Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 12 November 2014

Safiq terpaksa lupakan Kejohanan AFF?

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 12 November 2014 1:58 AM


Safiq Rahim (kanan) mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia dan terpaksa berehat selama seminggu sejak menyertai kem latihan Harimau Malaya.

PETALING JAYA – Pakar sepakan bebas Safiq Rahim mungkin terpaksa melupakan Kejohanan AFF 2014 di Singapura jika gagal pulih daripada kecede­raan lutut dalam tempoh 10 hari ini.

Hakikat pahit itu mungkin terpaksa ditelan Safiq memandangkan pemain tengah itu baru sahaja menjalani latihan penuh bersama Harimau Malaya semalam selepas berehat seminggu ekoran kecede­raan di bahagian lutut kanan.

Kecederaan itu mula dirasai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh bagaimanapun masih berharap Safiq dapat pulih dalam tempoh 10 hari ini, namun tidak dapat meramalkan peluang pemain berusia 27 tahun itu untuk ke Singapura.

Dollah juga masih tidak dapat memastikan tahap kecergasan pemain sayap Pahang, R. Gopinathan yang turut mengalami kecede­raan.

“Saya tidak dapat kepastian mengenai situasi Safiq dan Gopinathan kerana mereka berdua tidak boleh diturunkan dalam perlawanan dengan Syria esok (hari ini) kerana masih belum pulih daripada kecederaan lutut.

“Gopinathan mungkin sempat pulih bagi menghadapi perlawanan persahabatan terakhir (sebelum ke Singapura) menentang Vietnam di Hanoi.

“Yang membimbangkan saya kini adalah peluang Safiq kerana dia terpaksa berehat selama seminggu dan kami akan pantau situasinya sebelum membuat keputusan sama ada dia boleh di­serapkan ke dalam pasukan atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan Malaysia dan Syria di Wisma FAM, semalam.

Tanpa Safiq, Dollah masih mem­punyai beberapa pilihan lain namun dia mengakui satu kerugian besar jika kehilangan pemain tengah JDT itu untuk Kejohanan AFF.

“Jika kita terpaksa melupakan khidmat Safiq, saya masih ada Baddrol Bakhtiar, Hafiz Kamal, Piya (Mohd. Badhri. Mohd. Radzi) dan Shukor Adan di dalam pasukan.

“Cuma Safiq ada kelebihan tersendiri berbanding pemain-pemain lain iaitu sepakan bebasnya, jika dia tiada memang satu kerugian,” katanya.

Safiq yang ditemui sebelum sesi latihan terakhir bagi berdepan Syria secara jujur merasakan dia belum berada di tahap terbaik dan sukar meramalkan sejauh mana peluangnya untuk berada dalam senarai 22 pemain ke Singapura kelak.

“Kesakitan di bahagian tepi lutut ini sebenarnya sudah dirasai sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2014. Saya hanya tahu kecederaan ini semakin teruk apabila menjalani pemeriksaan apabila melaporkan diri ke dalam kem latihan Harimau Malaya.

“Atas sebab cedera, baru hari ini (semalam) saya dapat menyertai sesi latihan. Peluang saya 50-50 untuk beraksi dalam Kejohanan AFF, saya tidak berani menjangka berapa cepat saya boleh sembuh.

“Siapa yang tidak mahu main bersama pasukan negara. Tetapi jika saya tidak berada di tahap terbaik untuk ke sana, saya terpaksa redha dengan keputusan jurulatih,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-terpaksa-lupakan-kejohanan-aff-1.23625#sthash.AxnZ0Atc.dpuf



No comments: