Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 July 2014

WORLD CUP 2014 - Robben masih lagi dihantui badi 2010


ARJEN Robben dikecewakan oleh Javier Mascherano (kiri) yang berjaya menghalang sepakannya di dalam kawasan gol Argentina pada perlawanan separuh akhir di Stadium Corinthians, Sao Paulo semalam. - AFP

SAO PAULO - Kekalahan Belanda kepada Argentina menerusi sepakan penalti penentuan di pusingan separuh akhir Piala Dunia menyaksikan Arjen Robben gagal menamatkan badi kekalahan di pentas final edisi 2010.

Pertembungan di Arena Corinthians kelmarin seharusnya menjadi medan ‘peperangan’ di antara dua penyerang berbisa iaitu Robben dan Lionel Messi tetapi barisan pemain pertahanan kedua-dua pasukan pula yang mencuri tumpuan dalam perlawanan itu.

Ketika Messi dikawal rapi pemain pertahanan Ron Vlaar, Robben pula dilihat gagal memberikan ancaman ke kubu lawan bagi mencari gol keempatnya dalam kejohanan ini.

Robben memperoleh peluang keemasan hasil hantaran Wesley Sneijder di dalam kawasan gol pada penghujung masa sebenar, namun pemain tengah Argentina, Javier Mascherano bertindak cemerlang untuk membuat hadangan.

Dan, apabila dia berjaya melepasi kawalan untuk menyusup dari sebelah kanan dan melepaskan rembatan kencang, percubaannya pada babak pertama masa tambahan itu terus ke dakapan penjaga gol, Sergio Romero.

Robben akhirnya menjaringkan gol dalam situasi penalti penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, dengan rembatannya menuju ke penjuru kanan untuk menewaskan Romero.

Tetapi Romero berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti daripada Vlaar dan Sneijder sebelum jaringan Maxi Rodriguez memastikan Argentina ke pentas akhir untuk bertemu Jerman.

Selepas kehilangan peluang untuk beraksi di pentas final untuk kali kedua berturut-turut, Belanda kini perlu melakukan persiapan untuk pertemuan menentang Brazil bagi merebut tempat ketiga dan Robben kelihatan tidak begitu teruja dengan perlawanan itu.

"Perlawanan tempat ketiga? Sejujurnya, hanya gelaran juara menarik minat saya. Kekalahan membuatkan saya kecewa. Sangat menyakitkan," katanya.

Tiga kali kalah dalam perlawanan akhir serta dua di separuh akhir Piala Dunia dilihat seperti sudah menjadi kebiasaan buat pasukan Belanda dalam kejohanan itu, tetapi kekalahan semalam merupakan yang paling sukar buat Robben.

Empat tahun lalu di pentas akhir di Johannesburg, Afrika Selatan, dia merupakan senjata pemusnah utama Belanda tetapi gandingannya bersama Sneijder gagal membolosi penjaga gol Sepanyol, Ike Casillas.

Beberapa pemain Belanda turut dihantui perasaan yang sama seperti Robben ketika mereka tewas 0-1 kepada Sepanyol di Stadium Soccer City.

Robben juga tidak bernasib baik dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara 2010 apabila Beyern Munich kalah kepada Inter Milan dan apabila takdir menghadiahkan dia dengan peluang untuk berjaya, dia gagal merebutnya.

Dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara 2012, menentang bekas kelabnya Chelsea dan bermain pula di tempat Bayern sendiri iaitu Allianz Arena, dia mensia-siakan peluang untuk mendahului pada masa tambahan apabila sepakan penaltinya diselamatkan oleh Petr Cech.

Chelsea kemudian menang menerusi penalti penentuan.

Bagaimanapun keadaan berubah musim berikutnya apabila Robben menamatkan kempen cemerlangnya dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas Borussia Dortmund dalam masa kecederaan perlawanan akhir Liga Juara-juara di Stadium Wembley.

Pemain berusia 30 tahun itu juga cemerlang sepanjang musim 2013-14, menjaringkan 21 gol dalam 45 perlawanan untuk membantu Bayern muncul juara liga dan Piala Jerman serentak.

Dia meneruskan prestasinya di Brazil, menjaringkan dua gol ketika Belanda membelasah Sepanyol 5-1, satu gol ketika menang 3-2 ke atas Australia, dan mendapat penalti masa kecederaan yang menyaksikan Belanda menyingkirkan Mexico 2-1 di pusingan kedua. - AFP




No comments: