Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 July 2014

WORLD CUP 2014 - Maafkan kami - Thiago Silva


Penyerang Belanda, Arjen Robben (kiri) dikasari oleh kapten Brazil, Thiago Silva dalam kawasan kotak penalti yang akhirnya membolehkan Oranje dihadiahkan penalti dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Brasilia, semalam. - AFP

BRASILIA - Ketua pasukan Brazil, Thiago Silva memohon maaf bagi pasukannya ekoran kegagalan mereka dalam kempen Piala Dunia selepas tewas 3-0 kepada Belanda dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

"Kesedihan tidak dapat digambarkan kerana kami sudah cuba sedaya-upaya kami dan tidak mencapai hasil yang sepatutnya. Amat sukar untuk kami pulang ke rumah dan berkata kepada ahli keluarganya: Maaf, saya gagal," katanya selepas tewas kepada skuad Oranje setelah sebelumnya dimalukan oleh Jerman 7-1.

"Amat sukar buat kami kerana perlu menunjukkan muka kami dan menganggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Secara psikologinya semua orang sedang murung namun saya fikir kehidupan perlu diteruskan kerana ini tidak berakhir di sini sahaja," katanya.

Silva tidak beraksi ketika bertemu Jerman kerana digantung perlawanan namun menjadi punca kepada sepakan penalti Belanda selepas mengasari Arjen Robben di dalam kotak penalti pada minit kedua di Stadium Nasional Garrincha.

Dia bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Algeria namun jaringan Robin Van Persie mengukuhkan kemenangan pasukan mereka.

"Saya boleh memohon maaf kepada peminat namun kekalahan kami di tangan Jerman amat sukar diterima oleh mereka (peminat). Kekalahan pada hari ini sememangnya mempunyai kaitan dengan perlawanan lalu.

"Masih terdapat perkara yang positif dan bukan semuanya menjadi malapetaka buat pasukan.

"Bagaimanapun kami perlu berubah dari segi taktikal, teknikal dan fizikal untuk berjaya pada masa hadapan.

"Piala Dunia 2018 di Rusia kelihatan masih jauh lagi namun perjalanan kami akan bermula tidak lama lagi," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140714/sl_02/Maafkan-kami---Thiago-Silva#ixzz37Q7Epjvw  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: