Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 July 2014

WORLD CUP 2014 - Jerman miliki kelebihan - Sabella


ALEJANDRO Sabella meraikan jaringan gol Maxi Rodriguez menerusi sepakan penalti penentuan yang membawa pasukannya ke perlawanan akhir untuk bertemu Jerman pada Isnin depan.

SAO PAULO - Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella percaya skuad Jerman memiliki kelebihan kerana dapat berehat lebih sehari berbanding pasukannya yang masih keletihan untuk perlawanan akhir Piala Dunia (pada Isnin ini waktu Malaysia).

Anak-anak buah Sabella melengkapkan slot ke aksi akhir di Maracana, setelah terpaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan, dan penentuan sepakan penalti dalam perlawanan menentang Belanda yang mana jurulatih Argentina itu sifatkan seperti satu peperangan.

Hakikatnya Jerman mempunyai kelebihan sehari rehat, selepas melakar kemenangan besar 7-1 ke atas Brazil, dan tidak diherat hingga ke masa tambahan seperti yang terpaksa diharungi anak-anak buahnya, kata Sabella.

"Segelintir pemain saya berada dalam keletihan, dan sakit di bahagian tubuh mereka. Kami seperti berada dalam peperangan. Menjelang perlawanan akhir, kami kurang sehari rehat untuk melakukan persediaan menentang skuad Jerman, tetapi dengan usaha, kesungguhan, dan rasa rendah diri, kami akan melakukan apa yang termampu untuk meraih kejayaan," kata Sabella.

Sabella turut melahirkan rasa kagumnya terhadap bola sepak Jerman yang pada anggapannya negara itu sering melahirkan pemain berbakat yang memiliki sentuhan Amerika Selatan.

"Dalam sejarah bola sepak Jerman, mereka sering menampilkan corak permainan fizikal, taktikal, memiliki kekuatan yang mantap, dan sentiasa mempunyai pemain yang memiliki sentuhan Amerika Selatan.

"Saya menjangkakan perlawanan akhir pasti sukar, dan di sini ingin saya ulangi hakikatnya bahawa mereka tidak beraksi hingga ke masa tambahan, dan kami pula perlu berbuat demikian, serta bermain sehari lewat berbanding Jerman. Jerman sering menjadi sebuah pasukan yang sukar untuk diatasi.

"Isu ini mungkin kecil, tetapi pada hakikatnya kami bermain lewat sehari, dan Jerman pula telah mengesahkan kemenangan mereka dalam tempoh 45 minit pertama, jadi dalam babak kedua mereka sudah boleh memperlahankan rentak permainan, yang mana kami pula terpaksa menggunakan setiap titisan peluh kami untuk melangkah ke final Piala Dunia," jelas Sabella.

Argentina, kini memburu gelaran ketiga Piala Dunia, setelah kali terakhir melangkah ke final pada 1990 di Itali di mana mereka tumpas 0-1 kepada Jerman Barat. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140711/sl_02/Jerman-miliki-kelebihan---Sabella#ixzz37904dnwW  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: