Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 25 November 2014

Pelan khas selamatkan Cameron Highlands

25 November 2014 2:54 AM


MUHYIDDIN YASSIN bersama Adnan Yaakob dan Zambry Abd. Kadir ketika meninjau keadaan tanah yang diteroka dan dijadikan kebun berdekatan Habu TNB Station, Habu, Cameron Highlands, semalam. – UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SIDIN

CAMERON HIGHLANDS 24 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelan tindakan jangka panjang untuk menyelamatkan Cameron Highlands daripada penerokaan tanah haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut beliau, antara langkah segera ialah agensi berkenaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan berterusan.

Selain itu, beliau mengarahkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa meneliti semula pelan pembangunan yang telah diluluskan di kawasan tanah tinggi itu sama ada perlu diperbaiki atau disesuaikan untuk memastikan tiada projek yang memberi kesan terhadap alam sekitar.

“Kita akan terus menempatkan agensi penguat kuasa di sini sehingga masalah ini selesai. Kita mahu masyarakat melihat betapa seriusnya kerajaan mengatasi isu-isu di sini.

“Kita tidak mahu operasi di sini hanya sementara dan apabila kita (penguat kuasa) balik, penyangak-penyangak ini akan datang semua, PATI kembali membanjiri kawasan ini.

“Matlamat pelan ini adalah untuk Cameron Highlands kembali ke zaman kegemilangannya sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Menurut Muhyiddin, semua agensi Persekutuan, negeri dan daerah perlu bertindak tegas me­ngatasi penerokaan tanah haram dan kebanjiran PATI tanpa kompromi.

Beliau berkata, menurut maklumat Pejabat Peguam Negara, tiada masalah untuk mengambil tindakan mengikut perundangan dalam soal tanah, PATI, penerokaan tanah haram dan alam sekitar.

“Semua instrumen undang-undang sudah cukup, yang penting adalah penguatkuasaan...penguatkuasaan... penguatkuasaan.

“Agensi berkaitan perlu menjalankan tugas. Jika ada kesukaran untuk menjalankan tugas seperti ada ancaman, pegawai yang berkenaan kena membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, selepas mesyuarat tersebut, Muhyiddin menyampaikan bantuan kepada 10 mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di Ringlet pada 5 November lalu.

Beliau turut melawat kawasan bencana, meninjau Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembah Bertam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelan-khas-selamatkan-cameron-highlands-1.28976#sthash.9g7dER8a.dpuf



No comments: