Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 29 April 2014

Hari ini catu air, esok catu elektrik, lusa dua-dua dicatu




Oleh Hassan Mohd. Noor





WARGA Lembah Klang amat berharap catuan bekalan air berakhir minggu ini. Air empang­an khabarnya sudah menunjukkan peningkatan. Hujan pula semakin kerap. Biarlah hari ini atau esok tiada lagi catuan. Cukuplah ‘ke­­sengsaraan’ yang dialami. Bukannya tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi sekadar menyelak kembali bagaimana jika manusia mampu merancang untuk mengelak ‘kesengsaraan’ ini dan tidak menunjukkan ‘keangkuhan’. Janganlah mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Masing-masing ada kepakaran. Gunakanlah kepakaran itu sebaik mungkin bagi kepentingan ramai. Contohnya penggunaan air lombong. Tidak dinafikan, air najis pun kalau diproses akhirnya boleh diminum, tetapi biarlah semua itu menjadi pilihan terakhir.

Kalau ada pihak menyatakan tanpa Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) air mencukupi untuk tempoh beberapa tahun akan datang, maka tidak timbullah idea mengepam air lombong. Kalau pakar kata air bekas lombong boleh menimbulkan masalah maka janganlah kebimbangan itu ditolak mentah-mentah. Jangan timbulkan keresahan rakyat. Buatlah kajian kesesuaiannya. Sekarang, air bekas lombong terpaksa dipam dan bukannya percuma. Ada kos di situ. Adakah lebih murah jika dibandingkan dengan Langat 2? Menjelang titisan pertama air Langat 2 dalam tempoh tiga tahun lagi, eloklah kerajaan negeri atau pihak yang bertanggungjawab mencari jalan supaya apa yang dialami tidak berulang. Minggu ini, selepas catuan berakhir, tong, baldi, botol untuk simpanan air yang menjadi rebutan akan terbiar, disimpan di dalam stor atau tidak dipedulikan.

Bagi yang mempunyai tangki air mencukupi, mungkin mereka tidak terasa dengan catuan lebih-lebih lagi jumlah penggunaan atau isi rumah teramat kecil sehingga tidak perlu bayar bil. Seorang sahabat memberitahu, semasa catuan, air tangki masih ada. Dia bersyukur tinggal di Selangor. Itu katanya yang hanya berdua. Bayangkan bagi isi rumah yang ramai. Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Oii yang sekali sekala pulang ke Selangor dan terpaksa ‘mandi kerbau’ pun marah kepada Menteri Besar yang didakwa gagal menangani isu air. Disebabkan isu ini, beliau juga meminta Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Seperkara lagi, sejauh mana catuan air mampu mendidik masyarakat untuk menghargai air? Apa pula langkah yang diambil oleh mereka yang tidak mengalami catuan? Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) baru-baru ini menjelaskan pemilihan kawasan catuan air bukan berdasarkan status sosioekonomi pengguna. Pemilihan berdasarkan pertimbangan teknikal sistem agihan. Pengecualian hanya pada kawasan secara khusus dikecualikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), iaitu pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya dan kerajaan Selangor serta pusat bandar raya Kuala Lumpur. Ia turut meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pelabuhan Klang, Zon Perdagangan Bebas, hospital kerajaan dan swasta, pusat dialisis serta Stesen Janakuasa Salahudin Abdul Aziz di Kapar. Adakah mereka yang tinggal di kawasan pengecualian ini mengambil iktibar masalah yang dihadapi kebanyakan penduduk di Lembah Klang? Adakah selepas ini, bekalan air percuma atau subsidi yang diberi akan ditarik balik untuk mendidik pengguna menjimatkan air? Adakah Kerajaan Selangor akan membuat pusingan U?

Baru-baru ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dilaporkan akan mengemukakan cadangan kepada SPAN untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus. Cadangan itu diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan dan mengelakkan catuan air. Kenaikan itu diharap dapat mengurangkan penggunaan air. Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama seba­nyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter). Adakah kita bersetuju kenaikan tarif elek­trik mampu mendidik pengguna? Adakah pengguna bersedia menjimatkan elektrik? Adakah mereka bersedia menghadapi catuan bekalan elek­trik?

Persoalan ini timbul kerana ketika catuan bekalan air, ada pelbagai pendapat. Ada yang berkata, biar tidak ada elektrik asal ada air dan ada pula yang berkata, lebih rela tidak ada air asal ada elektrik. Kata orang, belum cuba belum tahu. Belum rasa belum tahu. Tentunya kita tidak mahu berada dalam situasi kedua-duanya tidak ada - elektrik dan air. Selak kembali situasi yang berlaku apabila bekalan elektrik terputus untuk satu atau dua jam sahaja. Kecoh dibuatnya. Di jalan raya, pergerakan kenderaan kelam kabut; di rumah, restoran dan gerai makan, banyak kerja masak memasak tidak dapat dilakukan; kilang terpaksa menghentikan operasinya dan pelbagai lagi. Begitulah ‘kesengsaraan’ tanpa elektrik.

Jika air masih boleh disimpan di dalam tangki, tong, baldi, botol dan sebagainya, apa pula yang boleh dilakukan untuk mengatasi catuan elektrik? Adakah generator serta alternatif lain semurah baldi atau tong menyimpan air? Berapa ramai yang ketika ini tanpa krisis elektrik sanggup belajar berjimat? Menyelak kebanyakan sikap orang kita, budaya berjimat hanya seketika. Hangat-hangat tahi ayam. Tengok sahaja bagaimana mereka memilih tempat makan minum. Biar papa asal bergaya. Mereka hanya pandai mengkritik mengenai harga yang melambung. Sebagai pengguna, mereka boleh memilih untuk mencari tempat yang lebih murah. Begitu juga apabila harga rokok dan gula dinaikkan. Adakah penggunaannya semakin berkurangan?

Begitu juga dengan air dan elektrik. Dunia semakin pesat membangun. Manusia semakin bertambah. Keperluan semakin meningkat. Berbalik kepada elektrik, adakah kita bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Dalam hal ini, ke­perluan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu dipenuhi. Sebagai pihak yang bertanggungjawab menyediakan bekalan elek­trik, sudah sewajarnya keperluan TNB untuk menyediakan infrastruktur berkaitan bekalan elektrik dipenuhi oleh semua pihak. Mungkin kita boleh menyelak kembali projek sebelum ini yang melibatkan kelulusan kerajaan Negeri Selangor. Tidak pasti apakah kedudukan projek kabel elektrik di Kampung Sungai Terentang. Begitu juga dengan projek Pengukuhan Kawasan Tengah (CAR) yang melibatkan pembinaan menara pencawang elektrik untuk pemasangan kabel bervoltan tinggi. Difahamkan, projek ini bagi memperkukuhkan sistem bekalan elektrik untuk menjamin tahap daya harap pembekalan elektrik bagi Sistem Grid Nasional di Semenanjung khususnya Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bekalan elektrik ini juga bagi membantu operasi Langat 2.

Maaflah jika saya tertinggal berhubung perkembangan pembangunan isu ini. Jika semuanya berjalan lancar baguslah tetapi bagaimana jika ia masih terbengkalai atau berlaku ‘tarik tali?’. Tentunya kita tidak mahu disebabkan kegagalan melaksanakan projek seumpama ini, kita akan bergelap pada masa depan dan menghadapi catuan elektrik. Langat 2 tidak bermakna jika tidak ada bekalan elektrik. Begitu juga keupayaan loji lain tanpa elektrik. Bayangkan ketika itu, hari ini tidak ada elektrik, esok tidak ada air atau lebih teruk pada hari yang sama, air tidak ada, elektrik pun tidak ada. Bagaimana agaknya kehidupan kita ketika itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140428/re_05/Hari-ini-catu-air-esok-catu-elektrik-lusa-dua-dua-dicatu#ixzz30EjB7ebr  © Utusan Melayu (M) Bhd

headbomb: ye lah! orang selangor yang bodoh undi kamu wahai ...

headbomb: ye lah! orang selangor yang bodoh undi kamu wahai ...: APA NAK BUAT ORANG SELANGOR KAN.. DULU DAH BERITAHU KAT KORANG, PILIH KERAJAAN YANG BETUL, HAH.. SEKARANG? YELAH, YE LAH... KORANG JELAH ...

Bentang hudud atau kekal dalam pakatan










KUALA LUMPUR 28 April - Pas perlu membuktikan parti itu ikhlas memperjuangkan hudud dengan meneruskan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan walaupun mungkin terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, sekiranya Pas menarik balik hasratnya itu kerana mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang, maka, ia membenarkan tanggapan bahawa parti itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik untuk meraih sokongan umat Islam.

"Pas perlu buktikan yang parti itu lebih mementingkan hukum Islam atau terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

"Jika Pas masih mahu terus kekal dalam pakatan dan tidak teruskan pembentangan hukum hudud di Parlimen, bermakna parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik selama ini," katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Menurut Syed Hassan, seluruh umat Islam di Malaysia kini memerhati dan menanti sama ada Pas mempunyai keberanian untuk membentangkan rang undang-undang persendirian itu yang menjadi perjuangan parti itu selama ini atau tunduk dengan tekanan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"Kita tunggu dan lihat sama ada Pas berani atau tidak membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen. Semoga Allah SWT kuatkan iman pemimpin-pemimpin Pas," katanya.

Jumaat lalu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, sekiranya Pas bertegas meneruskan ranca­ngannya untuk membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hukum hudud itu yang merupakan bukan agenda yang dipersetujui dalam kerangka pakatan pembangkang, maka parti itu sewajarnya mengambil langkah terhormat dengan berundur daripada pakatan pembangkang.

Anthony berkata, sebagai sebuah parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, Pas perlu menghormati dan mengikuti asas-asas pemuafakatan yang telah dipersetujui.

Namun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal dakwaan DAP dan PKR bahawa bahawa Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang telah membuat keputusan menolak pelaksanaan hukum hudud dan menegaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam majlis tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140429/po_03/Bentang-hudud-atau-kekal-dalam-pakatan#ixzz30EcrpFIz  © Utusan Melayu (M) Bhd

RBA boleh didakwa pelbagai akta



Jailani Johari

KUALA LUMPUR 28 April - Tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana pihak termasuk tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) kerana menyebarkan elemen fitnah, hasutan dan provokasi tidak terhad kepada Akta Komunikasi dan Multimedia semata-mata.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, setiap kesalahan yang dilakukan dalam media sosial masih tertakluk kepada akta lain melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa.

"Contohnya kandungan melibatkan elemen fitnah, hasutan, provokasi dan sebagainya daripada pelbagai pihak termasuk yang menggelarkan diri mereka RBA, terdapat undang-undang spesifik yang boleh diguna pakai seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meminta kementerian itu menyatakan jumlah kes fitnah siber dalam laman media baharu yang telah diambil tindakan.

Menurut Jailani, dalam kes seumpama itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membantu dengan menyiasat medium internet yang digunakan dalam menjalankan kegiatan jenayah dikenal pasti.

Katanya, kertas siasatan yang dilengkapkan secara bersama dengan agensi penguatkuasa lain akan dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

Dalam pada itu, beliau membe-ritahu, sebanyak 2,026 laman web telah disekat kerana didapati me-nyalahi pelbagai undang-undang bertulis di negara ini sepanjang tahun lalu.

Tambah beliau, berdasarkan pemantauan dan aduan diterima dari 2013 hingga Mac lepas, sejumlah 2,850 aduan penyalahgunaan internet direkodkan yang mana seba-nyak 792 daripadanya melibatkan media sosial.

"Walaupun jumlah ini kurang daripada satu peratus berbanding pengguna internet di seluruh negara, kerajaan tetap memandang serius dan mengambil berat kepada ancaman dibawa di media sosial," katanya.

Beliau memberikan contoh bagi kes-kes fitnah berunsur penghinaan kepada institusi beraja, pemimpin negara dan provokasi agama serta kaum, sebanyak 13 kes didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) dari 2008 hingga tahun lalu.

"Selain itu, laporan salah guna turut dikenakan kepada pengendali perkhidmatan seperti Facebook, Youtube, Twitter dalam membendung penyebaran maklumat tersebut," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140429/pa_01/RBA-boleh-didakwa-pelbagai-akta#ixzz30EYNFqqL  © Utusan Melayu (M) Bhd

KOMEN : CAKAP AJE...TINDAKANNYA MANA...NAK TUNGGU SAMPAI NEGARA PUNAH RANAH BARU NAK BERTINDAK... BILA KES PUAK PEMBANGKANG AJE...TINDAKAN LEMBAB MACAM SIPUT BABI...

Hudud: Ahli Parlimen BN ikut kerajaan




Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my





KUALA LUMPUR 28 April - Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan membuat pengundian berdasarkan pendirian kerajaan terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau selewat-lewatnya Disember ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pendirian kerajaan berhubung usul yang bakal dibawa oleh Kerajaan Pas Kelantan itu selepas ini.

"Pendirian saya adalah mengikut ketetapan kerajaan. Jadi, pendirian kerajaan itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti.

"Sebagai salah seorang anggota Parlimen (BN), saya akan ikut dan ahli-ahli Parlimen (BN) yang lain juga akan ikut pendirian kerajaan (mengenai hudud)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Respons Keadilan Jenayah Terhadap Pemerdagangan Manusia ASEAN Kali Keempat: Sokongan Kepada Mangsa Pemerdagangan Dalam Sistem Keadilan Jenayah di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya pendirian beliau sama ada akan mengundi untuk menyokong atau sebaliknya apabila usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukum hudud dibawa oleh Kerajaan Pas di Dewan Rakyat nanti.

Baru-baru ini, Najib menegaskan bahawa kerajaan dan UMNO tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Presiden UMNO itu juga berkata, parti itu bersedia mendengar penjelasan Pas berhubung usul mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, walaupun kerajaan tidak menolak hudud, hukum Islam itu tidak mudah untuk dilaksanakan.

Katanya, perkara itu bukan ha­nya melibatkan pelaksanaan undang-undang oleh polis dan badan-badan lain tetapi banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian termasuk Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua pertiga perlu dilakukan.

"Walaupun kita tidak menolak hudud tetapi kita nasihatkan supaya aspek perundangan dan pelaksanaan harus diteliti dan diperhalusi supaya undang-undang itu tidak lari daripada undang-undang Islam keseluruhannya dalam aspek hudud agar ia tidak menjadi rancangan flip-flop (berubah-ubah) dan kemudian disanggah oleh orang lain.

"Ia harus dilihat bukan sahaja dari segi rasionaliti perundangan Islam tetapi dari sudut-sudut lain," katanya dan menambah, hudud adalah salah satu daripada banyak elemen dalam perundangan Islam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140429/po_02/Hudud-Ahli-Parlimen-BN-ikut-kerajaan#ixzz30EV6ilus  © Utusan Melayu (M) Bhd


HUDUD - Pas yakin DAP akan terima hudud





KOTA BHARU 28 April - Dewan Ulama Pas Kelantan yakin DAP ­akhirnya akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Hassan Mohamood (gambar) berkata, pada masa ini mungkin DAP menolak undang-undang Islam itu namun dengan penjelasan dan pemahaman yang cukup, mereka pasti akan faham.

Katanya, pimpinan Pas Pusat me­rancang mengadakan pertemuan dengan DAP bagi memberi penjelasan mengenai hukum hudud supaya mereka dapat memahami dengan jelas.

"Bagi saya insya-Allah DAP akhirnya akan terima (hudud) setelah penjelasan dan pe­nerangan diberikan. DAP juga ingin mencari kebaikan sudah pasti ia akan menerimanya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Program Penerangan Hudud pada 30 April ini.

Program tersebut yang akan menghimpunkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat negeri ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Tambah Hassan selain DAP, Pas juga sudah merangka bagi memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk MCA dan MIC.

Katanya, parti itu juga sedang menyusun rangka kerja untuk memberi penjelasan kepada semua pihak sama ada umat Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Islam ini.

"Insya-Allah akhir bulan ini akan diadakan perjumpaan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang. Hasil pertemuan itu, kita cukup optimis menghasilkan natijah yang baik," katanya.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas negeri turut menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar diwujudkan jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan bagi membincangkan me­ngenai hudud membabitkan wakil kerajaan Pusat dan negeri.

Hassan berkata, sekiranya kewujudan jawatankuasa itu bakal melicinkan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini ia merupakan satu perkembangan yang positif.

Dalam pada itu, kata Hassan, Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia daripada prinsip dan teknikal bagi melaksanakan hukum hudud menjelang 2015.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140429/po_01/Pas-yakin-DAP-akan-terima-hudud#ixzz30ESnkDKo  © Utusan Melayu (M) Bhd

KOMEN : KITA TUNGGU AJELAH SAMPAI DAH TAK ADA BANGKAI DAP YANG PERLU DILANGKAH OLEH AHLI PAS...

Malaysia-AS perangi keganasan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 28 April - Malaysia akan mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memerangi keganasan antarabangsa yang kini menjadi ancaman global.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu meliputi latihan pasukan keselamatan, program pertukaran maklumat serta penggunaan kelengkapan dan peralatan bagi memantau aktiviti yang mempunyai kaitan dengan keganasan.

Beliau berkata, kedua-dua negara sudah mempunyai persetujuan asal bagi perkongsian maklumat yang bukan hanya melibatkan usaha memerangi percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), malah semua aspek yang mempunyai kaitan dengan keganasan dan jenayah.

"Isu percambahan WMD telah disentuh secara spesifik oleh Presiden AS, Barack Obama dalam mesyuarat dua hala yang turut disertai saya di Putrajaya semalam.

"Untuk itu, latihan yang selama ini telah diberikan oleh pihak AS kepada pegawai polis dan tentera Malaysia akan terus dipertingkatkan dan saya sendiri akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai pertukaran maklumat serta latihan-latihan yang akan dilakukan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Respons Keadilan Jenayah kepada Pemerdagangan Manusia ASEAN Kali Keempat: Sokongan kepada Mangsa Pemerdagangan dalam Sistem Keadilan Jenayah, di sini hari ini.

Yang turut serta dalam bengkel tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila M. De Lima; pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pemerdagangan manusia terutama­nya wanita dan kanak-kanak, Dr. Joy Ngozi Ezeilo; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff.

Ahmad Zahid berkata, dalam era dunia digital sekarang, kepakaran dan kemahiran pasukan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan kecanggihan peralatan sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang.

"Saya yakin selain Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia juga bersedia mengadakan program pertukaran maklumat dan menjalani kursus serta latihan lanjut di AS. Ini bagi memperkukuhkan kerjasama dengan AS," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia komited untuk memerangi pemerdagangan manusia dan ini terbukti apabila Anti Pemerdagangan Orang dan Akta Anti Penyeludupan Migran diluluskan di Parlimen pada 2007 sebelum dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008.

Namun katanya, usaha tersebut memerlukan penyelarasan dalam kalangan negara-negara ASEAN dan luar rantau ini kerana masalah itu kini semakin kompleks dengan melibatkan negara-negara lain yang suatu ketika dahulu tidak berpotensi terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Keadaan ini berlaku melalui sindiket dan disebabkan adanya peluang ekonomi di negara kita atau negara kita dijadikan sebagai batu loncatan untuk ke negara ketiga.

"Bagaimanapun, Malaysia telah bekerjasama dengan Indonesia supaya kedua-dua negara tidak dijadikan negara loncatan untuk ke negara ketiga seperti Australia. Kita telah berjaya mengekang beberapa aktiviti pemerdagangan manusia sebelum ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140429/dn_02/Malaysia-AS-perangi-keganasan#ixzz30EJKLFXR  © Utusan Melayu (M) Bhd


MALAYSIA-US - Perjanjian komersial RM6.4 bilion

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my



BARACK Obama sambil diperhatikan oleh Najib Tun Razak berucap pada majlis pemeteraian perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan AS bernilai RM6.4 bilion di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 28 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian komersial antara syarikat negara ini dengan AS bernilai AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans di Malaysia.

Obama dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kerjasama antara pihak swasta Malaysia dan AS yang pastinya bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada kedua-dua negara.

"Semalam, kita bersetuju bagi perkongsian komprehensif baharu antara Malaysia dan AS, dan berusaha untuk mengembangkan ekonomi kita.

"AS sudah menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia dan Malaysia adalah pelabur yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat," katanya.

Presiden AS itu berkata, mengenai masa depan, kedua-dua negara boleh mengharapkan pertumbuhan dan kemakmuran yang lebih baik lagi.

"Ini memerlukan komitmen dan peningkatan usaha, lebih bersaing, melabur lebih lagi, bukan sahaja di negara lain tetapi di seluruh rantau ini.

"Kita perlu melakukan lebih lagi untuk menggalakkan lebih banyak perdagangan dan ini termasuk mengurangkan beberapa halangan sedia ada bagi perdagangan dan pelaburan, menyokong perkongsian, eksport dan pekerjaan," katanya.

Syarikat-syarikat terbabit ialah GE Aviation dengan Kumpulan AirAsia untuk pembelian enjin 80E1 untuk 25 pesawat baharu Airbus A330-300 milik AirAsia X bernilai lebih AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).

Syarikat kedua ialah Kumpulan Sime Darby untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan bernilai AS$30 juta (RM96 juta) dalam firma bioteknologi Verdezyne yang berpangkalan di San Diego, California.

Yang ketiga ialah perkongsian antara Ambank dan Metlife, yang telah melabur hampir AS$249 juta (RM812 juta) untuk membeli kepntingan dalam AmLife dan AmTakaful, sekali gus pelaburan pertama firma AS dalam pasaran takaful Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140429/dn_01/Perjanjian-komersial-RM64-bilion#ixzz30EHrvSRQ  © Utusan Melayu (M) Bhd


Sembilan ahli militan ditangkap

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my



TIGA daripada sembilan individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan dalam serbuan di Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR 28 April - Kelicikan sebuah kumpulan militan yang mirip dengan pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) serta berselindung di sebalik misi kemanusiaan terbongkar apabila polis menahan sembilan anggota kumpulan itu termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah semalam.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 55 tahun itu dikatakan bersiap sedia untuk `berjihad' di negara-negara bergolak.

Menurut sumber, ada di antara mereka ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, ketika bersiap sedia untuk berlepas ke luar negara bagi menjalankan misi 'jihad'.

Kata sumber itu, kumpulan tersebut membawa fahaman 'Salafi Jihadi' dan cara kumpulan tersebut bergerak dengan berselindung di sebalik penganjuran misi-misi kemanusiaan ke luar negara dan membuat kutipan amal untuk membiayai operasi serta kegiatan mereka.

"Melalui siasatan yang dijalankan, cara dan kaedah mereka beroperasi juga konsisten dan mirip kumpulan Al-Qaeda dan JI.

"Cuma bezanya, mereka berselindung di sebalik misi kemanusiaan selain merekrut ahli melalui laman sosial dengan mengajak untuk berjihad dan melancarkan perang terhadap negara yang mengamalkan pemerintahan sekular," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber berkata, siasatan turut mendapati kumpulan tersebut kerap menganjurkan perjumpaan sulit bertujuan memantapkan ideologi ekstrem mereka selain menjalani latihan ala-tentera di lokasi-lokasi rahsia di pinggir ibu negara.

"Pihak polis masih memburu saki-baki ahli kumpulan itu kerana jumlah keseluruhan adalah di tahap membimbangkan walaupun rata-rata ahli kumpulan masih baharu dan tiada dalam rekod siasatan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan polis dari Cawangan Khas, Bukit Aman dengan kejayaan tangkapan tersebut melalui akaun Twitter miliknya.

Kesemua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan dan mereka disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140429/dn_09/Sembilan-ahli-militan-ditangkap#ixzz30EFqdiPs  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, 28 April 2014

MALAYSIA-US - Amerika akan terus bantu cari pesawat








PUTRAJAYA: Amerika akan terus menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan dalam penyiasatan dan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Presiden Barack Obama.

Pemimpin Amerika itu berkata, sejak berlakunya tragedi itu, pihak berkuasa Amerika bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan mereka dari Malaysia dan beliau pula sentiasa berbincang dengan pasukan dari negaranya tentang perkara itu. 

"Sejak berlakunya tragedi ini, kami bekerjasama rapat dengan rakan kami dari Malaysia dan kami akan terus memberi segala bantuan yang termampu dalam urusan penyiasatan dan usaha mencari pesawat itu. 

"Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa Amerika benar-benar komited dalam membekalkan (apa sahaja) sumber dan aset yang kami mampu, manakala Kerajaan Malaysia pula amat mengalu-alukannya," kata beliau dalam sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau juga mengaku misi mencari pesawat itu amat mencabar serta sukar dan mengambil masa yang lama.

Obama, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, berkata terdahulu, dalam mesyuaratnya dengan Najib, mereka berbincang tentang pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi tersebut dan bagaimana semua negara boleh bekerjasama dalam usaha mencari selanjutnya.

Amerika adalah antara negara paling awal menyertai operasi mencari pesawat yang sepatutnya mendarat di Beijing itu apabila ia hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal pagi 8 Mac. 

Operasi mencarinya yang melibatkan pelbagai negara dilancarkan di Laut China Selatan dan kini pencarian ditumpukan di selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir penerbangan itu dikesan sebelum isyaratnya hilang sama sekali. 

Sehingga kini, bukti berkaitan pesawat malang itu belum dijumpai. 

Obama juga menyampaikan ucapan takziah rakyat Amerika kepada keluarga mereka yang hilang bersama pesawat itu. 

"Saya amat memahami keadaan yang dialami keluarga terbabit, mereka mahukan jawapan dan (apa) yang paling penting (adalah) seperti yang saya nyatakan kepada Perdana Menteri Najib iaitu ketelusan sepenuhnya, mengenai apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu, bagaimana prosesnya berjalan," kata beliau. 

Terdahulu, Najib merakamkan penghargaan Malaysia atas bantuan Amerika dalam menghadapi tragedi itu. 

"Sejak dua bulan lepas, kekukuhan persahabatan antara kami didedahkan untuk pengetahuan semua, sejak hari hilangnya MH370. Amerika menghulurkan kepakaran mendalamnya dari segi penyiasatan serta kemampuan dan aset uniknya dalam usaha mencari. 

"Kami amat berterima kasih kepada Tuan kerana sanggup bersama Malaysia ketika kami berdepan dengan kesusahan," kata Najib. 

Pada peringkat awal operasi mencari pesawat MH370 di Laut China Selatan dan Selat Melaka, Amerika menggunakan pelbagai aset dan kepakarannya, termasuk kapal pemusnah periuk api USS Kidd daripada Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika. 

Negara itu juga menggunakan USS Pinckney, kapal pemusnah kelas Arleigh Burke daripada tentera Laut Amerika bersama dua pesawat pengintip P-8 dan sebuah pesawat P-3C Orion Tentera Laut Amerika yang dilengkapi radar untuk pencarian jarak jauh dan peralatan komunikasi. 

Dalam misi mencari di selatan Lautan Hindi berhampiran Australia pula, Amerika menghantar hidrofon Towed Pinger Locator dan Kenderaan Dalam Air Autonomi dikenali sebagai Bluefin-21. 

Di samping itu, Amerika juga menghantar pakarnya termasuk daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk membantu dalam penyiasatan dan usaha mencari pesawat MH370. 

Empat daripada penumpang pesawat malang itu adalah warga Amerika. - Bernama

MALAYSIA0US - Obama akhiri lawatan ke Malaysia, berlepas ke Manila pagi ini




PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama melambai tangan sebelum berangkat ke Manila menaiki pesawat 'Air Force One' di Lapangan Terbang TUDM Subang, hari ini bagi meneruskan lawatan kerja ke Asia. - Foto Aizuddin SaadSUBANG: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dengan pesawat Air Force One yang membawanya berlepas ke Manila, Filipina jam 10.20 pagi ini dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Lawatan obama melakar sejarah dalam tempoh 50 tahun selepas lawatan pertama oleh Presiden Lyndon B. Johnson. 

Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Destinasi seterus presiden AS ialah Filipina, hentian terakhir dalam siri lawatan beliau ke empat negara Asia. 

Sebelum Malaysia, beliau melawat Jepun dan Korea Selatan. 

Atur cara terakhir Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai AS$2 bilion dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

Kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya pada Ahad yang menyaksikan Malaysia dan AS bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif.

AS juga berjanji untuk terus membantu Malaysia dalam operasi dan penyiasatan untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Sepanjang lawatan itu, Obama antara lain menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara dan melawat Masjid Negara.

Presiden juga menghadiri jamuan negara bersama-sama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara beberapa jam selepas tiba di negara ini kelmarin.

POLITIK - Khalid tempelak Jeff Ooi

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


DARI KIRI: ABDUL KHALID IBRAHIM, JEFF OOI

SHAH ALAM 25 April - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menempelak Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dengan menyifatkan pemimpin kanan DAP itu tidak mempunyai hak untuk memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Abdul Khalid yang mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 2008 menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun wujud desakan daripada pihak yang mahukannya berbuat demikian.

"Saya ingat dia tidak ada kuasa meminta saya meletak jawatan Menteri Besar," katanya dengan ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat peringkat daerah Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini hari ini.

Jeff Ooi menerusi laman Facebooknya dilaporkan secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid dan menggesa beliau dipecat sebagai Menteri Besar kerana didakwa gagal menangani isu air di negeri ini.

Pemimpin DAP itu dikatakan berang dengan pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor di bawah Abdul Khalid yang didakwa gagal menguruskan isu catuan bekalan air di negeri ini yang disifatkannya tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Selain Jeff Ooi, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerusi sebuah portal berita, www.astroawani.com hari ini dilaporkan turut mempersoalkan kredibiliti Abdul Khalid dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, Abdul Khalid enggan mengaitkan kenyataan Jeff Ooi dan Zuraida itu mempunyai kaitan dengan pemilihan PKR yang beliau akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang jawatan tersebut, Azmin Ali serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya tidak mahu kata perkara itu ada hubung kait. Kalau saya kata begitu, nanti saya pula dikatakan membuat fitnah.

"Mengenai kenyataan Zuraida, saya pun ada nama calon untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Wanita PKR," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140426/po_01/Khalid-tempelak-Jeff-Ooi#ixzz309adfLnm  © Utusan Melayu (M) Bhd 


HARIMAU MALAYA - Seri lagi, Safee gagal jaring penalti

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



Safee Sali

KUALA LUMPUR - Diberikan sepakan penalti pada minit terakhir permainan, Safee Sali bagaimanapun meranapkan impian peminat Harimau Malaya apabila dia gagal menewaskan penjaga gol Filipina, Patrick Deyto untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan di Cebu malam tadi.

Keputusan ini melebarkan rekod seri kedua-dua pasukan kepada empat sepanjang pertemuan mereka di peringkat antarabangsa dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya rekod tanpa kalah jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee sejak menggantikan Datuk K. Rajagobal bersama Harimau Malaya masih kekal selepas tiga perlawanan.

Harimau Malaya kelihatan terkapai-kapai beraksi di atas padang yang jelas tidak sesuai untuk perlawanan antarabangsa dan sering kali terperangkap dengan pergerakan pemain Filipina.

Pendekatan Kim Swee memilih corak permainan bertahan dengan meletakkan Mohd. Norfarhan Muhammad sebagai penyerang tunggal menyebabkan mereka hanya berharap kepada serangan balas bagi mendapatkan jaringan.

Mujur aksi kemas di bahagian pertahanan yang diterajui Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Fadhli Shas memastikan Filipina yang menguasai lebih 60 peratus permainan tidak mampu mendapatkan sebarang jaringan dan mengulangi keputusan yang sama di Stadium Selayang, 1 Mac lalu.

Kim Swee terpaksa memasukkan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah selepas Safiq Rahim disahkan tidak mampu bermain apabila gagal pulih daripada kecederaan tapak kaki dengan Junior Eldstal turut diletakkan di dalam kese­belasan utama bagi mengimbangi kelebihan fizikal yang dimiliki pemain Filipina.

Babak pertama memperlihatkan kelonggaran yang cukup ke­tara terutama di bahagian tengah dengan asakan menggila dilancarkan oleh tuan rumah terutama menerusi James Younghusband dan Simone Rota selain banyak melancarkan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Harimau Malaya yang banyak mengharap serangan balas membuat percubaan terbaik menerusi Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-11 yang sekadar menyepak lemah dan bola terus ke dakapan Patrick.

Kecekapan Patrick yang bijak mengagak gerakan solo Junior Eldstal yang sebelum itu menewaskan dua pertahanan Filipina menyelamatkan pintu gol tuan rumah daripada dibolosi pada minit ke-61.

Namun, dua minit kemudian Patrick nyaris menghadiahkan jari­ngan kepada skuad negara apabila tidak dapat menampan bola hantaran belakang rakan sepasukan, Martin Steuble namun bola tidak menepati ke arah pintu gol.

Kehadiran Nathaniel Burkey yang masuk selaku pemain gantian jelas memberikan banyak masalah kepada pertahanan negara yang mendapat banyak peluang ke­emasan memecahkan kebuntuan jaringan.

Pada minit ke 75, percubaan Nathaniel sekadar sipi walaupun berada di hadapan pintu gol dan tiga minit kemudian bola sepakannya singgah di palang gol hasil rembatan dari luar kotak penalti.

Skrip perlawanan hampir sahaja berubah pada minit ke-90 apabila bola mengenai tangan Steuble dan pengadil perlawanan dari Indonesia, Thoriq Munir menghadiahkan sepakan penalti kepada Harimau Malaya.

Safee, yang baru sahaja masuk menggantikan Amri dua minit sebelum itu dan belum menyentuh bola, merembat ke kanan pintu gol tetapi dikecewakan oleh Patrick sekali gus memberi kelegaan kepada 5,000 penonton tuan rumah yang hadir.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140428/su_01/Seri-lagi-Safee-gagal-jaring-penalti#ixzz309YrzbQz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MALAYSIA-US - Obama hargai komitmen Najib



Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Barack Obama ketika menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat itu di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas komitmennya membantu usahawan muda di Malaysia.

Beliau berkata, komitmen Najib itu dibuktikan menerusi inisiatif kerajaan mewujudkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Menurutnya, kejayaan MaGIC melahirkan produk-produk inovatif dan berteknologi tinggi membuktikan pelaburan Malaysia dalam inisiatif tersebut telah membuahkan hasil.

"Kami berpeluang melihat beberapa inovasi rekaan usahawan muda iaitu aplikasi dalam talian bagi membantu pelajar membuat persembahan digital, go-kart elektrik dan jam tangan khas bagi pesakit kencing manis.

"Saya dan Najib sentiasa memberi galakan kepada kegiatan keusahawanan sebegini," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas di hadapan 40 pelajar sekolah yang terlibat dalam projek pengaturcaraan komputer di bangunan MaGIC di Cyberjaya hari ini.

Terdahulu, Obama diiringi Najib dan Pengerusi MaGIC, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah mengunjungi pameran produk Hypoband, Piktochart dan go-kart Dream Edge di ruang legar bangunan berkenaan.

Presiden AS itu percaya golongan muda di bawah bimbingan MaGIC akan terus mencipta lebih banyak produk berinovatif apabila mereka dewasa kelak.

"Saya amat teruja untuk melihat apa yang bakal berlaku kepada usahawan-usahawan muda di sini serta perkara membanggakan yang mereka akan lakukan ke arah kemajuan Malaysia, rantau ini dan dunia," ujarnya.

Sementara itu, Najib dalam ucapan ringkasnya mengumumkan, dataran di pekarangan bangunan MaGIC dinamakan sebagai Obama Oval mulai hari ini.

"Nama itu adalah bagi memperingati kunjungan Obama ke Malaysia," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140428/dn_05/Obama-hargai-komitmen-Najib#ixzz309WmmOmA  © Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA-US - Obama, Najib ulas isu Anwar dan hak asasi manusia










KUALA LUMPUR 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini turut menyentuh hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di negara ini.

Jelas beliau, agenda itu sentiasa menjadi keutamaan beliau dalam mana-mana lawatan dilakukan memandangkan masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

"Saya tidak bertemu dengan Datuk Seri Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya juga tidak bertemu dengan banyak orang lain tetapi ini tidak bermakna saya tidak menitikberatkan (isu hak asasi manusia).

"Apa yang saya telah kongsikan dengan Perdana Menteri Najib adalah prinsip asas sebuah masyarakat yang menghormati perintah undang-undang, kebebasan bersuara, hak untuk membangkang walaupun tidak menyenangkan, kebebasan berhimpun dan rasa hormat terhadap anggota masyarakat yang berbeza agama serta pendirian politik, ini semua adalah ukuran masyarakat yang berjaya pada abad ke-21," katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai Najib di Seri Perdana di sini hari ini.

Obama menjawab soalan seorang wartawan media asing yang bertanya sama ada beliau menitikberatkan atau tidak isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia apabila memutuskan tidak bertemu dengan Anwar.

Sementara itu, menurut Najib, Malaysia adalah antara negara yang terkehadapan dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal Akta Perhimpunan Aman.

Dalam kes liwat melibatkan Anwar, beliau berkata, di sisi undang-undang, semua individu mempunyai hak keadilan yang sama walau sekecil atau sebesar mana kedudukannya, tidak elok untuk saya ulas lebih lanjut kes yang masih berada dalam proses mahkamah," katanya.

Terdahulu, dalam meraikan kehadiran Obama, Najib berkata, Malaysia telah banyak berubah sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada tahun 1966 dan negara majoriti muslim serta pelbagai etnik ini sedang pesat menuju kemodenan.

"48 tahun lalu, seorang Presiden AS telah memijakkan kakinya di tanah Malaysia, ketika itu televisyen adalah hitam putih, kumpulan The Monkees menjuarai carta lagu AS dengan lagu 'Last Train to Clarksville dan filem 'The Sound of Music' memenangi Anugerah Akademi.

"Hari ini, Tuan Presiden, anda tidak melihat pokok-pokok getah sebagaimana Lyndon B. Johnson saksikan tetapi pencakar-pencakar langit yang melambung tinggi, ini adalah petunjuk transformasi yang berlaku di Malaysia," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140428/dn_04/Obama-Najib-ulas-isu-Anwar-dan-hak-asasi-manusia#ixzz309Vi7Z30  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MALAYSIA-US - Pentingnya lindungi keselamatan maritim



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ceria dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 27 April - Malaysia dan Amerika Syarikat menegaskan pentingnya melindungi ke-selamatan maritim serta menjamin kebebasan pelayaran dan penerbangan di seluruh rantau ini, termasuk laluan perair-an penting di Laut China Selatan.

Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas rundingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di sini pada Ahad.

"Kedua-dua pemimpin menegaskan tentang perlunya semua pihak terbabit menyelesaikan pertikaian wilayah dan maritim mereka secara aman, termasuk melalui timbangtara antarabangsa," katanya.

Mereka berkata penyelesaian pertikaian itu perlu dibuat mengikut prinsip undang-undang antarabansga yang diterima sejagat, termasuk Konvensyen Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut.

"Kedua-dua pemimpin menegaskan tentang perlunya semua pihak terbabit mengelak daripada menggunakan kekerasan, ugutan atau paksaan serta mengawal diri ketika menjalankan aktiviti," katanya.

Kata kenyataan itu, Najib dan Obama mengakui tentang perlunya ASEAN dan China berusaha de-ngan gigih untuk mempercepatkan penggubalan satu Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan.

"Perdana Menteri dan Presiden mengulangi penegasan tentang kepentingan pelaksanaan secara penuh dan berkesan deklarasi me-ngenai tata laku pihak berkenaan di Laut China Selatan dalam meningkatkan sikap saling mempercayai dan meyakini dalam kalangan semua pihak yang terbabit," katanya.

China, Taiwan dan empat negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam terlibat dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global yang diilhamkan Malaysia, kedua-dua pemimpin memuji matlamatnya untuk meningkatkan persefahaman dan sikap sederhana dalam kalangan rakyat daripada pelbagai agama melalui peningkatan penglibatan antara kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Obama memuji peranan penting Malaysia dalam memudahkan proses damai di selatan Filipina hingga membawa kepada pemeteraian Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro, baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140428/dn_02/Pentingnya-lindungi-keselamatan-maritim#ixzz309TnxBAR  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

AS-Malaysia tingkat kerjasama

Oleh KAMIL MASLIH
dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my




NAJIB Tun Razak dan Barack Obama mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala Malaysia-Amerika Syarikat sempena lawatan Obama ke negara ini di Putrajaya , semalam. -BERNAMA

PUTRAJAYA 27 April - Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini mencapai persetujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara itu ke peringkat kerjasama komprehensif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang kerjasama tersebut antaranya meliputi ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains dan teknologi.

"Malaysia juga mengalu-alukan tumpuan AS terhadap Asia dan sumbangannya kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini," katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai Presiden AS, Barack Obama di Seri Perdana di sini.

Menurut Najib, Malaysia dan AS juga bersetuju meningkatkan lagi peranan Dialog Pegawai-pegawai Kanan sebagai forum utama perbincangan peringkat tinggi agar lebih banyak kerjasama dapat diadakan kelak.

Dari segi keselamatan, Perdana Menteri berkata, beliau dan Obama bersetuju meningkatkan kerjasama dalam latihan misi pengaman di samping Malaysia bersetuju menyokong prinsip Proliferation Security Initiative (Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear) bagi mengekang senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Berhubung isu di Laut China Selatan, beliau dan Obama sepakat menekankan betapa pentingnya mendukung prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-Undang Laut.

Dalam pada itu, Najib juga menghargai sokongan AS terhadap ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur serta keyakinan AS terhadap peranan Malaysia bagi mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan.

"Dalam kita bersiap sedia untuk mempengerusikan ASEAN dan membida tempat sebagai anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, kita berharap dapat mempromosikan lagi keamanan sejagat serta kestabilan serantau," katanya.

Kata Najib, pada bulan lalu sahaja, Malaysia telah membantu menjayakan pemeteraian perjanjian damai di selatan Filipina bagi menamatkan konflik yang telah meragut nyawa 150,000 orang serta menghalang Al-Qaeda dan sekutunya daripada kemungkinan bertapak di rantau ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140428/dn_01/AS-Malaysia-tingkat-kerjasama#ixzz309SWJkdV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MALAYSIA-US - Signifikan lawatan Obama

Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI



PRESIDEN Amerika Syarikat Barack Obama setibanya di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang bagi rangka lawatan ke ibu negara selama tiga hari bermula semalam.

Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia selama tiga hari, bermula semalam bakal mencipta sejarah tersendiri dan membawa hubungan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ke fasa baharu, setelah ditunda sebelum ini.

Obama sebelum ini dijadualkan melawat Malaysia pada Oktober lalu, tetapi terpaksa dibatalkan setelah AS berdepan krisis pentadbiran apabila Kongres AS gagal meluluskan satu bajet khas Persekutuan, ekoran perbalahan berhubung rang undang-undang penjagaan kesihatan yang diutarakan oleh Obama, sehingga hampir melumpuhkan kerajaannya.

Lawatan sulung Presiden AS itu ke negara ini dalam tempoh 48 tahun, dilihat bukan sahaja bakal menguntungkan Malaysia sebelah pihak, tetapi juga kepada AS sendiri.

Selepas beberapa siri lawatan ke Asia sebelum ini, Obama menyedari beliau tidak boleh mengabaikan lawatannya ke negara-negara Islam di rantau ini, terutama negara-negara Islam berfahaman sederhana seperti Malaysia bagi memperbaiki imej AS di dunia Islam.

Daripada segi politik, lawatan Obama ke Malaysia kali ini, bukan sahaja merupakan satu penghormatan kepada Malaysia tetapi juga pengiktirafan kerajaan AS kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memperolehi mandat daripada rakyat setelah BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun lalu.

Lawatan Obama merupakan lawatan keyakinan kerajaan AS terhadap Malaysia setelah hubungan Washington-Kuala Lumpur agak kurang memberangsangkan semasa era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) yang sering mengkritik keras polisi luar Washington, kata penganalisis.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam taklimat kepada media di Wisma Putra kelmarin sempena lawatan Obama ke negara ini mengakui kunjungan Presiden AS itu akan membawa lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-AS, selepas hampir 50 tahun pentadbiran AS mengabaikan kepentingan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kali terakhir Presiden AS melawat Malaysia ialah pada 1966 oleh Presiden Lyndon B. Johnson.

Sejak lebih setengah abad, kepentingan AS banyak ditumpukan di rantau Asia Barat, serta menangani kebangkitan komunis dan melalui fasa perang dingin dengan blok komunis diketuai Kesatuan Soviet, dan diikuti kempen memerangi keganasan di seluruh dunia.

Imej AS di mata dunia Islam sangat buruk semasa kempen memerangi keganasan kerana pentadbiran AS sering melihat dunia Islam seolah-olah sebagai ‘musuh’ terutama semasa era Bush yang sering mengaitkan keganasan dengan Islam.

AS juga sudah lama mengabaikan kepentingan di rantau ini, selepas banyak memberi tumpuan di Asia Barat dan terlalu memberi fokus kepada kempen memerangi keganasan.

Konflik di Syria dan isu pertikaian di Laut China Selatan dan Laut China Timur serta krisis di Ukraine mendorong AS untuk menilai semula strateginya dengan memberi fokus kepada Asia Timur bagi mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Namun, AS berhati-hati dalam menyatakan kehadirannya di rantau ini, bukan sahaja bagi mengelakkan kemarahan China tetapi juga daripada segi strategi, dengan mengubah pendekatan daripada berpendirian sebagai paksi (pivot) kepada mengimbangi (rebalancing).

Merebut peluang

Dasar pivot lebih menjurus kepada meningkatkan cengkaman dan membina kekuatan tentera yang dilihat sangat tidak disukai oleh China dan dengan mengubah pendekatan itu kepada rebalancing ia bukan sahaja dilihat lebih lembut tetapi juga membawa faedah lebih besar kepada AS tanpa membangkitkan kemarahan China.

Dengan dasar mengimbangi semula pengaruhnya di rantau ini, AS bukan sahaja dapat memberi perlindungan keselamatan kepada sekutu-sekutunya di rantau ini seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina daripada ancaman China dalam isu-isu melibatkan pertikaian wilayah maritim tetapi juga dapat merebut peluang-peluang ekonomi di rantau ini.

Banyak pihak melihat lawatan Presiden AS itu mempunyai dua agenda utama iaitu untuk mempengaruhi pemimpin-pemimpin rantau ini termasuk Jepun dan Malaysia menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang lebih menguntungkan AS dan kedua adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di rantau ini.Walaupun banyak pihak termasuk di Malaysia mengkritik lawatan Obama ke Asia kali ini, namun lawatan Presiden AS itu ke Malaysia sangat signifikan kerana ia dapat meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini, terutama pelaburan dari Amerika, selain merancakkan lagi iklim perniagaan di Malaysia dan meningkatkan eksport.

Peningkatan hubungan dua hala AS-Malaysia akan dapat menjadi sinergi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan kemasukan pelaburan baharu dari AS, selain keyakinan pelabur dari negara lain, kerana lawatan Obama itu, sekali gus memberi gambaran keyakinan AS terhadap politik dan iklim pelaburan di negara ini, selain Malaysia sebuah negara yang bebas daripada ancaman keganasan dan selamat untuk membuat pelaburan.

Banyak pihak mendakwa lawatan Obama ke Malaysia adalah bagi memberi tekanan kepada Malaysia supaya menandatangani TPPA. Anifah menjelaskan Malaysia tidak akan menggadaikan kedaulatan negara dan mengetepikan kepentingan dan hak Malaysia sebelum menandatangani perjanjian itu.Blok perjanjian itu mengandungi 12 negara anggota termasuk Malaysia dan menguasai 40 peratus daripada perdagangan dunia.

Menurut Anifah, banyak rundingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum perjanjian itu boleh ditandatangani, selain ia perlu dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan sebelum diluluskan.

Katanya, kedatangan Obama ke Malaysia bukan untuk memberi tekanan kepada Malaysia atau untuk memihak, kerana Obama sendiri menyedari Malaysia mempunyai pendirian tersendiri berhubung dasar luar dan domestiknya dan fahaman kesederhanaan dan berkecuali yang menjadi pegangan Malaysia selama ini dan dasar berbaik-baik dan bersahabat dengan semua negara adalah kunci utama dalam menentukan hubungannya dengan semua negara termasuk dengan AS.

Dalam lawatan Obama ke Jepun sebelum tiba di Malaysia, dilaporkan AS-Jepun gagal mencapai sebarang kemajuan dalam rundingan berhubung TPPA apabila Jepun mempunyai pandangan berbeza berhubung sektor pertanian dan automotif.

Kini terbukti dakwaan pembangkang bahawa Jepun dan AS akan bersatu untuk menekan Malaysia supaya menandatangani perjanjian TPPA, sebagai tidak berasas. Lawatan Obama ke Asia kali ini termasuk Malaysia mencetuskan kebimbangan China yang menyaksikan AS cuba mengukuhkan kedudukannya di Asia Pasifik.

Lebih-lebih lagi ketika China sedang meningkatkan pengaruhnya di rantau ini dan ketika pertikaian berhubung wilayah maritim antara Beijing dan ASEAN di Laut China Selatan sedang memuncak, selain pertikaiannya dengan Jepun berhubung wilayah maritim di Laut China Timur berhubung Kepulauan Senkaku atau turut dikenali sebagai Diaoyu di China.

Sehubungan itu, China mengikuti daripada dekat lawatan Obama ke Asia kali ini. Namun, AS berpendapat tumpuannya di Asia Pasifik kali ini adalah bagi mengimbangi semula dasarnya di Asia setelah mengundurkan tenteranya dari Iraq dan Afghanistan serta berikutan perkembangan di Syria dan di Ukraine menyebabkan AS menilai semula strateginya di tempat-tempat lain.

AS melihat tumpuannya di rantau ini perlu diperkukuhkan bagi mengimbangi kebangkitan China bukan sahaja daripada segi ketenteraan tetapi juga daripada segi ekonomi. Malaysia memerlukan AS dan China di rantau ini bagi membawa kemakmuran dan kestabilan di rantau ini dan bukan untuk memihak.

Selain itu, kedatangan Obama di Malaysia dapat mengurangkan kritikan global terhadap pengurusan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Dalam masa sama, Malaysia melihat lawatan Obama ke negara ini dapat meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala dalam banyak bidang, terutama kerjasama membantu Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Selain itu, ia dapat meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, teknologi serta hubungan antara rakyat dengan rakyat.

AS juga mahu menjalinkan hubungan dengan penduduk di Asia terutama golongan muda dengan mengadakan pertemuan dengan golongan itu di Universiti Malaya, apabila beliau melancarkan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara yang turut dihadiri oleh wakil dari 100 negara.

Selain itu, lawatan itu turut akan memberi sinergi kepada Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan bagi merealisasikan Komuniti ASEAN yang dijangka dilaksanakan pada tahun depan.

Kedatangan Obama ke negara ini juga akan membantu memberi sokongan kepada hasrat Malaysia untuk menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PENULIS ialah Pengarang Meja Luar Negara Utusan Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140427/re_01/Signifikan-lawatan-Obama#ixzz309NcIofv  © Utusan Melayu (M) Bhd 


HUDUD - Pas nafi sekutu setuju tolak hudud


KOTA BHARU 26 April - Pas menyangkal dakwaan sekutu mereka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menolak pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan bahawa majlis tersebut telah membuat keputusan bahawa pelaksanaan hukum Allah itu adalah hak eksklusif parti tersebut dan tidak pernah dibincangkan dalam majlis berkenaan.

Beliau berkata, DAP dan PKR sewajarnya menghormati perjuangan Pas sejak ditubuhkan.

"Tidak pernah dibincang dari segi itu (menolak hudud), yang dibincang ialah hudud merupakan hak Pas.

"Malah, kita telah membuat kenyataan bersama bahawa hudud adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana ini merupakan agenda kita sebelum wujud pakatan pembangkang.

"Tidak timbul sama sekali Pas membelakangi DAP dan PKR," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Wisma Ilmuwan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP dan semalam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat kenyataan menolak pelaksanaan hukum hudud kerana bertentangan dengan perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 2011.

Malah, Azmin mendakwa perjanjian tersebut akan terus terpakai dan keputusan itu dibuat berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan sendiri oleh Abdul Hadi.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Abdul Hadi sedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menerangkan secara terperinci pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara itu, sebaliknya meminta UMNO turut memainkan peranan aktif bagi merealisasikan muzakarah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140427/po_01/Pas-nafi-sekutu-setuju-tolak-hudud#ixzz309LMxJoz  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : CAKAP-CAKAP SIAPA YANG BOLEH PAKAI DAN TERPAKAI... SIAPA TIPU SIAPA????