Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

950 serangan libatkan 900,000kg peledak TNT


DUTA Aman Palestin, Heliza Helmi bersama sukarelawan aktivitis Aman Palestin mengutip derma untuk Tabung Palestin daripada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam. Dana itu bagi membantu umat Islam Palestin yang kini menderita akibat serangan Israel . - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 12 Julai - Imam dari Palestin, Ahmad Thabet Al-Hafiz memohon rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada umat Islam di negara itu yang hidup dalam ke-sengsaraan dan ketakutan berikutan serangan tanpa belas kasihan oleh rejim Zionis sejak lima hari lalu.

Menurut Ahmad Thabet, bantuan ubat-ubatan, makanan serta kelengkapan asas sangat diperlukan penduduk di Gaza memandangkan ramai yang mengalami kecederaan terutama wanita dan kanak-kanak selain hilang tempat tinggal akibat musnah dibom tentera Israel.

Katanya, hampir semua penduduk di Gaza kini hanya mampu bersembunyi di bawah tanah manakala sebahagian daripadanya tidak berani keluar dari kediaman masing-masing kerana amaran daripada Israel yang akan mengebom apa sahaja bentuk pergerakan di darat jika dikesan melalui pesawat pemantau mereka.

"Bantulah kami. Perjuangan menentang rejim Zionis bukan terletak di bahu orang Palestin sahaja, tetapi semua orang Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia boleh memberikan bantuan yang diperlukan.

"Kami di sini melakukan kerja mulia demi keteguhan ummah. Allah menyeru semua umat Islam untuk berjihad dan di sini, jihad adalah perjuangan kami. Bukan sahaja rakyat Palestin, tetapi semua orang Islam mesti melakukannya," katanya dalam sidang video dari Gaza bersama wartawan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad (Aqsa Syarif) di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor; Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif, Dr. Tahir Abd. Rahman serta pemimpin beberapa NGO iaitu Ahli Jawatankuasa Eksekutif Viva Palestina Malaysia (Viva Palestina), Noraini Hashim dan pemimpin kanan Srikandi Perwani D’hearty, Rozaidah Shahbudin.

Mengenai perkembangan semasa di Gaza, Ahmad Thabet yang juga Pegawai Wilayah Aqsa Syarif di Gaza berkata, maklumat daripada pihak berkuasa Palestin mendapati sehingga pukul 10 pagi ini (waktu Malaysia), sebanyak 91 nyawa telah terkorban dengan 83 daripadanya merupakan orang awam.

"Sehingga kini 661 kecederaan dilaporkan yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala tentera Israel telah melancarkan 950 serangan udara ke bumi Gaza yang dianggar membabitkan penggunaan 900,000 kilogram bahan peledak TNT.

"Sejak lima hari lalu, sekurang-kurangnya 140 rumah telah musnah manakala tingkat empat Pusat Perubatan Al-Awdah turut menjadi sasaran selain empat buah masjid dan sebuah ambulans yang sedang membantu orang ramai turut dibom," katanya.

Menurut beliau, sebuah sekolah anak yatim, El-Salah turut musnah dibom manakala petugas media dan sukarelawan kemanusiaan juga menghadapi ancaman dibunuh meskipun mereka dihantar ke situ melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140713/dn_03/950-serangan-libatkan-900000kg-peledak-TNT#ixzz37PfnNQ4h  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: