Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Scolari semakin tertekan


PENYERANG Brazil, Neymar (tengah) memeluk jurulatih, Luiz Felipe Scolari sewaktu di berkunjung ke kem latihan skuad Brazil di Teresopolis, Brazil, semalam. - AFP

TERESOPOLIS - Luis Felipe Scolari kelihatan sedang ditimpa masalah berat sewaktu jurulatih itu mengadakan perundingan dengan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), semalam sebelum Neymar membuat lawatan ke kem latihan The Selecao.

Jurulatih berusia 65 tahun itu kini berada dalam keadaan tertekan selepas skuad bimbingannya dibelasah Jerman 1-7 pada separuh akhir Piala Dunia, Rabu lalu, tetapi Scolari telah diberi pelukan oleh bintang kesayangan Brazil, Neymar.

Scolari, yang sedang mempersiapkan skuad tuan rumah itu menjelang pertemuan menentang Belanda pada perlawanan play-off perebutan tempat ketiga, esok dilihat sedang berbual serius dengan Jose Maria Marin di kem latihan.

Pada satu ketika jurulatih itu kelihatan mengangkat tangannya sebelum dia meraup wajahnya yang kelihatan berada dalam keadaan sangat kecewa. Bekas bos Chelsea itu enggan meletakkan jawatan, dan berkata, dia akan menunggu sehingga pertandingan berakhir sebelum memutuskan hala tuju masa depannya.

"Kami ada perjanjian dengan CBF sehingga perlawanan Sabtu ini (Ahad waktu Malaysia), dan selepas itu, mungkin kami akan berunding bagi mencari jalan penyelesaian. Bukan semua keputusan teruk yang kami lakar sepanjang kejohanan. Kami cuma ditimpa kekalahan buruk. Pelbagai halangan terpaksa diharungi untuk melangkah ke separuh akhir. Kami telah bekerja keras, dan kekalahan atau pun kemenangan yang dilakar, kami hadapi bersama-sama.

"Staf kejurulatihan turut menghadapi masalah, penyokong atau sesiapa pun tiada yang memahami, dan pasukan seperti Jerman, mengambil kesempatan kemelut yang melanda kami. Saya tidak boleh jelaskan, malah saya juga tidak cuba untuk mempertahankan diri saya. Kesilapan telah berlaku, dan ia nyata mendatangkan musibah.

"Jika saya boleh jelaskan apa yang berlaku dalam tempoh enam minit itu, saya akan perjelaskan. Tetapi malangnya saya tidak tahu. Kami boleh tewas dengan satu atau dua gol, tetapi kekalahan yang menimpa kami ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak Brazil," kata Scolari.

Kelmarin, Scolari diejek, dan dihina oleh ejen Neymar, Ribeiro. Lelaki itu menyenaraikan enam perkara yang memperkecilkan pencapaian sepanjang karier Scolari. Dia membuat senarai di laman sosial Twitter mengenai jurulatih tersebut.

Senarai tersebut adalah, satu - menjadi jurulatih Portugal, dan gagal mencatat sebarang kemenangan; dua - dilantik sebagai pengurus Chelsea, dan kemudian dipecat; tiga - menjadi jurulatih di Uzbekistan; empat - kembali ke Brazil, menjadi pengendali sebuah kelab besar (Pelmeiras), dan menyebabkan kelab itu tersingkir ke divisyen dua; lima - meninggalkan kelab 56 hari sebelum musim Liga Brazil berakhir bagi mengelak penyingkiran; serta enam - menjadi orang tua tidak berguna, angkuh dan menjijikkan.

Kemarahan yang diluahkan Ribeiro itu nampaknya senada dengan penyokong Brazil yang kecewa menyaksikan kekalahan memalukan pasukan kebangsaan mereka di tangan Jerman. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140712/sl_07/Scolari-semakin-tertekan#ixzz37PWBz7Xz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: