Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 17 May 2012

HARGA DIRI DAN MARUAH ORANG MELAYU DIMATA DAP

Tawar RM50,000 tutup mulut


KUALA LUMPUR 16 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab.

Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta meninggalkan DAP adalah tepat.

"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.

Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding bapanya, Lim Kit Siang.

Katanya, sepanjang kemelut antara beliau dengan pucuk pimpinan DAP ekoran kritikan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, hanya Kit Siang yang menemuinya sebanyak dua kali manakala Guan Eng langsung tidak berbuat apa-apa.

"Saya telah menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam DAP secara bermaruah jika ia dianggap sebagai langkah yang paling sesuai mengembalikan semula keharmonian dalam parti selepas kritikan saya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Tetapi tiada jawapan diberi, Guan Eng tidak membalas surat saya, beliau tidak mempunyai kesopanan untuk berbuat demikian tetapi Kit Siang menemui saya dua kali, dia rakan lama dan saya mempercayainya, tetapi bukan Guan Eng, dia seorang yang berbeza," katanya.


KOMEN : BILA BAPAK SEGALA RASUAH YANG SELALU SESEDAP MULUT MENUDUH ORANG LAIN TERIMA RASUAH, SEDANGKAN DIRI SENDIRI KANTOL CUBA MEMBERI RASUAH ... APA CERITA?


Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Suka duka tugas seorang pendidik
KOSMO ONLINE
16/5/2012




TULISAN yang tertera ayat berbunyi, 'Saya ada rumah. Rumah saya cantik' kelihatan ditulis kemas di atas papan putih. Kemudian, kedengaran pula suara nyaring sekumpulan kanak-kanak mengeja satu persatu huruf yang membentuk ayat tersebut.

"Baiklah, sekarang siapa yang mahu mengeja dan membacanya seorang diri?," tanya Liza Mokhtar, 30, seorang guru yang bertugas di Tadika Ilham Bestari yang terletak di Ampang, Selangor itu. Sebaik mendengar kata-kata rangsangan daripada Liza, masing-masing bersemangat untuk mencuba sambil mengangkat tangan dan menjerit supaya nama mereka dipanggil untuk melakukan tugas tersebut.

Namun, apabila ada dalam kalangan mereka nama tidak dipanggil cikgu, keluhan kecil terkeluar dari mulut mereka. Ternyata riak muka anak-anak itu menunjukkan kehampaan. Itulah sebahagian gelagat pelajar tadika berusia enam tahun yang dapat disaksikan ketika mengikuti sesi pengajaran mereka di dalam kelas tersebut.

Menurut Liza, sepanjang empat tahun mengajar di tadika itu, banyak pengalaman manis yang diperoleh terutama dalam mengenali karakter setiap kanak-kanak yang belajar di sana.

"Memang seronok mengajar mereka. Apatah lagi, masing-masing mempunyai keletah tersendiri. Walaupun kadang-kadang mereka cepat bosan apabila belajar, tetapi apabila kita adakan kuiz atau permainan, semuanya berebut-rebut untuk mencuba," ujar Liza sambil memberitahu guru perlu berbuat sesuatu yang kreatif apabila melihat fokus kanak-kanak mula hilang di dalam kelas.

Bagi Siti Zabedah Abu Bakar, 28, pula, sebagai seorang guru tadika, mereka perlu bijak menarik perhatian kanak-kanak. Justeru, praktik pembelajaran menggunakan peralatan tertentu amat penting untuk dilaksanakan.

"Contohnya penggunaan kad huruf, bentuk-bentuk objek dan sebagainya. Selain itu, teknik belajar sambil menyanyi dan menari juga mampu mengembalikan minat kanak-kanak ini pada pembelajaran," kata Zabedah yang mula mengajar di Tadika Ilham Bestari pada tahun 2008.

Mencuit hati


PENDIDIKAN awal kanak-kanak di tadika mampu membentuk sikap dan peribadi mereka ke arah yang lebih positif.


Tambahnya, meskipun ada waktunya kanak-kanak di tadika itu membuatkan dirinya tertekan, namun pada masa yang sama mereka juga yang menjadi penawar hati mereka dengan pelbagai gelagat yang mencuit hati.

Sementara itu, Pengetua Tadika Ilham Bestari, Noor Azah Adnan, 50, memaklumkan bahawa, setiap guru perlu ikhlas dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik.

"Guru ialah satu pekerjaan yang mulia. Bahkan setiap kejayaan pasti bermula daripada didikan seorang guru. Justeru, amat penting untuk menanamkan sifat menghormati guru kepada anak-anak sejak kecil lagi," tutur Azah yang sudah terlibat dalam pengurusan taska dan tadika sejak dua dekad lalu.

Berkongsi pengalaman, ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, kanak-kanak yang dibesarkan di taska kendaliannya dan kemudian memasuki prasekolah di Tadika Ilham Bestari, mereka tidak segan silu berkongsi masalah dengan guru yang sudah dianggap seperti kawan.

"Bayangkan apabila seorang bekas pelajar tadika ini ketika didatangi haid pertama, dia bukan memberitahu ibunya sendiri, sebaliknya terus menceritakan masalah itu kepada guru yang pernah mengajarnya dahulu.

"Ia mungkin disebabkan rasa hormatnya pada guru tersebut sejak kecil. Kanak-kanak mempunyai hati yang bersih. Mereka tidak pernah berdendam apabila dimarahi, malah cepat lupa tentang apa yang telah dibuat kepada mereka. Lantaran itu, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam mencorak perilaku mereka yang akan dibawa hingga dewasa," tegas Azah.

Selepas menerima didikan awal di tadika, sekolah rendah pula menjadi medan untuk kanak-kanak meneruskan perjuangan mereka dalam menimba ilmu. Jika mereka cemerlang di tadika, pencapaian itu akan diteruskan di sekolah rendah. Andai guru yang mengajar mereka cukup komited dan berdedikasi, tidak mustahil minat untuk belajar sentiasa subur dan mekar dalam jiwa masing-masing.

Perkara ini diakui oleh Gopinat Muthy, 30, Ketua Panitia Bahasa Tamil, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anggerik di Taman Len Sen, Cheras, Kuala Lumpur. Ujar Gopinat, proses pengajaran masa kini lebih cenderung menggunakan peralatan alat bantu mengajar seperti kaedah persembahan daripada perisian power point, kad imbas dan membawa pelajar keluar dari kelas untuk melihat persekitaran.

HUBUNGAN guru dan pelajar yang erat menjadikan suasana pembelajaran di sekolah berjalan dengan harmoni.


"Kalau dahulu, guru hanya statik belajar di dalam kelas dan papan hitam, tetapi sekarang kaedah sedemikian boleh membuatkan pelajar jemu sekali gus menghilangkan minat mereka untuk belajar," ungkap graduan Fakulti Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya itu.

Dalam pada itu, memegang jawatan sebagai Ketua Guru Disiplin, Gopinat memberitahu, masalah atau kes disiplin yang melibatkan pelajar sekolah rendah tidak terlalu tinggi.

"Kes yang berlaku hanya melibatkan pergaduhan kecil disebabkan ejek-mengejek sesama mereka. Masalah itu biasanya dapat diselesaikan dalam tempoh sehari atau paling cepat satu jam. Kes seperti ponteng sekolah pula, jarang berlaku di sekolah ini," kata Gopinat yang rasa amat dihargai apabila ramai pelajar memberinya hadiah sewaktu sambutan hari guru atau hari lahir.

Sementara itu, Guru Besar SK Seri Anggerik, Sabariah Ali berkata, seiring dengan perkembangan teknologi, pelajar kini semakin bijak dan lebih mengetahui banyak perkara berbanding guru.

"Situasi ini menjadikan cabaran yang dihadapi para guru semakin besar. Justeru, amat penting mereka berada setapak di hadapan pelajar agar tidak dipandang rendah kerana buta teknologi maklumat (IT) contohnya dalam memahami penggunaan gajet-gajet canggih," ungkap Sabariah.


Pasir Gudang lokasi kedua UiTM di Johor

DARI UTUSAN MALAYSIA
16/5/2012




JOHOR BAHRU 15 Mei - Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal dibuka di Pasir Gudang pada tahun hadapan akan menjadi cawangan UiTM kedua di negeri ini selepas kampus pertama dibina di Segamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, projek UiTM Pasir Gudang yang memakan belanja RM308 juta itu bakal menampung kira-kira 4,000 pelajar peringkat diploma bidang kejuruteraan awam, elektrik, kimia dan mekanikal, di samping peluang praktikal terbaik kerana Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian.

"Melalui kerjasama erat dan perkongsian ilmu dengan pihak industri, UiTM berpeluang memastikan penuntutnya mendapat latihan praktikal terbaik. UiTM dan industri juga dapat bersama berusaha dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) selaras dengan hasrat negara mempelbagai produk tempatan berkualiti tinggi.

"Pembinaan kampus cawangan UiTM Pasir Gudang yang terletak di Bandar Seri Alam dijangka memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan merangsang pembangunan lebih pesat di Johor Bahru. Lokasinya juga tepat kerana ia merupakan kawasan industri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak UiTM Pasir Gudang yang dalam pembinaan dan penyampaian sumbangan oleh syarikat pembinaan bumiputera terlibat, Damai Abadi Sdn. Bhd., kepada 150 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada pelajar miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya.

UiTM Pasir Gudang adalah antara 12 projek kampus cawangan UiTM di seluruh negara di bawah projek kerjasama awam swasta (PPP) bagi tahun ini yang kini memberi tumpuan kepada prasarana institusi pengajian tinggi sebagai projek terbesarnya.

Jelas Nor Mohamed, penekanan berterusan akan terus diberikan kepada pendidikan dan pelajaran yang menyaksikan pembinaan berterusan universiti dan sekolah, selain tumpuan kepada kualiti pensyarah dan guru dalam menjayakan Wawasan 2020.


TAK LAYAK JADI MUFTI...

Nik Aziz terlalu taksub dunia politik
 DARI UTUSAN MALAYSIA
16/5/2012


KUALA LUMPUR 15 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik.

''Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar.

''Seorang pendakwah Islam yang baik, dia akan berusaha memperkasakan Islam itu dengan cara yang boleh memelihara kehormatan Islam. Jika dia tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap Pas dengan menganggap kenyataan Mufti Perak bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai pandangan lapuk seorang mufti.

Sementara itu, Bendahari Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Mohamed Aziz berkata, Nik Aziz tidak layak bergelar Mursyidul Am Pas kerana beliau sendiri tidak tahu sejarah Pas atau sebenarnya sengaja memesongkan sejarah Pas itu.

Katanya, Pas tertubuh kerana Pengasasnya, Ahmad Fuad atau yang ketika itu Biro Agama UMNO kecewa dengan UMNO setelah gagal merebut kerusi Yang Dipertua UMNO atau kini Presiden UMNO daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

''Lalu, Ahmad yang merajuk terus menubuhkan Pas. Persoalannya, adakah Nik Aziz tidak tahu perkara ini atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana orang Pas ini suka memutar belit fakta. Nik Aziz yang buta sejarah, bukannya Harussani.

''Nik Aziz tidak perlu menipu rakyat, rakyat juga tahu bahawa sebelum Pas wujud, UMNO lebih awal telah memperjuangkan agama Islam. Mursyidul Am Pas itu jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa soal dunia akhirat,'' katanya.

Mohamed seterusnya mempersoalkan, kenapakah Pas seringkali mempertikaikan kenyataan-kenyataan daripada pihak mufti dalam pelbagai isu dan adakah Pas merasakan mereka itu lebih hebat daripada golongan mufti di negara ini.

''Saya tidak fikir Nik Aziz layak menjadi mufti, meskipun dia itu seorang tok guru di Kelantan tetapi dia memang tidak layak dipilih sebagai mufti,'' katanya.

KOMEN : NIK AZIZ HANYA LAYAK MENGELUARKAN FATWA SONGSANG SEPERTI UNDI PAS MASUK SYURGA... DAN BELIAU CUMA LAYAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN... SERTA WAJIB BERDEMO....

Jangan kacau-bilau negara



Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor dikerumuni oleh pelajar dan rakyat Malaysia pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di di Dewan Indigo, Arena 02, Greenwich, timur London, semalam. - BERNAMA

LONDON 15 Mei - Di hadapan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia dari seluruh United Kingdom yang berkumpul bersama Perdana Menteri di sini semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang.

''Saya boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi ia haruslah dilakukan secara berhemah kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, petang semalam.

Segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum, termasuk yang membawa anak-anak datang ke majlis itu.

Rata-rata yang datang amat teruja melihat Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turun dari pentas, dalam suasana yang cukup santai, bertemu, beramah mesra, dan bergambar dengan mereka - walaupun pada peringkat awal ucapannya, Najib diganggu oleh dua tiga lelaki yang menjerit-jerit slogan antikerajaan kepadanya.

Jeritan mereka langsung tidak disambut oleh para hadirin. Najib bagaimanapun, menasihatkan salah seorang lelaki yang menjerit-jerit ke arah beliau supaya berjumpa dengannya, namun dia kemudiannya meninggalkan dewan itu.

Ribuan rakyat Malaysia menguasai suasana dan majlis itu berlangsung dengan cukup mesra sekali. Menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap lebih 30 tahun di kota raya kosmopolitan ini, inilah pertama kali beliau melihat satu perhimpunan paling besar membabitkan rakyat Malaysia dalam satu masa, di satu tempat.

Najib dalam ucapannya berkata, sebagai rakyat yang matang mereka haruslah menghormati beliau sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

''Kita mengamalkan amalan demokrasi, siapa yang mahu mengundi saya atau tidak bukan menjadi hal. Kita mempunyai pilihan, namun walaupun kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak bermakna kita boleh membuat kacau.

''Anggota-anggota polis yang mengawal keselamatan juga adalah manusia dan mereka juga mempunya hak asasi seperti kita. Mengapa diserang mereka.

''Demokrasi haruslah dilaksanakan secara bertanggungjawab. Saya berharap saya telah menyampaikan mesej yang cukup jelas, patuhlah kepada undang-undang. Apabila sampai masanya buatlah pilihan masing-masing," katanya.

Najib berada di sini atas lawatan kerja selama dua hari. Beliau dijemput khas oleh Putera Charles, pewaris takhta Britain, ke Istana St James hari ini sempena penganugerahan Piagam Diraja ke atas Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh ibundanya Ratu Elizabeth yang meraikan ulang tahun Jubli Intan pemerintahannya.

 

Yang Di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4

 
 
Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Mu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang keempat telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, pada 12 Mei 2012.

Perlantikan Seri Paduka Baginda adalah mengikut Seksyen 19A (2), Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), yang menyebut Yang Dipertuan Agong secara langsung akan dilantik sebagai Canselor UiTM sepanjang tempoh pemerintahannya.

Pemasyhuran yang turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah itu, disempurnakan dengan bacaan watikah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Istiadat Konvokesyen ke-76 juga berlangsung pada hari yang sama sebaik tamat istiadat pemasyhuran. Sidang pertama di UiTM Shah Alam melibatkan 1,030 graduan, yang terdiri daripada 40 graduan Doktor Falsafah dan 990 graduan Sarjana. Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda, Tuanku Alhaj Abdul Halim selaku Canselor UiTM.

Seramai 16,326 graduan menerima ijazah masing-masing sepanjang istiadat konvokesyen kali ini berlangsung, termasuklah di semua Kampus Autonomi UiTM, iaitu, kampus Perak, Perlis, Terengganu dan Sarawak.




Tuesday, 15 May 2012

PRU-13: BN mampu capai keputusan lebih baik - Dr. M


 DARI UTUSAN MALAYSIA
15/5/2012



KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding pada 2008.

Menurut beliau, ini berdasarkan petanda-petanda baik khususnya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan BN.

Namun, jelasnya, ia bergantung kepada Najib mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan BN mencapai objektif mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga.

''Sudah tentu beliau mahu mencapai majoriti dua pertiga. Saya juga berpendapat beliau akan dapat melakukan yang terbaik berbanding pilihan raya umum lalu,'' katanya selepas menghadiri pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, beliau dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan 2012.

Dr. Mahathir yang ditanya tentang masa terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen berkata: ''Saya rasa selepas raya (Aidilfitri).''

Menjawab soalan sama ada perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu akan memberi kesan terhadap pilihan raya umum akan datang, kata beliau, rakyat mula faham bahawa perhimpunan itu dianjurkan bukan bertujuan menuntut pembaharuan pilihan raya.

''Ia sekadar mahu menggambarkan kerajaan kini kononnya adalah kerajaan menindas dan polis bersikap kejam. Mereka tahu mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang.

''Mereka mahu rakyat melihat demonstrasi di Dataran Tahrir, Kaherah yang berjaya menumbangkan kerajaan Mesir dan itulah yang mereka mahu lakukan di sini,'' katanya.

Mengenai khabar angin yang mengatakan anaknya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bakal dilantik Menteri Besar Kedah jika BN berjaya merampas negeri itu nanti, jelasnya, ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

''Saya tidak mahu cakap apa-apa tentang anak saya. Apa yang penting ialah apa sebenarnya yang pucuk pimpinan mahu terhadapnya,'' katanya.

Terdahulu semasa memberikan ceramah sempena pelantikannya sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, beliau menggesa umat Islam supaya menghayati suruhan membaca oleh Allah seperti yang tercatat di dalam al-Quran.


SEKADAR CETUSAN HATI RAKYAT 2

Mana pergi peguam Melayu ketika agama, bangsa diasak?

KE mana perginya peguam-peguam Melayu yang kita lahirkan sejak Merdeka? Ke mana perginya mereka apabila Majlis Peguam yang tidak sudah-sudah mempersendakan perundangan atas niat jahat meruntuhkan moral dan akhlak Islam di Malaysia?

Apabila satu kenyataan oleh Majlis Peguam yang mahukan kebebasan seksualiti ditegakkan di Malaysia, adakah ini dianggap sebagai hak asasi kepada semua rakyat Malaysia?

Majlis Peguam juga pernah menganjurkan forum untuk membincangkan isu agama Islam secara terbuka. Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan oleh Pengerusi Majlis Peguam yang penuh dengan kontroversi dan menghina agama Islam.

Hari ini Melayu dihimpit atas dasar 'Hak Asasi'. Majlis Peguam menggunakan perkataan hak asasi demi untuk menjatuhkan Islam di Malaysia. Pelbagai tuntutan yang mereka buat sejak 10 tahun ini jelas menjurus kepada meruntuhkan nilai murni orang Islam dan masyarakat Malaysia.

Peguam Melayu sepatutnya mengambil bahagian dan mengambil tahu apakah yang sedang berlaku di dalam Majlis Peguam. Peguam Melayu juga sepatutnya lebih peka daripada dijadikan lembu di cucuk hidung terhadap apa sahaja yang diputuskan oleh Majlis Peguam.

Secara jelas, setiap pendirian yang dibuat oleh Majlis Peguam adalah suara kepada setiap ahli yang mana ia turut diwakili oleh anak-anak Melayu lepasan Universiti Islam Malaysia, Universiti Malaya dan semua universiti yang mempunyai jurusan guaman. Tetapi malangnya, anak-anak Melayu yang memperolehi segulung ijazah atas dasar 'Hak Istimewa' terlena dengan khayalan duniawi tanpa ada rasa tanggungjawab berpersatuan.

Lihat sahaja resolusi yang diluluskan untuk mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini. Majoriti yang hadir dan mengambil bahagian dalam pengundian adalah kaum Cina dan India. Di mana anak-anak Melayu yang menjadi ahli kepada Majlis Peguam ketika itu?

Menjadi ahli kepada Majlis Peguam demi untuk menjalankan perniagaan tanpa menggunakan hak sebagai ahli adalah menjadi kebiasaan kepada orang-orang Melayu. Sikap tidak mengambil tahu dan tidak peduli terhadap organisasi yang mereka sertai adalah perkara biasa. Ini berbeza dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka akan menggunakan apa sahaja ruang yang ada untuk mendapatkan hak mereka.

Anak-anak Melayu yang menjadi peguam hari ini tidak boleh menafikan yang mereka mendapat segulung ijazah atas Dasar Ekonomi Baru, atas Dasar Hak Istimewa dan bukannya Hak Samarata sebagaimana yang dipertikaikan oleh Majlis Peguam sebelum ini.

Bilakah agaknya orang Melayu boleh bergantung harap kepada anak-anak Melayu yang sudah mempunyai ijazah guaman untuk membela orang-orang Melayu?


KOMEN : HANYA TERDAPAT SEGELINTIR SAHAJA PEGUAM MELAYU/ISLAM YANG SANGGUP BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA... YANG LAIN TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI...

SEKADAR CETUSAN HATI RAKYAT

Majlis Peguam jangan dayus


SEBELUM ini saya sememangnya sudah memandang serong profesion guaman, bukan sahaja kerana kesan gambaran negatif media malahan pengalaman apabila ahli keluarga dianiaya peguamnya sendiri.

Namun, perkembangan semasa melibatkan Majlis Peguam, kononnya sebuah badan profesional dalam menyokong agenda politik pihak tertentu menyebabkan saya dan keluarga semakin memandang sepi profesion itu.

Janganlah anggap rakyat negara ini tiada otak dan tidak dapat menilai apa yang pentadbiran tertinggi Majlis Peguam nyatakan dan lakukan.

Jika sebelum ini pembangkang menuduh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya 'orang kerajaan', kini Majlis Peguam dengan terang lagi nyata mengaku mereka 'orang pembangkang'.

Ini bukan sahaja tidak adil kepada ahli-ahli Majlis Peguam, malahan melanggar kepercayaan mereka dan juga rakyat untuk sebuah badan profesional yang sepatutnya bertindak mengikut tujuan asal penubuhannya.

Bagi yang belum sedar, majoriti rakyat negara ini adalah pengundi atas pagar dan bukannya penyokong tegar mana-mana parti politik. Kami memerhati semua tindak tanduk pihak terlibat dan menilai sendiri sebelum 'memangkah'.

Oleh itu, Majlis Peguam jangan jadi dayus menuduh orang bermacam-macam, umpama kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Seperti mana rakyat mahu SPR bebas pengaruh politik, ahli Majlis Peguam juga mahu badan itu bebas pengaruh politik dan bertindak atau nyatakan pendirian secara profesional.

Hentikanlah ego kononnya anda lebih tahu tentang perundangan berbanding orang lain kerana undang-undang Tuhan dan hukum alam lebih kuat natijahnya.

Jika anda menghalalkan perhimpunan Bersih 3.0 dan menuduh polis sebagai 'penjahat', bersedialah bila ahli Majlis Peguam dan rakyat mengadakan perhimpunan menuntut sebuah Majlis Peguam yang 'Bersih'?

Sesuai jika perhimpunan itu digelar 'Bersih Zero', peserta akan minta diadakan pemilihan telus untuk kepimpinan Majlis Peguam agar badan itu kekal profesional, neutral dan bebas pengaruh mana-mana pihak.

Ketika itu, jika peserta perhimpunan Bersih Zero merempuh pejabat Majlis Peguam, adakah kepimpinan badan itu mahu polis berdiam diri?

Mungkin lebih elok polis tidak 'berjaga' di perhimpunan itu bagi mengelakkan sekali lagi dikatakan 'bertindak ganas' oleh golongan yang mereka cuba lindungi.

Saya mewakili rakyat Malaysia menyatakan kami memilih hidup harmoni dan tidak suka kepada perbalahan semata-mata untuk pihak tertentu berebut kuasa dan kekayaan.

Gunalah otak, ikut saluran yang disediakan dan jangan jadi samseng di bumi bertuah ini atau bersedialah anda berdepan dengan kemarahan 'kumpulan majoriti' ini.


BERAPA PULAK UMNO/BN BAYAR PADA AMAH NI?

Kenyataan Irene tidak benar - Amah
KEMESRAAN antara Warti Ningsih bersama Khadijah Abdul Samad umpama satu keluarga ketika ditemui di Melaka, semalam.

SEREMBAN 13 Mei - Pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di negara ini menyifatkan kenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez kononnya rakyat Indonesia yang mencari rezeki di negara ini menerima layanan kejam, sebagai mengarut dan tidak benar. Sebaliknya mereka percaya negara ini merupakan lubuk rezeki rakyat negara itu untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung halaman.

Bagi Mutenah Basimu, 55, dia menyangkal kenyataan Irene yang dianggap tidak mewakili seluruh pekerja Indonesia yang berada di negara ini sebaliknya membuat tuduhan berpandukan sebilangan kes terpencil. ''Saya tidak faham mengapa dia perlu berkata begitu, sedangkan saya berasa Malaysia seperti syurga dan selama empat tahun bekerja di sini, saya langsung tidak pernah dihina apatah lagi didera oleh majikan.

''Semuanya lengkap di sini, saya gembira gaji pun lumayan, saya boleh hantar pulang wang setiap bulan untuk menampung keluarga," katanya yang berasal dari Jawa Timur. Katanya, majikannya tidak pernah melupakan segala keperluan dirinya termasuk soal makan minum, penjagaan diri termasuk pakaian. ''Lagipun di Malaysia persekitarannya aman, jenayahnya kurang, kalau tidak pulang pun tidak mengapa," katanya.

Irene dalam satu temu bual dengan The Jakarta Post baru-baru ini, mengecam Malaysia sebagai bukan sebuah negara terbaik untuk rakyat Indonesia mencari rezeki. Beliau menyifatkan wanita Indonesia yang bekerja dalam sektor pembantu rumah di Malaysia hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol.

Bagi Nurhikmah Tauhari, 22, meskipun baru setahun menjejakkan kaki ke Malaysia, namun majikannya sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. ''Mereka layan saya seperti keluarga, saya gembira bekerja di sini dan tidak pernah didera. ''Saya memilih Malaysia kerana ingin bekerja dengan majikan seagama dengan saya, sebab itu saya tidak ke negara lain," katanya yang berasal dari Sumatera itu.

Katanya, gaji yang diperoleh buat masa ini mampu untuk menampung kehidupan ibu dan bapanya termasuk enam adik beradik. ''Jika ingin dibandingkan, sukar untuk saya memperoleh gaji sebegini di Indonesia," katanya.

Seorang lagi amah dari Indonesia yang kini bertugas dengan seorang majikan di Melaka, Warti Ningsih, 34, berkata, dakwaan kononnya negara ini tidak selamat bagi pembantu rumah Indonesia tidak benar sama sekali kerana dengan pekerjaan itu, dia mampu memiliki rumah sendiri dan menanggung pengajian anak-anaknya.

Menurutnya, dia mula berkhidmat sebagai pembantu rumah di negara ini sejak 2003 dan mampu mengirim wang kepada keluarganya sehingga RM700 sebulan. "Alhamdulillah hubungan saya dan majikan bagaikan keluarga, malah saya tidak pernah dimarahi atau diherdik jika melakukan kesilapan. "Saya bekerja bukan untuk mengambil kesempatan tetapi ikhlas mencari rezeki, syukur kehidupan keluarga yang dulu susah dan hanya bergantung kepada pendapatan harian suami kini jauh lebih baik. "Saya sering berdoa agar keluarga majikan senang dan saya pun akan ikut senang dan sepanjang tempoh ini, saya tidak pernah menyesal bekerja di negara ini," katanya.

Warti berkata, dia selesa jadi pembantu rumah dan tidak pernah merasakan dirinya terasing. Sebagai manusia biasa, katanya, dia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan seperti secara tidak sengaja merosakkan baju majikannya ketika menggosok pakaian. Bagaimanapun, katanya, sangkaan dia dimarahi meleset sama sekali kerana dia hanya dinasihati agar berhati-hati melakukan pekerjaan itu.

Warti yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu mempunyai tiga anak lelaki berusia antara 12 hingga 21 tahun manakala suami, Zainal Arifin, 38, bekerja sebagai pemandu angkut. Katanya, dia dibenarkan pulang ke negaranya sekali dalam tempoh dua tahun bagi meraikan Hari Raya Aidiladha, malah dia diberi cuti selama 40 hari setiap kali pulang ke rumahnya. "Keluarga saya semuanya tahu bahawa saya bekerja dengan baik di negara ini, sebagai ahli keluarga mereka tentu sahaja bimbang, namun saya menerangkan apa yang benar kepada mereka.

"Tentang kes Nirmala Bonat yang pernah didera satu ketika dulu, ramai juga yang bertanya tetapi saya terangkan kepada mereka bahawa tidak semua majikan sebegitu," katanya.

Dalam pada itu, majikannya, Khadijah Abdul Samad, 86, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah atau kesukaran sepanjang Warti bekerja. Malah, katanya, dia dan Warti umpama keluarga sendiri dan selesa membawa Warti bersama jika hendak ke mana-mana.

KOMEN : SI IRENE NI TERSASUL KETIKA BERCAKAP... SEBENARNYA DIA NAK KATA YANG KAT INDIA TU YANG TAK SELAMAT... TAPI SEBAB DENGKI DENGAN KERAJAAN MALAYSIA... TERUS TERKELUAR PERKATAAN YANG MALAYSIA YANG TAK SELAMAT... KITA HANTAR DIA PERGI INDIA.. TENGUK DIA BOLEH HIDUP TAK...?

Monday, 14 May 2012

PAS salah guna Islam


DARI BERITA HARIAN
2012/05/14





KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

Ibrahim berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Harussani juga menggesa ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.  Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan BERSIH 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.

“Al-Quran dan hadis menjelaskan mengenai larangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran. Dataran Merdeka diletakkan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan dan adalah haram menceroboh kawasan itu. Demonstrasi BERSIH 3.0 juga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan orang ramai. Malah, niat hendak menjatuhkan kerajaan juga menjadikan demonstrasi itu haram untuk disertai.

“Dalam Islam tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yang fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam,” katanya.

Harussani yang berada di Institut Jantung Negara (IJN) ketika keputusan mengharamkan Bersih 3.0 dibuat, yakin jika tidak dikawal, demonstrasi itu akan menjadi ‘bugah’ atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekali gus membolehkan pemberontak dihukum bunuh.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas kenyataan perjuangan PAS menyimpang, selain menyalahgunakan Islam, berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang sangsi dengan perjuangan mereka.

“PAS menjamin konsisten dengan Islam dan Majlis Syura Ulama yang memelihara perjalanan PAS mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Di MELAKA TENGAH, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi haram bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajak orang ramai kepada kebaikan.

Beliau mendakwa, pada zaman Rasulullah SAW, Saidina Umar Al-Khattab pernah berdemonstrasi bersama umat Islam lain dengan berjalan dari rumah seorang daripada sahabat baginda menuju Baitullah bagi menentang penindasan dilakukan kafir Quraisy terhadap mereka. 
 
KOMEN : MEREKA TIDAK AKAN MENGAKU PUNYA... WALAU APA PUN MEREKA TETAP BETUL, UMNO YANG SALAH... SIAPA YANG NAK MENGAKU TERBERAK KAT TEPI JALANKAN...

Ahli mahu saman Majlis Peguam


Khairul Azam

KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan yang diadakan semalam sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil, maka kelulusan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis terhadap peserta perhimpunan haram, Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu juga akan terbatal.

''Saya melakukan ini kerana mendapati Majlis Peguam gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila semalam dalam tempoh kurang lima jam dengan jelas telah memaparkan terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui dan banyak lagi.

''Maka, saya nekad memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat sebarang keputusan dan perintah,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, seramai 1,270 ahli Majlis Peguam menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan itu dengan 939 undi menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta Bersih 3.0 manakala 16 lagi membantah.

Khairul Azam berkata, antara alasan utama membuatkan beliau mahu mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana yakin jumlah peguam yang hadir pada mesyuarat semalam tidak mencapai korum 500 peguam yang merupakan syarat sah untuk sesuatu mesyuarat agung dan resolusi dilaksanakan.

Ini kerana beliau mendapati, jumlah hadirin yang kononnya 'ahli majlis' telah bercampur dengan pelatih dalam kamar iaitu jika mengikut syarat, mereka tidak dibenarkan untuk mengundi selain wujud satu lagi kumpulan individu yang tidak pasti tentang status kelayakan mereka.

Turut menjadi kemusykilan, katanya, terdapat beberapa wartawan dan orang awam menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai 'peguam'.

''Saya bertindak menyuarakan perkara tersebut kepada Presiden, Lim Chee Wee. Beliau dalam jawapannya semalam berkata, ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali Mesyuarat Agung Majlis mahupun Badan Peguam sejak sekian lama dan meminta saya untuk membiasakan dengan 'tradisi' tersebut.

''Saya meragui perjalanan mesyuarat itu mengikut peruntukan Seksyen 65 (4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976 iaitu berkaitan korum. Apatah lagi apabila proses pengundian meluluskan resolusi, mereka yang bukan peguam turut mengangkat tangan menyokong,'' katanya.

Khairul Azam mendakwa, berikutan insiden semalam, Majlis Peguam di bawah pengurusan Chee Wee bukan lagi satu badan profesional kerana telah secara jelas mengamalkan penipuan dengan membawa masuk 'pengundi hantu'.

Beliau mencabar Chee Wee mengadakan semula satu mesyuarat tergempar dengan memanggil kesemua 14,000 ahli majlis bagi membuat tayangan video penuh tentang perhimpunan Bersih 3.0 bagi mendapatkan satu keputusan resolusi yang adil dan bukannya mempertontonkan video yang hanya memaparkan pergaduhan antara peserta Bersih dengan polis seperti yang ditayangkan semalam.

KOMEN : KALAU DAH PENIPU YANG PEGANG JAWATAN DALAM MAJLIS... SEMUA PERKARA NAK DITIPUNYA... WUJUDKAN PERSATUAN PEGUAM YANG LAIN SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA PEGUAM SEPERTI YANG DIAMALKAN DINEGARA MAJU...

JOHOR - RAPID cetus pelaburan RM120b


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diberi penerangan oleh Wan Yusoff Wan Hamat mengenai model Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) sambil diperhatikan Najib Tun Razak, Abdul Ghani Othman dan Azalina Othman Said pada majlis Pelancaran RAPID di Jalan Desaru, Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI 13 Mei - Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dibangunkan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) di Pengerang dekat sini mampu mencetuskan nilai pelaburan sebanyak RM120 bilion dalam tempoh lima tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah tersebut termasuk pelaburan baru daripada sebuah syarikat petrokimia dari Taiwan dengan jumlah pelaburan dianggarkan sebanyak RM36 bilion (AS$12 bilion).

Menerusi pelaburan itu, syarikat tersebut bersetuju menjalankan satu kajian pelaburan bagi sebuah kompleks bersepadu minyak dan petrokimia berhampiran projek RAPID, sekali gus manfaat bersama bakal diperoleh menerusi perkongsian kemudahan dan infrastruktur.

"Kompleks yang bakal dibangunkan syarikat berkenaan terdiri daripada sebuah loji penapisan minyak dengan kapasiti sebanyak 150,000 tong sehari serta sebuah loji perekah nafta dengan kapasiti sebanyak 800,000 tan setahun.

"Justeru, jika kedua-dua projek ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, ia mampu memproses minyak sebanyak 450,000 tong sehari dan merekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.

"Dengan itu, ia mampu mengukuhkan lagi Johor sebagai pusat minyak dan gas serta petrokimia yang unggul bukan sahaja di Asia, malah di persada dunia," katanya ketika berucap pada Majlis 

Pelancaran Projek RAPID yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. Turut berangkat lima putera baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas serta Ketua Pegawai Operasi Petronas, Wan Yusoff Wan Hamat.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan replika cek bernilai RM1.24 juta kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen untuk membaik pulih 124 buah rumah nelayan yang terlibat.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM1.7 juta diberikan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) untuk tujuan sama membabitkan 172 buah rumah.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini sebanyak RM4.1 juta telah dibayar kepada nelayan yang terjejas menerusi satu tabung khas yang melibatkan syarikat-syarikat terbabit dalam projek itu. Menurut Najib, projek RAPID yang dijangka memulakan operasi pada 2016 itu adalah berskala besar daripada pelbagai aspek termasuk teknologinya jauh lebih mencabar kerana ia menggabungkan skala kompleks Petronas di Kerteh, Gebeng dan Melaka.

"Jadi, kalau projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur pelaburannya sekitar RM45 bilion, RAPID ini pula jumlahnya lebih tiga kali ganda daripada projek pengangkutan tersebut, sekali gus mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri ini khasnya," katanya.

Menurutnya, pada peringkat pembinaan sebanyak 50,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan, manakala apabila siap kelak sebanyak 5,000 peluang pekerjaan tetap akan disediakan hasil daripada projek pembangunan mega tersebut.

Perdana Menteri berkata, selain syarikat dari Taiwan, Petronas juga telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan syarikat kimia antarabangsa, BASF SE dari Jerman yang merangkumi antaranya pelan untuk membangun dan menyelia kawal kemudahan pengeluaran bertaraf dunia.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan soal alam sekitar kerana sebagai sebuah syarikat multinasional, Petronas sudah pasti akan mengambil kira semua faktor tersebut mengikut piawaian ditetapkan.

KOMEN : LAGI PEMBANGUNAN EKONOMI YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN BN...

Perdana Menteri lepaskan konvoi KMJ 2012


DARI UTUSAN MALAYSIA
14/5/2012
NAJIB Tun Razak mengibarkan bendera Johor sebagai tanda pelepasan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor 2012 di pekarangan TJ Mart, Kulaijaya, Johor, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KULAIJAYA 13 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melancarkan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi hadir dan melepaskan konvoi motosikal berkuasa besar yang diketuai baginda sendiri.

Dalam titahnya, Sultan Ibrahim turut menyatakan penghargaan kepada sumbangan besar yang diusahakan Najib kepada Tabung KMJ 2012 bagi membolehkan jumlah barangan untuk disumbangkan kepada rakyat kurang bernasib baik meningkat dua kali ganda berbanding jelajah tahun lalu.

"Jika Perdana Menteri mempunyai walkabout dan Jelajah Janji Ditepati, saya pula ada Kembara Mahkota Johor untuk dekati rakyat dan rapatkan hubungan istana. Sumbangan pelbagai barangan berbentuk peralatan adalah untuk ubah nasib mereka demi kehidupan lebih baik.

"Adalah lebih baik memberi pancing untuk makan setahun daripada memberi ikan untuk makan sehari," titah baginda pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Kembara Mahkota Johor 2012 di TJ Mart, Saleng, di sini hari ini.

Selain Perdana Menteri, hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting.

Baginda juga berkenan mencabut nombor bertuah untuk dua motosikal jenama EX5 yang dimenangi oleh seorang pekerja Southern Waste Management Environment Sdn. Bhd. (SWM), Misran Janis, 48, dan peniaga, Choo Nyook Few, 62.

Sultan Ibrahim yang diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar dan putera ketiga baginda, Tunku Abdul Jalil bersama konvoi 30 motosikal berkuasa besar dilepaskan oleh Najib untuk menuju ke Pengerang, Kota Tinggi bagi merasmikan Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Terdahulu dalam ucapannya, Najib turut menyatakan rasa terharu kerana ini kali pertama beliau diberi penghormatan melepaskan konvoi Kembara Mahkota Johor yang disifatkannya sebagai unik kerana diketuai seorang raja yang turun ke seluruh pelosok negeri untuk meninjau keadaan rakyat jelata.

"Jika kita sentiasa mendekati rakyat, proses jalinan hubungan akan berjalan dengan lancar. Johor kini di ambang pembangunan yang besar melalui Iskandar Malaysia yang diusahakan kerajaan sedia ada dan bersama Tuanku, bahkan projek besar RAPID akan dirasmikan sebagai tapak pelaburan terbesar di Malaysia.

"Kita tidak mungkin menjanjikan sesuatu yang takkan dapat dicapai, tidak seperti pembangkang yang janji bermacam-macam semasa pilihan raya dulu tetapi masih tak tercapai. Kerjasama kerajaan negeri dan Pusat menjadikan ia satu entiti sama supaya pelbagai kemajuan dapat dicapai," katanya.

ANWAR PUJUK DOLLAH MAHU MASUK UMNO SEMULA...

Keburukan Anwar terdedah lagi


KUALA LUMPUR 13 Mei - Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.

Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini.

"Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.

"Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu Perdana Menteri kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam kerajaan," katanya.

Beliau berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini malam semalam.

Mohamad Ezam juga mendedahkan, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, pernah membawa seorang rakan ulama Abdullah dari Surabaya, Indonesia bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.

"Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk memujuk kiai atau ulama berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.

"Anwar memujuk kiai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiai terbabit," katanya.

Mohamad Ezam berkata, Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau dapat memerintah Malaysia dan memuaskan nafsu serakahnya dalam banyak perkara.

Menurutnya, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah menyifatkan Najib yang sewaktu itu Exco Pemuda UMNO sebagai individu paling berpotensi menerajui negara kerana kepandaian dan kecerdikan yang ada padanya.

"Justeru, tidak hairanlah kenapa Anwar begitu drastik melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana beliau terlalu takut dengan individu yang bernama Najib," katanya.

KOMEN : MEMANG DASAR MUKA TAK MALU DAN GILA KUASA.... 

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SKUAD HOKI REMAJA ASIA

Malaysia juara Hoki Remaja Asia
Pemain hoki Malaysia meraikan gol kedua yang dijaringkan oleh Mohamad Syamim Mohd. Yusof (dua dari kanan) pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia menentang Pakistan di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka, malam tadi. Kemenangan itu mencatat sejarah apabila skuad negara muncul juara buat pertama kali. - UTUSAN/Azli Ahad

MELAKA - Malaysia melakar sejarah apabila menjuarai Kejohanan Hoki Remaja Asia buat kali pertama selepas menewaskan johan tiga kali Pakistan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit, semalam.

Sebaik pengadil perlawanan meniup wisel penamat, stadium bergema dengan sorak peminat yang berpesta meraikan kemenangan paling bermakna skuad projek 2013, yang menunai janji untuk bergelar juara.

Peminat menyerbu masuk ke padang mengucapkan tahniah kepada pemain selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Pakistan, yang juga pasukan pilihan pada kejohanan kali ini. Kemenangan itu membolehkan Malaysia muncul negara keempat menjuarai kejohanan ini selepas Pakistan (1987, 1992 dan 1996), India (2004 dan 2008) dan Korea Selatan (2000).

Kemenangan paling bermakna itu menebus kekecewaan 20 tahun lalu apabila skuad negara sekadar bergelar naib juara, tunduk 3-0 kepada Pakistan dalam perlawanan akhir di Ipoh pada 1992. Jaringan Faizal Saari pada minit kedua dan Mohamad Syamim Mohd. Yusof pada minit ke-18 membolehkan skuad 2013 negara dinobatkan juara baru kejohanan.

Hadir menyaksikan perlawanan ialah Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Azlan Shah, Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Seawal dua minit pertama perlawanan lagi Malaysia membuat kejutan yang menggamatkan lebih 7,000 peminat apabila Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti menewaskan penjaga gol Pakistan, Mazhar Abbas.

Pada minit ke-17, skuad negara hampir mencipta jaringan kedua namun gerakan solo Muhamad Firham Ashari berjaya dipintas Mazhar.

Namun seminit selepas itu Stadium Hoki Bukit Serindit kembali bergema dengan sorakan peminat apabila Malaysia menambah gol kedua jaringan Mohamad Syamim Mohd. Yusof. Gol tercipta dalam keadaan kelam-kabut di depan pintu gol lawan dan Mohamad Syamim tidak menghadapi masalah menolak masuk menjadikan kedudukan 2-0.

Peluang terbaik buat Pakistan untuk merapatkan jurang seminit sebelum rehat namun tolakan pukulan sudut penalti Tasawar Abbas melewati palang gol. Pakistan akhirnya berjaya merapatkan jurang apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-42 hasil jaringan Muhammad Irfan. Permainan terhenti tiga minit sebelum tamat apabila pemain kedua-dua pasukan bertelagah selepas pemain negara Mohamad Syamim dikasari pemain Pakistan.

Pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain Pakistan, Muhammad Khalid dan Mohamad Syamim.

Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, kemenangan berpihak kepada penyandang juara India selepas menewaskan Korea Selatan 2-1.