Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

50 doktor pakar diperlukan misi kemanusiaan ke Gaza


ABDUL Azeez Abdul Rahim (kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan sempena Ramadan di Melaka, semalam. Turut kelihatan Idris Haron. - BERNAMA

MELAKA 12 Julai Khidmat sukarela 50 doktor pakar amat diperlukan untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin anjuran Kelab Putra 1Malaysia yang akan ke negara tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi kali ini perlu membawa lebih ramai doktor berbanding sukarelawan memandangkan ribuan rakyat Palestin kini mengalami kecederaan parah apabila rejim Zionis membedil beberapa penempatan penduduk di situ sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, misi itu juga turut memerlukan bekalan ubatubatan dan makanan keseluruhannya berjumlah 100 tan yang perlu dikumpulkan segera bagi membantu rakyat negara itu yang kini menderita.

"Saya merayu manamana doktor tidak kira bangsa atau agama untuk tampil secara sukarela bagi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dalam tempoh terdekat ini.

"Kali ini kami amat memerlukan ramai doktor pakar sama ada pakar tulang, pakar bedah, pakar kanakkanak, pakar sakit puan dan sebagainya untuk secara sukarela membantu rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman rejim Israel.

"Jika ada doktordoktor yang sudi dan sanggup membantu rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis, tolong tampil mendaftar dengan kami untuk menyertai misi ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan sagu hati, bantuan utiliti, agihan air zamzam, kurma dan kain baju Melayu kepada seluruh ahli jawatankuasa 185 masjid di negeri ini, di Masjid Cina Negeri Melaka, Krubong dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md. Zain Mansor.

Misi kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia itu akan turut disertai Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan Aman Malaysia.

Abdul Azeez berkata, pihaknya menyasarkan bekalan ubatubatan yang diperlukan untuk misi kali ini berjumlah 40 tan di samping peralatan perubatan seperti kerusi roda, bekalan oksigen, pengusung dan sebagainya.

"Sejumlah 60 tan bekalan makanan turut diperlukan. Kali ini kita tidak akan bawa makanan dari Malaysia tetapi lebih mudah membelinya di Mesir,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut merayu seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama untuk menghulurkan sumbangan apa sahaja bagi membantu rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman Israel.

Menurutnya, sumbangan tersebut boleh dibuat dengan menghubungi urusetia Kelab Putra 1Malaysia di talian 0322736004.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140713/dn_02/50-doktor-pakar-diperlukan-misi-kemanusiaan-ke-Gaza#ixzz37PdsALbB  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: