Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 16 August 2010

CAHAYA AKAL





Allah SWT telah menganugerahkan cahaya akal kepada seluruh umat manusia dan juga menyerahkan urusan penggunaannya kepada mereka. Dari itu, barangsiapa yang mengabaikan cahaya ini dengan tidak menyalakannya untuk menyingkap kenyataan dan kebenaran, maka pasti ia akan hidup di bawah timbunan kegelapan, kejahilan, khurafat dan kesesatan. Berbeza natijah bagi mereka yang mengguna dan mengembangkan akalnya. Perbezaan di antara kedua kelompok ini kembali kepada satu sebab iaitu: Yakin dan Tidak Yakin.

Individu yang lemah dan tidak memiliki keyakinan yang teguh akan tewas, bahkan ia tidak akan memperolehi sebarang manfaat dari akalnya. Sementara mereka yang kuat dan berkeyakinan teguh kepada Allah SWT di samping anugerah akal, maka ia pasti akan sampai ke puncak pengetahuan dan peradaban.

Alasan-alasan seumpama "Apapun yang anda katakan, saya tetap akan berpegang dengan apa yang sudah lama saya anuti", "Siapa anda kalau dibandingkan dengan .....", "Apa kemampuan anda untuk .....", "Ikut sahaja fahaman majoriti". "Bukan tugas kita untuk mengkaji! Terima saja apa yang dipegang ......", serta berbagai lagi alasan rapuh dan jahil yang mungkin akan menghancurkan keyakinan yang sedang dipupuk di dalam diri.

Alasan-alasan seumpama inilah yang dimaksudkan dengan taklid buta. Taklid kepada pegangan dan fahaman nenek moyang, ibu bapa atau para ulamak tanpa menggunakan rasional akal. Sedangkan Allah SWT membekalkan manusia dengan akal fikiran sebagai pemandu dan penapis segala perkara untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.
Implikasi dari sikap tersebut akan terus membawa manusia kepada kebekuan fikiran (jumud). Hati akan menjadi keras bagaikan batu dan akal menjadi sempit dan dungu, seterusnya menjadi penentang kepada kebenaran (kufur). Akibatnya manusia akan berubah menjadi binatang yang bila diseru tidak menoleh dan mengambil peduli.

Allah SWT berfirman menerusi surah al-Baqarah: 171, "Perupamaan orang-orang yang ingkar adalah seperti (orang yang menyeru) berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara teriakan semata-mata. (Mereka) itu pekak, bisu dan buta. Mereka itulah orang-orang yang tidak (mahu menggunakan) akal"

Firman Allah SWT lagi, al-A'araf: 179, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar. Mereka (yang demikian sikapnya) bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih sesat darinya. Mereka itulah orang-orang yang lalai"

Apakah kita mahu dimasukkan ke dalam golongan umat yang tidak mahu mendengar dan berfikir dalam soal mencari kebenaran? Masih mahukah kita terus menyemai sikap fanatik buta yang sudah sekian lama terkunci di dalam jiwa kita? Jika inilah sikap kita, maka ingatlah ungkapan penyesalan umat yang bersikap sedemikian yang dirakamkan Allah SWT menerusi surah al-Mulk: 10, "Dan mereka berkata: Kalaulah dahulu (di dunia) kami mendengar dan menggunakan akal, maka tidaklah kami bersama penghuni-penghuni neraka Sa'iir"

Akal adalah tanggungjawab setiap manusia. Umat wajib menggunakan akal selagi mereka waras (dibawah bantuan dan kawalan kaedah-kaedah penggunaannya) . Allah SWT memuji terhadap hamba-hamba- Nya yang sering menggunakan telinga untuk mendengar dan memanfaatkan akal untuk berfikir tentang apa jua yang dinamakan ilmu dan seruan-seruan ke arah kebenaran dan amal soleh.
Sumber dari Taman2Syurga

No comments: