengekang kadar inflasi dan melonjakkan kadar pendapatan rakyat.

Sebagai perbandingan, kata Perdana Menteri, rakyat boleh menilai kemampuan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka yang menyaksikan tidak hanya janji manifesto lalu tidak ditepati tetapi mengabaikan kebajikan rakyat di sebalik kuasa yang dipegang mereka.

Di Selangor, misalnya, ujar Najib, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini berdepan tindakan saman daripada rakyat yang menuntut hak-hak mereka selain krisis bekalan air yang disifatkan beliau tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara maju.

Di Pulau Pinang pula, kata beliau, kerajaan negeri lebih ghairah mengejar projek berbilion-bilion ringgit dalam pelaksanaan terowong bawah tanah berbanding menyediakan rumah mampu milik yang lebih diperlukan rakyat.

"Kelantan yang kononnya negeri Serambi Mekah, tetapi untuk ambil air wuduk pun airnya tidak bersih, di Kedah pun begitu juga, pentadbirannya sekarang kucar-kacir dan bermasalah besar," tambahnya.

Disebabkan itu, tegas Najib, pilihan raya umum bukan sahaja akan menentukan siapa atau parti mana yang akan memimpin negara sebaliknya bakal menentukan destinasi dan hala tuju negara.

Jelas beliau, pilihan raya itu juga sangat mustahak kepada BN untuk mencapai kemenangan dengan meyakinkan bagi memastikan dasar transformasi negara ke arah menjayakan Wawasan 2020 yang diilhamkan Dr. Mahathir menjadi kenyataan.

Di akhir ucapannya, Najib mengajak rakyat meyakini kemampuannya yang bertatih dari bawah dan dengan pengalaman kira-kira 37 tahun dalam dunia politik dan kepimpinan negara untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran yang dimulakan kerajaan BN sejak mengecapi nikmat kemerdekaan. Atas dasar itu juga, tegas Najib, beliau melihat pilihan raya umum akan datang dalam inti pati keboleh percayaan dalam kalangan rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan mampu memimpin negara iaitu sama ada memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri.

"Namun, saya dengan perasaan penuh rendah diri, jika inti pati kebolehpercayaan rakyat itu kepada saya, maka sokonglah dan undilah BN.

"Saya tidak boleh melakukan perkara ini berseorangan, saya perlukan pasukan saya dan pasukan inilah yang perlu kita berikan sokongan padu," katanya.

Mengakhiri ucapannya, Najib mengingatkan rakyat satu undi yang diberikan kepada pembangkang merupakan satu undi kepada masa depan yang tidak menentu, gelap, penuh kepalsuan dan undi kepada manifesto yang bersifat khayalan serta fantasi.

Sebaliknya, tegas beliau, satu undi kepada BN bererti satu undi kepada kemakmuran dan kestabilan ekonomi negara, satu undi yang membawa harapan sebenar rakyat dan penyatuan bangsa Malaysia.

Wednesday, 3 April 2013

CILAKO - SEMUA SALAH UMNO

Ulama pondok tegas tolak terus Pas
ABDULLAH Saamah (kiri) dan beberapa ulama dari Minda Pondok menunjukkan rang undang-undang hudud yang telah diluluskan oleh kerajaan Pas Kelantan tetapi masih belum dilaksanakan sehingga kini, di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 2 April - Sekumpulan ulama pondok di Kelantan yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas bertekad menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti berkenaan gagal mempertahankan kalimah Allah.

Menurut mereka, persetujuan Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dalam kenyataan bersamanya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 8 Januari lalu sememangnya tidak boleh diterima.

Ini kerana perkara tersebut amat berkaitan dengan usaha memelihara kesucian akidah Islam.
Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam, khususnya para ulama kerana parti itu dilihat menyokong fahaman pluralisme iaitu yang amat bercanggah dengan Islam.

"Inilah hakikatnya sekarang. Di peringkat pemimpin memang payah hendak kita perbetulkan, cuma apa yang boleh kita lakukan ialah memberitahu dan memaklumkan kepada rakyat dan pengikut-pengikut Pas agar jangan sokong parti ini lagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kedudukan Pas yang masih bersekutu dengan DAP dan PKR.

Lebih malang lagi, Pas sehingga hari ini belum menarik balik ketetapan yang dibuat bersama DAP dan PKR bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Majlis Syura Ulamanya telah membuat keputusan sebaliknya.

Harun yang merupakan tokoh ulama pondok turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menggunakan hujah Ayat 25 surah al-Luqman bagi membenarkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

"Sekali imbas bagi orang yang tidak belajar kata, ini hujah orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Sedangkan tidak betul. Orang bukan Islam tidak akan mengaku keesaan Allah. Mereka tetap mensyirikkan Allah.

"Adakah kita mahu mengaku manusia ini bertuhankan Allah sedangkan mereka mensyirikkan Allah?" ujarnya.

Tegas beliau, di peringkat ini, setiap umat Islam mahu tidak mahu wajib mempertahankan kalimah Allah iaitu kalimah suci berkenaan hanya untuk orang Islam.

"Perjuangan ini adalah jihad dan inilah perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud 'Aku diutuskan sehingga manusia menyebut tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah'," katanya.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah pula berkata, tindakan Pas yang bersekongkol dengan DAP telah menggalakkan konsep pluralisme agama yang jelas bercanggah dengan Islam.

Tegas beliau, perkara tersebut amat berkait rapat dengan soal akidah.

Berbanding dengan UMNO, katanya, parti itu sentiasa mempertahankan kesucian akidah Islam termasuk kalimah Allah daripada disalahgunakan.

Oleh itu katanya, menjadi kefarduan kepada setiap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan seperti ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff 
al-Hafiz berkata, budaya fitnah yang amat berleluasa di dalam Pas menyebabkan para ulama pondok di Kelantan tidak lagi mahu menyokong parti itu.

Beliau berkata, sejak dahulu Pas hanya tahu menghasut rakyat dengan fitnah-fitnah yang sengaja ditaburkan terutama menuduh UMNO menolak Islam.

"Tidakkah mereka tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh dan tidakkah mereka sedar pada hakikatnya UMNO merupakan sebuah parti yang mempertahan, menegakkan dan mengembangkan Islam?

"Semuanya ini disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan UMNO," ujarnya.


Parlimen bubar, PRU-13 dalam tempoh 60 hari

KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini. - UTUSAN


U ULANG I SAMAN - ADA BUKTI

PRU-13: Bob Lokman diperalat lagi cerca PM belum bubar Parlimen

BOB Lokman (berkopiah putih) berceramah di hadapan kira-kira 200 orang di Padang Jambu, Bukit Baru, Melaka di sini malam tadi. - UTUSAN/AZLI AHAD

MELAKA 3 April - Tidak sudah-sudah bekas selebriti yang kini aktivis Pas, Bob Lokman, terus diperalatkan oleh pakatan pembangkang khususnya Pas untuk membuat tuduhan, tohmahan dan cercaan kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di pentas ceramah mereka.

Terbaru malam tadi, sekali pun kredibilitinya di pentas politik dan kewajaran pembangkang memperalatkan beliau terus dipersoalkan ramai orang, Bob Lokman membuat tuduhan liar yang tidak berasas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Bok Lokman, Perdana Menteri sengaja melambat-lambatkan pengumuman pembubaran Parlimen kerana mahu mencetuskan huru-hara sekali gus membatalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun tuduhan Bob Lokman itu terang-terang tidak berasas dan tidak akan dipercayai umum, namun dia tetap menegaskan sedemikian ketika berucap dalam ceramah di pentas pembangkang di Taman Indah 2, Padang Jambu, Bukit Baru dekat sini malam tadi.

Lebih keterlaluan, dia secara membuta-tuli mengaitkan persoalan huru-hara dan kelewatan pembubaran Parlimen dengan tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan lain-lain tragedi di negara ini sebelumnya.

Katanya, Perdana Menteri mempunyai taktik untuk membatalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu dengan mengadakan huru-hara.

"Najib penakut tak bubar Parlimen. Mungkin tak bubar Parlimen ini ada satu taktik lain yang boleh membatalkan segala-gala yang mencetuskan huru-hara.

"Al-Maunah berlaku dekat pilihan raya, kes Ibrahim Libya juga dekat pilihan raya dan Lahad Datu juga berlaku dekat pilihan raya. Apa makna ini?

"Pemimpin ini penuh pengalaman dengan kejahatan dan penipuan dan mereka ini orang yang sangat tersusun dalam mengatur kerja mereka walaupun kerja-kerja jahat," katanya.

Populariti Bob Lokman nampaknya semakin menurun terutama di kalangan penyokong Pas sendiri apabila kehadiran beliau hanya mampu menarik kira-kira 200 orang khayalak ke program ceramah itu. - UTUSAN ONLINE

KOMEN : SEKOLAH KE TAK ORANG NI...? CAKAP SESUKA HATI GUNA LUTUT... NAJIB TAK BUBAR PARLIMEN LAGI SEBAB BAGI PELUANG PENCACAI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN2 MEREKA TERUS MEROYAN MENIPU PENGIKUT-PENGIKUT MEREKA SENDIRI...

SIAPA ? ANWAR...WAKAKAKA... SEMUA SALAH UMNO...

Penduduk tempatan tak hirau ceramah Anwar, dihadiri orang luar







JOHOR BAHRU 3 April - Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama pakatan pembangkang berceramah di Kampung Dato' Sulaiman Menteri, Majidee di sini malam tadi ternyata tidak mampu menarik minat penduduk tempatan.

Sebaliknya, sebahagian besar daripada mereka yang menghadiri ceramah itu adalah orang luar. Ini berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan sendiri dan juga kereta-kereta yang diletakkan di tepi Jalan Tebrau, adalah dari luar.

Selain Anwar, turut hadir pada ceramah itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Malah pengumuman oleh Anwar bagi nama-nama calon PKR yang akan bertanding di empat kerusi Parlimen di Johor terutama Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini tidak mendapat reaksi dan sambutan hangat daripada hadirin.

Ia seolah-olah bukan detik yang ditunggu-tunggu oleh penyokong pakatan pembangkang yang menghadiri ceramah itu.

Pengumuman nama bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru tidak mendapat tepukan gemuruh.

Begitu juga pengumuman nama Datuk Idris Jauzi sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat juga sedemikian, diikuti dua lagi calon PKR bagi kerusi Parlimen Tebrau, Steven Chong dan Parlimen Muar, Mohd. Hizwan Ahmad.

Ceramah itu juga ternyata janggal apabila kelibat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng tidak kelihatan, walaupun sebelum ini diuar-uarkan beliau akan bertemu Anwar bagi membincangkan hala tuju parti itu di negeri ini.

Terdahulu, dalam ceramah di Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang, penduduk seakan-akan dapat menghidu ucapan skrip Anwar yang dilihat mengulangi cerita lama seperti di lokasi-lokasi terdahulu sebelum ini.

Banyak pertanyaan yang ditujukan beliau kepada hadirin disambut dingin oleh mereka yang hadir dengan kebanyakannya hanya mendengar dan tidak respons kepada ucapan Anwar.

Pendeknya, tiada sorakan meriah atau tepukan gemuruh di kedua-dua ceramah melibatkan Anwar itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya
 /20130403/px_24/Penduduk-tempatan-tak-hirau-ceramah-Anwar-dihadiri-orang-luar#ixzz2PM7tBgpW
© Utusan Melayu (M) Bhd

KOMEN : SORILAH DATANG SALAH TEMPAT... INI BUKAN PERMATANG PAUH....

Monday, 1 April 2013

Jangan salah pilih parti - TPM



MUHYIDDIN Yassin ketika berucap dalam majlis Himpunan Barisan 1Malaysia bertemakan Patriot Untuk Keamanan Negara di Stadium Titiwangsa, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 31 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah pilih parti sewaktu mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, peringatan itu bukan untuk menakut-nakutkan rakyat sebaliknya berdasarkan fakta yang ada hubung kait dengan pembangkang.

Sebagai bukti, tambah beliau, pembangkang berbohong menerusi manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 selepas banyak janji-janji mereka sehingga kini tidak ditepati.

"Jika manifesto Pilihan Raya Umum 2008 mereka boleh berbohong, apatah lagi janji-janji dalam manifesto PRU-13 serta janji-janji mereka di dalam Buku Jingga. Rakyat perlu membuka mata tentang pembohongan ini.

"Begitu juga budaya songsang dan amalan songsang yang jelas bertentangan dengan tradisi kita, agama Islam kita," katanya.

Beliau berucap dalam majlis Himpunan Barisan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan bertemakan Patriot Untuk Keamanan Negara di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Program itu berjaya mengumpul sebanyak RM115,000 bagi mengisi tabung untuk disumbangkan kepada perwira negara yang gugur kerana mempertahankan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan balu-balu perwira negara yang gugur dalam Ops Daulat.

Menurut Muhyiddin, rakyat hanya mempunyai satu pilihan iaitu memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negara.

Katanya, perkara itu memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh tidak sampai empat tahun pemerintahan beliau berjaya melaksanakan program membangunkan negara dan membela rakyat melalui agenda transformasi negara.

"Sebagai contoh dalam tempoh empat tahun Malaysia di bawah pemerintahan Perdana Menteri, sebanyak 845,000 peluang pekerjaan baharu berjaya disediakan.

"Begitu juga dengan pencapaian eksport negara yang mencecah RM1.3 trilion. Itu belum dikira dengan pencapaian pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah beratus bilion ringgit," katanya.

KOMEN : TIADA ALASAN NAK PILIH PUAK PEMBANGKANG PUN....

PRU-13 masa terbaik tamatkan karier veteran politik pembangkang - Dr. M




TUN Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan kira-kira 14,000 penduduk pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
KIRA-KIRA 14,000 penduduk mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 1 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE

KOMEN : SETUJU SANGAT