Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Klose berparti jika Jerman juara


MIROSLAV Klose

SANTO ANDRE - Penjaring terbanyak Piala Dunia, Miroslav Klose akan meninggalkan rejim latihan yang ketat untuk menjadi 'kaki berhibur' jika Jerman menewaskan Argentina dalam aksi final Isnin.

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan satu-satunya penyerang skuad Die Mannschaft yang pernah beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia pada 2002 dan kini, dia menagih kemenangan di Stadium Maracana, Rio de Janeiro buat kali keempat dalam penampilannya pada kejohanan itu.

Penyerang kelahiran Poland itu yang meledakkan rekod 16 gol dalam Piala Dunia dan ke-71 buat Jerman ketika menentang Brazil, Rabu lalu bersedia mewakili negaranya buat kali ke-137.

"Saya tidak menjanjikan apa-apa, tetapi kalau kami memenangi trofi, saya dapat bayangkan yang saya akan bersikap tenang, dan pastinya akan muncul seorang kaki berpesta iaitu saya, bagi meraikan kemenangan tersebut," katanya.

Namun, selepas 12 tahun kekalahan Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia, perkara terakhir yang bintang veteran itu mahukan adalah menambah kedukaan Brazil bagi menebus kekecewaan mereka sewaktu kecundang di tangan Selecao di Yokohama.

"Kami gembira dapat kalahkan Brazil, tetapi selepas 24 jam kami perlu lupakan untuk memberi tumpuan pada perlawanan akhir. Untuk perlawanan seterusnya, kami akan memberikan yang terbaik seperti­ mana dalam aksi sebelum ini.

"Memang teruk rasanya tewas pada perlawanan akhir, jadi inilah masa yang terbaik untuk kami menjuarai Piala Dunia," kata Klose. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140712/sl_08/Klose-berparti-jika-Jerman-juara#ixzz37PXJijh1  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: