Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Mujur saya tidak lumpuh


PENYERANG Brazil, mengalirkan air mata sewaktu pemain itu menceritakan pengalaman menakutkan ketika ditimpa kecederaan dalam perlawanan menentang Colombia pada sidang akhbar di Teresopolis, Brazil, semalam. - AFP

TERESOPOLIS - Neymar gagal membendung perasaaannya apabila penyerang itu mengalirkan air mata, semalam sewaktu dia mengenang kembali kekasaran yang menimpa dirinya yang sekali gus menamatkan aksi pemain itu di pentas Piala Dunia, dan turut melahirkan rasa syukur kecederaan dialami tidak menyebabkan dia lumpuh.

Pertahanan Colombia, Juan Zuniga melakukan terjahan keras menggunakan lutut di bahagian belakang penyerang Brazil itu pada perlawanan suku akhir yang menyaksikan tuan rumah mara ke separuh akhir dengan keputusan 2-1 sebelum tersingkir di tangan Jerman setelah dibelasah 1-7.

"Saya tidak kata dia sengaja mencederakan saya. Saya tidak tahu apa yang dia fikirkan, tetapi sesiapa yang faham bola sepak dapat lihat apa yang dilakukan itu bukan cabaran biasa.

"Sekiranya anda ingin melakukan kesalahan terhadap seseorang untuk menghentikan permainan atau melakukan serangan balas, anda biasanya akan sepak buku lali, tarik atau tolak pemain lawan, tetapi cara bola itu jatuh jelas sekali ia bukan situasi permainan biasa.

"Ramai yang kata saya suka menjatuhkan diri, tetapi saya tidak peduli apa yang mereka katakan. Saya boleh pertahankan diri saya sekiranya dapat melihat keadaan sekeliling.

"Tetapi kali ini saya tidak dapat pertahankan diri kerana ia datang dari belakang. Apa yang boleh mempertahankan saya dalam situasi itu ialah peraturan, dan saya tidak boleh mempertahankan diri saya, dan akhirnya saya tercedera.

"Tuhan merahmati saya, sekiranya kecederaan itu berlaku dua sentimeter dari keadaan sekarang sudah pasti saya akan berkerusi roda" kata Neymar kepada pemberita di kem latihan Brazil.

Jelas Neymar lagi, Zuniga menghubunginya keesokan hari untuk memohon maaf.

"Saya tidak membencinya, saya tidak berdendam tetapi saya tidak mempunyai sebarang perasaan," katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140712/sl_02/Mujur-saya-tidak-lumpuh#ixzz37PSvv0Oy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: