Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 November 2014

Serpihan MH17 dipindahkan

17 November 2014 12:59 AM


Sebahagian anggota pasukan penyiasat Belanda, menjalankan kerja-kerja mengalihkan serpihan pesawat MH17 menggunakan kren di Kampung Grabove, timur Ukraine, semalam. – AFP

KIEV 16 Nov. - Kerja-kerja memindahkan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mula dilaksanakan hari ini, lapor kenyataan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB).

Rangkaian berita BBC yang memetik kenyataan itu melaporkan, pengalihan serpihan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan punca sebenar pesawat MH17 itu terhempas dan kerja-kerja membina semula bahagian kapal terbang yang musnah.

Jelas laporan itu, proses terbabit dijangka memakan masa beberapa hari bergantung kepada situasi keselamatan dan faktor lain memandang­kan kawasan lokasi di timur Ukraine masih berbahaya ekoran konflik pemberontakan kumpulan pro-Rusia yang masih berlanjutan.

“Kerja mengangkut keluar serpihan akan dilakukan pada setiap hari.

“Serpihan terbabit akan dihantar ke Kharkov terlebih dahulu sebelum dibawa ke Belanda untuk tindakan lanjut,” tambah laporan berkenaan.

Bagaimanapun buat masa ini DSB tidak memberi butiran terpe­rinci jenis pengangkutan yang digunakan untuk membawa keluar serpihan pesawat MH17 dan jadual kerja proses terbabit.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, menyebabkan kesemua 298 penumpang terkorban ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, tetapi pasukan penyiasat masih bertungkus-lumus mencari pihak yang bertanggungjawab ke atas tragedi terbabit.

Pihak Barat menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia terlibat dalam insiden itu, namun Moscow mendakwa tentera Ukraine me­nembak jatuh pesawat penumpang terbabit menggunakan jet tempur.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serpihan-mh17-dipindahkan-1.25494#sthash.8HplDccI.dpuf



No comments: