Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Brazil wajib tewaskan Belanda


PERTAHANAN Brazil, Dani Alves (tengah), dan pemain tengah, Paulinho (tiga, kanan) berbual dengan pembantu jurulatih, Carlos Alberto Perreira pada sesi latihan skuad Brazil di Teresopolis, Brazil semalam. - AFP

BRASILIA - Selepas Brazil dimalukan Jerman, skuad bimbingan Luis Felipe Scolari itu wajib melakar kemenangan ke atas Belanda bagi menamatkan saingan sekurang-kurangnya di kedudukan ketiga, sekalipun menyedari kejayaan tersebut sudah tidak memberi sebarang erti buat pasukan tuan rumah itu pada Piala Dunia.

Brazil dibelasah Jerman 1-7 pada aksi separuh akhir sekali gus mengakhiri impian mereka untuk merangkul Piala Dunia buat kali keenam, dan julung kali di tanah air sendiri hingga mengakibatkan rakyat negara itu diselubungi perasaan sedih.

Selain kekalahan di tangan Jerman, terdapat lagi prospek yang mengerikan buat rakyat Brazil iaitu seandainya Argentina yang merupakan seteru tradisi utama mereka memenangi perlawanan akhir yang berlangsung di Rio de Janeiro, Isnin ini.

Oleh itu, walaupun kemenangan tempat ketiga dianggap banyak pihak sebagai saguhati, perlawanan di stadium nasional Brazil perlu dipandang serius oleh Scolari.

Namun, situasi berbeza buat rakan sejawat Scolari dari Belanda, Louis van Gaal, yang menyifatkan penentuan tempat ketiga serta keempat itu sudah tidak lagi berguna dan hanya meningkatkan lagi tekanan kepada tuan rumah.

Dikecam hebat media tempatan selepas perlawanan menentang Jerman, Scolari menyifatkan mala petaka separuh akhir itu merupakan hari terburuk dalam hidupnya dengan khabar angin mengatakan jurulatih tersebut serta kakitangannya dijangka berundur selepas kejohanan berakhir tanpa mengira keputusan dalam perlawanan playoff itu nanti.

"Kami mempunyai perjanjian sehingga perlawanan Ahad ini dan selepas itu mungkin kami akan mengadakan satu perbincangan bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit. Saya akan meneruskan kehidupan saya dan para pemain juga akan meneruskan impian untuk menjadi juara.

"Sejarah pasti akan merekodkan bahawa Brazil buat kali pertama sejak 2002 berjaya sampai ke peringkat separuh akhir," kata Scolari.

Dalam pada itu, Van Gaal turut menerima kritikan selepas Oranje yang memulakan kempen Piala Dunia dengan membelasah Sepanyol 5-1 gagal untuk menjaringkan gol sama ada dalam aski suku akhir mahu pun separuh akhir setelah terikat dengan keputusan seri menentang Costa Rica dan Argentina.

Oranje menewaskan Costa Rica menerusi penentuan sepakan penalti, namun kalah dalam cara serupa pada pertemuan dengan Argentina selepas penjaga gol La Albiceleste, Sergio Romero berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil pemain Belanda.

Van Gaal yang akan menerajui Manchester United selepas kejohanan itu berakhir, memberitahu sidang akhbar bahawa penentuan tempat ketiga sepatutnya tidak dipertandingkan dan perkara itu telah dibangkitkannya sejak 10 tahun lepas.

"Dalam satu kejohanan bola sepak terutamanya bukan pada peringkat akhir, anda tidak sepatutnya mengadakan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Ini kerana, hanya terdapat satu gelaran yang hendak direbut iaitu juara dunia," katanya. - REUTERS




No comments: