Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 November 2014

AFF : Harimau Malaya 
makin lemau

17 November 2014 1:23 AM


MOHD. AMRI YAHYAH memberi permulaan baik buat Malaysia dengan menjaringkan gol pembukaan, namun tidak mampu membantu Harimau Malaya mencatat kemenangan di Hanoi, semalam.

KUALA LUMPUR – Resah dan membimbangkan.

Empat kekalahan daripada lima perlawanan antarabangsa sudah cukup menunjukkan keyakinan Harimau Malaya bagi menghadapi Piala AFF berada di tahap terendah.

Terbaharu, anak-anak buah Dollah Salleh tumbang 1-3 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, semalam.

Kemenangan 4-1 ke atas Kemboja pada 20 September lalu menjadi kejayaan tunggal Dollah, manakala dalam perlawanan lain mereka gagal mencatat kemenangan.

Harimau Malaya tewas 1-4 kepada Tajikistan (8 Ogos), tumpas 0-2 di tangan Indonesia(14 September) dan kalah 0-3 dengan Syria (12 November).

Beraksi penuh garang di babak pertama, Harimau Malaya mendahului hasil jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-13, namun gagal menambah jaringan walaupun memiliki banyak peluang keemasan.

Amri hampir menambah gol kedua tetapi dia lambat bertindak, sebaliknya melakukan hantaran kepada Norshahrul Idlan Talaha yang kemudian melepaskan percubaan tetapi dihalang pertahanan Vietnam.

Harimau Malaya sekali lagi mensia-siakan peluang, kali ini giliran S. Kunanlan yang sekadar menyepak tinggi selepas gerakan menarik yang direncanakan oleh Amri dan Mahali Jasulli berganding dari bahagian kanan pada minit ke-43.

Namun sebaik sahaja aksi separuh masa kedua bermula, Vietnam berjaya memperolehi gol pe­nyamaan berpunca daripada situasi kelam kabut di hadapan pintu gol melalui percubaan awal Nguyen Van Quyet.

Percubaan Van Quyet berjaya ditampan Khairul Fahmi Che Mat namun bola muntah berkenaan hadir tepat kepada Mac Hong Quan yang menyepak masuk bagi mengikat permai­nan 1-1.

Situasi bertambah parah buat Malaysia apabila dua minit kemudian, Mohd. Muslim Ahmad dilayangkan kad merah.

Dia menarik Van Quyet, sekali gus memaksa mereka beraksi dengan 10 pemain pada baki 42 minit permainan.

Vietnam di hadapan pada minit ke-56 melalui sepakan penalti penyerang utama, Van Quyet.

Beraksi dengan kekurangan pemain, tuan rumah terus bermaharajalela dan mereka memperoleh gol ketiga apabila Mohd. Amri Yahyah gagal mengeluarkan bola daripada di dalam kotak penalti sebelum Ngo Hoang Tinh menghukum kealpaan pertahanan negara dengan meledak jaringan ketiga.

Kedudukan hampir menjadi 4-1 pada minit ke-87, namun mujur ketenangan Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan keadaan.

Penjaga gol Kelantan itu berjaya menghalang kemas percubaan pemain Vietnam, Vo Huy Toan untuk keputusan 3-1 kekal sehingga tamat permainan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaya-8232-makin-lemau-1.25541#sthash.gxp5qZxG.dpuf


No comments: