Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Perhitungan antara dua benua


KIRI: Sergio Romero, Manuel Neuer

RIO DE JANEIRO - Pertembungan antara Argentina menentang Jerman, esok bukan satu perkara yang didambakan oleh Brazil pada Piala Dunia kali ini, namun perlawanan akhir itu bakal memberi klimaks yang mendebarkan dalam sejarah kejohanan itu, walaupun pertemuan tersebut mungkin berkesudahan tanpa ledakan gol yang banyak.

Perlawanan yang bakal menyaksikan pertembungan antara dua benua, Eropah dan Amerika Selatan itu, sudah pasti menjanjikan satu pertarungan menarik antara kedua-dua pasukan yang mahu membuktikan siapa yang lebih hebat di muka bumi ini.

Menurut ejen kepada jurulatih, Alejandro Sabella, pertembungan di pentas final adalah yang terakhir buat pengendali Argentina itu tanpa mengira keputusannya dan kemenangan dalam pertarungan itu nanti akan menjadikan Sabella sebagai hero La Albiceleste.

Perlawanan akhir tersebut juga merupakan pertembungan kali ketiga antara kedua-dua kuasa besar bola sepak Eropah dan Amerika Selatan itu di pentas akhir Piala Dunia.

Bagaimanapun, sukar untuk meramal sama ada perlawanan itu nanti bakal menyaksikan ledakan gol yang banyak atau pun sebaliknya seperti yang pernah berlaku pada pertemuan 1986 di Mexico City yang berkesudahan Argentina menang 3-2, ataupun lebih mirip kepada kejayaan tipis 1-0 Jerman Barat pada 1990 di Rome.

Trend dalam perlawanan akhir Piala Dunia sejak kebelakangan ini dilihat agak sengit, lebih berhati-hati, corak bermain secara bertahan dengan jumlah jaringan yang rendah bagi pasukan yang menang dengan aksi final pada 1986 dan 1990 menjadi garis pemisah kepada sejarah final kejohanan itu.

Enam perlawanan akhir Piala Dunia sebelum dan termasuk 1986 telah menghasilkan sebanyak 27 gol, manakala enam aksi final selepas 1990 menyaksikan Argentina muncul pasukan pertama yang gagal menjaringkan gol yang banyak setelah hanya meledakkan sembilan jaringan.

Pada Piala Dunia di Brazil, sebanyak 167 gol berjaya dihasilkan, dan rekod 171 jaringan sepanjang zaman yang dicipta di Perancis pada 1998 dilihat mampu dipecahkan dengan pasukan yang mempunyai pertahanan kental berbanding corak serangan yang hebat berpotensi merangkul gelaran Piala Dunia kali ini.

Dalam konteks penjaga gol pula, kedua-dua pasukan memiliki penjaga gol yang kini berada pada prestasi terbaik dengan Jerman boleh berbangga yang mereka mempunyai Manuel Neuer, manakala Argentina mendapat khidmat Sergio Romero.

Berada di hadapan Neuer, Benedict Hoewedes telah bermain dalam setiap minit perlawanan sepanjang kejohanan ini di posisi pertahanan kiri dengan Mats Hummels dan Jerome Boateng dilihat menjadi gandingan pertahanan tengah yang mengkagumkan.

Barisan belakang Argentina juga tidak kurang hebat selepas pasukan itu tidak melepaskan sebarang gol untuk tiga perlawanan sebelum ini sejak kemenangan 3-2 ke atas Nigeria dalam aksi terakhir Kumpulan F pada 25 Jun lalu, dan Sabella juga boleh bergantung kepada formasi sedia ada yang mantap. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140713/sl_01/Perhitungan-antara-dua-benua#ixzz37PlgUz6r  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: