Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 19 November 2014

Piala AFF Suzuki: Dollah umum senarai akhir 22 pemain

RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 8:52 AM

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman web mereka iaituwww.fam.org.my, menyatakan Dollah memilih penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahankan benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu.

Enam pemain akan bersaing bagi merebut tempat di posisi pertahanan iaitu Mohd Afif Amiruddin dan Mohamad Muslim Ahmad daripada kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim), Mohd Azmi Muslim (Selangor) serta Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dipilih sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, baru-baru ini bakal bersaing bersama tujuh pemain lain di posisi berkenaan.

Mereka ialah Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Gary Steven Robbat (Harimau Muda 'A'), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah) selain dua pemain Pahang iaitu Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal.

Dalam pada itu, Dollah turut menyenaraikan bekas penjaring gol terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Safee Sali walaupun pemain veteran negara itu banyak memanaskan bangku simpanan pasukan JDT, musim ini.

Mohd Safee bakal bersaing bersama dua rakan sepasukannya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah selain pemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat bagi posisi penyerang.

Dollah sebelum ini mengesahkan dua tonggak utama terpaksa digugurkan kerana gagal pulih daripada kecederaan yang dialami mereka iaitu pemain sayap Pahang, R. Gopinathan dan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Aidil ZafuanAbd Radzak.

Pemain lincah Kedah, Mohd Farhan Roslan yang mendapat jolokan 'Messi Kedah' turut digugurkan daripada senarai akhir 22 pemain selepas Dollah melakukan perbincangan lanjut bersama barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan menentang Myanmar pada 23 November ini disusuli pertemuan menentang Thailand pada 26 November dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada 29 November.

Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang) Pertahanan: Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi Muslim (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

Pemain Tengah: Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven Robbat (Harimau Muda 'A'), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang) Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Abdul Manaf Mamat (Terengganu). - BERNAMA



KETUA jurulatih, Dollah Salleh (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan pasukan bola sepak kebangsaan di padang MSN Bukit Jalil semalam. - Foto Osman Adnan

No comments: