Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 November 2014

AFF : Sudah jatuh ditimpa tangga

Aidil, Gopinathan, Farhan, Kecik sah tidak ke Singapura

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 17 November 2014 1:23 AM


Kecederaan tonggak utama merunsingkan Dollah Salleh menjelang Piala AFF Suzuki yang bermula hujung minggu ini.

KUALA LUMPUR - Sudahlah tewas 1-3, persiapan Dollah Salleh seminggu menjelang Piala AFF semakin terganggu apabila berdepan krisis pertahanan selepas tamat perlawanan menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, semalam.

Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan R. Gopinathan sah digugurkan daripada skuad ke Singapura akibat kecederaan.

Dollah juga kehilangan dua pertahanan PDRM, Mohd. Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin dalam perlawanan pembukaan menentang Myanmar, Ahad ini.

Muslim dilayangkan kad merah dalam perlawanan semalam sementara Afif Amiruddin mungkin diketepikan kerana masalah hamstring.

Ini bermakna, Dollah hanya mempunyai Mohd. Fadhli Shas, selain kapten, Mohd. Shukor Adan untuk mengisi posisi pertahanan tengah.

Pertahanan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014, Razman Roslan dan Ronny Harun ber­ada dalam senarai menunggu, namun memandangkan masa semakin suntuk, Dollah mungkin mengambil risiko dengan bergantung kepada pemain sedia ada.

“Selepas bermesyuarat dengan staf kejurulatihan saya membuat keputusan menggugurkan Aidil dan Gopinathan kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

“Selain itu, kami turut memutuskan untuk tidak menyenaraikan Mohd. Farhan Ros­lan dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Kecik).

“Keputusan ini diambil atas faktor keperluan pasukan dan pengalaman yang ada pada setiap pemain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai kekalahan 1-3 kepada Vietnam, Dollah berasakan pemberian kad merah kepada Muslim pada minit ke-48 menjadi pe­nyumbang keputusan itu.

Beliau bagaima­napun memuji persembah­an para pemainnya yang berada di tahap memuaskan.

“Secara keseluruhan, kami beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dengan mendapat empat ke lima peluang untuk menjaringkan gol, namun hanya satu mampu dimanfaatkan.

“Cuma apabila di separuh masa kedua, para pemain sekali lagi mengulangi kesilapan mudah.

“Pemberian kad merah jelas merencat corak persembahan pasukan secara keseluruhan.

“Apa-apa pun, saya tetap yakin pasukan ini sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Piala AFF pada 23 November ini, ” katanya.

Selepas bertemu Myanmar, Ahad ini, Malaysia akan menentang Thailand (26 November) dan Singapura pada 29 November.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sudah-jatuh-ditimpa-tangga-1.25545#sthash.ze80kF6M.dpuf



No comments: