Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 November 2014

F1 : CEO PETRONAS ucap tahniah kepada Hamilton

RABU, 26 NOVEMBER 2014 @ 12:45 AM

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, mengucapkan tahniah kepada pemandu Britain, Lewis Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes AMG PETRONAS Formula One (F1) selepas merangkul gelaran dunia F1 pada Grand Prix Abu Dhabi, Ahad lepas.

"Kerja keras, komitmen dan latihan telah membuahkan hasil. Tahniah kepada Lewis Hamilton, Nico Rosberg dan semua yang telah menyumbang bagi kemenangan ini," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh PETRONAS semalam.

"Sesungguhnya, ia adalah satu penghormatan besar untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan ini ketika PETRONAS menyambut tahun ke-20 dalam Formula Satu tahun depan," kata Shamsul Azhar.

Beliau berkata, kemenangan itu adalah bukti bahawa perkongsian kukuh kecekapan bahan api dan prestasi antara syarikat minyak negara dan pengeluar kereta Jerman, Mercedes telah berhasil.


"Ini adalah kejayaan penting bagi PETRONAS dan kami berhasrat untuk mengekalkan pasukan Mercedes AMG PETRONAS Formula Satu pada musim akan datang dengan formula kemenangan," kata Shamsul Azhar.

Berkongsi pandangan beliau ialah Pengarah Eksekutif pasukan, Toto Wolff yang menyifatkan mereka menikmati satu musim yang luar biasa walaupun menghadapi tekanan pada perlumbaan musim akhir di litar Yas Marina.

"Tetapi ketika kami bergembira, kami tidak melupakan Nico...beliau telah menunjukkan aksi hebat sesuai dengan kejohanan dunia dan mempamerkan status sukan sebenar. Kemenangan itu ialah ke-16 kami musim ini," katanya.

"Tahniah kepada setiap orang yang telah menyumbang kepada kejayaan itu, dan terutama kepada sahabat dan rakan-rakan kami di PETRONAS yang menyokong pasukan kami sejak lima tahun lalu," kata Wolff.

Hamilton meraih gelaran dunia F1 buat kali kedua selepas melepasi garisan penamat di Litar Yas Marina di Abu Dhabi dengan catatan masa 1 jam 39 minit 02.619 saat.

Dua pemandu F1 pasukan Williams, pemandu Brazil, Felipe Massa dan Valtteri Bottas dari Finland, masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga dengan ketinggalan 2.576 saat dan 28.880 saat di belakang Hamilton.

Untuk rekod, Hamilton merangkul gelaran dunia buat kali pertama pada 2008 bersama pasukan McLaren-Mercedes F1.

- BERNAMA


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.


No comments: