Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Pasukan bukan pilihan miliki kelebihan - Aguero


PENYERANG Argentina, Sergio Aguero menyepak bola sewaktu sesi latihan di "Cidade do Galo", kem latihan skuad Argentina di Vespasiano, berhampiran Belo Horizonte, Brazil, semalam. - AFP

SAO PAULO - Penyerang Argentina, Sergio Aguero percaya kedudukan mereka sebagai pasukan bukan pilihan akan memberi kelebihan buat La Albiceleste pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Jerman di Rio de Jeneiro, awal pagi Isnin ini.

Kedua-dua pasukan, bagaimanapun memiliki laluan berbeza ke pentas akhir dengan Jerman menjadi pasukan pilihan selepas mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas Brazil di separuh akhir, manakala Argentina pula melangkah ke final selepas penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan ketika bertemu Belanda.

"Jerman sentiasa menjadi pasukan pilihan bersama Brazil untuk menjuarai Piala Dunia. Perkara itu berterusan sehingga kini. Kami perlu bermain dengan cara kami untuk memberikan tekanan kepada mereka," kata pemain Manchester City itu.

Laluan Argentina ke pentas akhir untuk kali pertama dalam tempoh 24 tahun adalah sesuatu yang di luar jangkaan selepas mereka mempamerkan barisan pertahanan yang kental, selain serangan berkualiti dengan bantuan pemain terbaik dunia empat kali, Lionel Messi.

Aguero bagaimanapun, tetap yakin pasukannya mampu menerima segala tekanan yang diberikan Jerman dalam saingan yang akan berlangsung di Stadium Maracana.

"Kami kini di pentas final, kami perlu melaluinya dan memenangi dengan apa juga cara. Kami mahu penguasaan dalam permainan, tetapi kami tahu Jerman adalah pasukan yang unggul mereka mengenali antara satu sama lain, berdasarkan gerak hati dan sudah beraksi bersama untuk tempoh yang lama.

"Jelas sekali Argentina akan beraksi sebaik mungkin untuk menang tetapi kami perlu berhati-hati. Objektif utama kami sangat jelas dan akan tentukan segalanya di tengah padang," katanya.

Aguero kembali beraksi untuk tempoh 40 minit terakhir ketika bertemu Belanda selepas terlepas aksi kalah mati menentang Switzerland, dan suku akhir menewaskan Belgium akibat kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu masih lagi bergelut untuk kembali cergas, dan dia mengakui adalah sesuatu yang sukar untuk pulih sepenuhnya dalam kejohanan besar seperti Piala Dunia.

"Selepas kembali daripada kecederaan, satu perkara akan sentiasa bermain di fikiran, sama ada mampu kembali kepada prestasi terbaik atau tidak. Saya perlu berlatih dan berusaha menjadi sebaik mungkin. Apabila anda terlepas tiga perlawanan terutamanya ketika Piala Dunia, anda akan sedar apa yang anda sudah tertinggal," kata Aguero. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140712/sl_03/Pasukan-bukan-pilihan-miliki-kelebihan---Aguero#ixzz37PU4qKqR  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: