Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Jerman ada 'rancangan istimewa' sekat Messi


BARISAN pemain Jerman memanaskan badan sewaktu menjalani sesi latihan di Santo Andre menjelang pertembungan akhir dengan Argentina pada Piala Dunia di Brazil, semalam. - AFP

SANTO ANDRE - Jerman mempunyai 'rancangan istimewa' untuk mengekang pergerakan bintang Argentina, Lionel Messi pada perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Maracana, Rio de Jeneiro awal pagi Isnin ini.

Pembantu jurulatih, Hansi Flick berkata, mereka memiliki strategi khusus untuk menyekat pemenang empat kali Ballon d'Or itu, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Messi dilihat gagal menyerlah pada pertemuan menentang Belanda, kelmarin sehingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Pemain berusia 27 tahun itu sentiasa dikawal dua pemain Oranje dalam aksi di Sao Paulo, dan Jerman kini sedang bersedia untuk melakukan perkara sama.

"Kami lihat bagaimana Belanda menguruskan Messi, tetapi kami juga memiliki 'rancangan istimewa' untuk pemain itu. Kami sudah bersedia untuk bertemu pasukan yang mantap dan tersusun serta Messi, mereka memiliki pemain luar biasa di dalam kejohanan ini.

"Banyak perkara kami tahu mengenai Argentina, Jerman perlu menerima hakikat selaku pasukan pilihan, tetapi kami akan harungi pentas final dengan cara kami sendiri," kata Flick.

Pada masa sama, Flick mengingatkan para penyokong Jerman untuk tidak mengharapkan kemenangan besar seperti mana kejayaan mereka menewaskan Brazil 7-1 pada pertemuan separuh akhir, terutamanya selepas melihat Argentina mengheret Belanda sehingga ke penentuan sepakan penalti.

"Ia akan menjadi perlawanan yang jauh berbeza berbanding separuh akhir tempoh hari," katanya.

Pertemuan separuh akhir antara Argentina dan Belanda adalah perlawanan taktikal, kedua-dua pasukan berjaya meminimakan asakan lawan masing-masing.

"Kedua-dua pasukan memiliki pertahanan yang hebat dan tidak semua perlawanan akan menjadi sehebat seperti mana pertemuan antara Jerman dan Brazil," kata Flick.

Sementara itu, pemain pertahanan, Benedikt Hoewedes berkata, benteng pertahanan Jerman akan memberi tumpuan khusus kepada Messi seperti mana yang mereka lakukan ke atas Cristiano Ronaldo sewaktu Jerman membelasah Portugal 4-0 dalam saingan peringkat kumpulan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140712/sl_04/Jerman-ada-rancangan-istimewa-sekat-Messi#ixzz37PV7ykIK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: