Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Scolari elak bincang jawatan


SEORANG peminat Brazil mengangkat kad pemberitahuan yang tertulis mesej bermaksud "Felipao (Luiz Felipe Scolari), terima kasih untuk 2002 (Brazil juara). Harap tidak bertemu awak lagi!!!" ketika perlawanan tempat ketiga semalam. - AFP

BRASILIA - Luiz Felipe Scolari menolak untuk membuat keputusan mengenai masa depannya semalam, mengatakan bahawa Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) yang akan menentukan sama ada khidmatnya sebagai jurulatih Brazil disambung atau tidak selepas Piala Dunia.

Selepas menyaksikan pasukan­nya kalah 3-0 kepada Belanda dalam perebutan tempat ketiga, Scolari berkata, CBF akan menganalisis prestasinya dan menentukan sama ada dia kekal sebagai jurulatih walaupun gagal mencapai kejayaan dalam kejohanan yang berlangsung di tempat sendiri.

Jurulatih tersebut, yang telah diejek oleh penonton di Brasilia, berkata bukan dia yang layak membuat keputusan untuk mengekalkan jawatan atau tidak, tetapi CBF.

Konfederasi itu telah memberi tanda-tanda mereka mahu Scolari kekal membimbing Brazil, tetapi belum ada pengumuman rasmi.

"Presiden konfederasi yang perlu membuat keputusan. Kami telah bersetuju bahawa selepas kejohanan kami akan memberikan semula kuasa kepadanya, tidak kira kami menang atau kalah. Saya akan menghantar laporan kepada presiden dan dia akan menganalisis apa yang akan dilakukannya, " kata Scolari, 65, yang membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia 2002.

Sejak kali kedua bertugas bersama pasukan kebangsaan bermula akhir 2012, Scolari telah membawa pasukan tersebut meraih 19 kemenangan, enam seri dan empat kekalahan.

Brazil telah memenangi Piala Konfederasi tahun lepas, kejohanan pemanas badan Piala Dunia, di bawah bimbingannya.

Beliau berjanji untuk memenangi Piala Dunia di tempat sendiri, mengatakan bahawa ia adalah kewajipan Brazil.

Presiden CBF, Jose Maria Marin tidak bercakap secara terbuka sejak Brazil kalah 7-1 kepada Jerman di separuh akhir, kekalahan paling teruk dalam sejarah 100 tahun pa­sukan kebangsaan tersebut.

Sebelum kejohanan bermula, Marin berkata dia lebih suka jika Scolari kekal sebagai jurulatih tidak kira apa yang berlakau kepada pasukan kebangsaan.

Jurulatih tersebut telah yang lebih banyak dipersalahkan oleh peminat dan media tempatan kerana memilih barisan yang terlalu ofensif ketika bertemu Jerman. Dia meminta maaf kepada peminat selepas kekalahan itu tetapi berkata kerjanya bersama pasukan kebangsaan adalah bagus sehinggalah perlawanan itu.

"Prestasi kami tidaklah hebat tetapi kami mencapai matlamat kami. Kami masih dalam kelompok empat teratas. Saya rasa tidak wajar untuk mengkritik pasukan kebangsaan," kata Scolari.

Penyerang Brazil yang mengalami kecederaan, Neymar turut hadir semasa sidang akhbar Scolari.

Dia memeluk jurulatih tersebut, bercakap sedikit dengannya dan kemudian berlalu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140714/sl_03/Scolari-elak-bincang-jawatan#ixzz37QBBDrTL  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: