Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

Kejamnya bangsa yang hina


Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

KANAK-KANAK tidak berdosa turut menjadi mangsa tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

PADA 7 Julai lalu, ketika semua umat Islam sedang menyambut Ramadan dan penduduk dunia sibuk melayan Piala Dunia 2014 di Brazil, rejim Zionis melakukan serangan udara ke atas penduduk Palestin di Gaza sehingga menyebabkan hampir 100 orang terbunuh sehingga kini.

Ini bukan kali pertama rejim Zionis yang menubuhkan negara Israel dengan merampas tanah-tanah rakyat Palestin, melakukan kekejaman tanpa perikemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

Dalam tempoh antara 1987 dan 2011, tentera rejim Zionis telah membunuh lebih kurang 8,000 rakyat Palestin termasuk lebih 1,600 kanak-kanak. Kali terakhir Israel menyerang Gaza ialah pada November 2012 yang mengorbankan ratusan penduduk Palestin.

Peristiwa pembunuhan kejam secara beramai-ramai lebih 5,000 pelarian Palestin di khemah Shatila dan Sabra, Beirut, Lebanon dari 16 hingga 18 September 1982 tidak akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan.

Bermulanya

permusuhan Israel - Islam

Sejarah permusuhan Israel dan Palestin serta umat Islam lain bermula selepas pengisytiharan penubuhan negara Israel di bumi Palestin pada 14 Mei 1948 iaitu sehari sebelum berakhirnya pendudukan British di Palestin.

Kewujudan negara Israel itu merupakan rentetan daripada penubuhan Zionisme di Eropah iaitu sebuah gerakan politik antarabangsa pada penghujung 1800-an. Matlamatnya ialah menubuhkan sebuah negara Yahudi di bumi Palestin yang ketika itu dihuni 86 peratus penduduk beragama Islam, Kristian (10 peratus) dan Yahudi (empat peratus).

Antara strategi yang dilakukan oleh Zionisme ialah menggalakkan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin menerusi slogan ‘tanah tanpa penduduk untuk penduduk tanpa tanah’ walaupun hakikatnya Palestin sudah lama berpenghuni.

Sekitar 1930-an, pemilikan tanah golongan Yahudi di Palestin meningkat daripada satu peratus kepada enam peratus. Kadar jenayah juga bertambah dengan kemunculan beberapa kumpulan pengganas Zionis.

Penghapusan & Pengusiran Penduduk Palestin

Keganasan ini mencapai kemuncaknya dalam Perang Arab-Israel 1948 yang juga dikenali sebagai Perang Kemerdekaan Israel, menandakan kejayaan penubuhan sebuah negara Yahudi. Bagi penduduk Palestin, perang itu digelar ‘al-Nakba’ yang bermaksud malapetaka ekoran pengusiran lebih 750,000 penduduk Palestin dan mereka juga dilarang kembali ke kampung halaman.

Dalam perang itu, tentera rejim Zionis melakukan 33 pembunuhan beramai-ramai dan memusnahkan 531 bandar Palestin. Mereka juga melakukan banyak jenayah perang termasuk merogol wanita dan membunuh kanak-kanak Palestin.

Pada akhir Mei 1948, tentera Arab dari Syria, Iraq, Jordan, Lebanon dan Mesir melancarkan serangan terhadap Israel tetapi mereka ditewaskan sehingga menyebabkan Israel menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada penduduk Arab dan Baitulmaqdis.

Pada 1967, Israel melancarkan perang ketiga dan merampas lebih banyak tanah Palestin dan negara-negara Arab. Dalam perang enam hari ini, Israel menceroboh Tebing Barat, Jaluran Gaza dan Bukit Golan. Sejak 1967, Israel dilaporkan telah memusnahkan lebih 18,000 rumah rakyat Palestin.

Kejatuhan Yahudi

Walaupun rejim zionis merasa terlalu kuat sekarang, al-quran telah menerangkan kemusnahan mereka. Firman Allah swt:

dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.

Maka apabila datang ketetapan pertama daripada kedua-dua (ketetapan) itu, Kami (Allah) datangkan kepadamu hamba-hamba Kami (Allah) yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

Kemudian Kami (Allah) kembalikan kepada kamu giliran atas (mengalahkan) mereka, dan Kami (Allah) membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami (Allah) jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

Jika kamu berbuat baik, maka kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka itu pun untuk diri kamu sendiri juga. Maka datang pula ketetapan yang akhir (kedua), untuk menyuramkan muka-muka kamu, dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama (dahulu), dan mereka membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai. (al-Israa:4-7)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140713/lu_16/Kejamnya-bangsa-yang-hina#ixzz37PkaXxD1  © Utusan Melayu (M) Bhd



No comments: