Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 July 2014

WORLD CUP 2014 - Mascherano tetap kental walau kepala terhantuk


GEORGINIO Wijnaldum memeriksa Javier Mascherano yang terhuyung hayang dan tumbang selepas mereka terhantuk kepala sewaktu merebut bola tinggi dalam perlawanan separuh akhir di Sao Paulo semalam. - REUTERS

SAO PAULO - Meskipun menerima hentakan kuat di kepala ketika beraksi, namun tidak menghalang Javier Mascherano dan Pablo Zabaleta untuk terus bermain bersama Argentina ketika pasukan itu menewaskan Belanda pada pusingan separuh akhir Piala Dunia semalam.

Mascherano dilihat seperti dalam keadaan separa sedar selepas kepalanya terhantuk dengan Georginio Winjaldum pada separuh masa pertama permainan.

Dia kemudian memegang kepalanya, berjalan beberapa langkah sebelum tumbang di atas padang. Selepas diberikan rawatan, dia masuk semula untuk beraksi.

Malah, pada penghujung perlawanan masa sebenar, pemain Barcelona itu berjaya menghadang sepakan Arjen Robben di depan pintu gol.

"Saya berada dalam keadaan baik. Saya terasa sakit kepala sedikit. Tetapi sekarang tidak lagi," kata Mascherano selepas Argentina mara ke pentas final dengan kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti penentuan.

Perlawanan itu juga menyaksikan, Zabaleta berdarah di bahagian mulut selepas mukanya terhantuk bahu Dirk Kuyt pada masa tambahan.

Dia kemudian turut menyambung permainan selepas doktor pasukan meletakkan tisu di dalam mulutnya.

Pada peringkat awal kejohanan, persatuan pemain dunia mendakwa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) gagal melindungi pemain tengah Uruguay, Alvaro Pereira selepas pemain itu bertindak meneruskan permainan selepas menerima hantukan kuat di bahagian kepala.

Walaupun Pereira memaklumkan dia tidak sedarkan diri buat seketika dan kemudian terasa pusing, FIFA berkata, tanggungjawab terletak di tangan doktor pasukan yang membenarkan pemain itu meneruskan permainan. - AGENSI



No comments: