Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Budak ajaib’ julang Jerman


KECERIAAN jelas di wajah pemain-pemain Jerman selepas dinobat sebagai juara Piala Dunia buat kali keempat di Rio de Janeiro, Brazil, pagi ini.

PENGENDALI Jerman, Joachim Loew menggelar Mario Goetzo sebagai ‘budak ajaib’ selepas jaringan bintang muda itu pada masa tambahan membawa Jerman merangkul Piala Dunia buat kali keempat selepas menumpaskan Argentina 1-0 di Rio de Janeiro, pagi ini.

Masuk menggantikan Miroslav Klose pada minit ke-88, Goetze, 22, mendada bola hantaran silang Andre Schurrle sebelum melepaskan voli cantik untuk menumpaskan penjaga gol Argentina, Sergio Romero pada minit ke-113.

Ini merupakan kejuaraan pertama buat Jerman dalam tempoh 24 tahun.

Peranan penting yang dimainkan bintang tengah Bayern Munich itu dalam membawa skuad Die Mannschaft menjulang Piala Dunia buat kali keempat selepas 1954, 1974 dan 1990 turut membolehkannya dinobat sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir .

Malah, kemenangan Jerman juga memahat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama muncul juara di bumi Amerika Selatan, manakala Goetze pula adalah pemain gantian pertama meledak gol kemenangan dalam final Piala Dunia.


MARIO Goetze meraikan kejayaan meledak gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan akhir di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, pagi ini.

“Goetze adalah budak ajaib. Dia mampu bermain di pelbagai posisi dan masuk untuk membawa perbezaan kepada pasukan. Dia melakukan keajaiban hari ini," ujar Loew.

Loew juga mendedahkan, kerja keras selama 10 tahun yang dilakukan bersama bekas jurulatih, Juergen Klinsmann adalah kunci kemenangan pasukannya.

“Kami telah memulakan projek sejak 10 tahun lalu, Kemenangan ini adalah hasil kerja keras selama bertahun-tahun lalu.

“Pasukan ini berhak menang. Pemain seperti Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Lukas Podolski serta Per Mertesacker telah lama bersama pasukan," katanya lagi.

Penyerang veteran, Klose, yang memahat sejarah dengan muncul penjaring terbanyak Piala Dunia menerusi 16 gol turut memuji sentuhan hebat Goetze.

“Ketika Mario datang kepada saya, saya kata kepadanya ‘Anda boleh lakukan’," kata Klose.

Piala Dunia kali ini juga menjadi kenangan manis buat Manuel Neuer yang dinobat sebagai penerima anugerah Sarung Tangan Emas selaku Penjaga Gol Terbaik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140714/sl_10/Budak-ajaib-julang-Jerman#ixzz37QD6AqHd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: