Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Loew pikul tugas berat




RIO DE JENEIRO - Pengendali Jerman, Joachim Loew kini berdepan tekanan membantu ‘generasi emas’ negara itu membawa pulang kejuaraan Piala Dunia keempat seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Jurulatih berusia 54 tahun itu telah melakukan pelbagai perubahan ke atas pasukan itu selepas menanggung kekalahan di peringkat separuh akhir Euro 2012 kepada Itali.

Bukan itu sahaja, malahan Jerman turut tewas kepada Sepanyol di peringkat separuh akhir Piala Dunia, empat tahun lalu.

"Tekanan yang dihadapi Jerman untuk menjuarai Piala Dunia? Tekanan apa yang awak maksudkan ini?" tanya Loew kembali kepada pemberita ketika diajukan persoalan mengenai persiapan skuad bimbingannya menghadapi Argentina di pentas akhir Piala Dunia, esok.

Loew bersama Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) telah mengambil segala langkah pencegahan bagi melindungi setiap pemain daripada berhadapan tekanan dan gangguan sepanjang kejohanan kali ini berlangsung. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140713/sl_05/Loew-pikul-tugas-berat#ixzz37PpclLyJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: